Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, February 23, 2015

Mrngimbas peristiwa bukit kepong

Copy n paste

Hari Ini Dalam Sejarah..
"Peristiwa Serangan Balai Polis Bukit Kepong" -23/02/1950-

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.. Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.. Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur.. Dua orang isteri anggota polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas Ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun Komunis Melayu.. Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku 'Dialogues with Chin Peng: New Light On The Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack.. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja.. Bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk.. Pihak komunis mengepung Balai Polis Kepong dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut.. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi..
Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut.. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan 'Bren Gun' yang terletak di dalam kubu di bawah
bilik Kawalan.. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt. Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh Komunis agar mereka menyerah.. Satu-persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.. Sekitar pukul 05.00 pagi, pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan.. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu.. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.. Sekitar pukul 07.00 pagi, pihak Komunis menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar.. Dikhabarkan, ketua kumpulan Komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Sgt. Jamil sendiri.. Pada masa yang sama, Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan.. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh.. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis.. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin.. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan Komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka.. Pihak Komunis terus menembak
mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu.. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak Komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut.. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan
kemusnahan dan kematian.. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api.. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang
dicampak hidup-hidup ke dalam api.. 14 anggota polis termasuk Sgt. Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar
Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut.. Jumlah kematian adalah 25 orang.. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.. Bantuan dari perkampungan berdekatan semasa serangan tersebut, adalah dari Kampung Tui dengan memberi amaran paluan gema semasa pertempuran berlaku kepada beberapa kampung berdekatan.. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police / Pengawal Kampung - Home Guard).. Mereka diserang hendap oleh Komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong.. Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas Komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung.. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh.. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepong dan memaksa pengunduran umum komunis.. Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong.. Pihak Komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan.. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis.. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga.. Mereka sampai kesana pada jam 10.00 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong disampaikan.. Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut.. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar
tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga.. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas Komunis.. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang Komunis berjuang sehingga ketitisan darah terakhir..

(Mereka yang gugur dalam pertempuran)

#Anggota Polis
-Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)..
-Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)..
-Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar..
-Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman..
-Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad..
-Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan..
-Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar..
-Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali..
-Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh..
-Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam..
-Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali..
-Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam..
-Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim..
-Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad..

#Polis Bantuan / Auxiliary Police
-Insp. Kudarina Naknok..
-AP 2130 Samad bin Yatim..
-AP 1912      Sa'at..
-AP 1925 Ali bin Akob..
-AP 2127 Othman Yahya..

#Keluarga Anggota
-Fatimah binti Yaaba - Isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud..
-Hassan bin Abu Bakar - Anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud..
-Saadiah - Isteri

1 comment:

Anonymous said...

kaum2 mat sabun yang maha cilaka!!

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)