Yang tua datang bertongkat
Yang buta datang berpimpin
Yang pekak membakar meriam
Yang kurap menghalau ayam
Kalau baca karya lama seperti hikayat Malim Deman akan jumpa rangkap² puitis begitu.
Penglipurlara nak gambarkan orang yang hadir dalam satu² majlis keramaian. Dalam keramaian ada jamuan makan yang dipanggil kenduri.
Dalam kenduri, masakan disediakan secara gotong royong. Bahan masakan pun dibawa sorang sikit.
Ada yang bawa beras, sayur dan buahan. Ada yang bawa kambing, lembu, dan kerbau.
Ternakan disembelih, dilapah, dan dimasak di tempat kenduri bersama².
Adat kenduri boleh ditinggal. Ia hanya kaedah. Tapi nilai baik berkenduri kita terapkan dalam perkara lain. Yang negatif seperti mengumpat singkirkan terus.
Gotong royong ialah kerjasama. Memasak hanya alat. Nak guna kaedah apa untuk eratkan kerjasama, terpulqnglah.
Memang dalam setiap pekara ada buruk baiknya. Yang baik kita teruskan dan jadikan amalan baik. Dicatat malaikat pahala sebagai tiket ke syurga. Insya-Allah.
Manakala yang tak baik kita perbetulkan dan jangan ulangi lagi. Kalau perlu, taubat nasuha.
Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Semua ini perlu digabungkan bagi menuju satu tujuan.
Dalam satu komuniti bahkan dalam satu keluarga memang Allah taala letakkan satu dua orang ahli yang perlu dibantu. Jangan terlepas pandang.
Memang masing² ada impian peribadi. Namun dalam mengejar cita² atau goal, jangan bentes kaki orang. Jangan rampas hak orang.
Ketika mendengar azan kita ulang lafaz bilal. Tapi apabila sampai ayat haiya alassolah, kita jawab la haula wala... Sebab apa? Untuk solat pun kita tiada upaya apa² melainkan dengan izin Allah.
Jagan pandang rendah pada orang lain. Semuanya ciptaan Allah dan menjalani hidup dengan takdir Allah. Bersyukurlah jika takdir kita lebih baik daripada orang lain.
Otak kita cerdas dan kita pandai bersukan. Kalau Allah nak takdirkan sebaliknya, mampukah kita membantah?
Yang tua datang bertongkat
Yang buta datang berpimpin
Yang pekak membakar meriam
Yang kurap menghalau ayam
Allah jadikan manusia dalam berbagai keadaan. Apabila nampak orang buta, bersyukurlah kita tidak buta.
Andai kata kita pula buta, redho lah dengan keputusan Allah itu. Orang celik banyak buat dosa berkaitan mata.
Sambutan hari guru di sekolah adalah satu proses pendidikan. Dalam bergembira, ada adab yang perlu dijaga.
Demikian ucapan saya pagi tadi dalam sambutan hari guru peringkat sekolah.
Guru rai diri sendiri
Dalam harinya kita yang tak betul
Dia tak la kata aqidah kita salah
Roti canai rm8 sekeping