Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, December 27, 2010

Syiah dan PAS


Malam kelmarin Demang sempat singgah di masjid Saidina Ali Bukit Katil bagi mendengar ceramah berkenaan pluralism dalam agama. Penyampainya ialah seorang mualaf berbangsa Sikh yang Demang lupa namanya. Turut sama dalam majlis tersebut ialah Ali Rustam, KM Melaka yang sebenarnya mempunyai program di tempat lain pula selepas itu.

Memang menarik penyampaian beliau. Maklumlah, beliau bercakap dari sudut pandangan orang yang lahir dan membesar dalam agama lain dan baru 14 tahun memeluk Islam. Ertinya beliau berpeluang melihat Islam dari luar dan dari dalam.

Demang bersetuju dengan pendapat beliau bahawa Syiah bermula dengan politik, yakni akibat tidak puas hati dengan perlantikan khalifah. Akhirnya ia berlarutan sehingga menyentuh isu aqidah. Maklumlah, orang Islam mudah tersentuh apabila sesuaatu isu dapat dikaitkan dengan aqidah.

Maka soal politik dan kuasa pun terlindung dengan sengaja. Ya lah, malu juga bila orang kata nak rebut kuasa. Tapi kalau bercakap soal aqidah atau fiqah, boleh beri alasan nak berdakwah.

Secara keseluruhannya ceramah tersebut bertumpu pada usaha dan pendekatan dakwah, khususnya kepada muda-mudi dan orang yang belum memeluk Islam. Ustaz mualaf tersebut mengingatkan hadirin bahawa ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Mekah selama 13 tahun hanya berkisar tentang aqidah sahaja. Hanya selepas hijrah ke Madinah barulah perkara-perkara hukum-hakam diturunkan.

Dalam menungan, Demang tertanya-tanya, jika Rasulullah memerlukan 13 tahun sebelum melaksanakan hukum ke atas orang Islam, kenapa PAS ditubuhkan sebelum merdeka? Padahal waktu itu Inggeris masih berkuasa! Kenapa PAS tidak menunggu sehingga 13 tahun selepas merdeka?

Kenapa PAS tidak melihat dulu bagaimana UMNO memerintah dan jika tidak betul, barulah dibantah atau dinasihati. Sebenarnya ada banyak cara lagi yang pemimpin PAS boleh lakukan selain daripada mengisytiharkan ‘perang’ terhadap UMNO.

Tidak tahukah pemimpin PAS bahawa orang Islam baru terlepas daripada penjajahan selama 446 tahun? Lupakah PAS bahawa serangan ke atas Melaka adalah salah satu siri Perang Salib? Tidak sedarkah PAS bahawa Islam dihenyak secara kasar dan halus selama hampir 500 tahun (1511-1957)?

Berapakah jarak masa antara Nabi Isa alaihisalam dengan Nabi Muhammad SAW? 500 tahun!
Kesultanan Melaka pun hanya melaksanakan Islam secara beransur-ansur walaupun Parameswara memeluk Islam pada 1414. Hanya semasa Sultan Muzaffar Shah (1444) barulah Islam menjadi agama rasmi manakala dilaksanakan oleh Sultan Alaudin pada 1477 iaitu 63 tahun selepas Islamnya Melaka.

Kita merdeka daripada penjajahan kafir harbi pada 1957 dan PAS ditubuhkan 10 tahun sebelum itu dengan nama Hizbul Muslimin (1947). Namun secara rasminya ialah 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

Kenapa di Pulau Pinang? Nanti, kita akan bincangkan lain kali, insya-Allah.

Kenapa PAS sibuk dengan perlaksanaan hukum sejak belum merdeka padahal ummat Islam tika itu masih berpesta mandi safar dengan jamuan arak dan judi? Tak nampakkah PAS betapa orang Islam masih berselirat dengan tangkal dan jampi serta berdukun-pawang? Serapah, jampi, mantera masih beriring dengan Bismillah.

Orang Melayu tika itu bukan setakat membela ayam itik, bahkan hantu raya, pelesit, dan polong!

Ataukah PAS sama seperti Syiah yang berselindung di sebalik jenama Islam pada hal kuasa politik yang diidamkan?

Rujukan:
http://waadat.blogspot.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_view.asp?kbid=50
http://kelantan.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=176&Itemid=41.
http://malay.bismikaallahuma.org/islam-dan-fahaman-pluralisme-agama/

Foto:
Alfonso de albuquerque

3 comments:

Panglima Perang Cyber said...

saya sangat teruja membaca kupasan ini..


boleh dipanjangkan lagi cikgu dan mungkin boleh dijadikan rencana utk Utusan Malaysia.

Penyokong PAS pasti panas punggung baca tulisan cikgu ini.


Syabas dan alhamdulillah...

irs-Hursaini said...

HUDUD adalah modal politik PAS.. TITIK.

Cg Man.. sy keliru antara, pelantikan ngan perlantikan.. yg mana boleh guna? Atau dua-dua boleh guna seperti Baru dan baharu.

So lagi;
dah ada ke sambungan cerita Raja Suran?

Wassalam...

Cheguman said...

terima kasih Panglima. Insya-Allah apabila datang yang haq yang bathil akan gugur dengan sendirinya. Bunga kejayaan sudah kelihatan.

irs-husaini,
setahu saya imbuhan 'per' pada 'perlantikan' yang betul manakala 'pelantikan' menggunakan imbuhan 'pe' sering digunakan untuk 'pelaku'. Contohnya 'pelatih', 'peminat', 'penyokong'...

Apapun, saya bukan ahlinya.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)