Tuesday, June 30, 2009

Manik Urai

Pilihanraya kecil (PRK) datang lagi. Kali ini di pantai timur pula. Di negeri Cik Siti Wan Kembang.Manek Urai. Barangkali di sinilah tempat kalungan manik yang dipakai Cik Siti Wan Kembang terurai.

Apakah di sini nanti akan menyaksikan ikhwanul muslimin kian terlerai dan terburai?

Setakat ini medan pertempuran akan menyaksikan dua parti Islam bersabung, bukannya bergabung. Kedua-dua ayam sabung sudah dikenal pasti. Cuma rakyat masih keliru pihak mana yang memegang ayam raja dan pihak mana yang memegang ayam Pak Kaduk.

Sebagaimana biasa, masing-masing akan berpencak bagi mengalahkan pihak lawan. Biarpun keputusannya nanti akan dikira berdasarkan calon mana yang menang, namun sudah dijangkakan mereka akan melupakan prinsip tersebut dan hanya memberi tumpuan untuk menjadikan lawannya rebah dan kalah.

Maka strategi untuk mencapai kemenangan diketepikan sebaliknya tumpuan diberi pada strategi bagi mengalahkan pihak lawan. Dengan kata lain, untuk menang mereka akan menghalang orang lain daripada menang.

Salah satu strategi yang akan digunakan ialah memburukkan pihak lawan. Malah semua perkara akan dipersalahkan melainkan diri sendiri.

Mahu tidak mahu, Blogger Pembela Negara (BPN) ikut terpanggil dalam sayembara ini.

Sebagai pembela negara, BPN cuma membawa satu tujuan: mempertahankan negara kita dari musnah. Maksud saya, dimusnahkan.

Di situlah bermulanya perjuangan kami.
(Artikel ini juga boleh dibaca di blog khas BPN Manik Urai)

Monday, June 29, 2009

keadilan untuk rakyat

Mahu tidak mahu kali ini Demang terpaksa menulis agak panjang. Memangpun Demang selalu menulis panjang walaupun Demang tahu para pengunjung menghadapi kekangan masa. Demang mohon, baik bumiputra mahupun bukan bumiputra, bacalah sampai habis dan tolonglah faham realiti di negara kita. Bertolak ansurlah dan berlapang dada.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan biasiswa pelajaran akan diberikan berdasarkan merit sahaja. Justeru tidak ada lagi kuota untuk kaum bumiputra.

Cadangan tersebut nampak bagus, yakni tidak ada pilih kasih. Setiap yang berhak akan mendapat haknya.

Namun, benarkah ia adil dan merupakan hak kepada yang berhak?

Jika dilihat pada hak individu, memang betullah. Namun bagaimana dengan faktor-faktor lain yang berlegar di keliling kita? Bolehkah kita abaikan begitu sahaja?

Mari kita berfikir secara kritis.

Seorang pelajar bukan bumiputra mendapat biasiswa pelajaran sehingga tamat pembelajaran di universiti. Beliau akan masuk ke dunia pekerjaan dan berhadapan dengan tiga pilihan.

Pertama, beliau boleh bekerja dengan pihak kerajaan. Oleh kerana tidak ramai kaum bukan bumiputra berminat untuk menjadi penjawat awam maka peluang beliau agak cerah untuk diberikan tempat.

Kedua, beliau boleh bekerja dalam syarikat swasta. Kebanyakan syarikat swasta dan gedung perniagaan dimonopoli oleh pengusaha yang sebangsa dengannya. Maka peluang beliau dalam sektor ini juga terbuka luas. Jika ada dua orang calon pekerja iaitu bumiputra dan bukan bumiputra, yang manakah akan dipilih oleh syarikat swasta tersebut?

Ketiga, beliau boleh bekerja sendiri iaitu menjadi usahawan. Lihatlah sekeliling anda sekarang. Kaum manakah yang menguasai perniagaan dan perusahaan? Semua itu adalah ‘jaringan niaga’ yang akan menentukan jaya-gagalnya sesebuah perniagaan, terutama bagi pengusaha baru. Siswazah bukan bumiputra tersebut akan mendapat keistimewaan dari segi tapak, bekalan, kemudahan kredit, produk, harga pembekal, dan sebagainya.

Bagaimana pula jika siswazah tersebut dari kaum bumiputra?

Pertama, sebagaimana majoriti siswazah bumiputra lain, beliau akan turut beratur bagi mengisi kekosongan penjawat awam yang berhenti, bersara, atau meninggal dunia. Berapa tempat yang ada? Jika sebuah universiti mengeluarkan 2000 orang setahun, darablah dengan jumlah IPTA dan IPTS serta puluhan kolej yang kita ada. Belum lagi dikira universiti luar negara.

Kedua, beliau bolehlah mencuba memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoritinya kepunyaan bukan bumiputra. Namun, pengusaha syarikat tersebut sudah tentu mempunyai anak-anak, anak buah, sanak saudara, kaum kerabat, jiran tetangga, dan sebagainya yang jikapun tidak melebihi, sekurang-kurangnya sama kelayakan akademik dengan siswazah bumiputra tadi. Siapakah yang akan dipilih? Mahukah mereka bersikap 'kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan?

Ketiga, siswazah bumiputra tersebut boleh memulakan perniagaan sendiri. Namun beliau akan mendapati syarikatnya dikelilingi syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kaum lain yang mempunyai jaringan perniagaan cukup kukuh. Beliau boleh memilih untuk berada di kawasan perniagaan sesama bumiputra yang terpencil dan tidak disinggahi orang ramai, atau menempatkan kedai di celah-celah rangkaian syarikat bukan Melayu yang begitu hebat lagi terkenal.

Beliau juga akan mendapati para pembekal barang-barang yang akan dijualnya diambil daripada gergasi perniagaan yang dimiliki oleh bukan bumiputra. Masalah bahasa dan bangsa sering mempengaruhi urusan perniagaan. Walaupun syarikat-syarikat besar tersebut berasaskan keuntungan dan tidak bersifat perkauman, namun mereka perlu menjaga hubungan baik yang telah lama terjalin antara mereka.

Sekarang, bagaimana pandangan anda? Adakah wajar biasiswa nasional diberi kepada semua pelajar mengikut merit dan bukan mengikut kuota kaum mengikut keperluan?

Demang percaya, ramai yang akan mempersoalkan pula tindakan kerajaan BN bertindak demikian.

Jawapannya mudah sahaja dan ada pada kita semua (orang Melayu). Apabila kita berpecah belah, kita adalah lemah. Apabila kita lemah, pihak lain yang selama ini begitu mengidam segala keistimewaan tersebut segera mengambil kesempatan.

Inilah padahnya apabila tidak mahu bersatu.

Kepada pembaca bukan bumiputra, Demang tahu memang ada pelajar bukan bumiputra yang hidup susah. Kalian masih ada banyak pilihan terutama meminta bantuan daripada persatuan, ahli korporat, dan orang kaya yang memang ramai dari kalangan kaum kalian. Jika tidak boleh, barulah minta pada kerajaan. Sudah tentu kerajaan akan membantu sebab kalian juga ada kuasa mengundi.

Marilah kita bersatu padu dan jangan sekali-kali mengambil kesempatan.
__________________
(foto: peninsular malaysia Rudi Roels flickr.com)

Sunday, June 28, 2009

Umno serupa komunis


Kata Nik Aziz, beliau menggelar UMNO seperti komunis sama seperti kita guna peribahasa melayu 'seperti rusa masuk kampung' terhadap seseorang. Yakni, bukanlah kita kata orang itu rusa, berekor dan bertanduk. Cuma ada sifat tertentu yang serupa.

Maka selepas ini bolehlah anak-anak kita kata pada kawannya, "engkau ni pendek macam babi." Nik Aziz ajar.

Demang dapati Nik Aziz sudah pergi terlalu jauh dan Demang bimbang beliau sudah salah simpang. Namun siapa yang mampu memperbetulkan beliau? Setakat ini Nik Aziz dianggap penghulu segala ulama. Presiden PAS pun berada satu level di bawahnya. Lantas, beliau akan dianggap betul atas apa sahaja tindakannya, hatta menolak perpaduan demi survival politik.

Suatu masa dahulu Nik Aziz pernah mendakwa kita dibenarkan meminta pertolongan daripada syaitan. Maka gembiralah kaki-kaki ekor yang meminta nombor ekor dari busut-busut dan perdu pokok besar.

Dosa berjudi boleh diampun, dosa syirik?

Eloklah kita lapangkan dada, buangkan sebentar rasa taksub pada mana-mana pemimpin dan bacalah temubual khas dengan mufti Perak iaitu Harussani Zakaria dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Semoga di saat-saat keruntuhan sebuah lagi kerajaan Islam ini, akan ada sedikit kesedaran pada kita semua.

Semoga kita sempat menambah sedikit lagi pahala, dan menghentikan satu-dua dosa.

(Awas: adakah Nik Aziz sindir Anwar yang mengizinkan Chinpeng dibawa masuk ke Malaysia?)
_______________

foto: three little pigs Indigo Goat by flickr.com/

Thanks from Waadat.

Saturday, June 27, 2009

Hikayat Sang Pendendam


Kisah Sang Pendendam ini sudah diceritakan oleh nenek moyang Demang sejak ratusan tahun dahulu lagi. Sudah kerap benar Demang mendengarnya. Sudah hafal benar oleh Demang akan jalan ceritanya. Namun kisah tersebut terus diulang-ulang ke telinga Demang biarpun sudah puas Demang meminta agar kisah itu dihentikan sahaja. Demang tidak mahu mendengarnya lagi. Demang sudah bosan.

Namun hari ini kisah itu berulang lagi. Maksud Demang, diulang lagi. Sebagaimana juga sebelum ini, ulangan kali ini juga ’terdapat sedikit tambahan’, kata si empunya ceritera.

Demang hanya tersenyum sinis. Tambahan? Tidak; Sebenarnya ia hanya satu ulang tayang. Seperti juga semalam. Seperti juga kelmarin. Seperti juga kelmarin dulu.

Selama-lamanya pun begitu.

Hari ini, Sang Pendendam mengajak lawannya berkelahi pula. Bertengkar. Berdebat, katanya. Jika tidak mahu, maka bolehlah dituduhnya sebagai pengecut pula.

Begitulah lazimnya Sang Pendendam.
(foto: red devil m4r00n3d flickr.com) TQ.

Sistem Peperiksaan Malaysia

Musim durian tiba lagi. Di mana-mana ada durian. Di pasar malam, di tepi jalan, di pasaraya, dan di kaki lima kedai. Baunya merebak ke mana-mana dan boleh dihidu hingga ke tandas awam.

Untuk menjual durian, pelbagai cara digunakan. Ada yang ditimbang beratnya. RM1, RM2, RM4, dan ada yang sampai RM6 sekilogram.

Ada juga yang dilonggokkan. Contohnya,RM10 selonggok atau RM15 bagi dua longgok.

Malah ada juga yang dinilai sebiji-sebiji. Ada yang RM2 sebiji, RM5 sebiji, dan Demang pernah jumpa durian yang dijual RM20 sebiji.

Demikianlah kerenah jual beli durian. Pelbagai kaedah digunakan. Yang besar tidak semestinya mahal dan yang kecil tidak semestinya murah. Banyak tidak semestinya menggambarkan durian itu murah. Maksud Demang, kalau kita membayar RM10 untuk seguni durian dan apabila tiba di rumah hanya sebiji yang boleh dimakan, adakah ia masih dianggap murah?

Ketika memandu, kita sering nampak tanda harga yang ditulis besar-besar, RM2: 1 kg. Apabila kita singgah, barulah diketahui bahawa yang itu ialah harga bagi durian 'reject'.

Bagaimana dengan manusia? Bagaimana kita menilai anak kita? Bagaimana pula kita menilai calon wakil rakyat kita? Para pengundi di Manek Urai perlu bijak menilai. Jangan main borong sahaja, hanya kerana calon itu mewakili parti yang menguasai kerajaan negeri.

Macam tanda harga durian yang kita nampak tertulis RM2 tetapi sebenarnya ia hanya merujuk pada durian 'reject'.

Baru-baru ini kementerian Pelajaran berura-ura untuk menghadkan bilangan subjek yang boleh diambil oleh calon SPM. Jangan bimbang. Ia masih di peringkat cadangan. Berikan pendapat dan cadangan anda.

Bukankah slogan PM, Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan?

Peperiksaan hanya satu alat pengukuran. Sama seperti kita membeli durian. Maka jangan terlalu taksub dengan sistem peperiksaan. Ada banyak lagi kaedah untuk menilai manusia.

Rakyat Malaysia sudah terlalu biasa dengan sistem peperiksaan yang ada sekarang. Bagi Demang, peperiksaan sekarang lebih tertumpu pada keputusan akhir.

Adakah tempoh dua atau tiga jam mampu menentukan masa hidup seorang manusia?

Lebih malang lagi ia hanya menilai dalam perkara akademik sahaja.

Dalam mengejar kecemerlangan peperiksaan, banyak perkara yang tercicir dan terlepas pandang. Pelajar yang tidak cenderung pada akademik akan tercicir manakala perkara-perkara seperti sahsiah, sosial, emosi, jasmani, dan rohani, terlepas pandang.

Demang katakan tadi 'pelajar yang tidak cenderung pada akademik' kerana ramai yang menganggap kelompok tersebut mempunyai minda yang lemah atau bodoh. Padahal mereka mempunyai kebolehan dan keistimewaan lain yang tidak kurang pentingnya.

Minggu lepas isteri Demang menghadiri satu kursus penting. Nampaknya kaedah baru penilaian sedang dimulakan bagi mengubah sistem penilaian yang ada sekarang.

Beberapa buah sekolah di seluruh negara telah dipilih sebagai perintis.

Tidak lama lagi anak-anak kita tiak hanya dinilai melalui peperiksaan seperti SPM yang ada sekarang. Sebaliknya akan dinilai melalui pemerhatian sepanjang tahun dan sepanjang persekolahan.

Semoga anak-anak kita nanti akan dinilai dengan lebih adil, bukannya samarata.

Thursday, June 25, 2009

Wakil Amerika



Budaya membangkang akhirnya terbawa-bawa dalam semua perkara. Silap sikit, komplen. Belum silap pun dah komplen. Apatah lagi rasa macam silap, terus saja komplen. Media untuk mengutuk pun dah berbagai-bagai. Kalau dulu setakat mengumpat dan mengutuk orang di kedai kopi atau di beranda rumah atau di bawah pangkin bawah pokok nangka; sekarang, macam-macam media tersedia.

Ruang untuk buat dosa semakin canggih.

Semalam, terdapat puula suara-suara yang mempersoalkan benarkah tarikh semalam ialah 1 Rejab? Hmm… itu pun nak dipertikaikan.

Samada 1 Rejab atau bukan, semalam Ustaz Fuad menyampaikan syarahan berkenaan Isra' Mikraj. Demang sedar, kebanyakan orang Islam sudah kerap diperdengarkan kisah Isra' Mikraj tersebut. Apatah lagi para pengunjung waadat dan para blogger yang rata-rata golongan menengah Melayu yang berilmu.

Namun, ada satu kisah yang belum pernah Demang dengar telah diceritakan oleh Ustaz Fuad malam tadi. Rupa-rupanya, rumah yang didiami oleh Rasulullah SAW bersama Ummul Mukminin Siti Khadijah semasa Baginda dijemput untuk Isra' & Mikraj kini telah diruntuhkan oleh kerajaan Arab Saudi (Bani Saud). Itu belum cukup memeranjatkan. Demang lebih terperanjat lagi apabila diberitahu bahawa tapak rumah tersebut telah dijadikan TANDAS AWAM.

Maka fahamlah Demang kenapa Amerika Syarikat begitu baik dengan kerajaan tersebut dan kenapa kerajaan tersebut selalu menjadi batu penghalang terhadap usaha ummat Islam. Kisah itu juga menjadi panduan pada Demang untuk memahami kenapa Arab Saudi membenarkan US membina pengkalan bagi menyerang Iraq, dan kisah itu juga mengingatkan Demang betapa Arab Saudi menolak cadangan Tun Dr Mahathir untuk menggunakan Dinar Emas suatu masa dulu..

Patutlah Allahyarham datuk Demang pernah secara sengaja mempermainkan polis Arab Saudi yang melarang beliau mengambil gambar-gambar tempat bersejarah.

Kononnya, penghapusan tempat-tempat bersejarah tersebut adalah bagi mengelakkan ummat Islam 'tersesat'. Itulah sebabnya arwah datuk Demang dimarahi kerana mengambil gambar tempat-tempat tersebut sekitar 1970-an dulu.

Persoalannya, jika itu alasannya, kenapa tanaman anggur tidak diharamkan? Bukankah anggur boleh dibuat arak?

Berbalik pada negara kita, nampaknya ada seorang pemimpin pembangkang yang begitu rapat dengan US walaupun beliau sudah tidak ada jawatan rasmi dalam kerajaan. Malah, menjelang perbicaraannya yang ditangguhkan itupun beliau akan ke negara itu lagi.

Menurut sumber yang Demang percayai, salah satu sebab pemimpin itu begitu takut untuk ke mahkamah ialah kerana Saiful Bahari yang terlibat dalam kes ini banyak menyimpan maklumat pertemuan sulit beliau di luar negara.

Kita tunggu.

(foto anwar rubin wol...tz from tembam.wordpress.com)

Tuesday, June 23, 2009

Sifat Munafik PAS?


Seorang ustaz yang menjadi kawan baik Demang tak terkata apa-apa apabila Demang tanyakan perihal kerajaan perpaduan ketika kami bersarapan pagi tadi. Maklumlah, baru kelmarin dia berbual dengan penuh semangat mengenai kebaikan kerajaan perpaduan itu. Beriya-iya ustaz itu membacakan beberapa ayat Quran tentang perlunya perpaduan.

Nampaknya PAS melepaskan satu peluang keemasan bagi merangkul kemenangan berganda dalam PRU13 nanti. Keengganan PAS merealisasikan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presidennya ternyata mengaibkan pemimpin PAS sendiri. Para penyokong PAS juga tumpang malu.

Rakyat melihat bahawa Hj Hadi seorang yang mungkir janji. Malah sikap bacul Hj Hadi jelas dilihat apabila beliau melemparkan kesalahan pada UMNO.

Bukankah idea itu datang dari beliau sendiri? Biarpun diminta berkali-kali agar menjelaskan bentuk kerajaan uniti tersebut, namun Hj Hadi bersikap mendiamkan diri.

Haji Hadi langsung tidak mahu menjelaskan bentuk sebenar konsep yang beliau cadangkan. Beliau terus meninggalkan tanda tanya samada kerajaan tersebut melibatkan PAS & UMNO sahaja atau melibatkan semua parti.

DS Najib sendiri berkali-kali menyuarakan kesediaannya untuk berbincang apa sahaja bentuk yang Hj Hadi inginkan, namun Hj Hadi bertindak melarikan diri. Ustaz Nasharudin juga menghaibkan diri. Nak lari dari siapa? Rakyat sentiasa mengikuti dan menilai.

Kini hanya satu alasan yang rakyat tahu: PAS terpaksa membatalkan cadangan kerajaan perpaduan kerana diasak dan didesak oleh saudara-saudaranya dari PKR dan DAP.

Benarkah ini semua rancangan Hj Hadi sebagaimana telahan ramai pemerhati politik seperti Nobisha?
Jika demikian, maka benarlah bahawa Haji Hadi juga tidak ada bezanya dengan ahli politik lain termasuk Karpal Sigh.

Cuma bezanya, Hj Hadi kurang cekap bermain politik dan starategi tersebut hanya memburukkan imejnya di mata rakyat.

(Foto: breaking wine glass Harper Point ... flickr.com)

Monday, June 22, 2009

Dua Berita Penting


Ada dua berita penting semalam dan hari ini yang sepatutnya membuka mata ummat Islam di Malaysia.

Pertama, kenyataan pemimpin MCA semalam bahawa jika UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS maka MCA akan bergabung dengan DAP.

Kedua, parti-parti pembangkang sepakat menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS.

Sesiapapun akan sedar bahawa tanpa berita yang pertama itu, tidak akan ada berita kedua. Jika dilihat sekali imbas pun seseorang akan tahu bahawa berita pertama adalah ugutan manakala berita kedua adalah tindak balasnya. Yakni tindak balas pihak yang lemah!

Sebenarnya UMNO sudah lama memahaminya. Itulah sebabnya UMNO membentuk Barisan Nasional bersama parti-parti bukan Islam. Namun PAS sebelum ini tidak sedar lantas menuduh UMNO macam-macam, termasuklah kenyataan Haji Hadi yang terkenal dengan nama ’Amanat Haji Hadi’. Demang tidak pasti sama ada Hj Hadi masih ingat amanat tersebut.

UMNO membentuk BN ketika sedang kuat. Maka UMNO mempunyai cukup kekuatan untuk menentukan sesuatu dasar, asalkan tidak menjejaskan kepentingan kaum lain. Contohnya, walaupun Melayu/bumiputra mewakili 66.6% (statistik terkini) daripada penduduk Malaysia, namun UMNO sekadar memperjuangkan cuma 30% ekuiti dalam negara.

Apakah yang nak diharapkan dengan pakatan PAS dan parti-parti perkauman lain itu? PAS cuma mempunyai 23 kerusi parlimen. Jelas, PAS mempunyai kuasa TERCOROT dalam komplot pembangkang tersebut.

Tak perlulah Demang mengulas panjang. Hanya ada satu pilihan sahaja untuk orang Melayu hari ini. Oleh kerana UMNO dilihat sudah hilang bisa manakala PAS pula sedang PERASAN berkuasa, maka orang Melayu tidak perlu lagi hiraukan kedua-dua parti itu.

PKR? Jangan jadi bodoh sekali lagi. PKR bukan parti Melayu dan bukan juga didominasi oleh orang Melayu. Pemimpin berbangsa melayu cuma 2-3 kerat dalam PKR dan akan ’terpeleot’ habis apabila Anwar dipenjara kelak.

Orang Melayu wajib mengundi berdasarkan calon dan tidak lagi memilih parti. Jika berlaku pertembungan calon seperti di Manek Urai, barulah lihat parti. Pilihlah parti yang dominan, iaitu jika PAS menguasai kerajaan, maka pilihlah PAS. Jika ketika itu UMNO yang menguasai kerajaan, maka pilihlah UMNO. Jika dalam PRU, lihat parti mana yang meletakkan paling ramai calon bagi Parlimen. Hal ini penting kerana dalam prinsip demokrasi, parti yang bertanding sedikit tak mungkin dibenarkan menubuhkan kerajaan.

Cuma masalah yang akan menghalang strategi ini ialah pemikiran penyokong PKR dalam kalangan orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu dalam PKR sudah begitu terpesona dengan ahli politik bukan Islam sehingga berpendapat negara ini lebih sesuai diperintah oleh orang bukan Islam. Jika disanggah, mereka akan menggunakan Singapura sebagai contoh.

Anwar? Jangan jadi bodoh sekali lagi. Para pemimpin DAP memang yakin yang Anwar takkan lama menguasai PKR. Ada banyak faktor yang akan melenyapkan Anwar dari politik Malaysia,jikapun dia terselamat dalam kes Saiful nanti.


(foto: septianka.web.ugm.ac.id) TQ.

Signal Hj Hadi



Mujur.
Sedang Demang mengekori sebuah kereta pagi tadi tak semena-mena kereta itu membelok ke kiri.

Mujurlah Demang sempat menekan brek dan mujur jugalah tiada kereta dari arah depan. Yang lebih mujur lagi ialah tiada kereta di belakang Demang. Jika tidak, mahu kena sondol belakang Demang. Maksud Demang, belakang kereta lah.

Kepada pemandu kereta tersebut Demang nasihatkan lain kali jika nak membelok, berilah isyarat terlebih dahulu. Orang di belakang bukanlah wali yang kasyaf dan boleh tembus ke hati sanubari anda. Beritahu mereka apa yang anda hendak lakukan supaya mereka bersedia.

Maklumlah, kendatipun anda seorang presiden, pemimpin lain perlu tahu tujuan anda. Tambah-tambah jika beliau orang tua. Mentelahan pula beliau bukan calang-calang orang: Dato' Seri, Tuan Guru, dan yang lebih penting Mursyidul Am.

Demangpun tak faham sangat maksud Mursyidul Am tu. Tapi yang penting, jawatan tu mestilah hebat dan bermakna. Masa Demang isi borang PAS dulu, lupa nak tanya maksud mursyidul am tu.

Demang bawa cerita ini kerana Demang dengar salah satu punca Nik Aziz tak puashati ialah kerana rundingan kerajaan perpaduan ini dibuat tanpa pengetahuan beliau yakni ketika Paklah menjadi PM dulu.

Jika anda tidak pernah memegang jawatan setinggi mursyidul am, janganlah nak sindir Nik Aziz. Anda tidak tahu perasaan pemimpin yang diketepikan dan tidak diajak berunding.

Lain kali Hj Hadi kenalah berhati-hati. Walupun niatnya baik, cara atau kaedah kenalah baik juga.

(foto: ihatemycubicle.com) Thanks.

Sunday, June 21, 2009

Jom ikut Iran

BH 21/06: TV Iran melaporkan 13 terbunuh dalam pertempuran polis dengan "kumpulan pengganas", dua stesen minyak dan satu pos tentera diserang perusuh.

Pakteh kata:
Elok la tu. Malaysia pun dah tak lama lagi nak jadi camtu. Cina tolak MCA sebab dikatakan terlalu toleransi dengan UMNO. Melayu tolak UMNO sebab dikatakan terlalu bagi muka kat bukan melayu. Orang India tolak MIC sebab dikatakan tak pandai meminta pada BN.

Lepas tu, Kerajaan Malaysia pun ikut cakap 'rakyat' (baca ’orang politik’ dan bloggers) atas alasan ’Rakyat didahulukan’. Maka Najib pun bagi semua yang cina mintak. Bagi semua yang India mintak. Penuhi semua yang PKR desak. Ikut semua kemahuan PAS walaupun depa tak layak.

Negara nak jadi apa?

Negara nak jadi apa, kita peduli apa? Masing-masing pertahan agama masing-masing. Nanti boleh jadi macam Selatan Thai.

Sapa nak pertahan negara? Masing-masing sibuk jaga kepentingan kaum masing-masing. Mana ada kaum atau bangsa Malaysia? Jadi, sapa nak utamakan negara?

PAS tuduh UMNO perkauman. DAP, MCA. MIC, PKR pun tuduh UMNO parti perkauman. Di belakang, puak-puak MCA, MIC desak kerajaan macam-macam. Kalau BN tak bagi, depa undi pembangkang.

Pasai apa kita tak kata depa parti perkauman? Ooo pasai DAP ada wakil Melayu? PAsai DAP konon perjuang Malaysian-malaysia? Heh... mana ada penyamun yang mengaku dia tu penyamun? Tenguk la tindakan depa selama ni..! Cuba perati sikit apa yang MCA mintak dan apa yang DAP desak!

PAS sibuk nak tubuh negara Islam tapi bertanding tak pernah cukup kerusi. Nik Aziz bentang enakmen hudud di Kelantan. Haji Hadi pun bentang jugak tapi tak sama dengan enakmen bikinan Nik Aziz. Nanti UMNO pun bentang juga enakmen hudud. Mana satu kita nak ikut?


Orang bukan Islam pakat gelak perleceh kita. Islam tak standard! Dah lah bodoh, taknak pulak bersatu.

Piirah mabuk.... Cakap berdegar-degar.

PAS terus jadi bodoh. Ikut apa kata PR. Kononnya Allah dah halalkan semua cara asalkan UMNO musnah.

Eloklah UMNO musnah. Lepas ni kita pinda perlembagaan. Buang Perkara 153 tu. Buang juga tarif 'Melayu itu beragama Islam’.

Lantik Nik Aziz atau Haji Hadi yang cuma ada 23 kerusi tu jadi PM! Biar depa jadi boneka macam Nizar.

Orang PAS lagi bodoh. Realiti politik di Perak pun tak tahu, tapi sibuk nak ikut berpolitik.

...

Artikel Pakteh ini juga disiarkan dalam blog politikbanjir.blogspot...


(foto: news.yahoo.com)

Anwar cuba lari



Apabila sudah terdesak, sesorang itu sudah tidak peduli lagi kesan tindakannya. Paling-paling tidak pun dia akan kata, “yang itu kita selesaikan kemudian.” Akhirnya, 'dah terantuk baru nak tengadah'.

Demikianlah juga Anwar yang semakin terdesak ekoran tarikh perbicaraan yang semakin hampir.

Baru-baru ini Demang menulis tentang taktik Anwar menggunakan isu Chinpeng bagi ’melarikan’ rakyat kepada isu lain.

Namun, bagi yang kurang jelas dengan isu komunis ini, di sini Demang salin sebuah artikel seorang sahabat yang pernah disiarkan dalam blog beliau.

Oleh Emang Psychotic Killer, AIDCclub

Kenapa Anwar mendesak kerajaan supaya Chin Peng (Komunisme) balik ke Malaysia? Kenapa Anwar menggunakan alasan "kemanusiaan" sebagai argumentasi relevennya Chin Peng berada di Malaysia. Kenapa Anwar memperjuangkan "ketuanan rakyat"? Sedarkah kita bahawa "ketuanan rakyat" yang beliau laung-laungkan merupakan perjuangan rakyat tanpa kelas "sosialisme" yang juga merupakan cabang yang penting dalam falsafah Komunisme seperti mana yang diperkatakan di dalam Das Capital oleh Karl Marx.

Di sini penulis cuba untuk melihat sejarah sebagai pedoman yang berharga untuk kita di Malaysia. Di bawah ini merupakan sejarah yang telah berlaku yang mempunyai perkaitan dengan Illuminaty dan komunisme.

Pada tahun 1829, Illuminaty telah membuat mesyuarat di bandar New York. Dalam mesyuarat itu, seorang anggota Illuminaty berbangsa Inggeris bernama Wrigt telah memberi cadangan supaya Illuminaty bergabung dengan pertubuhan-pertubuh an Subversif yang lain untuk membentuk satu pertubuhan bersifat international yang diberikan nama "Komunisme". Super Power ini akan mereka gunakan untuk membangkitkan peperangan dan revolusi di masa akan datang.

Cadangan tersebut telah diterima dan mereka mengambil keputusan melantik Clinton Roosevelt, Horace Greely dan Chas Dona untuk mengumpul dana kewangan bagi melaksanakan misi tersebut. Hasil daripada dana tersebut telah digunakan untuk membiayai Karl Marx dan Engel dalam usaha menyiapkan dua buah buku yang bernama "Das Capital" dan "The Communist Manefesto" di Solo, England, Britain.

Diharapkan fahaman komunisme ini dapat menghancurkan sebuah negara. Oleh yang demikian, fahaman ini merupakan anti-thesis kepada kapitalisme. Fahaman Kapitalisme juga sengaja dicipta sebagai thesis kepada block barat. Hal ini kerana agar dua fahaman ini menjadi elemen adu-domba masyarakat dunia. Sememangnya dua fahaman ini iaitu Komunisme dan Kapitalisme sengaja dicipta oleh Yahudi untuk menjajah dunia. Sejak dari dahulu lagi, Yahudi memang suka mengadu domba masyarakat sehingga kaum ini telah mengalami genocide dan menjadi pelarian sehinggalah tahun 1945.

Sejarah kaitan Illuminaty dengan Komunisme :

1. Pada tahun 1972, Parti komunis negeri China yang dipimpin oleh Mao Tze Tung telah melakukan pemberontakan dan berjaya merampas kuasa daripada Chiang Kai Shek yang memimpin Parti Komunis China. Pemberontakan ini telah dirancang dan didalangi oleh agen-agen Illuminaty daripada Russia. Beliau telah menjadikan Negeri China itu berpemerintahan komunis dengan menukarkan namanya menjadi Republik Rakyat China.

2.Pada tahun 1949, agen-agen Illuminaty daripada Amerika Syarikat, Rusia, Perancis dan Great Britain berjaya memecahkan Jerman kepada 2 bahagaian, Jerman Barat dan Jerman Timur. Satu Pro-Komunis dan satu Anti-Komunis.

3.Agen-agen daripada Amerika Syarikat dan Rusia telah membantu Fidel Castro untuk merampas kuasa daripada Presiden Cuba, Batista. Beliau bersama Che Guevara telah melakukan peperangan gerila bersama-sama agen Illuminaty untuk membentuk negara Komunis.

4.Pada tahun 1954, agen-agen Illuminaty daripada Amerika telah membantu Jamal Abd.Nasir untuk menjadi Presiden Mesir. Beliau telah merampas kuasa daripada Raja Farouk dan membubarkan Institusi raja di Mesir. Presiden-presiden Mesir seperti Anwar Sadat dan Husni Mubarak dibantu oleh agen-agen Illuminaty untuk menjadi Presiden Mesir. Seperti yang diketahui pelembagaan Mesir mempunyai sedikit elemen "sosialisme" .


Melihat kepada sejarah, Penulis mengambil satu konklusi bahawa cadangan untuk membawa Chin Peng balik ke Malaysia adalah satu jalan strategi untuk menggulingkan kerajaan Islam yang sedia ada. Apabila Chin Peng balik ke Malaysia, idea dan pemikiran beliau ada diserapkan ke dalam parti-parti pembangkang. Tujuannya adalah untuk menggulingkan kerajaan Islam. Alasan "tua" dan "kemanusiaan" yang diargumentasikan oleh Anwar langsung tidak boleh diterima pakai disebabkan orang tua juga mempunyai idea kejahatan yang akan mempengaruhi arus pemikiran sesebuah pakatan itu. Maka, dengan melihat kesan buruk dan akibat daripada fahaman komunisme dan sosialisme ini, meminta Chin Peng balik adalah satu cadangan untuk mengeruhkan keadaan landskap politik di Malaysia. Kedatangan Chin Peng akan lebih mengharu-birukan keadaan semasa disebabkan aliran pemikiran yang dianutinya dapat mengubah Malaysia menjadi negara Republik yang akan menghancurkan kepimpinan Islam.

Sejarah sebenarnya mengajar kita agar tidak jatuh ke dalam lubang yang sama. Semoga kita melihat sejarah dan dapat mengaitkannya dengan fenomena apa yang berlaku di Malaysia. Sesungguhnya sejarah itu akan berulang merujuk mafhum Allah di dalam Al-Quran "Tilka ayyaamu nudawiluha bainan nas"- Begitulah hari-hari yang kami akan putar kemballi di antara manusia. Beruntunglah bagi mereka yang menjadikan sejarah sebagai guru untuk menongkah perjalanan dunia. Wassalam


Emang Da Galileo,
Cairo.
http://emang-psychotickiller.blogspot.com/

(foto: save palestine: azliphotograp... flickr.com)
Terima kasih Azli & Emang

Saturday, June 20, 2009

Tunggu sampai santak



Semasa bujang dulu, Demang dan rakan-rakan sekampung selalu menyewa kereta untuk ke Stadium Darul Makmur bagi menyaksikan perlawanan bola sepak. Duit sewa kereta/van serta duit minyaknya kami kongsi bersama.

Biasanya kami akan pastikan minyak yang kami isi itu cukup-cukup sahaja sampai ke rumah pemilik sebenar kenderaan itu. Maklumlah, kereta sewa.

Pernah satu ketika, kami telah tersilap perkiraan. Kira-kira sepuluh KM sebelum tiba di kampung kami, van yang dinaiki tersenggut-senggut dan akhirnya berhenti.

Sah! Van sudah kehabisan minyak. Maka, dinihari yang sunyi dan permai itu kami isi dengan latihan menolak van beramai-ramai.

"Itu la. Aku dah kata minyak nak habis tadi, korang tak percaya." rungut salah seorang dari kami.

Demang teringat peristiwa tersebut kerana situasi politik Melayu sekarang hampir sama dengan kejadian itu. Walaupun tanda-tanda orang Melayu akan 'kehabisan minyak' sudah banyak dan ketara, namun masih ada pemimpin yang enggan percaya.

Agaknya mereka nak tunggu hingga 'van' kita ini berhenti mendadak baru nak bertindak.

...............
foto 1: swimntina flickr.com
foto 2: videoplacebo ... flickr.com
TQ.

Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan punca Kemusnahan PAS?



Sedikit masa dahulu isu muzakarah UMNO-PAS berlagu di seluruh pelusuk negara dan menyelinap ke pelusuk sanubari orang Melayu. Namun ianya tidak semudah yang diimpikan. Kecurigaan terhadap musuh tradisi meranapkan impian rakyat untuk melihat dua parti Melayu kembali bersatu.

Tiba-tiba kempen tersebut berkumandang kembali. Kali ini saranan tersebut terbit dari mulut presiden PAS sendiri iaitu Haji Hadi dan disokong Timbalannya.

Kesungguhan pemimpin tertinggi PAS itu dapat dilihat apabila beliau tidak sekadar bercakap kepada pemberita malah mengumumkannya dalam muktamar PAS baru-baru ini.

Sebagaimana presiden UMNO sebelum ini (Tun Abdullah), presiden UMNO yang baru (DS Najib) juga menerima cadangan tersebut dengan senang hati. Begitu juga timbalannya.

Keterbukaan para pemimpin UMNO tanpa syarat mengundang rasa curiga ramai pemimpin PAS.

Apakah muslihat UMNO? Kenapa pemimpin UMNO nampak gembira dengan idea kerajaan perpaduan?

Anggapan bahawa semua pemimpin UMNO yang mengalu-alukan kerajaan perpaduan sebagai satu tindakan ikhlas tanpa ada sebarang keuntungan politik mungkin satu andaian bodoh. Namun tindakan menolak sama sekali cadangan tersebut dengan meletakkan seratus peratus alasan kecurigaan akan menjadikan seseorang pemimpin itu kelihatan angkuh dan lebih bodoh.

Justeru adalah lebih matang jika kita meneliti apakah kebaikan yang bakal kita perolehi dan apakah malapetaka yang boleh kita hindari jika idea kerajaan perpaduan tersebut kita laksanakan.

Bagi menjawab kekhuatiran dan kecurigaan sesetengah pihak terutama Erdogan Pas, marilah kita selusuri satu persatu perkara tersebut.

Pertama, kenapakah Najib menerima cadangan musuh tradisi UMNO itu?

Satu andaian yang mudah ialah Najib mungkin inginkan rakyat menyokongnya sebagai Perdana Menteri yang dilihat bersungguh-sungguh mengutamakan kepentingan rakyat.

Dengan itu kedudukannya sebagai PM akan semakin kukuh. Penyertaan para pemimpin PAS (dan lain-lain) ke dalam kabinet bukan sahaja memudahkan beliau menerajui negara malah menyelamatkan beliau dari sebarang persaingan. Manakan tidak, sebagai anggota kabinet, semua musuh-musuh dari parti lawan sudah menjadi orang bawahannya.

Kelompok yang akan terjejas dalam idea kerajaan perpaduan ini ialah pemimpin yang 'berlevel' sederhana dan rendah. Dengan kemasukan beramai-ramai ke dalam kerajaan, persaingan akan menjadi bertambah sengit. Maka peluang para pemimpin 'berstatus sederhana' ini semakin tipis dan akan terpelanting keluar bila-bila masa sahaja.

Namun idea perpaduan adalah idea yang amat ditunggu-tunggu oleh majoriti rakyat. Justeru para pemimpin sebegini akan cuba menghalang usaha ini diam-diam sedangkan dalam masa yang sama berpura-pura menyokongnya bagi mengambil hati rakyat.

Jika ketulusan yang menjadi persoalannya, maka Demang rasakan Haji Hadi dan Nasharuddin lah yang lebih ikhlas. Kesediaan beliau untuk bersama-sama Najib membangunkan negara dalam bentuk baru ini memang berisiko tinggi, yakni mampu mendedahkan PAS pada kemusnahan. Inilah yang ditakuti oleh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Silap-silap segala perjuangan PAS selama ini akan 'habis' begitu sahaja.

Namun itu terpulanglah pada pemahaman kita tentang maksud sebenar kejayaan.

Bagi Demang, itulah kejayaan sebenar perjuangan kerana dalam perjuangan bukanlah yang hidup sahaja dianggap pemenang malah yang terkorban itu akan lebih dikenang.

Malah, dalam Islam yang mati syahid itu lebih baik daripada yang pulang dari medan perang meski membawa panji kemenangan. Sebab, selagi masih hidup pastilah terdedah dengan pelbagai peluang bagi melakukan dosa. Bagi yang mati syahid, peluang untuk membuat dosa sudah terhenti. Maka hanya syurgalah yang menanti mereka.

Apakah kebaikan perpaduan?

Rasanya tak perlulah Demang jawab sebab Allah SWT sudah menyebutnya dalam Al-Quran. Contohnya dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10.

”Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Justeru, tak perlulah kita buat andaian macam-macam. Cukuplah dengan kita beriman dengan ayat Al-Quran di atas.

semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas negara kita.

(foto: goafalaladyn.com)

52 tahun sudah terlalu lama


Fajar yang menyinsing pada subuh 1 September 1957 tidak mampu mengejutkan orang Melayu dari lena yang panjang. Mentari terik yang muncul dari celahan atap nipah rumah-rumah usang hanya mampu menyilaukan mata penduduk peribumi.

Sebagaimana silau yang tidak membantu mata manusia melihat dengan jelas, begitulah juga nasib orang Melayu. Dalam keadaan mata yang enggan terbuka, jalan di hadapan begitu kabur dan berbalam.

Lama sebelum kita merdeka lagi kaum cina sudah bertapak di Tanah Melayu. Sebahagian besar daripada mereka bergiat dalam aktiviti perlombongan yang memberikan mereka pendapatan yag tetap. Kedudukan ekonomi mereka memang mantap, malah boleh dianggap lumayan memandangkan permintaan yang begitu tinggi terhadap komoditi logam ketika itu. Lumayan, apatah lagi jika dibandingkan dengan kedaifan orang Melayu yang menghuni ceruk-ceruk desa ketika itu.

Sebagaimana kelompok-kelompok manusia lain, masyarakat pekerja lombong juga terbentuk dalam satu kerangka sosial yang beraras-lapis. Selain bermajikan 'kan syarikat British, mereka juga mempunyai pemimpin-pemimpin dari kalangan kaum sendiri.

Sudah tentulah para pemimpin ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding pekerja biasa. Maka terbentuklah golongan aristokrat cina yang unik dan tersendiri.

Keperluan terhadap pendidikan dan ilmu pengetahuan pula menyebabkan satu kumpulan baru turut dibawa masuk iaitu guru-guru yang diambil dari tanah besar cina. Golongan ini tercatat dalam sejarah sebagai pembawa dan penyebar fahaman komunis dalam kalangan kaum cina di Tanah Melayu.

Seterusnya, ekoran permintaan terhadap keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal maka muncul pula golongan peniaga yang kemudiannya mengaktifkan kegiatan ekonomi dalam kelompok mereka.

Bukan itu sahaja malah dengan kemudahan yang ada golongan ini menjadi orang tengah antara pengeluar dengan peniaga serta bertindak sebagai tempat orang Melayu berhutang.


Lama sebelum Tanah Melayu merdeka juga, kegiatan ekonomi dalam masyarakat cina sudah begitu aktif dan kemajuan tersebut berjangkit ke bidang-bidang lain termasuk perusahaan, teknologi pembuatan, pendidikan, pertanian, dan sebagainya.

Di celah-celah keghairahan ekonomi tersebut orang Melayu menumpang faedah sebagai pembeli dan pengguna pasif. Faedah lain yang diperolehi oleh orang Melayu ialah kemudahan untuk berhutang.

Kedudukan kaum cina semakin kukuh apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan. Pemergian British membawa dua implikasi besar iaitu kuasa pentadbiran diserahkan kepada orang Melayu manakala kuasa ekonomi diwariskan kepada kaum cina.

Kaum Cina terus bergerak pantas ke hadapan menyambar apa sahaja, merenggut semua peluang yang ada. Pengalaman dan modal yang diraih dan dikumpul sepanjang pemerintahan British digunakan bagi menampuk dana dan mengagihkannya sesama mereka.

Orang Melayu hanya mampu merenung sambil melengung.

Rupa-rupanya kuasa politik belum cukup untuk merubah lanskap ekonomi orang Melayu.

Adakah pemimpin melayu ketika itu tidak cukup peduli atau kurang keinginan untuk merubah nasib bangsa sendiri?

Pembukaan FELDA, FELCRA, RISDA, MARA, MARDI, dan sebagainya adalah bukti usaha yang telah dilakukan pemimpin Melayu bagi mengeluarkan orang Melayu dari belengu kedaifan. Namun rantai kemiskinan pada masa itu begitu kukuh membelit bangsa Melayu hingga sukar dirungkai.

Cabaran utama yang kita hadapi tidak setakat untuk merubah bentuk fizikal petempatan orang Melayu malah yang lebih mencabar ialah merubah minda dan menganjak paradigma mereka.

Institusi seperti FELDA, FELCRA, RISDA, MARA dan sebagainya itu boleh disiapkan dalam masa kurang daripada 10 tahun. Namun hasil daripada pembangunan fizikal tersebut hanya mampu dilihat jauh lebih lama dari itu.

Contohnya, generasi pertama peneroka FELDA sekadar menjadi perintis sedangkan yang diharapkan untuk bersaing dengan kaum lain ialah kalangan generasi kedua. Jika sebuah keluarga memasuki FELDA pada tahun 1970, maka selepas 1990 barulah generasi kedua mampu menginjak dewasa (berusia 21 tahun). Itupun setakat habis sekolah menengah.

Di waktu itu keluarga peneroka tersebut belum begitu bebas dari belengu kemiskinan.

Orang Melayu hanya ramai memasuki golongan menengah pada pertengahan 1990-an atau sekitar 1996. Namun belum sempat bersenang lenang, krisis ekonomi iaitu serangan matawang pula melanda pada 1998.

Tidak cukup dengan itu, politik negara tiba-tiba bergegar dengan kes salah laku seks Timbalan Perdana Menteri yang berakhir dengan penyingkiran beliau. Krisis tersebut terus berlarutan hingga kini dan belum menampakkan tanda-tanda akan reda.

Kini krisis ekonomi berulang lagi. Bahkan dijangka lebih hebat dari itu. Jika sebelum ini para pemimpin kaum cina mengesan setiap peluang ekonomi yang bakal tiba maka begitu juga kali ini; mereka pantas menghidu musibah yang bakal menghentam ekonomi negara.

Kecil atau besar, kek ekonomi perlu dibahagi sesama, namun tidak semestinya secara saksama. Apatah lagi samarata.

Selama ini masyarakat cina sudah terbiasa bermewah. Besar periuk besarlah keraknya. Justeru apabila kek ekonomi mengecil, maka ia tidak mampu memenuhi tembolok mereka yang terbiasa mewah.

Akhirnya masyarakat cina berfikir bahawa tempoh 52 tahun menunggu orang Melayu untuk mampu melangkah segagah mereka adalah terlalu lama. Sesuatu perlu dilakukan sebelum segala-galanya musnah. Dalam persaingan hukum belukar, hanya enau yang mampu melepaskan pucuknya yang akan menang. Manakala rumput yang merayap di tanah akan terus layu dan lemah.


Dalam perjuangan untuk hidup memang perlukan pengorbanan dan kini adalah masa untuk menentukan siapa yang patut dikorbankan.

Setidak-tidaknya kelompok yang 'lemah' itu patut ditinggalkan.

Corak agihan yang dirintis dan dipertahankan oleh pemimpin Melayu, kini mereka anggap sudah tidak relevan lagi. Ia hanya akan mengundang bencana kerana agihannya nanti berdasarkan keperluan sesuatu unit bukan berdasarkan kemampuan unit itu untuk memperolehinya.

Dengan kata lain, jika anda kuat dan mampu, maka anda akan mendapat apa yang anda mahu manakala jika anda lemah, bersedialah untuk melihat sahaja orang lain memilikinya.

Bagi kaum cina zaman bertolak ansur sudah berlalu. Dalam survival hari ini mereka perlu bertegas dan mengenepikan emosi. Memang masih ada pemimpin kaum cina yang bersimpati dengan orang Melayu namun apa boleh buat. Kehidupan adalah suatu realiti dan mesti berani menghadapinya.

Itulah realitinya?

Masih belum mahu sedarkah orang Melayu?

Bagaimana mahu sedar jika hanya yang berfikiran positif sahaja yang sudi membaca tulisan ini? Manakala yang berfikiran negatif dan suka membangkang malas membaca artikel panjang begini, apatah lagi yang berkaitan sejarah.

Wednesday, June 17, 2009

Runtuhnya Kerajaan Islam




“Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat minta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatan Timbalan Presiden PAS jika mahu teruskan agenda kerajaan perpaduan.” BH 17/06.

Demikianlah SMS daripada Berita Harian yang Demang terima siang tadi.

Kenapa hanya Ustaz Nasharuddin? Bagaimana dengan Haji Hadi yang membuat usul tersebut? Kenapa tidak disuruh meletakkan jawatan juga? Bagaimana dengan lebih 400 perwakilan yang memilih Nasharuddin di Muktamar PAS baru-baru ini? Bagaimana pula dengan semua perwakilan yang memilih Haji Hadi sebagai Presiden PAS? Bukankah Haji Hadi secara jelas telah mengemukakan cadangan muzakarah PAS-UMNO dan seterusnya gagasan Kerajaan Perpaduan tersebut lama sebelum ini? Tidakkah kemenangan tersebut menggambarkan majoriti ahli PAS bersetuju dengan Haji Hadi yang mempertahankan firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 10.

”Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Ketika DS Najib yang dituduh jahat dan jahil oleh pemimpin PAS menerima dengan terbuka dan tidak bersikap prajudis terhadap cadangan Haji Hadi tersebut, Nik Aziz yang dianggap sangat alim bertindak mengkesampingkan ayat Quran dan rela bersekongkol dengan pihak yang selama ini amat sukar berkrompomi dengan Islam, apatah lagi HUDUD.

Kenapa Nik Aziz begitu curiga sesama Islam tetapi tidak kepada DAP?

Adakah ini tanda-tanda kemusnahan kerajaan Islam di Malysia, yakni bermula dengan perpecahan dalam PAS dan UMNO?

(foto Terminator: canmag.com)

Sunday, June 14, 2009

Muslihat terbaru Anwar



Kenapa Chin Peng ingin dibawa pulang ke Malaysia di hujung-hujung usianya yang sudah menganjak 85 tahun? Adakah kerana Chin Peng rindukan kampung halaman dan negara tercinta ini? Kasihkah ia pada negara Malaysia? Murnikah perjuangan PKM? Atau sudah insafkah Chin Peng?

Bukankah Chin Peng memiliki kerakyatan Britain?

Siapakah yang membawakan hasrat Chin Peng itu? Apa hubungan mereka? Sudah lamakah mereka berhubungan?

Kenapa isu ini timbul semula? Apakah kemelut politik sekarang ada kaitan dengan isu ini? Apa pula liberalisme? Kenapa kesamarataan menggantikan keadilan? Kenapa 'negara Islam' menjadi 'negara berkebajikan'?

Itulah sebahagian persoalan yang bersarang dalam fikiran Demang.

Ada satu jawapan yang pasti. Chin Peng pasti akan mati. Bahkan dia diharapkan akan mati di Malaysia supaya mayatnya boleh dikuburkan di sini. Kuburnya nanti akan dipacakkan binaan memorial. Saban masa memorial itu akan dilawati. Ia akan menjadi sebahagian produk pelancongan.

Lama kelamaan orang akan lupa kekejaman komunis. Yang tinggal hanya fakta akademik tentang idealisme komunis. Idealisme yang telah terbukti gagal apabila dipraktikkan di Rusia, China dan lain-lain.

Realiti kekejaman komunis di Tanah Melayu akan lenyap. Generasi akan datang cuma tahu komunisme adalah salah satu ideologi sepertimana juga kapitalisme atau nasionalisme.

Tiba-tiba Anwar pula menyokong Chin Peng dibawa ke Malaysia. Kenapa? Apa pentingnya komunis pada Anwar? Kenapa Anwar menentang arus kemarahan masyarakat Melayu dalam isu komunis?

Kenapa sekarang? Tidakkah Anwar lebih perlu memberi tumpuan pada perbicaraan kes liwatnya yang semakin hampir?

Sebenarnya soalan Demang yang terakhir tadi adalah jawapannya. Anwar mahu mengeksploitasi isu Chin Peng bagi mengalih perhatian rakyat terhadap perbicaraannya. Sekiranya dia didapati bersalah nanti, dia akan memberitahu rakyat bahawa simpatinya pada komunislah yang menyebabkan mahkamah memutuskan dia bersalah dan ditahan.

Walaupun isu ini bakal merugikan PKR dan PR dari segi politik namun buat masa ini Anwar sedang berdepan dengan soal MARUAH. Anwar seboleh mungkin ingin menjaga hati anak-anaknya terutama Nurul Izah yang sedang membina kerjaya politiknya.

Tidak ada sesiapa yang ingin berbapakan seorang gay!

Berhati-hatilah memainkan isu komunis ini kerana ia boleh menguntungkan Anwar.

(foto: dapmalaysia.org)

Petua

Minggu lepas Demang ke Taman Hutan Negeri Endau-Rompin bersama seorang bekas penghulu. Banyaklah perkara yang kami perbualkan di sepanjang perjalanan itu bagi mengisi kekosongan waktu.

Pada suatu ketika beliau berkata:
"Biar orang tak suka kita asalkan orang tak benci kita"

"Eh, macamana pulak tu Tok?" Tanya Demang.

"Ye lah. Bukan semua orang suka kita. Tapi itu bukan bermakna mereka membenci kita."

Hmm... hari ini Demang dapat pelajaran baru.

"Biar orang tak suka kita asalkan orang tak benci kita"

Friday, June 12, 2009

Luncai 1



Menurut cerita orang tua-tua, Luncai adalah seorang pemuda hodoh (bukan bodoh). Mukanya menggerutu, kepalanya besar, tubuhnya pendek, dan berperut buncit.

Ibu bapa Luncai sudah meninggal dunia dan Luncai juga kurang bergaul dengan orang ramai. Gemulah ibu bapanya juga tidak meninggalkan harta untuknya.

Pada suatu hari Luncai terfikir untuk mengadukan nasibnya kepada raja. Maka dia pun berjalan ke istana.

Setelah mendapat keizinan, maka Luncai pun dibawa mengadap raja. Ketika ia tiba, raja baru selesai bercukur,

Sebaik terpandangkan raja, Luncai menangis teresak-esak sehingga menimbulkan kehairanan raja dan juga pembesar yang ada di situ.

"Kenapa engkau menangis wahai Luncai?" tanya raja.

"Bagaimana hamba tidak menangis sedangkan sebaik terpandang tuanku, hamba segera teringat pada bapa hamba yang telah meninggal dunia. 'Ulu' tuanku sama seperti 'ulu' bapa hamba." ucap Luncai.

Mendengar kata-kata Luncai itu raja merasa terhina dan menjadi murka. Merah padam muka baginda kerana disamakan kepalanya dengan kepala bapa Luncai.

Maka tanpa berfikir panjang raja segera memerintahkan pengawalnya membawa Luncai keluar untuk dibunuh kerana mengaibkan baginda.

Demang tangguhkan cerita Luncai pada bahagian ini bagi mengaitkannya dengan kedudukan raja hari ini.

Apabila parlimen Malaysia membuat keputusan bagi mengurangkan kuasa raja, maka ramai yang menganggap bahawa kerajaan sudah membuang kuasa raja. Padahal itu tidak benar sama sekali.

Pindaan perlembagaan hanya meliputi salah laku raja-raja dalam bentuk jenayah peribadi, bukannya berkaitan kedudukan baginda selaku seorang raja yang berdaulat.

Sekiranya kes Luncai terjadi pada zaman ini, nasib Luncai akan terbela. Raja yang 'membunuhnya' boleh dibawa ke muka pengadilan. Namun bukan lah di mahkamah biasa. Sebuah mahkamah khas akan ditubuhkan dan semua raja-raja Melayu akan terlibat sama. Di situ, raja dan Luncai akan dibicarakan dan masing-masing berhak mempertahankan diri.

Jika kita imbas kembali salah satu isu yang meniti dari mulut ke mulut rakyat ketika itu ialah perihal seorang raja yang memukul hingga mati seorang 'kedi' yang mentertawakan baginda kerana gagal memasukkan bola golf pada jarak yang munasabah.

Itulah salah satu sebab perlembagaan itu dipinda, yakni untuk kebaikan raja dan rakyat.

Pindaan yang dibuat pada Perlembagaan langsung tidak menyentuh kuasa Yang Dipertuan Agong dalam perkara-perkara seperti Perkara 153 iaitu bersabit hak istimewa orang Melayu.

Lantas Demang hairan dengan dua isu yang cuba dibawa oleh pihak pembangkang iaitu:

1) Dakwaan pembangkang bahawa UMNO telah mengurangkan kuasa raja.

2) Isu Manohara yang sengaja diperbesarkan yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat terhadap raja.

Malah Demang lebih hairan lagi kerana kedua-dua isu yang diperjuangkan pembangkang tersebut saling bertentangan.

Apa sebenarnya yang pembangkang mahu?

(...bersambung)

(foto: luncaifc.googlepages.com) TQ.

Thursday, June 11, 2009

Kuliah Tasawuf



Setelah tertangguh selama dua minggu oleh aral yang tak dapat dielakkan akhirnya malam tadi Allah SWT mengizinkan Demang hadir kuliah tasawuf yang dibimbing Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki.

Sebenarnya kuliah yang diadakan di Masjid Pengkalan Rama Melaka tersebut baru bermula. Justeru pada malam itu Sheikh Muhammad Fuad sekadar menerangkan sanad ilmu yang dibawanya itu berkesinambungan daripada Rasulullah SAW.

Beliau juga menjelaskan bahawa Rasululullah SAW mendapat ilmu itu secara lisan daripada Jibril. Kemudian baginda menyampaikan kepada para sahabat termasuk Saiyidina Ali. Seterusnya diperturunkan secara lisan atau berdepan (face to face) dari satu guru kepada satu guru hingga tiba pada Sheikh Muhammad Fuad.

Proses pembelajaran sebegitu amat penting bukan sahaja bagi mendapatkan keberkatan malah juga bagi memastikan sumber ilmu adalah tepat.

Seterusnya beliau menceritakan bagaimana para sahabat di zaman Rasululullah berkorban untuk perjuangan Islam seperti Abu Bakar yang menderma kesemua hartanya sehingga apabila ditanya apakah lagi yang masih tinggal untuk keluarganya, Abu Bakar menjawab bahawa yang masih tinggal hanyalah Allah dan Rasulnya.

Begitu juga pengorbanan Khadijah, ummul mukminin sehingga memudahkan Rasululullah terus berdakwah.

Demang terfikir, apakah jika Abu Bakar dan Khadijah enggan berkorban maka Rasulullah tidak akan mampu menyebarkan Islam?

Sudah tentu tidak. cuma jika mereka berdua tidak mahu berkorban maka mereka berdualah yang rugi lantaran terlepas satu peluang yang diberikan oleh Allah kepada mereka.

Sementara itu Sheikh Muhammad juga mengingatkan para hadirin yang hampir seribu orang itu agar mengukuhkan perpaduan sesama Islam. Ummat Islam juga perlu sedar bahawa hanya kepimpinan Rasulullah sahaja yang sempurna manakala kepimpinan selepas itu (termasuk hari ini) memang banyak kelemahannya. Malah kita perlu menerima betapa ummat Islam semakin lama semakin lemah. Oleh itu kita perlu bersatu dan elakkan sebarang perpecahan.

Sebaiknya kita bersatu dan mempertahankan kuasa yang ada. Sebarang kelemahan hendaklah kita baiki dan seboleh mungkin menutup keaiban dan kelemahan sesama kita.

Marilah kita berdoa agar ummat Islam kembali bersatu. Marilah kita menyokong semua usaha perpaduan.

(gambar di atas sekadar hiasan sahaja)

Jihad?



Pagi tadi Pakteh mengekori sebuah kereta nasional. Iswara lama macam kereta Pakteh jugak. Yang buat Pakteh tertarik ialah pada cermin belakang kereta tersebut terpampang kalimah syahadah "La ilaha illallah Muhammadar rasulullah". Alhamdulillah, Pakteh tumpang bangga.

Tapi, nanti sat... ada apa pulak kat bawah kalimah tu? Pakteh perati betui-betui, rupa-rupanya ada gambar sebilah pedang melintang di situ.

Lantas Pakteh keliru. Untuk apa gambar pedang tersebut? Pakteh rasa, kalau Pakteh yang beragama Islam ni pun boleh keliru, apa lagi lah orang lain yang bukan beragama Islam.

Itukah imej Islam yang nak kita tonjolkan?

Tuesday, June 9, 2009

Bersenyum



Entahkan sengaja entahkan tidak salah seorang peserta menggunakan istilah 'bersenyum' dan bukannya 'tersenyum' apabila menggambarkan perasaannya selepas satu aktiviti yang Demang kendali.

Kata beliau: "Walaupun penat namun kami masih mampu bersenyum".

Biasanya orang akan 'tersenyum' apabila ada sesuatu perkara yang menyentuh emosi seperti bahagia, gembira, atau senang hati.

Namun bila pula kita 'bersenyum'? Bagi Demang, 'tersenyum' masih memanafaatkan imbuhan 'ter' iaitu perlakuan tanpa disengajakan. Manakala 'bersenyum' ialah tindakan secara sengaja.

Justeru, walaupun kita sudah lama tidak tersenyum lantaran tiada sesiapa atau tiada apa yang mampu membuat kita tersenyum maka cubalah untuk 'bersenyum' pula.

Barangkali kita boleh lakukannya kepada pihak yang sebelum ini kita anggap sebagai musuh kita.

Sementara itu Muktamar PAS sudahpun selesai.

Bersenyumlah, walaupun kita tidak dipilih oleh perwakilan. Barangkali itu keputusan terbaik untuk rakyat Malaysia.

Takkanlah untuk bermuzakarah dan berbaik-baik sesama Islampun tidak boleh, ye tak?

Kepada Ustaz Nasharudin, Demang ucapkan TAHNIAH. Demang percaya kemenangan tersebut bukan sahaja kerana beliau lebih baik daripada Husam dan Mat Sabu tetapi juga kerana beliau mewakili ahli PAS (tulen) yang sentiasa menginginkan perdamaian.

Justeru Demang juga ucapkan tahniah kepada semua ahli PAS (tulen) yang telah menang dalam mempertahankan perjuangan sebenar PAS. Kalian sudah boleh tersenyum.

Manakala golongan Erdogan, cubalah untuk bersenyum... dan bermuhassabah.

Friday, June 5, 2009

Konsep sebab & akibat




Perjalanan petang di lebuhraya dalam cuaca yang begitu panas memaksa kami singgah di R&R Jejantas Ayer Kroh. Sekadar untuk membeli air bagi menghilangkan dahaga.

Namun tidak semena-mena perut memulas. Demang segera bergegas ke tandas yang disediakan PLUS.

Apabila kembali ke kereta, isteri Demang memberitahu bahawa beliau telah memberikan sebotol minyak Morhabshi pada sebuah keluarga yang turut berhenti di situ.

Demangpun menghampiri keluarga tersebut untuk bertanya khabar.

Kata isteri Demang bayi keluarga tersebut tiba-tiba menangis dan matanya membeliak sambil memandang ke atas. Pasangan tersebut kelihatan panik.

"Lepas guna minyak Morhabshi, 'baby' tu terus diam," putera Demang yang berusia 10 tahun menyampuk.

Demang terdiam sejenak. Bukan apa, bimbang anak-anak Demang menyimpan konsep yang salah tentang minyak rumusan moyang mereka itu.

"Allah menjadikan sesuatu secara bersebab. Kita namakan konsep 'sebab & akibat'. Walhal Allah sebenarnya tidak memerlukan sebarang 'penyebab' untuk melakukan apa-apapun." Demang cuba menjelaskan.

"Jika Allah tidak mencipta konsep 'sebab & akibat' kehidupan manusia boleh menjadi kucar kacir."

"Cuba bayangkan bagaimana jika kita dahaga dan kita tidak pasti bagaimana untuk menghilangkan dahaga?"

" kenapa tidak pasti? Sebab, ada masanya jika kita melompat-lompat maka dahaga pun hilang. Kadang-kadang rasa dahaga boleh hilang begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa. Malah adakalanya dahaga tidak hilang walaupun kita minum berjag-jag air!" Demang memberikan andaian.

Maksud andaian Demang ialah bagaimana jika sejarah tidak pernah bermaksud apa-apa dalam kehidupan manusia. Jika hari ini makanan boleh mengenyangkan maka besok belum tentu lagi. Jika demikian tidakkah manusia akan sukar membuat keputusan?

Justeru Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang memberikan konsep 'sebab & akibat' bagi membantu manusia membuat keputusan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Satu lagi contoh:

"Apabila kita lapar, kita akan mencari makanan dan makan. Makanan menyebabkan tubuh kita kembali bertenaga. Begitu juga apabila kita sakit maka kita akan menggunakan ubat supaya kembali sihat.Demang menerangkan lagi."

"Minyak Morhabshi tu adalah penyebab kepada penyembuhan beberapa jenis penyakit, termasuk jika diganggu makhluk halus. Walaupun kita tidak tahu bagaimana minyak tu boleh menyebabkan bayi tadi berhenti menangis, namun kita dapati ia memang berkesan selama ini."

"Kenapa dan bagaimana ia berkesan? Sudah tentu kerana Allah menjadikan ia berkesan. Hal ini kerana konsep 'sebab & akibat' itu sendiri dicipta oleh Allah. Kalau nak tahu lagi, kenalah belajar dan buat kajian. Nanti kita akan tahu kaitan-kaitan lain yang semuanya mematuhi konsep 'sebab dan akibat' tadi dalam bentuk yang lebih komplek." Demang menambah lagi.

Bagi Demang kanak-kanak perlu diberitahu konsep sebenar sesuatu perkara walaupun mereka tidak begitu faham. Nanti mereka akan cuba berfikir dan mencari jawapannya.

Dalam pada itu galakkan kanak-kanak untuk merujuk semula pada kita. Secara tidak langsung ia menggalakkan kita meningkatkan ilmu pengetahuan kita sendiri.

Apabila Demang mencadangkan anak-anak merujuk pada kita bukan bermaksud menyuruh mereka terlalu bergantung pada kita sebaliknya agar kita dapat memantau pemikiran mereka. Galakkan mereka meneroka tetapi sentiasalah membimbing mereka.

Kami sekeluarga kemudiannya meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampung.

Sudahkah anda membawa keluarga menjengah ibu bapa sempena cuti sekolah kali ini?

Tuesday, June 2, 2009

Siapa selepas Anwar?


(wajib baca: Demang mengupas masa depan politik Malaysia)

Kurang lebih 28 hari lagi perbicaraan Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya iaitu Saiful Bukhari akan bermula.

Biarlah mahkamah yang menentukannya.

Namun oleh kerana Anwar juga seorang pemimpin, keputusan mahkamah tersebut sudah tentu ada impaknya terhadap politik negara.

Jika Anwar didapati tidak bersalah, Demang rasa tidak banyak yang akan berubah. Kedudukan akan kembali seri yakni kes pembunuhan Altantuya sudah pun diputuskan mahkamah manakala kes Saiful pun 'sudah diputuskan mahkamah' (berdasarkan andaian tadi).

Dengan kata lain, jika kita boleh menerima keputusan mahkamah dalam kes Anwar, maka kita perlu menerima keputusan mahkamah dalam kes perempuan mongolia.

Namun bagaimana jika Anwar didapati bersalah?

Siapa yang akan menggantikan Anwar bagi memimpin PKR? Siapakah pemimpin PKR yang paling hebat selepas Anwar?

Siapa pula yang akan memimpin PR? Semua orang tahu bahawa kekuatan PR adalah kerana strategi Anwar. PAS yang berseteru dengan DAP pun boleh bekerjasama melalui kepintaran Anwar. Adakah kerjasama tersebut mampu dikekalkan jika Anwar didapati bersalah?

Mungkinkah PKR akan bertukar menjadi Gerakan? Hal ini boleh terjadi memandangkan Gerakan sekarang ini sedang terumbang ambing. Malah kepimpinan PKR kini pun sudah didominasi oleh bukan Melayu. Demang khuatir PKR akan menjadi seperti Gerakan yang akhirnya dikuasai bukan Melayu.

Di sebalik persoalan-persoalan tersebut Demang dapati rakan-rakan Anwar dalam PAS sudah bersedia. Puak Erdogan dikatakan sudah hampir pasti mengambil alih kepimpinan baru PAS.

Kekalahan Nik Abduh adalah bayangan awal kekalahan Ustaz Nasharuddin yang akan ditentang Husam Musa.

Jikapun Mursyidul Am masih lagi Nik Aziz dan Presidennya masih dipegang Haji Hadi, namun di sekeliling mereka adalah kepimpinan baru yang bukan lagi membawa wadah perjuangan asal PAS.

Strategi Anwar sejak 1999 nampak semakin membuahkan hasil. Kemasukan beramai-ramai ahli UMNO untuk bergabung dengan bekas ahli S46 dalam PAS berjaya menyingkirkan kepimpinan ulama'. Maka PAS perlahan-lahan menjadi parti sekular.

Akhirnya PR akan dianggotai oleh parti seperti berikut:
1) DAP akan menjadi parti utama dengan ahli-ahlinya sudah tentu bukan Melayu.

2) PKR akan menjadi parti kedua penting dengan keahlian terdiri dari orang Cina, India, dan Melayu. Oleh kerana MIC dan PPP sudah huru hara maka orang India akan ramai di dalam PKR. Orang Cina pula sudah lama menolak MCA.

3) PAS akan kekal bersama PR kerana puak Erdogan sudah menguasainya.


Ke mana orang Melayu?

Orang Melayu akan terpecah tiga.
1) 50% akan kekal di dalam UMNO. Namun oleh kerana BN sudah begitu lemah maka BN sekadar menjadi pelaksana segala tuntutan kaum bukan Melayu. UMNO terus dijadikan kambing hitam apabila keputusan BN semakin menghakis hak orang Melayu.

2) 30% akan berada di dalam PAS. Namun ada kemungkinan PAS akan terpecah dua apabila penyokong tulen PAS akan keluar dan menubuhkan parti baru. Hal ini sudah ada ura-uranya dan dipercayai akan bermula di Kedah dan di sokong Kelantan serta Terengganu. Orang Terengganu yang menolak PAS dalam PRU12 kini mula bosan dengan masalah pemimpin UMNO di sana.

3) 20% lagi berada di dalam PKR yakni merupakan 1/3 daripada ahli parti pelbagai kaum itu. Tanpa Anwar nanti nasib ahli PKR yang berbangsa Melayu akan lebih buruk. Hal ini kerana dengan Anwar masih di situ pun hak orang Melayu sering dijadikan bahan tukaran.

Kesimpulannya meskipun Anwar sudah merancang begitu baik untuk menumbangkan BN dan UMNO namun akhirnya siapa yang akan memetik hasilnya?

(Nantikan ramalan Demang mengenai PRU13)

(foto: www.flickr.com/photos/bridgingboundaries/11334049/)

Monday, June 1, 2009

Zahid: cubaan bunuh?



Sandakan, 30 Mei, Seorang suami bertindak nekad menetak hingga mati seorang lelaki yang dipercayai melarikan diri dan merogol isterinya...”

Sebelum itu isteri lelaki itu berjaya menghubungi suaminya dan memberitahu lokasi dia disembunyikan. Suaminya tiba dan membawa perogol tersebut ke sebuah ladang dan dibunuh.

Lelaki tersebut kemudiannya menyerah diri di balai polis dan kini berhadapan dengan Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Demang bawakan ‘berita kecil’ ini sebagai respon kepada komen seorang pengunjung dalam artikel Demang bertajuk TKO untuk Husam (http://waadat.blogspot.com/2009/05/tko-untuk-husam.html).

Pengunjung tersebut membangkitkan isu Zahid tidak hadir dalam debat dengan Husam sebagaimana komen berikut:

__________
Salam semua,,,

Sebeno nyer mungkin ini sebabnyer
Menteri Pertahanan tu tak jadi datang

Kepada
Ketua Pengarang/Editor/Bloogers

Jemputan Hadir ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam
Selasa: 12 Mei 2009 Jam:9 pagi

Perbicaraan kes saman malu En. Amir Bazli bin Abdullah terhadap YB Datuk Zahid Hamidi (ketika itu Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia)

Diharap pihak tuan dapat menghantar wartawan untuk sesi sidang tersebut. (Untuk urusan pertayaan sila hubungi pejabat peguam En. Amir Bazli)

(Tetuan Karpal Singh and Co.)

Sekian, terima kasih.

_____________

Hujah balas Demang:

1) Perbicaraan pada 12 Mei 2009, sedangkan debat tersebut pada 16 Mei 2009. Oleh itu hujah Demang berkenaan kebaculan Husam lebih relevan.

2) Apa sebenarnya yang berlaku terhadap En. Amir Bazli bin Abdullah? Kenapa pengunjung tersebut tidak mendedahkan semua yang berlaku? Demang selidik kebanyakan blog pembangkang, mereka sekadar menyiarkan tajuk sensasi bahawa Zahid seorang penjenayah dan Amir pula seorang yang dianiaya. Cerita penuh (jika ada) disembunyikan oleh pembangkang. Kenapa?

3) Jikapun betul, adakah Zahid seorang yang tidak waras membelasah seseorang tanpa sebab yang kukuh? Bagi Demang, jika betul ‘pembelasahan’ tersebut berlaku, Demang amat bangga kerana mempunyai seorang pemimpin yang berani mempertahankan maruahnya. Pemimpin beginilah yang kita mahukan.

Berbalik pada kes di Sandakan tadi, Demang ingin mendapatkan sedikit respon, apakah pendirian anda dalam kes tersebut? Wajarkah si suami tersebut dihukum gantung sampai mati? Bagaimana jika anda berada di tempat lelaki itu yakni isteri anda dilarikan dan dirogol?

Masih ingatkah kes Mokhtar Hashim iaitu Menteri Belia & Sukan suatu masa dulu? Bagi Demang ia hampir sama dengan kes-kes yang dibincangkan ini.

(PS: cuba lihat nama siapa yang tercatat dalam kes Amir tadi? Rasanya macam ada nama Karpal kat situ)

(foto: d21c.com)