Monday, November 30, 2009
Anwar bebas Saiful dipenjara
Demang salin dan tampal suara hati anak muda yang sedang bertungkus lumus cuba membersihkan namanya dan membongkar kebenaran. Sayangnya beliau tersepit antara kelemahan undang-undang dan kelicikan para pemainnya. Manakala pemimpin negara tidak berani campur tangan kerana bimbang terjerut dalam permainan songsang.
Bagi anda yang mempunyai hati dan perasaan, bacalah suara hati anak muda ini dan bayangkan jika ia terjadi pada kaum keluarga anda.
_______________________________________________
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Esok pagi , di Mahkamah Tinggi Jln Duta, adalah keputusan permohonan tertuduh untuk gugurkan pertuduhan sebelum dibicarakan.
Implikasi terhadap diri saya jika kes ini digugurkan sebelum dibicarakan adalah amat besar, ke tahap boleh disaman tertuduh dan lebih teruk saya pula yang bakal dipenjarakan. Ini kerana secara tidak langsung ia membuktikan kononnya laporan polis yang saya buat tidak berasas, menipu. Sedangkan saya langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri dengan memberi keterangan serta bukti-bukti di Mahkamah jika ia tidak dibicarakan.
Adakah ini Adil? Anda fikirlah sendiri..
Walaubagaimanapun, Saya berkeyakinan penuh pada mahkamah dan saya percaya bahawa hari perbicaraan penuh untuk saya memberi keterangan tetap akan tiba tidak lama lagi. Namun, yakin sahaja tidak cukup.
Justeru, saya mohon kepada anda sekalian, tidak kira sama ada yang percaya atau tidak supaya BERDOA agar perbicaraan kes saya ini TIDAK DIGUGURKAN bagi anda sendiri mengetahui Kebenaran yang sebenar. Selagi ia dibiarkan begitu sahaja, selagi itulah ia akan menjadi satu persoalan yang tiada kesudahannya.
Diam tidak bermakna kalah, diam tidak bermakna takut, diam bermakna saya sabar dan berhati-hati dalam mengatur langkah.. Dan sabar itu adalah senjata mukmin yang paling afdal dan sangat digeruni lawan. Sudah 1 1/2 tahun saya bersabar menanti hari perbicaraan untuk tiba, jika kes ini gugurkan, haruskah saya bersabar lagi?
Alhamdulillah, banyak hikmah yang diperolehi selama 1 1/2 tahun penantian saya ini. Berkat kesabaran dan doa, sudah ramai diluar sana semakin hari semakin meragui kredebiliti tertuduh yang sehingga hari ini berdolak dalik daripada ia dibicarakan. Ini ditambah lagi dengan sokongan padu dari individu2, blogger2, forum2, media cetak dan elektronik dalam membantu saya menegakkan kebenaran ini.
Ada banyak lagi hikmah2nya, tapi saya tidak mahu sebut disini.
Untuk makluman, ramai juga diantara mereka(penyokong, rakan dan barisan pimpinan tertuduh) memberikan sokongan dan simpati dalam diam. Walaupun ada diantara mereka yang masih enggan percaya, namun mereka semua bersetuju agar kes ini dibicarakan bagi mengetahui kebenaran dan kesahihannya, bukannya lari dari perbicaraan. Terima kasih diucapkan kerana bersikap rasional dan adil.
Sudahlah bersumpah laknat pun beliau enggan, kini bicara di Mahkamah dengan dibarisi 12 Peguam handal pun beliau masih mahu berdolak dalih daripada ia dibicarakan.
Selagi hayat dikandung badan, selagi itu saya akan terus istiqamah dan berjuang habis-habisan demi menegakkan kebenaran. Saya tidak bergantung pada sesiapa, hanya pada Allah swt tempat saya bergantung.
Sama-sama kita nantikan keputusan Mahkamah esok.
Kepada Allah saya berserah..
''Justice delayed Is Justice denied''
William E. Gladstone
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
Bagi Demang, jika Anwar berjaya menahan Saiful daripada mendakwa dan membicarakan kesnya di mahkamah, maka majoriti RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN PERCAYA PADA ANWAR IBRAHIM SAMPAI MATI.
foto:
anwar 200 jpg rnw.nl
lagi pemimpin keluar PKR
Masih ingat teori domino yang Demang ungkapkan tidak lama dulu? Nampaknya dinding semakin beruntuhan satu persatu menghempap dinding di sebelahnya sehingga akhirnya semua ranap menyembah bumi.
Dalam artikal dulu Demang paparkan perihal keluarnya rokoh-tokoh penting dalam PKR setelah mereka menyedari betapa perjuangan PKR adalah perjuangan sia-sia. Pemimpin-pemimpin tersebut termasuklah orang yang rapat secara peribadi dengan Anwar Ibrahim seperti Ezam Mohd Nor.
Hari ini akhbar menyiarkan berita dua orang lagi pemimpin PKR keluar daripada parti ’bateri 3A’ itu iaitu Setiausaha Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili dan Setiausaha PKR Papar, Awang Mumin Awang Marali.
Nampaknya kemusnahan PR sudah semakin hampir berikutan kemelut hebat PAS serta hilang kepercayaan ramai terhadap PKR.
foto hiasan:
Good Bye Lenin jpg wikilib.com
Sunday, November 29, 2009
kemelut PAS bukan kerana doa UMNO
Demang diajar sejak kecil agar turut mendoakan ibu bapa, ahli keluarga, malah seluruh ummat Islam selain doa untuk diri sendiri. Doa yang dianjur itu adalah doa-doa yang baik, bukan sebaliknya). Bukan itu sahaja; kepada orang bukan Islam pun digalakkan kita berdoa.
Contohnya Rasulullah pernah berdoa agar Allah SWT memberikan hidayah kepada bapa saudara Baginda. Kenapa ahli politik tidak mencontohi tindakan Rasulullah itu?
Maka Demang hairan dengan tindakan pemimpin menganjurkan bacaan doa bagi memusnahkan orang Islam yang lain. (rujuk blog Panglima) Memanglah dikatakan bahawa doa orang yang teraniaya itu amat makbul namun siapa yang menganiaya siapa?
Tidakkah PAS yang menganiaya perjuangan UMNO apabila mereka bersekongkol dengan parti anti Islam?
- Itu kata orang UMNO manakala orang PAS pula akan menuduh UMNO lah yang menganiaya PAS apabila bergabung dengan MCA dan MIC.
Kita perlu sedar bahawa PAS dan UMNO adalah dua parti politik yang saling bermusuhan. Maka sudah sewajarnya masing-masing saling menyalahkan. Namun adakah wajar masing-masing mendoakan kemusnahan antara satu sama lain? Apa akan jadi pada ummat Islam? Apa akan jadi pada anak cucu kita yang setiap hari dilahirkan?
Apa yang Demang lihat ialah walaupun PAS mendoakan UMNO musnah, sebaliknya PAS yang sedang menuju kemusnahan.
Kata Mukhriz Mahathir, masalah yang dihadapi PAS sekarang bukan disebabkan doa UMNO.
bukti BTN perjuangkan negara
Pagi-pagi lagi seorang sahabat menelefon Demang ingin berjumpa. Samada sengaja atau suatu Kebetulan, beliau bersarapan di warung berhampiran rumah Demang.
Sebaik Demang tiba sahabat tersebut segera mengunjukkan akhbar hari ini. "Engkau tengok, tak pernah BTN sepopular hari ini."
Memang benarpun. Liputan terhadap BTN begitu meluas dari pelbagai pihak. Sampaikan ibu mertua Demang pun sudah tahu menyebut BTN.
"Aku nak engkau masukkan dalam blog engkau benda ni." ujarnya bersungguh-sungguh sambil menyuakan sampul surat besar.
"Wah, aku ingat Anwar Ibrahim je yang ada sampul besar macam ni. Apa benda ni?" Demang cuba mengusiknya.
Sahabat tersebut membuka sampul itu dan Demang pun ikut menyemaknya.
"Engkau boleh masukkan? Ini bukti bahawa BTN cuma menjalankan tanggungjawab mengajak rakyat mencintai negara dan mengekalkan perpaduan."
Maka Demang pun tunaikan permintaan sahabat yang mendakwa telah bersama BTN sejak 1992 itu. Beliau memberitahu Demang bahawa hampir setiap kali kursus beliau akan meminta pesertanya menulis sedikit komen peribadi samada positif atau negatif terhadap pengendalian kursus tanpa menulis nama mereka. Kertas komen tersebut dikumpulkan oleh seorang wakil dan diminta menyerahkannya selepas semua sesi LDK tamat. Ini bermakna selepas sahaja menerima komen tersebut, sahabat tadi akan terus pulang ke rumah dan tidak akan menemui para peserta itu lagi.
Menurut beliau cara begitu memberi peluang peserta menulis apa sahaja yang terbuku di hati mereka tanpa rasa bimbang atau segan.
Mari kita lihat sama-sama.
1) Maklumat BTN tiada unsur bias
2) BTN membincangkan isu perkauman secara matang (rasanya ditulis oleh peserta bukan Melayu/bumiputra)
3) Program BTN perlu diteruskan
4) BTN mengingatkan tanggungjawab pada negara
Sebenarnya banyak lagi komen yang Demang rakamkan dalam communicator Demang. Namun tidak sempat memuatkannya kerana isteri Demang sudah menunggu di luar untuk pergi kenduri..!
Melihat pada komen-komen peserta tersebut Demang jenuh berfikir, apakah yang dibimbangkan dek pembangkang?
Anda nilailah sendiri.
Foto itik sekadar hiasan:
racist ducks jpg files.kavefish.com
Saturday, November 28, 2009
Era baru politik Malaysia
Tengahari tadi Astro saluran 615 menyiarkan sebuah filem animasi berjudul Monster Inc. Demang hampir hafal jalan ceritanya sebab putera Demang memutar filem itu 5-6 kali sehari setiap hari, suatu ketika dulu.
Filem tersebut mengisahkan sebuah syarikat yang membekalkan tenaga elektrik di dalam dunia monster. Fungsinya barangkali sama dengan TNB namun Demang tak pasti samada bertaraf GLC atau bukan.
Bezanya tenaga tersebut bukan dijana menggunakan petroleum, dinamo, hidro mahupun solar. Sebaliknya dihasilkan melalui jeritan kanak-kanak!
Tugas monster ialah masuk ke dalam bilik kanak-kanak melalui pintu khas yang bersambung dengan almari. Mereka akan melakukan atau melakonkan aksi ngeri supaya kanak-kanak malang berkenaan menjerit ketakutan. Lebih kuat jeritan, lebih banyaklah tenaga dikumpulkan.
Secara tidak langsung ia memberi jawapan pada soalan kenapa monster keluar daripada almari bilik sebagaimana kepercayaan kanak-kanak di barat.
Seperti biasa, semuanya berjalan dengan baik sehinggalah berlakunya konflik. Dalam cerita tersebut kekecohan bermula apabila seorang kanak-kanak telah melepasi pintu almari dan menyusup ke dalam Monster Inc.
Selama ini terdapat kepercayaan bahawa tubuh kanak-kanak mengandungi racun dan mampu memudaratkan makhluk monster.
Filem tersebut juga memperlihatkan persaingan antara dua watak yang berebut tokoh pekerja paling produktif. Sebagaimana dalam politik manusia, rupa-rupanya monster juga ada fitnah memfitnah dan hasut menghasut.
Demang tidak akan menyentuh tentang peleraian cerita sebab ia masih mengekalkan 'ending' lazim iaitu watak jahat menerima pembalasan sewajarnya. Sebaliknya Demang amat kagum dengan penyelesaian masalah yang berkonsepkan anjakan paradigma yang dipaparkan penulis skripnya.
Monster Inc akhirnya membuat perubahan drastik dengan memecat pengurus lama. Di bawah pengurusan baru tugas para monster bukan lagi menakut-nakutkan kanak-kanak sebaliknya membuat aksi lucu agar kanak-kanak ketawa mengekek.
Demang yakin dan percaya jika Monster Inc boleh berdamai dengan kanak-kanak tanpa menjejaskan produktiviti mereka (bahkan lebih meningkat), kenapa UMNO dan PAS tidak boleh bersatu?
Jika mana-mana parti tidak bersetuju, kita singkirkan sahaja parti tersebut supaya tinggal satu parti Melayu sahaja.
foto:
MonstersIncC jpg cyber-cinema.com
Talkin untuk Husam
Husam bukanlah nama lazim bagi orang Melayu. Seingat Demang hanya ada satu nama ’husam’ yang pernah singgah di telinga Demang. Itulah HUSAM.
Barangkali itu salah satu sebab kenapa Husam sukar bertahan lama dalam politik. Orang Melayu keliru dengan bunyi ’sam’ yang boleh terkait dengan macam-macam perkataan yang mempunyai makna yang bermacam-macam juga. Antaranya, masam, kusam, lasam, resam, dsbnya. Tapi bukan ’sam’ dalam sitcom 2+1 yang terkenal suatu masa dulu. Bunyinya lain walaupun ejaan sama.
Tambahan pula Husam bukan ustaz. Beliau sukar menyaingi barisan ’al-fadhil’ yang lebih sinonim dengan PAS. Beliau berkelulusan ekonomi daripada UM. Jaluran pendidikan beliau sebelum itupun tidak pernah menyinggahi mana-mana pondok atau pesanterian. Jauh sekali untuk ke India atau Pakistan seperti Nik Abduh. Cuma Husam pernah mengikuti Kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).
Lebih daripada itu Husam juga berhadapan dengan ’ahli-bait’ yang mempunyai kelompok penyokong tersendiri. Almaklumlah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Jika Nik Aziz boleh mencapai makam Mursyidul Am dan Menteri Besar, takkanlah putera-puteranya tidak sanggup menjawat Timbalan Presiden?
Lihat sahaja semangat Nik Adli yang membawanya ke Afghanistan. Bolehkah anda ukur semangat juang dan kekentalan hatinya? Cuma dari segi strategi perjuangan, tindakan tersebut bukanlah sesuatu yang patut dipuji.
Laluan Husam pada suatu ketika nampak lancar menuju ke puncak. Perebutan kerusi presiden UMNO yang membawa pada penubuhan S46 membuka lorong untuk Husam membolosinya. Teringat Demang pada filem 2012 tatkala wiranya mengelak letusan dan hentaman bola api dengan penuh bergaya. Begitu juga Husam yang akhirnya menduduki kerusi nombor dua dalam kerajaan Kelantan ketika Ku Li bersendirian di kerusi rehat villa di Gua Musang.
Akhirnya Husam terpaksa juga mengahadapi tembok besar ahli bait Tok Guru. Nik Abduh secara terang-terangan tidak menyukai beliau sejak awal. Tulisan-tulisannya dalam blog secara nyata berkonfrontasi bukan sahaja dengan Husam malah sesiapa sahaja pemimpin PAS yang dilihat dalam kem Husam.
Pada peringkat pertengahan Husam dibantu Syed Azidi (kickdifella) menerawang dunia cyber menabur propaganda. Dalam masa yang sama hubungan intim kedua-dua mereka dengan Nik Aziz dilihat semakin jelekit sehingga menimbulkan kejengkelan Nik Abduh sendiri. Seterusnya team Husam dicop dengan nama Erdogan.
Bagi sesetangah orang PAS, Husam adalah wira sebenar. Beliau tegas menolak kronisme walaupun melibatkan keluarga Tok Guru sendiri. Konflik tersebut turut menjemput campur tangan anak perempuan kesayangan Nik Aziz sendiri iaitu Nik Amalina. Bagi yang tidak begitu mengenali keluarga Tok Guru, Nik Amalina binti Nik Aziz adalah isteri kepada Abdul Ariffahmi Abdul Rahman iaitu CEO PMBK yang dilantik oleh MB Kelantan. Namun bagi yang tidak serasi, beliau sering dikaitkan dengan isu balak dan yang terbaru isu petroleum.
Demikian serba sedikit fakta yang dapat Demang kutip bagi mengiringi pengunduran Husam daripada politik. Biarpun Nik Aziz cuba memujuk Husam kembali namun setakat ini rajuk beliau agak panjang dan sukar diubat. Tambahan pula orang kuatnya kickdifella sudah lebih awal dipecat dan dituduh musang berbulu ayam dan penulis mabuk. Lihat sini.
Lihatlah blog-blog orang kuat PAS sejak kebelakangan ini dan anda akan rasai betapa hebatnya gelora yang mereka sedang hadapi. Anda juga akan dapati cerita tentang PAS di dalam akhbar arus perdana sebenarnya hanya memaparkan ‘cerita-cerita kecil’ sahaja.
Tuduhan paling besar dikenakan pada Husam ialah penentang kuat formula perpaduan UMNO-PAS.
Adakah era selepas Husam akan membuka semula harapan rakyat mengecapi perpaduan?
Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Husam_Musa
http://nikabduh.wordpress.com/
http://kickdefella.wordpress.com/
http://profile-husammusa.blogspot.com/
Foto:
husam musa drpd Amin Iskandar flickr.com
Foto di atas sekadar hiasan, diambil daripada batu nisan nesa...ok jpg metacafe.com
Friday, November 27, 2009
Bagaimana Anwar naik?
Demang agak lambat ke masjid untuk solat Jumaat tadi. Sesampai di masjid, orang ramai sudah santak hampir keluar daripada bangunan masjid. Kasut tak usah cerita lagi lah. Bertabur dan bersepah. Teringat Demang cerita seorang sahabat yang terlibat dengan kursus Perdana anjuran BTN suatu waktu dulu.
Kursus Perdana dihadiri oleh menteri-menteri dan tokoh korporat termasuk GLC. Turut hadir ialah Tun Dr Mahathir yang menjadi PM ketika itu. Demang tak pasti samada Anwar hadir atau tidak. Demang rasa beliau pasti hadir sebab PM hadir. Beliau tu boleh tahan jugak bab bodek-membodek...
Sesuatu yang menghairankan dalam kursus tersebut ialah perihal kasut yang sentiasa tersusun di luar surau walaupun sebelumnya ditinggalkan bersepah dan sejadah yang siap terbentang sebelum masuk waktu subuh.
Akhirnya setelah disiasat maka didapati kedua-dua tugas tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri sendiri.
Berbalik pada kesah di masjid tadi, Demang tiba-tiba melihat seorang lelaki yang baru tiba terus melangkah ke atas tangga masjid dengan selamba. Lelaki itu tanpa apa-apa perasaan terus memijak kasut-kasut orang ramai yang banyak di situ seterusnya meletakkan kasutnya di atas anak tangga paling atas!
Peristiwa tersebut mengingatkan Demang tentang orang yang naik ke atas dengan memijak orang lain.
Memang biadap.
Foto hiasan:
aren t my shoes haha nwsk style flickr.com
anwar takut apa?
Pagi-pagi lagi Demang terima mesej daripada blogger Kumbang memberitahu blog Waadat masuk Sinar Harian lagi.
Tak begitupun Demang memang baca Sinar Harian sejak diterbitkan. Selain itu Demang langgan Berita Harian melalu SMS dan baca Utusan Online. Sesekali Demang beli jugak Harakah.
Demang dapati Sinar Harian ini dibaca oleh semua orang sebab ia melaporkan berita daripada pemimpin kerajaan dan pembangkang. Jika ada sesuatu isu, akhbar harian tersebut akan mendapatkan terus info berkenaan daripada empunya diri tanpa mengira latar belakang politik. Contohnya hari ini dimuatkan temubual dengan Mahfuz Omar, pemimpin PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Bercakap tentang Pokok Sena teringat pula Seputeh. Demang lihat dalam blog Wakil Rakyat ada memuatkan tulisan seorang peguam tentang isu ADUN di situ yang dihukum buang oleh speaker kerana tidak hadir DUA kali ke persidangan.
Keputusan tersebut disokong mahkamah tinggi yang menganggap tafsiran speaker tersebut menepati kehendak perlembagaan.
Demang tidak mahu mempertikaikan keputusan mahkamah apatah lagi kes tersebut belum selesai sepenuhnya. Namun agak jengkel kerana tafsiran mahkamah seringkali merugikan kerajaan yang memerintah.
Dalam kes tersebut (bekas) ADUN tersebut mendakwa beliau tidak hadir kerana sakit (ada surat cuti) dan dalam dua sesi persidangan yang berasingan. Memanglah nampak berturut-turut tetapi bukan dalam 'penggal' yang sama.
Apapun, kita perlulah patuh pada keputusan mahkamah walaupun keputusan tersebut merugikan kita. Malah UMNO pernah diharamkan oleh mahkamah dan kesannya bukan sedikit.
Maka, apa lagi yang Anwar takutkan? Berdirilah di depan pengadilan untuk diadili samada salah atau benar.
Foto:
dalam sinar harian pada belanga flickr.com
Lihat Sinar Harian Online
Thursday, November 26, 2009
Kenalkah anda wanita ini?
Beliau adalah Dr Halimah Ng yang suatu hari nanti kuburnya akan dipijak-pijak dan dikencing oleh anak cucu beliau sendiri kerana melakukan pengkhianatan terbesar dalam sejarah Melayu di nusantara!
Sudah berapa ramai pemimpin Melayu yang menjadi pembangkang? Namun mereka tidak pernah mengganggu jihad BTN. Mereka tahu, BTN bergerak merentasi fahaman politik. Malangnya wanita ini telah memecahkan tradisi ini.
Beberapa hari lepas Demang turut mengulas tentang isu pemulauan program BTN oleh kerajaan negeri Selangor. Sebelum itu pun Demang pernah membuat ulasan panjang lebar mengenai BTN dalam Waadat ini. Jadi kali ini Demang perturunkan ulasan seorang sahabat blogger iaitu ADC. Demang copy & paste sebijik-sebijik tanpa tokok atau ubah.
1. Berdasarkan sejarah dan fakta, Biro Tatanegara (BTN) ditubuhkan pada 1981, melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara. Era Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak peranan BTN ialah menerapkan semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
2. Pada tahun 1980-an, semasa program belia, fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah mengawasi kegiatan gabungan belia dan pelajar bagi memastikan mereka bertindak selaras dengan kehendak aspirasi negara.
3. Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keislaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.
4. Antara lagu yang sering dinyanyikan dalam kursus BTN ialah lagu Warisan. Peserta dibimbing untuk memahami perkara yang tersurat dan tersirat dalam lagu tersebut. Meskipun kelihatan semangat kemelayuan yang ketara dalam lagu tersebut, namun objektifnya ialah bagi mengeluarkan orang Melayu daripada kancah kemiskinan dan akhirnya mencapai matlamat utamanya iaitu perpaduan kaum. Hal ini adalah selari dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membenteras kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Kerajaan amat sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia adalah penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
5. Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.
6. Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.
6. Antara Objektif murni BTN adalah mencipta semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia dengan memberikan keutamaan kepada golongan pelajar, cendekiawan dan pemimpin-pemimpin masyarakat dengan hasrat mewujudkan satu negara dan bangsa yang kuat dan bermaruah melalui rancangan latihan dan penyelidikan kemasyarakatan. Memberi sumbangan bermakna dalam usaha mencipta kegemilangan masyarakat Malaysia. Pembina semangat patriotisme negara yang terkemuka dan utama.
7. Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri. Namun begitu, timbul banyak aduan daripada peserta kursus tersebut (terutamanya yang berketurunan bangsa minoriti) bahawa terdapat jurulatih BTN yang menyebarkan idealogi yang bersifat perkauman, hinggakan ke tahap menimbulkan kebencian terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia.
8. BTN pada dasarnya ditugaskan menyampaikan maklumat berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
9. Berdasarkan fakta diatas adakah kita berasa kursus BTN adalah proses doktrinisasi kerajaan yang akan menimbulkan fenomena perkauman dan memecah-belahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama? Tanyalah diri sendiri !!
ADC
Demang sambung sikit...
Sementara itu, oleh kerana BTN sudah tidak diperlukan di Selangor maka satu badan baru akan mengambil alih tugas BTN tersebut yang dikenali sebagai 'SPIES'. Maklumlah, kalau satu kursus memakan belanja antara RM40 ribu hingga RM70 ribu, siapa yang tak terliur, ye tak?
Hassan Ali memang biasa dengan kursus macam tu. "Jangan sampai projek Spies tu dapat kat orang lain , Dr..."
Foto di atas ialah Dr Halimah Ng yang bersubahat dengan DAP mengkhianati orang Melayu.
Sudah berapa ramai pemimpin Melayu yang menjadi pembangkang? Namun mereka tidak pernah mengganggu jihad BTN. Mereka tahu, BTN bergerak merentasi fahaman politik. Malangnya wanita ini telah memecahkan tradisi ini.
Beberapa hari lepas Demang turut mengulas tentang isu pemulauan program BTN oleh kerajaan negeri Selangor. Sebelum itu pun Demang pernah membuat ulasan panjang lebar mengenai BTN dalam Waadat ini. Jadi kali ini Demang perturunkan ulasan seorang sahabat blogger iaitu ADC. Demang copy & paste sebijik-sebijik tanpa tokok atau ubah.
1. Berdasarkan sejarah dan fakta, Biro Tatanegara (BTN) ditubuhkan pada 1981, melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara. Era Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak peranan BTN ialah menerapkan semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
2. Pada tahun 1980-an, semasa program belia, fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah mengawasi kegiatan gabungan belia dan pelajar bagi memastikan mereka bertindak selaras dengan kehendak aspirasi negara.
3. Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keislaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.
4. Antara lagu yang sering dinyanyikan dalam kursus BTN ialah lagu Warisan. Peserta dibimbing untuk memahami perkara yang tersurat dan tersirat dalam lagu tersebut. Meskipun kelihatan semangat kemelayuan yang ketara dalam lagu tersebut, namun objektifnya ialah bagi mengeluarkan orang Melayu daripada kancah kemiskinan dan akhirnya mencapai matlamat utamanya iaitu perpaduan kaum. Hal ini adalah selari dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membenteras kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Kerajaan amat sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia adalah penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
5. Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.
6. Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.
6. Antara Objektif murni BTN adalah mencipta semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia dengan memberikan keutamaan kepada golongan pelajar, cendekiawan dan pemimpin-pemimpin masyarakat dengan hasrat mewujudkan satu negara dan bangsa yang kuat dan bermaruah melalui rancangan latihan dan penyelidikan kemasyarakatan. Memberi sumbangan bermakna dalam usaha mencipta kegemilangan masyarakat Malaysia. Pembina semangat patriotisme negara yang terkemuka dan utama.
7. Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri. Namun begitu, timbul banyak aduan daripada peserta kursus tersebut (terutamanya yang berketurunan bangsa minoriti) bahawa terdapat jurulatih BTN yang menyebarkan idealogi yang bersifat perkauman, hinggakan ke tahap menimbulkan kebencian terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia.
8. BTN pada dasarnya ditugaskan menyampaikan maklumat berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
9. Berdasarkan fakta diatas adakah kita berasa kursus BTN adalah proses doktrinisasi kerajaan yang akan menimbulkan fenomena perkauman dan memecah-belahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama? Tanyalah diri sendiri !!
ADC
Demang sambung sikit...
Sementara itu, oleh kerana BTN sudah tidak diperlukan di Selangor maka satu badan baru akan mengambil alih tugas BTN tersebut yang dikenali sebagai 'SPIES'. Maklumlah, kalau satu kursus memakan belanja antara RM40 ribu hingga RM70 ribu, siapa yang tak terliur, ye tak?
Hassan Ali memang biasa dengan kursus macam tu. "Jangan sampai projek Spies tu dapat kat orang lain , Dr..."
Foto di atas ialah Dr Halimah Ng yang bersubahat dengan DAP mengkhianati orang Melayu.
Raya haji untuk siapa?
Esok kita beraya lagi. Ada orang kata raya tumpang sebab yang benar-benar beraya ialah jemaah haji. Namun bagi Demang kita ada dua hari raya. Jadi tidak timbul soal ’raya tumpang’ atau ’raya betul-betul’. Kita wajib merayakannya.
Demang lihat dalam blog pagi ini blogger Pena Minang merungut pasal fitnah memfitnah antara satu puak dengan puak yang lain. Padahal Rasululullah dihadirkan untuk menyatupadukan manusia melalui Islam. Namun setelah baginda bersusah payah bersama para sahabat memujuk nenek moyang kita memeluk Islam, hari ini ada pula manusia yang menyeru ke arah perpecahan.
Sempena Aidil Adha ini apa kata kita kurangkan sedikit kebencian sesama Islam dan berfikir sejenak bagaimana untuk memajukan ummah dari segi ekonomi. Memanglah ekonomi tidak boleh membeli akidah namun untuk beribadat dengan sempurna kita perlukan wang. Contohnya, untuk mengerjakan haji.
Maklumlah, jika tidak dengan duit sendiri, siapa yang nak sponsor kita, ye tak? Lain lah orang tu...
Selamat hari raya aidil adha. Selamat menjalani ibadah qorban (pun nak pakai duit jugak!)
foto hiasan:
korban
bdkleovirgo flickr.com
Wednesday, November 25, 2009
DAP berbudi
Sahabat Pak Teh iaitu blogger Pisau melaporkan betapa khalifah DAP di Pulau Pinang begitu bermurah hati memberi bantuan SEBANYAK RM75 ribu kepada pusat tahfiz.
Nampaknya tidak sia-sia orang Penang bagi undi kat DAP.
Dalam pada tu amirul kafirin tersebut tidak lupa menyalurkan SEDIKIT bantuan untuk sekolah cina tak sampai 11 juta, yakni Cuma RM10 juta.
Orang Penang tidak perlu susah hati dan tak perlu marah pada khalifah sendiri. Cuba lah berfikir positif. Ikut macam PAS yang sentiasa berlapang dada dengan DAP. Atau pun ikut macam PKR yang bersetuju sahaja dengan DAP asalkan Anwar selamat.
Kalau susah-susah sangat, cuba tukarkan RM75 ribu itu kepada Rupiah. Pasti angkanya akan jadi banyakkkkkkkk!
Tak lama lagi kita akan lihat pula bagaimana orang Selangor ditindas. Bagi memudahkan agenda itu, program BTN yang banyak membuka minda anak-anak Melayu agar menjadi maju seiring dengan anak-anak daripada bangsa-bangsa lain telah berjaya dipulaukan oleh pemimpin Melayu sendiri yang berada dalam PKR.
Foto hiasan juga daripada blog Pisau
Apa salah BTN?
Demang temui satu artikal dalam blog Aspirasi yang menarik minat Demang.
Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan penyertaan para pelajar institusi pengajian tinggi miliknya ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.
Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.
Tiga buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS.
Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinisasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa."
Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam gabungan pembangkang itu menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.
ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
Sebenarnya Demang pernah memuatkan satu artikal panjang lebar dalam blog Waadat ini apabila isu BTN ditimbulkan dalam parlimen sedikit masa dulu. Kali ini Demang tidak mahu jawab lagi.
Mari kita sama-sama melagukan nyanyi ini...
Anak kecil main api terbakar hatinya sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
...
...
Mari kita lihat sekali lagi nama ADUN-ADUN yang membuat desakan itu:
Amirudin Shari (PKR-Batu Caves),
Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku),
Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia),
Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai),
Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan
Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
Lihat baik-baik nama-nama manusia yang terlibat itu sekali lagi:
Amirudin Shari (PKR-Batu Caves),
Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku),
Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia),
Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai),
Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan
Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
Camkan nama-nama berikut:
Amirudin Shari (PKR-Batu Caves),
Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia),
Lihat pula nama berikut:
Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku),
Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai),
Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan
Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
Ada sesiapa lagi yang ingin bersekongkol dengan mereka?
foto:
PC070091 edited JPG kelabkeristamingsari.blogspot.com
dua berita tak menarik
Sambil menunggu roti canai pagi ini Demang menyelak-nyelak akhbar Melaka Hari Ini yang memang tersedia di warung itu.
Dilihat pada nilai berita, tidak ada yang menariknya akhbar ini. Hanya berita biasa. Berita bantuan rakyat miskin, anak yatim, baiki jalan, jadual ceramah agama, gotong royong, majlis perasmian, dan yang sewaktu dengannya. Jika diberi percuma pun belum tentu orang membaca. Tiada yang sensasi.
Berita utama memaparkan kejayaan polis menumpaskan kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai 'Geng Pecah Rumah Hanafi'. Tajuk yang diharapkan dapat menarik sedikit perhatian khalayak.
Bagi menambahkan kebosanan anda dengan berita statik yang penuh statistik ini, mari kita perhatikan faktanya:
Kumpulan tersebut dianggotai 4 orang rakyat tempatan berusia 25-34 tahun dan sudah bergerak lebih 4 tahun sejak 2004. Operasi mereka tertumpu pada kedai runcit dan restauran sekitar Melaka Tengah dan Jasin melibatkan kira-kira RM50,000 hasil daripada 29 projek haram mereka. (suatu usaha yang tak berbaloi untuk tempoh EMPAT tahun!)
Turut ditahan ialah 3 pembeli barang curi dan polis berjaya menemui 222 tong gas, 1152 tin minuman, minyak masak, susu, TV, radio, periuk nasi, beras, gula, dan wang tunai RM5280. (Lagi lah tak berbaloi. Mencuri tong gas bukanlah kerja yang 'smart').
Demang masih menganggap tiada yang menarik pada berita tersebut sehingga menemui berita lain di dalam akhbar yang sama.
'Penyelidik USM cipta bahan utama ubat sakit jantung'
Menurut Prof Abd Latif Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM, bahan utama iaitu L-homophenylalanine dihasilkan menggunakan kaedah biopemangkin gabungan teknologi enzim dan membran yang jauh lebih selamat berbanding kaedah yang digunakan selama ini.
Beliau bersama Dr Syamsul Rizal Abd Syukor dan Oh Pei Ching berjaya menemui kaedah tersebut hasil kajian mereka selama 4 tahun dengan perbelanjaan RM500,000. Kini ia boleh dijual pada harga RM2500 berbanding bahan lama yang diimport pada harga RM9,000 hingga RM11,000!
Walaupun berita tersebut dianggap tidak menarik, tidak sensasi, dan tidak popular namun bagi Demang ia cukup bermakna. Ia melibatkan dua kumpulan manusia yang memburu kejayaan masing-masing, dan ada hubungan dengan manusia lain.
Perhatikan fakta dan angka-angka dalam kedua-dua berita dan renungkanlah sejenak dan berhenti sebentar dari berfikir tentang politik.
Jangan lupa, perhatikan angka RM50,000 (jadi penjenayah) dan RM500,000 (jadi penyelidik). Bukankah lebih untung menjadi orang baik?
Terpulang pada kita untuk masuk dalam kumpulan yang mana?
foto hiasan cuma:
tong gas2 150x150 jpg saujanautama3.com
Tuesday, November 24, 2009
Jubah, dulang, dan tudung labuh
Sambil bersarapan pagi tadi, isteri Demang bercerita perihal ibu-ibu saudaranya yang menghantar anak-anak mereka ke sebuah pusat pengajian ala pondok di pekan kecil (Melaka) sepanjang cuti sekolah ini.
Tindakan tersebut memanglah bagus dan pujian harus diberikan kepada ibu bapa dan pengusaha pusat tersebut.
Antara keperluan yang wajib disediakan ialah jubah dan tudung labuh. Bayaran yang dikenakan hanya RM200 bagi setiap pelajar. Bayaran meliputi makanan dan tempat tinggal yang disediakan sepanjang tempoh itu. Para penuntut makan di dalam dulang.
Tudung labuh, jubah dan dulang bukanlah persoalannya di sini tetapi yang dimusykilkan isteri Demang ialah tahap kebersihan yang amat buruk di situ. Lalat langau seolah diternak secara besar-besaran dengan umpanan sampah sarap yang tidak diurus dengan baik. Malah salah seorang sepupu isteri Demang amat berharap dapat membawa cawan sendiri dari rumah kerana tidak sanggup menggunakan bekas yang disediakan.
Sepupu-sepupu isteri Demang yang masih bersekolah itu bukan orang kaya. Ibu bapa mereka hanya buruh biasa. Jadi tidak timbul soal mereka terlalu cerewet kerana biasa hidup senang. Mereka biasa hidup susah tetapi bukan kotor!
Keadaan tersebut mengingatkan Demang tentang isu sekolah agama rakyat (SAR) yang dihentikan bantuan oleh Tun Abdullah ketika beliau menjadi PM. Walaupun pada awalnya mendapat tentangan banyak pihak namun akhirnya rakyat sedar bahawa itulah tindakan terbaik bagi membantu memulihkan imej umat Islam.
Hari ini bukan sahaja kanak-kanak tersebut berpeluang mendapat tempat didikan yang jauh lebih baik malah ustaz dan ustazah mereka telah ditempatkan ke sekolah-sekolah kerajaan dengan tawaran yang amat menarik (DG41). Satu program khas (JQAF) diwujudkan di sekolah-sekolah rendah. Jangan lupa jasa Pak Lah itu.
Bagi Demang, masih ramai orang Melayu yang mengenepikan soal kebersihan termasuk dalam penyediaan makanan. Memanglah kaum Cina dan India lebih teruk lagi namun sebagai ummat Islam, kita diakui sebagai ummat terbaik. Justeru pamerkan kehebatan kita atau sekurang-kurangnya patuhi saranan Islam. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?
Nampaknya pengusaha di situ lebih mementingkan soal jubah, tudung labuh, dan dulang berbanding kebersihan.
foto hiasan:
green bottle fly jpctalbot flickr.com
Monday, November 23, 2009
Pakatan dalam Demokrasi
Situasi 1
Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah pejabat pos dan terus ke kaunter tanpa mengambil giliran. Tindakannya segera ditegur oleh pengawal keselamatan.
Pengawal: Maafkan saya, encik kena ikut giliran
Lelaki: Bukankah PM kata 'rakyat didahulukan'?
Pengawal: Cuba Pakcik lihat di belakang, orang lainpun rakyat juga.
Mesej: itulah sistem
Lelaki itu pergi kepada orang ramai dan berkata sesuatu. Sebahagian daripada mereka mengangkat tangan manakala selebihnya tidak. Kemudian lelaki itu keluar.
Mesej: itulah demokrasi
Keesokan harinya lelaki itu masuk ke pejabat pos tersebut dan terus ke kaunter. Pengawal keselamatan sekali lagi menjalankan tugasnya:
Pengawal: Maafkan saya, encik kena ikut giliran
Lelaki: Bukankah PM kata 'rakyat didahulukan'?
Pengawal: Cuba Pakcik lihat di belakang, orang lainpun rakyat juga.
Lelaki: oh, begitu. Cuba awak pula lihat di belakang.
Pengawal tersebut melihat ke belakangnya dan nampak sekumpulan manusia siap dengan sepanduk bertulis, 'Kami mahu Pak Murad didahulukan'.
Mesej: itulah pakatan
Demang tidak katakan pakatan tersebut adalah pakatan pembangkang sebaliknya ia adalah tindakan sesiapa sahaja yang faham tentang kuasa dan tahu bagaimana mendapatkan kuasa serta menggunakan kuasa itu bagi tujuan tertentu.
Sepatutnya Demang huraikan lebih panjang namun dalam masa yang terbatas Demang ingin mengajak anda merenung kata-kata bahawa 'minoriti boleh mengalahkan majoriti dalam demokrasi. Bagaimana?
Foto tindakan membakar bendera:
bakar2 jpg shahnon.com
Sunday, November 22, 2009
Najib campur tangan
Mula-mula Pak Teh mohon maaf pada Demang kerana menindan artikal yang baru siang tadi disiarkan. Kepada pengunjung, lepas baca artikal ni, bolehlah terus ke artikal mutakhir Demang bertajuk PAS dan Hantu Raya.
Memang elok sangatlah PM campur tangan dalam kemelut MCA. Pak Teh pun cuak juga dengan keadaan yang berlaku.
Mari kita himbau; selepas PRU12 Mac 2008 MCA buat lembu kenyang walaupun yang kalah tu ialah depa. Gerakan toksah cakap la. Memang dah kenyang lama di Penang tu. Macam sawa.
Isu video seks CSL pun MCA boleh diamkan begitu sahaja. Pak Teh sendiri pun kagum sungguh dengan cara MCA menutup pekung depa. Selain tu, Pak Teh turut kagum dengan CSL sendiri yang ‘boleh tahan’ jugak prestasinya. Ada minum ginseng apa-apa ka?
Tapi sekarang, MCA dah jadi pentas opera. Macam-macam watak dan cerita dipertontonkan. Pelakon-pelakonnya pun boleh tahan jugak bakat depa.
Pak Teh pelik, kenapa semasa UMNO kelam kabut dulu, MCA boleh bertenang dan nampak rilex saja. Bila UMNO kembali menyusun strategi dan mula diterima semula, MCA pulak kelam kabut.
Bagi Pak Teh, jika MCA sengaja menggali kubur sendiri dan memindahkan ahli-ahlinya ke dalam DAP dan PKR beramai-ramai, orang Melayu kena la bersatu. Apa carapun mesti bersatu.
Jangan jadi bodo sangat, no...
Foto:
DS Najib http://wakilrakyatblog.blogspot.com/
PAS dan hantu raya
Jika melihat pada keadaan Pok Soh, siapapun tidak menyangka yang orang tua itu boleh secergas itu sekarang. Manakan tidak, dua bulan beliau terbaring dengan mata terbeliak mengadah siling di terataknya. Hanya Bedah, anak sulungnya yang setia menunggu dan merawatnya. Kebetulan rumahnya tidak jauh dari situ.
Tanpa disangka-sangka pada suatu senja Pok Soh bangun tercacak seolah-olah dia tidak pernah sakit sebelum ini. Setelah menghabiskan seperiuk nasi tanpa lauk yang ditinggalkan Bedah, Pok Soh keluar dan hanya kembali menjelang pagi.
Hari-hari berikutnya berjalan seperti biasa. Pok Soh semakin kuat dan kebunnya pun bertambah makmur dan subur. Selain itu dia juga ke sungai mencari ikan dan ke hutan menarik rotan.
Hanya Tok Jamun yang agak resah sendirian. Tok Jamun adalah sahabat seperguruan Pok Soh. Sejak Pok Soh sihat, tidak sekalipun Tok Jamun menziarahimya. Hal ini kerana Tok Jamun yang sudah berusia 98 tahun itu tahu bahawa yang ke hulu ke hilir menunggang batang tubuh Pok Soh itu bukan lah Pok Soh yang sebenar, sebaliknya hantu raya belaan Pok Soh.
Sebenarnya Pok Soh sudah meninggal dunia.
Begitulah yang Demang perhatikan pada PAS. Jika tidak kerana penyingkiran Anwar pada 1999, PAS sudah lama ditalkinkan. Kekuatan yang seolah-olah ada pada PAS hari ini adalah kerana meminjam roh Anwar yang sepatutnya meninggalkan jasad politiknya pada 1999.
Sayangnya Anwar sendiri menghadapi masalah besar dari sehari ke sehari. Mari kita lihat jadual keruntuhan regim Anwar dengan keluarnya tokoh-tokoh berikut daripada PKR:
1) Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar
2) Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd Nor
3) Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4) Ahli Majlis Tertinggi, Datuk S. Nallakarupan
5) Ketua Wanita, Neil Onn,
6) Naib Presiden, Marina Yusuf
7) Setiausaha Agung, Mohd Anuar Tahir
8) Bendahari Agung, Abd Rahman Osman
9) Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
10) Setiausaha Angkatan Muda, Lokman Noor Adam
11) Naib Ketua Pemuda, Muhd Zahid Md Arip
12) Timbalan Pengarah Pilihanraya, Hamdan Taha
Seterusnya beberapa ADUN PKR telah bertindak menjadi ADUN bebas:
1) ADUN Beharang, Jamaludin Mohd Radzi
2) ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu
3) ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
Sementara itu beberapa orang lagi pemimpin PKR bertindak meletakkan jawatan atas beberapa isu:
1) V. Arumugam, ADUN Bukit Selambau
2) Mohd Fairus Khairudin, ADUN Penanti
3) Naib Presiden, Datuk Jeffrey Kitingan
4) Ahli Majlis Tertinggi, Christina Liew
Maka jika anda masih bersama PKR sehingga kini, bermakna anda sudah jauh ketinggalan zaman. Kalau Setiausaha Sulitpun sudah tidak percayakan beliau, siapakah anda yang masih mahu mempercayainya?
Berbalik pada PAS, kerosakan PAS juga berlaku dari dalam. Sebelum berita Husam keluar di akhbar pagi ini, Demang sudah menulisnya dua hari yang lepas. Sebenarnya Demang mendapat tahu lebih awal dari itu.
Nik Aziz pula cuba menjadi juara dengan mempengaruhi banyak keputusan dan sering pula bercanggah dengan pendirian Presiden sebenar PAS, Hj Hadi. Biarpun Hj Hadi cuba mencelah, namun populariti Nik Aziz semakin bertambah sementelah dicadangkan menjadi ketua pakatan rakyat sekaligus mengenepikan Anwar Ibrahim.
Berita pagi ini mencatatkan betapa Nik Aziz cuba memujuk Husam agar tidak meletakkan jawatan.
Kenapa ya? Adakah pemergian Husam akan memadamkan semua impian Nik Aziz?
Para menyokong Hj Hadi mengikuti episod ini dengan penuh debaran.
sumber:
Foto hiasan adalah hantu pocong, bukan hantu raya daripada 'hantu pocong' fazli.com.my
Info PKR, Mingguan Malaysia 15/11/09
Friday, November 20, 2009
Politik dan Nasi Goreng
Kali ini kita ada petua yang aneh dan tidak terdapt dalam kitab Attabib Walhikmah karangan Tokwan Demang. Kita namakan sebagai petua menyelesaikan masalah nasi goreng yang masin.
Ketika artikal ini ditulis Demang baru sahaja menolak 3/4 nasi goreng yang tidak mampu dihabiskan kerana terlebih masin.
Urutan kisahnya begini:
Demang memesan dua pinggan nasi goreng untuk diri sendiri dan putera kami. Apabila Demang menjamah hidangan itu, ternyata agak masin. Putera kami juga mengakuinya.
Maka Demang meminta tukang masak gerai berkenaan menyelesaikan masalah tersebut. Tukang masak itupun mengambil nasi itu dan memasukkannya ke dalam kuali semula. Bagi megurangkan rasa masin tersebut dia menggunakan teknik mudah iaitu menambah sesenduk nasi putih ke dalam nasi goreng itu.
Jika anda menyangka masalah telah selesai, anda silap. Apabila dihidangkan, masinnya masih terasa.
Ketika membayar harga air di gerai sebelahnya, Demang memberitahu peniaga air itu satu petua mudah:
"Bawa pinggan itu ke tong sampah dan curahkan kesemuanya. Kemudian buatkan nasi goreng yang baru."
Kepada pembaca Waadat Demang peringatkan bahawa petua tersebut adalah idea spontan dan bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan cara itu, terutama masalah politik.
foto hiasan:
nasi goreng cheng mai
Sushimushi flickr.com
Thursday, November 19, 2009
Nik Aziz akan singkir siapa?
Melihat pada kemelut PAS yang semakin parah, Pak Teh cadangkan rombakan besar perlu dilakukan. Jika Haji Hadi masih diperlukan sebagai presiden maka taringnya perlu dikembalikan.
Nik Aziz perlu dibebaskan daripada kutu babi yang melekat pada tubuhnya. Beliau perlu dijauhkan dari puak erdogan yang selama ini memperkudakannya. Status Mursyidur Am perlu diperjelas. Ramai ahli PAS sendiri tidak faham dengannya.
Pagi tadi Pak Teh dapat SMS tentang suatu berita gempar yang akan berlaku sedikit masa lagi. Pak Teh tidak mahu mendahului Nik Aziz dalam penghebahan tersebut. Jadi, kita cerita hal lain dulu kali ini.
Selama ini Pak Teh dengar puak pembangkang kata pemimpin UMNO kaya-kaya. Rupa-rupanya pemimpin PKR kaya raya juga. Lihatlah betapa isteri Azmin Ali boleh memiliki asset sehingga RM8 juta. Anwar usah dikira lagi lah. Ulang-alik dari Malaysia ke Amerika dah jadi macam perjalanan dari Alor Star ke Jitra aja. Kereta dan rumah mewahnya... semua orang dah tahu. Rumah untuk mesyuarat ramai-ramai, lain. Rumah untuk mesyuarat berdua, lain. Rumah khas untuk minum teh dengan pembantu pun ada rupanya.
Dalam pada itu MB Selangor pun apa kurangnya. Setakat saman 50-60 juta boleh saja dibayarnya.
Pemimpin PAS pun tak ketinggalan dengan isu kaya. Tak perlu lihat Husam yang rapat dengan MB tu. Malah ADUN biasa pun boleh bayar pampasan pada janda RM2-3 juta.
Rupa-rupanya profesyen sebagai ahli politik memang mampu menjadikan penjawatnya kaya raya. Patutlah mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menang. Maklumlah, jika gagal bertahanpun, wang pencen tetap ada.
Yang jadi mangsa ialah rakyat. Melongo dan melopong mendengar temberang orang politik menjaja air liur. Yang sana kata dia betul, yang sini pun kata dia betul juga. Akhirnya rakyat jadi meluat.
Orang politik bukan sahaja menghalalkan penipuan malah sanggup menuduh orang lain kafir kerana berlainan pendapat dan fahaman. Ada berapa versi Dua Kalimah Shahadah pada pandangan orang politik?
Politik tidak berakhir di dewan parlimen sahaja. Selepas bersidang wakil rakyat menyambung tugasnya menjaja kebaikan diri. Bagi menunjukkan ’kehebatan’ diri sendiri, maka dicipta dan dihebahkan segala keburukan orang. Maka fatwa baru dikeluarkan bahawa bagi mencari kebaikan maka mengumpat dan memaki orang lain dihalalkan. Orang politik memang tidak boleh mengaku salah!
Lebih malang lagi apabila orang politik turut menggunakan mimbar masjid mempengaruhi orang ramai menyokong fahamannya. Apabila ditegur, dikatanya agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Macamlah kita ni bodoh sangat. Yang kita maksudkan ialah jangan politikkan agama dan jangan agamakan politik!
Bagi Pak Teh, ahli politik yang hanya berpegang pada prinsip menang-kalah adalah manusia ’sengkek-idea’.
Gambar hiasan: Beginikah nasib pembangkang tidak lama lagi?
motogp catalunya crash PhillC flickr.com
Wednesday, November 18, 2009
Kesilapan besar Dr Mahathir
Baru siang tadi Demang menulis tentang kemungkinan UMNO menerima kembali Anwar Ibrahim, rupa-rupanya Tun Mahathir telah menulis sesuatu yang penting berkenaan Anwar dalam blognya semalam.
Di sini Demang tampal perkara ketiga tulisan Tun berkenaan tindakan bahaya Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan dulu. Maklumlah, pelajar sastera nak jadi ‘pakar ekonomi’, agak kelam kabut juga. Alhamdulillah, tindakan pantas Tun berjaya mengelakkan kejadian buruk menimpa negara.
Biasalah, apabila sesuatu perkara buruk tidak berlaku, memang tiada siapa yang akan bertanya siapakah yang telah berjasa mengelakkannya!
Berikut adalah catatan Tun tersebut:
3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.
Maka Demang teringat tuduhan Anwar bahawa pemecatan beliau adalah satu konspirasi atau suatu usaha terancang. Asalnya Anwar mengatakan Tun tidak terlibat. Kita faham, itu adalah strategi beliau yang masih mengharapkan Tun menyebelahinya. Maklumlah, siapa yang tidak tahu betapa Anwar dibawa masuk ke dalam UMNO dengan paluan kompang dan bentangan permaidani merah oleh Tun sendiri. Ketika Najib mendaki satu persatu anak tangga, Anwar dibawa menaiki lif terus ke ke mana-mana bahagian yang dikehendakinya.
Demang sedar, sehebat manapun seseorang itu pasti ada membuat kesilapan. Sejarah negara telah membuktikan bahawa kesilapan terbesar Tun Mahathir ialah kerana melantik Anwar Ibrahim dan pengorbanan terbesar Tun Mahathir ialah kerana sanggup memecat Anwar dengan membayar harga yang amat mahal. Ya, implikasinya beliau sendiri terpaksa meletakkan jawatan.
Yang rugi adalah rakyat.
Sumber dan foto:
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/anwar-sebagai-penasihat-ekonom.html
Anwar masuk UMNO semula?
Anwar sememangnya tidak pernah keluar daripada UMNO. Beliau dipecat dan berusaha membuat rayuan dengan berbagai cara, melalui jalan depan atau jalan belakang. Maksud Demang, secara terbuka ataupun secara sulit. Perkataan sulit tersebut jangan pula ditafsirkan sebagai hubungan sulit.
Gambar di atas Demang temui di dalam blog Panglima Perang Cyber. Rasanya, Panglima pun jumpa dalam blog orang lain. Demang tak pelik langsung melihat gambar itu. Malah jika gambar Nik Aziz minum petang dengan wanita Mongolia pun Demang tak heran.
Demang bukan nak pertikaikan keaslian gambar itu sebab pertemuan atau minum petang DS Najib bersama ahli parlimen pembangkang sudahpun disiarkan dalam Utusan online. Cuma Demang nak ingatkan bahawa Anwar tidak pernah menyatakan UMNO tidak bagus. Jika anda ikuti kenyataan dan hujahan beliau selama ini, Anwar cuma menekankan tentang peribadi pemimpin UMNO yang perlu disingkirkan.
Maka jika terdapat andaian yang Anwar akan masuk UMNO, janganlah terperanjat. Cuma sebelum ini UMNO tidak pernah memaafkan Anwar yang hampir-hampir memusnahkan parti itu dengan 'khabar angin berbau busuk' yang mengelilingi beliau waktu itu.
Jika kita imbas kembali 1999, UMNO berada di kemuncak kegemilangannya diterajui Dr Mahathir. Tidak ada isu besar. Walaupun diketahui umum akan kemewahan pemimpin UMNO ketika itu namun tiada siapa yang peduli sebab orang ramai turut menikmati kesenangan tersebut.
Di tengah-tengah ketenangan tiba-tiba Mat Sabu memulakan satu isu yang lama disimpannya: salahlaku seks TPM merangkap Timbalan Presiden UMNO ketika itu iaitu DS Anwar Ibrahim. (Mat Sabu ialah rakan baik Anwar suatu ketika dulu).
Kemudian, sepucuk surat panjang lengkap dengan nama dan alamat pengirim tiba ke tangan PM (Dr Mahathir) beserta fakta-fakta yang sukar ditepis. Siasatan rasmi kemudiannya bermula yang semuanya menjurus pada kesimpulan bahawa Anwar memang bersalah. Perlu dingat bahawa pegawai polis yang memulakan siasatan tersebut dipilih oleh Anwar sendiri. Jika tidak percaya, tanyalah TS Musa Hassan. Hal ini Demang dengar sendiri dari mulut beliau.
Seterusnya, Anwar diberi peluang dan kesempatan sepenuhnya mempertahankan diri di depan AMT UMNO tetapi akhirnya alasan dan hujahan yang beliau beri langsung tidak memuaskankan hati mereka yang hadir.
Maka, tidak ada cara lain selain memecat Anwar bagi mengelakkan UMNO terheret sama dalam masalah peribadi pemimpinnya. Itu yang dikatakan, pemimpin datang dan pergi...
Apa komen Anwar selepas itu? Beliau mempertikaikan tindakan pemecatan yang dihadapi dengan mempersoalkan: ”Sejak bila UMNO ambil berat soal moral pemimpinnya?” Anwar turut mempersoalkan kenapa apabila isu moral berlaku pada dirinya, tindakan terus diambil. Tidakkah itu membuktikan adanya konspirasi? Kenapa tidak pada pemimpin lain?
Anwar lupa TS Rahim Tambi Chik dan TS Muhammad Mat Taib juga tersingkir sebelum ini atas isu moral.
UMNO memang tidak bersalah kerana UMNO selamanya memperjuangkan Alif Ba Ta.
Tuesday, November 17, 2009
wakil rakyat ponteng
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa ADUN Siputeh (Kedah) tidak lagi menjadi wakil rakyat di situ kerana gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut.
Demang fikirpun memang patut tindakan tersebut. Tidak hadir secara sengaja adalah ponteng. Semasa Demang bersekolah dahulu, jika ponteng dua hari berturut-turut, hukumannya ialah rotan di khalayak ramai dalam perhimpunan mingguan. Hal ini bermakna statusnya sama dengan hukuman ke atas pelajar yang menghisap rokok.
Keputusan tersebut membuktikan mahkamah kita memang bebas membuat keputusan walaupun kes tersebut melibatkan 'anak buah' PM Malaysia.
Apapun pintu rayuan masih terbuka memandangkan ketidakhadiran tersebut walaupun berturut-turut tetapi melibatkan dua penggal dan dalam jarak masa yang agak lama.
Demang harap hukuman tersebut akan menjadi penanda aras untuk semua wakil rakyat dan selepas ini tindakan yang sama perlu diambil kepada mana-mana wakil rakyat.
Amanah rakyat jangan dibuat sambil lewa. Sebenarnya bukan masalah ponteng sahaja. Barangkali terdapat juga wakil rakyat yang sekadar hadir bersidang tanpa sebarang persediaan. Ada juga yang hanya tubuhnya sahaja berada di dalam dewan sedangkan fikirannya merayau ke serata dunia. Namun speaker tentulah tidak boleh mengambil sebarang tindakan dalam kes begitu.
Cuma Demang belum pasti apakah sebab sebenar bekas ADUN tersebut ponteng? Kalau betul beliau ponteng dengan sengaja, padan muka dia.
foto sekadar hiasan:
ponteng Razif Hadi [A... flickr.com
Topeng dan Emas Celup
Minggu lalu seorang ibu saudara Demang menjadi mangsa ragut 3 ekor penjenayah. Syaitan-syaitan yang terlibat memakai topeng dan costum berupa 3 anak muda yang bermotorsikal. Sekali imbas, nampak seperti manusia namun Demang percaya jika disingkap topeng yang diperbuat daripada kulit manusia tersebut akan terdedahlah wajah sebenar makhluk laknat tersebut.
Walaupun balu seorang buruh kasar tersebut menjerit, namun deruman motorsikal iblis-iblis itu menutup jeritannya. Kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi di depan rumah sendiri di dalam sebuah kampung yang rumah-rumahnya hampir bertemu bumbung. Maka berpisahlah beliau daripada rantai pusaka kesayangannya itu.
Ramai saudara mara dan jiran yang datang menziarahi melahirkan simpati dan memberi sedikit bantuan. Apa lagi yang dapat dilakukan?
Dalam pada itu Demang teringat kempen seorang jurujual emas tiruan. Jika kita memakai emas tiruan, kehilangan tersebut tidaklah merugikan sangat.
Demang tidak mahu komen tentang itu secara panjang lebar. Cuma sedikit persoalan: adakah sama antara yang asli dengan saduran? Membicarakan tentang manusia dan kemanusiaan tidak boleh lari dari naluri dan sifat insani itu sendiri. Maka tidak mudah memisahkan emas daripada kehidupan manusia.
Dalam politik juga terdapat topeng dan emas saduran. Justeru Demang tidak terkejut membaca kenyataan ahli parlimen DAP mempertikaikan tindakan kerajaan Malaysia yang enggan menjual pasir kepada Singapura. Cuma Demang tak sangka pemimpin DAP tersebut berani berterus terang. Mungkin dia rasa pembangkang masih kuat sekarang dan rakyat akan menyebelahi apa sahaja pendapat pembangkang. Mintak maaflah ye... Rakyat Malaysia bukan begitu.
Rakyat dengan mudah dapat memahami kesan penjualan pasir tersebut terhadap keselamatan dan kedaulatan negara yang tidak boleh dinilai dengan wang semata-mata meskipun ahli parlimen tersebut membumbui hujahnya dengan umpan 'win-win situation'. Kalau alasan banjir dan hakisan yang digunakan, rakyat Malaysia lebih rela mengorek pasir itu dan membuangnya ke lautan Pasifik daripada menjualnya kepada Singapura!
Demang percaya jika kita tanggalkan topeng pemimpin DAP akan terdedahlah wajah PAP mereka. Dalam bahasa yang lebih manis DAP adalah ejen Singapura. Namun Demang lebih cenderung menyifatkan mereka sebagai talibarut Singapura.
Sebelum itu Lim Kit Siang membodek Nik Aziz dengan dakwaan bahawa pentadbiran PAS cemerlang di Kelantan kerana dapat mengekalkan pemerintahan selama 5 penggal. Tidak mustahil beliau sebenarnya menyindir Haji Hadi yang cuma mampu memerintah selama sepenggal sahaja di Terengganu.
Demang lihat muka depan Harakah sebentar tadi yang memaparkan tajuk utama Nik Aziz bakal menerajui PR. Adakah itu isyarat kepada Haji Hadi dan Anwar untuk berundur?
berdasarkan beberapa insiden seperti tadi, jelaslah bahawa DAP@PAP juga boleh menjadi batu api atau setidak-tidaknya seperti api dalam sekam.
Apapun, kesinambungan antara DAP dengan PAP sudah terpahat dalam sejarah dan itulah asas perjuangan mereka.
Mereka memang berkongsi impian: dulu, kini dan selamanya.
Foto:
little mask i bought in... Red Colander flickr.com
gold jpg hanse-schmuck.de
Sunday, November 15, 2009
Rasuahkah Nik Aziz?
Tokwan hanya orang kampung.
Seingat Demang berbagai pekerjaan telah dilakukannya bagi menampung keluarga. Tokwan biasa mengusahakan bendang di Sungai Besar. Itu sebabnya jika beliau terlihat ada anak cucu yang mencicirkan beberapa ulas nasi ketika makan, segera ditegurnya: “kutip nasi tu, ‘cu. Kalau di sawah, sebiji padi jatuhpun Atuk kutip.”
Suaranya memang lembut. Rasanya, tidak pernah Demang mendengar beliau meninggikan suara. Jika terlalu marah, beliau akan turun dari rumah dan menuju ke kebunnya. Pernah Demang ikut. Rupa-rupanya beliau mententeramkan diri dengan mengutip butir-butir cengkih di dalam kebun di belakang rumah.
Tokwan mengusahakan tanaman kelapa dan koko sebagaimana orang lain di kampungnya. Terdapat juga pokok kopi dan beberapa batang pokok cengkih di dalam kebun itu.
Selain itu Tokwan juga berniaga ayam. Beliau membawa ayam-ayamnya di dalam bakul besar yang diletak di atas basikal tuanya. Setakat Teluk Ensen (Teluk Anson/Intan) atau Hutan Melintang hatta ke Sekinchan santak ke Kuala Selangor, sudah menjadi biasa padanya, hanya dengan berbasikal!
Tokwan juga rajin menyertai kumpulan tabligh. Merata-rata tempat beliau jelajahi. Selain itu, di kampung beliau dilantik menjadi imam. Imam kecil. Demang masih ingat beliau bersama orang kampung berusaha mengutip derma bagi membesarkan surau di kampung tersebut. Sebelum meninggal dunia, beliau mewakafkan sebahagian daripada tanahnya untuk kebajikan surau tersebut. Tindakan sedemikian memang biasa dilakukan oleh orang kampung dulu-dulu.
Sekitar 1980an, Tokwan dan isteri (Tok) diizinkan Allah mengunjungi rumah-Nya (Baitullah) tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan. Semuanya dibiayai oleh salah seorang anak saudara mereka (anak kepada kakak Tokwan).
Itu bukan rasuah. Itulah rezeki namanya. Alhamdulillah.
Demang teringat kesah ini apabila timbul pertikaian tentang perbelanjaan Nik Aziz ke Mekah yang diakui beliau sebagai pembiayaan daripada pihak lain. Lantas Demang cuba membandingkan dengan situasi yang pernah dialami oleh datuk Demang sendiri.
Pada pendapat anda, adakah kes Tokwan Demang dengan kes MB Kelantan itu sama?
Bagi Demang ada perbezaan yang amat besar. Bukan kerana Nik Aziz ulama besar dan Tokwan Demang imam kecil tetapi yang membezakan mereka ialah KUASA!
Nik Aziz adalah Menteri Besar Kelantan. Beliau memegang kuasa yang amat besar di Kelantan. Nik Aziz patut sedar tentang itu dan tidak boleh wewenang menerima budi orang.
Lebih bahaya lagi apabila beliau mengakui bahawa perbelanjaan tersebut dan perbelanjaan ke Mekah sebelum ini diuruskan orang bawahannya. Implikasinya, bukan sahaja Nik Aziz yang termakan budi bahkan orang kepercayaannya juga.
Adakah Nik Aziz tidak sedar bahawa rasuah hadir seiring dengan kuasa? Itu sebabnya dalam kes Tokwan Demang tidak ada unsur rasuah di situ kerana Tokwan Demang tiada kuasa. Sebaliknya Nik Aziz selaku Menteri Besar mempunyai kuasa cukup besar di Kelantan.
Mesej daripada isu ini ialah apabila berkuasa maka akan hadirlah rasuah dan rasuah boleh singgah pada sesiapa sahaja hatta seorang ’tok guru’. Rasuah tetap rasuah walaupun kita tidak menganggapnya begitu.
Wallahu’alam.
(Istilah Tokwan memang asing di Selangor. Gelaran tersebut timbul kerana Demang lahir di Kedah. Padahal Tokwan ini memang anak jati Selangor: lahir hingga meninggal dunia pun di Selangor. Kebanyakan sepupu Demang menggelarnya Atuk sebagaimana lazim orang tempatan manakala sepupu Demang yang berdarah Jawa menggelarnya Embah. Beliau adalah ayah kepada ibu Demang. Al Fatihah untuk beliau dan isteri beliau, Tok).
foto sekadar hiasan:
indonesia lombo...el jpg worldwide-hotel-reservation.com
Saturday, November 14, 2009
Bai'ah talaq 3 pegawai kerajaan belot
"sebaik mana pun dasar-dasar kerajaan, namun jika ia gagal diinterpretasikan oleh penjawat awam, kesudahannya ia tidak memberi sebarang erti kepada rakyat". (Menteri Besar NS, Datuk Seri Mohamad Hasan)
Pak Teh setuju. Maka Pak Teh ingin bertanya, bagaimana dengan penjawat awam yang menyokong pembangkang dan turut sama mengkritik kerajaan? Tidakkah mereka sudah bertindak menyongsang?
Menyebut tentang songsang, ada seorang rakan mengaitkannya dengan rambang. Bagi Pak Teh, rambang tidak sama dengan songsang. Dalam kes Anwar Ibrahim adakah ia seks rambang atau seks songsang?
Baiklah, kita kembali pada isu asal.
Kata Mat Hassan lagi:
"Saya menyarankan supaya kakitangan mengawasi rakan sejawat sendiri. Jika mereka tidak bersama-sama dalam satu pasukan, ia akan menjejaskan imej sesebuah unit."
Idea ini memang bagus, cuma kita perlu berhati-hati membuat teguran sesama rakan. Dan, jangan lupa untuk menegur rakan yang terlalu kerap mengutuk kerajaan yang menjadi majikannya.
Pak Teh nak cuba cadangkan, mungkin kita perlu buat bai’ah macam yang PAS buat. Jika mana-mana penjawat awam yang menyokong pembangkang sedangkan dia masih menjadi pegawai kerajaan maka isterinya TERCERAI talaq TIGA!
Foto:
worker harvesti...75 jpg dreamstime.com
Hadi tunjuk kuasa
Tahniah! Syabas Pak Teh ucapkan pada Haji Hadi. Macam tu la jadi Mr Presiden. Toksah dok 'slow' sangat. Nanti orang pijak kepala kita.
Sapa lebih berkuasa? Mursyidul Am (Pekerja am?) atau Presiden?
Husam, hang jangan dok mengada sangat. Bos hang bukan ada kuasa rasmi.
Baca berita ni: Henti bai’ah talak tiga
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Pucuk pimpinan Pas mahu amalan bai’ah talak tiga yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dihentikan serta-merta kerana ia bukan arahan parti selain boleh menjatuhkan martabat kaum wanita.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sejak Pas menyertai pilihan raya beberapa dekad lalu, parti tersebut tidak pernah ada bai’ah seumpama itu melainkan bai’ah rasmi yang dibaca bagi memastikan calon wakil rakyat tidak mengkhianati parti.
Beliau berkata, bai’ah rasmi itu hanya menyebut mengenai laknat Allah terhadap mereka yang khianat terhadap perjuangan parti dan langsung tidak menyatakan selain daripada itu.
“Jawatankuasa Pas Pusat tidak pernah bersetuju dan merestui bai’ah yang seperti ini dan selama ini pun kita menganggap bakal calon wakil rakyat kita menggunakan bai’ah rasmi yang disediakan.
“Atas sebab ini juga Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minta saya lakukan siasatan supaya isu yang telah mengundang persepsi negatif rakyat terhadap Pas ini dapat diselesaikan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menjelaskan isu bai’ah talak tiga di ibu pejabat Agung Pas di sini hari ini.
Nampaknya 2-3 orang kawan Pak Teh yang mempertahankan bai'ah sebelum ni terpaksa melongo pagi ni baca berita di atas. Nak kata apa lagi? Berani ka depa pertikai pucuk pimpinan sebenar PAS?
Foto:
much power comes wiseacre phot... flickr.com
Friday, November 13, 2009
Rancangan jahat Anwar
Tertarik? Tidak.
Terpegun? Juga tidak.
Kagum? Sudah pasti bukan.
Kaget? Entah lah.
Habis apa?
Melampau! Memang melampau!
Pak Teh membaca pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengenai keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar awal minggu ini dengan perasaan yang berbagai-bagai. Betapa hodohnya sikap Anwar.
Pak Teh tidak peduli apa niat atau tujuan Anwar tetapi Pak Teh amat peduli tentang kesan yang akan dihadapi rakyat andai rancangan jahat tersebut diteruskan.
Pak Teh juga tidak kesah apa yang akan terjadi pada Najib tetapi Pak Teh amat kesah akan implikasi terhadap ekonomi negara apabila pribadi PM negara kita dijatuhkan. Kesannya sudah tentu pada pelaburan dan impak akhirnya tentu pada rakyat.
Gantikan Najib? Nak gantikan dengan siapa? Gantikan dengan Anwar al...? Kirim salam. Lebih baik kita tak ada PM buat sementara waktu asalkan bukan Anwar yang jadi PM.
Pak Teh teringat kata-kata Ezam M Noor pada Pak Teh: ”orang yang tak tau boleh le Anwar kelentong...”
Foto sekadar hiasan:
Pistol Pirate Bust jpg
piratemerch.com
Promoter pilihan raya
Suruhanjaya Sekuriti selesai kes penipuan pelaburan haram terbesar negara RM31 juta, wang pelaburan mangsa dijangka dibayar awal tahun depan. (BH 13/11)
Tanyalah pada sesiapapun; semua manusia mau untung. Barangkali istilah 'untung' itu agak sinis. Kita katakan sahaja 'kebaikan': semua manusia ingin kebaikan. Ada sesiapa yang cuba menyatakan bahawa keuntungan itu bukan sejenis kebaikan?
Bagi menghadirkan kebaikan, maka muncul pihak ketiga yang mendakwa mampu menawarkan kebaikan. Malah mereka berkempen siang malam mengemukakan betapa baiknya mereka atau kumpulan mereka menanjurkan kebaikan.
Meskipun audien semakin bijak, namun promoter produk 'kebaikan' lebih maju ke depan. Sebelum sempat bakal pelanggan bertanya, mereka sudah bersedia dengan jawapan dan alasan. Maka dalam keadaan sedar, separuh sedar, atau tidak sedar audien pun bertukar menjadi pelanggan.
Walaupun Demang mulakan bicara dengan berita pelaburan, kemudian disambung dengan ulasan pemasaran, namun fokus Demang ialah pilihan raya di negara kita. Sebagaimana kempen pemasaran, kempen politik juga seringkali indah khabar dari rupa.
Tidak hairanlah kenapa isteri Aladin boleh terpedaya dan menukarkan lampu lama suaminya dengan lampu baru.
Thursday, November 12, 2009
Freemason, Yahudi dan IIIuminati
Pak Teh dapat artikal di bawah melalui email daripada AIDC. Pak Teh perturunkan di sini sebagai rekod simpanan peribadi sebab jika simpanan AIDC musnah, Pak Teh masih menyimpannya di sini.
Baca, jangan tak baca...
=============================================
Oleh Angela
Sebenarnya kebanyakan orang hanya tahu Freemason, Yahudi dan IIIuminati . The real game is ILLUMINATION, iaitu yang telah wujud sejak lama melalui sistem kundalini.
Illuminati merupakan organizasi sulit. Dan yang sekarang ini Illuminati disamakan dengan Bavarian Illuminati, ditubuhkan pada tahun 1776. Ini lah yang orang sibuk-sibuk pasal Illuminati.
Illuminati sebenar merupakan satu rangkaian sulit antarabangsa terdiri daripada satanic bloodlines. Sila baca tulisan-tulisan Fritz Springmeier
Banyak orang tidak tahu apa itu Illuminati. Dalam Illuminati pun ada kelompok-kelompok, dan kelompok-kelompok ini pula berpuak-puak
Pada dasarnya, terdapat dua kelompok besar: 1) THE LAW OF ONE dan 2) SONS OF BELIAL.
Illuminati yang ada sekarang ini diasaskan oleh Jesuits. Ignatius Loyola asalnya adalah dari kumpulan ALUMBRADOS (the ILLUMINATED). Perkataan ini sebenarnya berasal daripada ILLUMINATION, atau ENLIGHTENMENT. Dan untuk ke illumination itu perlu melalui SISTEM KUNDALINI.
I am talking at a much higher level here.
Kumpulan Jesuits telah diharamkan oleh Roman Catholic Church melalui PAPAL BULL pada tahun 1773 oleh Pope Clement XIV. Selepas itu Jesuits beroperasi secara undergound, dan Jesuits itulah yang telah mewujudkan ILLUMINATI moden melalui agennya ADAM WEISHAUPT. Remember, Adam Weishaupt was a Jesuit.
Dan dengan kepintaran Jesuits membuat kacau di Eropah, akhirnya Jesuits berjaya diwujudkan semula pada tahun 1814 oleh Pope Pius VII.
Sebenarnya, PAPAL BULL itu tidak boleh di reverse decision, maknanya banning of Jesuits pada tahun 1773 adalah UNTUK SELAMA-LAMANYA dan tidak boleh ditarik balik.
Jesuits menggunakan kelicikannya untuk dihidupkan semula, dan Jesuits ini lah yang juga merupakan KEPALA BAGI KEGIATAN FREEMASONRY DI SELURUH DUNIA. Freemasonry yang wujud sebelum ini hanya ada 25 degrees, dan Jesuit telah menokok 8 degrees dan sekarang bagi Scottish Riote Freemasonry (Blue Freemasonry) sudah ada 33 degrees.
Scottish tu berasal dari Scotland, iaitu keturunan raja Stewards (Catholic) yang telah diusir dari Scotland - dan raja ini telah lari ke France. Blue Freemasonry berasal dari Knight Templar yang telah sembunyi di Scotland selepas Jacques de Molay (Grand Master Knight Templar) di bunuh pada 13 October 1307 (Friday the 13th).
It is a very long story.
I should serve in the Intelligence service! Kalau ada peluang, saya sanggup take the offer.
So, kebanyakan orang kita tidak banyak tahu tentang ini. Mereka hanya baca buku PAWNS IN THE GAME oleh William Guy Carr or such like - YANG KESEMUA INI ADALAH DARI KUMPULAN JESUITS!
Sebenarnya, Jesuits yang menulis THE PROTOCOLS OF THE ELDERS OF ZION, dan mereka jual nama Yahudi untuk agenda jahat mereka dan menuding jari ke arah Yahudi!
Orang British pula merupakan salah satu daripada the TEN Lost Tribes of Israel, iaitu mereka kata mereka dari keturunan TRIBE OF DAN.
WELL, I am at the wrong place in my career, but I am doing well in my own career. In fact, I can be good at anything, bukan mahu puji, tetapi sebab saya sudah bertungkus sekian lama di dalam mencari kebenaran. dan sekarang lah masanya untuk saya berbakti.
Diana (yang mahu dijadikan Tuhan New Age sebagai Queen of Heaven melalui ritual killing - adalah KETURUNAN STEWARDS!
Jadi perancangan Jesuits nak ambil alih kuasa di Britain hampir tercapai. Kerana anak Diana, si William akan menjadi RAJA ENGLAND. Jadi akhirnya keturunan Steward akan berkuasa semula.
Tony Blair sendiri telah istihar masuk katholik! Blair ni sama keluarga dengan GEORGE ORWELL, penulis buku 1984. Dan Raja William akan melihat kebangkitan ENGLAND kerana raja William yang akan datang akan disamakan dengan King Arthur.
Ada banyak rahsia di Britain... saya sedang baca buku mengenai Hiram Key etc......
Dan Anwar Ibrahim pun telah tersepit dengan helah Jesuits. Dia telah digroom sekian lama, dan peluang keemasan untuk grooming ini adalah semasa dia dilantik untuk mengajar at the Jesuit Georgetown University!
He was living with the Jesuits for his further training and instructions.
For a good introduction on Jesuits, sila baca buku tulisan Edmond Paris, Eric Phelps (Vatican Assassins) dan banyak lagi!
=========================================
Demikian adanya.
Foto sekadar hiasan
Wednesday, November 11, 2009
PAS cuma ada 6 bulan
Beberapa artikal mutakhir Demang banyak menyentuh tentang kemungkinan berkuburnya pakatan pembangkang tidak lama lagi. Benarkah?
Hari ini penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.
Sebelum itu Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.
(selanjutnya, rujuk sini)
Bagi Demang, seminar bertajuk Memperkasakan PAS itu sendiri sudah menunjukkan betapa 'beratnya' masalah PAS sekarang!
Pendekatan dan perubahan yang diterajui DS Najib tambah melemaskan PAS dan pakatan rapuh mereka.
Foto hiasan:
btp incident support unit
kenjonbro flickr.com
Tuesday, November 10, 2009
Siapa yang berbohong?
Hj Hadi mendakwa tidak tahu menahu tentang bai’ah talak 3 terhadap mana-mana pemimpin PAS yang keluar daripada parti tersebut.
Justeru beliau telahpun mengarahkan setiausaha agungnya, Datuk Mustafa Ali untuk menyiasat perkara tersebut.
Sebagai ulangan; Khamis lalu Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad (adik Sahril Samad) mengesahkan wujudnya amalan bai'ah tersebut di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa ‘akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti’.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh pula mempertahankan amalan tersebut dan mendakwa ia dilakukan sejak pilihan raya 2007. Beliau berpendapat bai’ah itu tidak bermaksud merendahkan wanita dan menggalakkan perceraian, sebaliknya sebagai cabaran kepada lelaki berjuang menguatkan syiar Islam.
Itu pendapat beliau, terpulanglah. Demang cuma nak tahu, benarkah ia berlaku dan kenapa Hj Hadi kata beliau tidak tahu menahu?
Antara pemimpin Pas yang mengakui telah melakukan bai'ah cerai talak tiga ialah Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman yang melafazkannya semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.
Lebih mengejutkan, bai'ah itu dikatakan disediakan Dewan Ulama Pas dan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.
Nampaknya banyak perkara yang Hj Hadi tidak tahu atau tidak diberitahu mengenai parti pimpinannya itu. Belas hati Demang mendengarnya.
Adakah Hj Hadi akan mengikut jejak langkah Dato’ Asri yang juga presiden PAS yang akhirnya meninggalkan PAS?
Maklumat lanjut: Utusan Online
Foto sekadar hiasan:
39560549 abdul203 jpg news.bbc.co.uk
royalti atau ihsan?
Demang bersyukur pada Tuhan dan berterima kasih pada ketua UMNO kampung Demang kerana memberikan wang ihsan berkaitan sebuah perigi di belakang rumah Demang.
Perigi tersebut sudah lama dibina di situ. Ada beberapa perigi lagi di kawasan lain. Oleh kerana khasiat air perigi tersebut amat tinggi (setanding dengan khasiat minyak Morhabshi) maka ramailah orang seanteru dunia datang membelinya pada harga tinggi.
"Sepatutnya kaum keluarga Demang diberi royalti dan bukannya wang ihsan. Bunyipun macam bantuan belas kasihan je. Sengkek sangatkah Demang sehingga perlu mengharap belas ihsan?" demikian bantah seorang teman yang kelihatan begitu baik dengan Demang kebelakangan ini. Beliau terus menalipon Demang sebaik sahaja mendapat tahu tentang pemberian wang ihsan tersebut.
Menurut tokwan Demang mereka pernah buat perjanjian dengan penguasa tempatan. Jika mana-mana perigi digali DI DALAM KAWASAN rumah/tanah seseorang penduduk, maka tuan punya tanah
Itu berhak mendapat ROYALTI 5% daripada jualan air perigi tersebut. Demang sendiri sudah melihat isi perjanjian tersebut.
Justeru Demang tersengih-sengih sahaja bila ditawarkan wang ihsan sebab Demang tahu sangat bahawa perigi tersebut letaknya lebih 3 batu daripada tanah pusaka Demang itu. Cuma kebetulan jalan masuk ke perigi tersebut melintasi tanah peninggalan tokwan Demang.
Terima kasih Tok Ketua.
(moral cerita: Adakah Kelantan berhak ke atas minyak yang berada di luar pesisir pantainya?)
Petronas Logo anmea.com