Monday, August 31, 2009

Ulama Syurga VS Ulama Neraka


Bagi Demang, ulama sebenar adalah orang yang sentiasa berusaha menyatukan ummat Islam, bukannya asyik mencari salah orang lain sehingga menjadikan ummat Islam keliru dan berpecah belah.

Pada pendapat anda, Ibnu Taimiyah itu seorang ulama' yang benar atau ulama' yang sesat? Bagaimana pula dengan Khomeini di Iran? Bagaimana pula dengan mufti-mufti Arab Saudi yang berfahaman Wahabbi? Bagaimana pula mufti-mufti di negara kita? Bagaimana dengan ulama UMNO? Bagaimana pula ulama PAS? Siapa ulama benar dan siapa yang sesat?

Siapa pula yang sesat antara Saidina Ali, Muawiyah dan Khawarij?

Sudah-sudahlah. Jangan jadikan tugas ulama sebagai tukang hukum dan tukang menentukan siapa ahli syurga dan siapa ahli neraka.

Sedarlah, apabila dua ulama bertentangan pendapat dan mengumpulkan pengikut, maka lihatlah apa yang telah terjadi di Iran, Iraq dan lain-lain.

Adakah kita mahukan negara yang begitu?


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.


foto hiasan: iraq pows 2 jpg 370 x 278 18k
kirkbytimes.co.uk

Monday, August 24, 2009

ulama vs ulama



SYEIKH MUFTI WAHHABI BINBAZNAMA : Abdul Aziz Bin Baz.TAHUN LAHIR: 1912M.TEMPAT LAHIR: Najd ( Riyadh ).DIKAMBUS: 1999M.KESILAPAN DALAM AQIDAH:- Kafirkan Umat Islam.- Mengkafirkan Seluruh Umat Islam Di Mesir dan Bumi Syam.- Tolak Akidah Betul ‘ Allah Bukan Jisim ’.- Berakidah Allah Berpenjuru, Berarah dan Bertempat.- Mengkafirkan Umat Islam Al-Asya’irah.- Menghina Nabi Muhammad.- Menghina Nabi Muhammad Sebagai AUTHAN Iaitu Patung Berhala.- Mengharuskan Pakai Lambang Salib Kristian.- Mengkafikran Seluruh Umat Islam Yang Tinggal Di Hijaz Dan Yaman.


Lihat ulama ini pula:


“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

"Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.


Mungkin beliau ada maksud lain yang murni tetapi kenyataan-kenyataan ini boleh mengelirukan masyarakat umum. Inilah bibit-bibit perpecahan yang perlu disedari oleh seseorang ulama sebenar.

Jika anda layari blog-blog yang membicarakan siri-siri fatwa Nik Aziz tentang UMNO, maka anda akan dapati para penyokong fanatik beliau cuma berpaksi pada satu hujah: tok guru takkan buat silap!


Tahukah anda foto mayat siapa ini?
Beliau adalah Syeikh Nizar Al-Halaby seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan merupakan ketua Persatuan Islam di Lubnan.

Siapakah yang membunuh beliau?

Mereka yang melakukan pembunuhan terhadap Syeikh Nizar adalah pembesar Wahhabi yang dibayar oleh ketua atasan mereka untuk membeli senjata. Mereka yang membunuh beliau ialah: 1- Munir Solah 'Abboud, 2- Ahmad Qasam, 3- Wasim Muhammad Abdul Nasir, 4- Rabie' Muhammad Nab'ah, 5- Muhammad Hamid (Abou Ubaida).

Tujuan Demang bukan untuk mengatakan fahaman ini betul dan fahaman itu salah bahkan Demang ingin ingatkan bahawa inilah akibat daripada terlalu sibuk mengatakan orang itu betul dan orang ini salah.




Akibat perangai ulama-ulama yang hanya ada ilmu untuk diri sendiri tetapi tidak ada ilmu dalam bermasyarakat, maka inilah jadinya. Rasulullah SAW berpenat lelah menyatukan manusia di bawah Islam, ulama-ulama 'separuh masak' ini pula sibuk mengumpul pengikut masing-masing dan memupuk perasaan saling benci membenci antara puak-puak.


Adakah kita mahu negara kita begitu?




Inikah 'wajah Islam' yang nak kita siarkan pada penganut agama lain?

Berdakwahlah dengan berhikmah. Ikutlah cara dakwah Islam sebenar yang ditunjukkan Rasulullah SAW.




Nota: Beberapa perkataan dan ayat dikekalkan daripada sumber asal bagi memperlihatkan betapa kritikal kebencian sesama Islam.


Rujukan & foto:

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

http://azlishukri.blogspot.com/

Sunday, August 23, 2009

Nik Aziz tidak keseorangan

Apabila Demang dan sahabat-sahabat blogger seperti Azli Shukri dan lain-lain menulis tentang kecelaruan dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Nik Aziz, maka beberapa orang pecacai PAS mula melenting. Bagi mereka tidak mungkin seorang yang pernah belajar tentang agama dan dianggap ulama' boleh melakukan kesilapan.

Sebenarnya Nik Aziz bukan satu-satunya ulama' yang pernah mengeluarkan ajaran-ajaran dan fatwa-fatwa yang membahayakan akidah ummat Islam sehingga menimbulkan perpecahan ummah. Malah ulama' yang jauh lebih hebat daripada Nik Aziz juga pernah melakukannya.
Sebagai contoh, lihat http://bankwahabi.wordpress.com/

Apatah lagi Nik Aziz adalah seorang ahli politik...

Saturday, August 22, 2009

Ucapan Nik Aziz




"PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.




Adakah kata-kata Nik Aziz tersebut dalam keadaan sedar atau di luar sedar? Adakah beliau tidak tahu bahawa PM dilantik mengikut kekuatan kelompoknya? Contohnya, apabila Lim Kit Siang menjadi Presiden DAP, dan DAP adalah parti terbesar dalam PR, maka jika PR memenangi PRU, Lim Kit Siang boleh menjadi PM.




Adakah Lim Kit Siang perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh PAS dan komponan PR yang lain untuk menjadi PM?
Sudah tentu DAP tak perlu mematuhinya sebab mereka adalah parti terbesar (dominan).

Implikasinya, jika orang Melayu terus menyokong PR dan akhirnya DAP menjadi parti utama, maka tercapailah hasrat mereka menjadi PM. Ketika itu, jangan harap PAS atau beberapa kerat orang Melayu dalam PKR mampu membendung mereka.

Untuk membaca koleksi ucapan Nik Aziz yang memecahbelahkan ummat, sila layari sini.

Sumber: Borang (http://n11permatangpasir.blogspot.com/)

Friday, August 21, 2009

Ibadat orang UMNO lebih ikhlas

Salah satu yang mengkagumkan sarjana barat terhadap Rasulullah SAW ialah baginda menyeru manusia beribadat dan dalam masa yang sama baginda turut melakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.

Lazimnya, jika seseorang itu berbohong dengan ajarannya, maka orang tersebut akan hanya menyuruh orang lain melakukannya (ibadat) sedangkan dia sendiri hanya melakukannya di depan orang ramai.

Maklumlah, melakukan solat, puasa, dan berzikir bukannya dapat duit!

Sebagai orang Islam, salah satu perkara yang mengkagumkan kita ialah Rasulullah SAW melakukan ibadah yang tiada taranya padahal baginda sudah pasti dimasukkan ke dalam syurga.

Justeru apabila melihat kenyataan Nik Aziz bahawa orang UMNO tidak akan masuk syurga Demang terfikir betapa jika masih ada orang UMNO yang berbuat kebajikan selepas ini, bermakna amalan mereka tersebut memang benar-benar ikhlas sebab mereka tidak mengharapkan sebarang balasan.

Terpulanglah pada anda untuk membuat interpretasi terhadap omelan Demang kali ini.

Thursday, August 20, 2009

Restruktur UMNO & PAS

Nampaknya kemelut kedua-dua parti Islam tersebut masih belum reda cuma angin sedang bertukar arah. Jika sebelum ini UMNO menerima persepsi negatif berikutan pengkhianatan sekutu bukan Melayunya dalam PRU12, kini PAS pula sedang dipertikai oleh rakyat.

Kenyataan terbaru Nik Aziz bahawa penyokong UMNO tidak masuk syurga sekali lagi mengundang kecelaruan dan akhirnya menambah luas jurang perpecahan ummat Islam di negara ini.

Apapun, percaturan politik kedua-dua parti memang meresahkan dan membingungkan rakyat. Ekoran dari itu menerbitkan rasa meluat terhadap ahli politik.

Meskipun DS Najib bertungkus lumus melakukan pelbagai perubahan positif namun masih terdapat pemimpin di peringkat pertengahan yang gagal memahami aspirasi kepimpinan beliau.

Padahal buku 1 Malaysia sudah disebarluas. Pelbagai seminar, wacana, kursus dan sebagainya berisi kertas kerja para intelektual sudah dijalankan. Maka jika masih ada yang tidak mengerti, eloklah mengundur diri.

Masalah UMNO ialah di peringkat pertengahan, iaitu gagal mengikut rentak pemimpin atasan manakala masalah PAS ialah di peringkat atasan yang terjerat dengan muslihat PKR dan DAP.

Peringkat bawahan, mana-mana pun sama!

Justeru satu gerakan baru perlu dilancar bagi menyelamatkan kedua-dua parti tersebut. Tugas itu terletak di bahu kita semua.

Setakat ini Demang belum ada idea yang jelas untuk mengembalikan PAS pada perjuangan yang menguntungkan ummat Islam. Tak apalah. Setakat ini PAS cuma memiliki 23 kerusi parlimen, tercorot di belakang DAP dan PKR.

UMNO lebih sesuai untuk didukung dengan pencapaian konsisten sehingga kini. Dalam PRU12, UMNO memiliki lebih 80 kerusi parlimen. UMNO berada jauh di hadapan berbanding MCA dan MIC iaitu sekutu di dalam BN.

Untuk memperbetulkan perjuangan UMNO rasanya tidaklah begitu sukar. Malah dengan situasi yang ada hari ini, ia lebih mudah dicapai apatah lagi dengan adanya kesungguhan kita semua sebagai rakyat.

Baik UMNO mahupun PAS, kedua-duanya hanyalah sebuah organisasi. Penggeraknya tetap manusia. Siapa lagi kalau bukan kita?

Apapun hala tuju, tingkah laku, imej, dan sebagainya, manusia lah yang menentukan. Organisasi hanya sebuah alat. Bahkan perlembagaan partipun boleh diubah sekiranya kita mengkehendakinya.

Dalam perjuangan, networking amat penting. UMNO sudah terbukti sejak sebelum merdeka lagi mempunyai jaringan yang luas, stabil, dan dinamik. Maka adalah lebih efisyen jika kita menggunakan UMNO sebagai wadah perjuangan Islam.

Para pemimpin UMNO bukan tuhan, bukan rasul atau nabi, bukan wali dan bukan juga sultan. Semuanya boleh diubah dan ditukar ganti. Jika kita tidak berkenan, cari sahaja yang baru, yang lebih berkualiti.

Kualiti dalam kepimpinan bukan sekadar diukur pada gulungan sijil, ijazah, serta pengiktirafan akademik. Sebaliknya pemimpin yang berkualiti mempunyai networking yang luas, kental, dan dinamik.

Pemimpin yang berkualiti diterima bukan sahaja oleh satu golongan. Malah jika terdapat banyak kumpulan, beliau mampu diterima oleh lebih daripada 2/3 daripada kumpulan-kumpulan tersebut.

Jaringan atau networking tidak muncul sendiri sebaliknya dibina dengan tekun dan sabar dalam tempoh masa yang panjang. Anda tidak boleh menyertai sesuatu kumpulan dan berharap diterima menjadi ketua. Anda perlu membinanya sendiri.

Demang mengesyorkan kita perkasakan UMNO. Ubah lah apa yang kita rasa perlu diubah. Daftarlah sebagai ahli UMNO yang sah. Bina networking anda sendiri. Buktikan bahawa anda mempunyai kualiti sebagai pemimpin Islam sejati. Kenapa sekadar mengharapkan orang lain melakukan yang terbaik untuk kita?

Sekarang masanya kita mengubah UMNO dengan tangan kita sendiri.

JOM!




Wednesday, August 19, 2009

Majlis Fatwa


BH 19/08: Kenyataan Nik Aziz bahawa Islam yang diamalkan Umno tidak membawa ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam: Majlis Fatwa


Sebenarnya ini bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ummat Islam di Malaysia. Lihat 10 kenyataan penuh kontraversi Nik Aziz sebelum ini di http://azlishukri.blogspot.com/

Nik Aziz Lebih Baik Diam

Demang terdiam melihat kenyataan Nik Aziz semalam bahawa orang UMNO tidak masuk syurga. Kemudian diperbetulkan oleh beliau bahawa yang dimaksudkan bukan ahli UMNO tetapi penyokong UMNO. Kata Nik Aziz dalam Harian Sinar hari ini, Ahli UMNO dengan Penyokong UMNO itu berbeza.

Entahlah. Demang semakin tidak faham. Kalau begitu Demang perlu menjadi ahli UMNO dan tidak lagi sekadar menyokong UMNO.

Baru seminggu lalu Ketua Pengarah BTN melahirkan rasa syukur melihat DS Najib dan Nik Aziz berbaik-baik. Kusangka panas hingga ke petang rupanya...

Betullah sebagaimana pesan Najib kepada Nik Aziz: "Tuan Guru kalau nak apa-apa, terus beritahu saya. Jangan bercakap dengan orang lain."

Pesanan Najib tersebut memang berasas. Lihatlah, semakin banyak Nik Aziz bercakap, semakin bercelaru dan keliru ummat Islam jadinya.

Tuesday, August 18, 2009

Di sebalik Merdeka


31 Ogos 1957 adalah sempadan masa. Sebelum itu British yang berkuasa. Apabila ketetapan telah dibuat untuk merdeka, maka perlu ditentukan siapakah yang akan menghuni negara yang bakal merdeka itu.

Maka raja-raja menetapkan semua orang Melayu secara automatik menjadi rakyat negara baru ini. Manakala orang lain yang bukan Melayu boleh membuat pilihan samada untuk terus menetap sebagai warga bumi bertuah ini atau kembali ke wilayah masing-masing.
Justeru sebahagiannya berikrar untuk kekal manakala sebahagian lagi kembali ke tempat asal.

Persoalannya, siapa yang dimaksudkan dengan orang Melayu?

Setelah disepakati, maka didefinisikan bahawa yang dikatakan Melayu itu ialah orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan mengamalkan adat budaya Melayu.

Pernyataan tersebut direkodkan dalam perlembagaan bahawa sesiapa yang mempunyai ciri-ciri tersebut diisytiharkan sebagai orang Melayu.

Diisytiharkan juga bahawa sultan-sultan adalah ketua bagi negeri mereka manakala dalam kalangan tersebut akan digilir menjadi Ketua Negara bergelar Yang Dipertuan Agong.

Sistem pemerintahan yang digunakan ialah Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.

Apabila disebut demokrasi maka semua orang tahu bahawa salah satu cirinya ialah semua orang akan dilayan dengan adil dan samarata. Setiap orang akan mendapat hak yang sama.

Ingat. Kunci pada ayat di atas ialah SETIAP ORANG.

Namun ketika di awal kemerdekaan, orang Melayu hanya mempunyai 0.2% dalam ekonomi negara. Alangkah daifnya. Berapakah setiap orang Melayu akan dapat jika dibahagikan harta 0.2% itu?

Maka DEB dilancarkan. Itupun setelah orang Melayu tidak lagi boleh bersabar. Maka dalam DEB, orang Melayu-Bumiputra diperuntukkan 30% kuota. Orang Melayu bersyukur walaupun mereka sepatutnya mendapat peruntukan yang lebih kerana mereka adalah rakyat asal dan merupakan penduduk majoriti.

Setelah 20 tahun DEB dilaksana, orang Melayu-Bumiputra yang kini mewakili 66.6% warga Malaysia berjaya memegang 18% ekuiti negara.

Walaupun tidak diberikan 66.6% sebagaimana sepatutnya; walaupun 30% yang diperuntukkan belum terlaksana; DEB tetap ditamatkan.

Kemudian diperkenalkan DPN; itupun diungkit siang-malam.Demang kisahkan semula sejarah di atas bukan hanya kerana bulan ini kita menyambut Hari Kebangsaan tetapi kerana tersentuh melihat seorang anggota polis yang dtempeleng oleh seorang pemimpin berketurunan India dalam berita perdana malam tadi.

Demang teringat betapa itulah bangsa yang pernah merayu untuk menjadi rakyat negara ini lebih setengah abad yang lalu.

Demag teringat itulah keturunan yang setiap kali pilihanraya diperuntukkan kerusi-kerusi parlimen dan DUN walaupun mereka tidak pernah layak memilikinya andai demokrasi sebenar diambil kira.

Demang juga teringat pada Ananda Krishna yang memegang aset berbillion dollar. Kemana beliau ketika isu Kampung Pala?
...............
foto: people in india werner boehm
flickr.com

Wednesday, August 12, 2009

Bantulah sesama kita


Siang tadi singgah sebentar di kedai komputer. Cuma untuk minta bantuan memasang (install) aplikasi. Bukan apa, laptop kecil Demang tiada CD Rom.

Sambil menunggu pemasangan selesai, Demang keluar berbual sebentar dengan pemilik sebuah bengkel.

"Tak mahal ke servis kat kedai komputer tu?" tanya pemilik bengkel kereta tersebut.

"Biasa saja." balas Demang. "Lagipun, servis di situ mudah. Semuanya lengkap.

Memanglah ada 2-3 orang di kampung yang boleh buat benda tu. Tapi leceh sikit. Diorang cuma part-time. Selalu terpaksa bertangguh. Masing-masing sibuk dengan kerja.

Kedai lain? Memanglah banyak. Tapi kalau Demang mati nanti, dah tentu diorang tak mampu sedeqah Al-Fatihah pada kita.

Bagi Demang, biarlah kita bayar lebih sikit asalkan puas hati. Bukan orang lain pun... kedai saudara seagama kita juga.

Oh ya, sebenarnya untuk pemasangan tersebut, pemilik kedai tersebut tidak mengenakan sebarang bayaran pun.

.......................


foto: shop jpg suchmaschinen-tippgeber.de

Tuesday, August 11, 2009

Kembalilah PAS


222 jumlah semuanya. Daripada 222 itu UMNO ada 78. PAS pula ada 23. Memang jauh bezanya antara 78 dengan 23. Hampir tiga kali ganda. Sebenarnya UMNO masih boleh berlaku sombong dengan PAS.

Sementara itu dalam pakatan pembangkang, PKR (Melayu + Cina + India), mereka mempunyai 30 kerusi dan DAP memiliki 28 kerusi.

Nampaknya, dalam kelompok manapun PAS berada, parti yang berasal daripada sayap UMNO tersebut tetap berada di bawah sekali.

Pemimpin dan para penyokong PAS, janganlah lagi berilusi dan berfantasi. Sedarlah daripada mimpi. Cukup-cukuplah berfikir bahawa UMNO sudah ditolak oleh orang Melayu. Lihatlah fakta dan statistik pilihanraya yang terbaru dan terimalah hakikat yang PAS sekarang sekadar menumpang tuah orang.

Dengan kedudukan 78-23 tersebut, UMNO masih sukar untuk dikalahkan dan PAS masih jauh lagi daripada kemenangan. Hanya yang boleh berlaku ialah, kerusi UMNO akan merosot dan kerusi PAS akan bertambah sedikit. Paling tinggipun, akan dapat keputusan 51 kerusi dan 50 kerusi. Tidak tahulah parti mana yang dapat 51 dan parti mana yang akan dapat 50. Yang pasti, kedua-dua parti itu akan jadi parti yang lemah.

Sedangkan pemimpin-pemimpin bukan Melayu sedang menguatkan penguasaan mereka dalam pakatan pembangkang. Lihat kes Chua Jui Meng dan S Subramaniam yang menyertai PKR baru-baru ini.

Namun jika melihat pada prestasi DS Najib dan respon rakyat terhadap pendekatan beliau setakat ini, adakah angka tersebut mampu dicapai PAS?

Hanya golongan muda yang tidak mengenal sejarah perjuangan bangsa dan agamanya sahaja yang enggan menyokong UMNO. Dan, bilangan tersebut sudah semakin merosot terutamanya sejak kebelakangan ini.

Kembalilah PAS ke pangkuan UMNO. Kita susun semula agenda perjuangan Islam. Hentikan pergaduhan sesama sendiri. Tidak ada salahnya parti UMNO itu. Jika ada pun dosanya, itu bukan milik parti tetapi perbuatan beberapa pemimpinnya yang terleka dengan nikmat dunia. Jika kita pun berada di tempat mereka, belum tentu kita tidak melakukannya.

Yang sudah tu, sudah lah.

Kepada anak-anak muda yang tersimpan di sudut hatinya untuk memberi sumbangan kepada negara, dekati dan hayati sejarah perjuangan UMNO selama ini. Kunjungi mana-mana cawangan UMNO di kawasan anda. Sertai dan berikan sumbangan anda.

Ya, barangkali ada sesuatu perkara yang anda lihat dan tidak setujui. Atau, anda fikir ia boleh dilakukan dengan lebih baik lagi. Maka bersuara dan bertindaklah untuk memperbetulkannya. Jangan bercakap di belakang sahaja dan bersikap menentang.

Namun perlu diingat, jangan lupa adab budaya dan sopan santun kita. Orang tua dan orang lama perlu dihormati. Jika kita bijak melayani mereka dengan berhemah dan berhikmah, insya-Allah mereka akan memberi laluan kepada anda untuk menjadi pemimpin.

Namun jangan lah berharap untuk mengubah semuanya dalam sekelip mata. Berjuanglah dengan penuh iltizam dan istiqamah. Bukanlah perjuangan namanya kalau ia dapat dicapai dengan begitu mudah.

Anda tidak boleh lakukannya seorang diri. Ajaklah sahabat-sahabat untuk sama-sama melakukannya. Sahabat itu dicari dan dibina, ia tidak datang sendiri.
Suatu masa dan ketikanya nanti, anda lah yang akan menjadi pemimpin UMNO. Pegang dan laksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh amanah.

Demang percaya, kalian boleh lakukan.



Angka-angka adalah berdasarkan keputusan PRU12:
http://www.parlimen.gov.my/dR-statistik.htm
Foto: dato onn jaafar
no2umno.blogspot.com

Friday, August 7, 2009

Gula Hilang Lagi


SMS tanya: Aslkum..kat sana ada gula ke?
SMS Balas: Gula pasir ke gula Melaka?
SMS tanya: Gula pasir le...
SMS balas: Apasal?
SMS: Kt sini xde langsung...

Itu adalah SMS yang Demang terima daripada salah seorang adik Demang di kampung. Dua orang adik Demang sudah pulang ke kampung beberapa hari yang lalu setelah pusat pengajian mereka ditutup ekoran H1N1 yang semakin merebak

Sebelum itu Demang terima SMS berikut:

BH 06/08: KPDNKK Perlis sita 23.8 tan gula pasir bernilai RM32,000 yang cuba disorok pemilik gudang di Jejawi dalam serbuan petang semalam.

Ada tiga perkara yang Demang ingin sentuh berdasarkan semua SMS tadi.

Pertama, apabila ummat Islam hendak menyambut Ramadhan dan berhari raya, maka golongan peniaga (pengilang/pemborong) pun mengambil kesempatan.

Inikah semangat setiakawan, perpaduan, keadilan, dan kesamarataan yang didambakan kaum bukan Melayu? Bagaimana hendak pegang kuasa politik jika tidak tahu menjaga hak, kepentingan, dan kebajikan pengguna?

Pengguna = rakyat.

Kenapa Demang katakan begitu? Kenapa Demang kaitkan kemampuan bukan Melayu menguasai politik negara?

Kerana itulah hakikatnya! Bermula dengan PRU12, agenda kaum bukan Melayu ialah meruntuhkan kerajaan BN dan menguasai kerajaan baru melalui penguasaan dalam pakatan pembangkang!

Buktinya? Telah banyak kali disebut dan diulang-ulang. Semaklah fakta: dalam PRU12 para pengundi bukan Melayu telah berpaling tadah dengan memberi undi pada pembangkang. Adakah kenyataan Demang ini dusta?

Lihat pula fakta, kaum manakah yang menguasai pakatan pembangkang? Lihat kedudukan kerusi DUN Perak ketika Nizar menjadi MB. Siapa yang menguasai DUN sebenarnya? Pernah dengar istilah 'Kerajaan Boneka?'

Lihat pula isu Selesema Babi H1N1? Kemana perginya pemimpin DAP? Kenapa tidak cuba berkempen agar semua babi dihapuskan dari bumi Malaysia ini?

Masih ingat artikal Demang tentang Kenapa Chua Jui Meng keluar MCA dan sertai PKR?

Demang bukan menempik pada kaum cina sahaja. Tak ramai pengunjung cina ke blog ini. Yang Demang nak sedarkan ialah kawan-kawan Demang yang menyokong PKR yang acapkali memberitahu Demang bahawa lebih baik kaum cina memegang politik negara ini sebab mereka kaum yang maju. Malaysia nanti akan maju seperti Singapura!

Anda tidak pernah mendengar kata-kata tersebut? Bagaimana dengan kenyataan ini:

"Semua rakyat perlu dilayan secara sama rata - kesamarataan. Semua peluang harus dibuka secata samarata. Kesamarataan. Hapuskan hak istimewa Melayu & Bumiputra = KESAMARATAAN"

Masih belum faham-faham lagikah? Bila sebut pasal perpaduan UMNO-PAS, maka penyokong PAS pun mula mengungkit semua dosa-dosa UMNO yang lalu. Besar sangatkah dosa UMNO? Tak adakah jasa UMNO yang menguasai BN hingga sekarang?

Yang mana kita hendak pilih? PAS yang menjadi parti minoriti dalam pakatan pembangkang atau UMNO yang menguasai BN? Atau PKR yang semakin dikuasai bukan Melayu.




..............

Foto gula melaka thumb
umami.typepad.com

Terima kasih

Thursday, August 6, 2009


Demang banyak menerima pertanyaan daripada para blogger yang berminat meletakkan iklan Minyak Morhabshi dan mendapat komisyen daripada iklan tersebut. Sebenarnya produk tersebut hanyalah permulaan. Dari semasa ke semasa produk-produk menarik akan ditambah ke dalam web Morhabshi.com. Berikut adalah cara-caranya:


1) Admin Morhabshi akan menyediakan sebuah akaun untuk anda dalam sistem mereka. Untuk itu, anda cuma perlu membuat pendaftaran ringkas di http://www.morhabshi.com/join.php (percuma).
2) Kemudian, anda bolehlah meletakkan sedikit iklan yang mempunyai link ke web rasmi Morhabshi.com. Proses tersebut sama seperti yang biasa anda lakukan dalam blog anda selama ini.
3) Apabila pengunjung blog anda mengklik pada link tersebut, sistem Morhabshi.com secara automatik akan mengenali bahawa bakal pembeli tersebut dipromosi oleh anda.
4) Seterusnya, apabila mereka membuat pembelian secara on-line, komisyen akan dimasukkan terus ke dalam akaun anda tadi secara automatik. Oleh kerana sistem ini menggunakan sistem multi level, maka tanpa anda sedari link promosi tersebut akan berkembang, merebak, dan beranak pinak ke seluruh dunia. Anda akan mendapat komisyen sehingga 7 level!!!
5) Anda boleh mengeluarkan komisyen tersebut bila-bila masa dan tanpa had minimum atau maksimum. Pihak Admin akan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank anda setelah mendapat permintaan daripada anda.
6) Jika anda bersetuju, sila buat pendaftaran di http://www.morhabshi.com/join.php

Sekian terima kasih atas kerjasama anda.

”Ekonomi memajukan ummah”

Admin Morhabshi.

Disalin daripada http://morha.blogspot.com/



foto millionaire cover jpg
cdshakedown.com

TQ

Produk Muslim


Malam tadi barangkali semua masjid dan surau mengadakan majlis bacaan Yaasin dan membaca doa Nisfu Saaban.


Begitu juga Masjid Pengkalan Rama yang selalu kami kunjungi bagi mengikuti kuliah Ustaz Fuad. Maka malam tersebut kuliah tasawuf ditangguhkan untuk memberi laluan pada majlis bacaan Yaasin.


Sebelum bacaan dimulakan maka seperti biasa kitab kecil Yaasin diedarkan kepada setiap yang hadir. Cuma bezanya kali ini kitab kecil tersebut tidak perlu dikembalikan. Yakni dihadiahkan terus kepada hadirin. Rupa-rupanya kitab-kitab tersebut didermakan oleh seorang pemilik sebuah kedai buku di Melaka.


Lantas hati Demang segera berkata; betapa jika kita berbelanja di premis perniagaan milik orang yang seagama dengan kita maka akhirnya kebaikannya akan kembali kepada ummat Islam juga.



.............................

muslimah0nm jpg 155 x 218 8k
turban.se

TQ

Tuesday, August 4, 2009


ISA: Anwar ditahan

Wah! Inilah berita yang diharap-harapkan Anwar dan para pemimpin tertinggi pembangkang.

Jika Anwar ditahan di bawah ISA maka sejarah akan mencatatkan bahawa Anwar ditahan di bawah akta ISA, bukannya kerana jenayah lain atau isu moral.

Catatan tersebut akan diselitkan dengan pendapat ahli akademik dan politik tentang kebaikan serta keburukan ISA. Maka akan pudar dan hilanglah kes sebenar.

Itu jika dilihat pada sudut sejarah yang bakal ditulis.

Untuk helah politik hari ini pula, ketua-ketua pembangkang akan menghasut rakyat agar terus merasa tidak puas hati pada kerajaan. Kelemahan ISA digembar gemburkan. Padahal yang dikenalpasti sebagai kelemahan tersebut hanyalah dari segi teknikal yang memang pun sedang dicadangkan untuk dibaiki.

Kita tunggu dan lihat apa muslihat Anwar selepas ini?



................

foto from: 225465 ANWAR news.bbc.co.uk

TQ.

Sunday, August 2, 2009

dia yang memusnahkan impian


Melihat pada ketenangan DS Najib menjawab soalan pemberita dalam Berita Perdana sebentar tadi tambah menyakinkan Demang bahawa demonstrasi membantah ISA yang diadakan semalam berjaya melengkapkan kebencian rakyat terhadap pembangkang.

Maklumlah, DS Najib tidak hanya melihat dan mendengar dengan sepasang mata dan telinga beliau sahaja. Para perisik yang bertaburan di seluruh negara sudah menyalurkan hasil pemerhatian mereka di seluruh negara: yakni, respon rakyat terhadap demonstrasi tersebut.

DS Najib telah mendapat respon positif daripada rakyat. Dalam TV tadi DS Najib jelas tidak dapat menyembunyikan keceriaan beliau ekoran peristiwa semalam.

Semuanya hanya kerana TERDESAK!

Akibat terdesak dengan perbicaraan yang terpaksa dihadapi di mahkamah, Anwar melakukan kesilapan yang bukan kecil. Anwar sudah tidak lagi boleh berfikir secara matang dalam mengatur stategi politik. Tindakan semalam benar-benar semakin merugikan pembangkang.

Tindakan demonstrasi tidak dilakukan oleh pihak yang kuat dalam politik. Demonstrasi dan mogok adalah senjata terakhir pihak yang sudah tidak mampu berjuang. Justeru tindakan demonstrasi semalam menggambarkan betapa pembangkang sudah kembali seperti sebelum 1999 iaitu tatkala parti-parti pembangkang sudah hampir dikuburkan beramai-ramai akibat penyokong mereka semakin merosot.
Demonstrasi yang diwar-warkan akan disertai 100 ribu penunjuk perasaan cuma dihadiri tidak sampai 10% daripada sasaran tersebut.
Rakyat melihatnya dengan penuh minat tetapi MELUAT. Seronok melihat pesta air tetapi menyampah dengan permainan politik murahan pembangkang.
Semua itu disiarkan secara langsung di TV-TV dan meresap ke dalam minda penonton. Itulah kerja PEMBANGKANG.

Nampaknya satu demi satu petanda keruntuhan pakatan pembangkang sedang berlangsung.

Kita nantikan pula Nik Aziz melatah lagi. Kita lihat nanti barangkali akan ada lagi BEKAS pemimpin MCA atau MIC keluar daripada BN bagi membantu menguatkan semula pembangkang.

Itu semua adalah petanda kehancuran pembangkang!


............................................

Foto: he broke it Dagona
flickr.com

TQ.

Saturday, August 1, 2009

Anwar ditahan ISA


Kemampuan ANwar Ibrahim menggoncang pentadbiran pimpinan Tun DrM amat menggusarkan DS Najib. Para penasihat Najib pasti telah mengingatkan DS Najib bahawa kes liwat amat sukar dibuktikan di mahkamah. Malah dianggap hampir mustahil. Bayangkan, satu barisan peguam hebat boleh diupah hanya untuk menimbulkan cuma satu keraguan sahaja! ... dan Anwar hampir pasti akan bebas.


Maka kaedah paling sesuai ialah ISA. Tangkap dan tahan Anwar menggunakan ISA. Bukankah sudah banyak bukti yang boleh dikemukakan kepada rakyat betapa Anwar mempunyai hubungan istimewa dengan USA? Gunakanlah ISA, habis cerita. Biarkan para penyokongnya melaung di luar sana. Lambat laun mereka akan letih dan bersurai. Yang masih berdegil, tangkap sahaja!


Namun itu tidak berlaku sehingga hari ini. Jadi, apa nak digusarkan ISA?

ISA sebenarnya untuk rakyat jelata. Yakni bagi melindungi rakyat daripada keadaan huru-hara.


ISA bukan sahaja tidak digunakan secara wewenang, malah amat berhati-hati. Mat Sabu dan Ibrahim Ali yang pernah ditahan di bawah ISA sendiri mengakui bahawa ISA itu perlu untuk keamanan negara dan menghindari daripada bencana besar.


Adakah negara perlu menunggu sehingga cukup bukti bahawa negara akan binasa baru hendak bertindak? Ketika itu, sesuaikah lagi orang yang mengancam negara itu dibawa ke mahkamah?


Lihatlah, berapa ramai penjenayah yang dibebaskan oleh mahkamah walaupun kita memang pasti merekalah yang bersalah.


Itu belum dikira lagi orang yang berusaha bermati-matian agar tidak dibicarakan di mahkamah!