Dajjal mudah dikenal kerana di dahinya ada tanda jelas.
Bagaimana dengan tentera dajjal? Memandangkan keseronokan yang ditawarkan dajjal amat lumayan, Demang rasa ramai orang tak kesah untuk jadi pengikut dajjal laknatullah.
Imam mahdi akan menanti di mekah. Persoalannya, siapa yang akan mengetuai kita di sini menghadapi tentera dajjal?
Justeru kita perlu barisan kepimpinan yang padu. Kita perlu bersiap dari sekarang, dengan sistem yang jelas.
Kita sudah penat bergaduh sesama sendiri. Masa untuk bersatu dalam satu kalimah.
Teruskan meneliti...
Baginda sendiri tak sangka jadi YDP Agong tapi Allah maha kuasa mentakdirkan baginda jadi ketua negara Islam.
"Hanya dengan kesatuan ini maka sesebuah kerajaan itu pasti bertambah kuat, nasib ummah akan terbela, negara akan bertambah maju dan aman damai."
Itu titah baginda ketika Himpunan Ulama di Pahang beberapa tahun lalu. Ketika itu baginda belum jadi YDP Agong.
Siapa sangka mufti bertawaduk ini jadi menteri?
"kedudukan beliau sebagai non-partisan boleh mengukuhkan lagi keyakinan rakyat, dalam menguruskan cita-cita perpaduan ummah dalam negara ini."
Demikian kata² Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid.
TS Muhyiddin Yassin tak beriya nak jadi PM tapi Allah beri.
Loading...terima kasih menyokong blog ini
Dapatkan..
MINYAK MORHA
M O R H A B S H I
Loading....
Siapa kenal sebelum ini? Adun Lendu Datuk Sulaiman Md Ali sah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru.
Presiden PAS berhak jadi menteri tetapi tuan guru Hj Hadi Awang buktikan bahawa jawatan bukan tujuan perjuangan.
DS Zahid Hamidi presiden UMNO yang ada banyak kerusi tapi demi kestabilan politik negara, beliau sedia bagi laluan.
Dalam perbicaraan? Lim Guan Eng dulu pun dalam kes mahkamah jadi menteri kewangan.
Setelah mencuba berkali² ini masanya DS Anwar Ibrahim muhasabah diri dan redho dengan takdir Ilahi.
Loading...
M I N Y A K M O R H A
M O R H A B S H I
minyak morha (morhabshi) bantu masalah lenguh², lemah sendi, badan tak selesa sampai susah tidur
Isteri yang setia. Siapa sangka DS Wan Azizah isteri DS Anwar Ibrahim ini pernah jadi TPM kita?
Khairy Jamaluddin menantu bekas PM kita ini Allah beri peluang lagi menunaikan amanah dan tanggungjawab. Di NS banyak tariqat yang diluluskan Majlis Agama Islam NS, kalau belum, join lah. Kalau sudah, alhamdulillah.
Anak PM ke-3. Hishamudin Tun Hussein. Allah taala beri peluang sekali lagi. Awas jika main². Johor ramai ulama dan habib. Dekat lah dengan mereka. Jika sudah, alhamdulillah.
Nama Mat Hassan yang sebelum ini terpencil di NS tiba² disebut² sebagai PM. Allah lebih mengetahui.
Siapa sangka Mat Sabu boleh jadi menteri dan tanpa disangka sekarang dah hilang jawatan secara tiba2. Allah taala maha perancang. Mat Sabu kena bersihkan diri dari tuduhan menjadi pengikut syiah. Bagi 'clear' dulu baru masuk politik. Jangan pecah belahkan ummah.
Demang bukan sengaja nak tuduh tapi perkara ini dah lama sampai ke telinga Demang. Maka jangan diamkan begitu sahaja.
Malaysia negara ahlussunnah waljamaah.
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Datuk Abd Rahim Bakri, (bawah, dari kiri) Arthur Joseph Kurup, Jonathan Yassin dan Datuk Dr Jeffrey G Kitingan.
Nak tubuh kerajaan kena tanya orang Sabah. Sokongan mereka amat besar sejak penubuhan Malaysia.
Abang Abdul Rahman Zohari bin Al-Marhum Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.
Orang Sarawak juga besar jasa dan peranan dalam Malaysia. Negeri mereka besar. Sebab itu apabila Demang keluarkan produk, Demang tanya pada orang Sarawak sesuai tak harga tu.
Malu apa bossku... Demang memang jual Minyak Morha.
Terbaik.
Najib pun kata: "Malu apa bossku..." Masa jadi PM kena cemuh kena maki. Ramai yang tak tau kerja beliau. Kelemahan DSN ialah nak bagi semua orang puas hati. Pemimpin tak boleh lembut hati sangat. Allah sayangkan beliau. Mangsa fitnah besar ganjaraannya. Insya-Allah.
Tun Mahathir. Bapa penyatuan semula negara. Ramai yang pening kepala dengan tindakan politik beliau. Bak kata Rais Yatim, muslihat politik Tun tak terfikir dek kita. Apapun, Demang percaya apabila beliau tiada nanti seluruh negara akan terdiam seketika dan baru baru sedar jasa² beliau yang amat banyak. Insya-Allah.
Sebagai penutup Demang nak ingatkan diri sendiri akan kenyataan daripada ramai ulama seluruh dunia betapa sekarang zaman fitnah. Zaman dajjal sedang bermula. Tentera² dajjal di mana².
Kita sedang memasukinya.
Semua orang Islam kata risau pada fitnah dajjal tapi tak sedar bahawa diri sendiri ikut jadi sebahagian tentera dajjal laknatullah. Penyebar pelbagai fitnah. Nauzubillahi min zalik.
Wallahu'alam.
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan bamyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
klik untuk bantu dana pengurusan blog Waadat
Loading... terima kasih menyokong blog ini
M I N Y A K M O R H A
M O R H A B S H I
Klik khasiat minyak morha
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
Harga . Video Pengakuan Artis . Khasiat Myrrh . Produk Berdaftar . Pengasas . Testimonial Pengguna
----------------------------------------------------------
Semua org ada salah, semua org ada dosa. Jgn mencari cari salah org, hingga lupa bnyknya salah dan dosa sendiri. Muhasabah diri, akui dosa, kesalahan dan kelemahan diri, sentiasa istighfar, sentiasa bertaubat, dan perbaiki diri, moga kebaikan kita dinilai Allah swt.
ReplyDeleteBenar, tuan
DeleteParti kapir yg terang jelas sesatpun ramai yg sokong, ramai yg ikut.
ReplyDelete✅
Delete