Monday, October 26, 2015

Cina bukan pendatang 2.0

Setiap penulis mahukan tulisannya dibaca. Maka apabila terdapat komen dalam posting terbaru Demang, meskipun bersifat kontra Demang rasa gembira. Ini menunjukkan masih ada yang sudi membaca tulisan blogger kecil ini.

Tambah membahagiakan Demang lagi ialah semua komen tersebut disampaikan tidak berterus terang sebaliknya dalam bentuk sindiran penuh berhikmah.

Itulah yang diajarkan Islam pada kita.

Demang hormat anda kerana tidak bersetuju dengan pendapat Demang secara bijaksana.

Demang bukan hendak memanjangkan isu sebaliknya ingin mengajak kita menghayati hasrat PM yang mahukan negara lebih stabil dengan cara memupuk perpaduan antara kaum.

Jangan bermain api kerana kata orang tua-tua, kalah jadi abu menang jadi arang. Ingat, sebaik-baik arang ia tetap sekadar menjadi bahan bakar.

Najib mengatakan rakyat Malaysia berketurunan cina bukan pendatang namun tidak menafikan nenek moyang mereka berasal dari wilayah lain.

Lebih penting lagi, kenyataan Najib tidak menyamakan hak orang melayu/bumiputra dengan kepentingan sah kaum lain sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

Cina Malaysia hari ini bukan pendatang. Mereka lahir di sini dan merupakan warganegara yang sah. Sejarah telah berlaku dan kita harus menerimanya dengan redho.

Itulah maksud kempen Najib ketika mengambil tempat sebagai PM menggantikan Paklah iaitu konsep 'penerimaan'. Ia adalah pembetulan pada konsep 'tolak ansur' yang akhirnya menyebabkan orang melayu/bumiputra tertolak beransur- ansur ke dinding hingga tidak mampu bergerak lagi.

Konsep penerimaan bermaksud orang melayu menerima kaum lain sebagai sebahagiam daripada pendiduk Malaysia manakala kaum lain menerima kenyataan bahawa orang melayu dan bumiputra sabah dan sarawak adalah penduduk asal yang berhak dipertahankan keistimewaan mereka.

Maka sebagaimana warganegara lain mereka tertakluk pada undang-undang berpaksikan perlembagaan.

Itu sebabnya dalam majlis yang sama tempohari Najib turut menyelar kelakuan biadab beberapa pemuda cina yang memijak gambar pemimpin dalam rapat umum Bersih baru-baru ini.

Jika orang Melayu berhenti mengejek kaum cina dengan gelaran pendatang, ia akan memberi impak positif iaitu mengajak mereka untuk bersikap sebagaimana sewajarnya seorang warganegara.

Dari situ mereka akan lebih merasakan udara kekitaan dan turut cenderung menyayangi negara.

Demang percaya apa bangsa sekalipun seseorang itu, dia tetap seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang boleh kita sentuh.

Jika kita mahu menghasilkan tindak balas positif maka sentuhlah hati mereka dengan positif juga. Sebaliknya jika kita calarkan hati mereka hingga terluka maka janganlah diharap lagi mereka akan menghormati kita. Bahkan mereka akan mencari jalan untuk menyakiti kita pula.

Wallahualam.

Monday, October 19, 2015

Cina bukan pendatang kata najib dan demang setuju

Semput terus sebahagian penyokong Najib apabila bos mereka mengeluarkan kenyataan bahawa cina bukan pendatang di Malaysia.

Maka rata-rata yang hanya bersumberkan media sosial dan lain-lain sumber ketiga mula meraban dan meracau.

Demang sempat melihat sedutan ucapan Najib menerusi berita TV3 malam tadi. Mujurlah ia sebuah tv tiga suku. Biasanya orang 3 suku juga bersifat lurus bendul.  Tak macam orang cerdik yang telunjuk lurus kelingking berkait.

Kita yang cukup suku inilah perlu cerdik membuat analisis.

Demang lihat ucapan Najib dalam perhimpunan parti Gerakan itu terang dan jelas. Orang cina yang ada di Malaysia sekarang tidak boleh dilabel sebagai pendatang sebab mereka lahir, membesar, dan mencurahkan bakti di negara ini.

Mereka bukan sekadar warganegara Malaysia begitu sahaja bahkan memiliki kepentingan sah yang termaktub dalam perlembagaan serta dijamin oleh Yang Dipertuan Agong selaku ketua negara.

Apa masalahnya ucapan Najib itu? Adakah dalam ucapan itu Najib mengatakan cina itu sama definisinya dengan melayu?

Dalam masa yang sama Najib menyelar segelintir kaum cina yang tidak menghormati hak dan keistimewaan penduduk asal, bahkan ada yang bersikap biadap sehingga memijak gambar pemimpin yang dipilih oleh majoriti rakyat.

Bersikap terbukalah. Kalaupun marahkan Najib, janganlah tampakkan sangat kebodohan menganalisis isu.

Kenapa Najib bercakap begitu dalam perhimpunan Gerakan? Demang ada kawan-kawan kaum cina dan Demang tahu majoriti cina bukan sahaja tidak sukakan UMNO malah mereka juga meluat dengan MCA.

Demang ucap tahniah pada Najib yang dah sedar perkara ini.

Demang percaya, Gerakan mampu menggantikan MCA walaupun mereka tewas kepada DAP di Pulau Pinang.

Itu isu lain.

Wednesday, October 14, 2015

Ini agenda dap

Hari ini kira menyambut tahun baru hijrah. Banyak definisi tentang hijrah dan hari ini Demang tidak ingin menambah satu lagi pengertian hijrah sebaliknya pengisian selepas hijrah.

Hijrah dari segi fizikalnya semua orang tahu iaitu berpindah tubuh badan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Rata-rata manusia berfikir tentang kepentingan diri sendiri, kemudian keluarga, seterusnya negara, bangsa dan ummah.

Demang tidak masukkan aspek agama sebaliknya 'ummah' kerana istilah ummah lebih relevan dalam konteks ini.

Sebenarnya semua perkara selepas 'diri sendiri' itu hanya menjadi penting apabila ia memberi kebaikan pada diri sendiri.

Dengan kata lain, tiada maknanya keluarga, bangsa, negara, hatta ummah jika diri akhirnya dicampak ke dalam neraka.

Itu yang Demang maksudkan dengan  ungkapan 'menggunakan alat'.

Di sekeliling kita adalah alat-alat untuk kita gunakan. Negara juga alat. Ada orang kata 'sistem'.

Kita bina negara untuk kita tinggal di dalamnya dengan selamat supaya dapat kita beribadat pada Allah sesempurna yang boleh.

Kita putuskan satu sistem bagi memastikan negara kita tidak huru hara akibat nafsu manusia yang tidak pernah puas.

Kita lantik ketua kerana fitrah manusia memerlukan ketua. Semua wajib patuh pada ketua dan jangan menderhaka.

Kita lantik pemimpin dari kalangan manusia biasa. Janganlah kita harapkan pemimpin kita sama seperti Muhammad saw.

Ketua negara kita tidak boleh direbut dan kita serahkan pada Allah taala buruk atau baiknya.

Di samping ketua negara ialah Perdana Menteri. Inilah jawatan yang paling kontraversi.

Meskipun ketua negara adalah Yang Dipertuan Agong namun jawatan perdana menteri sangat penting. Ia adalah alat untuk mencapai banyak perkara.

Perdana menteri juga manusia. Jika hendak diganti maka yang akan naik nanti pun manusia juga.

Sebagai manusia, ia penuh dengan kelebihan dan kelemahan.

Tak perlulah bertanya adakah perdana menteri itu boleh kita gunakan untuk kepentingan jiran-jiran atau kawan-kawan kita sebaliknya yang pertama kita tanya ialah adakah perdana menteri itu boleh kita gunakan untuk kebaikan kita (aku).

Jika boleh, bagaimana?

Berbalik pada soalan apakah perdana menteri yang ada sekarang boleh kita gunakan untuk kebaikan kita, Demang rasa kaum lainpun sentiasa bertanya soalan itu dan mereka sudahpun mendapat jawapannya.

Kita tidak perlu mengorek hati mereka untuk mengetahui apa yang ada dalam hati mereka. Cukup dengan melihat adakah kaum lain menyokong perdana menteri kita sekarang?

Jika tidak sokong maka sudah tentu kerana mereka rasa perdana menteri sekarang telah, sedang, dan akan merugikan mereka.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Sedarlah, majoriti pemimpin DAP adalah penganut kristian. Mereka bukan sahaja bercita-cita menguasai orang Islam malah orang cina yang menganut budha dan orang India penganut hindu.

Maka orang cina dan India perlu bersama-sama orang melayu menentang DAP.

Salam maal hijrah.

Thursday, October 8, 2015

Akhirnya singapura kembali pada malaysia

Ia adalah benar. Hanya tunggu dan lihat.

Lama Demang tidak menulis di sini. Bukan merajuk tapi menyampah. Meluat dengan penyokong Najib yang kering idea dan gagal membantu PM menjelaskan isu sebaliknya sibuk mencari kelemahan Tun M untuk dibongkar.

Penyokong Tun pula memanipulasi semua perkara asalkan menampakkan Najib tidak layak menjadi PM.

Acara londeh melondeh, ludah meludah, jolok menjolok berlangsung dengan cukup meriah.

Akhirnya semua pemimpin Melayu nampak bodoh, teruk, baghal, bangang, dan tiada hati perut.

Rakyat akan membuat kesimpulan dalam PRU akan datang bahawa asalkan Melayu, memang tidak boleh diharap memegang kerajaan.

Akhirnya agenda DAP terlaksana dan orang Melayu terbungkang semuanya.

Apa agenda DAP? Masih ingat teori Chinese Belt? Adakah DAP/PAP telah membatalkan grand design mereka?

Bagi yang belum tahu gerakan Tali Pinggang Cina, sila lihat peta Tanah Melayu dan perhatikan di sebelah kiri.

Ia menganjur dari Pulau Pinang, pantai Perak, Selangor, NS, Melaka, Johor, dan berakhir di Singapura.

Apabila ia lengkap melilit tanah melayu maka itulah harinya kita akan ditangkap jika melaungkan daulat tuanku.

Pencapaian PAP-DAP setakat ini ialah mereka sudah memegang kepala talipinggang itu (Singapura) dan ekornya (Pulau Pinang).

Di bahagian badan, Selangor sudah dipeluk kemas. NS hampir dicengkam, Melaka lemas, dan beberapa bahagian di Johor telah dijajah.

Oh ya. Jangan lupa Perak telah sempat mereka pegang sekejap namun sempat meninggalkan benih kanser di situ.

Melayu di negeri-negeri pantai timur jangan kecil hati. Negeri anda bukan ada apapun. Malukut di tepi gantang pun lebih berharga.

Bagaimana caranya DAP akan selesaikan tugas mengikat tali pinggang ini? Ia mudah sahaja.

Apabila segala-gala di Malaysia telah rosak dan kucar kacir yakni ekonomi makin teruk, ringgit tak boleh diselamatkan, parti politik bertabrakan (lihat keadaan UMNO, PAS, PKR sekarang) maka tidak ada cara lain melainkan Singapura yang hebat dari segenap aspek itu dimasukkan semula ke dalam Malaysia.

Tahukah anda bagaimana Singapura dikeluarkan dari Malaysia dulu? Ia hanya dilakukan melalui SATU usul di dalam parlimen sahaja.

Jika demikian maka memasukkan Singapura ke dalam Malaysia juga bileh dilakukan tanpa sebarang persetujuan atau referendum rakyat jelata.

Lim Guan Eng cuma perlu membawa usul percantuman semula Malaysia-Singapura dan para ahli parlimen kita yang sudah terikat kaki dan tangan serta tersumbat mulut lantaran tali pinggang sudah membelit seluruh tubuh hanya mampu menekur lantai sambil mengangguk lesu.

Maka dikiralah jumlah kerusi parlimen yang ada setelah bercampur jumlah kerusi Singapura.

Siapakah yang akan mendominasi parlimen dan menjadi PM ketika itu?

...?

Monday, September 14, 2015

Myrrh sebagai pendinding

Jerebu semakin teruk....

"Secara tradisinya myrrh telah digunakan untuk merawat arthritis, aduan pencernaan, sakit haid, JANGKITAN PERNAFASAN, kusta, sifilis, kanser, SAKIT TEKAK, ASMA, BATUK, dan nafas berbau."

Lihat kajian saintifik dan pemerhatian terhadap penggunaan myrrh (morhabshi) di http://www.herballegacy.com/Knottnerus_Medicinal.html

Friday, September 11, 2015

Taat dan sabar

"Saat itu, Rasulullah di khabarkan telah meninggal dan membuat kaum muslimin yang berperang semakin mengendur. Jiwa pasukan Islam lemah tak tahu kemana mereka akan melangkah. Sebagian mereka terduduk tak tahu apa yang ditunggu, bahkan sebagian mereka berpikir untuk menghubungi Abdullah bin Ubay bin Salul –salah satu tokoh munafiqin– guna meminta perlindungan keamanan dari Abu Sufyan (yang ketika itu belum masuk Islam)."

Yang di atas itu adalah petikan daripada sebuah blog yang ditemui setelah Demang masukkan katakunci 'perang uhud' dalam kotak carian.

Beberapa minit sebelum itu Demang menerima kiriman seorang teman lewat grup media sosial:

Firman Allah SWT dalam surah al Anfal ayat 46 :  Maksudnya: 

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan.

Kalau tidak, nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati).

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."  

Semoga Allah taala terus menunjukkan kita jalan yang lurus, jalan yang diredhoi; dan bukan jalan orang yang sesat.

Alfatihah.

Monday, September 7, 2015

Calon PM baru

Nampaknya plan peralihan kuasa seolah sedang berlaku dan bila-bila masa sahaja PM baru mungkin akan menggantikan Najib.

Itupun jika Najib dapat diusahakan melepas jawatan.

Turunnya seorang PM bukan berseorangan. Ia turut menarik sekelompok penyokong yang bergayut di bawahnya.

Begitu juga apabila PM baru mengambil tempat. Ia akan mengangkut barisan baru yang setia menyokong.

Siapakah yang akan jadi pengganti?

Jika ikut giliran Zahid lah yang akan naik menjadi penasihat YDA (Agong).

Bagi Demang jawatan Perdana Menteri sebenarnya adalah penasihat pada Yang Dipertuan Agong. Ia adalah tradisi sejak perletakan asas kerajaan Melayu dengan termeterainya persetiaan antara raja dengan rakyat di Palembang Bukit Saguntang (Wa'adat)

- dalam hal ini kita kena faham simbolik sistem kesultanan Melayu.

Namun belum sempat Zahid mengambil giliran, beberapa isu sudah dipersiapkan dan telahpun dilontarkan. Akan tersungkurkah Zahid sebelum perlantikan?

Mungkin juga Zahid tidak layak sebaliknya Muhyidin Yasin akan dijemput semula untuk tujuan pembetulan?

Bersihkah TSMY dari sebarang isu? Belum tentu. TSMY tidak diganggu kerana pembangkang kuffar memang suka beliau jadi PM. Lebih mudah ditumbangkan nanti.

Jika demikian, siapa lagi? Hishamudin Tun Husin (H2O)? Mahukah rakyat berPMkan formula air itu? Selain daripada 'kejayaan' beliau melalui detik  hitam insiden MH370, hampir semua kementerian yang beliau pegang sebelum ini dianggap gagal!

Anwar Ibrahim? Rasanya jika Anwar yang jadi calon, belum sempat angkat sumpah lagi sudah berlori tuduhan perlu kita jawab.

Nanti apa pula kata Mat Sabu? Boleh jadi Mat Sabu akan kata: daripada Anwar baiklah aku".

Barangkali kita boleh cadangkan Hj Hadi. Namun atas kapasiti apa? PAS cuma ada 22 kerusi parlimen. Bagaimana presiden parti minoriti boleh menjadi PM?

Namun kita jangan lupa, syarat menjadi PM ialah seseorang yang boleh meyakinkan YDA bahawa beliau mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Nama parti yang diwakili bukanlah syarat dan tiada pun dalam peruntukan perlembagaan.

Namun TGHH tidak pernah direstui oleh kaum cina waima semasa kerjasama PAS-DAP dulu. Apatah lagi sekarang setelah keduanya berpatah arang.

Maka jika mahukan TGHH jadi PM, restu orang UMNO itu wajib. Sediakah pemimpin UMNO berPMkan TGHH? Nak bubar UMNO atau PAS?

Justeru apa pilihan kita lagi? Jika tiada, bersedialah untuk berPMkan bukan Melayu pula. Mungkin LGE mampu mengambil alih. Bukan adapun perkara dalam perlembagaan yang menghalang. Asalkan YDA percaya seseorang itu mendapat sokongan majoriti parlimen, cukuplah.

Adakah LGE boleh meyakinkan YDA? Demang tidak tahu tetapi ia bukan mustahil. Orang cina bukan baru sekarang bercita-cita menguasai Tanah Melayu. Jika tiada ruang dan harapan, takkan mereka bersusah payah memperjuangkannya sejak selepas Jepun kalah?

Mereka mungkin sudah ada strategi yang kita tidak terfikir.

Suatu ketika dulu siapa pernah menyangka di tengah-tengah kepulauan Melayu akan terdapat sebuah negara bukan Melayu (Singapura)?

Keruh di kuala yang berlaku sekarang bukan terjadi sendiri. Ada yang menggodaknya di hulu sana. Begitu juga ikan yang timbul tenggelam kekurangan oksigen bukan kerana kebetulan tetapi ada tangan yang menuang tuba di hulunya.

Orang Islam terutama orang muda jangan terlalu ideal dalam mencari pemimpin. Zaman Rasulullah saw sudah berlalu.

Memang kita perlu mencari pemimpin terbaik namun mensyaratkan kelayakan setara dengan Rasulullah saw atau para sahabat baginda r.a adalah mustahil.

Bahkan empat orang sahabat baginda pun tidak sunyi dari kesilapan semasa menjadi khalifah.

Apa yang wajib kita buat ialah memastikan pentadbiran negara (di bawah YDA) adalah orang Islam. Kelemahan seseorang pemimpin di sana-sini itu adalah normal dan perlu diterima seadanya.

Kalau nak cari yang ideal, takkan dapat. Lebih membimbangkan, ketika kita sedang bergolak itulah pihak musuh memperolehi kesempatan terbaik mengambil alih kerajaan.

Demang suka mencadangkan Zahid atau Hj Hadi. Lebih molek lagi jika kedua-duanya digandingkan.

Ataukah Tun Mahathir perlu kembali melunaskan 'perjuangan yang belum selesai' sebagaimana sajak yang beliau dendangkan?

Tak perlulah tanya MCA setuju atau tidak.

Friday, September 4, 2015

Maklumat benar maklumat palsu

Pada zaman batu manusia hidup dalam batu dan menggunakan peralatan batu. Tiada yang bukan batu melainkan batu.

Pada zaman logam, manusia berlumba-lumba menghasilkan alatan daripada logam.

Pada zaman plastik pula, kalau boleh semua alat hendak diplastikkan.

Sekarang kita di zaman IT atau zaman maklumat. Maklumat dirangkai melalui media elektronik.

Hari ini kotak memori manusia terangkai antara satu sama lain dan saling mempengaruhi.

Jika di zaman plastik orang yang menguasai plastik menguasai pengguna alatan plastik maka di zaman IT pihak yang menguasai maklumat juga begitu.

Jika plastik mampu mempengaruhi cara kita bekerja maka IT lebih hebat lagi kerana ia berhubung langsung dengan pemikiran manusia.

Jika plastik perlu dibeli, maklumat pula disogok secara percuma!

Maka di sinilah kita perlu bijak menyaring maklumat.

Dalam ajaran Islam zaman ini juga disebut zaman fitnah dan kaedah menangani maklumat yang tiba telah diajar oleh Rasulullah saw.

Maka amalkanlah. Lihat contoh apabila silap analisis maklumat dalam posting Demang sebelum ini.

*tips mudah apabila menerima sesuatu maklumat ialah taip beberapa perkataan daripada maklumat tersebut pada enjin carian (seperti Google) dan semak pada sumber yang boleh dipertanggung jawabkan.

Tuesday, September 1, 2015

Mahathir hadang kereta masa BERSIH

Pagi ini Demang terlewat keluar dari rumah. Di simpang pertama, lampu isyarat berwarna hijau dan Demang melepasinya dengan selesa.

Pada lampu isyarat kedua, lampu kuning berkelip-kelip ketika Demang tiba namun Demang selamat melewatinya. Tak salah, kan?

Apabila tiba di lampu isyarat ketiga, ia berwarna merah namun hanya kereta Demang sahaja di situ. Minta maaflah, Demang terpaksa redah kerana masa tidak mengizinkan Demang berhenti lama.

Mujur selamat.

Di hadapan Demang ada lagi simpang berlampu isyarat dan ketika Demang tiba ia berwarna hijau. Di hadapan Demang ada sebuah kereta dan di lorong sebelah juga ada sebuah kereta.

Sayangnya walaupun lampu telah bertukar hijau, kedua-dua kereta enggan bergerak. Demang hon bertalu-talu namun kereta-kereta tua itu macam orang pekak.

Terpaksalah Demang berhenti di situ dan turun bertanyakan masalah mereka.

Apa yang Demang cerita ni?

Kelmarin perhimpunan BERSIH. Maka Sekarang isu BERSIH. Menariknya ia  disertai bekas PM yang pernah digelar Mahafiraun oleh penentangnya.

Maka gegak gempitalah orang Najib apabila foto Mahathir berada dalam perhimpunan  BERSIH 4 tersebar.

Demang sendiri hampir tersedak namun sempat mengawal diri agar tak tersembur rezeki yang sedang berenang dalam mulut.

Tarik nafas dalam-dalam, keluarkan dengan perlahan. Kemudian dongak kepala ke atas, pandang langit dan senyumlah. Bukankah dunia masih belum qiamat?

Demang fikir ada betulnya pandangan sebuah mesej yang diterima melalui media sosial bahawa bukanlah salah besar Mahathir singgah di perhimpunan BERSIH semalam.

Sungguh, orang tua itu memang hebat! Ada bantahan tentang itu?

Hadir atau tidaknya Mahathir, perhimpunan tetap berlangsung juga. Namun dengan penyertaan orang tua itu, pemimpin pembangkang mati kutu sebentar.

Sebenarnya pembangkanglah yang lebih panik dan sakit kepala memikirkan apa pula bala yang akan menimpa mereka selepas ini.

Tindakan Mahathir singgah di perhimpunan BERSIH kesannya samalah seperti kereta tua yang berhenti di depan kereta Demang di lampu isyarat. Mahu tidak mahu, Demang dan semua kereta di belakang terpaksa berhenti.

Jangan main-main dengan Mahathir. Ingat lagi dalam posting minggu lepas Demang katakan betapa Mahathir seorang yang kejam?

Margaret Tatcher pun luluh dan lemas dengan muslihat beliau.

Kita perlu akur betapa Najib tidak sehebat Mahathir dalam mengawal musuh. Mahathir bukan setakat memantau bahkan beliau menyimpan alat kawalan jauh untuk setiap orang yang berada di sekeliling beliau, baik kawan mahupun lawan.

Sebagaimana  pemain catur yang hebat, Mahathir hanya akan mencabar king setelah semua jalan untuk king melarikan diri ditutup kemas.

Kita sudah tahu bahawa DAP itu bakal menjahanamkan negara namun apa strategi kita? Jika tidak mampu berlawan dengan musuh maka berkawanlah dengan mereka.

Sia-sia sahajalah dicipta perumpamaan musuh dalam selimut dan peribahasa 'tikam belakang' jika tidak diguna.

Demang bukan nak pecah lubang tetapi rakyat jelata perlu tahu juga sikit-sikit muslihat ini agar mereka tidak terlalu banyak menambah dosa mengumpat, mengutuk, dan mengeji pemimpin.

Demang tahu, permintaan Mahathir yang tidak boleh diterima oleh orang Najib ialah Najib perlu letak jawatan.

Apa nak disusahkan? Pengganti sudah ada iaitu Zahid Hamidi. Jika tidak mahu, pilihan lain bagi Najib ialah buktikan semua pertuduhan itu palsu.

Demang tidak kata Najib bersalah tetapi selagi kebenaran tidak dihebahkan pada rakyat jelata maka kekallah ia sebagai kesalahan.

Macamana nak hebahkan? Takkan nak siar dalam akhbar atau TV yang orang meluat. Rakyat sudah bayar gaji pelbagai agensi bagi memudahkan Perdana Menteri, kenapa tidak digunakan? Takkan hanya pandai salahguna sahaja?

Lihat posting Demang iaitu KP BTN hilang semalam. Ia ada kaitan dengan artikal ini.

Demang belum menyebelahi sesiapa namun Demang juga tidak mahu duduk di atas pagar lama-lama.
Demang percaya, ramai lagi yang seperti Demang.

Monday, August 31, 2015

KP BTN hilang di celah sambutan merdeka

Tatkala orang UMNO pun malu mengaku UMNO dan orang bukan UMNO enggan mengaku Melayu, siapakah yang bertungkus lumus mempertahankan istilah MELAYU?

Demang jawab, BTN lah orangnya. Maksud Demang orang BTN.

PERKASA datang kemudian. Itupun setelah dapat hembusan semangat daripada orang BTN.

Demang mengungkit kisah pasca penyingkiran Anwar, perletakan jawatan Mahathir, dan zaman kembali memuncak  di bawah Paklah sebelum Paklah pula kecundang.

Rentetan peristiwa besar tersebut  bermula di zaman Mahathir sehingga pada peleraiannya PM ke4 itu terpaksa meletak jawatan.

Yang menyelamatkan keadaan waktu itu ialah kursus SSM di bawah JPA yang dikendalikan BTN dengan modul khas berkonsep mempertahankan negara, sesuai dengan motto Bersama Menjiwai Kegemilangan.

Kesannya, 2004 Paklah menang besar.

Pihak lain yang bukan daripada BTN terutama blogger bebas jangan kecil hati. Demang sedar jasa anda yang tidak ternilai berjuang tanpa bayaran.

Jika modul BTN dilaksanakan dengan betul, di akhir kursus para peserta yang terdiri daripada penjawat awam meliputi pelbagai kaum dapat memahami bahawa menjaga negara adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira kaum.

Kalau tidak percaya, hubungi Demang dan Demang boleh usahakan untuk anda meneliti dan mengalami sendiri modul tersebut. Demang sanggup disaman jika modul tersebut bakal memecahbelah perpaduan dan merugikan mana-mana kaum.

BTN menekankan pemahaman pada perlembagaan Malaysia yang menjaga keistimewaan orang Melayu serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

TIDAK pernah ada dalam mana-mana modul BTN sejak dahulu yang hanya memperjuangkan orang Melayu dengan mengenepikan atau meminggirkan kaum-kaum lain.

Malangnya usaha murni BTN yang dijangkakan dapat menarik perasaan cintakan perpaduan dilihat oleh pembangkang sebagai bakal menguntungkan BN dan UMNO yang kebetulan memegang tampuk pemerintahan, sekaligus meranapkan impian mereka mengambilalih kuasa.

BTN difitnah dan ditohmah. Seperti biasa, orang Melayu yang malas menyiasat berita terus percaya bulat-bulat.

Akhirnya pembangkang berjaya menghasut kerajaan agar kursus tersebut ditamatkan. Hampir tiada langsung pihak yang sanggup pertahankan, termasuk UMNO.

Maklumlah, ketika itu untuk mengaku berbangsa Melayu pun malu!

Kenapa pembangkang membenci BTN?

Apabila rakyat bersatu demi negara maka kerajaan yang sedang memerintah akan selamat.

Sebaliknya jika rakyat sentiasa dalam keadaan gelisah, tidak puas hati, saling tuduh menuduh, suka komplen, maka parti yang memerintah akan kalah.

Itu sebabnya rakyat tidak boleh dibiarkan bersyukur dan bantu membantu membina negara.

Namun itu semua sudah berlalu. Kini BTN sudah tidak kelihatan lagi memberi kefahaman pada rakyat tentang kenegaraan.

KP BTN pun sudah lama tidak kelihatan. Hilang agaknya.

Samada KP BTN menghilangkan diri atau dihilangkan, HILANGlah namanya.

Jika anak hilang, memang perlu dicari sampai jumpa namun jika penjawat awam hilang, perlulah diganti dengan yang lain.

Rasanya ramai yang boleh jadi pengganti. Maksud Demang, pengganti yang lebih baik.

Sunday, August 30, 2015

Bersih sudah jadi rasis

Secara tidak sengaja Demang tersangkut  dalam kesesakan berhampiran perhimpunan haram BERSIH 4 KL semalam.

Tidak perlu komen panjang, Demang lihat sendiri dua perkara:

1. Kebanyakan peserta adalah golongan yang baru melepasi zaman kanak-kanak (klik artikal berkaitan)
2. Kebanyakan remaja yang baru aqil baligh itu adalah kaum cina. 

Namun ada juga 2-3 kerat remaja Melayu. Budak-budak kolej mana entahlah.

Semua berbaju kuning. Siapa sponsor?

Kata isteri Demang, baguslah. Mereka yang akan dapat untung nanti maka biarlah mereka yang berusaha sendiri.

Semalam, perhimpunan BERSIH sudah jadi perhimpunan kaum. Orang Melayu perhatikan sahaja.

 Namun perlu diingat, orang Melayu bukan boleh lama sangat bersabar.

Saturday, August 29, 2015

Berhati-hati buat analisis

Guru tak baca tak apa tapi pegawai elok baca.

Ada satu taklimat oleh seorang pegawai yang asalnya seorang guru pada sekumpulan guru prasekolah di Melaka.

Turut ditaklimatkan ialah guru besar sekolah yang terlibat.

Isunya ialah ramai murid Tahun Satu di sekolah kebangsaan yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Pegawai tersebut melahirkan rasa tidak puas hati kerana guru-guru prasekolah yang kebanyakannya berijazah dan dibayar gaji serta elaun yang tinggi namun masih ramai murid Tahun Satu belum menguasai kemahiran asas tersebut.

Maka terdiamlah para guru dan guru besar tersebut 'disekolahkan' oleh sang pegawai. Agaknya masing-masing melengung memikirkan tuduhan yang dilemparkan.

Tiba-tiba seorang guru wanita bangun. Beliau memberitahu bahawa di sekolah beliau ada dua kelas prasekolah dengan murid seramai 50 orang.

Daripada 50 orang tersebut, hampir semua memasuki tahun satu di sekolah yang sama. Jumlah kelas tahun satu ialah 4 buah dengan anggaran murid sekitar 200 orang. Itu faktanya.

Persoalannya, jika terdapat 50 orang daripada 200 itu belum boleh membaca, adakah semua murid yang tidak boleh membaca itu datang daripada prasekolah?

Bagi seseorang yang berjawatan pegawai pelajaran seperti sang pegawai tadi beliau sepatutnya tahu bahawa hanya sebahagian kecil sahaja kanak-kanak memasuki prasekolah kebangsaan manakala yang ramainya belajar di tadika swasta sebelum memasuki darjah satu.

Seperkara lagi, kanak-kanak yang layak memasuki prasekolah ialah kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan rendah.

Anda boleh nampak dan faham realitinya? Demang mohon maaf kerana terpaksa menyebut di sini bahawa golongan berpendapatan rendah biasanya tidak sama pencapaian akademiknya dengan keluarga sederhana dan ke atas.

Kenapa? Salah satu sebabnya ialah kemudahan di rumah yang kurang lengkap selain kemampuan untuk memberi pendidikan tambahan, termasuk penggunaan teknologi terbaru.

Pernah dengar istilah pendidikan tidak langsung? Ia bermula di rumah.

Sayangnya kebanyakan murid prasekolah bergantung hampir sepenuhnya pada inisiatif guru prasekolah sahaja.

Demang nak gambarkan sedikit contoh keluarga berpendapatan rendah di sekolah yang guru wanita tadi bertugas.

Pada bulan puasa baru-baru ini seorang guru berkunjung ke rumah keluarga tersebut membawa makanan. Menangis guru tersebut melihat anak-anak keluarga itu begitu teruja menyambut makanan kerana mereka memang tidak mempunyai makanan yang baik untuk berbuka hari itu.

Barangkali memang begitu setiap hari.

Demang bawa isu ini untuk kita sedar betapa kemahiran membuat analisis sangat penting. Membuat tuduhan tanpa melihat masalah daripada pelbagai sudut hanya akan menampakkan kebodohan sendiri.

Itu sebabnya kita laksanakan KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Sebelum itu pegawai yang hendak dilantik sebagai pegawai pelajaran mestilah benar-benar berpemikiran KBAT supaya mereka tidak terus merosakkan sistem dengan kebodohan semulajadi mereka.

Kedua-dua cerita di atas adalah peristiwa benar yang baru berlaku. Demang sendiri tidak menyangka masih ada keluarga daif begitu ketika sebahagian daripada kita sibuk menukar kereta import dan gadjet komunikasi terbaru.

Sebahagian duit kutipan GST patut diperuntukan kepada golongan tersebut.

Thursday, August 27, 2015

Alfatihah

Bagai api dalam sekam, bagai gunting dalam lipatan.
Kedua-duanya bekerja dari dalam. Jika sudah selesai barulah nampak rupanya. Itu pun cuma alatnya. Tok dalang masih belum menampakkan muka.

Mat Sabu tidaklah bodoh sangat. Setakat mengira 222 bahagi 2 tentulah dia tahu jumlahnya. Mat Sabu pun tahu bahawa kalau menang semua kerusi yang ditandingipun PAS masih belum dapat menguasai kerajaan. Maklumlah, PAS tidak pernah bertanding lebih daripada separuh kerusi parlimen.

Untuk tubuh kerajaan mesti ada satu perdua atau 111+1 (terkini) kerusi  di parlimen. Untuk mengubah perlembagaan pula perlu sokongan dua pertiga. Barulah hudud boleh dilaksanakan.
Namun apabila PAS berhajat tubuh kerajaan dan meminda perlembagaan, Mat Sabu berteriak sama, dan kemudian terkekeh-kekeh ketawa bersama para pengikutnya.

Pemimpin PAS tulen bukan tidak tahu realiti ini. Namun PAS perlu terus hadir sebagai pengimbang pada UMNO. Parti peneraju itu tidak boleh dibiarkan berseorangan. Adanya PAS adalah bagi memberi amaran pada parti komponan BN lain bahawa jika mereka mengada-ngada kerusi BN (melalui UMNO) akan digantikan dengan wakil PAS.

Kini api tidak lagi di dalam sekam dan gunting pun sudah di luar lipatan. Ertinya fasa bekerja dari dalam sudah selesai. Penubuhan GHB menampakkan Mat Sabu dan kuncu-kuncunya memasuki fasa kedua. Samada memang sudah bersedia atau terpaksa, Mat Sabu mesti meneruskan langkah bagi memastikan pendapatan yang disalurkan daripada pihak penyedia dana tidak terhenti atau beralih pada orang lain pula.

Platfom Mat Sabu dalam PAS sudah hancur maka tidak ada sebab untuk dia terus menerima dana.
Nasib Anwar mesti dijadikan iktibar. Apabila sudah tidak boleh diguna, dalam botol pawanglah tempatnya sebelum dikambus di dalam tanah.

GHB bukan untuk menarik orang UMNO. Kalau PAS dan PKR pun orang UMNO tidak hingin, parti serabut baru itu lagilah tidak dipandang. Orang UMNO sudah jelak dengan parti serpihan.

Bagaimana pula dengan pengundi Melayu? Dalam sejarah PRU, rata-rata pengundi Melayu atas pagar akan tetap memberi undi pada BN. Kalau luak pun, tak sampai menjejas majoriti di parlimen.

Maka yang akan terpeleot ialah PAS dan PKR. PAS menanggung musibah akibat kesilapan besar beberapa pemimpin saduran yang menyamar sebagai pejuang Islam. Ahmad Awang mungkin salah seorang daripadanya. Jika tidakpun, beliau memang pernah buat silap besar di Perak!

Penyedia dana bagi merampas Putrajaya daripada tampuk pemerintahan Islam sudah mengira. GHB akan mengecilkan lagi saiz PAS. PKR tidak dirisau kerana parti itu hanya seperti buih di lautan. Nampak mengepul tapi tidak sampai ke dasar pun.

Apabila PAS lemah, UMNO bukan bertambah kuat. Orang Melayu yang galak menentang kerajaan akan menyertai GHB pula. Jika sebelum ini PAS, PKR, dan DAP sekadar bekerjasama secara tak rasmi, selepas ini GHB akan bergabung terus dengan DAP.

Dalam surah Al-Fatihah, kita memohon pada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus dan bukannya jalan orang yang sesat.

Orang yang sesat bukanlah orang yang tiada matlamat sejak awal. Mereka asalnya sebahagian ahli rombongan namun atas sesuatu sebab, mereka keluar daripada jemaah dan akhirnya tersesat. Salah satu puncanya ialah mereka cuba mencari jalan pintas.

Semoga kita kekal di jalan yang lurus dan tidak termasuk dalam golongan orang yang sesat.

Al-fatihah.

Wednesday, August 26, 2015

Rahsia lirik anak kecil main api

Demang rasa masih ramai yang menyimpan bait-bait lagu Warisan dalam hatinya:

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah
Bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Apa maksud anak kecil main api? Barangkali banyaklah maksudnya. Di sini Demang nak ambil satu sudut sahaja iaitu kenapa digunakan 'anak kecil'?

Istilah lain untuk anak kecil ialah kanak-kanak. Besar sikit dipanggil budak-budak. Selepas itu dikenali sebagai remaja, anak muda, dewasa, orang tua, dan akhir sekali orang tua ganyot lah gamaknya.

Tahap paling rendah dalam kematangan manusia ialah anak kecil. Dalam peristiwa nabi Musa dengan firaun, bagi membuktikan Musa yang masih kecil ketika itu memang belum matang maka disuakan api. Musa yang masih anak kecil ketika itu menyentuh api tersebut dan menangis kepanasan.

Itu membuktikan bahawa Musa memang anak kecil yang belum tahu membezakan benda bahaya dengan benda selamat, walaupun baginda akan menjadi rasulullah apabila dewasa.

Zaman remaja adalah tempoh usia yang penuh konflik dan tercari-cari identiti diri. Istilah lain ialah jati diri. Namun tiada garis pemisah yang jelas antara zaman remaja dengan dewasa. Ada juga yang berumur 39 tahun masih berkelakuan macam remaja.

Jika anak kecil belum tahu membezakan api dengan ais, budak remaja kita andaikan lebih cerdik. Apapun perlu diingat mereka baru keluar daripada zaman budak-budak. Jika yang 39 tahun pun kekadang berkelakuan macam budak-budak maka tidak mustahillah ramai remaja yang masih belum keluar daripada kepompong kanak-kanak mereka.

Bagaimana dengan anak muda? Anak muda dan remaja sebenarnya sukar dibezakan. Kadang-kadang matang dan kadang-kadang macam budak-budak.

Masa Demang sekolah dulu, pelajar universiti amat dipandang tinggi. Maklumlah, mahasiswa. Tempat belajarpun dipanggil menara gading.

Itu dulu, sebab masa itu orang dewasa sekadar ada Sijil Darjah 6 dan SRP. Paling tinggipun SPM.

Hari ini golongan yang dipanggil 'orang tua-tua' sudah ada PHD dan sebagainya. Profesor berlambak. Dulu kalau disebut profesor, kita bayangkan orang tua berdahi luas, beruban atas bawah, pakai spek tebal, dan tak reti senyum.

Maaf, pelajar universiti bukan lagi golongan yang dipandang hebat oleh masyarakat. Mereka masih belajar dan nama sekolahnya ialah universiti.

Justeru jika nampak pelajar universiti berhimpun membantah kerajaan atau menulis dalam media sosial mengkritik sesuatu, kita kena ingat bahawa mereka berada dalam zaman peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.

Mereka memang mudah dipengaruhi dan dimanipulasi. Takkan lah kita pun nak jadi budak-budak juga?

Oh ya. Demang tidak menulis dari perspektif generasi X,Y, Z.

Tuesday, August 25, 2015

Yang perlu ditukar

Apabila Demang kata Najib baik dan Mahathir kejam, orang Mahathir marah-marah. Padahal Demang bukannya tulis Mahathir zalim. Ada beza antara kejam dengan zalim.

Guru Demang beritahu, zalim adalah "meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya". Guru Demang beri contoh iaitu meletakkan selipar di atas kepala maka zalimlah namanya.

Manakala kejam seperti yang ditafsir DBP:

Kejam II: "tidak berperasaan belas kasihan; bengis": Sesudah berkuasa, dia sangat ~ terhadap orang-orang bawahannya.

Itu Kejam II. Carilah pula maksud Kejam I. Orang Kedah memang selalu guna.

Semak semula tulisan Demang semalam, lihat apa yang tersirat. Jika anda scan dengan cepat, anda hanya akan dapat yang tersurat.

Oleh kerana ramai yang ingin melihat Najib letak jawatan maka lakukanlah jika itu yang terbaik. Sebelum itu, lihat posting Demang kelmarin dulu (Ahad) tentang sikap rakyat.

Najib memang baik. Semua PM baik. Mahathir pun baik cuma beliau agak kejam. Beliau sanggup belah perut orang dan buang bahagian yang didapati boleh membahayakan seluruh tubuh. Itu yang Najib tak mampu lakukan.

Jika anda lihat posting Demang Ahad lalu, anda mungkin akan bersetuju bahawa selain menukar  PM, rakyat juga perlu menukar sikap. Jika tidak, kerja kita menukar PM akan jadi kerja yang tak habis-habis.

Demang juga sebut tentang integriti. Jika pemimpin sudah hilang integriti maka jawatan yang disandang perlu dipulangkan.

Rasanya selepas ini orang Najib pula akan marah Demang. Marahlah. Demang cuma kata, JIKA integriti hilang. Sebaliknya jika Najib boleh kembalikan kepercayaan rakyat, maka kekalkanlah.

Berkenaan sikap, ia memang sukar diubah. Kita memang pandai menasihati orang tetapi berapa banyak sikap buruk sendiri yang mampu kita ubah? Sanggupkah merombak kembali perbelanjaan? Jual kereta import dan beli kereta tempatan? Kalau nak rosak, kereta import pun bukanlah sempurna sangat. Harap glamor sahaja.

Mari kita ubah sama-sama. Kita tukar PM yang baru dan kita amalkan sikap yang baru. Itu barulah adil. Jika tidak, kita akan terus mengeluh dan merungut sampai qiamat. Naik PM baru, kita dok tang jugak. Naiklah gaji 2-3 kali ganda pun kita dok merungut jugak.

Monday, August 24, 2015

Bakal PM dan PM yang tersingkir

Mahathir seorang yang kejam. Najib pula orang baik.

Bukan Demang sahaja yang kata tetapi ramai lagi termasuk musuh politik beliau.

Paklah juga orang baik. itu sebabnya Mahathir lantik beliau menjadi TPM dan PM ketika rakyat di kemuncak kemarahan pada Mahafiraun dan Mahazalim momokan PKR.

Mahathir memang seorang yang kejam. Sesiapa yang cuba-cuba masuk politik di zaman beliau diberi dua pilihan: bersama-sama beliau atau dibunuh. Beliau tidak peduli samada mayat itu boleh ditanam atau menjadi zombi seperti Anwar.

Kuli dan Musa Hitam memahaminya melalui pengalaman sendiri.

Kuli adalah mangsa awal yang cuba mencabar legasi Mahathir. Pasukan beliau kuat dan modalpun kukuh. Maklumlah, kerabat diraja. Namun akhirnya hancur berkecai kerana misi perjuangan terlalu sempurna sedangkan pembawanya sendiri masih compang-camping.

Kuli ambil jalan keluar yang selamat dan kekal sebagai YB di daerahnya.

Musa Hitam adalah gandingan terbaik Mahathir sehingga muncul istilah kepimpinan 2M. Musa mabuk dengan fatamorgana dan lupa bahawa di atas sebuah bukit tidak boleh ada dua ekor harimau.

Musa Hitam mengalah sebelum segalanya menjadi hangus dan berpuas hati menjadi duta sahaja.

Pak Syeikh Anwar lebih hebat. Kadang-kadang ramai yang lupa siapa sebenarnya PM. Anwar naik keretapi ekspres terus ke puncak. Kadang-kadang mengah juga Mahathir mengejarnya, padahal tempat sepatutnya Anwar ialah di belakang.

Sayangnya kaki Anwar tersadung di pintu Putrajaya.

Anwar enggan mengalah, menjadi zombi dan lawan sampai jadi asap. Akhirnya sebagaimana spesis makhluk halus yang lain beliau ditangkap pawang diraja dan dimasukkan ke dalam botol sebelum dilempar ke laut.

Paklah disingkir kerana itu sahaja jalan untuk menghalang menantu beliau daripada bermaharajalela. Budak yang baru balik dari luar negeri itu sedang kemaruk mencari kawan dan pengaruh. Sebagaimana lazimnya anak orang kaya mencari kawan ialah dengan wang. Dia lupa yang dikikis bukan harta bapak mertuanya.

Kawan-kawan KJ pula samalah seperti kawan-kawan Sazali dalam filem Anakku Sazali. Mereka akan melayani apa sahaja kehendak Sazali supaya Sazali bawa lebih banyak wang!

Paklah beralah bagi menyelamatkan menantu beliau dan kini KJ berhempas pulas untuk menarik simpati.

Kini giliran Najib diuji. Jawapan akhir ada pada Najib. Mahathir akan menjadi pemeriksa. Jika jawapan itu beliau berkenan, Najib kekal. Sebaliknya jika jawapan itu tersasar, Mahathir tidak peduli walaupun ayah Najib berjasa besar menerima beliau kembali ke dalam UMNO.

Bahkan Mahathir sepatutnya berterima kasih pada Najib yang bertukar  team semasa Mahathir dicabar Kuli. Undi majoriti yang cuma beberapa helai itu sememangnya daripada Najib yang berpaling tadah daripada Kuli.

Namun seperti yang Demang sebut awal tadi, Mahathir seorang yang kejam. Beliau boleh memberi peluang tetapi jika peraturan dilanggar, hukuman dijatuhkan tanpa timbang rasa.

Semalam Demang sempat lihat video Mukhriz berucap dalam persidangan UMNO entah di mana. Anak kandung Mahathir itu bercakap tentang integriti. Adakah Mukhriz yang bercakap atau beliau sekadar posmen?

Apabila integriti yang disebut maka itu adalah tips peperiksaan yang semua kena faham. Integriti adalah nadi seseorang pemimpin. Jika integriti sudah hilang maka jawatan perlu dipulangkan.

Najib orang baik. Walaupun sudah ada desakan agar MB NS, Perak, dan Kedah digantikan atas alasan kesetiaan namun Najib tidak seperti Mahathir yang kejam. Najib anak bangsawan yang keluar daripada istana untuk berjuang bersama rakyat. Jika beliau mahu bersenang lenang, harta datuk sebelah ibunya bukan kepalang. Ayahnya sendiri seorang PM Malaysia yang amat disegani dan kaya integriti.

Ramai yang kata Demang 'play safe'. Sebenarnya profesional tidak melulu ambil risiko sebaliknya akan memastikan laluan daripada kedua-dua arah selamat, barulah melintas.

Sebagaimana kata Demang sejak awal, pemeriksaan masih berlangsung dan belum ada keputusan. Maka kenapa kita tidak boleh bersabar sedikit lagi? Jika sudah jelas Najib bersalah maka beliau perlu melepaskan beban yang ditanggung selama ini.

Najib orang baik tetapi dikelilingi kawan-kawan seperti kawan Anakku Sazali. Sayangnya Najib tidak mampu bertindak sekejam Mahathir.

Sunday, August 23, 2015

Yang turut bersalah akhirnya

Ketika mata rakyat melihat Najib berjaya menjadikan Malaysia negara paling sengkek di dunia, kerajaan mengeluarkan sejujut fakta yang membuktikan tuduhan tersebut bercanggah dengan realiti.

Antara yang dicatatkan ialah dari 2009 hingga 2014, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 47.7 peratus.

Demang percaya ramai yang mencemik kenyataan tersebut apatah melihat RM terus merudum. Terbaru malam tadi tersebar dalam media sosial, RM (bukan Rosmah Mansor) tidak diterima di Arab Saudi.

Jika kerajaan kata negara bagus dan rakyat pula mengeluh dengan kesempitan hidup, yang mana satu betul?

Fakta tidak pernah menipu walaupun 'fakta palsu' memang ada. Namun apabila fakta yang dikemukakan itu tulin maka itulah realitinya.

Habis, bagaimana pula dengan keluhan rakyat? Adakah itu bukan realiti?

Bagi Demang, kedua-duanya adalah realiti. Negara makin maju, pendapatan makin banyak, rakyat 'makin berada', ironinya ramai yang masih menderita.

Memang ironis!

Benarkah rakyat makin berada?

Ketika Demang melapor diri sebagai guru pada 1990, gaji Demang cuma RM435 sebulan. Hari ini sudah melebihi RM5k.

Ketika itu Demang cuma mampu mengambil alih motorsikal honda cup ayah Demang dan tinggal beramai-ramai di rumah kerajaan. Elaun perumahan tiada.

Duit tidak pernah cukup, tapi akhirnya cukup juga.

Hari ini, Demang lihat setiap rumah memiliki lebih daripada sebuah kereta. Rumah makin lawa, kereta buatan luar negara. Proton Saga? Maaf, untuk pergi kebun boleh lah. Kereta buatan negara dipandang lekeh. Macamlah kereta import tiada masalah.

Makin ramai yang mampu beli motorsikal berkuasa tinggi. Kalau dulu, jika terserempak di jalanraya pun, kepunyaan rakyat Singapura. Sekarang berlambak cikgu yang ada. Tak puas satu, beli dua.

Di dalam rumah sudah tiada tikar mengkuang atau tikar getah. Lantai indah, karpet import, dan sofa terkini menjadi penghias kediaman walaupun diguna sekali sekala.

Makan tidak hanya di rumah tetapi ada kalanya di luar tetapi bukan di warung-warung sebaliknya ke restauran masakan Thai dan restauran makanan ala Amerika. Berbuka puasa di hotel sudah perkara biasa.

Membeli belah tidak lagi di pasar malam atau pekan sehari seperti zaman 1990an sebaliknya di gedung perniaagaan berjenama.

Sesekali ke luar negara. Indonesia, China, Kemboja sudah tidak pelik lagi. Orang pergi umrah macam musim haji. Yang itu baguslah.

Dalam pada itu siang malam merungut pada kerajaan. Pantang terima benda-benda yang mengutuk kerajaan, cepat-cepat kongsi dalam grup media sosial. Meriah. Boleh gelak-gelak.

Sekarang, berteriak pula mata wang sendiri tak laku. Tidakkah kita turut jadi balaci pengkhianat negara memburukkan negara di mata dunia? Salah satu punca kemerosotan ekonomi ialah persepsi dunia terhadap negara. Wang sekarang bukan bersandar pada emas pun. Ada tangan yang mencatur dunia.

Kalau itupun tak tahu, tak payahlah bercakap pasal politik lagi. Pergi buat kerja masing-masing. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurnia.



Tuesday, August 18, 2015

Kembali pada PAS asal

Ada orang tanya Demang, apa salah Nizar?

Adusss... itu cerita lama. Kalau tak tahu fakta politik dan tak reti analisis isu politik, tak payah bercakap pasal politik.

Layakkah nizar jadi mb perak?

Keputusan pru 2008 dun perak
UMNO 27 kerusi
MCA 1 kerusi
DAP 18 kerusi
PKR 7 kerusi
PAS 6 kerusi

Maaflah, Demang salin semula mesej Demang dalam whatsapp. Banyak singkatan perkataan.

1. Berdasarkan janji sebelum pru tersebut, DAP dan PAS masing2 mengisytiharkan TIDAK bekerjasama. Maka adakah boleh DAP dan PKR menukar pendirian selepas rakyat selesai mengundi? Adakah rakyat yg telah membuang undi rela dgn tindakan itu?

2. Layakkah nizar mewakili pas dan menjadi mb perak sedangkan pas cuma ada 6 kerusi?

3. Kenapa dap setuju nizar jadi mb?

4. Jika exco perak bermesyuarat, parti manakah yang akan menentukan keputusan jika undi dibuat?

5. Tidakkah nizar hanya boneka kpd dap?

6. Akhirnya setelah mesyuarat negeri meluluskan geran 999 tahun kpd cina barulah beberapa yb melayu insaf menyebabkan 2 org yb pkr melayu keluar drpd parti bagi membolehkan umno kembali membentuk kerajaan perak.

7. Selain nizar, pesuruhjaya pas (ahmad awang) yg menolak ajakan umno utk membentuk kerajaan campuran di perak juga boleh dianggap pengkhianat kerana tindakannya ternyata hampir2 merugikan org Islam. Mujur sultan perak campur tangan.

8. Malang sungguh org Islam apabila pemimpin pas tersebut lebih mementingkan DENDAM utk menghapuskan umno berbanding kepentingan Islam.

9. Bangga sungguh mereka melaungkan ABU (asal bukan umno) sehingga semua perkara lain ditolak demi ABU.

10. Siapa kita untuk menepis huluran salam perpaduan sesama Islam dan tetap mengatakan jika umno pernah tipu pas maka sampai bila2 pun umno tak boleh dipercayai.

11. Malang sungguh apabila kita boleh percaya pada puak kafir dan menolak muslim.

12. Umno dgn mca? Mca tak pernah lebih kuat drpd umno berbanding dap yg selalunya lebih berkuasa drpd pas. Di selangor, pas yg majoriti pun tak berani bertegas utk menjadi mb. Kenapa?

13. Mudah2an setelah musang berbulu ayam pakat keluar dan tubuh parti baru, pas akn kembali pada perjuangan asal.

Allahu akbar.

Wednesday, August 12, 2015

Najib tidak bersalah

Bagi yang menuduh atau tumpang share tuduhan bahawa Najib merompak, eloklah minta maaf segera sementara Najib masih hidup.

Setakat ini belum ada mana-mana pihak yang membuat laporan polis tentang kehilangan wang sebanyak RM2.6b. Maka jika tiada kehilangan maka tiadalah kes.

Jika bukan rompakan, dari mana wang tersebut?

Demang terima mesej yang diviralkan dikatakan ditulis oleh Dr Ridhuan Tee yang mendakwa wang tersebut adalah derma daripada individu di Timur Tengah. Mudah cakap, Pak Arab bagi Najib.

Namun sebaran itu tidak banyak membantu kerana kebanyakan rakyat dan pemimpin rakyat tidak percaya ada orang sanggup menderma begitu banyak.

Demang nak share sikit pengalaman Demang mempunyai seorang anak yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta.

Selain sumbangan tetap daripada sebuah yayasan, dana juga diperolehi daripada derma orang ramai termasuk ibu bapa pelajar. Maklumlah, yuran wajib cuma RM100-300 sahaja sebulan. Untuk bayar gaji guru pun tak cukup dengan duit yuran.

Sekolah tersebut bukan sekolah pondok sebaliknya sekolah ulul albab dengan kemudahan lengkap. Selain tahfiz, ia juga beraliran sains. Tenaga pengajar berijazah dengan gred 41 ke atas (gaji permulaan lebih tinggi daripada guru di sekolah kerajaan).

Dua tahun lepas pihak sekolah menerima sebuah bas daripada seorang bapa dan sehingga kini tidak pernah diumumkan namanya. Demang dapat tahu namanya secara peribadi. Kalau tak silap Demang jutawan tersebut orang tabligh. Sangat sederhana orangnya.

Lebih memeranjatkan Demang apabila pengetua sekolah tersebut memberitahu Demang setelah anak penderma tersebut bertukar (kerana memilih bidang perakaunan yang tiada di situ), pihak sekolah terputus sumbangan tidak kurang 50k sebulan.

Ini bermakna dermawan tersebut turut menyumbang tidak kurang 50k setiap bulan secara senyap-senyap (hanya beberapa orang yang tahu).

Penderma tersebut bukanlah orang terkenal.

Maka apa dihairankan jika ada Pak Arab yang hartanya berbilon-bilion memberi sumbangan RM2.6b untuk perjuangan mempertahankan sebuah negara Islam daripada dikuasai puak kuffar yang telah berjaya menguasai ekonomi selama ini?

Bagi kita, 2.6b memang sangat banyak tetapi bagi bilionaire yang mengharapkan redho Allah, ia adalah kecil.

Soal bagaimana Najib memujuk Pak Arab itu sehingga beliau percaya pada Najib bukanlah masalah kita.

Ada pula yang pertikaikan, bagaimana Pak Arab tersebut hendak pastikan wang tersebut digunakan 100% untuk perjuangan dan bukan peribadi Najib?

Untuk makluman, orang tabligh yang menderma pada pusat tahfiz itupun tidak pernah meminta laporan terperinci ke mana wang derma beliau dibelanjakan.

Sudah tentu bukan semuanya diagihkan terus kepada pelajar sebaliknya digunakan sebahagiannya secara langsung termasuk gaji pengetua, mencantikkan kawasan sekolah dan sebagainya.

Kenapa dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan akaun parti?

Demang tidak pula diberitahu tetapi logiknya, jika dimasukkan ke akaun parti akan bocorlah identiti penderma sedangkan penderma 2.6b sudah tentu bukan Pak Arab biasa. Beliau mungkin ada maslahat yang lebih besar berbuat begitu.

Demang tiada kepentngan peribadi untuk semata-mata mempertahankan Najib. Bukan dapat upah pun.

Ini hanyalah andaian Demang berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Terpulanglah mahu terima atau tidak. Sekurang-kurangnya bagi yang rasa derma 2.6b itu suatu yang mustahil, eloklah muhassabah diri dan lihat kembali banyak mana sumbangan kita demi agama.

Demang memang menyampah pada orang yang viralkan dalam grup media sosial konon tokoh korporat cina sangat dermawan berbanding tokoh korporat Melayu.

Ingat, bukan anda seorang sahaja yang sedang berjuang!

Thursday, August 6, 2015

Dendam Lawyatt

Lowyatt terus lengang, katanya. Kalau dulu nak berjalan pun susah, sekarang nak berlari berguling pun boleh.

Jika benar pengunjung tidak lagi penuh sesak, maka yang sesak sekarang ialah para peniaga di situ.

Area Bukit Bintang bukan calamg-calang nilai hartanahnya. Semua perniagaan ada di situ. Ada yang halal dan ada yang haram di sisi Islam. Di sisi negara, entah lah.

Katanya, selain pihak berkuasa, pihak gengster pun turut menjadi penjaga. Abang kawasan.

Jika benar Lowyatt lengang maka poket dan laci pengusaha di situ pun lengang lah. Bahananya bukan sedikit. Sewa perlu dibayar, pekerja perlu digaji. Selain itu ansuran kereta, rumah, perbelanjaan harian perlu disara.

Ia bukanlah sesuatu yang mudah dihadapi apatah lagi bagi golongan yang tidak beriman.

Justeru kita perlu lebih berhati-hati dengan tindak balas mereka. Barangkali ia tidak dilakukan secara keras atau terbuka. Kaum yang terkenal licik itu pasti tidak akan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja. Pasti mereka akan bertindak balas dengan strategi tertentu yang mungkin kira tidak sedar.

Demang rasa dalam keadaan kita saling kutuk mengutuk sesama sendiri, kerja mereka akan jadi lebih mudah. Mungkin juga mereka tidak kesah sangat tentang Lowyat sebaliknya Putrajaya lebih mengiurkan.

Malangnya ramai kalangan kita masih percaya bahawa untuk menang kita perlu mengalahkan orang lain, padahal yang dianggap musuh itu saudara sendiri.

Wednesday, August 5, 2015

Najib selamat

Nampaknya Najib sudah boleh menarik sedikit nafas lega sejak malam tadi apabila orang Melayu mula memahami maksud dana pilihanraya.

Sebagaimana posting Demang semalam, semua parti politik di Malaysia memiliki simpanan yang dipangil dana pilihanraya. Rakyat tiada masalah tentang itu sebab yang menghabiskannya pun bukan orang lain.

Setakat ini tiada sebarang bukti yang menunjukkan wang tersebut daripada sumber rasuah atau penyelewengan. Penderma tidak bernama tersebut dikatakan daripada negara timur tengah bagi mempertahankan kerajaan Islam di sebuah negara yang jadi rebutan antara orang Islam dengan puak kuffar.

Orang yang biasa berperang dengan puak kafir faham situasi Malaysia yang dikongsi dengan penganut agama lain ini. Bagi yang tak faham akan selalu membohongi diri sendiri bahawa kafir di Malaysia tidak berminat untuk merampas pemerintahan. Kononnya mereka cuma nak cari wang.

Ingat, cari wang bukan hanya dengan berniaga. Merompak, menipu, dan merampas pun boleh.

Merampas? Ya. Merampas tidak semestinya guna senjata dan kekerasan. Melalui demokrasi pun boleh. Apatah lagi demokrasi bercampur liberal.

Formula paling praktikal ialah dengan melaga-lagakan orang Islam. Satu pihak disuapkan kemewahan manakala satu pihak lagi dihasut supaya marah! Apa-isu pun boleh diperbesarkan.

Setakat ini kita dapat tahu UMNO ada RM2.6b. Berapa pula dana pilihanraya DAP? Dana pilihanraya bukan sahaja digunakan ketika pilihanraya malah untuk pelbagai strategi termasuk mengupah tentera maya  dalam media sosial.

Tuesday, August 4, 2015

Sah duit rasuah

Akhirnya setelah diserang dari segenap penjuru bertubi-tubi, kenyataan terkini ialah wang 2.6b di dalam akaun bank Najib adalah derma daripada penderma tidak bernama.

Bukan Demang kata tapi pihak berkuasa yang kata.

Dalam kelam kabut mempertahankan bos maka orang Najib bertungkus lumus mencari jalan keluar. Antaranya ialah dengan mendedahkan bahawa semua parti memiliki simpanan luar biasa yang dinamakan sebagai dana pilihanraya.

Malah Najib mendakwa beliau pernah meminta semua parti politik mengisytiharkan duit parti masing-masing tetapi ditolak oleh PKR dan DAP dengan alasan kerajaan tidak berhak tahu wang mereka.

Selain PKR yang memang diketahui amat kaya, PAS dengan tabungnya, DAP yang memang parti elit, bahkan UMNO era Tun M pun terungkit sama.

Demang rasa rakyat yang membaca berita-berita tersebut bukan sahaja berubah-rubah warna muka bahkan terjojol-jojol mata serta terlopong mulut menatap angka yang tidak pernah diduga.

Ada berapa kosong untuk 2.6 bilion? Demang sendiri terkial-kial menyusun digit-digit 0 dalam kalkulator.

Patutlah apabila didedahkan Anwar mempunyai 3b semasa PRU lalu parti-parti lain diam sahaja. Rupa-rupanya semua 2x5.

Dari mana wang berbilion tersebut?

Demang tegas mengatakan jika sesuatu sumbangan atau derma datangnya daripada individu atau syarikat yang dikenali, maka rasuah lah namanya.

Manakala jika diberi secara rahsia atau diam-diam tanpa diketahui identiti si pemberi tersebut, baru lah diharuskan.

Bagi Demang cara kutip duit menggunakan tabung yang dilakukan PAS barulah betul-betul derma ikhlas.

Demang teringat semasa  tinggal di Johor. Seorang polis memberitahu ketika bersembang di surau bahawa balai polis tempat dia bertugas menerima sumbangan daripada seorang taukey bagi membina kolam hiasan di perkarangan balai polis.

Itu adalah rasuah!

Begitu juga tindakan pengetua dan Guru Besar yang mengambil komisyen bagi pihak sekolah daripada pembekal atau meminta sumbangan daripada pembekal sempena sukan tahunan sekolah, itu juga rasuah.

Kesannya, jika anda baru cuba-cuba membekalkan barangan ke sekolah, jangan haraplah akan berjaya sebab pihak sekolah akan mendahulukan pembekal yang selalu memberi derma pada sekolah tersebut!

Implikasinya, barangan yang dibekalkan pada murid-murid jadi rendah kualitinya.

Itu bukan sahaja rasuah malah pengkhianatan.

Sunday, August 2, 2015

Rosmah selamatkan najib

Berapa peratuskah lagi rakyat yang masih sudi menerima Najib sebagai PM?

Demang percaya orang Najib pun tidak berani menjawab soalan tersebut dengan jujur, melainkan dia sudah lama tidak bertemu orang ramai atau gagal bersambung dengan internet.

Jangan ditanya orang Mahathir yang digelar protun. Sudah tentu jawapannya -10. Mereka tidak ada idea untuk membina atau membaiki. Bagi mereka hanya ada satu cara dalam dunia ini iaitu tukar yang baru.
Sebahagian dari mereka ini jugalah yang terlibat mendesak Tun Mahathir dan Paklah meletak jawatan dulu.

Demang tidak mahu meneka kemungkinan mereka ini sanggup menukar isteri apabila timbul masalah.

Sejujurnya Demang sendiri merasakan usia jawatan PM yang ada pada Najib sudah hampir tamat. Apatah lagi melihat beberapa muka lama yang telah direkodkan oleh rakyat sebagai hampas dimasukkan kembali dalam kabinet baru Najib.

Ada rakan bagitau Demang kabinet kayu. Demang jawab, kalau kayu jati, baguslah. Demang rasa yang dimaksudkan beliau ialah kabinet dapur yang ada di rumah Najib.

Cuma ada seorang manusia yang boleh memujuk dan mendapatkan kembali simpati rakyat. Itu pun jika beliau sanggup.

Siapa orang itu?

Tun Mahathir? Bukan. Tun M sudahpun memberi peluang pada Najib untuk menjadi PM maka rakyat sudah sukar untuk mempercayai Tun jika beliau mencadangkan Najib kekal sebagai PM lagi.

Jika Tun mampu menentukan siapa boleh jadi PM maka mudah sangatlah. Suruh sahaja Tun sebut nama seseorang, selesai masalah. Tak perlu susah hati dengan PRU14 nanti.

Namun proses untuk mengangkat seseorang sebagai PM bukan mudah. Tun M bukan penentu sebaliknya beliau cuma menyampaikan kehendak majoriti rakyat. Kalau tak mahu dengar, terimalah keputusan sebenar daripada rakyat nanti. Masalahnya, kalau rakyat nak buang PM mereka terpaksa buang dengan UMNO dan BN sekali

Jadi, siapa orang itu?

Najib kenal sangat orang itu cuma mungkin Najib kadang-kadang keliru kenapa Allah menciptakan wanita itu untuk berada di sisi beliau. Orang itu ialah Rosmah Mansur.

Demang bukan nak tuduh Rosmah buat macam-macam seperti yang disebar dalam media sosial. Demang juga tidak setuju apabila Tun mempersoalkan cincin Rosmah.

Demang cuma mahu Rosmah kembali menjadi isteri yang solehah. Soal solat, zakat, dan sebagainya Demang tidak nampak tetapi secara zahirnya yang terlihat ialah beliau masih belum menutup aurat sepenuhnya.

Penting sangatkah bertudung? Demang bukan ahli hukum tetapi sebagai penulis blog politik itulah kehendak pengundi muslim. Soal dia dengan Allah, itu masalah dia.

Selepas lengkap menutup aurat, Rosmah perlu bersemuka dengan rakyat. Buat kenyataan bersama suami bahawa beliau meminta maaf jika terdapat sebarang kesilapan beliau sebelum ini.

Mungkin beliau bukan betul-betul bersalah namun demi kelangsungan politik suami dan mengekalkan kedudukan sendiri selaku isteri PM, apa salahnya mohon maaf. Biar rakyat sejuk sedikit.

Tindakan yang perlu dilakukan oleh Rosmah ialah berusaha untuk menjadi isteri solehah. Tugas isteri solehah bukannya bekerja bersama suami seolah-olah memegang suatu potfolio khas negara.

Tugas dan tanggung jawab PM sangat banyak. Isteri solehah perlu pastikan suami dalam keadaan selesa dan elakkan dari menimbulkan masalah. Demang kata: elak. 'Buat' lagi lah tak boleh.

Suami Rosmah bukan orang biasa. Beliau adalah ketua pentadbir sebuah negara. Beliau penasihat utama pada Yang Dipertuan Agong yang menjadi Ketua Negara. Rosmah jangan keliru pula dengan jawatan itu.

Demang percaya jika Rosmah Mansur sanggup melakukan perkara ini, rakyat akan simpati dan pembangkang akan hilang separuh isu. Selebihnya kita fikirkan penyelesaiannya sama-sama.

Cuba buat yang itu dulu.

Tuesday, July 28, 2015

berhak ke najib pecat muhyidin

Terkejut?

Demang  cuba untuk terkejut dengan keputusan Najib memecat timbalannya hari ini. Namun tidak dapat terkejut sangat.

Yang Demang akan terkejut ialah jika Muhyidin tidak dipecat. Memang patut dihairankan.

Sebaik sahaja menerima berita pemecatan itu tadi, kata Demang dalam hati, ini kali pertama rasanya Najib bertindak dengan betul sebagai seorang ahli politik dan sebagai orang paling tinggi selepas YDA.

Jawatan TPM tidak sama dengan jawatan PM walaupun perbezaannya cuma huruf 'T'. PM wajib dilantik dan ia bermula dengan proses PRU dan calon yang layak dibawa untuk diperkenan oleh YDA.

Apabila PM sudah dipersetujui oleh YDA maka PM akan melantik dan membentuk kabinet beliau. Berapa bilangan ahli kabinet dan apa kementerian yang nak dibentuk, terpulanglah pada PM.

Jangan lupa, jawatan TPM pun menjadi hak mutlak PM. Jika PM merasakan beliau tidak perlu timbalan, maka beliau boleh membiarkan jawatan itu kosong.

TPM bukan sekadar menggantikan PM jika beliau tiada malah bertugas sepanjang masa di samping PM. TPM bukan seperti guru ganti yang hanya datang ke sekolah apabila guru tertentu bercuti (biasanya guru perempuan cuti bersalin).

Biasanya TPM ada fotfolio beliau sendiri yang ditentukan oleh bos beliau. Siapa lagi. Os beliau kalau bukan PM?

Secara mudahnya, TPM mesti sentiasa menyokong PM kerana itulah satu-satunya sebab kenapa seseorang TPM dilantik.

Oh ya. Tulisan Demang ini tiada kena mengena dengan isu yang dibawa oleh TSMY dan perlu diingat meski TSMY tiada dalam kabinet dan kerajaan, beliau masih Timbalan Presiden UMNO.

Tahniah pada DS Zahid Hamidi, bakal PM Malaysia. Ada sebab Demang menyokong beliau. Walaupun beliau juga tidak sempurna namun beliau ada usaha untuk mengikuti cara sultan Muhammad alFatih membina negara.

Insya-Allah.

Sunday, July 26, 2015

Setelah disiat bulu ayam maka

Ini bukan cerita rendang ayam raya tetapi fokus pada musang berbulu ayam. Apabila disiat-siat bulu ayam maka barulah kita sedar dalam kalangan ayam yang kita bagi makan selama ini, rupa-rupanya ada seekor dua musang.

Setelah melalui perjalanan yang panjang siapakah di dalam PAS yang benar-benar faham dan istiqomah dalam perjuangannya. 'NYA' di situ merujuk pada parti PAS, bukan individu dalam PAS.

Akhirnya sesuatu yang cuba ditutup rapat selama ini terdedah juga. Hilangnya TG Nik Aziz maka terserlah wajah-wajah sebenar segelintir musuh dalam selimut yang selama ini sering berkelakuan aneh, tidak sejajar dengan ajaran Islam.

Inilah ouak yang sentiasa mengintai peluang, mengeksploitasi dan memanipulasi segala isu bagi menghalang perpaduan Islam.

Berikut adalah kumpulan yang disenarai sebagai penaja parti serpihan PAS di Melaka. Demang mohon maaf jika senarai ini tidak tepat namun mohon disiasat segera.

GBH Melaka -70% Pro Syi'ah. .

JAWATANKUASA GERAKAN HARAPAN BARU MELAKA

Pengerusi : Hj Adly Zahari
Timbalan : Jauhar Md Dawi
Setiausaha : Hj Yuhaizad Abdullah
Penolong SU : Shamsuddin Mohd Bakhid
Bendahari : Harun Mohamad
Penolong Bendahari : Hamidie Zakaria
Ketua Gerakan Muda : Zulkhairi Abd Aziz
Ketua Gerakan Wanita : Pn Mahani Osman Basir
Pengarah Komunikasi : Abd Yassin Ibrahim
Pembantu : Zulkifli Haron

Penyelaras Kawasan :
Alor Gajah - Ust Ashraf Mukhlis
Masjid Tanah - Abd Yassin Ibrahim
Tangga Batu - Ust Musa Mohd
Kota Melaka - Harun Mohamad
Jasin - Azrin Ab Majid
Bkt Katil - Hj Bakrin Sidek

Ahli Jawatankuasa :
Cikgu Safri Syafie
Kapt (B) Mohamad Jaafar
Razak Hassan
Abd Kadir Sohod
Amir Samad
Adel Jantan
Noor Ismail Ayob
Hj Daros Ibrahim
Ust Musa Mohamad
Hj Samat Ahmad
Yuzi Azhar Yusof

Dalam sejarah, mana-mana parti serpihan tidak akan bertahan lama. Ia hanyalah manifestasi pihak yang kecewa kerana gagal memahami intipati perjuangan sebenar.

Justeru secara khususnya ia bukan masalah UMNO tetapi masalah PAS. Namun bagi orang Islam di Malaysia, ia adalah masalah kita bersama.

Saturday, July 25, 2015

Orang najib

Bagi yang kenal Demang secara peribadi tahu Demang orang muzik. Walaupun tidak pandai sangat bermain alat muzik namun ada asas muzik dan hingga sekarang sesekali berkumpul dengan kawan-kawan jemming.

Jika memandu sendirian Demang suka pasang muzik kuat-kuat terutama rentak rock.

Baru-baru ini di rumah bonda Demang ada kenduri kahwin. Macam biasa adik Demang jemput pemilik set audio bagi memeriahkan majlis.

Awal-awal lagi Demang jumpa DJ tersebut dan ingatkan beliau supaya jangan pasang volum terlalu kuat. Sebaiknya muzik sebagai latar belakang majlis sahaja. Kalau ikut Demang, mainkan muzik instrumental sahaja dengan lembut.

Bagi Demang kalau pasang kuat-kuat akan mengganggu majlis. Tetamu nak berbual pun terpaksa menjerit. Padahal masa itulah nak bertanya khabar saudara mara dan rakan taulan yang jarang ditemui.

Peminat muzik sebenar tahu bagaimana menghargai muzik dan bagaimana menikmati keharmoniannya. Yang suka pasang kuat-kuat hingga mengganggu orang ramai itu bukan peminat seni muzik. Sekadar manipulasi muzik untuk tujuan tertentu.

Demang buka intro pasal muzik bising dan muzik harmoni sebab Demang nak cerita pasal sesetengah orang yang konon hendak menyokong Najib tetapi hanya tahu buat bising. Mereka sangka dengan menjerit-jerit dalam media sosial memaki hamun pihak yang mengkritik Najib membuktikan mereka penyokong kuat Najib. Padahal mereka lah sokong membawa rebah. Orang makin meluat.

Sebenarnya mereka sendiri pun tak sanggup membaca tulisan sendiri. Itu sebab kebanyakan mereka menggunakan profil palsu. Takut anak bini kenal.

Demang nak ingatkan Najib. Tolong kesan orang begini dan bagi nasihat sikit. Biarlah dia berpaling tadah dan menyokong pihak lawan pun tak apa sebab itu lebih menguntungkan Najib.

Orang begitu hanya mampu mengumpul dan menambah musuh. Jika mereka mengaku orang Najib maka Najib lah yang akan terpalit lumpur bahkan taiknya.

Thursday, July 23, 2015

Selamat harijadi

Hari ini hari jadi PM kita.
Sekurang-kurangnya beliau masih PM kita sehingga saat ini.
Apa kata kita ketepikan sebentar politik dan kita doakan beliau agar menjadi pemimpin yg diredhoi Allah dan ditetapkan di jalan yg lurus. Barangkali dgn doa kita, Malaysia tidak perlu bertukar pemimpin sebaliknya dikekalkan pemimpin sedia ada tetapi dgn pendekatan yg lebih islamik.
Moga diperkenan.
Aamiin.

Tuesday, July 21, 2015

Klinik cekik darah

Malam kelmarin Demang singgah di sebuah klinik swasta di Sungai Besar Selangor. Klinik 24 jam. Entah siapa pemiliknya tetapi terpampang nama punjabi pada papan tandanya. Dia punyalah agaknya.

Ini bukan pengalaman pertama Demang. Cuma Demang pun malas lah nak kecoh-kecoh semua perkara. Apatah lagi bagi Demang tugas kedoktoran adalah tugas mulia.

Anak Demang demam sikit dan biasanya doktor akan beri ubat demam serta antibiotik. Biasanya di Melaka klinik swasta akan caj antara RM30 hingga RM40 atau jika selepas 12.00 malam mungkin RM50 atau RM60.

Klinik benggali semalam? RM125. Untuk mengabui mata pelanggan maka doktor itu memberi berderet-deret ubat yang tidak begitu perlu untuk pesakit demam.

Ada wanita sebelum itu dikenakan caj hampir RM200. Mungkin sakitnya lebih serius.

Akhirnya Demang pulangkan semula ubat itu dan beri RM10 kepada petugas klinik sebagai upah doktor memeriksa anak Demang tadi.

Pagi tadi Demang bawa anak ke klinik kerajaan. Doktor di situ memeriksa dengan rapi, bertanya sejarah perubatan, jika ada kes denggi di sekitar tempat tinggal. Beliau mengambil sampel darah untuk diuji.

Doktor kerajaan memang terbaik setakat yang Demang pernah jumpa.

Alhamdulillah, hanya demam biasa. Demang diminta membayar RM1 (RINGGIT MALAYSIA SATU SAHAJA).

Klinik semalam kena RM125 dan doktor sekadar bertanya sakit apa dan sudah berapa lama?

Sebenarnya pembantu klinik atau tukang cuci premis swasta itupun boleh ambil alih tugas doktor tersebut bila-bila masa. Demang pun boleh rasanya. Bagi lah kursus 1-2 minggu.

Sebenarnya bukan Demang tidak mampu bayar RM125 itu tetapi jika Demang bayar dan berlalu begitu sahaja maka semakin naik lemak lah doktor itu dan doktor-doktor swasta yang sewaktu dengannya. Makin berleluasa lah mereka mencekik darah penduduk sekitar yang rata-rata hanya bekerja di kampung tradisional dengan pendapatan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika malamnya terpaksa ke klinik dan kena RM100-200, kesian rakyat marhaen. Dengan jumlah tersebut, berapa hari perbelanjaan keluarga terpaksa diurung?

Demang rasa pihak berkuasa perlu tengok-tengok klinik swasta terutama di pekan kecil macam Sungai Besar itu. Bukan semua doktor baik hati budinya. Ada yang sekadar mencari untung dan tidak peduli masalah orang lain.

Di bandar pun serupa sebab orang bandar pun bukannya kaya. Ramai buruh tinggal di bandar besar. Cuma di bandar, klinik lebih banyak dan ada pilihan. Banyangkan seluas Sungai Besar dan Sabak Bernam itu hanya ada sebuah klinik 24 jam. Bermaharajalela lah gamaknya mengaut untung atas kesusahan orang lain.

Husin Lempoyang si saudagar unta pun lebih berperikemanusian.

Friday, July 17, 2015

Melayu itu bangsaku Islam itu agamaku

"Aku bukan Melayu. Aku orang Islam.  Melayu pemalas, perogol, pendengki, penyangak, penagih dadah, ..."

Bangganya mereka apabila malu mengaku Melayu sehingga dicanang dalam media sosial untuk dketahui kawan dan lawan.

Hang Tuah dikatakan pernah mengungkap: tak Melayu hilang di dunia.

Tun Mahathir ketika telah bergelar TUN berkata: kalau melayu sudah sampai merempat, mengemis, dan menjadi sampah; lebih baiklah Melayu hilang dari dunia.

Sejak bila Islam memansuhkan pengenalan bangsa dan menjadikan manusia kehilangan nasab keturunan?

Ketika ditanya para sahabat maksud assobiyah, Rasulullah saw menjawab assobiyah ialah apabila kamu mengambil hak bangsa lain untuk diberikan pada bangsa kamu.

Demang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Hak bangsa mana yang bangsa Demang telah rampas?

Bangsa Demang pernah menguasai ekonomi dunia berpusat di Melaka. Penguasa Melayu mampu menghentikan perniagaan di Venice hanya dengan menutup sebentar Selat Melaka, jika mereka mahu.

Bangsaku bangsa terbilang mentadbir empayar Melaka terhebat di dunia sehingga dijadikan sekutu empayar China. Bangsaku menggalas tanggungjawab dakwah Islamiyah selepas kerajaan Uthmaniah runtuh.

Betul, sultan Melaka terbuang tetapi pemimpin Melayu menjadikan Portugis terkurung dalam penjara Afamosa sehingga ada kalanya dibiar kelaparan (tapi oreintalis barat tidak malu menamakannya sebagai penjajahan). Padahal misi 3K: Keagamaan, Kekuasaan & Kekayaan tinggal menjadi mimpi ngeri sehingga panglimanya dihukum bunuh atas kegagalan yang memalukan.

Malangnya lain pula yang dicatat dalam buku teks sekolah dan dihafal oleh anak-anak Melayu, dan dinamakan sejarah!

Belanda diperdaya untuk menyerang Melaka yang ada Portugis di dalamnya. Belanda menang tetapi sampai kesudah kempunan untuk meraih hasil bumi Tanah Melayu.

Justeru kebijaksanaan bangsaku dicemburui kafir laknat hingga kini.

Namun bangsaku terus gigih berusaha membina putrajaya di atas runtuhan kota Melaka. Bangsa Melayu didefinisi sebagai orang yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat Melayu. Ia dicatat dengan jelas dalam perlembagaan negara; tindakan yang tidak mampu dilakukan hatta oleh orang arab sendiri.

Bangsaku tidak tamakkan harta dunia. Justeru Tanah Melayu ini sedia dikongsi dengan siapa sahaja. Biarpun pernah ditipu dan diperdaya Inggeris yang berpura-pura datang berniaga, orang Melayu memberi peluang pula pada pendatang Cina dan India berkongsi tanahair.

Bukan sekadar tinggal bersama berkongsi harta, malah kuasa pun dipelawa sama.

Usahkan saudara serumpun daripada Indonesia bebas mencari rezeki di sini, bahkan saudara daripada Arab, Pakistan, Bangladesh, Rohingya turut diterima. Malah warga Afrika, Vietnam, Kemboja pun tidak dihalang berkongsi rezeki yang Allah anugerahkan di bumi makmur ini.

Rezeki daripada Allah, kita raikan bersama. Budimannya bangsaku.

Malangnya sikap luhur ini disalah erti. Sikap tolak ansur dan mudah simpati bangsa Melayu diambil kesempatan oleh pihak yang tidak memahami dan tidak tahu diuntung.

Tolak ansur, sabar, sopan, merendah diri, dan redho dianggap lemah, penakut, dan pemalas.

Padahal tolak ansur, sabar, sopan, merendah diri, dan redho itulah kekuatan Melayu yang dengannya kaum-kaum lain dapat terus menikmati keamanan dan kemakmuran di bumi ini.

Jika bukan Melayu lah yang menjadi pemilik asal negara ini, entah bagaimanalah nasib kaum-kaum lain hari ini.

Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan bathin.

Demang Lebar Daun, Waadat.
1 Syawal 1436 Hijrah.
17 Julai 2015
Melaka.

Tuesday, July 14, 2015

Peguam dakwa IGP berbohong kes lawyat

Walaupun tinggal di luar KL namun Demang tahu juga tentang Lowyat melalui adik-adik dan rakan-rakan. Apabila pertama kali Demang hendak ke sana maka Demang diingatkan agar berhati-hati dengan barang tiruan. Satu lagi, kena tinjau-tinjau harga terlebih dahulu dan jangan kedekut menawar. Ertinya tawarlah harga betul-betul.

Dengan ciri-ciri sedemikian sedarlah Demang bahawa jika hendak membeli sesuatu di Lowyat maka bersedialah dengan taktik dan muslihat peniaga di situ!

Apabila Demang tiba dan masuk ke ruang niaga, suasana memang agak asing. Barangkali itu perasaan Demang sahaja. Maklumlah, orang kampung.

Kena tipu? Demang pun tidak pasti samada Demang kena tipu atau tidak namun Demang pernah habis beribu ringgit kerana membaiki sebuah hp jenama HTC yang pecah skrinnya. Akhirnya hp itu tidak dapat digunakan juga. Yang Demang geram, kosnya tetap Demang tanggung dengan alasan Demang sudah berjanji untuk membeli alat ganti (skrin kaca) dan apabila dipasang ia tidak boleh dipulangkan.

Tak apa lah. Itu masalah peribadi. Demang pun tidak berhajat untuk membuat laporan pada polis atau KPDNK sebab kemunginan besar Demang juga yang akan dipersalahkan.

Berkenaan kes remaja Melayu yang sedang hangat sekarang, Demang harap dia diberi keadilan sepenuhnya. Raya dah dekat. Jangan kerana untuk menjaga hati satu kaum maka individu yang belum tentu bersalah dikorbankan.

Oh ya, Demang heran juga kenapa rakaman cctv kedai tersebut tidak disebarkan? Bukankah itu dapat membuktikan pekedai berkenaan tidak bersalah?

PS: Demang pandang serius dakwaan sahabat Demang iaitu peguam Buzze Azam bahawa IGP berbohong dalam sidang media semalam.



pegang kepala pegang telur

Kejadian di Lowyat adalah kes kecil. Hanya isu ikan bilis. Namun jika tidak diurus dengan baik ia bakal menjemput jerung-jerung masuk campur.

Sebenarnya menguruskan jerung lebih mudah berbanding mengawal ikan bilis. Ikan jerung tidak banyak dan kehadirannya di suatu tempat mudah dilihat. Jika betul cara menjamunya, mudah sahaja dijinakkan. Apabila jerung sudah dapat ditawan, anak-anak bilis mengikut sahaja.

Ini yang dikatakan, pegang kepala. Orang yang biasa menangkap ikan keli akan mencekup kepalanya dan si keli yang memiliki sengat berbisa tidak mampu lagi berbuat apa-apa. Begitu juga penangkap ular. Panjang manapun ular itu jika kepalanya telah dikepit, pasrah sahaja lah pada keputusan sang penakluk.

Apabila Tun Mahathir kekalkan Samy Vellu hampir 30 tahun, ramai yang bising-bising. Malah Mr Samy dipertandingkan di kubu kuat UMNO yang kata orang diletakkan tunggul kayu pun akan bergelar YB.

Ramai yang tidak tahu hubungan rapat Samy Vellu dengan ketua-ketua genster India. Ketika berlaku pergaduhan besar Gengster di Penang, Tun hanya arahkan Samy Vellu dan apabila beliau menemui kepala-kepala tersebut, masalah pun selesai.

Itu sebabnya apabila Samy Vellu tiada, keadaan sudah sukar dikawal. Inilah kesannya apabila orang ramai sangka mereka lebih cerdik daripada pemimpin.

Itu formula memegang kepala. Bagaimana pula rahsia memegang telur?

Maaflah, Demang bawa satu lagi kesah Tun sebab kesah orang lain Demang tidak tahu.

Ketika kedudukan Tun sedang gawat kerana dicabar Tengku Razaleigh Hamzah, beliau pun memanggil para perwakilan Kedah ke pejabatnya di KL. Maka datanglah para perwakilan UMNO yang memegang undi itu dengan bas rombongan.

Semasa dalam perjalanan, berpakatlah para delegasi untuk membuat beberapa permintaan yang besar-besar kerana mereka tahu Tun sedang genting ketika itu dan pasti akan memenuhi apa sahaja syarat yang mereka kenakan. Maka dilantiklah seorang jurucakap bagi menyuarakan tuntutan ketika berkumpul bersama Tun nanti.

Di luar jangkaan mereka, rupa-rupanya Tun tidak menemui mereka beramai-ramai sebaliknya menjemput seorang demi seorang masuk ke bilik Perdana Menteri yang hebat dan mengagumkan.

Akhirnya tiba lah giliran si pencerita asal peristiwa ini:

"Masa aku masuk, Dr Mahathir sedang tunduk menulis sesuatu. Suasana sunyi. Aku berjalan atas karpet tebal macam tak jejak ke lantai. Sampai di depan meja, Tun mengangkat muka sedikit, mempersila aku duduk dan menyambung kerjanya menulis."

"Lebih kurang 10 minit barulah Dr M nampak selesai kerjanya dan memandang aku. Dr M senyum dan bertanya: Macamana YB? Dengaq kata menikah satu lagi?"

"Mendengar soalan itu macam halilintar membelah kepala aku. Macamana orang tua ni boleh tahu rahsia aku? Padahal isteri tua aku pun belum tahu!"

Demikianlah kesahnya. Hasrat untuk meminta macam-macam lenyap terus bahkan si perwakilan pula yang terpaksa berlutut pada Tun agar rahsia masing-masing kekal selamat.

Kenapa? Kerana telur mereka sudah Tun pegang!

Para penyokong Najib jangan terasa hati Demang tulis tentang Tun. Demang dah bagitau, Demang tidak tahu cerita lain sebab Demang membesar di zaman Tun.

Apa ruginya mengambil teladan dan pengajaran daripada pengalaman Tun? Tidak banyak, barangkali sedikit dapat digunakan. Kena kreatif lah.

Cuma zaman Najib sudah tidak sama dengan zaman Tun. Zaman Tun ada ISA. Justeru Tun boleh pegang kepala genster dengan cara lembut dan cara keras. Selagi boleh, Tun akan layan permintaan mereka dan dalam masa yang sama mereka boleh ditangkap bila-bila masa menggunakan ISA.

Pesan Demang, peganglah kepala dan telur orang penting di sekeliling kita. Jangan sekali-kali biarkan orang pegang kepala dan telur kita. Jika demikian, dah tak boleh buat apa-apa.

Monday, July 13, 2015

Tak sangka kerabu pucuk paku

Lihat foto yang dikepilkan. Apa komen anda?

Jika anda makan sate, ambil gambar dan hantar ke media sosial untuk dilihat rakan-rakan, secara automatik mereka akan tahu bahawa anda sememangnya sedang makan sate. Memang benar pun.

Dalam komunikasi media sosial, ia berlaku secara terlalu mudah. Apa yang dipapar, itulah yang sebenar.

Zaman IT memberi satu impak istimewa iaitu kita mampu  memberitahu orang di luar kawasan dengan mudah. Ia bukan sahaja melalui suara seperti dahulu kala malah boleh disertakan teks, gambar, audio, dan video.

Memuatnaik sesuatu untuk dikongsi orang ramai adalah proses yang amat mudah. Jika sukar, maka tak ramailah yang akan buat.

Oleh kerana ia proses yang mudah maka kita sangka bahawa semua yang disebarkan dalam media sosial juga begitu. Ambil gambar dan klik send, selesai.

Kita tidak sedar ada pihak yang menggunakan media sosial secara profesional. Mereka tidak seperti kita yang ambil gambar dan terus hantar begitu sahaja, sekadar suka-suka.

Lihat semula foto nasi ulam pucuk paku itu. Adakah ia dibuat secara mudah? Mencari pucuk daun, skru dan paku untuk diletakkan dalam pinggan dan ditabur sedikit serbuk sebelum diambil gambar. Ia bukanlah seperti kita yang menghadap sepinggan mi di warung dan mengambil gambarnya untuk dihantar kepada kawan-kawan.

Seperkara lagi yang kita tidak sedar, ramai yang cari makan melalui media sosial samada berniaga sendiri mahupun bekerja dengan pihak tertentu.

Apabila ada pihak yang sanggup mengeluarkan belanja maka sudah tentu ada pulangan atau hasil yang hendak dikaut kemudian. Kata mudahnya, ada udang di sebalik batu dan jika tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.

Apa lagi yang kita tidak sangka?

Dulu kita sangka jika seseorang mengaku muslim maka bersaudara lah sesama muslim. Kita tidak sedar bahawa ada fahaman yang membenarkan pengikutnya berbohong. Kononnya bohong sunat.  Bahkan ada yang menghalalkan pembunuhan terhadap orang Islam lain yang berbeza fahaman.

Itu sesama Islam. Bagaimana pula dengan pihak yang terang-terang tidak menganut Islam dan bagaimana pula yang diketahui memusuhi Islam?

Demang singkap pendirian dua kumpulan iaitu orang Islam terhadap orang Islam yang berbeza fahaman dan orang bukan Islam yang memusuhi Islam kerana kedua-dua kumpulan tersebut bila-bila masa sahaja boleh bekerjasama untuk menghancurkan Islam.

Maka jangan hairan jika anda menerima mesej yang merugikan Islam tetapi dihantar oleh orang Islam. Ambil lah masa sedikit untuk memastikan kebenarannya. Lebih baik tidak mendapat pahala menyebarkan sesuatu yang kita rasa baik daripada mendapat dosa kerana menyebarkan fitnah.

Samada kita sengaja atau tidak sengaja, penyebaran mesej fitnah tetap akan merosakkan.



Friday, July 10, 2015

Najib jadi penilai

Selepas mengutip mata tambahan ekoran info palsu berkenaan 1mdb dan kecelaruan akaun bank, Najib barangkali sudah boleh menarik nafas lega sedikit. Namun masih ada penyokong celupar beliau yang kurang hemat dan kurang cermat sehingga menimbulkan rasa meluat rakyat.

Bagi Demang tindakan penyokong (baca pembodek) sedemikian meski tiada dalam agenda namun menjadi sumber yang baik untuk Najib rekodkan.

Jika segala-galanya berjalan lancar maka dalam pusingan ke-3 Najib sepatutnya sudah dapat menyaring, mengelompok, dan mengasingkan orang di sekeliling beliau mengikut kategori dan gred masing-masing.

Kelompok pertama adalah pasukan yang bertindak proaktif secara positif mempertahan beliau samada kerana yakin Najib benar mahupun sekadar percaya bahawa Najib tidak bersalah. Ini gred A.

Demang lihat ramai juga dalam kelompok ini yang selama ini adalah pengagum Tun Mahathir. Barangkali itu sebabnya mereka mempertahankan Najib tetapi dalam masa yang sama enggan menghentam atau memburuk-burukkan negarawan tersebut.

Kumpulan kedua pula bertindak menyerang pihak lawan semata-mata dan melihat semua yang muncul adalah ancaman yang bakal membahayakan boss mereka. Status mereka sama seperti kelompok tadi iaitu ada yang benar-benar tahu yang Najib tidak bersalah atau sekadar yakin bahawa Najib takkan buat begitu. Ini gred B.

Kumpulan ketiga adalah individu-individu yang menunggu sehinggalah mereka yakin Najib akan menang barulah mereka menyalak pada pihak lawan. Dalam pada itu mata mereka masih liar meninjau-ninjau lorong selamat untuk melarikan diri jika berlaku sesuatu yang tak diduga.

Jika gred di atas disamakan dengan gred telur maka kelompok terakhir ini bukan lah gred C tetapi dinamakan telur tembelang. Hukumannya samada tanam dalam tanah, buang ke dalam hutan, ataupun tenggelamkan di laut.

Antara tindakan yang dilakukan kumpulan ini termasuklah memburuk-burukkan proton hanya kerana ia adalah idea Tun. Mereka lupa betapa proton lah yang membuka peluang pekerjaan pada ramai anak melayu. Proton juga memberi peluang pada golongan melayu pertengahan memiliki kereta baru dan melayu rendah mampu membeli kereta second hand.

Memang teruk jika hanya mengambil kira untung semasa dalam perkara proton. Itulah yang mendorong menantu Paklah mengambil jalan mudah menjualnya apabila sahaja ada peluang. Awas dengan hero hindustan itu. Berdasarkan rekod lalu, beliau belum begitu suci untuk diletakkan kepercayaan seratus peratus.

Sebagaimana yang Demang tulis sejak awal dulu, sayembara ini bukan untuk mencari yang menang dan yang kalah. Ia adalah proses menyaring dan membersihkan segala kekotoran yang melekat pada permata sehingga yang tinggal nanti hanyalah permata yang gemilang, bukannya permata yang hilang.

Rakyat sedang memerhati semua yang berlaku dan mereka menilai. Sehingga saat ini rakyat masih melihat Tun adalah wira mereka yang sedang bercakap bagi pihak mereka. Bagi mereka, Tun adalah ganti Anwar Ibrahim bahkan Tun jauh lebih baik lagi.

Petua mudah Demang ialah jangan sekali-kali mengejek idola rakyat. Kita masih boleh menang tanpa menjatuhkan lawan, malah itulah yang rakyat mahu lihat.

Jika setakat ini kalian berusaha menjadikan Najib pemenang maka Demang sarankan selepas ini fikirkan cara untuk menjadikan Najib seorang wira.

Itupun jika kalian benar-benar mahu menyokong Najib.

Wednesday, July 8, 2015

Awasi AMT yang sabotaj Najib

Hebat sungguh saranan seorang MT UMNO supaya polis menangkap Tun Mahathir hanya kerana meminta penjelasan tentang beberapa persoalan yang memang pun telah berlegar dalam kalangan rakyat.

Bagi Demang sepatutnya pertanyaan Tun dilayan seperti menerima teguran seorang bapa. Selain veteran, beliau pernah menjadi Perdana Menteri paling hebat pernah kita ada dan antara pemimpin bertaraf dunia. Bahkan Tun adalah yang terbaik memandangkan negara yang dipimpin beliau bukanlah negara yang telah maju.

Fikir MT yang kalah dalam pertandingan UMNO di kawasan sendiri itu, sebagai orang Pahang, siapa lagi yang lebih layak berdampingan dengan PM selepas kematian JJ yang sebelum ini rapat dengan Najib?

Maka dalam kekerohan di hulu ini menjadi peluang besar pada beliau melonjakkan diri ke mercu kejayaan. Bekas timbalan menteri pengajian tinggi yang penuh kontraversi ketika menjawat jawatan itu, tiba-tiba nampak ada jalan pintas di situ.

Apa implikasi jika Tun ditahan? Adakah dunia (baca Amerika dan kuncunya) akan menadah tangan bersyukur serta bertalu-talu mengucap tahniah pada Najib? Atau tidak ada apa-apa langsung yang akan berlaku?

Tidakkah nanti Najib akan dimasukkan ke senarai diktator kerana memenjarakan seorang lagi musuh politik selepas melakukannya pada Anwar Ibrahim?

Jangan cari pasal bro!

Sepatutnya orang Temerloh tersebut dan lain-lain individu yang mengaku 'sahabat' Najib bertungkus lumus memikirkan cara membersihkan nama PM dengan cara yang betul. Bukannya mengambil lesempatan tatkala nampak keadaan mula menyebelahi Najib.

Bagi Demang, orang seperti itu hanyalah sokong yang membawa rebah. Mereka termasuk golongan yang muflis idea. Mereka tidak layak untuk bersama PM menerajui negara.

Monday, July 6, 2015

Wajib baca tips jimat belanja

Antara viral yang berjaya mengumpan sumpah seranah orang ramai minggu lepas ialah klip video saranan seorang motivator untuk berjimat. Cadangan beliau ialah jangan balik kampung beraya bersama ibu bapa.

Orang kata, makhluk yang paling bodoh ialah keldai maka bernasib baiklah motivator tersebut kerana selamanya lah keldai tetap lebih bodoh daripada beliau.

Demang tak nak komen tentang itu sebaliknya nak beri cadangan lain.

Demang cadangkan, bagi menjimatkan perbelanjaan sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan serta mengatasi masalah gejala sosial yang semakin meruncing maka waktu kerja 8 jam di pejabat dipendekkan kepada 5 atau 6 jam sahaja dan semua jabatan dibuka lima hari dalam seminggu. Kalau 4 hari lebih baik.

Ertinya, masuk kerja jam 8.00 pagi dan sempat pulang ke rumah sebelum asar.

Sabar, jangan belasah Demang dulu. Kita bincang.

Apabila waktu bekerja dipendekkan maka rakyat Malaysia lebih banyak masa di rumah. Mereka boleh memasak, mengemas rumah, menumpahkan kasih sayang pada anak-anak, dan lebih masa bermesraan selayaknya suami isteri.

Kos memasak akan jimat separuh berbanding beli atau makan di luar.

Demang sedar para isteri sekarang memang suka memasak. Lihat sahaja 'posting' mereka di facebook. Resipi-resipi sering mendapat 'like' yang tinggi.

Malangnya selama ini para isteri tidak berkesempatan untuk memasak. Apabila tiba di rumah, letih lesu lantaran seharian terperosok atas kerusi pejabat.

Berbeza dengan saranan sang motivator dalam TV1 itu, cadangan Demang ini akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Di samping itu apabila balik awal, waktu jagaan anak-anak di pusat jagaan pun dapat dikurangkan dan sudah tentu menjimatkan. Anak-anak akan lebih lama bersama ibu bapa. Demang fikir semua orang tahu apa kebaikannya jika situasi begini dilaksanakan.

Demang bukan seorang motivator mahupun pakar kekeluargaan namun Demang yakin banyak masalah dapat diselesaikan jika institusi kekeluargaan diberi perhatian.

Agak sukar untuk kita kembali pada masa lalu iaitu wanita menguruskan rumah tangga manakala lelaki bekerja di luar rumah. Namun ia tidak mustahil boleh diubah sedikit. Sebenarnya kerajaan mampu lakukan dengan kesungguhan serta kreativiti. Gunakan kempen dan sedikit paksaan melalui peraturan.

Nak jadi kerajaan zaman IT ini bukan sahaja kena cerdik, malah perlu bijaksana.

Hari ini sudah ramai wanita yang berniaga hanya daripada rumah sendiri. Jika seorang individu boleh mendapatkan wang tanpa keluar daripada rumah, kenapa syarikat-syarikat tidak mampu memikirkan kaedah yang membolehkan sebahagian tugasan dilakukan dari rumah?

Demang percaya, produktiviti tidak hanya boleh ditingkatkan jika waktu berada di pejabat itu panjang. Banyak tugasan sebenarnya boleh dilakukan tanpa perlu hadir ke pejabat. Yang penting, tetapkan tugasan seperti KPI, sasaran kerja, dan sebagainya untuk dibereskan. Malah interaksi dan komunikasi secara langsung boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian.

Jika di pejabatpun, bukan sepanjang masa boss perlu memandang kakitangannya, melainkan boss gatal. Kaum lelaki tentu tidak mahu isteri mereka terdedah pada aktiviti yang boleh membawa pada godaan begitu.

Kalaupun tidak semua pihak mampu melaksanakan cadangan ini, sebahagaian pun sudah memadai. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesesakan di jalan raya kerana ada yang pulang lebih awal.

Itu juga dapat menyumbang pada penjimatan.

Atau mungkin kita boleh laksanakan untuk kaum wanita sahaja buat permulaan manakala lelaki bertugas seperti biasa.  Ini dapat memperkasa lelaki dan akhirnya lelaki kembali menjadi ketua sebagaimana yang disarankan oleh Islam.

Barangkali kita perlukan sebuah parti untuk memperjuangkan cadangan ini atau... minta bantuan Tun Mahathir sekali lagi.

Najib pasti menggelabah.