Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, November 18, 2014

Hapuskan sahaja tanah rizab melayu

Agaknya ramai yang tersentap dengan tajuk di atas. Takpe. Demang ulang sekali lagi, hapuskan sahaja tanah rizab Melayu.

Sebelum Demang jelaskan, mari kita lihat perkembangan semasa. Ada dua program besar UMNO dalam seminggu dua ini.

Pertama, 25 Nov 2014 akan berlangsung final pidato UMNO di PWTC. Kedua, persidangan UMNO, tapi Demang tak tahu tarikhnya. Agaknya bersekalilah tu.

Demang ucapkan tahniah pada 12 orang pemidato finalis yang disaring daripada hampir 200 orang. Kalian memang hebat. Namun kehebatan itu tidak ada maknanya jika setakat berjaya menggegarkan dinding dewan atau melencunkan muncung mikrofon sahaja.

Sebelum berpidato atau berucap sebagai perwakilan Demang rasa elok juga para pemidato merayau-rayau sekali lagi ke taman-taman perumahan kos rendah, sederhana, dan mewah. Lihatlah kaum atau bangsa mana yang ramai di pertempatan tersebut?


Berapa kerat orang Melayu mampu beli?

Kalau ikut tradisi, antara isu yang UMNO akan ketengahkan dalam setiap persidangan ialah isu tanah rizab Melayu. Bagi Demang kalau setakat pertahankan tanah rizab yang tak bernilai itu tiada maknanya. Kalau setakat ada tanah rizab Melayu buat menyemak mata sahaja lebih baik lah tiada.

Setakat ini yang bijak menggunakan tanah rizab Melayu ialah orang politik. Yang prokerajaan akan berhujah betapa tanah rizab Melayu wajib dipertahan manakala pembangkang akan menuduh yang gagal mempertahankan 'kubur keramat' tersebut adalah UMNO. Dua-dua berlakon kononnya menjaga tanah rizab Melayu.

Demang syorkan hapuskan sahaja tanah rizab Melayu sebab ia sudah jadi jelatang (kata orang dulu-dulu), atau duri dalam daging (kata guru bahasa Demang), atau liabiliti (kata orang sekarang).

Orang cina tak perlukan tanah rizab Melayu. Mereka beli tanah di sekeliling tanah rizab Melayu, bina rumah mewah yang orang Melayu tidak mampu beli, dan akhirnya kampung Melayu jadi macam kampung setinggan.

Tanah rizab Melayu hanya jadi modal kempen pilihanraya orang politik dan selepas pilihanraya, masing-masing melapah dan berbedak keuntungan hasil pilihanraya. Calon BN jadi YB, calon BA pun jadi YB. Dewan rakyat jadi medan melonjakkan populariti.

Malaysia dah tak ada tanah kosong ke?

Satu lagi tempat yang perlu perwakilan UMNO jengah ialah bangunan perniagaan orang Melayu. Lihatlah betapa lengangnya. Kalau di Melaka, cuba tinjau Kota Fesyen di Ayer Keroh. Berapa banyak kedai yang masih beroperasi?

Cuba tanya peniaga di situ berapa sewa yang perlu mereka bayar? Kenapa kerajaan perlu beriya-iya mengaut untung daripada rakyat? Apabila sewa bangunan tinggi, harga barang pun melonjak. Siapa yang rugi?

Salah satu puncanya ialah orang tengah yang membeli dan menyewakan kedai kepada usahawan tulin. Mereka buat loan bank dan berharap untung atas angin setelah ditolak riba bank.

Bank? Biasalah, kalau bukan hidup dengan riba, bukanlah bank namanya. Kalau tiada orang muflis, bank lah yang muflis.

Sepatutnya ada syarat tambahan, individu yang tidak mahu berniaga, lot kedainya ditarik balik! Beri hanya kepada yang serius menjadikan perniagaan sebagai mata pencarian.

Jangan bandingkan dengan sewa kedai di pusat membeli belah. Pengurusan mereka proaktif sedangkan di bangunan milik perbadanan, maaf cakaplah. Kalau disebut nanti, ada pula yang melenting.

Janganlah juga diungkit soal sikap orang Melayu. Jika Melayu bersikap negatif, itu adalah berpunca daripada pemimpin juga. Pemimpinlah yang sepatutnya terlebih dahulu proaktif.

kotak apa ni? Burung merpati pun taknak.

Kenapa tak dipugar dan diteroka tanah baru tanpa perlu membayar pampasan pada pemilik? Dengan RM0 kos pampasan harga tanah, kos pembinaan bangunan akan jadi lebih rendah. Binalah perumahan sederhana banyak-banyak dan bagi saguhati pada pemaju. Beri saguhati termasuk anugerah dato atau tan sri; dan bukannya jadikan mereka kayaraya sehingga sombong dan berlagak dengan banglow gaya istana dan kereta-kereta mewah untuk anak bini melaram.

Demang bukan tidak mahu pemimpin dan usahawan Melayu jadi kaya raya. Usahawan cina jauh lebih ramai yang kaya raya namun masyarakat bawahan kaum cina tidak seperti rakyat bawahan berbangsa Melayu. Itu realiti yang perlu pemimpin UMNO fikir dengan kritis dan kreatif. Jangan hanya pandai jual air liur sahaja!

Ingat, tsunami yang hampir-hampir memadamkan riwayat UMNO baru-baru ini muncul akibat rasa meluat rakyat pada sikap sombong, ego, dan mengada-ngada pemimpin muda UMNO.

Demang percaya artikal ini tidak akan dipedulikan langsung oleh pemimpin UMNO. Buktinya, lihatlah tapak lot perniagaan di PWTC semasa persidangan UMNO nanti. Di situpun jerung-jerung UMNO nak melahap juga dengan sewa tapak beribu-ribu. Padahal orang Melayu nak jual ikan pekasam sahaja di situ!

Orang UNNO hanya fikir... untung.. untung... untung...

1 comment:

Anonymous said...

Demana, walau aku setuju setengah pendapat kau, tapi jgnlah kau MENGHINA Tanah Rizab Melayu!Hanya kerana ada ahli politik rakus memperguankan isu TRM ini tak bermaksud, ia perlu dihapuskan! Kat Barat sendiri pun ada Tribal land atau Native (Indian) Reservation Jadi jgnlah kau MEREPEK pula smapi begitu sekali!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang terutamanya, demi ISLAM/umatnya serta seluruh kaum BUMIPUTERA yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Orang Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM].

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)