Saturday, April 30, 2011

PAS masuk UMNO

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP yang
ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Demang harap orang PAS tidak bertindak bodoh membalas semula kenyataan tersebut dengan berkata untuk kesekian kalinya: "Kenapa tidak UMNO yang masuk PAS?"

Sebelum soalan bodoh itu keluar lagi, biarlah Demang bagitau. Kalau tak silap Demang UMNO mempunyai 78 kerusi parlimen melalui PRU12 manakala PAS cuma dapat 23 kerusi sahaja.

Jadi, UMNO kena masuk PAS atau PAS masuk UMNO?

Sumber berita:
http://www.sahabat-gunung.com/2011/04/najib-jemput-pas-sertai-bn.html

kenapa hanya Eskay yang bersumpah?

Hanya Eskay lafaz sumpah
Written by Nazri Abdullah  (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 29 April: Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah akhirnya melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul sebelum waktu Asar siang tadi.

Namun hanya beliau seorang sahaja melafazkan kalimah sumpah itu walaupun turut ditemani dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Demang tertanya-tanya, apa maksud Harakah? Memanglah Eskay sahaja yang perlu bersumpah sebab dia yang berada dalam bilik itu dan terlibat secara langsung. Dato yang dua orang lagi tu cuma tengok video macam Nik Aziz jugak.

Kalau gitu, suruh lah Nik Aziz bersumpah sama. Lagipun Nik Aziz dah keluar kenyataan bahawa sumpah laknat dibenarkan.

Sumber:
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3045:hanya-eskay-lafaz-sumpah&catid=34:primary&Itemid=56

lelaki ditahan kerana mahu bakar kertas undi

Lelaki ditahan kerana mahu bakar slip undi


2011/04/30

SINGAPURA: Polis menahan seorang lelaki berumur 32 tahun kerana berulang kali menyatakan di internet bahawa dia mahu membakar slip undinya dan kotak undi pada hari mengundi nanti.

Akhbar tempatan The Straits Times melaporkan polis dalam satu kenyataan berkata, polis bahagian Ang Mo Kio menahan rakat Singapura itu di rumahnya di Ang Mo Kio, berdasarkan maklumat yang diterima.
Siasatan mendapati dia juga dipercayai memuatkan komen yang polis sifatkan sabagai "cadangan untuk mencederakan Anggota-anggota Parlimen".
Dia dipercayai memuatkan sekurang-kurangnya tiga mesej seumpama itu.

Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 267C Kanun Jenayah Fasal 224 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
- BERNAMA

Cuba bayangkan, bagaimana jika berita itu berlaku di Malaysia?

Demang siarkan berita yang dikutip daripada Berita Harian (FB) itu kerana bukan rahsia lagi betapa pembangkang terutama PKR dan DAP sering mendakwa Singapura serba serbi lebih baik berbanding negara kita. Malah DAP secara terang-terangan mengambil Lee Kuan Yew sebagai mentor.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakiditahankeranamahubakarslipundi/Article

sumpah dalam Islam

Mubahalah cari kebenaran selepas seseorang dikait dengan sesuatu tuduhan
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/islambenarkansumpahlaknat/article

KUALA LUMPUR: Islam membenarkan umatnya melakukan sumpah laknat bagi tujuan mencari kebenaran selepas seseorang itu dikaitkan dengan sesuatu tuduhan atau kesalahan yang tiada jalan penyelesaian.
Seorang tokoh agama yang juga bekas mufti berkata, sumpah laknat atau disebut juga sebagai Mubahalah adalah sumpah saling melaknat dan berdoa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas individu yang berbohong dari kalangan orang yang bersedia bermubahalah.
“Proses sumpah laknat adalah perkara terakhir dan tindakan berani dilakukan mereka untuk membuktikan bahawa sesuatu dakwaan itu adalah benar dengan mengharapkan sesiapa yang berbohong mendapat laknat Allah.

“Sumpah laknat ini bukan perkara main-main kerana mereka yang bersumpah laknat mengharapkan balasan Allah demi mendapatkan kebenaran atas apa yang mereka katakan. Sumpah sebegini ada dinyatakan di dalam Islam untuk mengharapkan hidayah Allah terhadap perkara yang tidak dapat penyelesaian,” katanya yang enggan nama disiarkan ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris, berkata proses mubahalah ada dinyatakan di dalam al-Quran melalui ayat al-Imran ayat 61.

“Perkara ini adalah kemuncak untuk mendapatkan kebenaran bagi mengelak tuduh menuduh... jadi mereka yang saling menuduh boleh bersumpah laknat untuk menyatakan apa yang dikatakan itu adalah perkara benar.

Sumber:

video sumpah mubalahahDato Eskay

Berikut adalah rakaman video sumpah Dato Eskay terhadap dakwaan beliau terhadap pelaku dalam video seks.




Lihat pendapat Prof Madya Dr Mohd Razzi tentang 'sumpah dalam Islam'

pendapat Dr Razzi tentang sumpah

PERISTIWA mubahalah atau sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini adalah sesuatu yang baru kepada umat Islam di Malaysia. Menurut tokoh agama, Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi Othman, beliau tidak pernah mendengar sumpah laknat dilakukan di negara ini.

Dalam temu bual dengan wartawan ZULKEFLI HAMZAH, AZMAN ANUAR dan ROKIAH ABDULLAH di pejabatnya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang Jumaat lalu, Dr. Mohd. Radzi menghuraikan secara terperinci mengenai mubahalah.

Pensyarah Jabatan Pengajian Islam itu telah 23 tahun berkhidmat di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin.

Berusia 57 tahun, Dr. Mohd. Radzi pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang selama 11 tahun. Sejak 23 tahun lalu, beliau ialah ahli Majlis Fatwa Perlis selain menjadi penasihat syariah Bank Rakyat.

Beliau juga menulis buku dalam bahasa Arab mengenai sejarah sahabat Nabi dan gerakan pembaharuan dalam Islam.

Dalam temu bual selama lebih satu jam itu, Dr. Mohd. Radzi menyifatkan sumpah laknat sebagai perkara serius kerana ia melibatkan maruah seseorang penganut Islam dan ia boleh membawa kepada pelbagai reaksi daripada masyarakat yang pelbagai pengetahuan dan latar belakang.

Katanya: “Tanggapan yang diberi pula datang dalam pelbagai bentuk. Saya khuatir perkara ini boleh membawa kekeliruan, perpecahan dan kekecohan kepada umat Islam. Penyelesaian secara mubahalah sesuatu yang jarang berlaku. Ia satu sejarah pada umat Islam di Malaysia.”

MINGGUAN: Apakah kedudukan sumpah dalam Islam dan adakah sumpah pernah menjadi isu besar dalam sejarah Islam?

DR. MOHD. RADZI: Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada dalam mahkamah kalau kes dibawa ke mahkamah atau jika diminta bersumpah ataupun dibuat di luar mahkamah sesama orang Islam. Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. Jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekali pun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa.

Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua

Sumpah ini ada kategori tertentu atau hanya bagi menentukan kebenaran kes-kes jenayah?

DR. MOHD. RADZI: Tidak hanya dalam kes jenayah, dalam isu pertikaian harta benda pun boleh bersumpah. Sumpah juga boleh dibuat untuk menentukan kebenaran kes-kes peribadi.

Bagaimanakah cara bersumpah yang sah dan betul?

DR. MOHD RADZI: Bersumpah dengan menyebut nama Allah. Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi. Ini lafaz-lafaz sumpah. Lafaz ini hanya digunakan pada perkara-perkara untuk mengukuhkan kebenaran dan dakwaan supaya pihak kedua boleh menerimanya.

Sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini, apakah kedududkannya dalam Islam?

DR. MOHD. RADZI: Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu. Tapi perkara ini jarang berlaku.

Sumpah laknat disebut dalam al-Quran?

DR. MOHD. RADZI: Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.

Latar belakang turunnya ayat itu ialah ada satu kabilah Nasara, Bani Najran, di selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad. Mereka ingin mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam melalui Nabi Muhammad. Nabi Muhammad meminta mereka membayar jizyah. Dalam pertemuan itu, mereka enggan membayar jizyah sebaliknya mereka mencabar untuk bermubahalah.

Tetapi akhirnya mubahalah tidak berlaku kerana kabilah Nasara bersetuju membayar jizyah tanpa melakukan sumpah mubahalah. Orang Nasara itu takut melakukan mubahalah kerana merasakan Nabi Muhammad berada di pihak yang betul manakala mereka tidak betul. Hasilnya mereka terpaksa menanggung akibat buruk. Akibat itu bukan sahaja menimpa mereka tetapi turut dilaknat sehingga ke anak cucu. Justeru, kabilah Nasara membuat keputusan untuk menerima sahaja permintaan Nabi.

Akibat buruk dalam sumpah mubahalah, adakah ia memang janji Tuhan atau hanya sumpah manusia?

DR. MOHD. RADZI: Ia memang janji Tuhan. Melalui Ayat 61 Surah al-Imran itu juga pada perenggan yang terakhir, dinyatakan “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”

Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar.

Balasan buruk yang Tuhan janjikan itu, adakah kita boleh melihatnya?

DR. MOHD. RADZI: Daripada kes-kes sumpah yang berlaku, ulama-ulama hadis ada merakamkan beberapa kes. Kata Ibn Hajjar, akibatnya tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada. Namun di kalangan pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah dilafazkan hanya pada kes-kes yang serius dan pada kes-kes yang besar sahaja. Itu pun selepas dirujuk dengan pelbagai cara lain yang perlu diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dua pihak tadi. Jika ia masih tidak selesai, akhirnya barulah dirujuk kepada cara mubahalah.

Dalam sejarah Syiah, pengikut Syiah banyak merujuk kepada cara mubahalah. Mereka memang lebih suka cara mubahalah.

Bolehkah diberikan contoh-contoh mubahalah yang dilakukan oleh orang Syiah?

DR. MOHD. RADZI: Berdasarkan satu catatan dalam laman web Syiah, terdapat beberapa kes mubahalah yang berlaku pada zaman Jaafar al-Sadiq. Orang Syiah bermubahalah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada waktu itu. Ketika itu mereka melakukan mubahalah dengan meletakkan jari-jari kedua belah tangan secara berselang seli antara satu sama lain dan kemudian berkata, “Ya Allah, andai kata si polan ini engkar kebenaran dan menerima kebatilan, maka kenakanlah dia dengan balasan daripada langit atau azab daripada engkau, ya Allah, dan melaknatnya sebanyak 70 kali.”

Mubahalah itu dilakukan pada waktu subuh iaitu ketika antara naik fajar hingga naik matahari. Orang Syiah memang biasa dan kerap bermubahalah. Cuma bagi kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah jarang-jarang berlaku. Apabila wujud kes-kes pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara lain, baru mubahalah digunakan. Sumpah itu jarang digunakan kerana ia mengakibatkan perkara buruk yang boleh menimpa pihak-pihak yang berkenaan.

Adakah pernah berlaku kes mubahalah dalam sejarah masyarakat Islam di Malaysia?

DR. MOHD. RADZI: Sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah dengar ia berlaku di Malaysia.

Sumpah laknat atau mubahalah yang dilakukan pada 15 Ogos lalu, apakah balasan-balasan yang boleh berlaku?

DR. MOHD. RADZI: Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.

Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta.

Adakah sumpah mubahalah ini sama dengan hukum li‘an yang dinyatakan dalam Ayat 6-10 Surah An Nur?

DR. MOHD. RADZI: Li‘an hanya boleh berlaku di antara suami isteri sahaja iaitu seseorang suami yang bersumpah untuk tidak mendekati isterinya dalam tempoh tertentu manakala mubahalah pula memang ada unsur sumpahan dan ia boleh berlaku di kalangan suami isteri atau sesiapa sahaja.

Apakah cara bermubahalah yang paling tepat?

DR. MOHD. RADZI: Mubahalah tidak tertakluk kepada banyak syarat kerana dalam nas-nas syarak tidak dinyatakan dengan jelas syarat-syarat yang diperlukan. Cuma mubahalah ini boleh dilakukan ekoran daripada perbalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa melalui perbincangan dan persefahaman. Caranya boleh berlaku di mahkamah di depan hakim jika kes dibawa ke mahkamah. Ia juga boleh dilakukan di luar mahkamah bahkan di mana-mana sahaja. Pada zaman Abdullah Ibn Abbas Al-Auzar dan Syuraih Al-Qa‘di, mubahalah pernah berlaku di dalam masjid dan di luar masjid selepas kesepakatan kedua-dua pihak untuk sama-sama merujuk kepada pendekatan mubahalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Apakah syarat-syarat khusus mubahalah?

DR. MOHD. RADZI: Apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk bermubahalah maka pihak yang berkenaan perlu bersumpah dengan lafaz Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi dan kemudian terus menyebut masalah yang dimaksudkan dan pada akhirnya dengan menyatakan laknat Allah kepada mereka yang berdusta atau laknat Allah terhadap dia yang bersumpah andai kata dia berdusta.

Adakah ada syarat-syarat tertentu yang lain?

DR. MOHD. RADZI: Tidak ada syarat tertentu, tapi ketika Nabi Muhammad mahu bermubahalah dengan kabilah Nasara, Bani Najran, baginda membawa anaknya, Siti Khadijah, menantunya Saidina Ali serta cucunya Hasan dan Husin sebagai saksi.

Bagaimanapun, kes pada zaman Rasulullah itu tidak berakhir dengan mubahalah. Ketika mubahalah, kedua-dua pihak boleh hadir secara bersama ataupun satu pihak sahaja manakala pihak yang lagi satu yang melakukan mubahalah secara berasingan juga dianggap mubahalah.

Dalam sesuatu isu yang dipertikaikan, kalau satu pihak sahaja bersumpah laknat manakala pihak yang dituduh tidak mahu bersumpah, apakah kedudukan mubahalah itu?

DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sebegitu di mana ada pihak yang engkar iaitu tidak mahu bersumpah, kebenaran memihak kepada pihak yang bersumpah.

Kalau kedua-dua yang menuduh dan dituduh bersumpah laknat, apa pula kedudukannya?

DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sumpah laknat, kita akan dapat lihat petanda-petanda awal yang boleh membawa kepada kebatilan. Sumber-sumber agama tidak menyebut secara jelas tentang petanda-petanda yang berkenaan kerana perkara seumpama itu jarang berlaku di kalangan kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah dan ia tidak diperbesar-besarkan. Bagaimanapun, ulama-ulama Syiah mencatatkan bahawa tidak lama selepas mubahalah berlaku kejadian seperti orang yang berdusta tidak boleh bercakap, cakapnya tidak lancar, tergamam, terjatuh dan bermacam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui.

Apa yang penting ialah pihak berkenaan telah bersumpah dan yang kedua pula menyahut cabaran itu dengan bersumpah, jadi kita tengoklah di antara kedua belah pihak itu apa yang akan berlaku. Ulama Ibn Hajar Al Salam as Qualani pernah berkata, pada pengetahuannya, akibat sumpah akan dapat dilihat tidak lebih daripada satu tahun.

Bagaimana pula jika kes yang dipertikaikan itu dibawa ke mahkamah?

DR. MOHD. RADZI: Bagi kes yang dibawa ke mahkamah, mubahalah boleh berlaku di mahkamah andai kata pihak mahkamah merasakan pihak yang terbabit perlu bermuhabalah. Tujuan mubahalah adalah untuk mencari kebenaran. Antara dua pihak yang terlibat, walau apa pun yang diperkatakan, mereka sudah tentu lebih mengetahui perkara sebenar daripada mana-mana pihak yang lain. Kekeliruan mungkin berlaku apabila salah seorang enggan bercakap benar, menyebabkan pihak yang merasakan dia berada di pihak yang benar inginkan pembelaan. Maka mubahalah menjadi jalan penyelesaian yang terbaik.

Adakah mubahalah adalah sebahagian daripada hukum Islam?

DR. MOHD. RADZI: Mubahalah adalah sebahagian daripada hukum hakam Islam untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bukan sahaja untuk Islam sesama Islam tetapi juga antara orang Islam dan pihak bukan Islam. Ia boleh dibuat dalam mahkamah dan boleh juga di luar mahkamah bergantung kepada persetujuan antara kedua belah.

Dalam mubahalah yang baru berlaku, timbul isu mubahalah telah dieksploitasi oleh pihak lain?

DR. MOHD. RADZI: Isu dieksplotasi, itu perkara lain. Yang penting, mubahalah adalah untuk menyelesaikan masalah.

Dalam satu kes mubahalah pada 15 Ogos lalu, timbul persoalan kononnya cara orang yang bersumpah laknat memegang al-Quran macam perbuatan orang Kristian. Apakah haram memegang al-Quran ketika bersumpah?

DR. MOHD. RADZI: Memang dalam kes mubahalah atau sumpah biasa tidak diperlukan memegang al-Quran atau junjung al-Quran ketika bersumpah atau bermubahalah. Akan tetapi jika ada yang berbuat demikian tak adalah boleh disamakan dengan amalan orang Kristian.Bersumpah atau bermuhabalah mengikut hukum syarak, seseorang yang bersumpah hanya bersumpah dengan nama Allah tidak boleh selain daripada Allah. Begitu juga mubahalah, hanya bersumpah dengan nama Allah dan juga melaknat pihak yang berdusta.

Apakah cara sumpah laknat yang betul?

DR. MOHD. RADZI: Cukup dengan hanya lafaz sumpah Waallahi, Wabillahi dan Watallahi dan ditambah pengakuan ‘Aku melakukan perbuatan atau aku tidak melakukan perbuatan yang dituduh itu’. Itu sudah cukup.

Dalam kes mubahalah, seseorang kena tambah ungkapan laknat Allah terhadap orang yang berdusta termasuk dirinya yang bersumpah andai kata dia berdusta.

sumber: Utusan Malaysia
Disalin drpd: http://taipingmali.blogspot.com/

Friday, April 29, 2011

blog Anwar siar hukum bersumpah

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip berkata, ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible.

Jelasnya, mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Katanya, seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar.

”Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat. ”Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah penjelasan beliau.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Sumber:
http://anwaribrahimblog.com/2011/04/29/sumpah-penjelasan-pgsm-berhubung-mubahalah/

penyokong Anwar halang Dato T bersumpah

Upacara sumpah yang dicadangkan selepas solat Jumaat hari ini di masjid Bandar Baru Sentul tidak kesampaian apabila dihalang para penyokong Anwar.

Kenapa nak ditegah atau dihalang? Keberanian mereka untuk bersumpah menunjukkan mereka di pihak yang benar. Mereka sudah cukup dewasa untuk menyedari kesan jika mereka berdusta melalui sumpah.

Sejak bila sumpah diharamkan? Kenapa dalam kes Tun Mahathir disimbah cecair suatu ketika dulu, PAS tidak pula mempertikaikan pelakunya bersumpah?

PAS sebenarnya tahu tentang Anwar tetapi mengambil peluang ini bagi menentang UMNO.

Adakah PAS penganut fahaman 'matlamat menghalalkan cara'?


Foto:
http://taipingmali.blogspot.com/2011/04/csl-akan-sokong-pkr.html

Video lelaki Y mengamuk

Berbeza, sungguh berbeza. Beginikah rupanya pemimpin yang pernah menjadi idola ramai rakyat Malaysia suatu ketika dulu?

sayonara Anwar

Eskay ajak Anwar lafaz sumpah laknat

Satu Malaysia (malah satu dunia) sudah menonton dan mendengar sendiri ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, semalam mengajak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertainya melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat.

Bukan sahaja Dato Eskay malah Dato Rahim yang juga bekas KM Melaka dan seorang lagi Dato yang merupakan orang kuat Perkasa akan turut melakukan sumpah tersebut.

Demang percaya semua rakyat sudah dapat mengagak jawapan Anwar.

Kita akan lihat apakah muslihat pakar putar belit itu kali ini.

Thursday, April 28, 2011

BENAR: video sumpah Dato Eskay

Anwar betul-betul KO kali ini. Jika selama ini Anwar dianggap penyelamat dan penyokong kepada PAS dan DAP yang hampir muflis 10 tahun lalu, maka kali ini peribahasa 'sokong membawa rebah' sedang ditayangkan di depan rakyat Malaysia.

Rasanya, bukan setakat rebah, malah mungkin terus musnah.

Lihat video sumpah Dato Eskay ini:



Esok, ketiga-tiga Dato itu akan melakukan sumpah di masjid.

anwar beri keterangan isu video

BH 28/04: Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di IPD Dang Wangi pada 2.50 petang tadi untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes video seks.

dua soalan PAS kena jawab

Selamat pagi Malaysia.

Bagaimana dengan tidur anda malam tadi? Mimpi indah atau ngeri? 

Ketika kita semua lena dikapuk dingin malam, satu peperangan sengit sedang berlaku dalam diam. Peperangan yang cukup aneh tetapi seru.

Satu pihak menyerang dengan menghantar peluru 'embed' dari pemacu Youtube ke blog masing-masing manakala pihak yang bertentangan berusaha menepis peluru tersebut dengan cara memadamkannya dengan bantuan pihak pengurusan Youtube.

Kita tinggalkan sebentar isu itu. Sekarang Demang nak tanya dua soalan:

Pertama: Siapakah yang mula-mula memberi gelaran 'Anwar Al-Juburi'? 

Kedua: Siapakah yang mendakwa mempunyai maklumat dan bukti kes salah laku seks Anwar suatu ketika dulu?

Demang harap penyokong PAS boleh menjawab duua soalan tersebut tanpa hipokrit.

Demang bagi clue: bagi soalan pertama, orang itu kini berura-ura untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS sekali lagi.

Bagi soalan kedua, orang itu kini menjadi ketua peguam pembela ke s Anwar Ibrahim.

Wednesday, April 27, 2011

video lelaki itu Part 2


Adakah anda percaya bahawa pencuri memang wujud?

Tak percaya?

Samalah macam Demang. Memang tak masuk akal langsung ada orang yang sanggup menjadi pencuri. Demang fikir orang yang mengatakan pencuri itu wujud hanyalah bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Cuba fikir, pesan orang tua-tua 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah.' Justeru sipencuri takkan berani mencuri kerana dia tahu lambat laun dia akan tertangkap juga.

Jika tertangkap, siapa yang malu? Bukan diri sendiri sahaja yang malu; keluarga, anak bini, mak bapak semua akan malu.

Rakan taulan dan sahabat handai tak apa. Mereka tidak perlu malu sebab mereka boleh sahaja mengaku tak pernah kenal anda atau sudah memutuskan hubungan.

Maaflah. Demang cadang tadi nak siarkan video tetapi dah dibuang pulak dek Youtube.

Demang pun tak percaya lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim. Takkan lah Anwar nak buat kerja tu. Dia mesti fikir, kalau dia buat suatu hari nanti dia akan diketahui jugak.

Berpegang pada alasan itu lah Demang ambil kesimpulan bahawa pencuri tidak wujud sebab dia pun takut pada peri bahasa 'sepandai-pandai tupai melompat...'

Ok... video dah ada: 


Bukti terbaru kes video seks

Demang dapat mesej sebentar tadi Shazryl Eskay yang mendedahkan video seks individu mirip pemimpin pembangkang telah menyerahkan sampel DNA dan keterangan tambahan kepada polis hari ini.

Jika dikaitkan kes ini dengan kisah budak nakal dalam kelas sebagaimana posting Demang tengahari tadi, dalam kategori manakah masalah Anwar? Budak nakal atau budak jahat?

Masalah ini bukan sahaja memeningkan PM yang sibuk mentadbir negara malah PAS pun pening sebab makin ramai penyokong baru mereka kembali menyokong kerajaan.

Apapun, kita tunggu apakah keputusan dari perkembangan terbaru ini.

Budak-budak nakal

Mengajar murid-murid sekolah rendah memang memenatkan. Kalau tak betul kawalan kelas, perkara yang nak disampaikan jadi tak kesampaian.

Salah satu tabiat kanak-kanak ialah suka bercakap semasa guru sedang bercakap. Kalau dua pihak bercakap serentak, siapa yang nak mendengar?

Tak kata budak-budak, mak bapak budak pun sama!

Apabila terlalu ramai yang bercakap, maka suasana jadi bising. Proses pengajaran dan pembelajaran pun terganggu. Murid-murid yang benar-benar nak belajar tidak dapat belajar.

Selalunya yang suka mengganggu tu tak ramai tapi kesannya ditanggung semua orang.

Dalam politik pun begitu jugak. Apabila ramai 'budak nakal' maka usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab pada rakyat terganggu.

Yang rugi ialah rakyat.

Kalau murid nakal boleh kita nasihat, marah, atau rotan. Macamana dengan ahli politik yang tak sudah-sudah mengganggu?

HARAKAH AKUI PAS SUDAH BERPECAH

Berikut adalah kenyataan dalam Harakah sendiri yang membuktikan PAS sudah terpecah.

Written by Harakahdaily 
KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).

Berdasarkan berita di atas terdapat dua maklumat yang boleh kita kutip. Pertama, PAS sudah berpecah dan kedua, UMNO pelawa DAP masuk BN.

Fakta pertama adalah pengakuan PAS sendiri melalui lidah rasmi mereka iaitu Harakah manakala isi kedua belum menjadi fakta kerana masih belum dibuktikan.



http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2977:umno-jemput-dap-masuk-bn&catid=34:primary&Itemid=56

Tuesday, April 26, 2011

si kera sumbang

“Jika orang Cina memilih DAP dan menolak MCA, kenapa tidak orang Melayu memilih PAS dan menolak Umno,” kata AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.

(Harakahdaily 26 April)

Nampak sangat anak peneroka yang tak reti bercampur dengan masyarakat Felda itu bengap. Kalau ye pun, Aliman jangan lah menonjolkan sangat kejahilannya dalam realiti politik negara.

Hello, Aliman; orang cina yang memilih DAP ialah golongan yang berhajat mengambil alih politik Malaysia manakala orang cina yang bersama MCA menghormati kesultanan Melayu sebagai asas pemerintahan negara.

Peluang untuk menguasai politik negara lebih mudah melalui kerjasama dengan PAS yang lurus bendul dan Melayu PKR yang sedang terdesak.

Logik ke orang Melayu memilih PAS yang cuma ada 23 kerusi di Dewan Rakyat dan langsung tiada kerusi di Sabah dan Sarawak?

Bercakap secara teori memang mudah dan nampak mudah. Itu yang budak kera sumbang di Felda itu tidak faham.

gandingan dua pemimpin licik

Walaupun Karpal dianggap peguam yang cukup licik dan mahir memutarbelit fakta, namun akhirnya ahli politik itu gagal mempertahankan Anwar.

Lihat di sini bagi membaca berita penuh.

Bagi Demang, kesan yang amat besar dalam kes Anwar ini ialah Karpal sudah mengetahui rahsia Anwar. Maka jika Anwar menjadi pemimpin negara, semua rakyat Malaysia akan berada di bawah telunjuk mereka berdua.

Yang seorang pandai memujuk dan yang seorang lagi pintar memusing fakta.

Kita tidak perlukan pemimpin yang begitu.

Monday, April 25, 2011

Karpal tak kata Saiful tak diliwat


Oleh kerana MCA mahu memboikot akhbar Melayu dan para pebangkang lebih-lebih lagi maka dalam isu Anwar kali ini kita akan merujuk pada akhbar dalam talian pro-pembangkang Malaysiakini.

Akhbar tersebut mencatatkan, antaranya:

"Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

Dalam perenggan pertama itu Karpal mengingatkan bahawa pertuduhan yang dibuat ialah persetubuhan dengan persetujuan (seksyen 377b)

Dalam perenggan kedua Karpal mempertikaikan keterangan Saiful yang menunjukkan ia diliwat tanpa persetujuan.

Nampaknya Karpal sekali lagi dengan sengaja menggunakan kelemahan undang-undang bagi membebaskan pelanggannya.

Namun Karpal perlu ingat, PAKSA atau RELA bukan penting sangat. Rakyat cuma nak tahu betul atau tidak Anwar meliwat Saiful?



politik Melayu: rasis atau nasionalis?


Tidakkah ada keinginan yang jujur untuk bangsa kita bersatu? Tidak bolehkah pemimpin-pemimpin politik bangsa Melayu saling hilangkan rasa curiga mencurigai antara satu sama lain? Tidak dapatkah kita bangsa Melayu duduk semeja dan berbincang dengan ikhlas untuk memertabatkan bangsa sendiri? Lihat apa kaun cina boleh lakukan? Mereka berlainan parti tetapi dalam sesuatu isu yang membabitkan kepentingan kaum mereka, maka mereka akan bersatu hati.


Baca seterusnya

Sunday, April 24, 2011

PAS tukar strategi lagi

Apabila menyedari usaha melindungi tabiat jalang Anwar semakin sukar maka parti yang meletakkan nama Islam pada nama parti mereka itu mula mencari jalan selamat.

Jika semalam seorang pemimpin tinggi PAS yang bernama Mustafa membayangkan untuk bekerjasama dengan UMNO, hari ini seorang lagi pemimpin penting parti itu mengeluarkan kenyataan yang membayangkan Anwar tidak lagi diperlukan.

Hassan Ali dalam kenyataan kepada media hari ini berterus terang bahawa pembangkang tidak bergantung pada Anwar untuk terus menentang kerajaan.

Nampaknya dalam isu Anwar PAS terpaksa bertukar strategi beberapa kali. PAS pernah cuba menggunakan isu salah laku seks Anwar semasa Anwar dalam kerajaan.

Kemudian seolah menjilat ludah dan kahak mereka kembali apabila mengangkat Anwar sebagai pemimpin mereka setelah lelaki itu keluar dari UMNO.

Kini mereka sedang bersiap sedia untuk menyingkirkan Anwar sekali lagi.

Aiz Bari dan perpaduan Islam

Demang fikir orang yang bernama Aziz Bari perlu kita perhatikan dalam perkembangan politik negara. Selain kenyataan popular yang sering menyenakkan fikiran, lelaki itu juga seolah gemar menaja perpecahan.

Kenyataannya yang menuduh Hj Hadi sebagai penghalang pada pembentukan 'kerajaan 16 September' tajaan Anwar membuktikan Aziz Bari gemar bermain dengan polemik.

Barangkali di situ sumber rezekinya menyara anak bini.

Bagi Demang, jika benar Hj Hadi yang menjadi penghalang pada komplot 16 September itu maka beliau wajar dinobat sebagai wira bangsa dan agama. Hal ini kerana jika rancangan Anwar itu berjaya maka ia adalah satu tragedi hitam bagi ummat Islam.

Hal ini kerana dalam proses tawar menawar terhadap 32 ahli parlimen BN agar keluar (khianat) parti itu, ia melibatkan penggadaian terhadap hak dan keistimewaan ummat Islam.

Itu yang ditentang oleh Hj Hadi dan majoriti cendikiawan Melayu yang mengerti.

Hj Hadi memang ingin menjadi PM tetapi rancangan Anwar itu bukan sahaja merugikan malah membahayakan ummat Islam.

Lihat berita berkenaan tuduhan Aziz Bari di sini.

pelan perpaduan PAS-UMNO disambung semula?

Kenyataan UMNO untuk menerima perpaduan dengan PAS dalam keadaan UMNO semakin kukuh dan PAS sudah semakin ketara tanda-tanda untuk lumpuh menyebabkan Demang terharu.

Namun kali ini Demang tak harap sangat sebab tanpa penyatuan kedua-dua parti itupun orang Melayu sudah tahu untukbersatu.

Berita penuh:
KUALA TERENGGANU 22 April – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk bersama-sama parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu jika Pas bersedia berbuat demikian demi perjuangan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu rundingan antara UMNO dengan Pas sentiasa terbuka, malah UMNO kini menunggu dengan tangan terbuka.

“Seperti mana kenyataan pucuk pimpinan parti (UMNO), pintu rundingan UMNO dengan Pas tak pernah ditutup. Apa saja yang berlaku diharap selesai sebaik sahaja kes video (video seks pemimpin pembangkang) selesai.

“Ia umpama terowong yang gelap, (tetapi) di hujung sana ada cahaya perpaduan, kita tunggu dengan gembira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Retreat UMNO Negeri Untuk DUN Kalah di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengenai kesediaan parti itu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam pembangkang jika hasil siasatan mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video seks membabitkan pemimpin pembangkang.

Ahmad menjelaskan, sekiranya terlaksana kelak (persepakatan UMNO-Pas), ia merupakan langkah terbaik demi kebaikan serta manfaat orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, ini kerana, majoriti rakyat yang sentiasa hidup harmoni tanpa sebarang percakaran sesama sendiri dapat membantu mewujudkan semangat perpaduan seterusnya membangunkan ekonomi negara.

Ditanya kemungkinan Pas bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO andainya hasil siasatan mengenai identiti pelaku dalam video seks itu diketahui, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

Malah Ahmad turut yakin, suatu hari nanti, Pas akan mengubah pendiriannya untuk bersama-sama UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam seperti yang pernah berlaku semasa era kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dahulu.

“Kita lihat orang Cina boleh bersatu untuk kebaikan, begitu juga dengan kita orang Melayu dan yang lebih penting adalah perpaduan umat Islam,” ujarnya.

Saturday, April 23, 2011

sebelum mati, kata Mahathir

Orang kaya patut wujudkan perpustakaan di kediaman: Tun M (Berita Harian Online)


2011/04/23

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan di kediaman mereka dan mengisinya dengan buku atau karya yang berharga.

Beliau berkata ini adalah amalan di negara barat seperti Amerika Syarikat, yang mana orang kaya di sana mewujudkan perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku lama, yang kemudiannya didermakan kepada perpustakaan selepas meninggal dunia.

"Sepatutnya orang-orang yang kaya di Malaysia ini membina perpustakaan mengandungi buku yang berharga, dan apabila mereka meninggal dermakan buku kepada perpustakaan untuk orang ramai," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa, di sini hari ini.

Video kes rais yatim akan disebar

Berikutan isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin PKR, ada pihak yang ingin memyerang balas dengan mengugut untuk menyiarkan video tentang pemimpin UMNO pula.

Demang tidak mahu berlagak macam pembangkang yang membaca hadis dan ayat Quran tentang dosa mengaib dan memfitnah orang apabila terkena batang hidung sendiri sebaliknya membaca hadis mengenai hukum zina jika yang terlibat ialah pihak lawan.

Kalau benar Rais Yatim bersalah, buat laporan polis dan selesaikan di mahkamah macam yang dilakukan dalam kes Anwar Ibrahim.

Jika terbukti Rais Yatim bersalah, UMNO wajar minta dia letak jawatan atau singkirkan dari jawatan politiknya. Sementara itu kes jenayah perlu diselesaikan mengikut prosefur undang-undang sebagaimana orang lain juga. Maksud Demang, sama macam Anwar Ibrahim.

Tiba-tiba Demang terfikir, blogger yang nak mendakwa Rais Yatim itu, adakah dalam masa yang sama sebenarnya ingin menyindir Anwar Ibrahim yang sentiasa mengelak daripada hadir di mahkamah atau bersumpah?

Kerajaan Malaysia mungkin bukan yang terbaik

Tentera Thai, Kemboja terus berbalas tembakan
09:08:13 AM
BANGKOK: Tentera Thai dan Cambodian dilaporkan terus berbalas tembakan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara berjiran selepas semalam enam askar dilaporkan ...

Lebih 70 terbunuh tunjuk perasaan di Syria


2011/04/23

NICOSIA: Lebih 70 terbunuh selepas pihak keselamatan melepakan tembakan terhadap penunjuk perasaan yang meletus di seluruh Syria, semalam.

“Anggota keselamatan Syria bertanggungjawab melakukan pembunuhan beramai-ramai di beberapa pekan dan wilayah hari ini (Jumaat) yang setakat ini 72 terkorban manakala ratusan lagi cedera," kata badan pemantauan hak asasi manusia Syria yang berpusat di London dalam satu kenyataan kepada AFP.

Cetak . Emel Rakan .
Tripoli terus dibedil, pesawat NATO kuasai ruang udara


2011/04/23

TRIPOLI: Angkatan tentera NATO menjalankan serangan udara terbaru awal hari ini ke atas Tripoli dengan beberapa bedilan kedengaran serta pesawat pejuang menguasai ruang udara ibu negara Libya itu.

Wartawan AFP berkata, serangan itu dibalas tentera udara Libya dengan melepaskan tembakan anti-pesawat serta mengerahkan ambulans menjalankan misi menyelamat.

Demang: ya, kerajaan kita sekarang mungkin bukanlah yang terbaik. Justeru ramai rakan-rakan dalam pembangkang gemar merujuk pada negara jiran seperti Thailand, Singapura, mahupun Indonesia.

Namun Demang bersyukur, kerajaan kita berjaya mengekalkan keamanan negara.


sumber:
http://www.bharian.com.my/

Friday, April 22, 2011

Terbaru: beli dan bayar melalui Celcom

PEMBAYARAN LEBIH MUDAH UNTUK PELANGGAN CELCOM!

Ya, jika anda pengguna Celcom anda boleh membuat bayaran dengan mudah menggunakan telefon mudah alih anda.

Taip *133# dan anda akan dibimbing untuk membuat pendaftaran yang mudah.

Selepas itu anda boleh membuat bayaran bagi pembelian mana-mana produk dalam talian.

Satu revolusi baru kaedah pembayaran.

untuk maklumat lanjut sila klik sini (http://www.celcom.com.my/aircash)

Selain itu kaedah pembayaran melalui mesin ATM dan secara online (Maybank2u & CIMBclicks) tetap digunakan. Kaedah pembayaran melalui Celcom adalah satu pilihan.

Jika anda tertanya-tanya kenapa iklan Celcom ini tiba-tiba muncul di sini, klik sini.

PAS berdolak dalik isu cekik darah terhadap UUM

PAS nampaknya masih menegakkan benang basah apabila mendakwa mereka tidak menaikkan cukai sebaliknya hanya menamatkan kontrak rebate.

Ya-lah... ya-lah... PAS tak naikkan. Kita terima kenyataan itu. Tapi apa kesannya apabila rebate tersebut dimansuhkan?

UUM terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar berkali ganda sejak PAS memerintah Kedah. Hal ini tidak berlaku semasa BN memerintah.

Sementara itu Utusan Malaysia mendedahkan bahawa pihak UUM telah merayu sebanyak LIMA kali agar rebate tersebut tidak ditarik balik.

KUALA LUMPUR 21 April - Tindakan kerajaan Pas Kedah menolak lima kali rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyambung semula pemberian rebat cukai tanah menggambarkan sikap sebenar kepimpinan negeri itu dalam memberi sumbangan ilmu kepada rakyat.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, institusi pengajian tinggi merupakan satu keperluan untuk rakyat dan ia perlu dipastikan terus beroperasi.

Dalam konteks itu jelasnya, Kerajaan Pusat sedaya upaya memberi bantuan supaya UUM dapat bergerak serta diuruskan dengan baik dan kini tiba giliran kerajaan negeri memberi sedikit bantuan.

"Kalau kerajaan Pas Kedah tidak mahu (bantu), kita hendak buat macam mana, tetapi kita tahulah sikap dia (kerajaan Pas Kedah). Kita tidak minta banyak, cuma sumbangan mereka untuk memberi ilmu kepada rakyat. Ini ujian kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 24 kakitangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di sini hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, kementerian memberi peruntukan sebanyak RM300 juta setahun kepada universiti itu bagi membiayai segala keperluan dan perbelanjaan pengurusannya.
Justeru itu katanya, penyelesaian rebat cukai tanah itu tidak harus dibebankan kepada Kerajaan Pusat kerana perkara itu adalah antara universiti tersebut dengan kerajaan negeri.

"Ini soal UUM yang kena bayar (cukai tanah) kepada kerajaan negeri, bukan bererti boleh diberi tanggungjawab kepada Kerajaan Pusat. Soalnya sekarang sama ada kerajaan Pas Kedah hendak beri (rebat) atau tidak," jelas beliau.

UUM semalam sudah menghantar surat rayuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memohon menyambung semula pemberian rebat cukai tanah.
Surat itu meminta kerajaan negeri menimbang agar cukai tanah RM100,000 setahun yang berakhir pada 2008 dilanjutkan lagi demi kepentingan kedua-dua pihak.

UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat iaitu dua kali pada 2009 dan tiga kali pada 2010, namun kesemuanya tidak dilayan.


gambar : Mohamed Khaled Nordin bermesra bersama para penerima sijil pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Agensi Kelayakan Malaysia 2010 di Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin



Sumber : http://utusan.com.my/

SPRM bukan kerja bunuh orang

Bukan dibunuh
Oleh Safeek Affendy Razali
bhnews@bharian.com.my
2011/04/22

Polis sahkan kes kematian pegawai kanan kastam di bangunan SPRM tiada unsur jenayah

KUALA LUMPUR: Misteri kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, pada 6 April lalu terjawab selepas polis mengesahkan kes itu tiada unsur jenayah.

Sebenarnya apabila seseorang diminta memberi keterangan kepada SPRM maka ada lah masalahnya. Tambah pula jika bertugas di jabatan yang terdedah dengan gejala rasuah.

Demang bukan nak menuduh tetapi ini adalah rahsia umum yang semua orang tahu. Justeru apabila rahsia terbongkar maka macam-macam boleh berlaku. Tak mustahil apabila pertimbangan akal pun hilang dan tindakan di luar jangkaan pun diambil.

SPRM tidak untung apa-apa jika jika saksi atau tertuduh mati. Malah lebih menyukarkan kerja mereka.

Thursday, April 21, 2011

video seks, Pelaku masih bebas, pembawa bukti akan didakwa

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam. (http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitapelajarkolejswasta/Article)

Baca seterusnya.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.


“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.


“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.


Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.


Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.

review: "Maafkan hamba, Jebat."

Sebaik selesai solat Isya' yang agak lewat, satu suara kedengaran memberi salam. Demang menjawab salam tersebut, melipat sejadah dan menuju ke jendela tanpa sempat berdoa. Kata guru Demang, utamakan tetamu sebab dengan Tuhan kita boleh 'bertemu bila-bila masa'.

Sebaik daun tingkap dibuka Demang melihat sesusuk tubuh lelaki tercegat di depan tangga teratak Demang. Cahaya bulan membantu Demang mengecam empunya tubuh tersebut.

"Ha, Dalik. Naiklah. Nanti hamba bukakan pintu." ujar Demang.

Sebentar kemudian Dalik sudahpun bersila mengadap Demang.

"Begini, Demang." Dalik mengengsot ke depan menghampiri Demang, hampir berlaga lutut. "Datuk Bendahara berkirim salam dan berharap Demang ke istana sekarang juga." Dalik menyampaikan pesanan.

Demang mengerutkan dahi. Kenapa ke istana? Bukankah Baginda Sultan sedang meminggir ke hulu lantaran amukan Jebat?

Ah, Jebat. Patutlah berdiam diri tatkala baginda menitahkan hukuman bunuh ke atas Tuah. Patutlah tunduk menekur lantai tatkala diserahkan taming sari dengan gelaran Laksamana. Rupanya menunggu kesempatan untuk merajalela. Habis dayang-dayang diperkosa, puluhan rakyat tak berdosa dibunuhnya.

Apa lagi yang dibuat Jebat? Sudah dibunuhnyakah baginda? Entahkan sudah dibakarnya istana? Berapa ramai lagikah rakyat yang diamuknya?

"Maafkan hamba Demang. Dato' Bendahara minta kita bersegera." Dalik memecahkan lamunan Demang.

"Seperkara lagi, Demang. Pesan Bendahara agar perkara ini dirahsiakan sangat-sangat. Hamba beredar dulu agar tidak ketahuan dek orang ramai. Nanti Demang ke sana seorang diri dan masuk melalui pintu rahsia." sambumg Dalik dengan berbisik.

"Baiklah. Hamba faham." balas Demang.

Tidak sukar untuk Demang memasuki istana melalui terowong rahsia. Belumpun tiba di balairong sudah terdengar bunyi orang berpencak. Demang mempercepatkan langkah sambil menghunus keris, sekadar bersedia.

Siapa gerangan yang berani mencabar Jebat? Kasturi? Lekir? Lekiu? Setahu Demang tak ada seorang pun mampu membendung amukan Jebat.

Tiba di balairong Demang terpegun. Apa benarkah penglihatan Demang?

Di tengah-tengah balairong kelihatan dua pendekar sedang bertarung. Jebat sedang menghadapi lawannya. Sekilas pandang sahaja susuk tubuh pencabarnya telah Demang kenal.

"Tuah?" Demang menelan liur. Kalimat itu sekadar tersangkut di kerongkong. Mata Demang terpaku pada pertarungan yang sedang berlangsung.

Sedetik Jebat menyerbu. Tubuhnya melayah ke udara sambil menggenggam kemas ulu keris dan menjunamkan mata runcing itu ke dada Tuah.

Namun Tuah tangkas mengelak ke kanan, menjatuhkan badannya dan dengan satu gerakan sepantas kilat beliau membentes keting Jebat.

Jebat terhumban ke depan namun sebelum dadanya sempat terhenyak pada lantai, tanpa diduga tapak tangannya menepuk lantai dan melentingkan tubuhnya, kemudian berdiri tegak di belakang Tuah.

Tuah terpaksa menjatuhkan tubuhnya sekali lagi serta berguling ke kanan mencari tapak selamat.

Namun Jebat tidak membiarkan Tuah berehat lama. Kali ini dia melompat tinggi untuk menyerang. Melihatkan itu, Tuah ikut melompat. Kedua-duanya beraksi di udara agak lama. Sepak, terajang dan tepis-menepis antara keduanya berlaku tanpa berpijak di lantai.

Dalam satu gerakan yang amat pantas, Tuah menendang lengan Jebat sehingga keris tamingsari yang digenggam Jebat melayang dan jatuh di depan Demang. Tidak cukup dengan itu satu tendangan padu hinggap di dada Jebat sehingga sahabatnya itu tertiarap hampir dengan tempat Demang berdiri.

Spontan, Demang menggulingkan tubuh ke depan, menyambar tamingsari yang tertancap di lantai dan merengkuh Jebat dari belakang. Demang mengunci jebat yang sedang tertiarap. Tanpa perlu membuang masa Demang mengangkat tamingsari dan menjunamkan mata keris itu ke arah dada Jebat.

Sebelum sempat mata keris itu menjamah tubuh Jebat tiba-tiba lengan Demang seolah dihayun oleh sebuah bandul yang amat berat. Keris tamingsari yang Demang sangka telah digenggam kemas terpelanting entah ke mana.

Demang memanggung kepala. Dua tubuh sasa tersenyum memandang Demang yang terpinga-pinga. Dato' Bendahara menghulurkan tangan kepada Demang dan menarik Demang berdiri. Tuah yang berdiri di sebelahnya membantu Jebat bangun sambil keduanya tertawa kecil.

"Sudahlah. Kita berhenti dulu. Demang pun dah tiba." Dato' Bendahara bersuara lembut.

Demang masih kebingungan. Apa ertinya semua ini?

"Sebagaimana yang Demang tahu, Tuah tidak hamba bunuh." Dato' Bendahara memulakan bicara. "Cuma Demang tidak tahu bahawa Jebatpun tidak ditikam oleh Tuah. Mana mungkin Tuah membunuh saudaranya sendiri. Memang Adi Putera telah meramalkan yang mereka berdua akan berlawan sesama sendiri. Justeru kami telah mengambil langkah awal agar perlawanan ini tidak sampai berakhir dengan kematian. Pun begitu, nyaris-nyaris tadi Jebat ditikam Demang. Syukurlah, perkara ini sudah hampir selesai." Bendahara menyambung.

"Astaghfirullahal’azim... Subhanallah…" ucap Demang penuh penyesalan. Ternyata Demang terburu nafsu sehingga hampir-hampir membunuh Jebat. "Jadi, Jebat tidak bersalah?" soal Demang.

"Hamba tidak mengatakan demikian. Sebagaimana Demang tadi, Jebat juga terdorong oleh nafsu. Tuah juga begitu. Malah hamba juga mungkin telah melakukan kesilapan. Masing-masing ada kesilapan. Namun itu bukan alasan untuk kita melakukan kesilapan yang lebih besar." Bendahara merenung wajah-wajah yang sedang mengadapnya itu silih berganti.

"Peristiwa ini menjadi pengalaman amat berguna dalam kita membina negara. Baginda Sultan adalah payung negara sedangkan kitalah bahan binaannya."

"Hamba mempertahankan Sultan bukan bererti hamba tidak mengendahkan nasib rakyat malah kerana memikirkan nasib rakyatlah hamba pertahankan sistem beraja.

Tuah, hamba asuh dan didik sejak kecil untuk setia mempertahankan negara. Tuah tidak kembali kerana perintah Sultan Mahmud sebaliknya kerana hamba yang bersungguh-sungguh meminta. Bukan Sultan Mahmud yang kami bela sebaliknya Kesultanan Melayu (khalifah Islam) itu yang kami pertahankan.

Jebat adalah pelindung pada sahabatnya tidak kira apapun situasi. Namun untuk menentang Sultan, Tuah perlu dilepasi kerana selagi Tuah masih hidup tidak ada sesiapa boleh menyentuh Sultan dan juga Bendahara.

Itulah sebabnya Jebat tidak membantah ketika Sultan menjatuhkan hukuman ke atas Tuah. Baginda tidak akan menerima bantahan Jebat. Jika Jebat berkeras maka Tuah pasti akan membunuh Jebat kerana itu adalah tugasnya." Bendahara menerangkan dengan agak tegas.

Kemudian beliau menyambung sambil tersenyum: "Malah jika hamba sendiri cuba menderhaka maka Tuah tidak akan ragu-ragu menamatkan riwayat hamba."

"Ah, selama ini hamba mencurigai Jebat dan menuduhnya tanpa mampu membela diri. Maafkan hamba, Jebat.” Demang tunduk menekur lantai. Terasa malu kerana pernah bersikap lancang menghina Jebat. Padahal Jebat sekadar melaksanakan tanggungjawabnya.

“Tuan hamba tidak sepenuhnya bersalah, Demang. Sewajarnya tuan hamba berpihak kepada Tuah cuma pandangan terhadap Jebat perlu diubah. Jebat tidak menderhaka atas kepentingan peribadi sebaliknya sekadar untuk menyedarkan sultan yang lalai dengan tanggungjawab baginda. Jika Jebat benar-benar ingin merampas kuasa, sudah lama beliau melakukannya kerana dengan tamingsari di tangan, siapakah yang layak menahannya?” Bendahara menjelaskan.

Seterusnya beliau menambah: "Demang, sampaikan kisah ini pada anak cucu kita. Katakan pada mereka bahawa Jebat sudah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat. Tuah sudah menunaikan tanggungjawabnya sbg seorang Laksamana dan pelindung Sultan. Hamba pula telah melakukan yang terbaik bagi menjaga semua kepentingan itu di samping memastikan negara ini selamat untuk didiami oleh rakyat.”

“Moyang kita iaitu Demang Lebar Daun telah mengasaskan sistem kesultanan ini. Sistem hanyalah sebuah kaedah. Tidak ada sistem yang betul atau salah sebaliknya manusialah yang tidak amanah kepada sistem. Jika Iskandar Zulkarnain mendapat penasihat seorang nabi (Khaidir), mustahilkah Sang Sapurba tidak diberikan seorang wali (Demang Lebar Daun)?”

“Bagaimanakah generasi tuan hamba Demang begitu yakin yang raja Melaka hanya memeluk Islam pada 1414 sedangkan ditemui batu bersurat di Terengganu bahawa Islam telah tiba di bumi bertuah ini jauh lebih awal dari itu? Bukankah itu satu bukti yang Islam sudah bertapak jauh lebih awal di Kepulauan Melayu?”

“Tidakkah itu suatu isyarat bahawa Demang Lebar Daun sudah menerima Islam lebih awal?”

“Hamba nasihatkan, dalam keadaan dunia tuan hamba yang begitu bercelaru ini, kembalilah kepada jati diri kalian. Apa salahnya Melayu kekal menjadi Melayu, Cina kekal sebagai Cina dan India kekal sebagai India. Begitu juga dengan kaum-kaum lain. Jadikan perbezaan dan kepelbagaian tersebut sebagai kelebihan dan keistimewaan yang jika disatukan akan menjadi harta yang tak ternilai. Hamba sudah melakukannya di Melaka pada zaman kami dahulu. Lihatlah kepelbagaian penduduk di Melaka ketika itu dan bagaimana hamba garap semuanya bagi membina negara. Tidakkah tuan hamba pelik bagaimana Melaka yang dimulakan pada 1400 berjaya menjadi empayar terbilang tidak sampai 20 tahun. Walaupun kami cuma mampu bertahan selama 110 tahun namun kami berjaya mencapai kegemilangan yang belum mampu dikecapi oleh generasi tuan hamba.”

“Semaklah sejarah dan pelajari sesuatu yang positif. Jangan terlalu mempersoalkan sebab kejatuhan dan keruntuhan Melaka. Fikirkan cara untuk melakukannya dan jangan sesekali mengambil hak orang lain.” Bendahara menamatkan bicara.

Bendahara menghampiri Demang dan menghulurkan tangannya. Terasa satu gerakan lembut pada bahu Demang: “Bang, bangun. Apasal tidur kat sini?”

Demang membuka mata. Rupa-rupanya isteri Demang mengejutkan Demang daripada lena. Hmm, Demang bermimpi rupanya.

kata dulang paku serpih

Ingat lagi foto Pak Lah terlentuk di kerusi dalam satu majlis?

Foto itu disebar semahu-mahunya ke seluruh negara oleh pembangkang. Tak cukup internet, dicetak dan dihantar ke rumah-rumah.

Bagaimana dengan foto di bawah ni?



Foto:

email untuk rakyat


Demang paling benci mengatakan 'bodoh' pada orang lain baik kawan mahupun lawan. oleh itu Demang tidak mahu respon pada telatah dan kelatahan puak pembangkang sebaik mendapat tahu kerajaan akan memberikan email peribadi kepada setiap rakyat Malaysia.

Jika ia dilaksanakan sepenuhnya nanti Demang harap kita tidak lah perlu lagi menyimpan bil-bil dan resit-resit yang menyemak poket dan almari rumah.

Demang 'tabik spring' pada Najib. Kalau kaum cina taknak sokong pun, biarkan. Jom semua orang Melayu, kita pakat sokong Najib. Kuat Najib, kuat lah kita.

Itupun jika anda faham politik.

siasatlah sepuas hati

Siasatan kes kematian aktivis DAP Teoh Beng Hock disambung lagi.

Kata Najib dalam hati: "siasat lah sepuas-puas hati korang... apa aku nak takut? Berani kerana benar. Lain le orang tu... suruh bersumpah cara Islam tak nak. Suruh beri DNA untuk dikaji secara saintifik taknak. Suruh hadir mahkamah pun macam-macam alasan diberi."

Wednesday, April 20, 2011

kaum cina tak wajar sokong pembangkang

Meskipun kaum cina dikatakan berada di hadapan dalam bidang perniagan namun dalam bidang patriotisme pertimbangan mereka jauh di belakang.

Buktinya dalam siri pilihanraya yang baru lalu termasuk di Sarawak pemimpin kaum tersebut gagal menterjemah semangat kemerdekaan yang telah disepakati bersama ketika bersetuju untuk berkongsi (kalau pun bukan menumpang) negara ini.

Alasan bahawa kaum cina tetap bekerjasama dengan orang Melayu dan kaum lain melalui PKR dan PAS tidak begitu relevan memandangkan kedua-dua parti itu bukanlah wadah utama orang Melayu.

Buktinya, sejak merdeka lagi biar apapun kemelut atau pergolakan yang berlaku dalam UMNO, orang Melayu tetap memberi undi kepada parti keramat itu.

PAS sendiri amat sedar tentang itu. Hal ini dapat dilihat apabila parti serpihan UMNO itu tidak pernah bertanding melebihi daripada syarat minimum bagi melayakkan mereka menubuhkan kerajaan.

Justeru, kaum cina tidak mempunyai alasan yang wajar untuk mengenepikan BN selagi orang Melayu belum membuang UMNO.

Yang jelas, apabila kaum cina dilihat menyebelahi 'puak serpihan Melayu' maka orang Melayu yang berada dalam kumpulan majoriti merasa bahawa mereka dikhianati secara terang-terangan. Hal ini bukan sahaja tidak bagus bagi sesebuah negara malah boleh mengundang perasaan tidak puas hati yang jika dibiarkan membara akhirnya berupaya membakar negara.

Jika itu berlaku, siapa yang untung?
Demang bukanlah faham sangat dengan ilmu bentuk wajah dan lengkuk tubuh seseorang. Malah Demang masuk dalam kategori 'kurang daya mengecam'.Kebetulan Demang terjumpa foto-foto 
berikut di sebuah blog.

Sama ka?


Lihat foto seterusnya

Datuk T akan didakwa

Ketika menggelintir dari blog ke blog tadi, Demang temui pelbagai ragam isu di ketengahkan. Nampaknya isu video seks seseorang yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim masih menguasai pasaran.

Apatah lagi pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang menayangkan video tersebut pada umum akan didakwa.

Siapa lagi kalau bukan Dato Trio?

Bagi Demang, kalau lah dato-dato itu didakwa dan dihukum, maka ia langsung tidak menyelesaikan masalah utama.

Apa masalah utama? Ya, rakyat cuma nak tahu benarkah Anwar Ibrahim dan lelaki dalam video itu merupakan orang yang sama?

Tuesday, April 19, 2011

politik Malaysia bukan masalah peniaga-pengguna

Apabila Demang menulis dalam posting beberapa hari lalu bahawa kedapatan satu keadaan iaitu pertembungan politik antara golongan peniaga dengan pengguna (rakyat) di Sarawak, Demang sebenarnya tidak serius dengan pandangan tersebut bahkan tidak berniat untuk mempertahankannya.

Sesiapa pun tahu bahawa tidak pernah timbul sengketa antara peniaga dengan pengguna di negara ini.

Namun kenapa terlihat secara ketara betapa di kawasan bandar pihak pembangkang mendapat sokongan yang amat besar manakala rakyat bawahan di luar bandar cenderong menyokong BN?

Adakah ia gambaran bahawa orang luar bandar kurang cerdik?

‘Kategori peniaga’ yang Demang ketengahkan sebenarnya hanya satu usaha untuk tidak melibatkan isu lain yang lebih besar tetapi merupakan isu sebenar. (Najib menggunakan istilah ‘bandar dan luar bandar’ ketika mengulas keputusan pilihanraya Sarawak).

Ya, golongan peniaga dimonopoli KAUM cina. Ungkapan ‘kaum’ itu lah yang cuba Demang hindari. Jadi Demang kiaskan pada ungkapan ‘golongan peniaga’.

Namun semua orang tahu bahawa sokongan kaum cina terhadap DAP/pembangkang (termasuk di Sarawak) tidak ada kena mengena dengan ekonomi dan perniagaan. Tujuan sebenar mereka adalah bagi menjayakan agenda besar menguasai politik Malaysia.

Demang terlihat kelibat Lee Kuan Yew di situ.

beban cukai berganda di bawah PAS Kedah

"PUTRAJAYA 18 April – Tindakan kerajaan negeri Pas Kedah menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri amat dikesali kerana universiti itu kini terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri itu juga gagal menyediakan bekalan air mencukupi sehingga memaksa pihak pengurusan UUM membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan bagi kos lori mengangkut air ke universiti tersebut."

Berikut adalah kenyataan MB Kedah yang menafikan dakwaan tersebut:


"ALOR SETAR 18 April - Kerajaan Pas Kedah menafikan cukai tanah kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM) dinaikkan sehingga mencecah lebih RM1 juta setahun.

Sebaliknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, jumlah tersebut perlu dibayar oleh UUM mengikut perjanjian pada 2006 kerana tempoh rebat cukai tanah bagi tempoh 2006 hingga 2008 telah tamat.

"UUM diberi rebat cukai tanah selepas pengurusan universiti itu mengemukakan rayuan bagi mengurangkan cukai tanah dan mendapat persetujuan kerajaan negeri ketika itu, dengan memberi rebat bagi tempoh dua tahun.

Monday, April 18, 2011

anwar perlu saman penyebar video

KUALA LUMPUR 17 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar untuk menyaman trio 'Datuk T' jika mereka bertiga menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu. (Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm)

Baca seterusnya:

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Anwar yang mendakwa difitnah oleh trio 'Datuk T' berhubung isu video seks baru-baru ini perlu berbuat demikian bagi membersihkan imej beliau yang kini terjejas teruk di mata rakyat.

"Sudah hampir sebulan isu video seks berkenaan dipertikaikan Anwar, namun kenapa tiada tindakan saman daripadanya? Jika tidak benar tuduhan tersebut, saman sahajalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas beliau, tindakan saman tersebut dilihat wajar kerana tuduhan-tuduhan tersebut melibatkan maruah diri seorang pemimpin yang mahu menjadi Perdana Menteri serta kredibiliti keluarganya iaitu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Tambahnya, hanya dengan menyaman trio 'Datuk T' iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim dapat menunjukkan bahawa beliau benar-benar menolak tuduhan terbabit.

Dalam pada itu, Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, sekiranya Anwar enggan menyaman 'Datuk T', maka adalah wajar Nik Abdul Aziz dan Pas pula mengambil tindakan undang-undang itu.

"Tindakan menyaman 'Datuk T' ini adalah wajar ekoran Ketua Pembangkang dan keluarga (isteri dan anaknya, Nurul Izzah) berkeras menafikan bahawa pelaku di dalam video seks itu bukan Anwar Ibrahim.

"Selain mendapatkan kebenaran, tindakan saman ini juga adalah perlu bagi membuktikan Nik Aziz jujur kepada pengikut-pengikutnya dan ia bukan satu permainan politik," katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, sekiranya Nik Aziz enggan menyaman Anwar maka sesuailah jolokan sebagai 'pelacur politik' untuk beliau kerana sanggup membelakangkan agama semata-mata ingin mempertahankan agenda politik.

"Sebelum ini, negara digegarkan dengan ajaran sesat oleh Ayah Pin, kini 'Ayah Nik' pula iaitu individu yang sanggup berbohong demi mempertahankan kuasa dan politik semata-mata,'' tegas Farahhana.

Sarawak: saudagar lawan rakyat

Keputusan pilihanraya negeri Sarawak telah diperolehi bahkan kerajaan baru juga telah disytiharkan. Taib Mahmud sekali lagi diberi mandat untuk mengetuai Sarawak bagi jangka waktu yang masih menjadi misteri.

Macam selalu, biarpun angka-angka yang telah termaklum tak mungkin bertukar namun penerimaan, pandangan, dan tafsiran terhadap keputusan tetap berbeza.

BN sudah tentu meraikan kemenangan dengan mengatakan orang Sarawak tetap mengiktiraf pentadbiran mereka.

Pihak pembangkang pula akan mengemukakan fakta pertambahan kerusi yang dimenangi berbanding sebelum ini bagi mendakwa sokongan terhadap mereka semakin bertambah.

Dalam pada itu Demang terlihat suatu fakta menarik dalam keputusan semalam iaitu pengundi bandar cenderung memilih pembangkang manakala pengundi luar bandar mengharapkan gabungan kerajaan negeri dan pusat bagi membantu dan menjaga kebajikan mereka.

Mungkinkah sedang berlaku pertembungan antara golongan pengguna (rakyat) dengan golongan peniaga?

Jika demikian, apakah yang diinginkan rakyat dan apakah yang diimpikan para peniaga?

Sunday, April 17, 2011

Kisah si lembam di Sarawak

Demang pernah bertugas di sebuah kampung terpencil di Pahang. Tak jauh dari tebing sungai Pahang.

Kampung tradisional yang mengalami kesan penghijrahan generasi muda itu bagaimanapun masih mampu mengekalkan sekolah rendahnya biarpun jumlah keseluruhan murid cuma 49 orang.

Enam tahun Demang mengajar di situ.

Oleh kerana tidak ramai, maka ada sebuah kelas tu cuma mempunyai 4 orang murid. Untunglah murid-murid itu kerana peluang untuk menduduki tempat pertama, kedua, dan ketiga dalam peperiksaan amat cerah.

Namun oleh kerana terdapat seorang murid kelas itu yang lembam, maka setiap kali peperiksaan, murid malang itu-lah yang menempah secara tetap tempat ke-4.

Ada sekali tu, seorang murid tidak hadir dalam satu peperiksaan. Maka secara automatik si lembam itupun berjaya mendapat tempat ke-3. Keputusan itu disambut dengan begitu gembira oleh kedua ibu bapa dan saudara mara murid itu. Tidak cukup dengan kenduri maka sibuklah mereka menjaja dan mencanangkan kejayaan murid itu.

Maklumlah, anak mereka yang sebelum ini mendapat tempat ke-4 kini meningkat ke tempat ke-3.

Dengan keputusan itu mereka rasa yakin bahawa pada ujian seterusnya si lembam itu akan mendapat nombor dua atau satu pula.

Mereka lupa bahawa murid tadi tu cuma tidak hadir ke sekolah pada masa ujian itu dan bukannya berhenti terus atau berpindah sekolah.

Itulah yang berlaku pada PKR dalam pilihanraya Sarawak. Mereka mencanangkan peningkatan dalam keputusan padahal itu hanya kesan penolakan pengundi cina terhadap BN kerana agenda tersendiri, bukannya kerana mereka sukakan PKR pun.

rajapetra setia negara mana?

“...siapa kisah terhadap apa yang orang kata di bawah? Jikalau kerajaan Malaysia kata saya boleh kembali ke Malaysia, saya akan suruh kerajaan pergi mampus kerana saya cinta negara kelahiran saya, apa yang anda nak kata nanti?” kata Petra, yang dilahirkan di Surrey, UK." (Harakah Daily)

Bagi Demang lelaki itu hanyalah sampah sarap yang tidak bertuan. Kalau pun ada yang sudi memungut hanyalah untuk dibuang ke tempat lain atau ditebusguna.

Namun bagi PAS, bukan sahaja sampah bahkan syaitan sekalipun yang sudi membantu maka PAS menerimanya.

Demang bukan nak ulas tentang fatwa, jauh sekali membuat fatwa baru namun bagaimana jika polis berpakat dengan perompak agar terus melakukan jenayah supaya orang ramai meningkatkan tahap keselamatan masing-masing?

Adakah tindakan polis tersebut wajar?

Saturday, April 16, 2011

Najib iktiraf Rajapetra?

 
Harakah Daily hari ini cuba menipu rakyat dengan tajuk: 'Rakyat terkejut PM rasa dirinya sudah bersih'.

'KUALA LUMPUR, Apr 15: Rakyat bukan terkejut dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin, tapi terkejut bagaimana TV3 dan Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengambil kata-kata seorang yang diisu waran tangkap sehingga kini masih menjadi buruan polis sebagai muktamad.'

Melalui berita tersebut, penulis yang diberi izin oleh ulama dalam PAS untuk berkarya itu menggunakan istilah 'rakyat' bagi menggambarkan seolah-olah dia mewakili suara rakyat Malaysia.

Persoalan pertama, bila masa penulis upahan itu buat survey terhadap rakyat Malaysia? Secara faktanya, PAS cuma ada 23 kerusi berbanding 222 kerusi parlimen yang ada sekarang.

Ertinya, PAS tak berhak mendakwa sebagai suara rakyat melainkan ada survey terbaru.

Perkara kedua, Najib bersyukur dengan pengakuan Raja Petra kerana LELAKI ITU LAH YANG MEMULAKAN TOHMAHAN terhadap beliau suami isteri, bukannya kerana terlalu percaya pada lelaki itu.

Yang percaya dengan cakap Raja Petra selama ini ialah PEMBANGKANG, termasuklah PAS.

Kenapa ketika Raja Petra buat cerita dulu, PAS bersetuju? Kenapa apabila lelaki itu berkata bahawa tuduhan dulu hanya fitnah yang direka, PAS tak mahu terima?

Bukankah sepatutnya apabila datang lelaki fasiq membawa berita maka perlu disiasat terlebih dahulu?

Sampai hari ini kita tak nampak pun PAS menubuhkan pasukan penyiasat bagi menentukan kesahihan isu isu Rahim Tamby Chik, Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Najib Razak, Rais Yatim, dan lain-lain.

Yang PAS amalkan ialah turut membawa kayu api bagi memarakkan fitnah dalam kalangan rakyat.

Najib atau Perdana Menteri?

Hari ini 979,796 pengundi di Sarawak akan membuat keputusan bagi memilih pemimpin yang akan menjaga kebajikan mereka selama lebih kurang lima tahun yang mendatang.

sebanyak 1,749 pusat mengundi telah disediakan untuk para pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warga Sarawak.

Sepatah kata PM, "jangan mengundi ikut sentimen".

Ingat, itu adalah pesanan Perdana Menteri kita, bukan pesanan Najib Razak. Kalau Najib yang pesan, sudah tentu beliau akan kata, 'undilah BN'.

Sebagai PM, beliau memegang perbendaharaan maklumat negara. Semua maklumat berkenaan negara daripada sekecil-kecilnya hinggalah yang dianggap mega yang dirisik dan dikumpulkan pelbagai agensi disalurkan terus kepada PM.

Bukan itu sahaja, PM juga mempunyai pakar rujuk daripada segenap aspek dan bidang.

Jadi, mengundilah dengan fikiran yang matang tanpa diganggu sentimen tertentu.

Friday, April 15, 2011

dalang isu najib altantuyaa dikenalpasti

BH 15/04: Kementerian Pertahanan sudah kenal pasti pegawai berpangkat Kolonel yang didakwa terbabit menfitnah pemimpin negara dalam kes Altantuya.

Demang percaya kalau fitnah sebesar itu pun dia boleh buat, apalagi lah tohmahan lain.

Itulah sebabnya kita dapati sejak Anwar jadi towkey konspirasi pelbagai tohmahan dilempar pada kerajaan.

Kita tinggalkan dulu isu itu.

Demang akui, pemimpin UMNO bukan maksum. Yang maksum hanya Rasulullah SAW.

NAMUN itu bukan alasan untuk menerima pemimpin yang sangat bermasalah. UMNO ada banyak kes membuang pemimpin seperti itu. Contohnya Rahim Tamby Chik.

Tetapi kenapa apabila terkena pada Anwar ada pengecualian pulak? Kenapa apabila timbul kesah Rahim, pemimpin yang banyak berjasa di Melaka itu ditolak? Namun apabila Anwar melalui isu yang lebih banyak enggan berundur?

Doa dan solat hajat, kebenaran tersingkap

DS Najib tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya dengan pengakuan yang dibuat 'raja konspirasi' bahawa tuduhan penglibatan beliau laki bini dalam kes Altantuyaa hanya tohmahan semata-mata.

Malah dalam pengakuan 'raja dalam pelarian' itu turut dinyatakan dalang di sebalik konspirasi dahsyat itu.

Ketika pengakuan Raja Putra itu disiarkan melalui TV, Demang melihatnya tanpa perasaan terkejut. Bahkan terdetik dalam hati Demang betapa mudahnya orang ramai ditipu hanya melalui lontaran persoalan.

Demang masih ingat persoalan awal yang pengendali web itu lontarkan:

"benarkah Altantuyaa datang ke Malaysia mencari Razak Baginda? Tidakkah wanita iti tersilap lantaran penggunaan 'surname' dan 'bin' yang berbeza telah mengelirukannya? Mungkinkah Alatntuyaa mencari Najib Razak tetapi tersilap lalu menyebut 'Razak' sahaja?"

Bermula dari itulah pelbagai teori bodoh dikemukakan dan kekabu fitnah bertebaran ke seluruh pelusuk dunia.

Demang rasa inilah kesan daripada solat hajat PAS yang ingin ditampakkan kebenaran. Maka Allah Taala kabulkan dengan menunjukkan satu demi satu kebenaran.

Inilah hadiah terhadap kesabaran Najib ketika berdepan dengan fitnah melampau.

Alhamdulillah.

Thursday, April 14, 2011

lelaki dalam video dikenalpasti

BH 14/04: Polis sudah kenal pasti identiti lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang, kertas siasatan siap minggu depan: KPN

sumber: BH sms

akibat perpecahan sesama sendiri

Enam terkorban serangan pertama AS di Pakistan

14/04/2011 4:06am

PESHAWAR, Pakistan 14 April – Pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan peluru berpandu buat pertama kalinya sejak Mac lalu menyebabkan enam anggota militan Haqqani terkorban di sempadan Afghanistan.

Pesawat pejuang tanpa juruterbang tersebut melepaskan empat peluru berpandu ke arah sebuah kenderaan yang melalui daerah Waziristan Selatan dan mensasarkan serangan terhadap anggota militan yang dipercayai memasuki Afghanistan untuk menyerang tentera AS.

Menurut pihak berkuasa Pakistan, jumlah kematian kini disahkan seramai enam orang namun ia dijangka akan meningkat. – AFP/Reuters

Itulah 'hadiah' nya jika berbalah sesama sendiri. Kita di Malaysia macamana? Mahukah kita menjadi sebahagian daripada berita di atas?

Malam tadi Raja Putra si pengkhianat negara sudah membuat pengakuan bahawa dia telah diarahkan untuk menimbulkan prajudis melampau agar Najib terhalang daripada menggantikan Paklah.