Wednesday, May 30, 2018

Tahniah buat BTN


Tahniah BTN.

Tahniah kerana menjadi agensi yang taat dan setia pada ulil amri hingga ke titisan darah terakhir.

BTN era TM (jika ada) adalah agensi yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan iaitu mempertahankan kerajaan semasa.

Kerajaan yang Demang maksudkan ialah kesultanan Melayu berketuakan Yang Dipertuan Agong (YDA).

Yang ini kena jelas dan faham.

YDA adalah klausa tertinggi yang tidak boleh disentuh hatta diganggu-gugat oleh sesiapa sahaja yang berhajat untuk terus menjadi warga malaysia.

Jika tidak lagi menjadi warganegara, maka bebaslah ia ke mana sahaja, menumpahkan taat setia pada kerajaan yang ia ingini, di tempat lain.

Apapun, meski sudah menjadi warga negara lain ia tidak sekali² dibolehkan mengganggu malaysia walau dengan apa cara sekalipun. Ini termasuklah menghasut rakyat malaysia dalam media sosial seperti FB, blog dan sebagainya.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Demang tahu ada pelarian politik yamg berada di luar negara masih aktif menghentam institusi kesultanan khasnya YDA dalam media sosial.

Suaka politik yang diperolehi menjadikan individu tersebut kebal dan amat aktif menghasut rakyat malaysia melalui FB.

BTN secara amnya terbukti telah benar² taat dan setia pada kerajaan semasa. Hingga ke saat terakhir pengumuman keputusan PRU-14 BTN masih mempertahankan kerajaan.

Namun sebaik rasmi kerajaan baru mengambil tempat, KP BTN dengan tegas meminta para pegawai dan penggerak BTN agar menumpahkan kesetiaan pada kerajaan yang telah terbentuk.

Parti mana yamg menang, atau siapa sahaja yang dilantik oleh YDA sebagai PM yang kemudiannya membentuk kabinet bagi membantu YDA memerintah negara wajib disokong oleh BTN.

Kesetiaan ini akan berterusan sehinggalah YDA memutuskan untuk melantik perdana menteri dan jemaah menteri yang baru. Selagi belum bertukar maka disitulah kesetiaan BTN harus dipaku.

Andaikan BTN tidak setia, bayangkan di saat genting BTN berpaling tadah. Bagaimana nasib kerajaan yang dipilih rakyat dalam PRU sebelum itu?

Selagi belum diputuskan mahkamah atau diarahkan YDA maka BTN wajib berada di pihak kerajaan yang memerintah. Itulah amanah yang diberikan rakyat dan atas sebab itulah para pegawai BTN dibayar gaji. Bukannya bertindak berdasarkan percaya pada khabar angin dalam media sosial.

Demang harap para pengunjung blog Waadat ini cukup jelas dan faham. Demang boleh buktikan arahan KP BTN berkenaan perkara ini jika ada yang menganggap Demang sengaja reka² cerita.

Buat masa ini, biarlah posisi Demang dalam BTN menjadi rahsia.

Wallahualam.

Bersambung

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: TM, Anwar tak boleh bubar BTN

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya





Tuesday, May 29, 2018

Tun, Anwar tak boleh bubar BTN


Kalau ikut logik, TM tak kan bubar BTN.

Ini bukan kerana agensi di bawah JPM itu pernah berjasa besar pada beliau tetapi kerana rangkaian penggeraknya boleh dijadikan pemampan pada kerajaan islam di masa depan, sekiranya benar² berlaku kerajaan dikuasai non muslim.

Jika BTN dibubarkan ia hanya akan menghasilkan satu lagi musuh TM selain umno. Bahkan agensi tersebut lebih kukuh networkingnya. Ini kerana umno sendiri sering dibantu oleh agensi unik tersebut.

Demang guna istilah 'unik' kerana perkataan 'keramat' dah dibasikan umno.

BTN berbeza berbanding JASA ataupun KEMAS.

Salah satu kelemahan najib ialah gagal menggunakan BTN dengan berkesan. Manakala Paklah pula terlebih menggunakan BTN sehingga timbul bantahan senyap dalam kalangan penggerak BTN sendiri.

Ketika anwar ibrahim melancarkan gerakan reformasi pada 1999 TM sepatutnya tumbang. Demang bukan terlebih dakwa namun percaya, BTN-lah penyelamat TM.

Ya, selebihnya kerana kebijaksanaan TM 'mempergunakan' BTN.


Demang guna perkataan 'mempergunakan' sebab tak jumpa perkataan lain yang sesuai. Istilah 'manipulasi' lebih negatif.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Anwar ibrahim juga sepatutnya tidak akan membubarkan BTN. Anwar amat akrab dengan BTN sehingga penyingkirannya. Kelebihan TM ialah bertindak pantas menemui orang kuat BTN ketika itu iaitu nordin kardi.

Dengan cepat juga BTN yang awalnya kelihatan menyebelahi anwar ibrahim mengekalkan kesetiaan pada kerajaan semasa, terutama pada perdana menteri. Ini bertepatan dengan kedudukan btn iaitu berada di bawah JPM.

Dengan kata lain, BTN adalah barisan hadapan dan pertahanan akhir perdana menteri.

Justeru, pembubaran BTN tidak sepatutnya berlaku jika TM bijak. Sememangnya beliau seorang yang bijak.

Namun jika akhirnya BTN terbubar maka itu bukan kehendak TM. Ia adalah desakan daripada rakan² (baca: sekutu) dalam pakatan harapan yang ingin melampiaskan dendam. Atau, mereka memang ingin melihat kerajaan Islam terjunam.

Wallahualam.

Bersambung... Tahniah BTN

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: kerajaan MLM

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


Monday, May 28, 2018

Kerajaan MLM


Apabila Amway sdn bhd letak syarat untuk jadi leader perlu ada group sales rm12500 selama 3 bulan berturut², Fortune marketing muncul dengan tawaran jualan kumpulan rm10k sahaja selama 2 bulan untuk capai pangkat yang sama.

Maka berpusu² ahli Amway lari ke Fortune. Yang belum join mana² syarikat MLM pun ikut serta.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Tiba² datang Revell sdn bhd dengan tawaran yang lebih hebat. Untuk capai 20% bonus dengan pangkat manager tak perlu jual rm12500 atau rm10k. Hanya perlu buat jualan kumpulan rm5k selama sebulan pun dah layak. Bahkan jika dicampur dua bulan jualan, cukup rm5k pun dikira sudah layak.

Maka berduyun² orang ramai dari Amway, Fortune, syarikat² MLM lain serta yang sebelum itu tak berminat dengan MLM pun ikut terpengaruh.

Maka akhirnya... yang tahu, tahulah. Yang sempat melalui zaman tu, fahamlah.

Rupa²nya bulan dan bintang itu nampak saja dekat. Ia lebih tinggi dari awan, tak terjangkau dek tangan.

Namun manusia tak pernah serik menggapai impian, mengejar pelangi indah meski sering tertipu dengan fatamorgana.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Selepas itu muncul pelbagai skim cepat kaya, binari, dan macam² lagi. Lebih lucu lagi, produk pelik² ikut muncul.

Ada produk berupa lintah, ikan arowana, cacing dan lain² yang tak berapa masuk akal. Agaknya dalam MLM ini letak taik sebagai produk pun laku.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Para pemburu impian lebih berani dari dulu. Bank dan koperasi menjadi tempat meminjam modal. Apabila tergolek, bukan sahaja duit dalam tabung hilang malah gaji yang mendatang pun telah dicagarkan.

Semuanya kerana terpedaya dengan janji² manis disulam dengan hujah menarik hati.

Percayalah. Manusia tidak pernah serik. Kesal hanya sebentar sementara lutut yang luka sebab terjatuh itu sembuh. Nanti ada lagi yang berjanji itu dan ini, pasti akan dituruti.

Alasan paling mudah ialah, dulu lain. Hujah dan fakta termasuk angka dipapar dan diperbandingkan supaya kita percaya bahawa kali ini ia akan berjaya. Yang dulu, telah diperbaiki.

Biasanya orang ramai tak suka fakta atau nombor. Maka apabila penganjur skim cepat kaya papar angka banyak² mereka main percaya sahaja.

Oh ya. Revell dan fortune ada lagi? Bagaimana dengan amway? Bagi yang tak tau, Demang nak bagitau: akhirnya baru disedari bahawa Amway yang pernah dituduh teruk itu masih ada hingga kini. Yang lain², datang dan pergi. Kalau masih ada pun, sekadarnya sahaja. Tidak gah macam dulu.

Kebanyakannya, dah dikuburkan. Bermusim.

Wallahualam.

Bersambung : tun tak boleh bubar BTN

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: BTN beri nyawa baru mahathir

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


Saturday, May 26, 2018

PH langgar pantang


Pakatan Harapan langgar hampir semua hukum dan pantang larang.

Peraturannya parti politik tidak boleh amal kronisme dan nepotisme namun PH tetap disokong meski kedua² perkara itu semua orang tahu berlaku dalam PH.

Bukan kronikah apabila PKR mengumpulkan Anwar, isteri, dan anak perempuannya dalam jawatan tertinggi.

PBPM pula meletakkan tun mahathir sebagai PM dan anaknya mukhriz menjadi MB Kedah. Bukan sahaja penyokongnya bahkan orang awam juga tidak membantah. Itu bukan kroni?

Dalam DAP Lim Kiat Siang dan anaknya LIm Guan Eng menguasa parti juga tidak dipeduli.

Mungkin dalam PAS tidak begitu ketara namun keluarga almarhum TG Nik Aziz direstui dalam parti selagi tidak berpaling tadah.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Apakah sebenarnya faktor yang lebih besar dari kronisme dan nepotisme itu?

Padahal itulah bahan yang dibawa Anwar di awal reformasi 1999 sehingga menjatuhkan tun mahathir.

Jika rasuah dikatakan puncanya, kenapa LGE yang sedang menghadapi kes mahkamah dilantik menjadi menteri.

Mat sabu yang pernah berkontaversi dengan tentera pula diangkat menjadi menteri pertahanan.

Sekali lagi Demang ajak anda bertanya, apakah yang rakyat mahu sebenarnya. Atau, apakah yang rakyat benci sebenci-bencinya melebihi hukum dan adat yang biasa.

Wallahualam.

Bersambung

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: BTN beri nyawa baru mahathir

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


Thursday, May 24, 2018

BTN beri nyawa baru pada mahathir

Bagi yang pernah hadir kursus BTN mungkin ingat lelaki tua ini dan sajak perjuangan belum selesai.

Demang bukan ingin menambah bahang politik kita. Demang cuma hairan dan tertanya² apakah yang tersirat di sebalik yang tersurat, yang sedang berlaku sekarang.

Demang nak ulang cerita 1999. Bagi yang melaluinya, akan faham. Bagi yang cuma mendengar dari orang lain, cuba fahamkan.

Selebihnya, biarlah catatan ini menjadi bacaan generasi akan datang.

Reformasi 1999 menyebabkan mahathir muflis sokongan. Apa lagi harga diri yang tinggal setelah digelar mahafiraun dan mahazalim oleh 'rakyat' sendiri?

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Orang kata itu hanya persepsi tetapi dalam politik persepsi adalah realiti.

Biarpun masih menang pru dengan sokongan pengundi bukan melayu, akhirnya mahathir terpaksa melepaskan jawatan.

Ada tak yang menangis dengan pengumuman tun meletak jawatan tersebut?

Ada, iaitu rafidah aziz dan hishamudin tun husin. Manakala majoriti rakyat sebenarnya bersyukur sambil melihat dengan rasa meluat gelagat rafidah dan hisham itu.

Bagi yang melaluinya dan masih ingat, akan ingat lah.

Maka paklah pun dinamakan sebagai pengganti. Dalam pru berikutnya, paklah menang besar.

Namun ada yang masih belum berpuas hati. Mereka adalah anwar dan penyokongnya. Paklah digambarkan begitu lemah untuk menerajui negara. Beberapa pembaharuan yang dilakukan seperti Islam hadhari dengan cepat ditinas mati.

Ketika itulah biro tatanegara atau BTN membantu. BTN disediakan medan khas iaitu penjawat awam yang wajib hadir kursus kenegaraan sebagai syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.

Namun apa peluru dan penangkis bagi menghadapi lawan? Bagaimana menarik semula sokongan pada kerajaan?

Ketika itu jasa paklah belum nampak. Bahkan saban hari media sosial dan internet memainkan isu² yang memperlihat kelemahan paklah.

Dalam riuh rendah itu isu tingkat empat pula mengambil tempat. Itu jasa KJ pada mertuanya. Demang belum nampak KJ buat sesuatu yang menyakinkan bagi menebus kesilapan.

Egonya KJ apabila mensasarkan untuk menjadi PM termuda sebagai cita². Disangkanya anak melayu yang tak pernah belajar di oxford atau cambridge dungu² belaka.

Cuma guru² JQAF ketika itu yang tahu jasa paklah. Namun ramai ustaz/ustazah JQAF sekarang dah lupa atau tidak tahu jasa tersebut.

Tak apalah. Barangkali JQAF itu terlalu kecil dibandingkan perjuangan yang lebih besar menegakkan hudud di Malaysia.

Kebanyakan isu yang diperkatakan ketika itu boleh dianalogi sebagai projek kerajaan yang baru dicadangkan atau masih dalam proses perlaksanaan. Kalau bangunan, baru nampak rangka besi.

Namun para penganalisis upahan atau blogger berkepentingan dengan cepat membuat andaian negatif. Akhirnya projek² yang dirancang itupun gagal kerana tiada sokongan.

Yang menghentam lebih ramai daripada yang membantu menjayakan.

Persepsi akhirnya menjadi realiti.

Oh ya. BTN sebenarnya adalah orang kuat mahathir.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Maka BTN beralih arah kepada Tun yang pernah menjadi PM selama 22 tahun. Selama 22 tahun tak 'kanlah tiada satu projek yang berjaya.

Yang tidak berjaya tak perlulah diceritakan.

Projek mega seperti litar sepang, klia, dan jambatan bengkok (walaupun akhirnya gagal) dihambur pada peserta kursus supaya nampak gah dan hebat.

Para peserta terpegun dengan kehebatan Tun berfikir di luar kotak. Apabila sudah ada rasa kagum maka dikaitkan dan diserak pada perkara² lain yang dilaksana kerajaan.

Dari situ imej Tun pulih kembali. Apabila para peserta pulang ke tempat masing² maka cerita itu tersebar luas dan semakin ramai yang mengagumi Tun.

Dari semasa ke semasa orang semakin melupakan gelaran mahazalim dan mahafiraun. Apatah lagi beliau semakin berusia dan dilihat tidak mungkin Allah kembalikan kuasanya. Agaknya manusia lupa dengan kuasa Allah.

Ketika itu lah imej tun semakin menjulang. Dalam masa yang sama timbul legasi pemikiran mahathir yang kemudiannya membentuk mahathirisme.

Serangan² pembangkang tidak lagi pada Tun. Serangan dialihkan pada Paklah dan kemudiannya Najib. Wajarlah begitu sebab mereka tunggak semasa BN dan UMNO yang ingin ditumbangkan.

Goverment of the day adalah musuh 'pembangakang of the day'.

Rupa²nya kuku dan taring yang dikembalikan  oleh BTN menjadikan Tun kuat kembali. BTN seolah² memberi nyawa semula pada Tun.

Mangsa pertama beliau ialah Paklah yang akhirnya terpaksa melepaskan jawatan.

Mangsa seterusnya tidak perlu diperkenal kerana belum menjadi sejarah. Ia sedang berlaku sekarang.

Setakat ini yang dapat kita simpulkan ialah rakyat malaysia sentiasa mencari seorang hero yang dirasakan mampu menerajui negara.

Wallahualam.

Bersambung... PH langgar pantang

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: calon PM selepas mahathir II

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Sunday, May 20, 2018

Calon PM selepas mahathir


Zahid ada visi islamik. Hisham, entahlah. Sambung legasi keluarga sahaja agaknya.

Tun mahathir kata beliau hanya pegang jawatan PM untuk 2 tahun sahaja.

Siapa selepas itu? Ramai yang kata Anwar akan ambil alih.

Bagi Demang, belum tentu. Setidak²nya, ia tidak semudah itu.

Yang tinggal dalam UMNO ialah zahid hamidi, hisyamudin tun husin, dan khairy jamaludin.

Ali rustam tak perlu dimasukkan dalam senarai lah. Dah dua kali orang melaka tolak beliau. Itu yang rasmi, yang tak rasmi lagi banyak.

Ramai yang rasa ada calon lain lebih baik daripada zahid. Jika demikian, susahlah sebab PM yang sederhana, sukar mengawal keadaan.

Hisyamudin pula sukar berdiri sendiri. Pemimpin umno yang banyak duit itu berada di tempat sekarangpun sebab dia berada di atas rakit yang diterajui sepupunya, najib.

Jarang Demang hentam peribadi tapi jika terpaksa memilih hisyamudin, Demang fikir lebih baik dikuburkan umno. Selagi ada H2O dalam umno, legasi kepimpinan karpet kuning akan berterusan.

Kita sudah ada raja maka tak perlulah lagi kerabat diraja atau berasal-usul dari istana jadi wakil rakyat.

Kita juga ada calon² Perdana Menteri dari PAS, PKR, PAN, dan lain² termasuk dari sabah sarawak, dan jangan lupa DAP. Di situ juga ada calon berpotensi.

Wallahualam.

Bersambung... BTN kembalikan nyawa Mahathir

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: gabungan umno, pas, ph

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


Saturday, May 19, 2018

Pas, umno, PH bergabung


Ramai yang masih pening dan keliru. Team mana yang betul? Nak pilih yang mana?

Kita raikan semua. Tak perlu isi borang dan tunggu kebenaran untuk bekerjasama. Yang penting, buang ego. Makhluk sombong dan bongkak itu syaitan dan iblis.


Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Bagi Demang kita sudahpun memilih dalam pru ke -14. Baru sangat lagi. Maka tak perlulah memilih lagi. Ikut sahaja keputusan yang telah diperolehi.

Kerajaan baru telahpun dibentuk. Tun mahathir menjadi ketua semua menteri. Semasa mesyuarat di dewan rakyat pula, speaker atau yang dipertua akan jadi pengerusi.

Apabila ada perkara berkenaan perundangan yang perlu diputuskan maka undian akan dibuat. Para wakil rakyat tak kira apa partinya akan menyokong, atau membantah, atau berkecuali.

Jangan risau², jangan pening².

Kalau semua ok, maka senanglah kerja PM, mudahlah tugas kerajaan. Nanti ada yang kata, tak aci-lah sebab masa BN jadi kerajaan dulu pembangkang buat kacau.

Ini bukan main aci-aci. Kita nak bina negara. Kita nak majukan negara. Dan lebih penting dari semua itu, kita akan mati dan kekal di akhirat samada dalam syurga atau neraka.

Yang kacau kerajaan sebelum ini bergantung pada cara yang digunakan. Jika dengan fitnah maka dia dapatlah dosa fitnah. Kalau tipu, dia dapatlah dosa menipu. Dan jika dengan fakta yang betul disertai niat kerana Allah taala maka itu adalah amalan solehnya.

Dua orang dari parti yang sama belum tentu masuk syurga atau neraka sama².

Apa pula tugas pembangkang?

Demang setuju dengan PAS bahawa tidak perlu ada pembangkang. Semua bantu membantu cari kaedah terbaik.

Pelik? Memang kita kena buat benda yang pelik sikit untuk lebih berjaya.

Kata nak berubah..! Kannn?


Wallahualam.

Bersambung: calon PM selepas tun

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: umno diharamkan

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Thursday, May 17, 2018

Pusingan kedua bagi musuh tun

Berehatlah. Ini semua ujian dari Allah. Barangkali ada yang perlu dibaiki. Bermain dengan Tun memang agak ganas. Anwar ibrahim dan ramai lagi dah rasa.

Kalau kita kata Tun bijak, Lim Lit Siang dan Lim Guan Eng tak kurang cerdiknya.

Kalau dulu Demang pernah cerita bagaimana Lee Kuan Yew terpaksa bersetuju dengan Tun dalam projek jambatan bengkok, maka jangan leka dalam pusingan kedua.

Orang British pun tak 'kan lupa dengan perbuatan Tun merampas semula hartanah Guthrie dan Sime Darby dalam gerakan Dawn Raid.


Kedua² kes di atas dan beberapa kes lain bukan sekadar perkara harta tapi lebih dirujuk sebagai maruah bangsa. Yakni maruah cina singapura dan maruah Britain.

Jangan kita leka dan jangan ambil mudah. Kata orang tua² (sebenarnya ulama melayu) jerat tak pernah lupakan pelanduk.

Dalam Al-quran Allah taala berpesan:

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka."
(Al Baqarah: 120).

Orang Islam jika berpecah akan musnah. Demang percaya, semua orang tau itu. Cuma ramai yang keliru nak ikut kumpulan mana.

Semua mengaku kumpulan mereka yang betul. Maka Islam dah gariskan ciri² pemimpin yang perlu kita ikut. Selain itu, tak perlu jadi pengikut.

Antaranya, mesti beriman dan taat pada Allah. Tidak meninggalkan solat yakni biasa dilihat di masjid, berjemaah. Kalau kita orang biasapun sangat diberatkan solat berjemaah di masjid atau surau maka pemimpin lebih² lagi.

Sekarang, jika anda ingin menjadi pemimpin atau mencari pemimpin, perhatikan perkara tersebut terlebih dahulu.

Ingat. Kita akan berdepan dengan zaman dajjal. Jangan main².

Jika anda rasa Tun dah bertaubat dan ingin mohon maaf, maka musuh² beliau belum tentu lagi.

Wallahualam.

Bersambung

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: umno diharamkan

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Tuesday, May 15, 2018

Umno diharamkan

Edisi panas berapi

Ada netizen kata 'gajah sama gajah bertarung kancil menyusup di tengah²'.

Demang kata: gajah sama gajah bertarung jangan lupa kuasa Allah.

Dengan kuasa Allah jualah gergasi berusia 60 tahun tumbang.

Hebatkan tun? Terpulang pada anda untuk memberikan apa jua istilah untuk kejayaan tun tersebut. Tafsirannya juga bergantung pada pemahaman masing².

Ertinya kita boleh kata tun hebat dan boleh juga kata tun tidaklah hebat.

Bagi Demang beliau berada pada waktu yang tepat. Rakyat sedang mengharapkan seseorang bagi menyampaikan hasrat mereka dan tiba² ternampak Tun boleh diharap.

Macam kita sedang sesat nak ke rumah kenduri dan ternampak seseorang di tepi jalan yang kemudiannya bersedia menunjukkan arah.

Yang menyokong tun bukan hanya yang suka pada beliau. Bahkan yang sangat benci juga turut menyokong bahkan memenangkan beliau.

Demikian yang berlaku. Bagi yang usianya lebih kurang Demang dan mengikuti perjalanan politik negara dapat melihat dengan mata kepala sendiri kejaiban ini.


Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Allah nak tunjuk Dia berkuasa tanpa perlu mematuhi peraturan biasa:

Orang yang sama dari kedah dua kali jadi Agong,
Orang yang sama dari kedah dua kali jadi perdana menteri.
Orang yang sama dari kedah dua kali jadi menteri besar kedah.

Demang juga lahir di kedah dan ini kali kedua kembali aktif menulis politik di blog waadat setelah berehat panjang memberi tumpuan pada bisnes.

Demang tidak tau apa cita² asal tun ketika kecil. Beliau menjadi doktor perubatan dan kemudiannya menyertai umno. Pernah menentang Tunku A Rahman iaitu PM pertama.

Ertinya, menentang PM semasa (gov of the day) bukanlah asing bagi Tun Mahathir.

Beliau lakukan tika dalam umno dan akhirnya dibuang. Maknanya Tun bukan lah sekali berada di luar umno.

Anwar bukan satu²nya timbalan yang dilantik dan disingkirkan, tersisih, atau dikalahkan. Musa hitam dan ghafar baba juga pernah mengalami kedua²nya bergelar TUN.

Tun Mahathir pernah dicabar dan nyaris tumbang di tangan tengku razaleigh hamzah (ku li). Lanjutan dari itu penentang beliau menubuhkan parti baru Semangat 46 (S46).

Sudah menjadi rahsia umum Tun terlibat dalam penyingkiran Paklah (Tun abdullah). Najib bukan PM pertama yang jatuh melalui gerakan yang didalangi Tun.

Setelah semua selesai Demang cadangkan najib juga diberi gelaran TUN. Jasa dan pengorbanan beliau bukan sedikit. Bukan semuanya salah beliau. Mangsa keadaan.

Pertembungan dengan S46 juga menyaksikan pengharaman UMNO. Bagi yang masih ingat, UMNO yang ada sekarang bukanlah umno asal yang ditubuhkan pada 1946.

Itu sebabnya di awal pendaftaran ia ditulis sebagai UMNO (baru).

Bermakna jika umno benar² dibatalkan oleh mahkamah nanti ia bukan lah kali pertama.

Malah tidak mustahil jika Tun Mahathir pernah menubuhkan UMNO baru, kali ini juga beliau menggantikan dengan parti baru yang sebenarnya hanya sarung baru bagi UMNO.

Barangkali anda juga menerima viral betapa Parti Pribumi Bersatu Malaysia diterjemah (baca dimanipulasi) sebagai United Malaysian Native Organization atau singkatannya UMNO.

Ok. Nama sebenarnya dalam bahasa inggeris ialah Malaysian United Indigenous Party atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Wallahualam.

Bersambung pusingan kedua juga untuk musuh Tun Mahathir

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: siapa ganti najib

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya


Sunday, May 13, 2018

Siapa ganti najib?

Demang dalam realiti (02)

Nasib umno masih tiada kepastian. Ia mungkin diharamkan.

Najib mungkin terlalu yakin akan memenangi pru-14 dan berharap 'akan' menyelesaikan hal pemilihan parti selepas pru selesai. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya.

Terbaru, najib telah meletakkan jawatan selaku presiden umno. Untuk sementara, zahid hamidi akan memegang kerusi tersebut dan hishamudin sebagai timbalan.

Walaupun Demang sokong zahid namun sejak dulu Demang berpendapat hishamudin bukanlah calon yang sesuai untuk PM malaysia. Negara perlukan orang yang lebih kental dan tahan diuji untuk menghadapi globalisasi dan fitnah dajal.

Ternyata konsep rakit yang diamalkan dalam umno tidak boleh dipakai. Dengan konsep rakit jugalah akhirnya umno karam.

Rakyat karamkan semua sekali termasuk yang baik².

Wallahualam.

Bersambung: umno diharamkan

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM ganti UMNO
Tugas baru UMNO lama
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: bakal ketua menteri melaka

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.


Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Kuasa sebenar lantik perdana menteri, menteri kabinet

Demang dalam realiti (01)
Apa maksudnya? Nanti Demang cerita.

Demang sokong siapa? Waadat ini blog BN atau PH?

Bagi yang mengikuti blog waadat ini sejak 2009 faham bahawa waadat mendukung dan mempertahankan raja² melayu.

Tajuknya pun WA'ADAT iaitu sempena wa'ad atau perjanjian antara demang lebar daun dengan sang sapurba di bukit saguntang.

Mari kita ulangkaji sikit perlembagaan negara kita. Kebetulan kita sedang dalam proses lantikan menteri dan pembentukan kabinet baru.

Lihat perkara 43 perlembagaan kita.

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

Sedikit catatan Demang berkenaan di atas:
Kurungan 1 ialah tanggungjawab dan peranan YDA.
Kurungan 2 pula tentang prosedur atau cara² lantikan.
Kurungan 2(a) menyatakan YDA perlu melantik perdana menteri terlebih dahulu.

Kurungan 2(a) juga mencatatkan bahawa kuasa menentukan bakal perdana menteri itu adalah hak YDA. Lihat ayat '...pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan...'

Justeru apabila YDA telah berkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebgai Perdana Menteri Malaysia ke-7 Demang perlu menyokongnya.

Nanti jika YDA melantik PM ke-8 insya-Allah Demang akan tetap menyokong tanpa mengira parti.

Jika Demang sudah tidak setuju dengan YDA Demang akan duduk diam² atau berhijrah ke negara lain.

Oh ya. Bab timbalan perdana menteri tidak dinyatakan secara jelas. Terpulang samada perdana menteri mahu melantik atau tidak.

Sebenarnya ada yang lebih panas. Demang kena tengok kiri kanan sebelum teruskan bercerita.

Wallahualam.

Bersambung

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: bakal ketua menteri melaka

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.


Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Friday, May 11, 2018

Melaka bakal dapat ketua menteri cina

Bakal KM melaka

Ramai yang baru tersedar kesan undi semalam. Yang belum sedar pun ramai. Apapun, takdir telah berlaku dan kita tidak boleh mengungkitnya.

Demang tetap berkeyakinan setiap yang Allah taala takdirkan pasti ada hikmahnya. Sifat arrahman & arrahim akan memberi kebaikan secara mutlak, biarpun kita tak sedar.

Perubahan tidaklah semudah yang disangka. Setakat mampu mengubah kerajaan belum menjamin kita mampu mengalami kesan perubahan tersebut.

Demang bukan mengatakan semalam adalah satu kesilapan. Demang alu²kan kehendak rakyat. Moga ujian dan cabaran selepas ini dapat kita atasi.

Nampaknya terbukti benar bahawa sistem demokrasi memungkinkan kaum minoriti menjadi ketua pada kaum majoriti.

Contohnya di melaka, DAP yang bukan kaum majoriti tiba² memiliki majoriti suara dalam DUN.

Apabila sudah majoriti maka mereka minta untuk jadi ketua menteri.

Setakat tadi, masih berlaku tarik tali antara DAP dan PKR. Apapun keputusannya, mereka akan dapat lebih.

Wallahualam.

Bersambung

Artikal sebelum: tun selamatkan najib

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Thursday, May 10, 2018

Manifesto pakatan harapan Pru 14



Bakal KM melaka. Demang tak perasan beliau bertanding tempat Demang mengundi.

Oleh kerana pakatan harapan dah menang maka Demang simpan di sini mesej yang berlegar dalam kalangan pengundi sebelum hari mengundi.

Nanti kita semak sama² adakah janji ini dipenuhi.

*▶ Insentif Pakatan 🇭🇰 Harapan jika menang PRU 14 akan datang.*

1⃣Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus di! tingkatkan.

2⃣Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1500.

3⃣Elaun Kebajikan/ Oku/Ibu tunggal Di tingkatkan untuk Minimum permulaan RM800 - RM1000

4⃣ Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama.

5⃣Lesen motosikal Percuma.

6⃣Mansuh GST.

7⃣Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.

8⃣Bantuan Pendidikan Percuma.

9⃣Bantuan Pesakit Buah Pinggang,pesakit Jantung Bagi rawatan berkos Tinggi.

1⃣0⃣Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik.

1⃣1⃣Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.

1⃣2⃣Salur Agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan.

1⃣3⃣Wifi percuma Berkelajuan Tinggi Bandar serta Luar Bandar.

1⃣4⃣Menstabilkan harga barang.

1⃣5⃣Bantuan Duit Dapur bagi isi rumah berkahwin/ ibu tunggal  kepada Rakyat Miskin serta berpendapatan rendah sebanyak RM250 sebulan.

1⃣6⃣Kad Peduli sihat Rakyat setahun RM500.

1⃣7⃣Pinjaman Peribadi Penjawat Awam untuk tempoh 10 Tahun di naikan semula kepada 20 Tahun bayaran.

1⃣8⃣Royalti Minyak kepada negeri negeri di tingkatkan Royalti.

1⃣9⃣Mencegah Ketirisan khazanah negara serta mengagih kekayaan kepada Rakyat.

2⃣0⃣Menghapuskan Tol di seluruh Malaysia.

2⃣1⃣Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import di turunkan.

2⃣2⃣Mewujudkan Peluang Pekerjaan lebih banyak.

2⃣3⃣Mewujudkan peluang mesra usahawan/Peniaga kecil serta pinjaman mudah.

2⃣4⃣Bantuan Persekolahan tahunan kepada Pelajar sebelum sekolah di buka tahun baru.

2⃣5⃣Cukai insuran kereta di turunkan kepada kenderaan di bawah 1500CC.

2⃣6⃣Memperbanyakan Rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.

2⃣7⃣Siaran EPL Percuma kepada Rakyat Malaysia.

2⃣8⃣Mengutamakan wang poket Rakyat mencukupi.

2⃣9⃣Agihan Percuma Sekampit Beras setiap bulan kepada setiap isi rumah berkahwin miskin serta berpendapatan rendah.

3⃣0⃣Insentif tunai Kelahiran Baru.

3⃣1⃣ Insentif tabung Pendidikan Awal kepada bayi,kanak2 hingga dewasa.

3⃣2⃣Menarik pelabur asing lebih banyak.

3⃣3⃣Menjadikan malaysia dan Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

3⃣4⃣Mengurangkan kos sara Hidup Rakyat.

3⃣5⃣Khidmat kesihatan Percuma.

3⃣6⃣Sistem Giliran Perdana menteri hanya 2 penggal.

3⃣7⃣Menjadikan badan SPRM. Bebas serta lapor terus kepada Parlimen.

3⃣8⃣Gaji Anggota Polis/Tentera akan di tingkatkan bagi meminima salah guna kuasa serta rasuah untuk golongan pasukan pertahanan/penguatkuasa undang undang.

3⃣9⃣ Menaik taraf kehidupan Rakyat.

4⃣0⃣Menaik taraf infrastruktur kuarters Tentera dan Polis dengan lebih baik.

4⃣1⃣Menghadkan campurtangan Perdana menteri terhadap jabatan jabatan kerajaan dan Syarikat GLC.

4⃣2⃣ Menghapuskan saman tertunggak pesalah lalulintas terutama kepada pesalah kesalahan Tiada lesen motosikal.

4⃣3⃣Memansuhkan sistem AES

4⃣4⃣Memberi kelonggaran berpolitik kepada seluruh Rakyat Malaysia.

4⃣5⃣Mengembalikan wang Rakyat 1MDB di luar negara kepada Rakyat Malaysia.

🛑Semoga inisiatif PAKATAN HARAPAN serta mandat Rakyat bakal mengubah Malaysia serta Rakyat menjadi lebih baik demi malaysia yang tercinta.🇲🇾☑☑☑ ☑☑☑☑

SHARE RAMAI2 JOMMM...

...taman bahan salinan...

Bersambung

Artikal sebelum: tun selamatkan najib

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Tuesday, May 8, 2018

Sebelum mengundi esok

Yang Demang Sedang Fikir (23)

"Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri dia mengambil buah itu tanpa kebenaran. Saya adalah tuan punya tanah itu. Dalam mana² undang² pun buah yang keluar dari pokok yang tumbuh di atas tanah saya adalah milik saya. Mengambil buah tersebut tanpa izin saya ertinya mencuri. Ini hak saya."

Dialog di atas adalah rekaan Demang untuk kita lihat persoalan:
1. Adakah terdapat bukti pada kes tersebut? Ada.
2. Apakah ada saksi dalam kes itu? Ada.
3. Bolehkah kita jatuhkan hukuman bahawa orang itu bersalah? Nanti dulu.

Jika melihat pada soalan 1 dan 2 nampaknya kita sudah boleh menghukum. Bukti ialah buah yang dicuri dan saksi adalah pemilik sendiri.

Tapi nanti dulu. Kita perlu membuat pendakwaan dan keterangan dari tertuduh. Mesti ada hakim yang berkecuali dan beberapa saksi lain perlu dipanggil.

Tak boleh main jatuh hukum begitu sahaja.

Cerita sebenar kes tadi mungkin begini:
1. Tertuduh telah minta izin dari ibu saya yang juga pemilik tanah itu.

Atau;
2. Tertuduh adalah adik saya dan dia juga ada hak terhadap buah itu.

Atau;
3. Tertuduh telah memajak pokok itu dari keluarga saya dan saya terlupa tentang itu.

Atau:
4. Apa² alasan lain yang anda boleh andaikan.

Justeru kita jangan cepat menghukum sebelum mengambil kira maklumat lain. Setakat nampak dengan mata sendiri belum tentu menjamin kesahihan tuduhan.

Apatah lagi setakat dengar cakap orang.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Demang mohon maaf kerana menulis begini. Yakni sesuatu yang kebanyakan follower Waadat sudah maklum mengenainya.

Sememangnya Demang sedar audien blog hari ini berbeza dengan audien di awal kemunculannya.

Dulu tiada facebook dan wasap. Maka blog adalah tumpuan orang ramai. Kini rata² pengunjung blog ialah orang yang suka membaca. Tahap pemikiran pun lebih tinggi. Yang biasa² setakat fi FB sahaja.

Membaca blog adalah bagi mempelbagai sumber dan mencambah fikiran. Yakni melihat satu lagi sudut pemikiran.

Demang tulis kali ini untuk mengingatkan audiens supaya menyambung pesanan pada orang lain supaya menyiasat secukupnya sebelum membuat keputusan.

Selamat mengundi. Jangan lupa ingatkan keluarga dan rakan kita untuk solat taubat, hajat, dan istigharah malam ini.

Wallahu'alam.

Bersambung

Artikal sebelum: tun selamatkan najib

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Monday, May 7, 2018

Tun selamatkan najib

Siaran Ekslusif

Samada sengaja atau tidak tun memang telah menyelamatkan najib, umno, dan bn.

Demang kata TELAH walaupun hari mengundi belum tiba dan keputusannya masih menjadi rahsia Allah taala.

Ada sebab Demang kata begitu.

Apabila anwar ditahan semula atas tuduhan jenayah maka orang selepas anwar yang paling sesuai menjadi ketua pembangkang ialah daripada dap.

Ye lah. Takkan nak lantik mat sabu kot.

Apa isu yang akan dibawa dap? Entah lah.
Mampukah umno menjawab semua isu itu? Sekali.lagi, entah lah.

Situasi ketika itu ialah jika diadakan pilihanraya maka kemungkinan besar BN kalah.

Maka campur tangan tun pun bermula.

Mula² tun hebohkan isu altantuya padahal mendiang karpal sigh yang menjadi peguam pemerhati keluarga altantuya pun tak pernah ungkit sampai dia mati.

Tun terlepas pandangkah?

Kemudian tun bawa isu 2.6b walaupun beliau tahu bahawa wang untuk dana pilihanraya semua parti dimasukkan ke akaun individu bagi mengelakkan audit SPR.

Ini dibuktikan dengan pendedahan amalan beliau sendiri serta semua parti di malaysia termasuk PKR dan DAP.

Tun juga buka semula isu 1mdb yang perjalanan akaunnya boleh disemak oleh sesiapa sahaja. Itu membuktikan bahawa pengurusan 1mdb adalah telus.

Tun tidak tahukah?

Ternyata semua isu yang dimainkan oleh tun adalah isu basi yang mudah dijawab oleh pihak kerajaan.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Jawapan beserta fakta dan bukti terhadap isu yang ditimbulkan tun beransur² memberikan kefahaman pada rakyat yang mengikutinya.

Setelah semua isu tersebut menjadi jelas maka tun mula ke fasa seterusnya iaitu pura² nyanyuk. Beberapa kesilapan yang tak seharusnya berlaku tiba² dilakukan tun bersambung². Lepas satu, satu.

Makin lama umno makin pulih dan pembangkang semakin keliru dengan isu yang diterajui tun.

Satu dua hari ini tun menggemparkan negara dengan menziarahi kubur musuh² politiknya. Di kelantan beliau sempat dihalang oleh keluarga almarhum tgna.

Mutakhir tadi, tun dilaporkan tidak jadi ke sabah dan sarawak. Kehadiran tun ke sana memang amat diharapkan pihak PH bagi memberi semangat pada penyokong mereka.

Ini adalah malam terakhir dan esok sebarang rapat umum tidak dibenarkan lagi.

Tun tak kan tiba di sabah dan sarawak pada pru ini. Padahal tun tahu mana² parti yang hendak membentuk kerajaan takkan mampu tanpa sokongan sabah dan sarawak.

Tugas tun sudah hampir selesai. Beliau tamatkan episod yang bermula semasa beliau menjadi perdana menteri dengan baik.

Usia tun sudah menjangkau 93. Kalau ikut adat tidak begitu lama lagi beliau akan meninggalkan kita.

Perjuangan beliau tidak perlu didendang semasa hayatnya. Beliau akan pergi diam² selepas pru meninggalkan mereka yang sedang terpinga².

Tidak ada pembongkaran. Yang ada nanti hanya nisan kaku yang menyimpan sejuta rahsia.

Wallahu'alam.

Bersambung: pesanan sebelum mengundi

Artikal sebelum: syaitan

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Syaitan termenung panjang

Yang Demang Sedang Fikir (21)
Kata orang tempat begini jin suka duduk. Kalau nak duduk sini pun, biarlah jin Islam.

Tenang. Memang tenang. Kalau dibanding pru lepas, amat jauh berbeza.

Malam tadi Demang meronda dengan motor cup keliling kampung. Bukan satu kampung tetapi masuk kampung keluar kampung.

Sempat singgah di sebuah bilik gerakan BN dan sebuah bilik gerakan pas.

Sekitar jam 10.00 malam di kedua² lokasi hanya ada 2 orang petugas. Demang berbual sebentar di tempas umno dan agak lama di tempat pas.

Demang tidak lama bersama orang umno sebab sudah banyak kali Demang dapat info yang Demang kehendaki. Dengan orang pas hanya beberapa kali.

Di tempat pas tadi Demang ulang soalan yang sama dan mendengar respon petugas di situ.

Soalan Demang: bagaimana jika umno dan pas bekerjasama?

Di semua tempat yang Demang tanyakan termasuk sebalum ini jawapan yang Demang terima: "kami tiada masalah."

Begitu jawapan umno dan lebih kurang itu jugalah di pihak pas.

Bagaimana dengan PAN? Pemuda yang Demang temui itu kata: apabila mereka keluar dari pas kita baru tahu siapa yang benar² berjuang untuk islam dan siapa yang hanya ingin kuasa.

Yang ingin glamor atau harta pun ada.

Demang rasa kali ini syaitan mengeluh panjang. Suasana tenang dan damai bukanlah kegemaran mereka. Kalau boleh biar manusia huru hara.

Paling tidak pun, kocak sedikit ketenangan, bangkitkan sedikit keresahan. Atau timbulkan sedikit rasa was².

Itulah kerja syaitan.

Wallahu'alam.

Bersambung: mahathir selamatkan najib

Artikal sebelum: cara lihat objek

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya



Sunday, May 6, 2018

Cara melihat objek

Yang Demang Sedang Fikir (19)

Tinggal tiga hari lagi rakyat malaysia akan memilih para pembantu pada Yang Dipertuan Agong.

Ya, kita bukan memilih ketua negara. Ketua negara dilantik dari kalangan 9 orang raja² melayu. Kita langsung tak terlibat dalam pemilihan tersebut.

Maka pilihanraya lah medan rakyat berbicara soal pentadbiran negara. PRU menjadikan seluruh rakyat terlibat dan ini yang memeriahkannya.

Demokrasi menjadi medan untuk rakyat berkomunikasi dan berhubungan. Maka oleh kerana banyak sangat berkomunikasi dan berhubungan, banyaklah ruang untuk melakukan kesilapan sesama kita.

Puncanya, kerana kita berada dalam pelbagai dimensi. Dimensi² inilah yamg melahirkan persepsi.

Sebagai ulangkaji, persepsi adalah kita melihat dari sudut berbeza pada suatu objek. Dengan kata lain, bendanya sama tetapi oleh kerana kita berada di sini dan mereka berada di sana maka kita tidak dapat melihat apa yang mereka lihat.

Tidak ada manusia yang mampu melihat suatu objek atau perkara dari dua (atau lebih) sudut berbeza. Apa yang orang bijaksana lakukan ialah bergerak dari satu sudut ke sudut lain dengan cepat supaya lebih memahami objek berkenaan.

Namun biasanya kita akan memilih yang paling kita suka. Dan putaran pun berulang kembali. Bagi yang sedar akan segera menginsafi bahawa ini semua hanyalah ujian peribadi.

Semua di atas adalah berkenaan Demang. Anda cuma membaca dengan persepsi sendiri dari dimensi masing².

Wallahu'alam.

Bersambung: syaitan mengeluh panjang

Artikal sebelum: kita sama saja

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Saturday, May 5, 2018

Kita sama saja

Siri baru: Yang Demang emo (01)

Iklan oh iklan
Suatu ketika dulu ramai orang komplen pasal iklan dalam tv. Tiada iklan bermakna tiada sponsor. Maka penyelesaiannya, tengok tv berbayar. Kita pun pakat bayar setiap bulan pada Astro.

Tak ramai yang komplen pada Astro. Masing² paham kalau nak, kena bayar la.

Tengah² baca ada iklan. Ada gambar Minyak Morha. Untuk apa?

UMNO & PAS
Untuk apa lagi. Untuk Demang jual la. Produk Demang sendiri. Anda ingat ada orang bayar pada Demang untuk menulis di blog waadat?

Sepatutnya calon² umno beli banyak² minyak morha dan bagi pada semua pengundi. Sebab tak ramai pengeluar yang macam Demang, pertahankan kerajaan. Kebanyakan pengeluar produk sokong penghentam kerajaan.

Pemimpin PAS pun kena bantu kempen minyak morha sebab banyak posting Demang berkenaan perjuangan pas. Pas ori la. Pas mat sabu Demang tak sokong.

GST vs SST
Ramai yang marah² pasal gst. Padahal gst 6% sahaja. Sebelum ini bukan tiada cukai. Cukai SST 5-10% kita bayar tanpa disedari. Tiada declare maka peniaga pun tipu masuk kocek sendiri.

Dalam sistem gst, semua transaksi perniagaan dinyatakan. Telus. Itu sebab ramai yang tak suka. Yang tak suka itu peniaga. Pemodal. Kapitalis.

Peniaga yang macam Demanglah yang patut marah.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Astro
Ada orang kata, langgan astro tak wajib tapi barang keperluan kena beli hari². Demang nak tanya, semua barang keperluan kena gst ke? Beras biasa ada tapi pilih beras panjang yang mahal buat apa?

Air mineral rm2.40 seliter lebih mahal dari petrol kita tak peduli. Padahal air masak kat rumah cuma beberapa sen.

Kita yang malas bawa bekal, kemudian salahkan orang. Kat rumah kan dah ada penapis air beribu ringgit? Konon air masak dari paip biasa tak elok.

Jalan rosak kita komplen. Hospital tak cukup ubat kita rungut. Bangku sekolah tak cukup, kita minta. Tapi cukai kita tak bagi kutip.

Alasan pemimpin pembangkang ialah hasil bumi malaysia dah banyak. Export aje lah. Tak untungkah?


Bimbang hati hitam
Kita rasa kita pandai. Kita sangka pemimpin pembangkang lebih hebat dari kerajaan. Kalau bagi mereka perintah, semua masalah selesai.

Astaghfilrullah. Jangan sampai rasa begitu.

Bukan tak boleh sokong pembangkang tapi kalau banyak sangat komplen hati jadi hitam. Lupa bersyukur. Takut akhirnya hilang terus rasa syukur. Nauzubillah.

Demang menulis kebanyakannya untuk diri sendiri. Kalau terasa, itu maknanya kita sama la.

Wallahualam.

Wallahu'alam.

Bersambung: cara lihat objek

Artikal sebelum: kerja syaitan

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

kerja syaitan

Yang Demang Sedang Fikir (18)

Pemfitnah tidak semestinya dapat untung dari ideanya itu.

Pagi² lagi Demang lihat ada teman marah² kerana ada flyers dalam peti surat di rumahnya.

Anda boleh lihat kandungan risalah tersebut:
Bodoh sangatkah umno untuk sebarkan risalah begitu? Jika anda rasa parti tertua di negara kita itu bodoh, anda silap besar.

Bagi Demang mudah sahaja. Sesiapapun boleh cetak risalah begitu. Kemudian upah budak² untuk masukkan ke peti surat setiap rumah dalam taman.

Mungkin memang umno yang buat dan boleh jadi juga pkr yang lakukan. Atau ada pihak ketiga yang buat untuk timbulkan kekacauan.

Siapapun yang buat, itulah syaitan.

Ini yang dikatakan lempar batu sembunyi tangan.

Ia samalah macam posting Demang pada hari penamaan calon minggu lepas. Demang mengulas pasal tindakan menutup wajah calon pkr dalam posting bertajuk syaitan di simpang jalan.

Sangkaan orang yang melihat bilbod tersebut ialah ia dilakukan pihak lawan. Maka tohmahan pun berlaku. Kemudian disambung kutukan dan saling tuduh menuduh.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Ada juga yang mengandaikan pemilik wajah itu atau wakilnya sendiri yang lakukan.

Apapun, tindakan tidak bertanggungjawab tersebut telah mengocak ketenangan.

Bab mengganggu ketenteraman awam ini ada dalam undang² tapi sukar diambil tindakan kecuali jika berlaku huru hara.

Apapun malaikat akan catat satu pwrsatu setiap yang kita lakukan, tak kira kecil atau besar. Semua itu nanti akan ditayangkan si oadang mahsyar. Bukan hanya kita bahkan semua manysia akan menontonnya.

Itu sebabnya Demang katakan itu kerja syaitan.

Wallahu'alam.

Bersambung

Artikal sebelum: rupanya kita yang salah

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya