Adakah Malaysia mengamalkan perbankan Islam? Kalau dibaca jenama berunsur arab yang dipamerkan pada iklan, nampak benar Islamnya. Sepaling tidakpun ia menggunakan bahasa Arab. Islamik.
Adakah dengan menggunakan istilah bahasa Arab, memasukkan upacara akad, tetapi dalam masa yang sama memaksakan perjanjian berat sebelah itu sudah menepati kehendak Islam?
Jika tiada orang sesak, makin bank-lah yang sesak manakala jika ramai orang sesak maka bank-pun penuh sesak.
Demang rasa tidak sukar memahaminya cuma anda perlu kenalpasti dan bezakan maksud-maksud istilah 'sesak' yang digunakan.
Asal ceritanya begini:
Kebanyakan khutbah di Melaka pada Jumaat lalu membentangkan perkara RIBA dan dengan tegas mengatakan bahawa RIBA itu haram, samada memberi mahupun menerima.
Nampaknya apabila negara kita mengekalkan sistem RIBA rakyat biasa menghadapi dua kerugian iaitu di dunia dan akhirat. Pihak bank cuma rugi di akhirat sahaja manakala di dunia mereka boleh bina bangunan-bangunan mega dan kaut untung berjuta-juta.
Sekurang-kurangnya mereka masih ada peluang untuk bertaubat. Sempat atau tidak, itu perkara kedua. Kita? Sebagaimana yang Demang tulis tadi, rakyat rugi dua kali!
Di hujung khutbah, khatib menutup bacaan teks dengan syor supaya menggunakan sistem perbankan Islam. Masalahnya, adakah perbankan Islam kita benar-benar Islam? Atau sekadar mempunyai nama dalam bahasa Arab?
Demang petik kata-kata Tun Dr Mahathir, jika ia Islam maka semestinya ia mendatangkan kebaikan justeru jika tidak mendatangkan kebaikan maka ia bukan sistem Islam yang sebenar. Maka ia perlu dikaji semula dan diubah.
Demang pernah menghadapi keaadaan 'sesak' dan cuba mendapatkan bantuan beberapa bank termasuk yang memakai nama Islam. Malangnya mereka tiada sebarang kaedah untuk membantu orang Islam yang menghadapi masalah kewangan. Mereka hanya ada plan untuk kaut untung.
Semakin ramai rakyat yang sesak, semakin penuh sesaklah bank.
Demang rasa bank-bank 'mualap' tersebut masih mengamalkan adat istiadat agama asal mereka walaupun mengaku telah memeluk agama Islam. Cubalah anda pergi ke bank yang mendakwa menggunakan sistem Islam dan cuba mohon pinjaman perumahan. Adakah anda akan membayar lebih rendah daripada sistem kapitalis Yahudi?
Demang tidak tahu. Anda cubalah periksa di bank-bank berkenaan.
4 comments:
Assalam demang.sokong sangat2 dengan apa yg demang utarakan.kesian kita ni.dunia tak dapat akhirat tak taulah.memang itulah apa yg saya selalu fikirkan.segala agreement adalah dr ugama asal.wallahua'lam.
Bank Islam cakap tiada riba tapi ada akad...
https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/v/t1.0-9/10665814_10153452806724572_8191648928068244745_n.jpg?oh=a865cbf10eb3b7233f5cce4a07b985b3&oe=54C87FFC&__gda__=1422259434_de2355a9e53d5c389d398f168e5a6b12&dl=1
Betul..nama je perbankan islam tetapi lebih mahal berbanding konvensional.
Dah tanya ramai pegawai bank psl islamik banking esp pasal islamic loan..semua kata sebijik mcm conventional..cuma dokumentasi je berubah.
What the hell? Islamik sangatlah konon..
Mengambil kesempatan di atas kesempitan adalah satu penindasan dan kezaliman.
Post a Comment