Rupa-rupanya belum habis lagi geram segelintir doktor perubatan modern terhadap rawatan alternatif seperti herba. Demang rasa mereka itu doktor-doktor muda.
Demang taknak lah dedah nama-nama doktor yang diam-diam mendapatkan rawatan alternatif sebab nanti doktor-doktor tersebut pulak dedahkan betapa Demang yang terlibat secara langsung dalam industri rawatan alternatifpun terang-terang ke klinik dan hospital biasa. 😁
Apalah nak dipelikkan dengan sebotol minyak yang boleh merawat pelbagai penyakit? Semua ilmu daripada Allah, bahkan tidak bergerak satu zarahpun tanpa izin Allah taala.
Berlapang dadalah dan berfikiran positiflah sentiasa. Mana-mana ubatpun bukan ada kuasa apa-apa. Apabila berhadapan dengan orang yang ditimpa masalah, wajarlah kita membantu mengikut kemampuan yang Allah pinjamkan.
Contohnya, jika berada di tempat kemalangan. Ada yang tolong angkat mangsa, ada yang cuba balutkan luka, ada yang bantu panggilkan ambulan, dan ada yang hanya berdiri dengan wajah penuh simpati.
Masing-masing memberi sumbangan dan jika mangsa masih mampu melihat, tentu dia rasa terharu dan gembira betapa di saat ditimpa musibah ramai yang sedia membantu.
Itu sahaja.
Jika pengamal perubatan modern mendakwa ubat mereka lebih terjamin dengan pelbagai bukti eksperimen, ketahuilah bahawa perubatan herba juga melalui tempoh pemerhatian dan pengalaman sebenar beratus tahun. Pengguna bukan bodoh dan mereka tidak hanya mengikut kata perawat semata-mata.
Pesakit mungkin tak sedar tetapi keluarga mereka tidak buta.
Kalau diungkit soal harga atau bayaran yang dikenakan, itu Demang rasa bab lain. Demang sendiri tidak setuju caj rawatan yang boleh membebankan pengguna. Itu sebabnya elok dipelbagaikan kaedah rawatan supaya para pengusaha, baik perubatan modern atau herba tidak boleh sesuka hati menaikkan harga.
Kita terbitkan persaingan sihat yang menguntungkan semua pihak. Tak gitu?