Wednesday, June 29, 2011
lepas Jo Bedol, video Syamsul katek pula
Dalam kelam kabut itu Jo Bendol sempat mencabar Papa Gomo agar menyiarkan keseluruhan video tersebut.
Demang ingatkan Jo Bedol cuma bendul, rupa-rupanya bangang jugak.
Sabar Jo. Kita takkan keluarkan sekali gus. Kita akan keluarkan satu persatu... Giliran engkau belum sampai lagi. Semalam tu cuma mukaddimah.
Oh ya, Demang dengar-dengar untuk babak mukaddimah ini giliran video ketua AMK Syamsul pendek pula akan disiarkan. Ada orang kata Syamsul pakai seluar pendek masa menonton. Isy, Demang tak percaya lah.
Apa pun, kita tunggu sahaja nanti.
Phehhh, dijangka lebih meriah. Lihat sini, atau sini.
Akhirnya Ambiga akui Amerika biayai BERSIH 2011
NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan yang bertopeng demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat.
OSI pula adalah yayasan yang juga bertopeng demokrasi yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.
Difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan yang rapat dengan kedua-dua yayasan tersebut kerana Albright dan Soros merupakan dua tokoh Yahudi yang menaungi politik Anwar sejak dari akhir tahun 1990-an.
“Perhimpunan bulan depan akan disponsor oleh kerajaan negeri Selangor”, kata Ambiga seperti dilaporkan portal pro Anwar, The Malaysian Insider. Klik di sini
12 aktivis Bersih ditahan polis
Mereka yang ditangkap termasuk juga dari ADUN-ADUN Pakatan Perak iaitu, Chan Ming Kai (PKR), Leong Mei Meng (DAP) dan Chang Lih kang (PKR).
Mereka kini sedang ditahan di IPD Sungai Siput untuk di siasat.
Tahniah PDRM Perak kerana telah mengambil tindakan TEGAS kepada puak-puak pengkhianat ni semua. Dah semakin jelas usaha dorang untuk menjatuhkan kerajaan melalui RUSUHAN BERSIH.
Sementara itu media melaporkan pengerusi BERSIH 2011, Ambiga yang juga aktivis IFC terpaksa mengakui bahawa prtubuhan yang dinaunginya menerima dana daripada dua agensi Amerka.
Ambiga yang turut terlibat dalam kes murtad Lina Joy dan beberapa kes murtad lain mengambil jalan untuk berterus terang kerana maklumat tersebut sudah tersebar luas.
Akhirnya Johari Abdul terperangkap
Antara hujah Jo Bedol ialah perut Anwar tak buncit. Padahal semua orang yang dah menonton video tu tau bahawa lelaki dalam video tersebut tak lah buncit sangat jika dibandingkan kebanyakan lelaki sekarang, terutama Jo Bedol sendiri.
Kata Jo Bedol lagi tubuh lelaki itu sasa dan ototnya berulas-ulas. Dalam keadaan gambar hitam putih itu, dapat pula Jo Bedol lihat ototnya.
Jo Bedol kata bentuk punggung lelaki itu juga tak sama dengan PUNGGUNG Anwar. Yang ni Demang tak berani komen. Barangkali Jo ada sebab tersendiri menyatakannya. Selera orang macam-macam.
Yang Jo Bendol tak perasan ialah ketika dia menonton video daripada cctv tersebut, ada cctv khas yang sedang merakam kelakuannya itu.
Kesimpulan daripada babak menarik ini ialah Dato T ada banyak strategi. Mereka merancang dengan teliti, membuat rakaman dan menyimpan bukti-bukti dengan kemas.
Maklumlah, yang nak dijerat ialah jerung besar, bukan anak bilis.
Setakat ini kita cuma tahu ada 4 cctv yang digunakan dalam rakaman tersebut tetapi setakat ini cuma 2 yang disebarkan. Jadi, pembangkang jangan cepat sangat buat kesimpulan. Nanti diri sendiri yang terjerat.
Kata orang tua-tua, jerat tidak pernah lupakan pelanduk.
Tuesday, June 28, 2011
Baca ini dulu
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]
Didalam ayat di atas, para mufassirin dan fuqaha menegaskan bah
awa Kafir Harbi adalah orang kafir yang diam dan hidup dalam wilayah pentadbiran umat Islam atau diluarnya, mereka berkhianat kepada Negara Islam, memusuhi, tidak mahu berdamai, menjalankan usaha merosakkan kaum Muslimin dan agama Islam.
Mereka ini mesti sentiasa diawasi dan diperangi sekiranya mereka menyerang umat Islam atau membantu pihak lain menyerang umat Islam. Dan Allah Swt juga memerintahkan kita supaya tidak menjadikan mereka sahabat, kawan rakan, pembela dan wali (pemimpin).
Dalam sejarah sendiri ada tercatat yang umat Islam telah berkerjasama dengan kaum musyrik dan munafiq tetapi di tipu dan di rugikan oleh mereka. Dan kita juga selalu mendengar dan melihat bagaimana kaum kafir ini sering memandang rendah dan juga sering menimbulkan masalah kepada umat Islam kebanyakannya.
Sejarah Islam telah menceritakan bagaimana seorang Wazir Kerajaan Bani Abbas pada zaman Khalifah Al-Muktasim berkerjasama dengan bangsa Tartar yang kafir dan musyrik kerana bencikan khalifahnya sendiri. Didalam kerjasama tersebut, Wazir itu telah membuka rahsia kelemahan kerajaannya sendiri kepada bangsa Tartar dan sekaligus kaum kafir itu berjaya menumbangkan kerajaan Islam tersebut.
Di rantau Asia Tenggara ini juga kita dapat melihat bagaimana kerjasama dengan pihak kafir berakhir dengan kerugian. Lihat saja bagaimana di Indonesia ada gerakan Muslim yang sudi bekerjasama dengan gerakan komunis kerana bencinya kepada pemerintah Islam, dan mahu berebut kuasa dari mereka. Tetapi akhirnya gerakan mereka bersama gerakan komunis itu juga tumbang kerana prinsip perjuangan yang tak sama setelah mendapat kuasa pemerintahan.
Di Malaysia, kita kini menyaksikan satu kumpulan yang mengaku Islam iaitu PAS, yang berkerjasama dengan gerakan kafir yang lain iaitu DAP dan PKR atas matlamat mahu menumbangkan Umno demi kuasa. Kita lihat mereka bersekutu dengan menagih bantuan dari kumpulan kafir itu diatas matlamat yang sama, iaitu untuk menjatuhkan pemimpin Islam yang diamanahkan Allah untuk memerintah negara.
Di dalam kerjasama antara pihak PAS dan kafir ini, awal-awal lagi kita dapati perjanjian kerjasama mereka tidak memihak kepada Islam kerana dalam perjanjian tersebut termaktub persefahaman bahawa jika PAS mahu bersama dengan PR, matlamat pembentukan dan melaksanakan hukum syariat (hudud) dan Negara Islam mesti di gugurkan.
Dan selepas Muktamar yang baru berlangsung, matlamat kafir untuk meneutralkan PAS telah termakbul. Ternyata perjuangan negara Islam PAS terus dihapuskan dan diganti dengan negara berkebajikan. Seluruh umat Islam didalam negara terkedu melihat betapa lemahnya PAS didalam kerjasama dengan kafir DAP dan PKR.
Tetapi, jika di tanya kepada mereka mengapa begitu taksub kepada kerjasama dengan kumpulan kafir sebaliknya mengetepikan perpaduan sesama muslim, dan mengapa tidak berjuang secara solo seperti dulu..? Jawapan mereka kononnya ini adalah satu strategi politik. Mereka juga memberi alasan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah berkerjasama dengan kaum musyrikin di Makkah dan Madinah.
Dan untuk menguatkan hujah serta bagi menunjukkan tindakan mereka itu betul, mereka sering menggunakan fakta-fakta sejarah Rasul. Tetapi mereka memutarbelitkan semua fakta tersebut dan mengambil fakta yang akan menguntungkan mereka sahaja. Mereka menyembunyikan beberapa fakta demi kepentingan mereka sendiri.
Pernahkah pemimpin-pemimpin PAS menceritakan bagaimana Rasulullah SAW dan kaum Muslimin di Madinah juga pernah di tipu oleh musyrikin laknatullah? Sudah tentulah tidak kerana ia hanya akan merugikan kerjasama mereka dengan DAP dan PKR didalam gabungan Pakatan Rakyat.
Terdapat di dalam Hadis yang di riwayatkan oleh Anas r.a, bahawa Rasulullah pernah menyuruh sahabat menghantar daging kambing yang di sembelihnya kepada jiran-jiran yang terdiri dikalangan orang Yahudi. Rasulullah ingin menunjukkan betapa bertoleransi nya umat Islam terhadap penganut Yahudi dan Nasrani di Madinah. Tetapi sikap yang baik ini mereka balas dengan cara jahat.
Mereka memendam hasad dan dengki terhadap kemajuan umat Islam ketika itu dan mereka tikam umat Islam dari belakang. Kumpulan kafir ini dengan senyap senyap memberi bantuan kepada musuh Islam bagi tujuan memerangi Rasulullah SAW di Madinah. Jelas disini bahawa sifat kaum musyrikin itu memang tak patut umat Islam percayai.
Inilah yang harus dijadikan pengajaran kepada semua kumpulan muslim di Malaysia. Mengapa mesti bergabung dengan pergerakan musyrikin untuk memperolehi kekuatan? Mengapa tidak bergabung saja dengan kumpulan umat Islam yang ada untuk menjadi lebih kuat?
Ini bukan saja dapat menguatkan kuasa yang dimiliki oleh kumpulan muslim, tetapi ia juga akan mengukuhkan perpaduan umat Islam itu sendiri. Inilah yang dituntut dalam ajaran Islam, bukannya berpecah belah dan mengikut telunjuk kafir untuk memerangi pemimpin Islam sendiri.
Nota tambahan:
Perhimpunan BERSIH 2011 diterajui oleh AMBIGA sebagai pengerusinya. Siapa Ambiga? Lihat sini
Pengakuan Johari PKR tentang video seks dengan pelacur cina
Monday, June 27, 2011
bukti baru cctv Anwar bersama Eskay di lobi
Untuk rekod, CCTV ini membuktikan bahawa Anwar memang berada di lokasi itu pada waktu dan ketikanya.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kamalluddin Md Said juga memberitahu pakar dari Dartmouth College yang menjalankan ujian analisis juga memperakui bahawa wajah pelaku video seks itu menyerupai Anwar Ibrahim.
Sebelum ini soal adanya CCTV yang tunjuk Anwar dan Eskay berada di lobi itu tidak diketahui sehinggalah dinyatakan dalam prosiding mahkamah kes Datuk T.
Ini dikira satu fakta kes yang sangat menarik dari segi pembuktian.
Anwar sebelum ini mendakwa beliau berada di rumah pada masa dan ketika itu.
Sementara itu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memberitahu pemberita kemudiannya bahawa menurut laporan pakar-pakar, mereka 99.99 peratus pasti bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.
Menurutnya, dalam laporan bertarikh 4 Jun, yang disediakan oleh Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani, ia telah menyatakan bahawa mereka telah mengkaji video dari camcorder dalam sebuah bilik dan disalinkan kepada thumbdrive, satu video dari kamera pengawasan yang diambil di dalam bilik dan diekstrak terus dari DVR, satu video dari camcorder kedua diambil di luar lif, 320 imej satu orang yang dinamakan sebagai "Mr X", 26 imej satu orang yang dinamakan sebagai "Encik Y" dan 4,423 imej "rakyat Malaysia".
Laporan itu membuat kesimpulan bahawa berdasarkan kajian itu, "Encik X" adalah orang yang sama dalam gambar yang diberikan kepada mereka oleh pihak berkuasa tempatan, iaitu Anwar.
"Kesimpulannya menyatakan dengan jelas bahawa Encik X adalah Anwar. Mereka tidak boleh mengatakan secara langsung bahawa Encik X adalah Anwar kerana mereka tidak mengenali dia, tetapi mereka membuat kesimpulan bahawa ia adalah 99,99 peratus daripada analisis memperakui muka lelaki dalam video adalah sama dengan lelaki dalam gambar (Anwar) yang ditunjukkan kepada mereka, " kata Shafee.
Oleh itu, beliau memberitahu mahkamah bahawa Anwar patut dikenakan di bawah seksyen 192, 193 atau 199 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, menafikan identitinya dalam video tersebut.
--------------------------------------------------------------------
Datuk T mengaku salah, di denda antara RM1,000 hingga RM3,000 tiap seorang...
Hakim menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau tiga bulan penjara kepada Datuk Sharzly Eskay Abdullah, denda RM1,500 atau penjara sebulan kepada Datuk Shuib Lazim kerana tayang video seks di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Manakala denda RM1,000 atau penjara sebulan dijatuhkan terhadap Tan Sri Dato Rahim Thamby Chik kerana bersubahat.
----------------------------
Datuk T di mahkamah Jalan Duta
Riang,ceria dan bersemangat...itu senarionya ketika trio Datuk T – Datuk Sharzly Eskay Abdullah,Tan Sri Dato Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim tiba di mahkamah majistret Jalan Duta pagi Jumaat untuk berdepan dengan dakwaan tayang video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketibaan mereka disambut oleh hampir 200 orang yang mula berhimpun di situ sejak jam 8 pagi.Mereka membawa sepanduk menyokong mereka termasuk yang bertulis WE LOVE DATUK T dan BEBASKAN DATUK T.
Trio berkenaan masuk ke kamar mahkamah jam 9.17 pagi.
Eskay dan Shuib dituduh menayang secara terbuka adegan lucah di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur pada 21 Mac ,2011 antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari manakala Rahim bersubahat.
Shazryl dan Shuib didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Abdul Rahim pula didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
Mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.
Ketika-tiga mereka yang menggelarkan diri sebagai "Datuk T" didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di sini antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lepas.
Pendakwaan dilakukan Datuk Kamaluddin Mohd Said dan Mohammad Zakaria Hanafiah.
Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita dari China.
Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.
Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.
"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.
Sementara itu, di mahkamah sebentar tadi, klip video lucah tersebut ditayangkan di Mahkamah Majistret bagi disahkan oleh kesemua tertuduh.
laporan lanjut akan menyusul
AGENDADAILY
Langkawi, jangan biarkan permata ini pula hilang
Apapun, ini adalah program 2+1 yang menyeronokkan tanpa mengurangkan kualiti tugasan. Alhamdulillah. Sempat merayau dan melepak 2-3 jam di pekan Kuah. Itu sahaja pun masa yang ada.
Menyusuri jalanraya ketika bergerak pulang tadi sambil memandang kanan kiri, terfikir Demang bahawa pulau legenda ini masih menyimpan potensi yang besar untuk ditambahmajukan. Satu idea yang telahpun diterjemah Tun Mahathir lama dahulu.
Hasil pemikiran negarawan agung itulah yang membawa Demang ke sini.
Sayangnya pembangunan di sini (menurut responden kajian kami semalam) menjadi perlahan sejak Tun meletak jawatan.
Bagi Demang, itu bukan salah pihak berkuasa (kerajaan pusat). Sudah tentu juga bukan salah mana-mana PM selepas Tun.
Kerajaan sudah memulakan asasnya. Tanggung jawab seterusnya adalah pihak berkuasa tempatan dan penduduk pulau Langkawi sendiri.
Demang kagum dengan beberapa usahawan tempatan seperti Ismail Group yang terus giat membina empayar perniagaan mereka.
Selain itu terdapat banyak usahawan kecil yang terus gigih mendaki tangga kejayaan. Syabas orang Langkawi.
Orang Melayu memang mampu asalkan diberi peluang dan ruang.
Demang cadangkan, sebuah universiti ditubuhkan di Pulau Langkawi. Dengan adanya pusat pengajian tersebut, secara khusus ia akan mengundang ribuan pengguna baru yang berpendapatan tetap dan akan berbelanja secara berterusan.
Lihat bagaimana USM membantu mengaktifkan Pulau Pinang. Ia menghidupkan pelbagai peluang perniagaan.
Sebut tentang Pulau Pinang, Demang tidak fikir pulau mutiara itu dapat dikuasai semula orang Melayu. Sepaling baik pun ia akan beralih kepada Gerakan semula. Cuma apabila di bawah tangan Gerakan, ia masih di bawah kuasa PM meski tidak sepenuhnya.
Itu jauh lebih baik daripada diperintah DAP yang tidak pernah 'takut' dengan PAS atau segan dengan Anwar Ibrahim.
Di sekeliling pulau Langkawi masih banyak pulau-pulau kecil yang bukan sahaja membentuk lanskap indah bahkan boleh dijadikan destinasi tambahan untuk pelbagai aktiviti.
Satu lagi keunikan Langkawi ialah kerana sering dikaitkan dengan minyak gamat. Kini.produk gamat sudah dipelbagai termasuk air gamat, jeli gamat, dan bam gamat. Sebenarnya selain gamat, produk herba lain juga banyak di Langkawi.
Apa kata Langkawi dijadikan pusat pengeluaran produk herba? Demang sendiri boleh memindahkan sebahagian operasi pengeluaran minyak Morhabshi ke pulau tersebut.
Dalam konsep perniagaan hari ini persaingan sudah tidak relevan lagi. Pengeluar produk yang serupa (produk pengganti) tidak boleh lagi dianggap musuh yang wajib dibunuh sebaliknya harus dijadikan rakan niaga yang saling memerlukan.
Ingatlah, nyior tua gugur nyiur muda jangan ketawa. Tandan di atas melurut jatuh, yang bawah terkena sama.
Pesanan orang tua-tua di atas boleh diaplikasi dalam konsep perniagaan hari ini. Pasaran terlalu luas untuk dijadikan bahan rebutan. Yang penting adalah inovasi dan kreativiti.
Penting juga untuk diingat oleh semua pengusaha muslim ialah perniagaan adalah satu ibadah maka jangan jadikan ia tempat menambah dosa.
Oh ya. Jika orang Langkawi tidak beminat dengan idea pusat herba tadi, Demang boleh cadangkan kepada Ali Rostam supaya dibuat di Melaka.
Hmm, molek juga tu.
Sunday, June 26, 2011
kenali pengerusi BERSIH 2011
Nama sebenarnya : Ambiga Sreenevasan Pengerusi gabungan pilihanraya bersih dan adil (Bersih 2.0)
1. Agama Hindu
2. Penyokong Murtad
BUKTI FAKTA
A. Menjadi peguam bela kes Lina Joy seorang wanita Islam yang murtad.
B. Menganjurkan forum pertikaikan kuasa mahkamah syariah melibatkan kemasukan orang bukan Islam masuk Islam.
C. Pendokong dan Penggerak IFC(Inter Faith Comission/ SuruhanJaya Antara Agama) yang pernah mengatakan bahawa penceraian dalam Islam adalah zalim dan juga menyokong Pluralisme agama.
D. Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang nak murtad dibawa kemahkamah persekutuan.
E. Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang nak memohon jadi peguam Syarie dan nasib baik permohonan ditolak.
Friday, June 24, 2011
99.99% adalah Anwar Ibrahim
Dalam pada itu ketiga-tiga Dato telah didapati bersalah kerana menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan.
Sebelum itu, pakar bebas telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen dan bukan hasil mana-mana suntingan.
Apa ertinya?
Itulah kelemahan orang bernafsu besar.
siapa di belakang BERSIH II?
Demang tak pasti sasaran penganjur perhimpunan haram itu. Mungkin satu juta sebab penyong PAS sudah mencecah 300 ribu.
Tapi, berdasarkan yang lepas-lepas, Demang rasa silap-silap hanya penyokong PAS dan sedikit PKR sahaja yang datang berhimpun. Kaum cina nak keluar berhimpun?
Menurut Mat Sabu yang mengemukakan usul membawa 300 ribu ahli PAS bagi menyokong perhimpunan anjuran Presiden IFC tersebut, ada 4 perkara lagi yang belum dilaksanakan kerajaan dalam tuntutan BERSIH 2007:
1) Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
Pembangkang mendakwa kemenangan BN adalah kerana undi warga asing. Jika anda pernah mengundi, Demang nak tanya adakah mudah seseorang orang asing membuang undi? Sedangkan dalam bilik mengundi terdapat wakil setiap parti yang bertanding bertugas memeriksa setiap pengundi secara fizikal, berdepan satu dengan satu!
Tuntutan BERSIH hanya logik jika kita mengundi melalui Facebook.
2) Daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004.
Perkara ini mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus (Mat Sabu, Harakah 24/6).
Apa yang pelik sangat peningkatan pengundi berdaftar di Terengganu sebanyak 17%? Bukankah usaha menambah pengundi berdaftar sedang dilakukan dengan giat terutama oleh DAP.
Mat Sabu perlu semak daftar pemilih di Bukit Baru Melaka iaitu pengundi cina sudah menakluki 60% DUN Bukit Baru. Modus operandi DAP ialah menyuruh anak muda kaum mereka yang menetap di Parlimen Kota Melaka agar mendaftar di Bukit Baru. Hal ini kerana Kota sudah pasti dimenangi setiap kali PRU. Menang sikit atau menang banyak, sama sahaja!
3) Undi pos terus kita ragu bayangkan di Tenang (PAS) hanya dapat undi pos 3 undi BN 115. Undi Senadin Pakatan mendahului lebih 1000 undi tapi bila datang undi pos calon Pakatan kalah 58 undi (ertinya, kebanyakan undi pos dapat kepada kerajaan).
Mat Sabu tak beritahu rakyat, siapa yang dimaksudkan 'pengundi pos'. Mereka adalah termasuk polis dan tentera yang bertugas pada hari mengundi. Tentera bersedia sepanjang masa.
Adalah wajar semua anggota keselamatan menyokong kerajaan. Sepatutnya kerajaan yang mempertikaikan, kenapa masih ada undi pos diberi kepada penentang kerajaaan.
Ya. Jika kerajaan menentukan undi, LIMA buah negeri takkan terlepas kepada pembangkang.
4) Media di Malaysia masih berada di zaman Tok Kadok (kuno) apabila hanya menyiarkan berita sebelah pihak sahaja.
Fakta keempat menunjukkan Mat Sabu menganggap rakyat bodoh dan cuba menipu rakyat. Demang sendiri sudah puas menulis dalam Harakahdaily TETAPI TIDAK PERNAH DISIARKAN WALAU HANYA SEBARIS KOMEN.
Mari kita lihat latar belakang penganjur perhimpunan BERSIK 201.
PENGANJUR HIKPUNAN BERSIH 2011
1) Interfaith Commission (IFC)
IFC dulunya dikenali sebagai IRC – Inter Religious Council (IRC) – merupakan sebuah suruhanjaya bagi menerima aduan penganut semua agama dan membuat keputusan mengenainya.
Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).
Pengasas IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.
Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.
Presiden IFC pula ialah Amiga yang merupakan pengerusi BERSIH II (2011)
Penyokong kuat IFC ialah Majlis Peguam melalui Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia. Majoriti dalam Majlis Peguam ialah non-muslim. Masih ingat isu-isu anti Islam yang dibawa badan tersebut?
KRONOLOGI PENUBUHAN IFC/IRC
Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
Pada 8 Disember 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.s
Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.
Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan.
Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).
Apa itu KAF? Carilah maklumat selanjutnya di internet mengenai badan antarabangsa itu.
KENAPA PAS BERSAMA BERSIH TAJAAN IFC/IRC
Sama seperti sokongan PAS terhadap DAP dan PKR, APA SAHAJA gerakan atau bantuan hatta daripada syaitan sekalipun boleh diterima asalkan dapat menumbangkan UMNO (TG Nik Aziz Nikmat, Mursyidul Am PAS).
Masih mahu bersama BERSIH? Jangan malukan anak cucu kita nanti apabila diejek sebagai keturunan pengkhianat.
Thursday, June 23, 2011
Malaysia 2 Lebanon 1
Serta merta Demang teringat kata pakar motivasi yang kini menjadi wakir rakyat di Selangor lebih kurang 12 tahun dulu. Masa tu beliau sedang top dan tiba-tiba Anwar Ibrahim dilucutkan semua jawatan.
Nak tahu apa kata lelaki yang sering menjadi pengerusi forum perdana ketika itu?
"Orang Malaysia nak main bola? Tengoklah saiz badan. Takkan boleh menang."
Hassan Ali, tolong nafikan tulisan Demang ini. Jujur lah sebab setakat ini Demang tiada bukti. Namun Demang percaya pasti ada pihak masih menyimpan kata-kata beracun PAKAR MOTIVASI itu.
99% responden setuju perhimpunan BERSIH
Malah menurut ahli parlimen Kubang Kerian, bancian portal dalam talian The Star Online mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.
"Saya yakin dan percaya ia sememangnya hasrat rakyat Malaysia untuk melihat wujudnya satu sistem pilihan raya adil dan bersih dan ia telah mencapai satu tahap yang begitu kritikal. Ini bermakna perjuangan BERSIH telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan ia telah melampaui batas-batas agama, kaum dan bangsa, " tegasnya ketika ditemui di sidang Parlimen semalam.
Sumber:
http://greenboc.blogspot.com/2011/06/semua-jangan-cakap-banyak-lagi-99.html?m=1
ITULAH CATATAN PERIBADI dalam sebuah blog propengkhianat.
Soalannya, jika benar hasil kajian tersebut, siapakah yang menjadi responden mereka? Sudah tentulah pembaca The Star.
Siapakah pembaca The Star? Orang Melayu (Islam) kah? Kenapa mereka begitu beriya-iya menolak BN dan menyokong DAP?
Maka Demang langsung tidak terperanjat dengan hasil undian tersebut. LIHAT posting Demang pagi tadi yang menjelaskan sebab-sebab bukan Melayu mahu perubahan kerajaan yang memerintah berlaku.
Orang Melayu kena bersatu.
Usaha merampas sumber zakat
Demang tidak fikir Khalid tidak faham realiti namun memandangkan kerajaan Selangor dimonopoli DAP sebahagian besar pemimpin PKR adalah bukan Melayu maka tekanan terhadap SYABAS diteruskan.
Rakyat Selangor terutama yang tinggal di pedalaman seperti ibu bapa dan saudara mara Demang pasti masih ingat betapa teruknya kualiti sambungan air di Selangor sebelum diambil alih oleh SYABAS.
Kakitangan SYABAS mungkin masih ingat gaji mereka semasa bermajikan kerajaan Selangor dulu.
Baiklah, kita jangan beremosi dengan kenangan lalu. Tapi, cuba renungkan jika pengurusan tersebut diambil alih.
Benar, para pekerja SYABAS mungkin diambil terus bekerja. Yang rugi besar ialah Ts Razali yang menerajui syarikat itu. Seronokkah kita menjatuhkan jutawan melayu? Siapa yang seronok sebenarnya? Jika Razali dan Syabas sudah tiada, siapa yang akan ganti beliau dalam pengurusan baru? Masihkah orang Melayu?
Ya. Kerajaan Selangor yang akan ambil alih. Tetapi siapakah yang akan menguasai kerajaan Selangor nanti? Sekarangpun MB Khalid dikelilingi exco bukan Melayu yang selalu memonopoli keputusan kerajaan.
Bagaimana dengan para eksekutif SYABAS yang ada sekarang? Siapa pula yang akan menentukan pengambilan kakitangan dan kenaikan pangkat badan yang baru itu nanti?
Jangan lupa, pemansuhan GLC adalah termasuk dalam pakej PLAN KESAMARATAAN yang dipelopori DAP dan dianuti penyokong pembangkang secara membuta tuli.
Kita perlu sedar hasrat Tun Mahathir menubuhkan GLC termasuk SYABAS. GLC bukan sahaja bertanggungjawab pada negara bahkan pada ummat Islam agar tidak terlalu ketinggalan dalam bidang ekonomi.
Ingat, jika SYABAS tiada, maka ummat Islam Selangor khasnya kehilangan satu sumber zakat. Badan baru yang akan menerajui bekalan air di bawah kerajaan negeri akan menyalurkan keuntungan dalam bentuk cukai untuk negeri Selangor.
Kepada orang bukan Islam, ia memang baik. Tapi perlu diingat, orang Islam masih ketinggalan berbanding kaum cina. Kenapa wang yang tak seberapa itu pun mahu dikongsi juga? Kenapa tamak sangat?
Demang bukan nak rampas hak orang bukan Melayu. SYABAS adalah hak orang Melayu. Orang Melayu dah bagi macam-macam: tapak rumah, tanah, kerja, malah kuasa politik kepada orang bukan Melayu. Semua itu dahulunya adalah hak mutlak orang Melayu di Tanah Melayu.
Renung, fikir, dan fahamkan.
Wednesday, June 22, 2011
taib akan buat keputusan hari ini
Ketua Menteri Sarawak yang sedang disiasat SPRM itu dijangkan akan membuat satu pengumuman penting.
Sama-samalah kita nantikan.
bersih yang haram
Tuesday, June 21, 2011
Kaedah biometrik untuk pilihanraya
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata,SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing.
"KDN dah pakai sekarang untuk warga asing yang nak masuk ke dalam negara kita. Kaedah yang sama akan digunakan, kali ini kita akan guna pada pengundi,” katanya.
BERNAMA melaporkan Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, iaitu satu daripada lapan perkara yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mahu mengadakan perhimpunan haram,bagi memastikan pilihan raya telus dan bersih.Melalui penggunaan sistem biometrik.
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata,pengundi tidak boleh pergi ke tempat lain dengan membawa kad pengenalan yang sama untuk mengundi bagi kali kedua.
sistem biometrik merupakan penyelesaian terbaik berbanding dengan penggunaan dakwat kekal seperti di India dan Indonesia.
Sunday, June 19, 2011
video pendedahan bekas orang kuat PKR
Maaf, jika video tidak dipaparkan sila klik sini
Anwar, sila simpan video ini sebagai bahan bukti untuk menyaman penceramah dalam video ini.
Saturday, June 18, 2011
undian maharajalawak dan demokrasi masjid
Jambu bukanlah peserta paling popular. Malah Demang sendiri menonton Maharaja Lawak kerana ingin menonton persembahan Nabil dan Jozan.
Namun dari minggu ke minggu persembahan Jambu sentiasa di tahap 'international level'. Malah semasa konsert di Pulau Pinang, ketika hampir semua peserta membuat persembahan hambar, Jambu tampil menyelamatkan keadaan. Persembahan mereka Demang kira berjaya memujuk penonton yang agak kecewa malam itu.
Secara peribadi, Demang dapati Nabil tidak begitu stabil. Namun populariti semasa meletakkannya di level undian selamat berbanding R2 yang juga tidak begitu stabil. Padahal bagi Demang persembahan R2 yang diberi peluang kedua malam tadi lebih baik berbanding Nabil dan Jozan.
Apapun, Jozan berjaya mengekalkan kualiti setiap persembahan kecuali malam tadi. Ia bukan salahLinda Onn tetapi lawak budak-budak sudah dianggap ketinggalan zaman dan setaraf dengan 'lawak bodoh'.
Bagi Demang kaedah penentuan Maharaja Lawak adalah bukti kelemahan sistem demokrasi. Melalui undian, kualiti calon bukanlah syarat mutlak untuk menjadi pemenang. Baik Maharaja Lawak, Akademi Fantasia, mahupun Juara Lagu (dan sebagainya), populariti peserta adalah syarat penting untuk menang.
Selain itu faktor persepsi pengundi juga penting. Jika pengundi mengandaikan orang lain akan mengundi seseorang peserta, maka dia juga akan cenderung mengundi peserta tersebut.
Itulah sebabnya dalam Islam kaedah pengundian ala demokrasi barat tidak diamalkan. Kita terpaksa laksanakan demokrasi kerana itulah pilihan yang ada pada kita sejak merdeka.
Anehnya, kerajaan Pulau Pinang cuba melaksanakan sistem pengundian dalam memilih jawatan kuasa masjid di negeri itu.
Dan PAS pun ikut menyokongnya. Memang hamPAS!
Jom lihat pemikiran aktivis anti ISA
Pada cermin tingkap kenderaan itu terlekap poster Selamatkan Rakyat Malaysia bersaiz besar.
Dari dalam kereta itu keluar seorang lelaki separuh umur berkepiah putih dituruti seorang wanita yang memimpin kanak-kanak perempuan kecil.
Sebelum terlupa, Demang catatkan di sini bahawa lelaki itu juga memakai t-shirt bercetak HAPUSKAN ISA.
Pada pandangan Demang mereka adalah pasangan suami isteri manakala gadis kecil itu macam tak berapa sesuai menjadi anak mereka. Cucu barangkali.
Tapi tak mustahil juga anak mereka sebab sekarang ini memang banyak ubat power terutama dijual secara online. Demang pun ada stok kalau nak cuba.
Kita anggap sahaja budak itu cucu mereka. Tapi, di mana ibubapanya? Mungkinkah sedang ditahan di Kemunting (ISA)?
Untuk makluman, yang ditahan ISA termasuklah pengedar dadah, pemilik senjata api secara haram, penjenayah besar, dan pengkhianat negara. Jangan ingat yang anjur perhimpunan BERSIH sahaja di situ.
Demang buat contoh andaian sahaja.
Itu bukanlah masalahnya. Yang Demang tak puas hati ialah kenderaan mereka diletakkan di simpang jalan. Tak terfikirkah lelaki itu bahawa perbuatannya boleh menyebabkan kemalangan dan silap-silap mengundang maut terhadap orang lain?
Inilah masalahnya. Konon nak selamatkan rakyat padahal tindakan mereka lebih mendedahkan rakyat pada kebinasaan.
Demang bukan nak menyebok tapi sebaik sahaja lelaki itu masuk ke warung, Demang terus menegur perbuatannya.
Anda tahu respon lelaki itu? Dia buat muka bengong, cangak-cangak ke luar seperti berfikir, kemudian duduk di kerusi berhampiran Demang macam tak buat salah apa-apa.
Ingat-ingatlah. Beginilah tingkah mereka nanti jika negara kita jadi huru hara seperti Iraq akibat tindakan bodoh mereka mengadu domba rakyat menentang kerajaan yang sah.
Masa tu, kalau kita lempang mereka pun dah tak guna lagi. Justeru, sebelum mereka berjaya musnahkan kedamaian kita, lebih baik kita humban mereka ke sel penjara di Kemunting.
Friday, June 17, 2011
konspirasi bantah titah Agong batal pilihanraya masjid
Tidak sampai 4 jam, Demang dapat khabar bahawa ada usaha pihak tertentu untuk mengingkari titah tersebut.
Berikut adalah berita dari blog Pisau:
"Mantan AJK PAS Kawasan Batu Kawan Mejar (B) Jaafar mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri lebih kurang 40 orang terdiri daripada AJK PAS dan ahli ahli PAS Cawangan Kebun Sireh. Mejar Jaafar menegaskan mereka akan tetap meneruskan agenda mereka walaupun titah Tuanku Mizan agar dihentikan dan dalam masa yang sama mereka turut mengatur calon calon untuk pilihanraya masjid."
Kita harap mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang kerana menentang perintah Yang DiPertuan Agong selaku ketua negara.
kejayaan terbaru pemuka Islam liberal
Agenda liberalisasi Islam terus berjalan lancar. Di Pulau Pinang, kaedah pemilihan dan perlantikan jawatankuasa masjid akan datang tidak lagi menggunakan kaedah yang diwarisi Rasulullah dan para sahabat.
Demokrasi tajaan barat sudah menyusup ke dalam rumah Allah dan meresap ke ruang ibadah ummat Islam. Bahkan jika dibiarkan akan memasuki urusan ibadah seterusnya mempengaruhi perkara akidah.
Ramai yang masih menyangka musuh akan datang dari depan dengan senjata di tangan.
Agaknya, oleh kerana sudah ramai yang tidur tanpa selimut maka mereka sudah lupa tentang peribahasa 'musuh dalam selimut'.
Terbaru, (Utusan online) seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan.
Pengundian akan berlangsung semasa mesyuarat agung masjid-masjid berkenaan esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.
Abdul Malik juga berkata, pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang. - Bernama
Wednesday, June 15, 2011
Jom berdemonstrasi di jalanan
Demang dengar ada dua puak yang akan keluar berhimpun di jalanraya. Kumpulan pertama ialah kumpulan yang menyokong kempen BERSIH.
Manakala kumpulan kedua ialah kumpulan yang menentang kumpulan BERSIH itu.
Nanti kedua-dua kumpulan itu akan bertembung. Masing-masing sedang bersemangat. Sorak menyorak, ejek mengejek pasti berlaku. Tambah seronok lagi akan ada baling membaling objek.
Demang cadangkan kita buat kumpulan ketiga iaitu kumpulan pemerhati. Demang pun teringin nak ikut sama. Agen CIA pun boleh tumpang sekaki, menyamar sebagai pelancong.
Demang percaya, jika dibiarkan perhimpunan itu pasti meriah. Nama Malaysia akan berkumandang ke seluruh dunia. Semua media akan bertumpu di Malaysia.
Kalau kita lihat di Iraq dulu, bukanlah Amerika yang datang menyerang asalnya. Ia bermula dengan rasa tidak puas hati beberapa pemimpin kiri. Kemudian mereka lari ke luar negara.
Di luar negara, mereka burukkan negara sendiri. Apabila orang luar sokong, mereka gembira dan rasa diri mereka hebat.
Akhirnya Amerika serang Iraq. Saddam Hussein yang mereka benci itupun ditangkap dan dibunuh. Mereka pun dilantik menjadi pengganti.
Namun, adakah kehidupan rakyat Iraq lebih baik sekarang berbanding dulu?
Tuesday, June 14, 2011
bekas peguam anwar bercakap tentang melayu
"Umat Islam itu umpama lidi, bila ia diikat seberkas, ia menjadi kuat dan boleh mnyapu segala sampah yang ada besar atau kecil, tetapi bila dirungkai menjadi taburan lidi, habuk sebesar hama pun ia tidak mampu membuangnya".
Sebab itu kesatuan, perpaduan dan persaudaraan itu sangat dititik beratkan oleh Islam. Perkara pertama yang Rasululllah saw lakukan selepas mendirikan Masjid Nabawi semasa peristiwa hijrah ialah menyatukan umat Islam Makkah-Auz-Khazraj menjadi Muhajirin & Ansar yang bersatu sabagai satu umat - umat Islam.
Bangsa Melayu sangat bernasib baik kerana menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang dikaitkan dengan agama. Dita'rifkan ciri Melayu sebagai wajib beragama Islam dibawah Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya bangsa yang diperakui agamanya berdasarkan undang-undang.
Namun malang umat Islam bangsa Melayu; yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab dan Satu Qiblat, tetapi gagal menjadi satu bangsa yang bersatu. Sedangkan ALLAH jelas menyebut bahawa umat Islam wajib bersatu padu dibawah naungan Al Quran.
Dan yang lebih malang, bukan sekadar tidak bersatu, ada kalangan umat Islam bangsa Melayu yang bersedia menjadi barua non-Muslim bukan Melayu semata-mata untuk memenuhi nafsu masing-masing; yang akhirnya menyebabkan bangsa Melayu itu menjadi lemah, lesu dan layu.
Sejarah bangsa Melayu membuktikannya. Kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka bukan kerana kekuatan Portugis. Tetapi hanya kerana pengkhianatan bangsa sendiri yang bernafsu mahu menjadi Bendahara. Maka pengkhianat-pengkhianat ini sanggup bersekongkol dengan penjajah. Akhirnya tumbang Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, tidak bangkit-bangkit sehingga hari ini.
Begitu juga kejatuhan Kerajaan-Kerajaan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Ianya bukan kerana kekuatan British. Mereka hanya sedikit. Tetapi British pandai mengadu-domba bangsa Melayu, sehingga mencetuskan perang saudara dikalangan orang Melayu. Akhirnya Kerajaan-Kerajaan Melayu tumbang, dan British yang jumlahnya terlalu sedikit berjaya berkuasa dan menjajah Tanah Melayu. Bangsa Melayu hanya terlopong menjadi bangsa merempoat dinegara sendiri.
Kesilapan paling besar yang dibuat oleh bangsa Melayu ialah apabila mereka terlalu ghairah mahu merdeka, mereka sanggup menggadaikan kewarganegaraan Tanah Melayu kepada bangsa asing.
Walaupun ditentang hebat, segelintir Melayu sanggup bersekongkol dengan British dan menerima prinsip "jos solai - hak kewarnegaraan mutlak berdasarkan kelahiran". Dan hak ini diberi berserta dengan hak memiliki tanah, hak menentukan kerajaan pemerintah dan pelbagai hak lain. Akhirnya, walaupun merdeka dari segi politik, tetapi menjadi hamba tambatan dinegeri sendiri. Tepat saperti yang disebut dalam satu hadis Melayu, "menang sorak kampung tergadai!!!".
Dan kesan daripada itu, bangsa Melayu hari ini membayar dengan harga yang mahal akan kesilapan nenek moyang mereka. Hari ini dimana-mana pun sering dikompangkan bahawa kuasa Melayu bergantung kepada undi Cina. Pengundi Cina adalah penentu. Pelik, dibumi tanah Melayu tetapi bukan Melayu dikatakan menjadi penentu. Maka riuhlah parti orang Melayu menggadai prinsip menjual perjuangan demi undi Cina. Dan hari ini, warisan pengkhianatan dan persekongkolan silam diteruskan oleh bangsa Melayu.
Kita lihat dihadapan mata kita hari ini bagaimana bangsa Melayu menjadi begitu lemah. Bukan sahaja mereka gagal memperkasakan kuasa politik yang sedia ada untuk menafaat dan kebajikan bangsa sendiri, malah hak mereka yang sedia ada pun habis dicabar dan tergadai.
Lihat bagaimana isu biasisiswa yang diperuntukkan didalam Perlembagaan khas hanya untuk bangsa Melayu, akhirya bukan sahaja bangsa lain mendapat habuan besar, hak Melayu sendiri terhakis; ramai anak Melayu menangis sepi tidak mendapat hak biasiswanya, dan dinafikan hak pendidikan yang dimaktubkan kepadanya.
Kita lihat pula isu perhimpunan haram yang hendak dibuat pada bulan Julai ini. Ada segelintir bangsa Melayu yang bersedia diperkudakan oleh himpunan haram yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreevanasan. Sedangkan mereka tahu inilah kumpulan yang kuat menentang Islam, penganjur IFC, penyokong kes murtad Lina Joy. Tetapi demi memenuhi nafsu ghairah kekuasaan, segelintir Melayu ini sanggup menjadi kalkatu yang rela diperkudakan kerana terpukau dengan sinaran palsu kekuasaan! Melayu-Islam menjadi lemah dan rosak akibat "tangan-tangan kotor" mereka sendiri!
Dan yang paling hina, ada segelintir bangsat dikalangan orang Melayu yang bersedia menjual agamanya atas nama "political survival", ditopengkan dengan label 'arab "siasah syara'iah. Maka halal lah bibel Melayu versi Indonesia! Proses menghina diri ini sampai kepuncaknya apabila orang Melayu sanggup menjual kalimah ALLAH nama tuhannya demi mendapat sedikit pangkahan kuffar!!! Walau ulama'nya sendiri mengisytiharkan kafir sesiapa yang meredhai kemungkaran itu! Namun para politikus lacuran ini terus menerus melacurkan diri, sehingga ke peringkat anak isteri jadi bahan dagangan politik.
Bangsa yang sanggup menggadai agamanya, hatta Tuhannya sendiri, dan menganggap anak isteri sebagai komoditi politik murahan adalah bangsa yang sedang membunuh dan menghancurkan diri sendiri! Apakah begitu parah dan bansgatnya segelintir Melayu-Islam hari ini?
Kerana apa terdapat segelintir politikus Melayu-Islam yang sampai begitu sanggup melacurkan perjuangan dan prinsipnya? Adakah kerana Melayu tiada kuasa politik? Jawapannya tidak. Hakikatnya kuasa politik Melayu berkuasa mutlak. Kita punya majoriti mutlak dalam Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Muslim bangsa Melayu hari ini lebih daripada 130 orang, sudah boleh membentuk Kerajaan Persekutuan bersendirian tanpa perlu bangsa lain.
Dan dengan kuasa mutlak itu, kita bulkan sahaja boleh membela dan memperkasakan bangsa Melayu, malah boleh memartabat dan mendaulatkan Islam.
Tetapi kenapa itu semua gagal dicapai? Kerana umat Islam bangsa Melayu bukan sahaja tidak bersatu, malah bersedia bersekongkol dengan golongan kafir anti Islam anti Melayu; semata-mata untuk memenuhi nafsu mahu berkuasa. DAP tidak kuat! MCA tidak hebat! Gerakan tidak mantap! MIC tinggal nama!
Yang hebatnya UMNO, yang gagahnya PAS! Tetapi dek kerana sikap pengkhianatan dan persekongkolan songsang, kehebatan menjadi kebejatan, kegagahan menjadi kedayusan. Malah ada yang sanggup menjual roh perjuangannya, tunduk kepada tuntutan rakan kongkolan. Akhirnya menjadi parti "mayat hidup", tinggal nama tanpa roh perjuangan!!!
Lihat apa yang terjadi di Iraq, Afghanistan, dan sekarang Libya. Kerana nafsu segelintir yang mahu berkuasa, mereka sanggup bersekongkol dengan kafir untuk menjahanamkan negara sendiri. Akhirnya menderita, yang sengsara, yang merempat ialah umat Islam bangsa sendiri.
Lihat apa yang terjadi Syria. Hanya kerana keghairahan mahu berkuasa, mereka sanggup merosakkan negara, menyebabkan Kerajaan dan Angkatan Tentera Syria sibuk mempertahankan negara. Dan kesempatan itu diambil oleh Israel zionis la'natullah untuk membunuh dan menyembelih umat Islam Falastin di sempadan Golan-Syria yang tidak dapat dipertahankan dan dibela oleh tentera Syria!
Wahai umat Islam bangsa Melayu! Bangkitlah! Sedarlah! Kamu sedang menjadi kaum yang "self-destructive" - menghancurkan diri sendiri. Jangan ulangi kesilapan silam. Jangan diwarisi sikap pengkhianatan dan persekongkolan songsang ini. Kita sebenarnya kuat! Kita sebenarnya hebat! Kita sebenarnya gagah!
Apa yang penting sekarang semua wadah dan platform umat Islam bangsa Melayu, samada parti politik, NGO, pertubuhan atau individu-individu berpengaruh; wajib duduk satu meja dan mengadakan muzakarah dan perbincangan untuk memperbetulkan saf dan halatuju perjuangan umat Islam bangsa Melayu. Saya cadangkan diadakan Himpunan Melayu-Islam bagi tujuan mencari satu "win-win formula" bagi memartabatkan, memperkasakan dan membela agama dan bangsa.
Dimana sebenarnya kekuatan bangsa Melayu? Pada ekonominya kah? Atau kekayaannya kah? Sebenarnya kekuatan Melayu terletak kepada huruf "Mim" - Mim Lam Alif Ya Wau - Melayu. Tanpa huruf "Mim" bangsa ini akan jadi "Layu". Dan huruf "Mim" itu adalah kerana Melayu itu Muslim. Disitulah letaknya kekuatan bangsa Melayu - iaitu pada agamanya!
Oleh itu, formulanya mengembalikan kekuatan dan keperkasaan Melayu hanya satu! Survival bangsa Melayu hanya satu. Bersatu, berpadu dibawah naungan Al Quran. Persoalan besar yang perlu ditanya oleh umat Islam bangsa Melayu hari ini ialah: adakah Melayu mahu hidup hanya untuk berpolitik, atau Melayu mahu berpolitik kerana agama dan bangsa! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.
Jangan nanti kita menjadi hanya sebatang lidi yang tidak mampu berbuat apa-apa. Tetapi ikatlah lidi-lidi menjadi seberkas penyapu yang kuat, dan dengan penyapu itu umat Islam bangsa Melayu boleh menyapu semua sampah yang boleh menganggu gugat umat dan bangsa. Jika tidak, anasir luar akan dengan mudah mematah-riukkan kita menjadi hancur dan lebur.
Yang baik datang dari ALLAH, yang tidak kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH mengampunkan kita, dan memberi kekuatan ukhwah serta istiqomah demi kesinambungan umat Islam bangsa Melayu didalam negara Tanah Melayu ini.
Wallahua'lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Rejab 1432
12 Jun 2011
kronologi penangkapan mat sabu-norma
(Disiarkan di http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=2458&mode=threaded&pid=162835 sejak tahun 2002 tanpa bantahan)
Penangkapan Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat), Mat Sabu, 41, (sekarang dah berumur 48 tahun), dan pasangannya Norma Abdul Halim, 36, (sekarang sudah berumur 43 tahun), menjadi maklumat semasa yang ingin diketahui oleh pelbagai lapisan masyarakat. Masing-masing membuat pelbagai andaian terhadap penangkapan itu, ada yang positif dan tidak kurangnya juga yang negatif berhubung dengan kes ini. Semakin banyak andaian dibuat apabila perbicaraan yang sepatutnya berjalan setiap hari terpaksa ditangguhkan dari semasa ke semasa oleh pihak pendakwa dengan alasan siasatan mereka belum selesai untuk mengumpul fakta-fakta perlu. Berikut disiarkan urutan peristiwa penangkapan Mat Sabu-Norma berdasarkan maklumat bertulis yang ada dalam simpanan pihak pendakwa Mat Sabu:
__
31hb Januari 1995, jam 2.40 pagi:
Mat Sabu telah check in di kaunter reception Hotel Perdana. Ketika itu hanya seorang petugas saja bertugas di kaunter berkenaan. Selepas mendaftar, petugas itu meminta Pengawai Kanan Keselamatan menunjukkan bilik 121 di tingkat satu kepada Mat Sabu.
Jam 9 pagi:
Seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor yang berpakaian preman bersama seorang rakannya telah menemui Senior Receptionist yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian telah meminta senarai penginapan tetamu. Satu salinan senarai penginapan tetamu telah diserahkan oleh Senior Receptionist kepada Inspektor berkenaan. Tindakan itu dikatakan biasa dilakukan oleh pihak hotel apabila dikehendaki oleh polis. Selepas menerima salinan senarai penginapan tetamu, Inspektor berkenaan dan rakannya beredar ke Coffee House. Pegawai polis itu kemudian memesan minuman panas. Sambil menikmati minuman, Inspektor itu seolah-olah berada dalam keadaan memerhati sesuatu. Keadaan itu diperhatikan oleh seorang Waitress Coffee House yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian meninggalkan Coffee House itu secara tergesa-gesa tanpa menghabiskan minumannya.
Jam 10 pagi:
Mat Sabu dilihat pulang ke hotel bersendirian dengan memandu kereta berwarna biru. Ia disedari oleh Bellboy yang bertugas ketika itu. (Dia dikatakan keluar dari biliknya kira-kira jam 7.30 pagi).
Jam 10.10 pagi:
Iaitu selepas lima minit Mat Sabu masuk ke biliknya, seorang Housekeeping Supervisor hotel yang secara kebetulan berada di hadapan bilik 128 di tingkat satu untuk membuat pemeriksaan bilik telah terserempak dengan seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang berpakaian serba hitam iaitu seluar, baju dan tudung sedang menekan loceng bilik 121. Tanpa mengesyaki sesuatu, Housekeeping itu meninggalkan tempat berkenaan dan waktu itu, wanita berpakaian serba hitam masih berada di depan pintu bilik 121.
Jam 10.15 pagi:
Seorang Room Steward yang sedang mengemas bilik 128, telah didatangi oleh dua orang anggota polis berpakaian preman. Polis itu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa. Mereka bertanyakan kepada Room Steward sama ada dalam bilik 121 itu ada tetamu atau tidak. Room Steward kata mungkin ada, mungkin juga tidak ada dan berkata, mengikut senarai penginapan tetamu, tetamu bilik 121 akan check out pagi itu. Bagaimanapun, polis meminta Room Steward membuka pintu bilik 121, tetapi Room Steward enggan kerana peraturan kerja tidak membenarkan petugasnya berbuat demikian. Anggota polis itu terus mendesak dan Room Steward akhirnya akur dan menghampiri bilik 121. Beliau menekan loceng bilik sebanyak tiga kali, tetapi pintu tidak dibuka. Beliau kemudian cuba menggunakan kunci pendua dan belum sempat kunci itu dimasukkan, tiba-tiba pintu bilik 121 dibuka oleh seorang tetamu dari dalam. Ketika itu, tujuh orang iaitu Pegawai Pencegah Maksiat yang bersembunyi tiba-tiba menyerbu masuk ke bilik berkenaan bersama anggota polis. Tidak lama kemudian kumpulan pihak berkuasa itu membawa turun Mohamad Sabu dan Norma.
Jam 10.50 pagi:
Mat Sabu turun dari biliknya untuk menjelaskan bil penginapan. Bayaran telah diterima oleh seorang Cashier bertugas. Pada waktu itu Mat Sabu kelihatan tenang tanpa menunjukkan sebarang reaksi berhubung dengan penangkapan beliau. Pada waktu itu juga tidak ada sesiapa bersama beliau. Sekumpulan pihak berkuasa berada agak jauh sedikit dari Mat Sabu untuk menutup keaibannya dan tidak mahu orang ramai tahu mengenai peristiwa yang berlaku ke atas Mat Sabu dengan Norma.
Jam 11 pagi:
Mat Sabu dilihat berligar sekejap di lobby hotel. Kumpulan pihak berkuasa sudah menunggunya di luar hotel dan terus mengiringi Mat Sabu ke keretanya. Kejadian itu disedari oleh seorang Bellboy. Pagi 1 Februari 1995: Berita mengenai penangkapan Mat Sabu dengan suri rumah, Norma Abdul Halim disiarkan oleh akhbar-akhbar harian utama dan masih menjadi bahan berita utama sehingga sebulan lamanya.
Nota:
Kes ini digugurkan kerana masalah teknikal iaitu terdapat percanggahan nombor bilik.