Monday, April 30, 2018

Petua 3 penjuru

Yang Demang Sedang Fikir (12)
Seorang lagi sahabat Demang yang bertanding kali ini, dato mustafa long di dun padang tengku pahang.

Tips lawan 3 penjuru:
Jangan tembak ke dua² belah nanti dapat serangan dari kedua² arah.

Buat kajian sikit mana pesaing yang boleh dibuat 'kawan'.

Bagi yang baca kesah 3 ekor katak atas kayu hanyut akan dapat kaitkan dengan artikal ini.

Dalam politik terutamanya, jangan duduk atas pagar. Itu akan difahamkan bahawa kita benci kedua² pihak. Akhirnya kedua² mereka akan serang kita.

Sekarang masa mereka berperang. Kita kena cari posisi samada A atau B. Yang penting, jangan sokong dua². Tak ada siapa yang suka berkongsi kasih.

Demang sokong mana? Kadang² nampak sokong umno, ada masanya macam sokong pas.

Nak faham pendirian Demang kenalah baca 2297 buah artikal waadat sejak 2009.

Wallahualam.

Bersambung. Bintang di sebelah bulan saaban

Artikal sebelum: muda lawan tua

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Muda lawan tua

Yang Demang Sedang Fikir (11)

Satu soalan lisan untuk Demang masa ambil SPM dulu, apakah konflik anak muda?

Demang jawab, pertentangan antara golongan muda dan tua.

"Apa contoh masalah itu?" tanya lagi si penemuduga.

Soalan pada tahun 1985 itu membuatkan Demang terdiam seketika.

Seorang rakan guru bercerita, beliau pernah tahan pelajarnya kaum cina yang berambut warna warni. Kata pelajar itu: "masa muda lah nak fesyen macam ni. Dah tua nanti buat malu aja."

Pertentangan antara golongan muda dengan golongan tua bukan sahaja berlaku dalam bidang sosial bahkan dalam politik dan agama.

Kata seorang remaja: "anak muda pilih biru muda."

Apa maksud pernyataan ini?

Pertama, ia adalah trendy. Tidak kira betul atau salah sebagai anak muda kena ikut masa. Kalaupun ada bukti bahawa yang biru muda itu salah, namun jika tidak sokong akan dianggap ketinggalan zaman.

Mujurnya, undi adalah rahsia.

Dalam agama pun ada kaum muda dan kaum tua. Hamka adalah seorang pendokong kaum muda yang akhirnya menjadi tua.

Hamka apabila ditanya kenapa dulu beliau mengatakan sambutan maulud nabi itu bidaah tapi kini beliau turut raikan berkata:
"Dulu saya muda. Belum banyak kitab yang saya baca."

Wallahualam.

Bersambung

Artikal sebelum: ambil kesempatan

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Ambil kesempatan


Yang Demang Sedang Fikir (10)
Semalam terserempak samsul pkr masuk kampung. Tradisi sini poster parti lain memang tak diterima.

Tinggal 10 hari lagi kita akan mengundi.

Apa yang kita pilih? Kita pilih wakil² untuk bermesyuarat di parlimen.

Dari segi perlembagaan, yang kita pilih hanyalah bendahara dan menteri²nya. Kita tak pilih ketua negara.

Kaedahnya begini. Rakyat akan memilih wakil bagi kawasannya. Nak kata kampung bukan, nak kata daerah pun bukan. Ia dipanggil kawasan parlimen.

Untuk pru ini kita akan memilih 222 orang wakil di parlimen. Mereka mewakili 222 kawasan parlimen.

Agong (YDA) akan melantik salah seorang daripada 222 orang itu yang dirasanya dapat sokongan majoriti ahli parlimen menjadi ketua. Kemudian, ketua tersebut akan melantik beberapa orang dipanggil jemaah menteri.

Ketua itulah yang dipanggil perdana menteri.

Selain perdana menteri yang mengetuai pentadibiran, Agong ada dua badan lagi di bawah baginda iaitu pengadilan dan perundangan.

Pengadilan diketuai Ketua Hakim Negara manakala perundangan di parlimen.

Dalam parlimen ada dua dewan iaitu dewan rakyat dan dewan negara. 222 orang wakil rakyat yang kita pilih itu bermeyuarat di dewan rakyat.

Kita tak pilih ahli dewan negara. Sebahagian dari senator² di situ dilantik terus oleh Agong tanpa melalui pemilihan.


10 herba terbaik dunia di dalamnya

Demang ceritakan hal ini supaya rakyat tahu kenapa kita buat pilihanraya. Nampaknya pemilihan ini tidak lah serius sangat hingga terpaksa memutuskan silaturrohim.

Kita bukan nak tentukan ketua negara. Yang nak kita pilih ini cuma satu daripada 3 pembantu ketua negara.

Yang jadi serius ialah apabila pihak yang dilantik menyalahguna kuasa. Demang maksudkan bukan rasuah, pecah amanah dsbnya.

Itu kesalahan jenayah.

Penyalahgunaan kuasa yang Demang maksudkan ini bukanlah jenayah. Ia dibuat mengikut prosedur dan undang².

Contoh paling tepat ialah ketika DAP menguasai perak mereka meluluskan pemilikan tanah selama 999 tahun.

Mereka tak langgar undang² bahkan mereka ikut undang².

Ya. Istilah yang lebih sesuai ialah mengambil kesempatan ketika berkuasa.

Wallahualam.

Bersambung: tua lawan muda

Artikal sebelum: nik omar dan agenda IRC

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Sunday, April 29, 2018

Agenda IRC sebalik anak nik aziz wakili PAN

Yang Demang Sedang Fikir (09)
Payung berpayung. Allah jadikan dua orang ini mengiringi sebahagian besar hidup kita.

Apa agenda di sebalik tindakan nik omar nik aziz sertai PAN?

Sebenarnya nik omar cuma ahli biasa PAS. Bahkan PAS membenarkan ahlinya bertanding atas tiket apa sekalipun.

Yang menjadikan kes ini nampak istimewa ialah nik omar adalah anak almarhum nik aziz. Ia akan menarik minat orang ramai untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku?

Mari kita lihat agenda besar di sebaliknya. Ia adalah kronologi yang agak panjang.

Pernah dengar tentang IRC atau Islamic Representative Council?

IRC ditubuhkan di UK tahun 70an dan bergerak aktif di Malaysia sejak 80an.

10 herba terbaik dunia di dalamnya


Apabila disebut bahawa mereka bergerak aktif di malaysia sejak 1980an maka mana partinya?

Penelitian pada IRC akan membawa pada nama² seperti mujahid yusuf rawa dan khalid samad. Kita juga akan jumpa kaitan rafizi dan beberapa nama lagi yang sedang bersemarak dalam politik terkini.

Bukankah pertubuhan yang aktif hanya umno dan pas? Manakala ngo bukan politik yang biasa kita dengar ialah ABIM.

Dari situ kila akan nampak batang tubuh saifudin nasution, rahim ghaus, dan beberapa orang lagi aktivis.

Di sebalik nama itu sudah tentu ia tidak boleh lari dari Anwar Ibrahim.

Nampaknya hantu² IRC tidak mempunyai jasad sendiri. Mereka merasuk tubuh orang lain.

Untuk memahami serba sedikit berkenaan IRC boleh klik di sini.

Boleh juga lihat pertalian PAN dengan IRC di sini.


Akhir sekali boleh klik sini untuk melihat kesimpulan hubungan IRC, ABIM, dan PAS.

Wallahualam.

Bersambung

Artikal sebelum: huruf nama calon sama

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Nama Ketiga² calon sama huruf

Yang Demang Sedang Fikir (08)


Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat. 


Kita kata kebetulan tapi sebenarnya Allah beri isyarat untuk kita fikirkan.

Calon² yang bertanding di kampung Demang kali ini ada persamaan nama.

Umno: rizam
Pas: zamri
Pkr: mizar

Nama sama tetapi nasib berbeza. Sistem politik negara kita hanya membenarkan seorang sahaja pemenang, walaupun hanya berbeza satu undi.

Rugi tak? Kita bina musuh tradisi. Selama 5 tahun kita biarkan pemenang kerja sorang². Lebih rugi lagi apabila beliau ada seorang ketua pembangkang di kawasan tersebut.

Memang rugi apabila kita tinggalkan dua orang lagi pemimpin yang ada potensi dan kualiti. Bahkan kita gelar mereka pembangkang. Berapa ramai penyokong mereka?

Sepatutnya kita jadikan perbezaan pendapat untuk mempelbagaikan idea. Berfikir dalam kelompok sendiri yang sama fahaman aoan menghalang kita melihat sesuatu dari sudut lain.

Kita bukan betul semua dan mereka juga bukan salah sentiasa.

Apa kata kita tukar istilah pembangkang dan jadikan calon yang kurang undinya sebagai penyumbang?

Wallahualam.

Bersambung rahsia anak nik aziz jadi calon PAN

Artikal sebelum: calon ditolak

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Gagal hanya kerana pas masuk

Yang Demang Sedang Fikir (07)
Hati² di jalanraya. Sikit sahaja tersilap boleh jadi bahana. Tapi kadang² silap besar pun Allah taala abaikan. Allah maha kuasa.


Manusia rasa dia hebat tapi kadang² tewas hanya dengan penyebab yang kecil. Keputusan Allah tiada siapa yang tahu sebelum ia berlaku.

Kita bersedia untuk mengatasi hal yang besar². Tiba² Allah munculkan alasan kecil sahaja untuk gagalkan.

Hebatkah manusia?

Ini yang berlaku di beberapa kawasan semalam. Antaranya, MB negeri sembilan menang tanpa bertanding hanya kerana lawannya tiada 'pas masuk' ke dewan.

Setakat ini hanya tok mat seorang yang menang tanpa bertanding. Di kawasan lain masih ada pertandingan walaupun ada calon yang ditolak.

Berapa ramai orang di sekeliling calon pkr itu tetapi tiada seorang pun yang ingatkan pasal pas tersebut?

Di wangsa maju seorang lagi calon pkr tertinggal mykad. Mujur sempat ambil dan isi borang 8 minit sebelum masa tamat.


Waalahualam.

Bersambung

Artikal sebelum: calon hati tisu

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Saturday, April 28, 2018

Bakal calon hati tisu

Yang Demang Sedang Fikir (06)
Dato mustaza tak pernah pertikai walau tak pernah jadi calon. Tiap kali pru sampai 2-3 pagi buat kerja. Selalu keluar duit sendiri belanja petugas.

Kecil hati itu normal. Rasa kecewa pun biasa. Yang tak bolehnya ialah melenting.

Ada orang kata untuk jadi pemimpin tak boleh berhati tisu. Apa maksudnya? Tisu kalau kena air akan hancur. Kalau kena angin kuat pun boleh rabak.

Ironinya, pemimpin memang perlu sensitif. Prihatin. Kalau tak sensitif tak boleh jadi pemimpin.

Masa pru ini bukan hanya untuk menilai yang jadi calon. Yang tak jadi calon pun kena nilai. Kalau marah² sebab tak dapat jadi calon, ertinya pemimpin itu memang tak layak dicalonkan.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Dalam apa jua amalan, jangan berharap pada balasan manusia. Kalau itupun belum diinsaf maka jangan berangan jadi pemimpin. Nanti hati boleh koyak rabak.

Setakat yang Demang tau ada 5 sahabat Demang akan mempertahankan kedudukan. Dua di pahang iaitu DS ustaz syed ibrahim di kerdau dan dato mustafa long di padang tengku.

Di melaka dato Dr bakar mat diah bukit rambai, dato hj rawi di tanjung bidara, dan dato zaidi di serkam.

Selamat bertanding semua calon tidak kira apa parti. Kata dato ibrahim KP btn masa ngeteh dengan Demang lewat malam tadi, kecenderongan pengundi sejak pru lalu ialah calon.

Orang tidak lagi kesah pada parti.

Waalahualam.

Bersambung: tidak boleh bertanding sebab pas

Artikal sebelum: penyokong sampah

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Penyokong sampah

Yang Demang Sedang Fikir (05)
Kalau dato bakar jadi KM melaka harap dapat pulihkan bangunan² terbiar kat melaka.

Calon memang tidak boleh larang siapa yang nak sokong dia. Menjadi samseng atau ustaz itu pilihan masing².

Namun pengundi juga tak boleh dipaksa sokong pemimpin yang senyap melihat kemungkaran. Tak bersetuju dalam hati itu selemah² iman.

Kalau tukang kempen kurang sopan atau nampak liar kena cari jalan untuk tegur. Kalau disebabkan teguran itu dia tak sokong kita biarkan. 1 pergi 10 mari. Jangan sampai sayangkan yang satu itu 20-30 orang tak jadi undi.

Bagi Demang kalau alasan tok ali bertanding sekadar nak tunjuk beliau lebih hebat dari samsul iskandar maka elok tarik balik pencalonan. Kalau nak bertanding, niat kena betul. Jangan buang duit silap² terbeli dosa.

Kalau dah betul, alhamdulillah. Kalau belum betul, luruskan lah. Kalah menang dah ada dalam takdir Allah taala.

Kalah di dunia tak apa, jangan kalah di akhirat.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Atas kertas Demang nampak tok ali boleh menang. Dalam pru lepas, samsul pkr menang dengan bantuan dap dan pas.

Kali ini mereka yang dulunya memberi undi pada samsul telah berpecah. Penyokong pas sudah ada calon sendiri.

Pengundi veteran dap keliru nak pangkah roket tapi yang ada hanya logo pkr. Ramai yang dah fobia dengan pkr sebab dah terkena.

Apabila penyandang pecah dua maka pencabar beroleh untung.

Tok ali boleh menang jika itu takdirnya. Maka jangan dirosakkan kemenangan itu dengan niat serong.

Niat nak menang bukan niat nak kalahkan orang.

Waalahualam.

Bersambung pemimpin hati tisu

Artikal sebelum: kelibat syaitan

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Kelibat syaitan di simpang jalan melaka

Yang Demang Sedang Fikir (04)


Siapa pun yang buat atau suruh, itu adalah syaitan.

Demang katakan syaitan dengan merujuk pada defini oleh ulama berdasarkan ayat alquran yang maksudnya:

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu Syaitan-Syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)." (Al-An’am: 112)

Mari kita lihat impak perbuatan menutup wajah pada bilboard tersebut:

1. Jika ia dilakukan pihak lawan maka begitulah kerja syaitan.
2. Jika dilakukan si empunya bilboard itu sendiri bagi menimbulkan andaian bahawa pihak lawan yang lakukan maka itu memang perangai syaitan.
3. Jika dilakukan dengan sengaja oleh pemunya itu sendiri kerana calon belum diumumkan secara rasmi maka ia perbuatan yang boleh mengundang fitnah.

Dari ketiga² andaian tersebut dapatkah menafikan hujah Demang bahawa pelaku atau yang menyuruhnya itu syaitan?

Tanggungjawab memperbetulkan semula kemungkaran ini adalah terletak pada semua parti yang bertanding samada pkr sendiri atau lawannya iaitu umno dan pas.

Jika tidak, kesemua parti dikira membiarkan ia terus menjadi sumber bicara fitnah dalam kalangan orang ramai.

Waalahualam.

Bersambung penyokong sampah

Artikal sebelum: najib tawar ustaz kazim

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Najib nak ustaz kazim jadi mt umno

Yang Demang Sedang Fikir (03)
Tidak mustahil nanti tok nan bagi laluan sahabat satu kelas Demang di temerloh ini jadi mb pahang. Ustaz syed ibrahim ni letak logo apa pun menang, kata seorang pengundi. Era rahman & rahim ini kita perlu lebih ramai ulama dalam umno. Insyaallah.

Ini cerita lama tapi elok dibuka semula sempena pilihanraya. Maklumlah, kita nak cari pemimpin yang baik.

Sementara itu pagi ini pencalonan pru-14 sedang berlangsung. Sambil menunggu para calon mengisi borang, kita sembang².

Pemimpin yang berani dan bijak kita dah ada. 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

Pemimpin yang hebat berpidato dan pandai mempengaruhi orang ramai dengan kata² pun kita pernah ada. Cuma beliau tak sempat jadi PM.

Apa kata kali ini kita berketuakan orang yang ada ciri² baik pula.

Demang setuju Najib bukan lah baik sangat. Tapi beliau ada ciri² orang baik.

Untuk naik ke atas beliau tak pernah mencabar sesiapa. Sepanjang sejarah politik beliau sekadar mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan, kecuali untuk jawatan PM yang ada sedikit konflik.

Paklah dilihat terlalu lemah untuk bertahan dari serangan pembangkang yang ketika itu bagai tsunami.

Maka paklah didesak untuk meletak jawatan. Demang rasa tak perlu diungkit siapa di belakang gerakan menjatuhkan paklah itu.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Kebetulan tadi Demang terjumpa sebuah cerita lama. Tentang pelawaan najib pada ustaz kazim elias sebagai MT umno.

Setahu Demang ustaz kazim orang pas. Kenapa najib nakkan ustaz kazim?

Rupa²nya najib inginkan sokongan ustaz kazim bagi menggerakkan pendidikan tahfiz di peringkat nasional.

Kenapa najib tidak gunakan kepakaran dan pengalaman orang umno? Padahal zahid hamidi sendiri ada sekolah tahfiz bertaraf dunia. Lepasan sekolah tahfiz ini akan dihantar ke universiti antarabangsa seperti harvard.

Menteri pelajaran yang juga bekas menteri besar terengganu iaitu idris jusuh adalah pengasas rangkaian sm imtiaz (tahfiz ulul) albab. Bahkan beliau telah memasukkannya ke beberapa mrsm terpilih ketika menjadi pengerusi mara.

Tapi najib tidak berfikir begitu. Beliau mahu semua pihak dirangkum dan digerak bersama. Beliau bukan jenis pecah dan perintah.

Bahkan kalau boleh beliau mahu umno dan pas bersatu walau apa kaedahnya.

Satu lagi yang Demang suka, hampir setiap kali ada masalah besar atau nak buat keputusan penting najib akan ke mekah buat umrah.

Siapa yang tak pernah buat dosa? Najib bukan malaikat atau wali tapi beliau ada kesungguhan.

Yang musuh beliau terpaksa akui ialah najib amat sabar. Itulah kualiti tertinggi untuk jadi seorang pemimpin.

Wallahualam.

Bersambung.. Kelibat syaitan di simpang jalan

Artikal sebelum: masjid umno jemaah pas

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Friday, April 27, 2018

Masjid umno jemaah pas

Yang Demang Sedang Fikir (02)
"Abis la kau kena games." kata yang seorang. "Kau ingat aku nak lupa gitu aja?" kata pula yang seorang lagi.

Maknanya, umno buat masjid tapi yang ramai datang ialah orang pas, kecuali hari jumaat.

Jangan pertikai melulu kenyataan Demang tapi pergi siasat sendiri dakwaan ini. Kalau tak betul, alhamdulillah. Kalau betul, tanda nak parah.

Dalam setiap kali pru, umno jauh lebih banyak dapat undi berbanding pas. Maka kita katakan bahawa pengundi umno lebih ramai.

Maka kenapa di masjid tak ramai yang berjemaah? Kalau tukang kempen dan tukang tampal poster pergi masjid pun, dah separuh masjid penuh.

Orang kuat umno di kampung pun jarang ke masjid macamana nak pengaruhi orang mengundi umno? Macamana nak beritahu pengundi bahawa umno mempertahankan islam?

Pas pula dakwa partinya perjuangkan islam. Nak tubuh negara islam. Kalau nak ajak orang kampung ke masjid pun tak berjaya macamana nak pegang kerajaan?

Kalau pas jadi kerajaan nanti, apa hukuman kalau orang tak solat? Nak dipotong kepalanya kah?

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Maknanya, tak perlu tunggu tubuh kerajaan baru nak ajak orang ke masjid. Orang tabligh tak sibuk pasal politik tapi semakin hari semakin besar jemaahnya. Yang dulu jadi ha tu raya dalam kampung pun sekarang dah jadi pendakwah.

Ini yang umno dan pas kena fikirkan. Kena muhasabah diri. Jangan asyik tuding jari pada orang.

Demang yang menulis inipun kena banyak muhasabah diri. Kena kekalkan blog waadat dengan amal maaruf nahi munkar.

Maaflah. Demang sebut umno dan pas sahaja. Demang tak sebut pan, pkr, ppbm dsbnya. Itu parti baru nak naik. Hala tuju pun tak menentu.

Kalau nak cuba beri peluang pada PH, dalam gabungan itu ada Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim. Kalau nak buat, dah lama mereka buat. Bukan sekejap kedua²nya bergandingan jadi orang nombor satu dan orang nombor dua dalam kerajaan.

Kalau nak cuba, bukan setahun dua mereka berdua pegang kuasa. 22 tahun tempoh yang cukup lama untuk mereka buat sesuatu.

Politik negara jadi haru biru pun dek kerana mereka berdua. Sekarang umno dan pas dah nak bekerjasama. Orang berdua itu juga yang jadi penghalangnya.

Agaknya dulu² pun mereka juga yang jadi jelatang.

Bersambung... Najib nak ustaz kazim elias

Artikal sebelum: raja dan kendi ajaib

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Cerita raja dan kendi ajaib

Yang Demang Sedang Fikir (01)
Bagi yang kenal Demang, kenal lah. Yang belum kenal, teka lah. Apapun Demang tak sorok identiti. Pengguna minyak morha dah berpuluh, atau beratus ribu kalau pun belum berjuta tahu siapa cheguman. 

Siri Masin Mulut Demang tamat semalam. Ada 44 artikal yamg Demang telah siapkan dan hampir semua disiarkan dalam blog waadat ini.

Maklumlah; yang menulis Demang, yang jadi editor pun Demang, dan yang luluskan penyiaran juga Demang. Ikut suka Demang lah.

Kata orang kalau cukup 44 orang kata 'mulut Demang masin' maka masin betul lah jadinya. Demang tak mahu itu terjadi maka Demang hanya siarkan untuk tatapan umum 41 sahaja.

Jangan serius sangat, Demang gurau.

Dalam siri baru ini Demang mulakan dengan sebuah kisah rekaan. Jangan sesekali jadikan hukum atau hujah.

Pada suatu hari raja mengadakan jamuan. Anehnya dalam majlis itu tiada makanan.
Cuma disediakan 3 stall minuman.

Pada stall pertama seorang pelayan menunggu. Apabila tetamu datang ke situ diunjukkan sebiji gelas.

"Nak air apa?" tanya pelayan.
"oren." kata tetamu.

Pelayan itu pun mengambil cerek bertanda oren dan menuangkan pada tetamu tersebut.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Datang lagi seorang tetamu, soalan yang sama ditanya. Jika tetamu itu mahukan oren maka dia akan tuang dari cerek bertanda oren. Jika tetamu mahu mangga, diambilnya cerek mangga. Apabila diminta air laici maka cerek laicilah yang diangkatnya.

Begitulah seterusnya.

Di stall kedua agak berbeza. Apabila tetamu hampir ke tempatnya tidak diberikan gelas terlebih dulu. Sebaliknya pelayan tersebut akan bertanya jenis minuman yang dikehendaki.

Apabila tetamu menyebut oren barulah diberi sebiji gelas. Kemudian dituangnya air dari sebiji kendi. Namun apabila tetamu melihat pada minumannya, betullah ia adalah oren.

Kemudian jika tetamu lain datang, ditanya lagi jenis minuman yang diminta. Jika tetamu itu meminta air epal, diberinya sebiji gelas.

Kemudian diangkatnya kendi yang sama tadi dan dituang pada gelas. Anehnya apabila tetamu itu merasa minumannya, memang sama seperti yang diminta iaitu air epal.

Seorang demi seorang tetamu dilayannya begitu. Macam² permintaan mereka. Ada oren, epal, laici, jambu, dan asam.

Tidak seperti stall pertama tadi yang menyediakan 5 cerek berbeza namun pelayan stall kedua ini hanya menggunakan satu kendi.

Dari kendi yang satu itulah setiap tetamu menikmati minuman yang dimintanya. Masing² ada citarasa sendiri.

Ustaz radzi melissa penyanyi lagu untuk nabila. Bapa saudara Demang ini dilantik sebagai chairman minyak morha.

Pada stall ketiga tidak ada pelayan yang menjaga. Setiap tetamu mengambil sendiri gelas yang disediakan dan menuang sendiri dari mana² jar yang disediakan. Ada 5 jar di situ.

Mana² jar yang mereka ambil dan dituang ke mana² gelas pun, rasaya sama.

Di penghujung majlis, raja menitahkan Demang menjelaskan persoalan minuman tadi.

Pada stall pertama, ia adalah keadaan biasa iaitu tetamu diberi apa yang mereka minta.

Pada stall kedua sebenarnya tetamu dah tetapkan perasa. Pelayan hanya menuangkan air kosong dan sekadar menserasikan serbuk perasa yang memang telah ada dalam gelas.

Manakala pada stall ketiga semua jar berisi air kosong dan tetamu hanya tadah dengan gelas yang benar² kosong.

Terpulang pada pada anda untuk pilih stall yang mana. Biasanya orang akan pilih yang kedua.

Singgah di blog ini sekadar mengisi masa. Kita santai² sahaja.

Demang menulis tiada upah dari sesiapa. Sambil² jual minyak morha keluaran keluarga Demang. Pengasasnya seorang ulama iaitu datuk Demang.

Sambil² baca boleh klik gambar produk. Dah ramai yang guna. Di tangan Demang sudah lebih 20 tahun. Jamgan bimbang, minyak morha didaftar dengan kementerian dan morha dilindungi hak ciptanya.

Alhamdulillah, Allah beri kebaikan dan ramai yang mendapat kesembuhan dengan izin-Nya.

Wallahu'alam.

Bersambung masjid umno jemaah pas

Artikal sebelum: parti munafik

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Thursday, April 26, 2018

Mana parti munafik?

Yang Demang Sedang Fikir (03)
Tidak mustahil nanti tok nan bagi laluan sahabat satu kelas Demang di temerloh ini jadi mb pahang. Ustaz syed ibrahim ni letak logo apa pun menang, kata seorang pengundi. Era rahman & rahim ini kita perlu lebih ramai ulama dalam umno. Insyaallah.

Ini cerita lama tapi elok dibuka semula sempena pilihanraya. Maklumlah, kita nak cari pemimpin yang baik.

Sementara itu pagi ini pencalonan pru-14 sedang berlangsung. Sambil menunggu para calon mengisi borang, kita sembang².

Pemimpin yang berani dan bijak kita dah ada. 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

Pemimpin yang hebat berpidato dan pandai mempengaruhi orang ramai dengan kata² pun kita pernah ada. Cuma beliau tak sempat jadi PM.

Apa kata kali ini kita berketuakan orang yang ada ciri² baik pula.

Demang setuju Najib bukan lah baik sangat. Tapi beliau ada ciri² orang baik.

Untuk naik ke atas beliau tak pernah mencabar sesiapa. Sepanjang sejarah politik beliau sekadar mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan, kecuali untuk jawatan PM yang ada sedikit konflik.

Paklah dilihat terlalu lemah untuk bertahan dari serangan pembangkang yang ketika itu bagai tsunami.

Maka paklah didesak untuk meletak jawatan. Demang rasa tak perlu diungkit siapa di belakang gerakan menjatuhkan paklah itu.

Kebetulan tadi Demang terjumpa sebuah cerita lama. Tentang pelawaan najib pada ustaz kazim elias sebagai MT umno.

Setahu Demang ustaz kazim orang pas. Kenapa najib nakkan ustaz kazim?

Rupa²nya najib inginkan sokongan ustaz kazim bagi menggerakkan pendidikan tahfiz di peringkat nasional.

Kenapa najib tidak gunakan kepakaran dan pengalaman orang umno? Padahal zahid hamidi sendiri ada sekolah tahfiz bertaraf dunia. Lepasan sekolah tahfiz ini akan dihantar ke universiti antarabangsa seperti harvard.

Menteri pelajaran yang juga bekas menteri besar terengganu iaitu idris jusuh adalah pengasas rangkaian sm imtiaz (tahfiz ulul) albab. Bahkan beliau telah memasukkannya ke beberapa mrsm terpilih ketika menjadi pengerusi mara.

Tapi najib tidak berfikir begitu. Beliau mahu semua pihak dirangkum dan digerak bersama. Beliau bukan jenis pecah dan perintah.

Bahkan kalau boleh beliau mahu umno dan pas bersatu walau apa kaedahnya.

Satu lagi yang Demang suka, hampir setiap kali ada masalah besar atau nak buat keputusan penting najib akan ke mekah buat umrah.

Siapa yang tak pernah buat dosa? Najib bukan malaikat atau wali tapi beliau ada kesungguhan.

Yang musuh beliau terpaksa akui ialah najib amat sabar. Itulah kualiti tertinggi untuk jadi seorang pemimpin.



Parti baru PAS tiruan

Siri masin mulut Demang (43)
Belum apa² mat sabu dah dapat 7 kerusi. Jadilah. Setidak²nya dapat jugak.


Dengan adanya PAN baru kita tahu bahawa bukan semua yang sokong pas dulu berniat perjuangkan islam.

Ada yang masuk pas semata² kerana marahkan umno. Yang marahkan umno itu pula ada banyak faktor tersembunyi.

Ada yang sebab peribadi, ada yang sebab sakit hati, dan ada yang kerana dengki. Tapi alasan² itu disorok kejap² dalam hati. Takut orang tau. Seolah² bagi mereka jika Allah taala tau, tak kesah lah.

Dia lupa bahawa Allah maha mengetahui. Akhirnya terburai juga isi perut. Akhirnya orang lain pun tau niat serong mereka selama ini.

Apabila sudah tidak bersama parti islam maka perilaku pun tak begitu dikawal. Ulama pun dah berani disindir² dan dikutuk. Padahal dulu bukan main marah kalau dengar orang mengata ulama.

Tuhan nak tunjuk supaya kita lebih menjaga diri.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Berpolitik tidak salah. Namun perlu sedar bahawa ada malaikat yang sentiasa catat dosa dan pahala kita tak kira di mana. Begitu juga posisi kita. Tidak kira samada kita pemimpin atau pengikut.

Amal maaruf dapat pahala, buat munkar dapat dosa. Kita diperintahkan agar amal maaruf nahi munkar.

Jangan ingat hanya pemimpin menipu yang berdosa. Pengikut yang menyebarkan fitnah pemimpin juga dilarang oleh Allah taala. Rasululullah sallallahu alaihi wasallam ajar kita yang baik² sahaja.

Jangan lepas tangan dengan bagi alasan kita sekadar share sahaja. Nanti malaikat kata, memang awak tak salah tapi sebab awak ikut dia maka teruslah ikut dia masuk neraka.

Nauzubillahi min zalik.

Kepada yang bukan islam Demang nak beritahu. Kalau ada orang islam buat perkara tak senonoh, itu adalah sifat jahilnya terhadap islam. Padahal Islam ajar yang baik² sahaja. Islam suruh penganutnya tolong menolong tak kira bangsa atau agama.

Allah subhanahu wa taala berfirman yang artinya,

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (QS Al Maidah 2)

Waalahu'alam.

Bersambung munafik

Artikal sebelum: ahli pas kena pecat

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Wednesday, April 25, 2018

Ahli pas kena pecat

Siri masin mulut Demang (41)


Ini cerita pelik. Ahli pas tak dibenarkan undi pas. 


Pilihanraya adalah masa untuk rakyat menapis pemimpin. Secara teorinya sepanjang 5 tahun calon² dah bekerja untuk jadi wakil rakyat.

Bagi yang memang dah jadi wakil rakyat dah tak perlu berkempen. Biar pengundi nilai hasil kerja anda.

Bagus atau tidak, pengundi dah boleh nilai.

Selain menilai pemimpin, pengundi juga kena nilai diri sendiri. Adakah kita rakyat yang baik sehingga perlukan pemimpin yang baik. Kalau kita memang ahli neraka memang sesuailah dapat pemimpin yang huru hara peribadinya.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Kalau kitapun jenis maki² orang serta tak peduli pasal silaturrohim dan hati orang  maka demikianlah pemimpin yang Allah hantar untuk kita.

Kalau kita jenis yang suka viral tohmahan dan fitnah tanpa usul periksa kenapa kita nak harapkan pemimpin kita baik? Oo.. Nak harapkan dia dapat bimbing kita?

Maknanya kita sedia masuk syurga jika ada orang sudi bawa kita? Kalau tak ada orang begitu, biarlah. Tengok nasib la.

Yang peliknya ada guru agama bergelar ustazah pun sibuk viral tohmah isteri pemimpin. Tak diperiksanya dulu. Main percaya sahaja mesej yang diterima.

Jika yakin dengan menyokong pas dapat pahala maka kenapa nak buat dosa sebar fitnah?

Ahli pas begini elok dipecat sahaja. Jangan benarkan dia undi pas. Nanti tak berkat.

Waalahu'alam.

Bersambung parti baru pas tiruan

Artikal sebelum: ikut suka agong lantik pm

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya


Budi bicara agong lantik perdana menteri

Siri masin mulut Demang (40)
Keputusan akhir tetap pada YDA. Ini bukan setakat negara beraja tapi memang raja yang punya.


Sultan Muhammad V. Baginda adalah khalifah dan dalam masa yang sama hamba Allah.

Setakat mana kuasa Yang Dipertuan Agong (YDA)? Demang kata YDA memiliki kuasa mutlak.

Bahagian eksekutif iaitu jemaah menteri diketuai perdana menteri masih takluk di bawah kuasa YDA.

Baris² selepas ini Demang quate dari buku perlembagaan:

Dalam perlembagaan Perkara 43 menyatakan:
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;


Lihat ayat "pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;"

Bermakna YDA tidak perlukan sebarang bukti bahawa bakal perdana menteri berkenaan sudah mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Baginda boleh guna naluri.

Dua perkataan penting di situ iaitu 'pada hematnya' dan 'mungkin' sudah memadai untuk baginda melantik seseorang menjadi perdana menteri.

Maka plihanraya hanya untuk mencari wakil rakyat yang akan bermesyuarat bagi menasihati YDA mentadbir negara.

Sebagaimana tercatat tadi bahawa perdana menteri adalah dilantik oleh YDA.

Apa kriterianya?
1. Pada hemat YDA orang itu sudah mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.
2. Tidak ada.
3. Tidak ada.
4. Lihat semula nombor 1 di atas.

Itu sebabnya Demang katakan bahawa YDA adalah berkuasa mutlak. Perlembagaan yang disediakan hanya bagi mengesahkan kemutlakan kuasa baginda.

Apapun Demang sedar barangkali ada yang mengatakan Perkara 43 itu belum cukup kukuh bagi menyatakan bahawa YDA berkuasa mutlak.

Demang belum habis berhujah sebab tidak mahu menulis terlalu panjang pada setiap posting.

Kita kayuh pelan².

Waalahu'alam.

Bersambung... Ahli pas kena pecat

Artikal sebelum: perdana menteri cina

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya


Bukan melayu jadi perdana menteri

Siri masin mulut Demang (39)
YDA adalah ketua negara. Nak faham setakat mana kuasa baginda, lihat perlembagaan. Jangan main agak².


Bolehkah seseorang yang bukan melayu atau bukan islam menjadi perdana menteri? Jawabnya boleh tetapi tidak boleh lama.

Sebelum itu kita lihat dulu perkara dasar.

Ada dua perkara yang orang melayu kena syukur. Pertama, lahir sebagai muslim. Kedua, lahir sebagai melayu.

Sebagai orang Islam kita bukan sahaja mendapat 'rahman' malah juga 'rahim' kurniaan Allah azzawajalla.

Itulah yang Demang maksudkan sebagai RAHMAN dan RAHIM.

Selama ini kita seolah diikat oleh teori RAHMAN sehingga lupa bahawa arrahman adalah satu daripada nama Allah. Kita diajak untuk kagum bahawa RAHMAN adalah huruf pertama dari nama perdana menteri malaysia.

Maka timbullah kurafat bahawa selepas 'N', kuasa melayu akan hilang. Ada pula yang mencari² akronim baru bagi meramal kerajaan akan datang.



10 herba terbaik dunia di dalamnya

Allah tampilkan arrahman dan arrahim bergandingan. Lihat kalimah basmallah. Begitu juga dalam surah alfatihah yang kita baca setiap hari.

Maka dalam pemerintahan negara juga perlu demikian.

Bagaimana nak terapkan kedua²nya supaya negara ini sentiasa dalam lindungan Allah taala? Ini yang nak kita bincangkan.

Lihat semula sejarah penubuhan negara. Lihat bagaimana ia berkesinambungan dari empayar melaka.

Siri masin mulut Demang sudah capai yang ke-39. Mulai siri 40 Demang akan buka rahsia raja² melayu yang tersembunyi di sebalik perlembagaan.

Blog waadat bermula tahun 2009 dan setakat ini terdapat 2228 artikal. Kalau buat buku, berapa tebalnya?

Insyaallah, ia lebih menarik. Antaranya, adakah sultan masih berkuasa atau sekadar raja berperlembagaan? Adakah YDA sekadar simbol atau sebenar²nya ketua negara?

Sebelum pergi mengundi eloklah kita fahamkan hal ini betul².

Waalahu'alam.

Bersambung.. Budi bicara agong pilih perdana menteri

Artikal sebelum: Ketua menteri melaka baru

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Tuesday, April 24, 2018

Ketua menteri baru melaka

Siri masin mulut Demang (38)
Buzze azam. Peguam yang sangat berani. Setakat ugutan dia tak hairan. Kena tangkap pun pernah.

Di parlimen hang tuah jaya (dulu namanya parlimen bukit katil) bekas KM melaka mohd ali rustam akan bertemu Dr khalid (pas) yang sebelum ini adun bukit baru. (Sekarang dun bukit baru dah jadi dun bukit katil).

Rekod sebelum ini tok ali kalah kepada samsul pkr. Manakala dr khalid menang menentang orang kuat tok ali dengan majoriti tipis 49 undi.

Katanya samsul akan lari ke pandan yang ditinggalkan rafizi. Tapi ada pula angin yang bertiup mengatakan pandan akan diwakili nurul izzah, anak anwar ibrahim.

Sahabat Demang lawyer azam aziz yang terkenal itu mahu bertanding sebagai calon bebas di pandan. Siapa yang akan mencabar beliau?

Mana satu pilihan hati orang bukit katil? Bagi Demang ada pro dan kontranya.

Jika tok ali menang, beliau boleh jadi menteri. Dato bakar yang sebelum ini timbalan menteri di MITI dah dipanggil pulang untuk bertanding di peringkat negeri. Bertukar lah tu.

Kalau menang ada peluang untuk jadi ketua menteri.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Demang memang suka jika sahabat Demang dato bakar jadi CM melaka. Jangan pandang senget pada Demang. Sepanjang beliau di MITI Demang tak pernah dapat apa² habuan. Bahkan minyak morha Demang pun tak pernah dipayungnya.

Demang kata peluang, bukan semestinya jadi. Maksud Demang datok bakar bekas profesor utem itu dah cukup syarat untuk jadi CM.

Kita bincang itu lain kali.

Jika Dr khalid pula yang menang maka beliau akan jadi salah seorang pengundi dalam parlimen. Tak banyak yang boleh kita harapkan, namun penting.

Jangan lupa bahawa setiap undi di parlimen sangat penting jika melibatkan keputusan seperti RUU 355. Rujuk artikal Demang tentang PAS jadi kingmaker.

Maka orang bukit katil (nama parlimen dulu) perlu buat keputusan bijak berdasarkan apa sumbangan kedua² calon pada negara selepas menjadi ahli parlimen.

Tok ali mungkin akan jadi menteri atau timbalan. Manakala Dr khalid akan jadi pengundi penting di parlimen.

Najib tetap perdana menteri.

Wallahualam.

Bersambung... Perdana menteri bukan melayu

Artikal sebelum: PAS jadi gedebe

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Monday, April 23, 2018

Kecewa tidak jadi calon

NoSiri masin mulut Demang (37)
Zaidi Atan bertanding untuk penggal kedua di serkam melaka. Beliau boleh cakap cina. Tahun lepas masa berbuka di medan ikan bakar umbai, lepas makan Demang nampak beliau senyap² solat tarawih di surau berhampiran sampai habis.


Ramai yang kecewa apabila nama tiada dalam senarai calon. Biasanya berlaku pada parti yang yakin boleh menang.

Bagi parti yang tak kuat agaknya ramai bersyukur sebab tak jadi calon. Tapi ada juga yang guna title 'pernah jadi calon' sebagai strategi untuk perkara lain.

Itu dipanggil batu loncatan.

Bukan sahaja calon yang kecewa bahkan orang di sekeliling calon turut merana. Lebih² lagi jika orang yang namanya tidak lekat itu ada jawatan sebelum ini.

Bos dah tak jadi calon maknanya hilang pekerjaanlah. Itu sebabnya kita lihat ada penyokong yang lebih emosional berbanding 'calon tak jadi' itu.

Sebenarnya setiap kali pru memang akan ada yang tak puas hati pasal calon. Terutama dalam umno. Sampai ada yang nak bertanding sebagai calon bebas.

Bagi Demang, orang yang kecewa itu sebenarnya tak puas hati dengan takdir. Mereka juga jenis yang buat kerja semata² kerana jawatan.

Elok sangatlah orang sedemikian tidak dicalonkan.


Wallahu'alam.


Bersambung

Artikal sebelum: PAS jadi gedebe

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya