Wednesday, June 30, 2010
DAP tetap tolak negara Islam
Demang kutip artikal daripada blog sahabat Demang iaitu 'Pejuang Bangsa':
"PR menyasarkan impian mahu menawan Putrajaya dengan mengakhiri penguasaan lebih lima dekad Barisan Nasional (BN), persoalan yang masih menjadi perhatian ramai - sama ada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?"
"Bagi Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, jawapannya ialah “tidak”.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.
“Ia sebuah negara sekular. -malaysian insider"
Demang rasa Demang tidak perlu komen kali ini. Segalanya sudah nyata.
Demang cuma nak ulang; "lebih mudah jika ditamatkan perjuangan melalui PAS dan semuanya bersatu menentang kafir harbi melalui UMNO.
Jika semua orang PAS menjadi UMNO, apa perlunya lagi PAS?
Cheguman mengungkap yang tersirat di sebalik sejarah klasik >>>
mansuhkan daftar undi
Kata seorang teman:
"Mansuhkan sahaja sistem pendaftaran pengundi. Setiap warganegara berumur 21 tahun ke atas layak mengundi secara automatik dan kawasan pengundi ditentukan mengikut alamat pada kad pengenalan."
Pendapat yang sama diluahkan seorang pengunjung Waadat semalam.
Demang setuju. Kaedah pendaftaran seperti yang diamalkan sekarang mungkin sudah tidak sesuai lagi. Malah ia terdedah pada eksploitasi sesetengah pihak.
Mansuhkan dan biarkan pembangkang mengusung daftar pengundi yang sudah tidak bernyawa itu ke liang kubur!
Lihat artikal sebelum ini...
foto:
voting
shenide.blogfa.com
iblis melanjutkan tempoh bergolak
Dalam riwayat, Hang Tuah diperkenalkan melalui peristiwa beliau menghalang amukan seorang lelaki yang mengancam nyawa Bendahara. Bermula dari situlah Hang Tuah dibawa berjumpa sultan dan diambil menjadi hulubalang diraja yang akhirnya menjadi laksamana.
Tindakan Hang Tuah tersebut dengan mudah difahami sebagai suatu bakti yang tidak terhingga kerana sejarah membuktikan Bendahara Tun Perak yang diselamatkan itu akhirnya menjadi bendahara yang begitu berjasa dalam menyebarkan Islam ke seluruh nusantara.
Namun tidak semua yang menganggap begitu. Dalam peristiwa amuk tersebut semua pengawal bendahara telah lari bertempiaran sehingga mendatangkan kemurkaan Bendahara. Bahkan ia tidak habis begitu sahaja apabila Tun Perak memanjangkan kes itu ke pengetahuan sultan.
Walaupun Hang Tuah sendiri yang mengesyorkan agar para pengawal terlibat tidak dihukum, namun kemunculan Tuah di istana merupakan saingan baru kepada pihak tertentu.
Mahu tidak mahu, Hang Tuah sudah mempunyai musuh peribadi di istana.
Saya bawa ceritera klasik di atas kerana masih ada yang gagal melihat jasa Hang Tuah sehingga tergamak menuduh beliau seorang pembodek. Malang sungguh di saat orang lain mengemukakan wira bangsa dan negara masing-masing, orang Melayu pula membunuh wira sendiri dengan pelbagai tohmahan. (lihat bagaimana Amerika mempromosi Rambo, James Bond, dan sebagainya melalui filem).
Seperkara lagi yang dapat kita ambil pengajaran ialah apabila seseorang membuat kebajikan maka akan ada yang berasa diketepikan. Golongan ini tidak duduk diam sahaja malah akan mula mencari peluang sehingga sering terbabas bertindak yang bukan-bukan.
Dalam sejarah Melayu, watak-watak pendengki terdiri daripada pihak yang kecewa dan merasa disingkir arus perdana. Lebih malang lagi apabila mereka gagal mencari kaedah positif untuk berjaya sebaliknya hanya nampak kejayaan melalui cara menjatuhkan orang lain.
Dalam pada itu iblis pun memainkan peranan dengan berkesan.
Modus operandi iblis bukanlah dengan mengada-adakan cerita sebaliknya dengan mengeksploitasi isu sebenar. Contohnya, apabila terdapat kelemahan dalam kerajaan seperti rasuah, iblis tidak akan mencadangkan rasuah itu dibasmi sebaliknya mengesyorkan agar seluruh kerajaan dimusnahkan dengan alasan ia tidak boleh dipulihkan lagi.
Dalam usaha itu, iblis tahu bahawa manusia yang paling mudah dipengaruhi ialah manusia yang sedang kecewa atau diganggu masalah besar. Sememangnya golongan tersebut memang ramai termasuklah golongan cerdik pandai yang mahir mempengaruhi minda masyarakat.
Iblis juga faham bahawa sesebuah sistem tidak mudah ditumbangkan, bahkan itulah yang dikehendaki iblis. Lebih lama proses perpecahan itu berlangsung, lebih baik bagi iblis. Sepanjang pertelagahan tersebut pelbagai aktiviti sampingan boleh ditimbulkan. Fitnah, tohmahan, kata mengata, tuduh menuduh, perkelahian, perbalahan dan jika boleh biarlah ia berakhir dengan peperangan.
Sesungguhnya kemusnahan manusia adalah janji iblis kepada Allah Taala.
Sementara itu saya juga sependapat betapa UMNO banyak melakukan kesilapan di masa lalu namun saya tidak dapat membohongi diri bahawa jasa parti itu dan pemimpinnya juga tidak ternilai.
Justeru saya percaya jalan terbaik bukanlah dengan membakar kelambu sebaliknya mengenalpasti kelemahan serta berusaha memulihnya.
Itulah yang membuka fikiran sekumpulan ulama yang menyertai UMNO baru-baru ini. Kemasukan beramai-ramai tersebut adalah permulaan kepada penyertaan lebih ramai lagi golongan berpendidikan Islam ke dalam UMNO bagi menyahut permintaan DS Najib agar UMNO berubah sepenuhnya.
Walaupun majoriti blogger BPN bukan ahli UMNO namun kami menyokong semua usaha ke arah penyatuan dan perpaduan. Iltizam kami lebih kuat lagi apabila terbongkarnya usaha mendaftarkan pengundi baru kalangan kaum cina secara agresif yang bakal memberi implikasi bertukarnya 'kerajaan UMNO' kepada 'kerajaan DAP'.
Melayu tidak ada pilihan lain selain bersatu dan tidak lagi boleh bersikap berkecuali. Mahu tidak mahu UMNO akan menjadi wadah perjuangan kerana ia adalah parti terbesar orang Melayu. PAS tidak menjadi pilihan kerana ia cuma parti serpihan yang kini hanya ada 23 kerusi.
Hakikatnya, proses meruntuhkan UMNO itu lebih panjang berbanding proses mematikan pergerakan PAS. Sedangkan proses yang lama itulah yang disukai iblis!
Jika semakin ramai ahli UMNO berjiwa Islam, apa bezanya lagi UMNO dengan PAS? Justeru apa perlunya lagi PAS?
Foto:
st paul stature in melaka
Arthurwst flickr.com
Alhamdulillah, niat Portugis untuk memurtadkan orang Melayu menemui kegagalan.
rasiskah Melayu?
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap perustiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Demang tahu, ramai yang terkesan dengan bait-bait senikata lagu di atas namun akan ada juga yang mengatakan Demang rasis.
Demang tidak faham sangat maksud rasis tetapi yang pasti Demang bukan assobiyah. Demang faham sangat maksud assobiyah dan ia tidak berlaku pada kerajaan sekarang.
Yang Demang pedulikan ialah nasib orang Islam jika tampuk pemerintahan beralih kepada kaum cina melalui DAP.
Kesedaran untuk mengundi dalam kalangan masyarakat cina sejak 2008 menimbulkan tanda tanya yang bukan sedikit.
Apa agenda mereka? Kenapa mereka boleh bersatu? Kenapa mereka tidak menggunakan platform MCA yang bekerjasama dengan UMNO?
Adakah DAP lebih baik daripada MCA kepada orang Melayu?
Sementara itu Demang menjemput seberapa ramai blogger untuk bersatu di bawah BPN. Dengan penyatuan ini kita akan lebih dihormati dan pandangan kita akan diambil kira oleh pemerintah.
Sila hubungi Demang melalui cheguman@yahoo.com atau Panglima Perang Cyber.
Ahli BPN lama juga diminta menghubungi kami untuk proses mengemaskini senarai keahlian.
foto:
83502835 24be743efc jpg
500 x 334 | 95k ethicle.com
Tuesday, June 29, 2010
rahsia pengundi baru
Pengundi baru: 1 Melayu, 40 bukan Melayu
Kelam kabut DAP mempertikai statistik yang didedahkan berkenaan nisbah pendaftaran pengundi baru Melayu dengan bukan Melayu sejak 2008.
Mempertikai fakta perlukan fakta juga. Namun pembangkang sekadar menuduh UMNO sengaja mengambil kesempatan.
Mengambil kesempatan atau tidak, tak penting. Yang penting; kenapa begitu mendadak sekali peningkatan dalam pendaftaran? Apa agendanya?
Pendedahan tersebut adalah jawapan kepada persoalan bagaimana BN boleh hilang majoriti 2/3 dalam PRU12. Ia juga adalah penjelasan kepada tanda tanya kenapa MCA kalah teruk di semua negeri dan cuma perolehi 1 kerusi DUN Perak.
Sudah terang lagi bersuluh.
Pernahkah orang Melayu mensabotaj MCA begitu?
Jika demikianlah cara kaum Cina bersatu dan bertindak, bolehkah mereka diharapkan membela semua kaum apabila DAP memerintah kelak?
PAS dan PKR Melayu jangan bodoh sangat! Kaum India nampaknya sudah mula sedar bahawa mereka telah dieksploitasi PR.
Ini baru permulaan. Demang akan paparkan satu persatu rahsia politik di Malaysia yang selama ini dianggap sensitif dan disuruh sembunyikan oleh pemimpin tertinggi. Kononnya bagi menjaga sensitiviti kaum.
Foto:
ballot
ballotbot.net
barah PKR semakin menanah dan membusuk
Demang anak peneroka Felda. Jadi Demang ada hak untuk menyampuk isu Felda yang sedang hangat diperkatakan.
Namun Demang tidak mahu masuk campur walaupun Demang tahu ia isu panas. Sebab Demang lihat PKR sedang panas punggungnya kerana bakal menghadapi saman fitnah.
Kali ini PKR pula panas punggung! Panas punggung?
Dalam pada itu timbul pula berita YB PKR nak meninggalkan parti picisan tersebut. Maklumlah, perempuan ni sensitif sikit bab skandal seks walaupun tidak melibatkan perempuan.
40 buah Ulama
Demang tidak terkejut apabila ulama PAS menggunakan penjodoh bilangan 'ekor' untuk 40 orang lulusan Islam yang menyertai UMNO minggu lepas.
Rupa-rupanya kemasukan beramai-ramai tersebut amat menggusarkan PAS. Jika tidak, tak perlulah pemimpin PAS menggelabah sangat hingga sanggup membinatangkan manusia.
Kalau pemimpin PAS menggunakan penjodoh bilangan 'ekor' untuk ulama UMNO maka Demang nak gunakan istilah 'buah' untuk kebanyakan calon ulama hari ini, tak kira di mana lokasi mereka.
Sebabnya Demang lihat kebanyakan sistem yang melahirkan ulama hanya seperti kilang yang mengeluarkan cakera keras (hard disk) komputer. Bahkan ramai pula yang sekadar menjadi cakera padat (CD) dan 'pen drive' sahaja.
Salahkah Demang memperlekeh ulama? Demang tidak tahu tetapi dari pemerhatian dan pengalaman sehari-hari, Demang rasa tidak salah. Ramai yang bergelar ulama melakukannya. Contohnya, dalam kes di atas.
Kalau Demang setakat merendahkan ulama, ulama pula jauh lebih teruk apabila mengeluarkan fatwa mengikut nafsu sendiri. Dengan kemahiran mereka menghafal hadis dan ayat Al-Quran maka mudahlah mereka memperdaya orang ramai. Tambah pula mereka petah berpidato.
Berapa ramai ummat Islam yang tidak terlibat dengan politik mati katak kerana fatwa ulama di merata dunia?
Maka perkara ulama memperlekeh ulama tidaklah menghairankan sangat. Lagipun golongan itulah yang awal dipanggil mengadap Ilahi nanti.
Orang jahil macam Demang ni, di barisan belakang sahaja. Nanti di Padang Mahsyar, kita jangan lepaskan walau 'sebuah'pun ulama begini! Biar mereka tersungkur di pintu syurga.
Lagipun, mereka kan tak lebih sebuah komputer sahaja?
Monday, June 28, 2010
nisbah pengundi Melayu-bukan Melayu satu kebetulan
nisbah pengundi Melayu-bukan Melayu ialah 1:40; Adakah satu kebetulan?
Tidak; Demang berani katakan bahawa ia bukan terjadi dengan sendirinya.
Begitu juga dengan terlepasnya Kedah, Pulau Pinang, Perak (sekejap), Selangor; serta kemenangan tipis BN di Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan.
Tidakkah negeri-negeri itu sejajar dengan Singapura?
Sememangnya ada tangan dan suara ghaib di belakang semua ini. Sebagaimana blog Waadat ini yang ada penulisnya maka begitu juga rentetan peristiwa politik negara kita ini juga ada perencananya.
Cuma, mereka pasti tidak akan melangkaui semua yang telah Allah Taala takdirkan kerana ’kita adalah ummat terbaik’ untuk ummat manusia.
Kenyataan akhbar hari ini bahawa nisbah ’Satu Pengundi Melayu, 40Pengundi Bukan Melayu wajib difahami oleh sekalian ummat Islam di Tanah Melayu.
Apa agenda mereka?
Baca artikal sebelum ini.
foto:
yap ah loy jpg
345 x 437 | 22k itravelkaki.com
membenteras judi atau hapuskan UMNO?
Tak usahkan judi, jika perlu DAP akan haramkan penjualan babi di Pulau Pinang seandainya itu boleh memberi kelebihan politik kepada mereka.
Maka PAS pun riuh rendah mengatakan bahawa mereka telah berjaya mentarbiah parti chauvinis tersebut serta kaum cina di Malaysia untuk memahami ajaran Islam!
Demang katakan: "cukuplah hanya penyokong tegar PAS sahaja yang terus diperbodoh DAP. Majoriti orang Melayu tidak akan begitu mudah memasuki perangkap DAP@PAP@Lee Kuan Yew.
Tinjauan Demang di Kedah baru-baru ini mendapati walaupun ramai yang tertarik dengan corak pemerintahan Azizan namun mereka sedar kemenangan pembangkang hanya membuka peluang untuk DAP memerintah Malaysia. Ternyata semakin ramai orang Melayu yang tahu tentang 'grand design' DAP menakluki Tanah Melayu melalui penguasaan politik di negeri-negeri Pantai Barat serta teori 'Chinese Belt'.
Paling Demang tidak sangka ialah apabila anak muda yang sebelum ini cenderung pada PAS juga melahirkan rasa terkilan yang amat sangat dengan nasib malang Pulau Pinang yang jatuh ke tangan DAP. Malah anak muda tersebut memberitahu Demang bahawa itu adalah 'jalan' untuk DAP menguasai negeri lain pula!
Bagi pembaca Waadat, Demang kini tidak lagi begitu berkias dalam menulis. Hal ini kerana perjuangan kita sudah memasuki tahap kedua iaitu 'membenteras'.
Yang penting, Demang akan terus mengungkap apa yang tersirat di sebalik tindakan kerajaan dan pembangkang dalam 'games' mereka.
Kali ini Demang nak beritahu bahawa apabila DAP Pulau Pinang mengharamkan judi, mereka sebenarnya sekadar mahu menghapuskan UMNO. Nanti apabila mereka menguasai politik Malaysia, semuanya akan dikembalikan seperti asal. Bahkan lebih teruk lagi!
foto hiasan:
ubud cockfight
whirlwind_hea... flickr.com
Friday, June 25, 2010
pengganti UMNO?
Ramai yang menyangka suatu ketika dulu jika UMNO digantikan, maka barisan alternatif akan memerintah lebih baik.
Betul ke?
Dalam masa kurang daripada 2 minit, Demang meninjau blog-blog tertentu secara rawak dan rupa-rupanya 'bakal pengganti' BN yang dicanangkan baik itu ternyata berselirat dengan perbagai masalah.
Lihat sini.
Juga di sini.
Atau di sini.
di sini pun ada.
Hubungan lama Anwar
Sementara saya menyiapkan tulisan mengenai kes buli yang mengakibatkan kematian seorang calun prajurit negara untuk kesekian kalinya, mari kita lihat semula catatan lama hubungan Anwar di luar negara.
Lihat sini.
bukan Islam bantah lesen judi
Demang tidak pelik apabila kaum cina yang budaya judi sudah melekat erat dalam diri mereka tiba-tiba membantah cadangan kerajaan untuk menyambung lesen judi.
Demang sedar, para penyokong pembangkang seronok dengan perkembangan ini. Mereka akan kata cina Malaysia dah sedar bahaya judi!
Piirah.... alasan mabuk je tu. Demang katakan mabuk sebab lesen arak tak pulak dibantah.
Kenapa? Sebab Nik Aziz baru luluskan lebih 30 lesen arak di Kelantan dengan alasan arak adalah budaya kaum cina dan India.
Bukan susah nak jadi ulama PAS. Jika BN buat, maka cari sahaja alasan untuk mengharamkannya. manakala jika PAS nak buat, carilah alasan untuk membolehkannya.
Apa kena mengena dengan pemimpin chauvinis cina dalam hal ini?
Jangan bodoh sangat; inilah peluang pemimpin dari kaum cina menguasai politik negara yang takkan mereka rasai selagi UMNO kuat!
Demang sedar, para penyokong pembangkang seronok dengan perkembangan ini. Mereka akan kata cina Malaysia dah sedar bahaya judi!
Piirah.... alasan mabuk je tu. Demang katakan mabuk sebab lesen arak tak pulak dibantah.
Kenapa? Sebab Nik Aziz baru luluskan lebih 30 lesen arak di Kelantan dengan alasan arak adalah budaya kaum cina dan India.
Bukan susah nak jadi ulama PAS. Jika BN buat, maka cari sahaja alasan untuk mengharamkannya. manakala jika PAS nak buat, carilah alasan untuk membolehkannya.
Apa kena mengena dengan pemimpin chauvinis cina dalam hal ini?
Jangan bodoh sangat; inilah peluang pemimpin dari kaum cina menguasai politik negara yang takkan mereka rasai selagi UMNO kuat!
Thursday, June 24, 2010
apa masalah Najib?
Bohonglah kalau dikatakan Najib tiada kelemahan. Namun dengan pelbagai kebajikan yang beliau lakukan mencakupi segenap lapisan masyarakat, hampir tiada ruang lagi untuk rakyat mempertikai beliau.
Pembangkang? Buatlah apapun, kerja mereka hanyalah membangkang. Namun rakyat bijak menilai.
Terbaru, seramai 4,976 ketua isi rumah miskin tegar dan miskin bandar yang berdaftar menerusi e-Kasih jadi kumpulan pertama terima ASW2020-Bandar.
Mereka akan menerima dividen seumur hidup!
Apa alasan kaum cina untuk menerima DAP? Apa alasan mereka menyokong PKR?
Apa alasan PAS untuk meneruskan perjuangan? Ikhlaskah DAP menyokong negara Islam ala PAS? Siapakah yang menguasai PKR kini dan selepas Anwar tiada?
Masalah Najib ialah masih ramai pengacau yang berusaha menggagalkan usaha beliau.
Salam,
(Blogger bukan ahli UMNO tetapi berpendapat sudah sampai masanya orang Melayu bersatu bagi menghalang kaum bukan Melayu menguasai politik negara melalui pakatan pembangkang yang nampaknya diberi laluan mudah oleh pengundi kaum cina sejak akhir-akhir ini).
Kaf alif waw mim, cha ya nun alif, nun alif kaf, kaf waw alif sin alif pa waw lam ya ta ya kaf!
Sumber berita:
BH 24/06
Pembangkang? Buatlah apapun, kerja mereka hanyalah membangkang. Namun rakyat bijak menilai.
Terbaru, seramai 4,976 ketua isi rumah miskin tegar dan miskin bandar yang berdaftar menerusi e-Kasih jadi kumpulan pertama terima ASW2020-Bandar.
Mereka akan menerima dividen seumur hidup!
Apa alasan kaum cina untuk menerima DAP? Apa alasan mereka menyokong PKR?
Apa alasan PAS untuk meneruskan perjuangan? Ikhlaskah DAP menyokong negara Islam ala PAS? Siapakah yang menguasai PKR kini dan selepas Anwar tiada?
Masalah Najib ialah masih ramai pengacau yang berusaha menggagalkan usaha beliau.
Salam,
(Blogger bukan ahli UMNO tetapi berpendapat sudah sampai masanya orang Melayu bersatu bagi menghalang kaum bukan Melayu menguasai politik negara melalui pakatan pembangkang yang nampaknya diberi laluan mudah oleh pengundi kaum cina sejak akhir-akhir ini).
Kaf alif waw mim, cha ya nun alif, nun alif kaf, kaf waw alif sin alif pa waw lam ya ta ya kaf!
Sumber berita:
BH 24/06
Anwar boleh jawab?
Pada peringkat awal dulu saya memang simpati dengan Anwar. Namun banyak sangat yang diragui. Contohnya video ini.
Susah nak menyakinkan diri bahawa Anwar dianiayai.
salam,
UMNO perlu lebih proaktif
sebentar tadi saya menemui berita kelonggaran bagi menangguhkan yuran IPT bagi pelajar yang tidak mampu dalam Utusan Online.
Barangkali berita tersebut tidak penting bagi sesetengah orang. Namun bagi saya itu satu lagi bukti betapa kerajaan baru pimpinan Najib memang prihatin dengan perbagai masalah. Termasuk yang dianggap kecil oleh orang lain.
Sememangnya amat banyak perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan sejak Najib mengambil alih pemerintahan. Namun adakah rakyat menyedarinya?
Di sinilah perlunya media digerakkan bagi memberitahu rakyat apa yang sedang berlaku. Sayugia diingat, media bukan sahaja terbatas pada media cetak dan elektronik sahaja. Malah media baru seperti internet adakalanya lebih berpengaruh kepada rakyat.
Dalam memenuhi keperluan tersebut, DS Najib sudah menggeraknya secara positif. Namun saya lihat masih belum mencukupi. Walaupun beliau sudah menggerakkan secara aktif saluran seperti FB dan blog, namun ia gagal disokong dengan berkesan oleh UMNO, terutama UMB yang diberi tanggungjawab khas untuk tugas itu.
Sudah sampai masanya gerakan media baru diserahkan kepada orang/pihak yang memang sudah terlibat dengannya sejak awal. Tidak salah menambah bilangan yang ada namun janganlah ditinggal yang lama.
Salam,
(Blogger bukan ahli UMNO tetapi berpendapat sudah sampai masanya orang Melayu bersatu bagi menghalang kaum bukan Melayu menguasai politik negara melalui pakatan pembangkang yang nampaknya diberi laluan mudah oleh pengundi kaum cina sejak akhir-akhir ini).
Kaf alif waw mim, cha ya nun alif, nun alif kaf, kaf waw alif sin alif pa waw lam ya ta ya kaf!
Barangkali berita tersebut tidak penting bagi sesetengah orang. Namun bagi saya itu satu lagi bukti betapa kerajaan baru pimpinan Najib memang prihatin dengan perbagai masalah. Termasuk yang dianggap kecil oleh orang lain.
Sememangnya amat banyak perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan sejak Najib mengambil alih pemerintahan. Namun adakah rakyat menyedarinya?
Di sinilah perlunya media digerakkan bagi memberitahu rakyat apa yang sedang berlaku. Sayugia diingat, media bukan sahaja terbatas pada media cetak dan elektronik sahaja. Malah media baru seperti internet adakalanya lebih berpengaruh kepada rakyat.
Dalam memenuhi keperluan tersebut, DS Najib sudah menggeraknya secara positif. Namun saya lihat masih belum mencukupi. Walaupun beliau sudah menggerakkan secara aktif saluran seperti FB dan blog, namun ia gagal disokong dengan berkesan oleh UMNO, terutama UMB yang diberi tanggungjawab khas untuk tugas itu.
Sudah sampai masanya gerakan media baru diserahkan kepada orang/pihak yang memang sudah terlibat dengannya sejak awal. Tidak salah menambah bilangan yang ada namun janganlah ditinggal yang lama.
Salam,
(Blogger bukan ahli UMNO tetapi berpendapat sudah sampai masanya orang Melayu bersatu bagi menghalang kaum bukan Melayu menguasai politik negara melalui pakatan pembangkang yang nampaknya diberi laluan mudah oleh pengundi kaum cina sejak akhir-akhir ini).
Kaf alif waw mim, cha ya nun alif, nun alif kaf, kaf waw alif sin alif pa waw lam ya ta ya kaf!
Wednesday, June 23, 2010
UMNO dan gerabak gula
Enam gerabak kargo dengan muatan gula tergelincir antara Paloh dan Chamek 2.43 pagi tadi, lapan perkhidmatan KTM Intercity terganggu.
"Padan muka depa," kata seorang rakan. "Nak sangat sorok gula."
Saya tak berani nak kata 'padan muka'. Takut berbalik kat diri sendiri pulak.
Istilah 'padan muka digunakan apabila pihak yang bongkak pada suatu ketika tiba-tiba ditimpa musibah akibat perbuatan sendiri. 'Padan muka' juga dikenali sebagai pembalasan.
Berbalik pada politik negara, inilah sebenarnya yang sedang berlaku apabila BN dinafikan majoriti 2/3. Walaupun ia bukan rancangan orang Melayu, namun ramai yang menempelak UMNO dengan sindiran 'padan muka'.
Namun sekali lagi saya katakan bahawa saya tidak tergamak mengatakan 'padan muka' kepada UMNO. Sebab saya tahu jika UMNO musnah begitu sahaja maka bahananya akan menimpa kita semua.
Maka, saya tidak akan kata padan muka pada UMNO dan tidak akan biarkan orang lain berkata 'padan muka' pada saya apabila kuasa Melayu hilang nanti. Untuk itu, kita akan cari jalan untuk perbetulkan semua ini.
Walaupun saya sedar saya tidak memiliki sebarang kuasa dan tiada 'orang besar' yang kenal saya, namun saya yakin ramai yang akan bersatu dengan saya.
Oh ya, saya masih ada sahabat-sahabat BPN yang sedia berjuang bersama.
Salam,
(Blogger bukan ahli UMNO tetapi berpendapat sudah sampai masanya orang Melayu bersatu bagi menghalang kaum bukan Melayu menguasai politik negara melalui pakatan pembangkang yang nampaknya diberi laluan mudah oleh pengundi kaum cina sejak akhir-akhir ini).
Kaf alif waw mim, cha ya nun alif, nun alif kaf, kaf waw alif sin alif pa waw lam ya ta ya kaf!
Sumber:
BH 23/06
ulama pas ulama umno
Desas-desus kemasukan Dr MAZA dan sebilangan besar lulusan agama ke dalam UMNO masih belum reda biarpun bekas mufti Perlis tersebut belum memberi kata putus.
'Belum beri keputusan muktamad' bagi saya bermaksud 'sudah ada niat'.
Sebenarnya tanpa penyertaan Dr Asri dan yang tersebut itupun, memang ramai golongan ulama telah dan sedang berjuang bersama UMNO. Cuma, dalam PAS kelihatan ramai 'ulama' kerana apabila bekas penyangak pun yang masuk PAS akan segera memakai ketayap. Yang pernah belajar pondok pula digelar ustaz manakala yang pulang dari Timur Tengah akan mendaftar sebagai ulama.
Selain ulama, ada pula golongan terpelajar aliran bukan agama yang cenderung pada Islam lalu dianggap sebahagian daripada ulama juga. Kata-kata golongan ini juga mudah berbekas di hati orang ramai. Walhal, mereka bukanlah alim sangat melainkan dalam bidang tertentu.
Jika dimbas perjalanan hidup mereka, rata-rata adalah pelajar yang tekun dalam pelajaran dan kurang mengambil tahu dunia sekelililng. Setelah mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR, mereka dimasukkan ke asrama penuh sehingga Tingkatan Lima.
Sepanjang lima tahun itu mereka jarang-jarang pulang ke rumah apatah lagi untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Kenduri kendara pun tak dijengah. Malah saudara mara pun kurang dikenali, apalagi jiran taulan dan masyarakat setempat.
Sebelum keluar keputusan SPM, ada yang sudah membuat persediaan ke luar negara. Sebelum sempat mengenali tanah air sendiri dan merasai denyut nadi ibu pertiwi, sudah berlepas ke rantau orang dan bergelumang dengan pelajaran mengikut pengkhususan.
Pulang ke Malaysia, (kebanyakannya) pekerjaan sudah menanti.
Sayangnya, ramai kalangan mereka tidak tahu bagaimana pekerjaan itu 'diwujudkan'. (maaf, saya terpaksa menggunakan istilah 'wujud' kerana pembaca sudah terbiasa dengan penggunaannya. Terdapat aktivis bahasa yang menyarankan istilah 'wujud' hanya untuk sifat Allah SWT. Harap bezakan maknanya).
Justeru saya tidak hairan apabila terdapat kalangan mereka yang menyokong atau simpati dengan pembangkang. Hal ini kerana pembangkang membawa idea menarik yang disukai orang yang mendengarnya. Dalam hal ini persoalan samada idea itu realistik atau sekadar impian sering dikesampingkan.
Contohnya, apabila disarankan penubuhan negara Islam, dengan mudah golongan terpelajar ini bersetuju. Saya pun begitu juga. Apatah lagi dikemukakan dalil-dalil yang tidak mampu disanggah. Maka mudahlah diri terpesona dengan perjuangan yang dilaungkan.
Baru-baru ini heboh isu kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak. Maka pembangkang mengeksploitasinya dengan bersemangat. Maka ramai yang tidak usul periksa terus percaya. Walhal, lesen itu belum diluluskan dan hanyalah proses 'renew', bukannya memperkenalkan lesen baru.
Hal tersebut samalah dengan lesen arak di Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan meneruskan pemberian lesen arak kerana ia sudah menjadi budaya orang bukan Islam. Malah MB Kelantan (Nik Aziz) sempat mengeluarkan fatwa bahawa hasil cukai judi tersebut halal digunakan kerajaan.
Bukankah lesen judi yang belum diluluskan itu juga bersesuaian dengan budaya kaum Cina? Bukankah telah ditegaskan (dalam syarat lesen) bahawa orang Islam dilarang sama sekali membuat pertaruhan walaupun melalui syarikat berlesen?
Pendaftaran dan lesen tersebut adalah untuk kerajaan memantau aktiviti perjudian yang 'suka atau tidak suka' dilakukan kaum Cina. Buktinya, lihatlah tangkapan yang dilakukan setiap hari. Yang gagal dikesan berapa banyak lagi?
Itu hanya satu contoh bagaimana PAS turut melakukan apa yang mereka bantah apabila BN memerintah. Sebenarnya ada banyak contoh lagi yang apabila diperjelaskan maka orang ramai akan faham kenapa kerajaan bertindak begitu.
Teruskan mengikuti Waadat.
(Blogger bukan ahli UMNO tetapi berpendapat sudah sampai masanya orang Melayu bersatu bagi menghalang kaum bukan Melayu menguasai politik negara melalui pakatan pembangkang yang nampaknya amat dialu-alukan pengundi kaum cina sejak akhir-akhir ini).
foto hiasan:
arab jpg
350 x 500 | 30k rapeden.net
Tuesday, June 22, 2010
Siapa Tian Chua?
Tidak lama dahulu saya pernah menyuarakan kebimbangan mengenai seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di arena politik tanah air selepas pemecatan Anwar Ibrahim.
Saya masih ingat dalam satu demonstrasi di ibu kota, pemuda tionghua tersebut mengejutkan orang ramai apabila sanggup berbaring di jalanraya selaku benteng manusia bagi menghalang kemaraan trak FRU.
Ketika pihak pembangkang menyuarakan rasa terpesona atas keberanian beliau, saya yang ketika itu menyokong Anwar Ibrahim dijengah kehairanan. Rasa cuak segera menyelubungi diri.
Apa hubungan beliau dengan Anwar sehingga sanggup menggadai nyawa? (sebenarnya siapa pun tahu bahawa tidak mungkin trak FRU akan melanggarnya melainkan Tun Mahathir ketika itu sengaja ingin melancarkan darurat!)
Entah apapun alasannya, itulah yang berlaku. Dan ia mengundang rasa kagum orang ramai.
Manakan tidak, rasanya inilah kali pertama seorang rakyat Malaysia bertindak begitu.
Sebentar tadi saya terlihat sebuah artikal yang saya rasa memberi sedikit penjelasan terhadap maksud di sebalik penglibatan lelaki itu dalam politik Malaysia yang akhirnya meletakkan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen.
Berikut saya kutip ulasan Blogger Taiping Mali:
”Dalam keghairahan berucap Elizabeth Wong terlupa yang dia telah mendedahkan kegiatan ARDA yang melibatkan Tian Chua dan beliau di luar negara.
Eli mengaku mengenal Tian Chua 20 tahun lalu pada tahun 1990 di Australia sewaktu belajar di sana. Tian Chua telah mengrekrut Eli sebagai orang kuat ARDA dan telah menghantar Eli mengelilingi dunia dalam gerakan mereka.
Eli juga mendakwa Tian Chua sangat di kenali serata dunia seperti Timur-Timur, Filipina, Indonesia dan di Indonesia semua menteri dan wakil rakyat mengenail Tian Chua.
Dari mana Tian Chua mendapat wang untuk membiayai Eli bekerja di luar negara? Sudah tentu dana yang diperolehi dari Barat untuk menggerakkan gerakan reformasi di seluruh negara supaya berkiblatkan barat atau zionis.
So bagaimana Pas dan penyokong-penyokong PKR Melayu masih tak sedar diri lagi. Masih nak bersekutu dengan Eliz dan Tian Chua laknat tersebut?
Di Singapore pemimpin gerakan ARDA telah disumbat ke dalam penjara. di Malaysia sahaja Tian Chua masih bebas bergerak tanpa sekatan dan menjadi Ahli Parlimen lagi. Ini lah satu-satunya kejayaan ARDA dan Barat yang membiayai mereka.”
Saya percaya, jika kita rajin menyiasat tentang lelaki bernama Tian Chua ini, akan banyak lagi lah jawapan yang bakal kita temui.
sumber:
http://taipingmali.blogspot.com/
lukisan di tembok penjara pudu
Saya masih ingat sekitar 1986 ketika bergayut di tangga bas mini nombor 25 sebagai konduktor, melalui jalan Pudu dari Kampung Pandan ke pusat bandaraya; dalam kesesakan lalulintas menanti bertukar warna lampu isyarat, mata bertaut pada tembok penjara pudu.
Terlihat denai kecil di celahan rimba tebal dengan flora dan faunanya yang mendamaikan. Unggas dan haiwan kecil di pingiran kali, langsung tidak terganggu oleh hiruk pikuk kota yang tidak pernah tidur.
Kehijauan dan keheningan hutan hujan tropika menjadi ilham kepada salah seorang penghuni penjara itu yang ditugaskan menghias tembok kaku tersebut dan sempat tercatat sebagai lukisan terpanjang ketika itu.
Namun hari ini lukisan tersebut akan lenyap bersama runtuhnya tembok Penjara Pudu. Yang tinggal hanya kenangan dan foto-foto yang sempat dirakam lensa kamera.
Memang mengharukan jika peristiwa tumbangnya tembok ini diungkap dengan penuh perasaan diselangi coretan-coretan kenangan yang dihadirkan bersamanya. Ia dengan mudah akan mengundang simpati orang ramai. (Sayangnya saya belum cukup hebat menukilnya).
Itulah yang sedang dilakukan pembangkang sekarang. Segenap isu dimanipulasi dan dieksploitasi bagi meraih sokongan. Termasuklah lukisan di tembok penjara.
Tidak cukup dengan itu, runtuhnya bangunan lama untuk diganti dengan yang baru sempat menimbulkan isu baru. Bersamanya, isu kroni berkumandang lagi.
Padahal semua orang tahu setiap pembangunan akan melibatkan ramai tenaga kerja dan penggunaan sumber. Ia juga adalah satu proses pengaktifan ekonomi. Apabila ekonomi aktif, rakyat juga yang akan mendapat faedahnya.
Perlu diingat, tidak semua orang akan menjadi jutawan. Yang penting, ia diagihkan.
Jika negara bertukar kerajaan, orang lain pula yang akan mengambil habuan. Rakyat marhaen terus di bawah dan hanya pemimpin (baru) yang ketawa sakan.
foto:
lokasi penjara pudu
noeryna flickr.com
Monday, June 21, 2010
Anwar akan dedah video rasuah 2juta
"Ya. Anwar tetap akan dedahkan," lapor Harakah Bil 1550, 24 Jun 2010.
Dalam masa yang sama akhbar politik itu turut menulis keadaan Anwar yang berang dan emosional apabila diaju soalan bertubi-tubi daripada para wartawan di lobi parlimen.
Demang teringat betapa seriusnya Anwar memberitahu rakyat akan membuat pendedahan demi pendedahan sejak disingkir daripada kerajaan.
Macam-macam pendedahan melibatkan kotak-kotak misteri yang tersimpan di pelbagai lokasi. Termasuklah yang disimpan setiausahanya, Ezam M. Noor.
Ya. Anwar akan dedahkan namun jangan ditanya tarikhnya. Percaya sahajalah. Anwar tidak menipu cuma belum sampai masanya untuk dedahkan.
Mungkin bulan depan, tahun depan atau abad depan.
Salam,
Tun Mahathir belum matang
Cerita 1
Seorang profesor dijemput memberi ceramah di sebuah sekolah. Tiba-tiba seorang murid bertanya:
"Profesor, kenapa jika kita masukkan secawan air panas dan secawan air sejuk ke tempat beku dalam peti ais, air panas itu yang beku lebih awal?"
Maka profesor itu tercengang kerana dia pun baru pertama kali mendengar soalan begitu.
Cerita 2
Seorang profesor memlihara seekor kucing betina yang sarat mengandung di dalam sebuah sangkar. Makanan diletakkan di luar sangkar dan sebuah pintu dibuat bagi membolehkan ibu kucing keluar masuk. Apabila kucing itu bersalin, profesor tersebut menyuruh pembantunya membuat satu lagi pintu untuk anak-anak kucing itu pula.
Cerita 3
"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.
"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.
"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010).
Berikut adalah jawapan Tun M dalam blog beliau:
1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.
2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.
3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.
4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.
5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.
6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.
7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus.
8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.
9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.
10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan.
11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.
12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran.
Salam hormat,
foto:
Mahathir jpg
kbistari.uum.edu.my
Mahfuz tuduh ketua polis bohong
"Cobaan..." kata Bujang Lapok.
"Ini bukan cobaan, ini betul-betul." sanggah pembantu rumah guru mereka.
Sebelum itu, jeritan tok guru mereka sendiri pun tidak mereka hiraukan kerana menyangka itu hanyalah 'cobaan'.
Bagi saya, kenyataan Mahfuz Omar (tiada kena mengena dengan Mahfiz dalam cerita Anak Bapak) bahawa kenyataan Ketua Polis mengenai ancaman pengganas hanyalah taktik UMNO mengalih perhatian rakyat dari isu semasa. Malah Mahfuz mendakwa itu merupakan 'talian hayat' terakhir UMNO bagi menghalang kemaraan PAS dan gang mereka ke Putrajaya.
Isy... Isy... Isy... Jauh benar mengelamunnya saudara Mahfiz kita ni. PAS yang cuma mampu meraih 23 daripada 222 kerusi itu diangan-angannya membentuk kerajaan? Sedar ke tak sedar ni?
Dah la tu; yang nak dikawannya ialah PKR yang sedang mereput. Usahkan nak jadi PM, nak jadi manusia merdekapun belum tentu lagi berikutan kes ketua mereka.
Eloklah Mahfiz Mahfus tu perbetul diri sendiri dulu sebelum sibuk membetulkan tiang talipon.
Berbalik pada kisah 'cobaan' tadi, kenyataan Mahfuz sebenarnya boleh mengundang padah jika rakyat mempercayainya. Apabila terdapat ancaman, rakyat akan menyangka semua itu adalah sandiwara. Akhirnya musuh menyerang dengan mudah.
Mujurlah yang berkata-kata itu ialah Mahfuz Omar yang cuma seorang naib presiden sebuah parti kecil. Jadi, tak lah kita risau sangat sebab tak ramai yang mahu percaya.
Walaubagaimanapun, kenyataan Mahfuz itu perlu juga diambil tindakan sewajarnya memandangkan tuduhan tersebut menggambarkan Ketua Polis 'sedang diperalat' oleh UMNO.
Salam,
foto:
pendekar5 JPG
seniman-pramlee.tripod.com
Sunday, June 20, 2010
Blog Anwar bela Yahudi
Sudah terang lagi bersuluh. Justeru Demang fikir tak perlu lah Demang mengulas lagi perihal Anwar dan Yahudi ini.
Masih ingat slogan "lawan tetap lawan" yang dilaung bung Anwar Ibrahim berulang kali? Mana ongkosnya untuk berjuang? Anwar banyak simpanan?
"Tidak", kata para penyokongnya. Malah mereka buktikan bahawa Anwar bebas dari sebarang rasuah sepanjang usia politik bersama kerajaan dulu.
Anwar tidak punya uang yang lumayan.
Jadi, dari mana wang untuk belanja 'perjuangan'?
Dulu, Anwar tidak perlu risau kerana taukey Magnum sentiasa sedia membantu. Sekarang semua orang tahu kedua mereka sudah berseteru.
Sekali lagi perlu ditanya; 'dari mana sumber wang untuk perjuangan yang nampaknya begitu lumayan? Terus mengalir tak surut-surut? Mengalahkan Thaksin yang memang kaya raya itu.
Sekarang; jawapan sedang terbentang di depan mata. Langkah Anwar membela Israel adalah bukti nyata betapa akrabnya hubungan mereka. Antara duta dan penaja!
Lihat blog-blog yang mengutuk Anwar:
http://danielarif.blogspot.com/2010/06/siarkan-artikel-pro-israel-di-blog.html
http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/06/siarkan-artikel-pro-israel-di-blog.html
Salam,
Dr Asri masuk UMNO?
Pakatan pembangkang nampaknya semakin menuju kehancuran dengan pelbagai peristiwa mutakhir.
Semalam, seorang peguam veteran yang kuat menentang kerajaan sejak era Tun Mahathir ditemui mati mengejut di sebuah hotel. bagi yang kurang faham, kenyataan 'mati mengejut' dirujuk pada kes bunuh diri.
Desas desus juga berligar dalam internet bahawa bekas mufti Perlis yang diidam PAS sebelum ini rupa-rupanya ingen menyertai UMNO bersama sekumpulan tokoh akademik Islam lain. lihat sini
Dalam pada itu, Anwar yang semakin terdesak hanya mampu melontarkan tohmahan bahawa YB-YB yang meninggalkan mereka telah diumpan rasuah sebanyak 2 juta.
Demang nak tanya; apa umpan Anwar untuk lebih 30 YB BN yang katanya akan
lompat parti' tahun lepas?
Bagi Demang, Anwar memang tengah sesak!
Sementara itu Cheguman menulis tentang sejarah DEB di sini
Salam,
foto:
drasri1178 drmaza.com
Thursday, June 17, 2010
lelaki pukul polis diberi keistimewaan
"Mahkamah Tinggi KL ketepi hukuman penjara 6 bulan terhadap Tian Chua dan kurangkan denda kepada RM2,000 kerana mencederakan anggota polis."
Baru-baru ini Bung Mohtar, ahli parlimen BN dijatuhkan hukuman denda dan penjara kerana berpoligami tanpa kebenaran.
Hari ini, (lihat berita di atas) Tian Chua yang giat membangkang kerajaan dikurangkan denda serta diketepikan hukuman penjara walaupun jelas melakukan jenayah berat.
Ternyata, lebih untung membantah kerajaan sekarang kerana keputusan mahkamah selalu memihak pada mereka.
Yang hairannya, Anwar Ibrahim tetap takutkan mahkamah!
Takpe Anwar. Berani kerana benar.
Salam,
Sumber:
BH 17/06
Baru-baru ini Bung Mohtar, ahli parlimen BN dijatuhkan hukuman denda dan penjara kerana berpoligami tanpa kebenaran.
Hari ini, (lihat berita di atas) Tian Chua yang giat membangkang kerajaan dikurangkan denda serta diketepikan hukuman penjara walaupun jelas melakukan jenayah berat.
Ternyata, lebih untung membantah kerajaan sekarang kerana keputusan mahkamah selalu memihak pada mereka.
Yang hairannya, Anwar Ibrahim tetap takutkan mahkamah!
Takpe Anwar. Berani kerana benar.
Salam,
Sumber:
BH 17/06
Wednesday, June 16, 2010
demokrasi ala DAP
Sebentar tadi DAP Perak menyatakan akan mendakwa ADUN Malim Nawar yang keluar daripada parti itu kerana dikatakan melanggar perjanjian.
Menurut parti chauvinis tersebut, para ADUN mereka terikat dengan kontrak iaitu perlu membayar RM4juta jika meninggalkan DAP.
Sebelum ini kita dimaklumkan jika ADUN PAS keluar parti maka isteri YB berkenaan akan tertalaq secara automatik.
Kata isteri Demang; "kalau benarlah YB pembangkang keluar parti kerana dipujuk dengan wang, maka terbuktilah betapa pemimpin pembangkang tidak berkualiti dan mudah dibeli! jika dakwaan tersebut tidak benar pula, maka ternyata parti pembangkanglah yang tidak berkualiti. Apapun andaian yang kita buat, ada dua kesimpulan di situ:
Pertama; parti pembangkang tiada kualiti dan kedua; pemimpin pembangkang tidak boleh dipercayai.
Salah satu di atas adalah betul kalaupun bukan kedua-duanya sekali.
Salam,
Menurut parti chauvinis tersebut, para ADUN mereka terikat dengan kontrak iaitu perlu membayar RM4juta jika meninggalkan DAP.
Sebelum ini kita dimaklumkan jika ADUN PAS keluar parti maka isteri YB berkenaan akan tertalaq secara automatik.
Kata isteri Demang; "kalau benarlah YB pembangkang keluar parti kerana dipujuk dengan wang, maka terbuktilah betapa pemimpin pembangkang tidak berkualiti dan mudah dibeli! jika dakwaan tersebut tidak benar pula, maka ternyata parti pembangkanglah yang tidak berkualiti. Apapun andaian yang kita buat, ada dua kesimpulan di situ:
Pertama; parti pembangkang tiada kualiti dan kedua; pemimpin pembangkang tidak boleh dipercayai.
Salah satu di atas adalah betul kalaupun bukan kedua-duanya sekali.
Salam,
Najib naik elaun KAFA
Apa pun yang orang katakan terhadapnya, Najib tetap Najib.
Justeru Demang tidak begitu hairan dengan pengumuman beliau untuk menaikkan elaun guru KAFA semalam. Sejak dulu lagi, jabatan atau kementerian manapun Najib berada, akan berlakulah kenaikan gaji, elaun, dan sebagainya. Bahkan dalam jumlah yang tidak disangka-sangka.
Ketika Demang keluar maktab tahun 1990, gaji kami cuma RM435 sebulan. Sebaik sahaja Najib memegang potfolio pendidikan, serta merta skim gaji guru diubah dan hari ini kita boleh lihat taraf hidup para guru sudah jauh meningkat.
Dengan pengumuman Najib semalam Demang percaya guru-guru KAFA bukan sahaja akan menyambutnya dengan riang bahkan akan mengejapkan sokongan terhadap kerajaan. Lagipun, mereka memang pegawai kerajaan.
Bagi yang masih ragu-ragu dengan akidah orang UMNO, singkirkan semua itu dan insaflah bahawa kita bukan tentu lagi lebih baik daripada orang Islam yang lain. Bahkan iman kita di masa depan pun belum pasti.
Bukankah keimanan kita juga ditentukan Allah SWT?
Kalau nak kata ulama semestinya betul, lihat sahajalah berapa ramai ulama yang dikatakan 'tersungkur di kaki syurga'.
Kalau nak samakan bahawa kelompok anda yang kecil sama seperti kelompok Rasululullah dahulu yang juga kecil, maka ingatlah bahawa kelompok 'Ayah Pin' dan beberapa ajaran sesat lain juga kecil. Mereka juga menentang masyarakat besar.
Adakah anda mahu mengatakan mereka betul?
Jika anda jawab 'mereka belum tentu salah' maka sedarlah bahawa UMNO juga belum tentu salah. Yang nyata, parti 'tidak bertuan' itulah yang telah terbukti berjasa.
Semoga Allah SWT terus memberkati dan meredhai wadah perjuangan Islam itu.
Salam,
Tuesday, June 15, 2010
terkini: YB DAP keluar parti sokong BN
Adun Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh umum keluar DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas yang sokong BN berkuatkuasa serta-merta.
Tahniah YB. Demi negara kita bersama.
ucapkan Good bye pada Anwar juga.
Salam 1 Malaysia,
Sumber:
BH 15/06
tetap pilih Brazil
Walaupun hampir tiada masa lagi untuk menonton sesuatu perlawanan bola sepak hingga selesai, namun Demang bertekad untuk menonton setiap perlawanan Brazil.
Itulah satu-satunya pasukan yang cukup hebat pada pandangan Demang.
Jika ditanya nama pemain Brazil yang Demang gemar, sudah tentu Demang akan jawab Pele.
Jangan ketawa. Memang Demang hanya tahu nama Pele sahaja.
Barangkali orang macam Demang sudah tidak ramai, namun kelompok kami masih berperanan menambah jumlah penyokong Brazil.
Justeru Demang yakin dalam PRU13 nanti UMNO akan terus disokong orang Melayu dan sebarang usaha menentangnya hanya akan menimbulkan perpecahan yang berlarutan.
Sebenarnya Demang nak beritahu bahawa di samping pelbagai perubahan yang dilakukan Najib bagi memperkasa UMNO, parti keramat tersebut juga turut disokong oleh sekumpulan orang yang tegar mempertahan UMNO atas faktor yang sukar diperjelas; salah satunya faktor sejarah.
Demang juga nak katakan bahawa jika orang lain nak tumbangkan UMNO maka mereka perlu berdepan dengan tentangan yang amat keras.
Implikasi daripada pertentangan tersebut ialah politik negara akan tidak stabil bahkan akan mengundang bahaya pada negara.
Atas faktor itu jugalah parti serpihan seperti PAS dan PKR wajib mengambil iktibar daripada Semangat 46 yang telah tumbang lebih awal.
Nota:
PAS kini cuma mempunyai 23 kerusi berbanding 222 kerusi parlimen. Masih jauh ketinggalan.
Penyatuan orang Melayu ke dalam UMNO akan menyingkirkan impian kaum Cina untuk menguasai politik Malaysia setelah mereka berjaya menguasai ekonomi.
Kawasan parlimen yang majoriti pengundinya orang Islam berjumlah 153 daripada 222 kerusi. Hal ini bermakna jika orang Islam bersatu dalam PRU13, sokongan kaum lain tidak diperlukan bagi membentuk kerajaan 2/3 (majoriti duapertiga).
Salam,
ffoto:
402x440 - 63kB - jpg
www.ioffer.com
Monday, June 14, 2010
Hebat Nik Aziz
Kata Nik Aziz sebentar tadi, beliau tidak mahu menjadi ketua jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan.
Nik Aziz memang hebat. Sekali imbas nampak betapa tawadhuknya beliau kerana tidak mengidam jawatan itu.
Cuma Demang musykil sikit, tak teringin atau tak layak? Semenetara itu, Hj Hadi nak kita letak di mana? Anwar tak apalah sebab nasib dia masih kesamaran.
Maklumlah, dalam keadaan PAS dilihat cukup kuat dan UMNO begitu dhaif pun PAS cuma memperolehi 23/222 kerusi, bagaimanakah nasib PAS dalam PRU13 nanti?
Yang jelas, DAP semakin kuat sekarang manakala PAS pula semakin kehilangan arah dan mengelirukan orang Melayu. Mungkin PAS tidak berniat untuk mengelirukan orang Melayu namun orang Melayu memang semakin keliru dengan hala tuju PAS.
PKR? Demang lihat parti itu sekadar menampung bekas ahli UMNO dan MIC yang kecewa dengan parti asal mereka. Ia hanya tempat pelarian sahaja. Manakala orang cina meletakkan wakil-wakil mereka bagi mengimbangi kuasa Melayu atau India agar tidak mendominasi parti itu.
Kaum itu memang ’cerdik’ berpolitik.
Salam,
Saturday, June 12, 2010
memilih strategi
Ini adalah berita basi.
Seorang guru wanita di Belgium ditamatkan perkhidmatan kerana enggan membuka purdah ketika mengajar di dalam kelas.
Demang tidak mahu menyebelahi sesiapa. Ada orang kata 'cikgu' itu berhak untuk tidak membuka purdahnya. Bagi Demang, tiada hak apa-apa jika kita tidak memegang kuasa. Maksud Demang, ikut sahajalah peraturan jika kita tiada kuasa.
Kata rangtua, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Orang Islam perlu sedar diri apabila empayar Andalusia berakhir di Granada dan Kesultanan Melayu Islam tumbang di Melaka, menjadi ummat Islam tidak lagi dipandang hebat. Itu belum apa-apa lagi memandangkan kini ummat Islam dipromosi sebagai pengganas!
Majlis perasmian dan pengiktirafan Islam sebagai ikon pengganas dilakukan secara besar-besaran di New York dan disambut pada 11 September setiap tahun! WTC menjadi bunga apinya.
Justeru pendekatan dakwah bukan lagi dengan berlagak sombong mempertahankan sesuatu yang berbeza daripada orang lain. Bahkan, jangan sekali-kali menentang arus.
Penyamaran dan penyusupan adalah gerakan paling praktikal.
Melalui penyamaran, kita tidak boleh dilihat berbeza dari orang lain. Itu lebih baik daripada berpakaian Islam tetapi perangai menjijikkan. Ia juga lebih baik daripada memiliki hati yang busuk terhadap sesama makhluk.
Penyusupan adalah tindakan untuk berada di kalangan sasaran, bergaul dan berusaha memenuhi keperluan mereka. Bukan untuk merosakkan mereka bahkan menjadikan mereka menghormati kita.
Jika anda ingin berjuang, tidak cukup dengan hanya belajar di pondok-pondok atau pesantrian, hatta di dewan kuliah berhawa dingin. Belum memadai jika sekadar menyambung pelajaran ke barat atau timur tengah. Tidak cukup hanya pulang, bergaul sesama sendiri dalam jaket, topi, jubah dan serban; tanpa memahami perjalanan sebenar denyut nadi politik negara.
Politik bukan sekadar niat hati yang tidak diketahui orang. Bukan juga impian muluk yang dicanang ke sana ke mari berupa janji. Politik adalah menguruskan keperluan masyarakat yang berbagai-bagai. Politik adalah mendapatkan jalan tengah yang terpaksa diterima dengan redha.
Sudah tentu tidak semua kita setujui. Namun yang menariknya, yang tidak kita setujui itu pun perlu kita terima. Dan, ia baik untuk kita.
"Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"
Memiliki sebuah negara sebelum berhijrah ke negeri akhirat bukan mudah. Apatah lagi dengan membawa sekalian ahli keluarga. Jangan tinggalkan mereka walaupun seorang meskipun akhirnya terpaksa diakui akan ada yang tercicir.
Bersambung.
Seorang guru wanita di Belgium ditamatkan perkhidmatan kerana enggan membuka purdah ketika mengajar di dalam kelas.
Demang tidak mahu menyebelahi sesiapa. Ada orang kata 'cikgu' itu berhak untuk tidak membuka purdahnya. Bagi Demang, tiada hak apa-apa jika kita tidak memegang kuasa. Maksud Demang, ikut sahajalah peraturan jika kita tiada kuasa.
Kata rangtua, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Orang Islam perlu sedar diri apabila empayar Andalusia berakhir di Granada dan Kesultanan Melayu Islam tumbang di Melaka, menjadi ummat Islam tidak lagi dipandang hebat. Itu belum apa-apa lagi memandangkan kini ummat Islam dipromosi sebagai pengganas!
Majlis perasmian dan pengiktirafan Islam sebagai ikon pengganas dilakukan secara besar-besaran di New York dan disambut pada 11 September setiap tahun! WTC menjadi bunga apinya.
Justeru pendekatan dakwah bukan lagi dengan berlagak sombong mempertahankan sesuatu yang berbeza daripada orang lain. Bahkan, jangan sekali-kali menentang arus.
Penyamaran dan penyusupan adalah gerakan paling praktikal.
Melalui penyamaran, kita tidak boleh dilihat berbeza dari orang lain. Itu lebih baik daripada berpakaian Islam tetapi perangai menjijikkan. Ia juga lebih baik daripada memiliki hati yang busuk terhadap sesama makhluk.
Penyusupan adalah tindakan untuk berada di kalangan sasaran, bergaul dan berusaha memenuhi keperluan mereka. Bukan untuk merosakkan mereka bahkan menjadikan mereka menghormati kita.
Jika anda ingin berjuang, tidak cukup dengan hanya belajar di pondok-pondok atau pesantrian, hatta di dewan kuliah berhawa dingin. Belum memadai jika sekadar menyambung pelajaran ke barat atau timur tengah. Tidak cukup hanya pulang, bergaul sesama sendiri dalam jaket, topi, jubah dan serban; tanpa memahami perjalanan sebenar denyut nadi politik negara.
Politik bukan sekadar niat hati yang tidak diketahui orang. Bukan juga impian muluk yang dicanang ke sana ke mari berupa janji. Politik adalah menguruskan keperluan masyarakat yang berbagai-bagai. Politik adalah mendapatkan jalan tengah yang terpaksa diterima dengan redha.
Sudah tentu tidak semua kita setujui. Namun yang menariknya, yang tidak kita setujui itu pun perlu kita terima. Dan, ia baik untuk kita.
"Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"
Memiliki sebuah negara sebelum berhijrah ke negeri akhirat bukan mudah. Apatah lagi dengan membawa sekalian ahli keluarga. Jangan tinggalkan mereka walaupun seorang meskipun akhirnya terpaksa diakui akan ada yang tercicir.
Bersambung.
Friday, June 11, 2010
asal usul hubungan Anwar dengan Yahudi
Demang copy & paste kandungan email yang diterima daripada AIDC. Artikal ini adalah sebahagian daripada siri 'menjejaki Anwar dalam hubungan dengan Yahudi'.
Selamat membaca.
Sekembalinya dari menemui Elliots Abrams dari White House, 24 Februari 2005, pada sebelah malamnya, Anwar dijamu pula makan malam oleh sahabat lamanya Sir William Sebastian Cohen.
Makan malam itu disusun secara formal oleh The Cohen Group (syarikat milik William Cohen)[klik di sini] di hotel kediaman Anwar iaitu Hotel Washington DC. Turut hadir dalam majlis itu, adalah Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan AS/Zionis), Jeneral Pete Pace (Pegawai Angkatan Tertinggi Tentera US/Pentagon), Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand/Agen US di Asia Tenggara), Alvin Toffler(Penulis Yahudi pro Bush) dan lain-lain.
Siapa William Cohen ? Bagaimana Cohen boleh mengenali Anwar ?
Sir William Cohen merupakan seorang zionis yang pernah memegang jawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (1997-2001), semasa Presiden Bill Clinton. Beliau dari Parti Demokrat. Ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
Cohen mengenali Anwar melalui 'Projek Dailog Pasifik' yang dianjurkan oleh badan pemikir Anwar, IKD (Institut Kajian Dasar) dengan kerjasama penaja utama Anwar iaitu yayasan Kristian Jerman, KAF (Konrad Adenauer Foundation). 'Projek Dailog Pasifik' dianjurkan oleh Anwar sekitar tahun 1994-1998, sebaik sahaja Anwar berjaya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk mengangkat imej Anwar sebagai bakal PM Malaysia.
Kejayaan utama 'Projek Dailog Pasifik' adalah berhasil membawa tokoh-tokoh Zionis dari Amerika Syarikat seperti William S. Cohen, (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger, (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) ke Malaysia untuk menjalinkan persahabatan dengan Anwar yang ketika itu disebut-sebut sebagai bakal PM. Klik di sini
Ezam Mohd Nor ketika itu Timbalan Pengerusi IKD mengakui hubungan Anwar dengan Zionis, 'Sangat mendalam dan lama'. Beliau juga turut terlibat secara langsung dalam Projek Dailog Pasifik tersebut. Klik di sini
Sebelum Anwar dipecat daripada TPM dan Menteri Kewangan, rakyat Malaysia tidak tahu siapakah sebenarnya di belakang Projek Dailog Pasifik itu, kecuali yang disebut Anwar iaitu IKD dan KAF.
Namun pada 26 Oktober 1999, bekas kroni Anwar, Dato Abdul Murad Khalid (bekas penolong Gabenor Bank Negara) mendedahkan dalam pengakuan bersumpahnya, bahawa Anwar Ibrahim mengarahkannya membayar sebanyak RM 38 million kepada sebuah badan pelobi Zionis yang dinamakan APPC (Asia Pacific Policy Centre) untuk menganjurkan 'Projek Dailog Pasifik', pada tahun 1994-1998.
Dato Abdul Murad mendedahkan Anwar mengarahkannya membayar kepada Douglas H. Pall sebanyak $10 milion dan APPC sebanyak RM38 million. Klik di sini
Selepas pendedahan bekas penolong Gabenor Bank Negara barulah rakyat Malaysia tahu bahawa penganjuran Dailog Pasifik itu dilakukan oleh APPC milik Douglas Paal, sebuah badan pemikir zionis yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Tanpa pendedahan Datuk Abdul Murad, pada tahun 1999, berkemungkinan besar, peranan Douglas Paal dan APPC tidak akan terbongkar sampai sekarang. Bermakna rakyat Malaysia ditipu oleh Anwar sebelum ini dari tahun 1994-1998 yang mendakwa projek itu hanya dilakukan oleh IKD dengan kerjasama KAF.
Hubungan dua hala Anwar - Cohen
Projek Dialog Pasifik anjuran APPC itu berjaya menerbangkan Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat tiga kali ke Malaysia. Kali pertama pada 13-15 November 1994, kali kedua pada 21-22 November 1996 dan kali ketiga pada 13-15 Januari 1998. Turut bersama mengiringi Cohen adalah Henry Kissinger(bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) dan Senator Sam Nunn (Pengerusi Senat Jawatan Perkhidmatan Senjata Amerika Syarikat). Klik di sini
Cohen pula mengadakan jemputan balas dengan menjemput Anwar bermesyuarat secara empat mata dengannya di Pentagon pada 16 April 1998. Kedatangan Anwar ke Pentagon disambut dengan acara perbarisan anggota tentera Amerika Syarikat di ketuai oleh Kolonel Gregory Gardner, Komender Ketiga Angkatan Bersenjata (Old Guard), Amerika Syarikat. Acara pembarisan sambutan tentera ke atas Anwar itu diadakan di River Parade Field, Pentagon.
Pentagon bertempat di Virginia itu bermakna 'bangunan lima persegi' kerana rekabentuk Pusat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu memang berbentuk segi lima yang sama sisi. Selain sebagai markas Jabatan Pertahanan, Pentagon juga merupakan pusat Jabatan Angkatan Darat, Angkatan Laut dan Angkatan Udara Amerika Syarikat.
Selain CIA dan FBI, Pentagon dikenali sebagai 'pusat penyelidikan/pegumpulan maklumat' Amerika Syarikat. Bahkan peranan Pentagon lebih besar kerana jabatan itu mengawal NSA (National Security Agency) yang turut bekerjasama dengan CIA dan FBI [klik di sini]. Tidak semua warganegara Amerika Syarikat bebas keluar masuk ke bangunan Pentagon, kerana kawalannya sangat ketat, apabila lagi warganegara asing.
Begitu juga tidak semua pemimpin-pemimpin negara asing dijemput bermesyuarat ke Pentagon, kecuali yang telah ditapis secara rapi sebelum ini. Anwar dicadangkan ke Pentagon dengan sokongan daripada Douglas Paal yang juga merupakan anggota NSA.
Untuk mengenali agen Amerika, soalan pertama yang perlu ditanya, "anda direkrut oleh CIA atau NSA atau kedua-duanya sekali " ?
Sebab itu laman aangirfan.blogspot.com, mengklasifikasikan Anwar sebagain 'agen CIA' kerana menggunakan khidmat APPC yang merupakan operasi sulit CIA yang dilakukan oleh Douglas Paal, penganalisis kanan CIA dan anggota NSA. Klik di sini
The Cohen Group iktiraf peranan Anwar
Menurut pengakuan Wolfowitz, semasa Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, bersama bersama Cohen dan Senator Sam Nunn mengambil inisiatif mengecam kerajaan Malaysia dan menggesa supaya Anwar dibebaskan. Klik di sini. Sebab itu, apabila Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Wolfowitz meluangkan masa melawat Anwar di Munich dan Cohen mengadakan makan malam di Hotel Washington, DC pada 24 Februari 2005.
Walaupun Cohen dan Wolfowitz berbeza parti - Cohen, pro Demokrat, Wolfowitz, pro Republikan, tetapi mereka sealiran dari segi aliran zionis yang sama-sama berkongsi aset (Anwar) untuk kepentingan mereka.
Selepas dijamu dengan makan malam, pada keesokan harinya, 25 Februari, Cohen menjemput Anwar menyertai diskusi "Hubungan Amerika Syarikat dengan Dunia Islam", di di Jacksonville, Florida. Program ini merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh The Cohen Group. Klik di sini
Sir William Cohen mempengerusikan diskusi itu dengan menjemput tokoh-tokoh Islam pro Amerika Syarikat dengan tokoh-tokoh zionis yang terlibat dalam pembuat dasar Amerika Syarikat. Antara tokoh Islam pro Amerika adalah Anwar Ibrahim, Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand/Asia Foundation), Dr. Shibley Telhami (Profesor yang mengkaji pemikiran Anwar Sadat di Universiti Maryland), Dr. Ahmed Kamal Aboulmagd (Profesor of Public Law di Cairo Umiversity) dan Hala Shakir Mustafa Saleem (Timbalan Menteri Dalam Negeri Iraq).
Manakala pembuat dasar Amerika pula terdiri daripada; Jeneral John Abizaid (Commander of The U.S Central Command of The Armed Forces); Senator George Allen (Virginia) ; David D. Arnold (President of The American University in Cairo); Howard Berman (Member of United States House of Representatives, California) ; Wolf Blitzer (CNN); William Burns (Penolong Setiausaha Negara AS); Susan Eiseenhower (President of The Eisenhower Group); Senator Lindsey O. Graham (South Carolina), Senator Lindsey O. Graham (South Carolina); David Ignatius (Washington Post); Jim Kolbe (Member of The United State House of Representatives, Arizona).
Sementara itu Cheguman masih menulis tentang bangsanya yang teraniaya di tangan penjajah dan usaha melepaskan mereka dari belengu kedaifan di tanah air sendiri. Teruskan membaca di sini.
sumber & foto:
anwaribrahimdotcom (AIDC)
minyak dan syirik
“Percaya pada minyak ni, syirik”. Kata seorang pengunjung bernama Nasir. (info minyak ini)
Pagi ini Demang buka blog Morhabshi dan terjumpa komen di atas. Nampaknya mudah benar menjatuhkan hukum pada orang. Agaknya beliau ini salah seorang penjaga tiket syurga-neraka.
Maknanya, siNasir ini keturunan malaikat lah. Beliau tidak perlu makan, minum, dan berubat. Beliau juga tidak berkahwin dan berkehendak. Beliau tidak perlu berikhtiar kerana beliau bukan manusia.
Selalunya, orang macam Nasir ini adalah penyokong PAS. Kalau idak pun, mereka mempunya persamaan yang jelas.
Baru-baru ini seorang pengunjung lain blog Waadat mendakwa DEB adalah contoh yang membuktikan UMNO adalah parti assobiyah atau perkauman. Namun apabila Demang tanyakan sejarah DEB dan perlaksanaannya, beliau tidak dapat menjawab. Kemudian dilencongkan perbincangan ke arah lain.
Demang faham, penyokong PAS tahu tentang hadis dan Al Quran tetapi mereka tidak faham sangat tentang perjalanan politik negara selain daripada yang diberitahukan oleh pemimpin PAS lain. Bahkan kalau ditanya tentang sejarah negara pun ramai yang tidak begitu mahir.
Lantas mereka berhujah tidak kena pada tempatnya. Mereka kemukakan hadis assobiyah dan mengaitkan dengan DEB. Hadis tersebut betul tetapi mengatakan DEB itu zalim terhadap kaum lain adalah salah sama sekali. BN dan UMNO tidak pernah mengambil lebih daripada hak yang sepatutnya untuk orang Melayu. Bahkan hak orang Melayu lah yang diambil saban waktu.
Contohnya, walaupun populasi orang Melayu-bumiputera ialahh 66.6% namun dalam DEB orang Melayu mendapat peruntukan 30% SAHAJA!
Orang PAS tahu sikit-sikit je tentang ini. Yang sikit itu pun dilupakan demi parti PAS.
baca; Cheguman bercerita tentang asal usul DEB menggunakan contoh sebenar.
Thursday, June 10, 2010
perlukah Melayu dibantu?
Demang percaya penyokong parti chauvinist DAP akan kembali menyerang BN berikutan pembentangan RM ke10 siang tadi.
Sementara itu, beberapa hari lalu terdapat pengunjung Waadat yang mendakwa BN zalim manakala UMNO bersikap assobiah. Dengan selamba pengunjung tersebut mengatakan bahawa DEB merupakan bukti bahawa UMNO itu assobiah.
Maka Demang percaya, PKR juga akan mendendangkan nada yang sama menuduh kerajaan bersikap zalim kepada bukan Melayu apabila mencadangkan pelbagai usaha membantu orang Melayu dan bumiputra.
Bagi yang kurang jelas sebab musabab kerajaan melaksanakan DEB (atau apa sahaja program bagi membantu orang Melayu dan bumiputera) sila lihat sini. Cheguman memaparkan kisah benar yang mendorong kerajaan meneruskan usaha membantu orang Melayu dan bumiputra. Lihat sini.
foto hiasan:
469x368 - 43kB - jpg
dailyfizz.wordpress.com
wajarkah Anwar dipecat?
Ketika hampir terlelap di katil malam tadi, terlihat temubual dengan Tun Mahathir di kaca TV.
"Kenapa bantuan ke Ghaza tidak dilakukan melalui jalan darat?" tanya si penemubual. Mata Demang yang makin layu tak sempat mengecam siapa lelaki itu.
Tun Mahathir tersenyum. Beliau menjelaskan usaha melalui jalan darat sudah dilakukan namun tidak banyak bantuan dapat dibawa. Penduduk di sana tidak hanya memerlukan makanan dan pakaian, bahkan bahan binaan kerana musanah dibedil penjenayah Yahudi.
Beliau juga menjelaskan kesulitan mendapatkan kapal kerana kebanyakan pemilik kapal enggan menyewakan kapal mereka kerana risiko yang tinggi. Malah syarikat insuran pun enggan terlibat.
Penggunaan kapal terbang pula memakan kos yang amat besar.
Rupa-rupanya sudah lama Tun Mahathir berjihad di Ghaza. Jika tidak peristiwa penawanan minggu lepas, kita tidak tahu pun usaha jihad negarawan kita itu selepas persaraan beliau.
Sedangkan pihak lain sibuk bercakap, berpidato, dan berangan-angan nak berbakti... Berbakti dengan bercakap!
Akhirnya Demang terlelap dan pagi tadi Demang dengar berita yang bantuan ke Ghaza akan diteruskan melalui udara pula.
Tun memang tabah dan tetap akan melakukan sesuatu yang diyakininya benar walaupun dihalang!
Demang teringat bagaimana beliau terpaksa memecat TPM (Anwar) walaupun sedar risikonya. Beliau tidak akan melakukannya jika hanya mendengar khabar yang tidak pasti!
Tuesday, June 8, 2010
antara Yahudi dan PAZ
Salah satu keunikan agama Yahudi ialah bangsa lain tidak boleh menganut agama tersebut. Hal ini kerana Yahudi menganggap bangsa lain adalah hina manakala bangsa mereka adalah pilihan Tuhan.
Di Malaysia, ada satu ajaran iaitu berkerjasama dengan kumpulan tertentu hukumnya haram. Bahkan ahli kumpulan yang dimusuhi mereka itu dianggap terkeluar dari Islam walaupun diketahui ahli kumpulan tersebut mengucap dua kalimah syahadah, solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan haji.
Kekafiran kumpulan berkenaan diputuskan kerana kumpulan tersebut cuba melaksanakan undang-undang Islam beransur-ansur sedangkan kumpulan yang satu lagi bercadang melaksanakan sekaligus.
Dulu, kumpulan lawan itu juga dianggap kufur kerana bekerjasama dengan kaum lain. Namun sekarang fatwa tersebut mungkin sudah dimansuhkan kerana kumpulan yang menuduh juga menjalin hubungan dengan kumpulan chauvinist yang menyanjungi komunis.
Apa nama kumpulan songsang yang Demang maksudkan?
Apa nama sekalipun tak penting lagi jika kumpulan tersebut terang-terang menolak perpaduan sesama Islam.
Malah seorang ketua cawangan Perak dengan sombong menyatakan 'lebih baik bergabung dengan kafir daripada bersatu dengan kumpulan Islam lain'.
foto hiasan:
koleksi
Monday, June 7, 2010
Pemuda kita pengecut
Demang dapati setakat ini belum ada satu badan pun daripada golongan muda baik penyokong kerajaan mahupun pembangkang yang mampu mengetengahkan tindakan lebih berkesan bagi menyekat kelakuan samseng dan tidak bertamadun Zionis daripada berulang.
Pemuda BN masih seperti selalu; mengecam dan mengutuk. Itu sahajakah yang mereka tahu? Begitu juga Angkatan Muda Keadilan yang terus ketandusan idea dan mengulangi lagu lama; mengecam dan mengutuk.
Perkasa cuma bertindak lebih rajin dengan membina patung PM Israel dan mengaraknya keliling bandar untuk direjam dengan batu oleh orang ramai.
Konsepnya sama sahaja; mengecam dan mengutuk.
Manakala pemuda PAS kelihatan ragu-ragu dan belum dilihat bersungguh-sungguh dengan tindakan bantahan. Agaknya masih mencari idea baru atau malu kerana nanti dianggap menyokong usaha Tun Mahathir yang pernah dicap sebagai Mahafiraun oleh mereka.
Apapun, semuanya sama sahaja. Balik-balik kutuk, kecam. Habis-habispun, boikot produk Israel.
Kemudian, segala-galanya akan kembali seperti biasa semula. Orang Islam akan kembali menjalani rutin harian. Produk-produk kegemaran akan dibeli semula tanpa mengira buatan siapa.
Syarikat-syarikat Yahudi tidak perlu risau dengan tindakan kutuk, kecam, dan boikot sebab ia takkan berlaku lama. Paling-paling pun jualan mereka akan merosot beberapa peratus. Dengan sedikit kreativiti dan inovasi dibantu promosi, ia dapat ditingkatkan semula. Silap-silap lebih hebat berbanding sebelum ini.
Padahal semua orang tahu kenapa Yahudi berani berlaku biadap. Malah kita juga tahu bahawa ini adalah mesej jelas daripada Tuhan kepada ummat Islam agar bersatu.
Penat sungguh Rasulullah menyatukan ummat Islam yang akhirnya dipecah belahkan pemimpin politik dan ulama politik.
Bacul sungguh pemuda Islam hari ini. Tidak ada satupun sayap pemuda dari mana-mana parti yang berani menggerakkan perpaduan sejati. Masing-masing sudah dikepit telurnya oleh pemimpin veteran dalam parti masing-masing.
PAS sudah mengisytiharkan bahawa lebih baik bergabung dengan kafir daripada berbaik dengan UMNO.
Maka generasi muda dalam PAS takkan berani menyanggah fatwa tok-tok guru mereka. Mereka bukan sahaja takut dianggap derhaka malah percaya bahawa tindakan menyanggah tok guru boleh menyekat daripada mencium bau syurga.
Apabila tiada penyatuan dalam Islam, Yahudi teruslah bebas bermaharaja lela. Dan, orang Islam dari semasa ke semasa akan berarak di jalanraya mengutuk dan mengecam!
Yahudi amat faham sikap ummat Islam sejak dulu hingga kini. Buatlah apapun; orang Islam sudah terbius dengan pegangan fahaman masing-masing yang diwartakan pemimpin masing-masing. Bahkan, ia lebih dipatuhi berbanding ajaran Islam sebenar!
Demang lihat orang Islam berpolitik seolah menganut agama baru dan pemimpin dipatuhi lebih daripada nabi.
Ajaran Rasulullah agar seluruh ummat Islam bersatu dan patuh pada satu arahan hancur lebur!
Kenapa orang Islam tidak mahu bersatu? Jawabnya, pemimpin lah yang tidak mahu bersatu. Kenapa? Sebab jika tinggal satu kumpulan, siapa yang akan menjadi ketua? Maka biarlah berpecah belah asalkan tetap menjadi ketua yang utama.
Manakala generasi muda pula tak berani langsung menyanggah pemimpin masing-masing walaupun semua orang tahu sebab utama Yahudi berani terhadap orang Islam ialah kerana orang Islam tidak bersatu.
Generasi muda sekarang memang pengecut dan bodoh tanpa mengira parti atau fahaman!
foto:
600x400 - 43kB - jpg
www.myspace.com
Saturday, June 5, 2010
anwar, amerika, rahsia negara
Kapal bantuan Gaza, Rachel Corrie yang turut bawa aktivis Malaysia dilaporkan dikepung beberapa bot Israel, semua komunikasi diputuskan: AFP
Komen Demang? Tak guna dipersalahkan zionist itu. Islam dah memberi peringatan jelas dalam Al-Quran. Fakta sejarah juga penuh tertulis dengan kejahatan mereka.
Yang patut kita ambil tindakan ialah manusia-manusia yang membuka peluang kepada Yahudi menjahanamkan manusia.
Sebentar tadi berita TV3 menyiarkan tindakan seorang bekas tentera Myamar yang mengkhianati negaranya dengan mendedahkan rahsia kepada musuh.
Demang juga membantah pembinaan senjata nuklear oleh mana-mana negara tetapi adalah lebih zalim lagi kalau dunia membenarkan beberapa negara memiliki senjata pemusnah tersebut dan menghalang negara lain membinanya.
Yang penting, individu tersebut adalah pengkhianat. Sesiapa sahaja yang mengadakan hubungan peribadi dengan negara asing yang boleh mengancam kerajaan yang dipilih rakyat adalah pengkhianat besar.
Pendedahan Harakah kelmarin yang membawa maksud adanya hubungan Anwar dengan Amerika adalah suatu yang amat ditakuti.
Dalam kedudukan Anwar yang begitu terdesak untuk melepaskan diri, apakah yang telah dibocorkan kepada Amerika?
Anwar pernah memegang dan menyimpan banyak rahsia besar negara. Demang harap perkara ini tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Sumber:
BH 05/06
Komen Demang? Tak guna dipersalahkan zionist itu. Islam dah memberi peringatan jelas dalam Al-Quran. Fakta sejarah juga penuh tertulis dengan kejahatan mereka.
Yang patut kita ambil tindakan ialah manusia-manusia yang membuka peluang kepada Yahudi menjahanamkan manusia.
Sebentar tadi berita TV3 menyiarkan tindakan seorang bekas tentera Myamar yang mengkhianati negaranya dengan mendedahkan rahsia kepada musuh.
Demang juga membantah pembinaan senjata nuklear oleh mana-mana negara tetapi adalah lebih zalim lagi kalau dunia membenarkan beberapa negara memiliki senjata pemusnah tersebut dan menghalang negara lain membinanya.
Yang penting, individu tersebut adalah pengkhianat. Sesiapa sahaja yang mengadakan hubungan peribadi dengan negara asing yang boleh mengancam kerajaan yang dipilih rakyat adalah pengkhianat besar.
Pendedahan Harakah kelmarin yang membawa maksud adanya hubungan Anwar dengan Amerika adalah suatu yang amat ditakuti.
Dalam kedudukan Anwar yang begitu terdesak untuk melepaskan diri, apakah yang telah dibocorkan kepada Amerika?
Anwar pernah memegang dan menyimpan banyak rahsia besar negara. Demang harap perkara ini tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Sumber:
BH 05/06