Wednesday, December 29, 2010

Malaysia menang 4-2



Akhirnya Bung Anwar tewas.
Bung Anwar meraung bersama pasukan idolanya…
Malaysia menang. Najib menang. BN menang. UMNO menang.
Bung Anwar kalah. PKR kalah. PR kalah.
Dalam pusingan pertama Najib menang 3-0.
Malam ini Indonesia mendahului 2-1.
Keputusan rasmi, Najib menang 4-2.

Perhubungan Negeri Pahang


Demang bersetuju dengan blogger Braveheart bahawa perlantikan dan pengekalan Adnan Yaakob sebagai pengerusi adalah keputusan terbaik. lihat sini.

Namun dalam keaadan cuaca yang baik seperti ini jangan disangka hujan tidak 'kan turun. Justeru UMNO Pahang perlu bersedia dengan taktik pembangkang yang tidak disangka.

Maksud Demang, jika pembangkang menggunakan isu biasa, mudahlah bagi UMNO membalasnya tetapi jangan leka kerana Anwar Ibraahim kaya dengan tipu muslihat.

Dia boleh cipta isu dan biarkan UMNO pening dan tersasul. Ketika itulah dia menyerang balas.

Itu sebab Demang setuju dengan perlantikan Adnan. Cikgu tu bukan calang-calang juga.

Tuesday, December 28, 2010

orang Lim Guan Eng ditangkap rasuah


Orang yang tak pernah buat silap ialah orang yang tak pernah buat apa-apa manakala orang yang tak pernah buat apa-apa sebenarnya sedang buat silap.

Entah ye entahkan tidak kata-kata di atas. Demang pun tak pasti bila dan di mana Demang membacanya. Malah penuturnya pun (jika ada) tak dapat Demang mengingatnya.

Demang teringat kata-kata di atas sebaik menerima sms orang kuat Lim Guan Eng ditahan kerana rasuah!

Bukankah selama ini LGE dan sekutunya begitu lantang menghamun pelaku rasuah?

Bagi anak-anak yang baru nak belajar-belajar berpolitik dan mudah merasa kagum dengan pembangkang, Demang nak beritahu bahawa RASUAH hanya dapat hadir bersama KUASA. Tanpa kuasa, tiada rasuah.

Contohnya; suatu hari anda ditangkap kerana mencuri rambutan di kampong Demang dan dibawa ke mahkamah Demang. Sehari sebelum perbicaraan, ayah anda menemui Demang dengan membawa sekilo buah mata kucing dan menghadiahkannya pada Demang.

Maka itu adalah rasuah. Pemberi dan penerima boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah sebab dalam kes tersebut Demang mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman.

Sebaliknya, jika anda menemui seorang bomoh dengan membawa pulut kuning dan ayam panggang agar bomoh itu menyuruh jinnya melepaskan anda, maka itu bukan rasuah.

Hal ini kerana bomoh tersebut tidak memegang kuasa dalam mahkmah Demang.

Mesej yang Demang nak sampaikan dalam artikal ini ialah DAP, PKR, dan PAS sebelum ini Nampak bersih, bagus, hebat dan sebagainya berdasarkan dakwaan lisan mereka semata=mata. Ketika itu mereka belum ada kuasa ‘sikit habuk pun’…

Sekarang, baru dapat sedikit kuasa, mulalah terserlah panau, kayap, kurap, dan sebagainya di celah kangkang, ketiak, dan tepi bontot mereka.

Aghhhhhhhh…

Percanggahan Anwar-ulama dalam pluralism agama


Kalau sebelum ini Anwar dikaitkan dengan salah laku seks dan pegangan politik yang condong ke barat, sejak akhir-akhir ini beberapa ulama mula mengesan bahaya yang lebih besar apabila Anwar mula mencari pengaruh daripada kalangan orang bukan Islam melalui konsep pluralism. Lihat artikal penuh di sini

Monday, December 27, 2010

lagi pengumuman yang menggeletarkan Anwar


Selain pengumuman mengenai pengerusi perhubungan negeri, perlantikan Isa Samad iaitu Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa pada 1 Jan 2011 bakal menjadi igauan baru Anwar Ibrahim.

Kemasukan Isa Samad yang sinonim dengan ‘pengaruh akar umbi’ ke dalam FELDA merupakan ramuan tambahan selepas pengumuman bonus kepada peneroka minggu lepas.

Demang percaya bukan sahaja PKR malah PAS juga akan tergugat memandangkan ahli politik yang merupakan bekas guru itu mempunyai sentuhan tersendiri dalam menghadapi peneroka generasi pertama dan kedua.

Demang sebagai anak peneroka FELDA mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa dan berharap beliau akan bertindak secara menyeluruh mewakili FELDA dan kakitangannya, peneroka, dan pewaris kepada peneroka.

Demang katakan begitu sebab PAS semata-mata menjaga hati peneroka sahaja tanpa mengambil kira sumbangan pihak pengurusan Felda.

Barangkali PAS sangka peneroka lah yang membuka Felda.


Lihat artikal Demang sebelum ini mengenai PAS dan Syiah

Syiah dan PAS


Malam kelmarin Demang sempat singgah di masjid Saidina Ali Bukit Katil bagi mendengar ceramah berkenaan pluralism dalam agama. Penyampainya ialah seorang mualaf berbangsa Sikh yang Demang lupa namanya. Turut sama dalam majlis tersebut ialah Ali Rustam, KM Melaka yang sebenarnya mempunyai program di tempat lain pula selepas itu.

Memang menarik penyampaian beliau. Maklumlah, beliau bercakap dari sudut pandangan orang yang lahir dan membesar dalam agama lain dan baru 14 tahun memeluk Islam. Ertinya beliau berpeluang melihat Islam dari luar dan dari dalam.

Demang bersetuju dengan pendapat beliau bahawa Syiah bermula dengan politik, yakni akibat tidak puas hati dengan perlantikan khalifah. Akhirnya ia berlarutan sehingga menyentuh isu aqidah. Maklumlah, orang Islam mudah tersentuh apabila sesuaatu isu dapat dikaitkan dengan aqidah.

Maka soal politik dan kuasa pun terlindung dengan sengaja. Ya lah, malu juga bila orang kata nak rebut kuasa. Tapi kalau bercakap soal aqidah atau fiqah, boleh beri alasan nak berdakwah.

Secara keseluruhannya ceramah tersebut bertumpu pada usaha dan pendekatan dakwah, khususnya kepada muda-mudi dan orang yang belum memeluk Islam. Ustaz mualaf tersebut mengingatkan hadirin bahawa ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Mekah selama 13 tahun hanya berkisar tentang aqidah sahaja. Hanya selepas hijrah ke Madinah barulah perkara-perkara hukum-hakam diturunkan.

Dalam menungan, Demang tertanya-tanya, jika Rasulullah memerlukan 13 tahun sebelum melaksanakan hukum ke atas orang Islam, kenapa PAS ditubuhkan sebelum merdeka? Padahal waktu itu Inggeris masih berkuasa! Kenapa PAS tidak menunggu sehingga 13 tahun selepas merdeka?

Kenapa PAS tidak melihat dulu bagaimana UMNO memerintah dan jika tidak betul, barulah dibantah atau dinasihati. Sebenarnya ada banyak cara lagi yang pemimpin PAS boleh lakukan selain daripada mengisytiharkan ‘perang’ terhadap UMNO.

Tidak tahukah pemimpin PAS bahawa orang Islam baru terlepas daripada penjajahan selama 446 tahun? Lupakah PAS bahawa serangan ke atas Melaka adalah salah satu siri Perang Salib? Tidak sedarkah PAS bahawa Islam dihenyak secara kasar dan halus selama hampir 500 tahun (1511-1957)?

Berapakah jarak masa antara Nabi Isa alaihisalam dengan Nabi Muhammad SAW? 500 tahun!
Kesultanan Melaka pun hanya melaksanakan Islam secara beransur-ansur walaupun Parameswara memeluk Islam pada 1414. Hanya semasa Sultan Muzaffar Shah (1444) barulah Islam menjadi agama rasmi manakala dilaksanakan oleh Sultan Alaudin pada 1477 iaitu 63 tahun selepas Islamnya Melaka.

Kita merdeka daripada penjajahan kafir harbi pada 1957 dan PAS ditubuhkan 10 tahun sebelum itu dengan nama Hizbul Muslimin (1947). Namun secara rasminya ialah 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

Kenapa di Pulau Pinang? Nanti, kita akan bincangkan lain kali, insya-Allah.

Kenapa PAS sibuk dengan perlaksanaan hukum sejak belum merdeka padahal ummat Islam tika itu masih berpesta mandi safar dengan jamuan arak dan judi? Tak nampakkah PAS betapa orang Islam masih berselirat dengan tangkal dan jampi serta berdukun-pawang? Serapah, jampi, mantera masih beriring dengan Bismillah.

Orang Melayu tika itu bukan setakat membela ayam itik, bahkan hantu raya, pelesit, dan polong!

Ataukah PAS sama seperti Syiah yang berselindung di sebalik jenama Islam pada hal kuasa politik yang diidamkan?

Rujukan:
http://waadat.blogspot.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_view.asp?kbid=50
http://kelantan.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=176&Itemid=41.
http://malay.bismikaallahuma.org/islam-dan-fahaman-pluralisme-agama/

Foto:
Alfonso de albuquerque

Antara Anwar dan kekalahan Indonesia


Bukan suatu rahsia betapa Anwar Ibrahim serta kebanyakan penyokong PKR agak condong ke arah Indonesia. Hal tersebut jelas dilihat melalui gaya kebanyakan pemimpin PKR berpidato.

Tidak hairanlah seorang rakan Demang yang juga ‘orang kuat’ PKR gemar mengulang-ulang kata-kata: “tengok Indonesia…” atau “kalau Indonesia…”

Kecenderongan memuji –muji negara lain adalah satu cara mudah bagi menampakkan kelemahan pemimpin negara (baca: UMNO).

Demang percaya, walaupun Malaysia mengatasi Indonesia dengan 3-0 pada malam ini, para penyokong PKR akan menyindir dan mengutuk Malaysia kerana menggunakan taktik kotor dengan cara memanipulasi cahaya laser dan sebagainya.

Demang pun membantah sebarang taktik kotor dalam sukan mahupun politik namun untuk menyalahkan kerajaan dalam hal ini sudah tentu tidak wajar.

Moga pasukan Malaysia mengekalkan prestasi pada perlawanan di Indonesia nanti. Demang berharap Indonesia tidak akan melakukan sesuatu yang ‘kotor’ sambil memberi alasan bahawa Malaysia telah memulakannya.

Tiba-tiba Demang teringat kekalahan tak diduga Misbun Sidek di tangan pemain Indonesia suatu ketika dulu.

Saturday, December 25, 2010

Pendedahan demi pendedahan


Istilah 'demi' pada tajuk di atas bermaksud 'lagi', bukan 'demi' yang digunakan untuk bersumpah.

Lagipun, kalau nak harapkan Anwar bersumpah, jangan harap lah.

Walaupun sudah terlalu banyak pendedahan dibuat sejak dulu namun momentum daripada pendedahan terbaru memang agak lain sedikit.

Puncanya? Ya, kalau dulu pendedahan dibuat dalam keadaan rakyat sedang memprotes UMNO. Ketika itu juga pemimpin bukan Melayu sedang mencuba-cuba menjolok sarang tebuan.

Maka ketika itu rakyat tidak begitu mengendahkan siapa Anwar dan apa peranan parti pembangkang. Yang penting, UMNO mesti 'diajar'.

Tetapi hari ini sudah berbeza. Pendekatan yang dibuat PM baru ternyata diterima rakyat. Buktinya, semasa PM sebelum ini melancarkan konsep Islam Hadhari, sambutan terhadapnya agak hambar.

Berbeza dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa PM sekarang. Di mana-mana kita lihat rakyat Malaysia termasuk pihak swasta menyisipkan slogan tersebut pada iklan mereka.

Demang lihat pendedahan-pendedahan yang dibuat sekarang mendapat reaksi yang berbeza daripada pembaca.

Rakyat sudah muak dengan permainan politik pembangkang yang boleh merugikan negara, terutama dari segi ekonomi.

Selain itu, semakin ramai yang tak percaya pada Anwar.

Lihat isu isteri Azmin di sini dan isu Anwar di sini.

Friday, December 24, 2010

saksi khalwat ADUN PAS ditetak?



Memang bukan salah PAS tetapi jika begitulah mentaliti pengikutnya, siapa yang nak dipersalahkan?

Ok... ok... jangan salahkan sesiapa tetapi jika tiada yang bersalah, buat apa kita adakan undang-undang?

Hapuskan sahaja undang-undang.

Jika tidak bersalah, kenapa nak takut? Kenapa belakangkan undang-undang?



Sumber:
PK

Thursday, December 23, 2010

isu seks dalam PAS


Apa salahnya poligami? Tiada salahnya. Ia diamalkan sejak dahulu kala yakni sebelum zaman firaun lagi.

Dalam sejarah, poligami diamalkan keluarga bangsawan, ilmuan, serta hartawan termasuklah dalam kesultanan dan kerajaan Melayu-nusantara.

Bahkan dikatakan raja-raja Melayu mempunyai berpuluh orang bini/gundik sebelum kedatangan Islam.

Hari ini, ramai ulama' mengaitkan amalan poligami dengan sunnah maka ramailah yang mengambil peluang tersebut untuk menambah isteri.

Setahu Demang, amalan poligami berleluasa sebelum dan pada zaman jahiliyah. Setelah nabi Muhammad dilantik menjadi rasul maka peraturan poligami diperkenalkan. Antaranya, menghadkan bilangan isteri pada satu-satu masa sebanyak 4 (empat) orang sahaja.

Maka para sahabat dan sekalian orang Islam yang sebelum itu memiliki berbelas orang bini terpaksa menceraikan sebahagiannya dan mencukupkan kepada 4 sahaja.

Rasulullah dikecualikan daripada peraturan ini kerana wanita yang pernah berkahwin dengan baginda berstatus ummul mukminin yang haram dinikahi lelaki Islam lain. Justeru jika beliau menceraikan isterinya maka dianggap zalim.

Jika demikian ringkasan sejarah poligami maka Islam bukannya menggalakkan penambahan bilangan isteri sebaliknya memerintahkan agar bilangan isteri dikurangkan.

Meskipun begitu, penghalalan poligami mempunyai hikmah lain seperti jika isteri ditimpa penyakit tertentu atau akibat perkara lain yang munasabah.

Untuk suka-suka, itu bukan ajaran Islam. Itu sebabnya syarat untuk berpoligami diperketat.

Demang sentuh sedikit perihal poligami setelah melihat beberapa blog menyiarkan isu tersebut yang berleluasa dalam kalangan pemimpin PAS.

Anda boleh lihat sendiri di sini dan nilai lah sendiri adakah poligami yang mereka amalkan mengikut sunnah.

Kata ulama; sunnah dalam poligami bukanlah bilangannya tetapi dari segi adilnya.

wallahu'alam.

Wednesday, December 22, 2010

kereta ustaz saidi dirempuh


Pepagi lagi Demang terima sms memaklumkan kereta Ustaz Saidi dilanggar dari belakang pagi semalam. Namun beliau tidak cedera serius dan dibenar keluar hospital pagi ini.

Oh ya. Bagi yang tidak kenal ustaz Saidi, beliau adalah penceramah yang mendakwa menangkap seorang pemimpin PAS kerana berduaan dengan isteri orang di dalam koc keretapi.

Menurut maklumat dalam sms itu, kejadian langgar tersebut berkemungkinan dirancang kerana beliau telah diekori sebelum ini.



Foto hiasan:
car accident www auto...
iLoveCars007
flickr.com

Tuesday, December 21, 2010

edisi panas Video pendedahan ADUN PAS


Nampaknya satu demi satu malapetaka menimpa Pakatan. Kali ini pendedahan mengenai ADUN PAS yang dikatakan ditangkap kerana berzina dengan isteri orang.

Siapa yang membuat pendedahan? Apa hubungan isu ini dengan Nik Aziz? Apa respon PAS dalam isu ini? Bagaimana dengan ADUN tersebut?

Setakat ini tiada sebarang pengakuan atau penafian dibuat.

Anda boleh lihat di sini.

Monday, December 20, 2010

India Ijok kongsi air dengan itik


Ini bukan Demang yang cakap tetapi Gobalakrishnan, pemimpin PKR sendiri.

Untuk makluman, Ijok ialah kawasan Khalid Ibrahim iaitu MB Selangor.

Lihat berita selanjutnya melalui perbalahan antara pemimpin PKR.

Demang setuju dengan GAP, PKR akan berkubur tak lama lagi.

Lihat foto di atas. Jangan salahkan Anwar jika wajahnya jadi begitu sebab siapa-siapa pun akan jaadi begitu.

Sunday, December 19, 2010

Chegubard gadai prinsip


Telahan Demang bahawa Anwar akan berbuat sesuatu bagi memujuk Chegu Bard terbukti benar apabila anak murid kepada sahabat Demang itu kini dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung PKR.

Sekaligus perlantikan tersebut menghapuskan kenyataan Chegu Bard sendiri sebelum ini yang berkata, dia tidak akan menerima sebarang jawatan yang dilantik sebaliknya memilih untuk aktif dalam NGO sebagai presiden.

Nampaknya Chegu Bard akan meneruskan agenda politiknya bersama T.Kumar, Steven Choong dan Ignatius Darell Leiking dalam menentang kerajaan.

Seorang teman Demang yang sebelum ini aktif dalam PKR berkata: “piirah... cakap tak serupa bikin.”

Sahabat Demang, Desperado (http://pilihan-anda.blogspot.com) kata: “biasalah tu...”

Demang malas nak kata apa-apa... orang politik memang begitu. Sukar dipercayai.

Saturday, December 18, 2010

Zulkefli Nordin dedah APCO


Sisa-sisa isu APCO rupa-rupanya masih ada lagi. Mungkin sekadar titisan terakhir.

Apa yang pasti beberapa orang pemuka gerakan untuk menghapuskan institusi Kesultanan Melayu (baca: khalifah Islam) sudah diharamkan hadir ke sidang musyawarah di parlimen selama 6 bulan berikutan cerita bohong mereka mengenai APCO dan sikap biadap dan kurang ajar mereka.

Kurang ajar maksudnya ibu bapa mereka gagal mendidik mereka menghormati orang lain, terutama orang yang pernah memberi mereka tempat untuk berteduh dan peluang cari makan!

Bagi yang ingin mengetahui tentang APCO, lihat kenyataan Zulkefli Nordin iaitu antara pemuka PKR yang telah sedar pembohongan Anwar.

Demang nak pergi makan kenduri dulu.

Oh ya, semalam Demang terperasan ada testimoni baru di web morhabshi. Boleh klik sini.

Thursday, December 16, 2010

4x Anwar diberi peluang


Bagi pemerhati politik tanahair, perihal penggantungan 4 orang ahli parlimen (pembangkang) siang tadi bukanlah satu kejutan. Apatah lagi muka-muka tersebut merupakan ‘pakar’ dalam permainan politik.

Justeru Demang tidak mahu menyampuk dalam isu ini. Demang nak tengok dulu setakat mana permainan mereka.

Cuma, peristiwa yang turut melibatkan Anwar Ibrahim ini mengingatkan Demang pada peristiwa lebih sedekad lalu, yakni ketika Anwar dipecat daripada semua jawatannya.

Maka bangunlah Anwar mempertahankan diri selama dua jam di hadapan MT UMNO. Sayangnya tempoh tersebut tidak digunakan untuk membuktikan semua tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar sebaliknya Anwar berpusing-pusing bermain kata-kata sehingga orang yang mendengar semakin curiga.

Akhirnya MT bersepakat untuk meminta Anwar Ibrahim sendiri menjelaskan kepada rakyat sekiranya dia benar-benar tidak bersalah.

Namun Anwar bertemu rakyat bukan untuk membentangkan bukti bagi menyanggah tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebaliknya memberitahu rakyat bahawa ramai lagi pemimpin yang lebih teruk dari dirinya.

Dari situlah timbulnya isu nepotisme dan kronisme. Hikmahnya ialah dek kerana isu liwat maka isu-isu lain ikut terbongkar.

Rakyat dengan mudah dialihkan tumpuan daripada isu sebenar. Maklumlah, isu liwat tidak merugikan rakyat sebaliknya nepotisme dan kronisme memang menyangkut terus hak rakyat.

Itulah cerita sebenar di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim, iaitu bagi mengelakkan UMNO terheret sama ke dalam kancah permasalahan peribadinya.

Kenapa dipecat? Samalah macam kes penggantungan sidang parlimen tadi: diminta dengan baik, tak mahu... maka terpaksalah dipecat!

Demang rasa taktik Anwar kali ini berjaya, itupun jika pengerusi BN bukannya Najib Razak.

Coda:
Anwar Ibrahim memerlukan satu isu BESAR bagi mengalih tumpuan rakyat apabila bapa Saiful Bahari mengutus surat rayuan kepada Yang Dipertuan Agong agar perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful dipercepat.

Karpal dan seorang lagi pembangkang sengaja menggantung diri bagi menghasilkan ‘letupan’ lebih kuat. Ini adalah usaha terakhir bagi memastikan DAP-PKR dapat bertahan sehingga PRU-13.

Anwar sanggup ke mahkamah


Anwar berkali-kali mencabar, jika ada kes terhadap dirinya, sila bawa ke mahkamah.

Demang jadi keliru pulak. Adakah Demang tertidur dan mengalami mimpi panjang?

Dalam mimpi Demang itu, Saiful berkali-kali bersumpah bahawa dia diliwat Anwar Ibrahim.

Terbaru, Demang bermimpi lagi. Kali ini lebih dahsyat. Bapa Saiful mengemukakan rayuan kepada YD Agong agar kes Anwar Ibrahim meliwat anaknya di percepatkan dibicara di mahkamah.

Ah... Demang yang bermimpi atau Anwar yang mengigau?

Demang percaya, rakyat sudah sedar. Bagi yang belum berapa nak sedar pun sudah mula bertanya: benarkah Anwar tak bersalah?

Di Sabak Bernam, seorang maulana yang cukup hebat dipenjara 10 tahun kerana meliwat seorang pelajarnya...

Tidak mungkinkah Anwar juga memiliki kecenderungan begitu?

Anwar bukan maulana pun... cuma dipanggil 'Pak Sheikh'...

Wednesday, December 15, 2010

apabila si Khalid pun Kutuk si Kitol


Setibanya Demang di kampung (Sabak Bernam), terlihat senaskah akhbar percuma yang dilempar ke dalam rumah oleh individu tidak dikenali.

Rupa-rupanya ia diterbitkan kerajaan negeri Selangor. Demang tidak tahu dari mana diambil kos penerbitan tersebut. Duit poket Khalid agaknya. Maklumlah, MB Selangor itu memang kaya raya.

Kalau bukan duit poket sendiri, agaknya duit rakyat-lah tu!

Bermula muka surat pertama hingga 13, akhbar politik tersebut penuh dengan tuduhan-tuduhan terhadap UMNO dan BN sahaja. Tidak ternampak Demang berita yang memaparkan usaha dan kejayaan kerajaan negeri menangani masalah rakyat.

Pada muka surat 14 pula dimuatkan seruan exco pendidikan, Dr Halimah Ali agar rakyat memantau dan melaporkan kegiatan maksiat kepada pihak berkuasa. Seolah-olah selama ini rakyat tidak endah perkara tersebut dan membiarkan maksiat berlaku di sekeliling mereka.

Dalam kerajaan DAP-PKR, hanya itulah yang mampu dilakukan beliau. Kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini pun tak begitu menyakinkan. Memang tak berbaloi mengundi beliau.

Antara berita yang diperbesarkan dan diulang-ulang ialah isu bekas MB iaitu Khir Toyo. Barangkali itulah jasa terbesar Khalid setelah dua tahun mengetuai Selangor.

Keseluruhan akhbar politik itu menjadikan Syabas sebagai sasaran. Syarikat bekalan air tersebut dikatakan hanya menguntungkan kroni UMNO.

Maka disiarkan kenyataan MP Klang Charles Santiago dan ahli Sejarah, Prof Khoo Kay Kim. Kedua-dua mereka turut menyalahkan Syabas dan kerajaan pusat kerana dikatakan membebankan rakyat.

Demang tidak pula dengar komen mereka apabila kerajaan PAS Kedah menaikkan tarif air.

Membaca kedua-dua pendapat mereka, sedarlah Demang bahawa yang dirisaukan mereka ialah kerana Syabas dimiliki usahawan Melayu yang memberi peluang pula kepada syarikat Melayu lain selaku vendor.

Selebihnya, kerana kakitangan Syabas majoritinya orang Melayu.

Itulah yang dikaitkan dengan UMNO. Orang Syabas dikatakan orang UMNO manakala para eksekutifnya kroni UMNO.

Khalid memburukkan Syabas seolah syarikat itu tiada jasanya. Padahal sejak syarikat itu mengambil alih pengurusan air di Selangor, kualiti perkhidmatan bekalan air meningkat mendadak. Demang pernah menulis betapa teruknya kualiti dan penyaluran air di Selangor sebelum diswastakan.

Demang layak menceritakan hal tersebut kerana ia adalah pengalaman Demang sendiri setiap kali pulang ke rumah datuk dan nenek di Sabak Bernam.

Bagi Demang, isu air di Selangor hanya polemik politik. Ia sepatutnya sudah selesai selepas PRU12 jika UMNO terus memerintah. Silapnya hanya kerana PR mengambil alih. lihat temubual terkini Sultan Selangor-Utusan mengenai perkara ini.

Dalam ruangan yang lain akhbar tersebut, PKR mengulangi pendirian mereka menolak Ketuanan Melayu dan mempertahankan Ketuanan Rakyat (baca: Sosialis).

Dalam pada itu, mukasurat 8 akhbar 'Selangor Kini' itu menyiarkan tajuk: "Awasi Si Kitol moden yang bermuka-muka".

Demang nak tanya, adakah Khalid tahu cerita sebenar Si Kitol? Atau sekadar mengajuk cakap orang?

Kesalahan Kitol bukanlah besar sangat tetapi kenapa dia dikutuk zaman berzaman?

Bagi Demang si Kitol hanya 'kambing hitam'.

Tuesday, December 14, 2010

Mukaddimah:
Demang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pelantikan Samy Vellu sebagai wakil khas bagi infrastuktur di India dan selatan Asia.

Insya-Allah akan berlaku impak besar dengan wujudnya 'portfolio' baru tersebut ke atas perkembangan negara, khususnya dalam persediaan menjuarai globalisasi.

Kita mulakan begini:
Pengunduran Samy Vellu daripada jawatan tertinggi MIC memang melegakan 60% masyarakat India yang dinaungi parti tersebut. Kesannya, mereka yang sebelum ini melakukan protes terhadap kerajaan akan kembali kepada BN.

Namun perlu diingat bahawa sepanjang hampir 30 tahun Sammy Vellu mengepalai parti itu sudah pasti beliau masih memiliki penyokong setia yang turut terjejas berikutan perletakan jawatan tersebut.

Demang bicara soal kepentingan yang merupakan suatu realiti. Maka jangan berpura-pura dalam hal ini dengan 'berlagak baik'.

Sememangnya bukan salah kronisme melainkan ia sekadar dijadikan tohmahan bagi meraih simpati pengundi.

Justeru langkah Najib mengumumkan perlantikan baru itu akan dapat memujuk baki masyarakat India untuk meneruskan sokongan kepada BN.

Kita teruskan:
Sebagaimana yang sering Demang pesankan pada audien lewat ceramah, kursus, mahupun medan blog, Malaysia amat beruntung kerana mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

Ia bukan sekadar retorik politik semata-mata bahkan berasas fakta sejarah sebenar.

Bangsa Melayu yang menjadi teras negara sudah diketahui mempunyai lakaran sejarah hebat, terutama melalui empayar Melaka yang menguasai selat terpanjang di dunia.

"Menguasai selat Melaka seolah meletakkan pisau di leher Venice." Demang lupa, siapa yang menuturkannya samada Barbosa ataupun Tom Pires. Atau mungkin orang lain, tak kesah-lah.

Apapun, kata-kata di atas menggambarkan betapa suatu ketika dahulu bangsa Melayu pernah menguasai ekonomi dunia.

Tamadun Cina pula sudah bermula lama sebelum Eropah 'menjadi celik'. Betapa banyak teknologi yang berasal daripada Cina 'dipinjamkan' kepada dunia barat dan dikembangkan untuk manafaat dunia.

Sebenarnya tindakan memberitahu anda tentang gahnya tamadun Cina hanyalah seperti mengajar itik berenang.

Kata orang, 'Sudah terang lagi bersuluh'.

Kaum India pula bersusur-galur daripada wilayah India yang sudah tersohor sebagai pedagang dan penjelajah dunia. Mereka bukan sahaja berjaya menempatkan diri dan membina perniagaan di mana sahaja mereka berada malah berupaya menyaingi siapa sahaja dalam dunia perdagangan.

Sebagai contoh, kaum India Muslim sudah membentuk badan perniagaan mereka sejak kurun ke-7 lagi. Memang hebat!

Hubungan perdagangan Melayu-Cina sudah berlaku lama sebelum kunjungan rasmi Laksamana Yin Ching ke Melaka (1403 masihi). Fakta sejarah mencatatkan bahawa salah satu faktor kejayaan Melaka dalam empat bidang utama (pusat perdagangan, pusat pentadbiran, pusat penyebaran Islam, dan pusat ilmu pengetahuan) adalah berlaku selepas jalinan persahabatan Melaka-Cina.

Hubungan Melayu-India pula terjalin lebih awal dan mendalam. Bahkan berlaku juga persemendaan antara mereka sehinggga muncul satu masyarakat baru yang dipanggil 'mamak'.

Bukan perkara rahsia lagi betapa kaum mamak mempunyai pengaruh yang besar dalam istana kesultanan Melayu.

Demang lakarkan keratan rentas hubungan Melayu-Cina-India bersekali dengan berita perlantikan Samy Vellu adalah sebagai peringatan bahawa Malaysia sedang bersedia untuk 'menakluki dunia' sekali lagi selepas berjaya melakukannya 500 tahun dahulu.

Bezanya, kali ini kita bersedia dengan lebih mantap bersandarkan pengalaman atas kesilapan lalu.

Modus operandi kita cukup mudah:
Rakyat Malaysia yang berkuturunan Cina akan memainkan peranan dalam menguasai pasaran dan sumber di wilayah China.

Rakyat Malaysia yang bersusur-galur daripada India pula akan meneruskan jalinan hubungan bagi memasuki wilayah India yang amat luas pasarannya.

Orang Melayu, selain mengetuai pentadbiran (sebagai kesinambungan kerajaan Melayu), mereka juga mempunyai akses ke negara-negara Islam di seluruh dunia termasuk Timur Tengah yang merupakan lubuk emas.

Berapa ramai penduduk dunia yang beragama Islam dan mengutamakan produk halal?

Demang yakin dan percaya, keputusan Najib yang berintikan konsep 'win-win-win situation' dapat diterima dengan terbuka oleh sekalian rakyat Malaysia.

Ya, dalam memasuki dunia global kita tidak mahu ada rakyat Malaysia yang kalah. Justeru semua pihak harus menang dan dimenangkan.

Cabaran yang perlu diperjelas kepada rakyat ialah tentang perlunya perpaduan. Najib bukan sahaja sudah memberitahu rakyat melalui ucapan-ucapannya malah jelas melaksanakannya apabila melancarkan gagasan 1 Malaysia.

Perlantikan tersebut adalah salah satu daripadanya.

Nampaknya Najib sentiasa berada selangkah di hadapan.

Saturday, December 11, 2010

Ketuanan Melayu


Walaupun hujan sudah teduh namun lopak-lopak air masih menakung air. Bergenang merata-rata.

Seorang lelaki berjalan dengan hati-hati sambil cuba menghindari seboleh mungkin dari cemaran kebasahan.

Cuaca pagi terang dan damai. Waktu itu jugalah sebuah kereta meluncur dari arah belakang dalam kelajuan sederhana menghampiri si lelaki itu.

Seorang lelaki dan seorang wanita yang sudah berusia bersantai di dalam kereta mewah dengan bumbung yang terdedah.

Splashhh!

Setompok air keruh melekap ke muka si lelaki yang berjalan kaki. Memang tidak sempat dielak.

"Woi..!" si lelaki menyergah sekuat hati. Panas benar hatinya diperlaku sebegitu.

Kereta yang sudah terlajak ke depan segera berhenti. Kereta hitam itu mengundur perlahan dan berhenti di sebelahnya.

"Maaf. Saya tak sengaja." si pemandu tersenyum sambil memohon maaf. Tergambar rasa kesal di wajahnya. Wanita di sebelah turut tersenyum, menyapa.

Si lelaki terdiam dan kaget. Langsung tidak disangka bahawa si pemandu adalah orang yang dikenalinya. Bahkan hampir seluruh negara mengenalinya kerana baginda ialah raja di negeri itu.

Kisah di atas Demang dengar sendiri daripada seorang lelaki di Meru Selangor, dua minggu lepas. Lelaki dalam cerita itu dan lelaki yang menceritakan kejadian tersebut kepada Demang adalah lelaki yang sama. Kini beliau adalah imam di kampung yang Demang singgah itu.

Sultan tersebut telah mangkat dan kini anakandanya pula menjadi Sultan Selangor.

Pagi ini Demang di Selangor. Walaupun tidak dilahirkan di sini namun bonda Demang adalah anak jati Selangor.

Hari ini, 11hb Disember 2010 bersamaan 5 Muharam 1432H, berkesempatan sekali lagi rakyat negeri Selangor Darul Ehsan menyambut hari keputeraan yang ke 65 baginda DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL HAJ.

Daulat Tuanku.

Friday, December 10, 2010

pengganti Najib


"PM umum bantuan RM90.6 juta daripada Kerajaan Pusat kepada kira-kira 32,000 mangsa banjir di Kedah dan Perlis, termasuk bantuan pertanian."

Demang percaya sedikit sebanyak bantuan tersebut akan membantu meringankan beban kesulitan mangsa banjir.

Di satu pihak, sudah tentu akan menganggap bantuan tersebut sebagai pelembut hati berikutan bahang PRU-13 yang sudah mula dirasa.

Bagi Demang, apapun tanggapan orang ramai, itulah realitinya.

Dan, realiti jugalah yang akan membenam PR ke dalam gaung kehancuran. Kalaupun bukan untuk selamanya, sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun ini DS Najib akan diberi mandat baru oleh rakyat.

Tempoh 10 tahun itu dianggap adil untuk menilai Najib. Jika beliau gagal, bolehlah kita fikirkan penggantinya.

Sumber berita:
BH 09/12

Wednesday, December 8, 2010

negara kita ada minyak...


Entah channel mana, entah tajuk apa; mata Demang tiba-tiba tertarik pada tayangan yang memaparkan sekumpulan singa sedang memerhati sekawan kerbau liar. Entah di hutan mana.

Seketika mengawasi, singa-singa mula merapati dan mengepung seekor kerbau yang paling besar dalam kawanan itu.

Kumpulan singa mula menyerang. Ada yang memanjat belakang kerbau, ada yang cuba menangkap tengkuk, dan ada pula yang menyerang bahagian perut. Serentak.

Ternyata kerbau liar tidak mudah ditawan. Saiznya yang tiga-empat kali ganda berbanding sang penyerang kelihatan begitu gagah untuk diterjah.

Sementara kerbau jantan menghadapi lawannya yang ramai, kerbau-kerbau lain hanya memerhati sahaja.

Biarpun belum tumbang, namun keletihan tampak ketara pada haiwan besar itu. Bahkan singa-singa yang menyerangnya juga mulai letih dan kelihatan kecewa. Mereka mula menyisih tetapi masih enggan meninggalkan bakal mangsa.

Seketika, seekor kerbau yang kedua terbesar menghampiri kerbau yang sedang kepenatan itu.

Langsung Demang tidak menyangka bahawa rupa-rupanya kerbau itu bukan datang untuk membantu, malah mula menyerang haiwan yang sejenis dengannya itu.

Kali ini kerbau yang sudah letih itu tidak mampu bertahan lagi menahan serangan rakan sendiri yang hampir sebesarnya. Akhirnya sang kerbau tersungkur dan rebah menyembah bumi.

Tanpa berlengah, para singa mengambil alih serangan dan menamatkan riwayat sang kerbau.

Maka tumbanglah kerbau malang itu dibaham pemangsanya yang kelaparan.

Kerbau yang menyerangnya tadi berlalu bersama kerbau-kerbau lain dengan megah kerana kini dia-lah yang menjadi KETUA baru bagi kumpulannya.

...

Termenung sebentar Demang menonton rancangan TV itu. Fikiran Demang ligat menerawang ke seluruh dunia mencari titik pertemuan antara kisah haiwan dengan kehidupan manusia.

Akhirnya Demang bertanya sendiri, kenapa perang saudara selalunya berlaku di negara Islam? Adakah ia suatu kebetulan?

Kenapa di setiap persengketaan pasti ada negara lain yang campur tangan? mana yang mula dahulu; persengketaan sesama sendiri atau hasutan anasir luar?

Demang terkenang Saddam Husein yang begitu gagah suatu ketika dahulu memerintah Iraq hinggakan Iran yang dibantu Rusia tidak dapat mengalahkan mereka. Quwait yang dilindungi Amerika juga diredah begitu sahaja.

Malah Amerika sendiri gagal menawan Iraq.

Amerika mengendurkan serangan terhadap Iraq. Dunia mengagumi Saddam dan memperlekeh kemampuan Amerika.

Namun tidak lama kemudian, beberapa pemimpin kiri yang melarikan diri ke Eropah dan Amerika mula memburuk-burukkan Saddam. Rahsia kelemahan Saddam disalurkan pada Amerika.

Para pemimpin kiri yang berada di Iraq turut memainkan peranan dari dalam.

Akhirnya kedudukan Saddam menjadi goyah. Tentangan dari dalam ternyata menjadi tekanan yang sukar di atasi.

Akhirnya Amerika mengemukakan alasan mudah: Iraq memiliki senjata pemusnah. Makanya Iraq perlu dimusnahkan.

Kisah seterusnya, anda boleh ikuti setiap hari melalui mana-mana media yang anda suka.

Tiba-tiba Demang teringat bahawa Malaysia mempunyai banyak persamaan dengan Iraq.

Setidak-tidaknya, negara kita ada minyak.

air percuma untuk rakyat


Baru-baru ini Demang dimaklumkan bahawa pihak SYABAS ingin menyebarkan maklumat melalui blog bagi menafikan tohmahan yang dibuat terhadap mereka selama ini.

Oleh kerana Demang tidak berkesempatan bertemu pihak SYABAS sendiri, maka tidak dapatlah Demang menulis lanjut.

Apapun, sahabat Demang, GAP telah menyiarkan video tersebut di blog beliau. Klik sini.

Tuesday, December 7, 2010

terkini: UMNO hampir pasti dapat mandat semula


"Selamat tinggal rakyat Malaysia. Maafkan daku..."

Survey terbaru!

BN kini menguasai 122 daripada 222 kerusi parlimen. Maknanya sudah melepasi majoriti 1/2. Sebagaimana teori domino, 'kawasan putih' itu akan merebak dalam masa terdekat, menjangkiti 'kawasan kelabu' pula.

Ertinya, ahli PKR akan kembali menjalani kehidupan biasa yang tak pedulikan politik sebagaimana 10 tahun lalu.

Potrait logo PKR akan disimpan di muzium sebagai kenang-kenangan.

PAS akan kembali menjadi pembangkang bagi mengimbangi kuasa UMNO.

DAP akan menjadi pembangkang untuk kepentingan kaum Cina.

MIC kembali setia pada BN dengan lebih matang.

Generasi muda MCA akan lebih memahami kenapa mereka perlu menyokong BN.

Amati perkembangan terkini negara, anda akan rasa suam-suam bahang pilihanraya...

Di belakang tabir kerajaan Selangor


Penahanan dan pendakwaan ke atas bekas MB Selangor semalam membuatkan sebilangan rakyat Selangor menarik nafas gembira. Manakan tidak, akhirnya keputusan mereka memberi undi kepada pakatan pembangkang dalam PRU12 menampakkan hasil.

Tahniah kepada para penceramah pembangkang (ketika itu) yang berjaya mendedahkan pelbagai kepincangan dalam kerajaan.

Salah satu yang dibangkitkan ialah isu pemilikan banglow mewah kepunyaan DS Khir Toyo berharga RM24 juta. Sama-samalah kita ikuti proses perbicaraannya. Harapan kita ialah Khir Toyo tidak mengemukakan rayuan agar hakim yang membicarakan beliau ditukar atau mengemukakan rayuan agar kes digugurkan sebagaimana dilakukan Anwar Inrahim.

Setakat ini Khir Toyo bersikap berani!

Dalam pada itu, mari kita lihat pula isu-isu baru sepanjang pemerintahan kerajaan yang baru (PKR/DAP), dalam tempoh masa yang dikira masih sangat baru.

1. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat apabila membeli hutang syarikat korporat Talam Corp. bernilai RM392 juta menggunakan wang rakyat.

2. Kerajaan Negeri telah gagal untuk mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corp seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar dalam sidang DUN

3. Kerajaan Negeri membatalkan pebinaan UITM Selangor di Serendah , Hulu Selangor

4. Kerajaan Negeri merampas tanah rakyat yang diamanahkan kepada YBK di Hulu Selangor

5. Kerajaan Negeri menutup institusi latihan kemahiran untuk bumiputera Institut kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

6. Kerajaan negeri menyita , mendenda dan menyewa tanah tanah untuk projek terusan dan kolam takungan padi di Tanjung Karang

7. Kerajaan Negeri gagal mentadbir Universiti Selangordengan baik sehinggan ia mengalami kerugian yang besar dan pengurangan kemasukan pelajar baru amat ketara.

8. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengfan membelanjakan RM 800 000 dalam program sambutan hari jadi Yayasan selangor

9. Kerajaan Negeri gagal mengurus perlombongan yang mengakibatkan kecurian pasir dan kerosakan alam sekitar

10. kerajaan negeri menipu DYMM Tuanku sultan Selangor dan rakyat apabila gagal mengutip RM 150 juta hasil pasir di engeri selangor

11. Kerajaan Negeri gagal mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dengan cermat dengan memberi bonus yang tidak munasabah kepada kakitangan syarikat tersebut

12. kerajaan negeri gagal mengurusa Institusi Pejabat menteri besar dengan baik senhingga ada intipan kamera litar dalam bilik Menteri Besar

13. Kerajaan negeri gagagl mengurus kontrak bekalan kerajaan tempatabn dengan baik sehingga berlaku Surat Sokongan oleh Ahli Majlis dan pengerusi JKKK Kampung Baru untuk mendapatkan kerja kontark

14. Kerajaan Negeri menyeleweng bila mana Exco dari pandamaran di biar lepas bebas walaupun dia menggunakan kepadala surat dan Cop beliau untujk melobi kerja kontrak

15. Kerajaan Negeri gagal mentadbir PKNS dengan Baik Sehingga ia telah mengadaikan semua hartanah PKNS kepada REIT, yang mengakibatkan PKNS sekarang tidak punya premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan untuk beroperasi

16. PKNS telah membelanjakan dengan boros jumlah perbelanjaan perpindahan ke pejabat baru yang tidak munasabah

17. PKNS telah membazirkan wang rakyat dengan membiayai sebanyak RM520000 majlis perkahwinan angkasawan negara seperti yang disebut dalam sidang DUN

18. PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar RM731000 kepada sebuah syarikat yang melaksanakan perkhidmatan tele marketing

19. PKNS telah membazir wang rakyat sebanyak RM935000 kepada konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan

20. kerajaan negeri gagal mengurus air diselangordengan baik sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari pahang yang boleh menyebabkan Selangor akan mengalami krisis air menjelang 2014

21. Kerajaan Negeri juga gagal memberikan air percuma seperti yang disebut dalam manifesto mereka dalam pilihanraya2008. Mereka sebaliknya menipu rakyat dengan memutarbelitkan dan mempolitikan isu air yang akhirnya rakyat akan jadik mangsa apabila berlaku krisis air pada tahun 2014

22. Kerajaan Negeri menipu rakyat apabila membentangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM50 billlion pada tahun lalu namun sehingga sekarang ia belum dilaksanakan

23. Kerajaan Negeri selangor melalui Exconya dari DUN Pandamaran telah menghalang penguatkuasaaan sekatan jualan arak MBSA di Shah Alam

24. Kerajaan negeri selangor talh mebiarkan institusi masjid menjadi gelanggan gpolitik

25. Kerajaan Negeri mengurus Sumber kewanghan dengan bain pada tahun 2008 deefisit belanjawan menjadi RM 49 juta, kemudiaa 2009 defisit menjaqdi RM66 juta dan meningkat lagi 2010 menjadi lebih RM144 juta ni berbanding dengan pemerintahan BN pada tahun 2006-RM72.5 juta dan 2007-surplus belanjawan RM131.8 juta

26. Kerajaan Negeri tidak cekap dalam merancang dan mengurus kewangan negeri apabila telah memohon 3 kali perbelanjaan tambahan bagi tahun 2010 iaitu pada mac 2010 sebanyak RM69 juta, Julai RM117 juta dan november 2010 sebanayak 8 juta

27. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM330367.96 kos rawatan YB Dr Cheah Wing Yin di pusat Perubatan Sunway akibat kemalangan . kenapakah perlu beliau meneria rawatan di pusat perubatan swasta yang sudah diketahui perbelanjaannya berbanding dengan pusat perubatan kerajaan. ini merupakan dasar bermewah-mewahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri

28. kerajaan negeri lebih pro mengutip hasil cikai pusat hiburan yang kini terdapat lebih dari 4000 premis hiburan,spa, pusat urut dan judi di negeri selangor

29. Kerajaan negeri menyalahgunakan kepada surat pejabat menteri besar untuk mengutip dana parti sewaktu 1000 hari pentadbiran kerajaan negeri

30. Kerajaan Negeri telah engkar kepada pelbagai titah DYMM Sulatan Selangor yang amat dukacita dengan pelbagai kelemahan pentadbiran di Negeri Selangor


Salinan daripada pendedahan:
GAPS-Gabungan Anti Penyelewengan Selangor

Monday, December 6, 2010

Pemain utama globalisasi


“Kepada semua Muslimin dan Muslimat.. Selamat Tahun Baru Hijriah 1432h.

Tanamkan azam baru untuk menjadi Khairul Ummah pada masa akan datang... “

Demikian ucapan yang dicatat blogger Aspirasi http://aspirasi-bangsa.blogspot.com sebentar tadi.

Sementara itu blogger Panglima Perang Cyber http://penembak-tepat.blogspot.com menyiarkan doa akhir tahun dan awal tahun untuk semua pengunjungnya.

Demang pula ingin mengajak semua ummat Islam menguatkan barisan dan bergerak bersama untuk memimpin dunia.

Jadikanlah usaha untuk menjadi pemain utama globalisasi sebagai jihad mulai hari ini, 1 Muharram 1432h, Insya-Allah.

Kita-lah ummat terbaik.

Saiful sumpah di Mekah?


"You tunggu I, tau... jadi isteri kena setia..."


"I bukan tak percaya kat You... tapi foto ni macamana?"


Artikal berikut bukan Pak Teh tulis, namun ia menguatkan posting Pak Teh pagi tadi.

Saiful bukhari telah mengaku dia di liwat oleh anwar buat kali kedua di tanah suci mekah, siapa yang boleh pertikaikan pengakuan saiful itu? mungkin sudah muak dengan mulut-mulut sial puak pembangkang, saiful sekali lagi mengaku dia memang di liwat oleh anwar, itu pengakuan saiful ketika dia mengerjakan ibadah haji, rukun kelima dalam rukun islam.

Pak Teh peringatkan, ayat "Saiful bukhari telah mengaku dia di liwat oleh anwar buat kali kedua di tanah suci mekah..." bukan bermaksud Saiful diliwat di Mekah untuk kali kedua sebaliknya bermaksud pengakuan tersebut adalah pengakuan yang kedua, dan kali ini dibuat di Mekah.

Harap maklum.

Baca seterusnya

mahkamah tolak permohonan Anwar


Sistem mahkamah Malaysia memang tak kenal sesiapa. UMNO yang mendominasi politik negara pun pernah diharamkan apabila gagal mematuhi peraturan walaupun impak risikonya amat tinggi.

Inikan pula cuma bekas TPM!

Pagi ini Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar Ibrahim supaya hakim Datuk Mohamad Zabidin yang mendengar kes liwatnya menarik diri.

Seolah terdengar suara Anwar lantang di depan penyokongnya:
"Kita bukan takut masuk mahkamah, kita cuma mahu hakim tu diganti sebab dia tak layak..."

Sebenarnya, jika bukan hakim Mohamad pun yang dinamakan sebagai hakim dalam kes itu, percayalah... tindakan, alasan, dan ayat yang sama juga kita akan dengar daripada Anwar.

Itulah Anwar. Rakyat dah tahu dah...

Saturday, December 4, 2010

Singapura milik siapa?


Beberapa hari lalu Persatuan Sejarah Kedah menggesa kerajaan menyemak semula status pemilikan dan kedaulatan Pulau Pinang.

Jelas, pendudukan Inggeris di Pulau Pinang hanyalah sebagai orang yang menyewa atau memajak sahaja.

Resminya, orang yang menyewa tidak berhak menyerahkan tanah yang dipajaknya kepada orang lain.

Bagaimana pula dengan Singapura? Demang fikir eloklah dibuka semula manuskrip sejarah negara dan lihat adakah pengambilan Singapura daripada Kesultanan Johor sah?

Friday, December 3, 2010

Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak letak jawatan


Selang sehari selepas dikeluarkan 100 blog politik paling popular yang menyaksikan blog prokerajaan menguasai lebih 60% pasaran, Blogger Albanjari iaitu Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak telah meletakkan jawatan. Beliau juga memaklumkan akan membuat pengumuman bagi melepaskan jawatan-jawatan lain yang dipegang.

Berikut adalah kenyataan yang beliau siarkan di blog Albanjari Online:

Merujuk kepada tajuk diatas, sangat jelas akan hasrat dan niat. Maka dengan ini saya, radens albanjari meletakkan melepaskan jawatan secara rasmi sebagai Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak berkuatkuasa 3 Disember 2010 yang jatuhnya pada hari yang sangat mulia, jumaat yang juga merupakan penghulu segala hari.

Terima kasih kepada rakan2 blogger yang telah memilih saya sebagai Presiden di Konvensyen Bloggers PAS Perak pada januari 2010 yang lalu. Notis rasmi perletakan melepaskan jawatan itu akan saya utuskan secara serahan tangan kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Perak selewat-lewatnya pada minggu depan.

Salam dan terima kasih.

Radens ALB - (*) Pelepasan jawatan yang lain juga akan dinotiskan selewatnya sebelum 2011.

Radens ALB


Demang belum mahu membuat sebarang komen dan sedang menganalisis perkembangan politik semasa.

Demang lihat ada rona kebiruan sedang bergerak di hujung sana. Nampaknya seperti gelombang. Seakan-akan gelombang biru.

Thursday, December 2, 2010

yang telah meninggalkan PKR



Siapa pula selepas ini?


Sumber:
http://www.sahabat-gunung.com

kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah


Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah hari ini meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah selaku pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada 1786.

Pengerusinya Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata usaha itu lebih penting berbanding menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.

"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya pada sidang media, di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.

Pak Teh: sokong 100% dan menunggu reaksi UMNO dan PAS terhadap isu ini.


sumber: Bernama

Wednesday, December 1, 2010

Lagi orang kuat PKR akan keluar parti

Sebagaimana dijangka, kemelut dalam pemilihan PKR baru-bari ini telah mengundang keretakan dan seterusnya perpecahan yang bukan sedikit.

Hal ini diburukkan lagi dengan ucapan penutup presiden parti yang mungkin merupakan ucapan terakhir bagi mesyuarat terakhhir parti serpihan UMNO itu.

Kemarahan orang Melayu terhadap kenyataan Wan Azizah yang berterus terang menolak konsep ketuanan Melayu bukan sedikit kesannya dan pasti menggugah hati sebahagian besar pemimpin parti itu yang masih mampu berfikir waras.

Desas desus yang tersebar menunjukkan pemimpin yang akan keluar itu ialah Chegubad. Memang ada asasnya berita itu memandangkan kesilapan Anwar kerana berpihak pada calon tertentu dalam pemilihan baru-baru ini begitu mengguris hati pemuda itu.

Cuma barangkali yang mampu menahan daripada terjadinya perkara ini ialah Anwar sendiri. Anwar perlu menemui Chegubad secara peribadi dan beri jaminan untuk memujuknya agar terus kekal bersama PKR.

Namun ia bukan mudah memandangkan rakyat sudah menolak PKR.

Blog Prokerajaan kini menguasai


Utusan Malaysia hari menyiarkan 100 blog paling popular melalui bancian Alexa meliputi empat kategori iaitu blog prokerajaan, propembangkang, blog pemimpin, dan blogger neutral.

Barangkali ini kali pertama sejak 12 tahun, blog dan web penyokong kerajaan mengatasi web yang menyebelahi pembangkang. Betulkan jika saya silap.

Secara keseluruhan, blog prokerajaan menguasai 60% berbanding pembangkang yang cuma mendapat 20%. Selebihnya ialah blog pemimpin seperti Tun Mahathir dan DS Najib serta blogger berkecuali yang berjaya mencuri 20% daripada tempat yang disediakan.

Lebih menarik, walaupun tempat pertama masih dikuasai portal Tranungkite yang sudah lama terkenal, namun enam daripada 10 teratas ialah blogger prokerajaan yang dikira baru. Cuma dua buah blog yang menyokong pembangkang masih berada dalam 10 blog paling popular.

Tidak kurang menarik daripada statistik tersebut ialah terdapat blogger dan webmaster yang suatu ketika dahulu amat membenci kerajaan kini bertukar 360 darjah seperti Blogger Mahazalim, Mahafiraun, GAP dan beberapa orang lagi.

Alhamdulillah. Bancian tersebut memberi petunjuk positif terhadap peralihan persepsi yang selama ini merugikan negara lantaran kerajaan yang memerintah dianggap amat lemah sehingga sukar membuat keputusan, atau keputusan yang dibuat akhirnya merugikan rakyat untuk jangka panjang.

Ia juga satu perubahan pemikiran daripada kecenderongan menerima satu sumber (pembangkang) kepada pelbagai sumber yang terdapat dalam internet.

Seperkara yang perlu semua pihak sedari ialah kebanyakan blogger adalah 'tidak bertuan' dan boleh beralih angin mengikut situasi semasa.