Hairan dengan viral kurang cerdik seorang bekas menteri maka Demang cuba² siasat sendiri apa sebenarnya.
Bukanlah susah sangat nak siasat maklumat asas. Jika ia berkenaan FB masukkan sahaja katakunci pada FB. Insya-Allah akan jumpa.
Maka Demang temukan nama bekas menteri berkenaan dalam dua page yang mirip sama.
Bukan sahaja macam kembar seiras bahkan nama, gelaran, gambar pun serupa.
Klon.
Loading...
|
Maka timbul persoalan adakah bekas menteri itu tahu tentang itu? Ataukah kedua² page itu milik bekas menteri itu?
Memanglah untuk membuka lebih daripada satu page fb sangat mudah tetapi untuk mengemaskininya teramat susah.
Satu lagi soalan, apa perlunya ada dua page?
Apabila Demang bandingkan kedua² page itu ternyata kandungannya agak bercanggah. Yang satu biasa sahaja. Macam page pemimpin lain.
Namun page yang satu lagi walaupun nampak macam page biasa ada posting tertentu yang agak janggal. Ada beberapa posting yang kurang sesuai, provokasi murahan, dan mendedahkan diri pada serangbalas daripada orang ramai.
Loading...
minyak morha (morhabshi) bantu masalah lenguh², lemah sendi, badan tak selesa sampai susah tidur |
Kerja siapa ini? Sejak bila cara begitu dilakukan? Selain bekas menteri berkenaan, pemimpin mana lagi yang telah difitnah menggunakan tektik yang sama.
Tak kiralah apa fahaman menteri atau pemimpin itu. Berjuanglah ke arah kebenaran menggunakan kebenaran. Jika pihak tersebut salah, maka biarlah kerana kesalahannya, bukan kerana kita fitnah dia.
Benarlah, kita berada di zaman fitnah. Sudah hampir benar kemunculan dajjal ibu segala fitnah.
Jagalah diri dan ahli keluarga daripada api neraka.
Wallahu'alam.
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan bamyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.