Wednesday, September 20, 2017

Remaja bakar pusat tahfiz keramat ditahan

Rasanya sebelum maghrib hari yang sama tak ada smartphone yang tidak ada salinan laporan polis kes penahanan suspek kes pembunuhan lebih 20 pelajar tahfiz. 5 wajah anak remaja ditatap oleh seluruh rakyat termasuk ibubapa mereka sendiri.

Remaja...
Ibubapa..
Sangat rumit.
Kalau kita kata salah remaja maka mereka adalah anak2 kita. Kalau kita kata salah ibu bapa, maka kitalah ibu bapa. Tak kena kat kita,  takpa. Kalau nak kata anak kita terpengaruh dengan anak orang lain kena faham bahawa anak kita adalah anak orang lain pada orang lain. Sampai bila nak salahkan orang lain?

Insiden kali ni terlalu mahal harganya. Terpulang samada kita mahu menunggu Allah beri amaran lain pulak atau kita mahu menjadikan kes ini sebagai titik mula perubahan.

Allahu akbar. Ini bukan sekadar ujian bahkan mahu kita bertindak. Banyak yang kita telah buat silap. Semua pihak kena muhassabah diri terutama saya sebagai seorang guru dan juga seorang bapa.

Cheguman,
Morhabshi

Apa khabar khabar baik

Apa khabar?
Khabar baik.

Sapaan bagus dan jawapan pun bagus. Ia pembuka kemesraan dan menunjukkan sikap ambil berat.

Namun seperti yang saya baru sebut, ia hanyalah pembuka kata dan selalunya itu jugalah penutup kata.  Ertinya,  persoalan tentang khabar tu habis begitu sahaja.

Soalan 'apa khabar' hanyalah basa basi. Sebab itulah jawapannya pun sambil lewa. Kita tak perlu berfikir panjang untuk menjawab.

Memang tak perlu pun. Sebab apabila kita berfikir dengan serius maka jawapannya 99% bukanlah 'khabar baik' sangat.

'Apa khabar' dan 'khabar baik' adalah set yang telah dirakam mungkin puluhan tahun dulu dan keluar secara automatik apabila kedua frasa itu bertemu.

Apakah khabar sebenar?
Pagi ni belum sarapan. Dah bosan asyik2 nasi lemak yang sama.
Petang semalam bank call remind tarikh akhir yang memang kita bayar setiap bulan. Dia kata remind je.
Telco hantar mesej tarikh bayaran ada 15 hari lagi.
Esok ada presentation,  slide belum siap.
Abang wasap tanya kenduri dapat hadir tak.
Jiran baru balik dari mekah belum dijengah.
Wife wasap bagitau kucing dia beranak. Mintak budget tambahan le tu.

Ada 1001 perkara dalam kepala boleh dikhabarkan. Akhirnya yang paling mudah ialah: "khabar baik".

Apabila saya taip 'apa khabar' pada status fb saya pagi tadi,  semua menjawab 'alhamdulillah'. Bagi saya itu jawapan terbaik. Ertinya kita redho dan bersyukur dengan semua yang Allah tentukan,  meski kita tak menjawab pun soalan si penanya.

Seorang hamba tidak wajar mengeluh apabila diberi tugasan oleh tuannya apa lagi mengadu pada orang lain termasuk sesama hamba. Sepatutnya, tanya pun tak boleh. Sami'na waato'na.

Cukup dulu kali ni. Nanti sambung lagi.

Wallahu'alam. Saya bukan ustaz.

Cheguman,
Morhabshi.

Friday, September 8, 2017

Kesah helang tua



Pernah dengar cerita helang tua? Saya mendapatnya lebih 10 tahun lalu dari seorang motivator.

Petang ini saya tulis semula kesah hebat ini untuk tatapan sahabat morha semua.

Helang memang makhluk yang Allah jadikan hebat sehingga kerajaan amerika mengabadinya pada matawang negara gergasi itu.

Namun ketika usia 40 tahun, helang menjadi terlalu tua. Paruhnya yang suatu ketika dulu gagah memagut dan mengoyak daging mangsa semakin membengkok hingga sukar untuk makan.

Kuku kakinya yang suatu ketika menjadi senjata amat digeruni kini melengkung dan sukar digunakan bagi meragut dan mencengkam mangsa.

Pilihan yang ada pada sang helang ialah samada menunggu saat mati kebuluran atau bertindak menukar dirinya menjadi helang baru yang perkasa.

Maka sang helang terbang ke atas puncak sebuah gunung. Di situ sang helang mencari seketul batu yang keras. Sang helang mula mencakar permukaan batu dengan kuku tuanya sehingga patah dan tercabut.

Kemudian sang helang mematuk pula pada batu itu dengan kuat sehingga paruhnya rekah dan pecah.

Proses tersebut memang amat menyakitkan. Darah merecik keluar membasahi batu dan bulunya. Namun sang helang tekad melakukan.

Setelah selesai tugas berat tersebut maka sang helang terkulai kepenatan. Ia perlu berehat panjang.

Dari sehari ke sehari pada muncungnya mula tumbuh paruh baru. Begitu juga jarinya. Kuku baru mula tumbuh dan semakin hari semakin panjang.

Sampai masanya sang helang mendapati dia telah mendapat kembali paruh dan kuku sebagaimana ia muda dulu.

Dengan kekuatan dan keyakinan baru sang helang meluncur ke udara meninggalkan puncak gunung.

Sang helang kembali menjadi raja untuk 40 tahun lagi sehinggalah maut sebenar menjemputnya.


Tuesday, September 5, 2017

Pengurus maklumat (4)

Ciri-ciri seorang pakar
1. Seorang pakar menjadi tempat rujukan orang ramai. Apabila ada masalah berkaitan mereka akan mencari anda.

2. Memanglah untuk menjadi pakar anda perlu mahir dalam bidang tersebut namun anda tidak perlu menjadi pakar paling mahir. Ada beza ungkapan 'antara yang terbaik' dengan 'yang paling baik'.

3. Mahirkan diri anda dalam satu bidang khusus. Orang ramai faham bahawa pakar bukan tahu semua perkara. Yang penting anda boleh diharapkan untuk menyelesaikan masalah mereka ketika diperlukan.

4. Jika orang ramai menjadikan anda sebagai tempat rujuk, siapa pula yang boleh anda rujuk jika sesuatu masalah tidak boleh selesai? Pakar rujuk juga perlukan pakar rujuk lain.

5. Islam mengajar kita untuk beristiqomah. Oleh kerana ia ciri penting bagi seorang pakar maka kita akan perincikan bahagian ini.

Ciri2 istiqomah
1. Fokus pada bidang kepakaran
Seorang pakar bukan sahaja perlu tekun malah perlu dilihat tekun. Melakukan terlalu banyak kerja dalam satu masa bukanlah ciri istiqomah.

2. Jangan membebel atau merungut walaupun pada perkara yang tidak berkaitan. Jika anda tukang gunting rambut jangan berceloteh pasal politik ketika menggunting rambut pelanggan.

2. Buat berterusan
Apabila sudah bermula maka buatlah sampai berjaya. Jangan tergugat dengan tawaran lain berkenaan peluang untuk berjaya. Peluang memang berlambak. Ambil satu sahaja dan kerjakan. Jangan toleh ke belakang walaupun ada anjing menyalak atau bunyi hon kereta dari belakang.

3. Boleh diharap dan tidak mengecewakan. Apabila diberi tugas, selesaikan segera sebab itulah tujuan anda dirujuk. Jika buntu, diam2 hubungi mentor anda atau cari maklumat berkaitan. Ingat,  kita di zaman teknologi maklumat.

4. Anda perlu pandai tapi jangan cuba berlagak pandai terutama di depan pelanggan. Mereka lebih yakin apabila anda sentiasa ada tempat untuk merujuk dan mengesahkan keputusan dan tindakan yang anda buat bagi memastikan ia adalah paling tepat.

5. Kekalkan hubungan dengan pelanggan. Seorang pelanggan yang berpuas hati biasanya akan diam sahaja sebaliknya jika tidak berpuas hati dalam masa singkat karier anda boleh musnah.

6. Jangan biarkan pelanggan anda yang sukakan perkhidmatan anda membisu. Dia ada ramai kenalan dan saudara mara. Minta bantuan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan anda pada saudara mara beliau.

Biasanya orang memang suka menolong, apatah lagi jika anda baik dengan mereka.

Bersambung... Dimana pelanggan anda?

Monday, September 4, 2017

Pengurus maklumat (3)

Menjadi pakar
Bab sebelum ini memberitahu anda bahawa maklumat amat penting namun adakala kehadirannya menjadi tidak berguna. Maklumat boleh menjadi mahal dan boleh juga menjadi tidak bernilai.

Sebagai pengurus maklumat anda lah yang akan tentukan impak atau hasilnya.

Sebagaimana yang anda baca sebelum ini, maklumat yang terlalu banyak akan mengelirukan sehingga menjadi tidak berguna.

Justeru untuk perenggan2 berikutnya anda akan diarahkan pada maklumat yang khusus sahaja dan sedia untuk dilaksanakan. Maklumat lain kita bincangkan pada masa lain atau biar sahaja orang lain yang gunakan.

Menjadi Pakar
Oleh kerana maklumat tetlalu banyak maka orang ramai akan mencari yang terbaik. Maka anda perlu menjadi pakar sebagai tempat orang ramai merujuk.

Contohnya dalam sebuah taman perumahan, setiap rumah mempunyai paip air dan hampir semuanya hanya tahu memulas kepala paip.  Jika air tidak keluar dari situ maka mereka serta merta menjadi panik.

Kepada siapakah tempat mereka mengadu?

Jika anda mahu mengambil sedikit inisiatif mempelajari cara2 membaiki paip maka anda sudah layak digelar pakar paip.

Berapa ramai pula penghuni taman itu yang mempunyai rambut di kepala mereka?  Belajarlah untuk menjadi pakar rambut.

Anda boleh fikirkan sendiri kepakaran lain yang perlu ada dalam komuniti anda.

Bayangkan jika ada 500 buah rumah di taman perumahan dan setiap rumah menggunakan produk atau perkhidmatan anda setiap bulan.

Kenapa saya tak buat sendiri dan kenapa saya beritahu anda?

Sebenarnya saya memang sedang lakukan. Saya mempunyai produk yang saya percaya setiap rumah akan beli dan gunakan setiap bulan iaitu minyak morhabshi, pelbagai khasiat.

Saya beritahu anda kerana saya bukan hidup menongkat dunia. Sampai masa semuanya akan ditinggalkan melainkan tiga perkara iaitu anak yang soleh, ilmu yang diamalkan, dan amal jariah yang pernah dilakukan.

Saya mahu tinggalkan ketiga2nya, Insyaallah.

Bersambung... Bagaimana menjadi pakar

Pengurus maklumat (2)

...sambungan

Pasar maklumat
Dalam pasaran, apa sahaja yang terlebih tawaran serta merta menjadi murah. Maklumat pun begitu. Itu sebabnya gambar yang dulunya sukar kita perolehi kini boleh dikongsi beramai-ramai dan akhirnya tiada seorangpun yang menyimpannya.

Terlalu banyak maklumat samalah keadaannya dengan tiada maklumat.

Kita tak perlukan terlalu banyak maklumat untuk melakukan sesuatu. Misalnya, ada berapa cara untuk makan durian? Kita akan abaikan yang lain dan guna satu cara sahaja.

Samada tiada maklumat atau maklumat melimpah ruah ia menjadi masalah besar pada manusia ketika membuat keputusan.

Pengguna maklumat
Maklumat menghasilkan dua kelompok manusia iaitu orang yang mencari maklumat dan orang yang hanya menerima maklumat.

Ironinya, samada sipencari maklumat mahupun yang tak berapa endahkan maklumat kesemuanya menggunakan maklumat sebelum membuat keputusan.

Bezanya, sipencari maklumat menentukan apa yang ingin dilakukan manakala 'pengguna pasif maklumat' hanya menyerahkan nasib diri pada sipemberi maklumat.

Khabar gembiranya ialah kedua-dua mereka terdedah pada sang manipulator maklumat.

Mungkin perkataan manipulator kelihatan agak jahat. Kita tukarkan kepada 'pengurus maklumat. Bunyinya lebih lunak dan inilah yang saya ingin kongsikan.

Bersambung...

Pengurus maklumat (1)

Bab 1

Situasi dan posisi
Sebelum anda boleh menjual sesuatu anda perlu faham situasi dan posisi anda.

Situasi termasuklah memahami zaman kita berada sekarang. Posisi pula untuk anda sedar di mana anda bemula dan siapakah yang akan anda berdepan.

Maklumat
Manusia bertindak berdasarkan maklumat. Ia bukan sahaja berlaku pada zaman ini sahaja. Adam dikeluarkan dari syurga juga kerana menerima maklumat yang salah. Baginda lupa pada maklumat sebenar yang Allah taala telah maklumkan lebih awal.

Maklumat ada di mana2. Ketika mencangkung dalam tandas awampun kita boleh nampak maklumat pada pintu:

"zero interest. Wasap +60123456789 sekarang."

Jangan hanya lihat ini sebagai vandalisme. Di sudut lain sipenulis maklumat tersebut sedang mengarahkan anda pada sesuatu yang dia mahukan.

Zaman teknologi maklumat
Maklumat beredar dalam kalangan manusia. Hari ini maklumat memasuki fasa baru apabila teknologi pemindahan maklumat berada pada tahap yang amat tinggi.

Teknologi maklumat menjadikan maklumat bersepah di mana2. Di zaman ini maklumat beredar dari hujung jari ke telapak tangan hinggakan ramai yang jarinya lebih laju dari akal fikiran.

Bersambung...  Pasar maklumat

Sunday, September 3, 2017

Korban lembu atau lembu berkorban

Assalamualaikum dan salam Aidil Adha.

Insyaallah pagi esok saya akan menunaikan ibadah korban. Cuma yang menggusarkan hati saya ialah apakah Allah taala akan menerimanya sebagai korban sebenar dari saya?

Kisah korban habil dan qabil mudah kita faham.  Begitu juga perintah korban ke atas nabi ibrahim iaitu menyembelih putera kesayangan baginda.

Bahan korban mereka amat jelas iaitu mengorbankan sesuatu yang amat disayangi.

Namun bagaimana korban saya pagi esok?  Adakah satu bahagian lembu dengan bayaran rm650 itu sudah memadai? Berapakah nilai nabi ismail as pada ayahanda baginda?

Secara mudahnya kita boleh kaitkan dengan taraf nabi yang sudah tentu tidak sama dengan manusia biasa. 

Makanya kita perlu bertanya pada diri adakah rm650 itu berpadanan dengan kemampuan sebenar kita?

Jika wang bukan lagi sesuatu yang besar untuk dikorbankan, apakah yang lebih mahal nilainya dari itu?

Biarlah saya cuba jawab: Bagi kebanyakan dari kita, *masa* adalah lebih bernilai.

Justeru jika mahu nilai korban lebih dirasai maka *masa* juga perlu turut dikorbankan. Bukan hanya wang.

Pandangan saya, jangan berkorban dengan hanya menghubungi pihak penganjur dan buat bayaran begitu sahaja.

Luangkan masa untuk memilih ternakan yang sesuai.

Mungkin kita boleh beli lebih awal dan cuba rasai sendiri kesukaran memeliharanya.

Nanti apabila sampai masa untuk dikorbankan kita akan lebih merasakan erti pengorbanan kita itu.

Jangan hanya lembu itu yang berkorban padahal yang menerima perintah Allah taala adalah kita.

Tujuan korban bukan untuk bersedekah daging. Makna korban ialah korban.

Wallahualam.

Cheguman morhabshi

*tulisan ini hanya pandangan peribadi dan tidak boleh disandarkan untuk apa2 tujuan lain, terutama berkaitan hukum*

Saturday, September 2, 2017

10 herba terbaik di dunia

Mari berkenalan dengan 10 herba terbaik dunia.
1. Myrrh atau Commiphora Myrrha berasal dari somalia, banyak tumbuh di afrika dan timur tengah hingga ke india. Myrrh terbit dari bahasa arab iaitu mur bermaksud pahit. Resin myyrh yang digelar 'miracle resin' ini amat dihargai sejak zaman mesir purba. Tentera rom dibekalkan myrrh apabila ke medan perang kerana sifatnya mampu menghilangkan kesakitan, menyembuhkan luka, membasmi kuman, dan menguatkan imunisasi tubuh manusia.

2. Mustaka atau Cyperus Rotundus merupakan herba terbaik di india dan wilayah sekitarnya terutama bagi merawat pelbagai jenis demam selain pelbagai masalah lain.

3. Safron atau Crocus Sativus terkenal sebagai herba termahal di dunia hingga diberi gelaran herba 1001 khasiat. Boleh dikatakan tidak ada bangsa yang tidak mengetahui keistimewaan safron atau zaafaran ini. Setiap kilogram safron berharga antara RM25-35k.

4. Hempedu Bumi atau Andrographidis Herba dianggap raja segala herba dan terkenal bukan sahaja di kepulauan melayu bahkan menjadi buruan para pedagang seluruh dunia dahulu kala. Ubat memang selalunya pahit. Ia bukan sahaja cepat menghentikan darah malah sering digunakan dalam rawatan darah tinggi dan kencing manis.

5. Misai Kucing atau Orthosiphon Stamineus sangat terkenal dalam perubatan di nusantara.  Ia dikatakan bertindak menyingkir asid urik dan berkesan menghindari penyakit berkaitan hempedu dan buah pinggang. Bagi yang tahu, bukan itu sahaja khasiatnya.

6. Dukung Anak atau Phylanthi Herba ini walaupun namanya pelik namun mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi meliputi penjagaan kulit, buasir, demam, hepatitis B, dan lain-lain. Barangkali itulah sebab dinamakan Dukung Anak yakni bagaikan seorang ibu yang melindungi anaknya dari apa sahaja ancaman.

7. Daun Sireh atau Piperis Folium sudah tidak perlu diperkenalkan lagi bahkan ia menjadi syarat utama dalam perubatan samada bersifat zahir mahupun bathin. Ia cepat menghentikan luka termasuk hidung berdarah.

8. Raja Kayu. Namanya pun RAJA kayu. Ia digunakan dalam rawatan penyakit luaran dan dalaman serta digunakan secara meluas untuk urutan.

9. Minyak Zaitun (olive oil) atau Oleaeurofea tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran seluruh dunia mengakui pelbagai khasiatnya. Selain untuk kulit ia sebenarnya boleh merawat strok,  peredaran darah, dan banyak lagi.

10. Minyak Bijan atau Sesame Oil amat diminati masyarakat cina dan india sehingga digunakan dalam pelbagai perkara. Biji Bijan kaya dengan zat besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, Vitamin E , Vitamin B dan menyimpan pelbagai manfaat. Sesuatu yang ramai tidak tahu, ia baik untuk menegang payu dara dan alat kelamin lelaki.

Jika anda mencari satu produk yang menghimpunkan semua bahan semulajadi berkualiti tinggi seperti di atas, minyak morha lah jawapannya.

Minyak morha atau nama asalnya minyak morhabshi mengandungi semua herba yang tercatat di atas.

*Semua kebaikan datangnya dari Allah taala jua. Tidak bergerak walau satu zarah tanpa izin-Nya.