Bagi pemerhati politik tanahair, perihal penggantungan 4 orang ahli parlimen (pembangkang) siang tadi bukanlah satu kejutan. Apatah lagi muka-muka tersebut merupakan ‘pakar’ dalam permainan politik.
Justeru Demang tidak mahu menyampuk dalam isu ini. Demang nak tengok dulu setakat mana permainan mereka.
Cuma, peristiwa yang turut melibatkan Anwar Ibrahim ini mengingatkan Demang pada peristiwa lebih sedekad lalu, yakni ketika Anwar dipecat daripada semua jawatannya.
Maka bangunlah Anwar mempertahankan diri selama dua jam di hadapan MT UMNO. Sayangnya tempoh tersebut tidak digunakan untuk membuktikan semua tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar sebaliknya Anwar berpusing-pusing bermain kata-kata sehingga orang yang mendengar semakin curiga.
Akhirnya MT bersepakat untuk meminta Anwar Ibrahim sendiri menjelaskan kepada rakyat sekiranya dia benar-benar tidak bersalah.
Namun Anwar bertemu rakyat bukan untuk membentangkan bukti bagi menyanggah tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebaliknya memberitahu rakyat bahawa ramai lagi pemimpin yang lebih teruk dari dirinya.
Dari situlah timbulnya isu nepotisme dan kronisme. Hikmahnya ialah dek kerana isu liwat maka isu-isu lain ikut terbongkar.
Rakyat dengan mudah dialihkan tumpuan daripada isu sebenar. Maklumlah, isu liwat tidak merugikan rakyat sebaliknya nepotisme dan kronisme memang menyangkut terus hak rakyat.
Itulah cerita sebenar di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim, iaitu bagi mengelakkan UMNO terheret sama ke dalam kancah permasalahan peribadinya.
Kenapa dipecat? Samalah macam kes penggantungan sidang parlimen tadi: diminta dengan baik, tak mahu... maka terpaksalah dipecat!
Demang rasa taktik Anwar kali ini berjaya, itupun jika pengerusi BN bukannya Najib Razak.
Coda:
Anwar Ibrahim memerlukan satu isu BESAR bagi mengalih tumpuan rakyat apabila bapa Saiful Bahari mengutus surat rayuan kepada Yang Dipertuan Agong agar perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful dipercepat.
Karpal dan seorang lagi pembangkang sengaja menggantung diri bagi menghasilkan ‘letupan’ lebih kuat. Ini adalah usaha terakhir bagi memastikan DAP-PKR dapat bertahan sehingga PRU-13.
No comments:
Post a Comment