Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, February 23, 2015

Mrngimbas peristiwa bukit kepong

Copy n paste

Hari Ini Dalam Sejarah..
"Peristiwa Serangan Balai Polis Bukit Kepong" -23/02/1950-

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.. Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.. Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur.. Dua orang isteri anggota polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas Ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun Komunis Melayu.. Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku 'Dialogues with Chin Peng: New Light On The Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack.. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja.. Bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk.. Pihak komunis mengepung Balai Polis Kepong dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut.. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi..
Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut.. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan 'Bren Gun' yang terletak di dalam kubu di bawah
bilik Kawalan.. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt. Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh Komunis agar mereka menyerah.. Satu-persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.. Sekitar pukul 05.00 pagi, pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan.. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu.. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.. Sekitar pukul 07.00 pagi, pihak Komunis menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar.. Dikhabarkan, ketua kumpulan Komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Sgt. Jamil sendiri.. Pada masa yang sama, Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan.. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh.. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis.. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin.. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan Komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka.. Pihak Komunis terus menembak
mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu.. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak Komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut.. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan
kemusnahan dan kematian.. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api.. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang
dicampak hidup-hidup ke dalam api.. 14 anggota polis termasuk Sgt. Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar
Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut.. Jumlah kematian adalah 25 orang.. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.. Bantuan dari perkampungan berdekatan semasa serangan tersebut, adalah dari Kampung Tui dengan memberi amaran paluan gema semasa pertempuran berlaku kepada beberapa kampung berdekatan.. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police / Pengawal Kampung - Home Guard).. Mereka diserang hendap oleh Komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong.. Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas Komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung.. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh.. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepong dan memaksa pengunduran umum komunis.. Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong.. Pihak Komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan.. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis.. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga.. Mereka sampai kesana pada jam 10.00 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong disampaikan.. Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut.. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar
tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga.. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas Komunis.. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang Komunis berjuang sehingga ketitisan darah terakhir..

(Mereka yang gugur dalam pertempuran)

#Anggota Polis
-Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)..
-Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)..
-Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar..
-Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman..
-Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad..
-Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan..
-Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar..
-Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali..
-Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh..
-Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam..
-Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali..
-Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam..
-Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim..
-Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad..

#Polis Bantuan / Auxiliary Police
-Insp. Kudarina Naknok..
-AP 2130 Samad bin Yatim..
-AP 1912      Sa'at..
-AP 1925 Ali bin Akob..
-AP 2127 Othman Yahya..

#Keluarga Anggota
-Fatimah binti Yaaba - Isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud..
-Hassan bin Abu Bakar - Anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud..
-Saadiah - Isteri

Saturday, February 21, 2015

Bacalah walau kita berbeda pandangan dalam perkara tertentu

Berikut teks penuh ucapan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena  Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam.

Semenanjung Tanah Melayu telah dijajah daripada orang Melayu. Yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut atau Rusli Dhobi, adalah orang Melayu. Yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu. Yang berkorban nyawa menentang pengganas Komunis semasa darurat adalah orang Melayu. Yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan.

Logiknya, Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada orang bukan Melayu, kawasan-kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon-calon bukan Melayu untuk bertanding. Keadaan ini berterusan demi untuk memastikan kemenangan pemimpin-pemimpin utama bukan Melayu, sehinggalah PRU 12 apabila kemenangan UMNO sendiri dalam kawasan majoriti Melayu sudah tidak terjamin.

Semasa rundingan kemerdekaan, PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semasa Malaysia hendak ditubuhkan PAS menentangnya kerana ia akan mengurangkan peratusan orang Melayu dan takut kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan dengan itu kedudukan orang Melayu dan agama Islam akan tergugat. Malah, selama beberapa dekat PAS senentiasa mengkritik UMNO kerana “tak cukup Melayu dan tak cukup Islam”. Begitu prihatin PAS terhadap nasib bangsa Melayu dan agama Islam pada masa itu.

Semasa rundingan kemerdekaan juga, Parti Boroh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana, mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Dalam kata- kata lain mereka hendak menghapuskan sistem beraja di Malaya. Siapakah majoriti ahli-ahli Parti Boroh? Tidakkah tuan-tuan terhidu bau yang serupa sekarang?

Parti Komunis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan komunis ala-China. Beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Komunis Malaya kerana takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu menyokong perjuangan mereka. Nasib baik, pada masa itu orang Melayu tidak terpengaruh degan mereka. Soalan: Tidakkah orang Melayu ternampak perancangan yang serupa sekarang oleh “komunis bandar” meminjam istilah Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara?

Biar apa pun, akhirnya peruntukan-peruntukan Perlembagaan dipersetujui dan ia menjadi undang-undang utama kita. Pada detik 12.00 tengah malam Semenanjung Tanah Melayu pun merdeka. Orang-orang yang sebaya dengan saya masih terdengar pekikan “Merdeka” itu dengan perasaan penuh semangat dan kegembiraan.

Tetapi, pada detik yang sama, satu perkara berlaku, yang kita tidak sedar. Ini digambarkan dengan jelas oleh Professor Shad Saleem Farouqi dalam bukunya yang bertajuk “Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia” di muka surat 710. Katanya:

“As a result of the “social contract” between the various races, millions of migrants to British Malaya were bestowed with citizenship by the Merdeka Constitution. It is believed that the number of citizens in Malaya doubled at the stroke of midnight on August 31, 1957 due to the constitutional grant.”

“Akibat “kontrak sosial” di antara berbagai-bagai kaum, berjuta-juta pendatang ke Malaya yang diperintah oleh British itu diberi kerakyatan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai bahawa jumlah warga negara Malaya bertambah sekali ganda pada detik tengah malam 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian Perlembagaan itu.” (Terjemahan saya).

Pada 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak hampir serupa dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka – lihat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Semenjak Merdeka hinggalah sekarang, Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh sekumpulan parti berbagai-bagai bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan mereka, negara berada dalam keadaan aman, tenteram membolehkannya maju dalam semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum. Mana sebuah kaum yang boleh berkata bahawa mereka tidak menikmati kemakmuran Malaysia walau sedikit pun? Negara kita adalah di antara beberapa buah negara sahaja dalam dunia ini yang Perlembagaan asalnya masih berkuat kuasa. Malah Malaysia disifatkan sebagai model negara membangun dan negara Islam moden.

Jika kaum minoriti hendak ‘complain’ mengenai kebebasan mereka, tunjukkan kepada saya sebuah negara yang memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti. Apa jadi kepada orang Islam Rohingya di Myanmar? Di negeri-negeri jiran, nama mereka pun perlu diubah. Tunjukkan kepada saya sebuah negara yang bukan sahaja membenarkan sekolah-sekolah vernakular diadakan, malah membiayainya. Dari segi kebebasan beragama, pernahkah Kerajaan menghalang mereka daripada mengamalkan agama mereka. Pernahkah terfikir oleh mereka bagaimana mudahnya mereka membina rumah-rumah ibadat mereka di Malaysia, termasuk di atas tanah Kerajaan tanpa sebarang tindakan, diberi bantuan kewangan dan tanah gantian apabila dikehendaki pindah? Bandingkan dengan halangan yang di hadapi oleh orang Islam untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau Amerika Syarikat.

Kecuali seketika di sekitar tahun 1969, keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang senentiasa berkembang. Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina senentiasa menyebelahi pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya. Dan mereka menuduh orang Melayu “tamak” kerana hendak mencapai 30% ekonomi negara! Bagaimana dengan mereka yang sudah mempunyai 80% tetapi mahu lebih? Mungkin itu “dermawan” mengikut istilah mereka. Anehnya ada juga orang Melayu yang mempercayainya.

Tetapi, keadaan berubah di kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan sedikit kemakmuran yang baru dirasai, ketaksuban kepada parti dan pemimpin dan kehadiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang oportunis yang tidak kira apa yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan cita-cita mereka tercapai. Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya. Kumpulan pengundi majoriti menjadi minoriti. Kumpulan minoriti memperalatkan sebahagian pengundi Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar.

Melihat keadaan itu, kumpulan-kumpulan yang memang pandai mengira untung-rugi, terus mengatur perancangan mereka. Mereka membuat perancangan teratur untuk merampas kuasa melalui peti undi, dengan bersatu padu sesama sendiri sambil memperalatkan parti-parti Melayu dan orang Melayu yang naif itu. Mereka hampir berjaya.

Sambil itu kumpulan-kumpulan ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan, menyerang hak-hak orang Melayu, menghina lagu Kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina Institusi Raja-Raja, menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan menghina agama Islam. Ketiadaan tindakan tegas terhadap mereka dilihat oleh mereka sebagai tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi.

Pendekatan mereka adalah bersifat ugutan dan bisnes: jika mahu perpaduan berikan kami hak yang sama dan kebebasan sepenuhnya. Dalam kata-kata lain, mereka mahu faedah yang diberikan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dihapuskan. Ertinya, mereka mahu perizaban kadar dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa, keistimewaan pendidikan dan latihan, permit, lesen dan sebagainya dihapuskan. Semua mesti diberi atas dasar merit. Mereka tahu mereka menguasai ekonomi dan berada di hadapan dalam bidang pelajaran. Mereka tinggal di bandar-bandar besar di mana terdapat semua kemudahan dan exposure. Apabila pemilihan cuma dibuat berdasarkan kelulusan akademik, merekalah yang akan membolotnya. Tak cukup dengan itu, mereka mahu UiTM juga dibuka kepada mereka!

Rata-rata orang bukan Islam di Malaysia tidak senang dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Mereka mahu agama-agama mereka juga diberi kedudukan yang sama. Mengikut mantan Mufti Pulau Pinang, di Pulau Pinang telah berlaku satu peristiwa di mana di perasmian sebuah bangunan oleh Timbalan Ketua Menteri, doa dibacakan oleh seorang Paderi Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri. Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?

Saya amat sedih melihat orang Melayu dan Islam begitu naif sehingga mereka begitu mudah diperalatkan sehingga sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam yang untung.

Saya juga hairan mengapa ada orang-orang yang dikenali sebagai ulama’ tidak nampak muslihat gereja Roman Katolik yang hendak memakai kalimah “Allah” dalam Bible Bahasa Melayu dan upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran. Mereka merujuk kepada penggunaan kalimah Allah di bumi Arab tanpa menganalisis berbezaannya. Kita perlu lihat isu itu dalam konteks Malaysia.

Hinggakan, apabila sami Buddha mengadakan upacara sembahyang di surau di sebuah hotel pun, ada “ilmuwan Syariah” yang mengatakan Rasul Allah pernah membenarkan orang Kristian bersembahyang dalam masjid. Tidakkah mereka nampak perbezaannya?

Kisah itu melibatkan ahlil-kitab yang beriman dengan Allah dan di peringkat awal kerasulan Muhammad s.a.w. dan cara mereka bersembahyang pun tidak mencemarkan kesucian masjid. Jika dibenarkan penganut-penganut agama yang ada di Malaysia bersembahyang dalam masjid, apa akan jadi? Bukan sahaja masjid akan busuk dengan bau gaharu, babi panggang pun akan dibawa masuk ke masjid, sebab di bulan hantu lapar “offering” kepada hantu lapar adalah sebahagian daripada upacara sembahyang mereka.

Mantan Mufti Pulau Pinang juga memberitahu saya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin-pemimpin agama-agama lain juga menuntut hak yang sama. Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Pada waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain. Jabatan-jabatan Kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, to’kong-to’kong dan gurdwara, memberi hanya dua misalan. Ertinya, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi. Peruntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan mungkin dimansuhkan atau kesemua agama akan dijadikan agama Persekutuan. Tidakkah orang Islam berfikir?

Kumpulan ini sangat tidak puas hati dengan peruntukan Perlembagaan yang tidak membenarkan orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Selain dari itu, mereka pergi ke merata dunia untuk memburukkan Islam kerana Islam tidak membenarkan penganutnya murtad, kerana Islam membolehkan poligami, kerana Islam mengharamkan liwat, membuat tuduhan Islam mendiskriminasikan orang perempuan kerana pembahagian pusaka yang tidak sama rata dan lain-lain. Soalan saya: Mengapa mereka membantah hal-hal mengenai agama Islam pada hal kita tidak pernah membantah mereka membakar kereta kertas, duit neraka (hell money) atau mencucuk pipi mereka dengan besi dan lain-lain.

Mereka juga tidak puas hati dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Mereka mahu Bahasa mereka juga diberi kedudukan yang sama. Ke mana perginya “kontrak sosial”?

Ringkasnya mereka mahukan atau mahu menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu tetapi mereka tidak mahu melepaskan apa yang ada pada mereka. Sanggupkah syarat kerakyatan dikaji semula? Sanggupkah syarikat-syarikat milik mereka dibuka kepada orang Melayu, baik sebagai pemilik saham, ahli Lembaga atau pengurusan atasan?

Kumpulan itu menjadi lebih berani kerana:

1. Mereka telah melihat orang Melayu berpecah-belah. Kumpulan majoriti telah menjadi minoriti.

2. Mereka telah berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin parti-parti orang Melayu untuk bekerjasama dengan mereka.

3. Mereka telah berjaya memanfaatkan pengundi Melayu yang menentang BN yang tidak sedar bahawa mereka diperalatkan.

4. Ketiadaan tindakan terhadap mereka dilihat sebagai kelemahan Kerajaan.

5. Pemansuhan Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan pengumuman bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan dilihat sebagai satu kemenangan mereka. Mereka telah sekian lama menuntut perkara itu dilakukan dan mereka berjaya sekarang.

6. Persepsi rasuah di kalangan pemimpin politik Kerajaan yang tinggi memudahkan orang ramai percayai hasutan mereka.

Pada masa yang sama, Kerajaan semakin mengambil sikap lebih lembut dan “liberal”, mungkin dalam usaha untuk memenangi semula sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu yang telah lari kepada pembangkang. Jika itulah tujuannya, nyata sekali bahawa harapan itu adalah satu kesilapan. Bukan sahaja mereka tidak kembali dan tidak berterima kasih, tetapi mereka melihatnya sebagai satu kelemahan di pihak Kerajaan dan kejayaan bagi mereka.

Saya boleh faham mengapa Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya dimansuhkan.

Dalam tahun 1970an, seorang Hakim dari Afrika yang datang ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan undang-undang bertanya kepada saya: “Malaysia berada dalam keadaan darurat bukan? Saya tidak lihat sekatan jalan raya oleh tentera mahupun kereta kebal di jalan raya.” Saya jawab, “Ya, itu darurat di Malaysia. Bayangkan jika tidak.” Untuk mengatakan selepas tahun 2000 kita masih berada di bawah keadaan darurat adalah tidak munasabah. Demikian juga melaksanakan undang-undang yang dibuat khas untuk menangani keadaan semasa darurat juga sukar untuk dibela walau pun dari segi undang-undang ia adalah sah.

Tetapi, saya dapati sukar sedikit untuk memahami mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) juga turut dimansuhkan. Perlu diambil perhatian bahawa ISA bukanlah satu undang-undang yang dibuat di bawah peruntukan Perkara 150, ia itu semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa. ISA dibuat di bawah Perkara 149 yang membolehkan undang-undang seperti ISA dibuat untuk menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Memanglah undang-undang yang membolehkan penangkapan dan tahanan tanpa perbicaraan bukanlah undang-undang yang baik. Tetapi, sudahkah kita lupa Mei 13? Adakah keadaan yang menggugat ketenteraman negara, tidak kira oleh siapa, komunis, militan Islam, kumpulan pelampau dan lain-lain sudah tidak ada lagi? Mana lebih baik ISA atau Guantanamo (Untuk perbincangan mengenai ISA dan Guantanamo, sila baca ucapan dan kertas kerja saya bertajuk “Conflict of Interests Between Different Basic Rights” dan “Legal and Judicial Transformation in Malaysia” yang boleh didapati dalam lman web saya.)

Saya faham bahawa Kerajaan mahu melihat Malaysia berada di kedudukan yang baik di mata dunia. Tetapi, Singapura yang mengekalkan ISA, berada di kedudukan yang lebih baik, hampir dalam semua hal. ISA bukanlah sebab utama yang menentukan kedudukan itu.

Sekarang ISA telah “digantikan” dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Secara ringkas, perbezaan utama di antara keduanya ialah ISA membolehkan tahanan tanpa perbicaraan. (Tetapi tangkapan dan penahanan itu boleh dicabar di mahkamah melalui semakan kehakiman (judicial review)). Sebaliknya, di bawah SOSMA seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta itu mestilah dituduh di mahkamah atas tuduhan tertentu dan dibicarakan sama seperi kes jenayah lain.

Setakat ini sebanyak 38 orang telah dihadapkan ke mahkmah di bawah SOSMA, dengan 30 daripadanya di Lahat Datu. Perbicaraan sedang berjalan. Pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara sendiri. Kebanayakan pertuduhan adalah di bawah Chapter VIA Kanun Keseksaan yakni kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan keganasan (offences relating to terrorism).

Ertinya “terrorism” yang memungkinkan kewujudan ISA masih ada. Apa yang dilakukan sekarang memang cantik di atas kertas. Tetapi soalnya, mampukan SOSMA menangani masalah terrorism? Dari segi kesalahan-kesalahan yang diwujudkan ia nampaknya lengkap. Soalnya, dapatkah pertuduhan-pertuduhan itu dibuktikan? Sama-samalah kita melihat perkembangannya.

Bagi saya ukurannya bukan sangat ISA ada atau tidak tetapi bagaimana ia dilaksanakan. Undang-undang apa pun boleh disalahgunakan. ISA pun jika dilaksanakan dengan berhemah dan menepati peraturan-peraturannya, boleh membawa hasil yang lebih baik dari SOSMA jika SOSMA disalahgunakan.

Sebaliknya, jika SOSMA dilaksanakan dengan berhemah dan ia memberi kesan yang serupa, tentulah SOSMA lebih baik.

Selain daripada itu Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah juga mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan.

Akta ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:

“…….mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan.”

Bahagian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

Peruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa 13 Mei.

Bagi saya, perwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain. Maka kepada anaknya saya berseru: Janganlah mansuhkan apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan memaafkan anda kerananya.

Bagaimana dengan RUU Harmoni yang JPNIN sedang buat itu?

Mereka mengaitkan Akta Hasutan dengan RUU Harmoni. RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan harmoni (“perpaduan”) Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi penghalang perpaduan. Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem beraja, mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan akan tercapai. Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata “Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya.” Cubalah!

Maka kita perlu faham bahawa alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya. Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.

Apa untungnya orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan- larangan mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak suka peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu kita mesti faham.

Selain dari itu, ada beberapa perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan itu. Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu, sama ada hendak memindanya atau memansuhkannya, hendaklah datangnya daripada kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai maklumat-maklumat, termasuk maklumat rahsia, mengenai ketenteraman negara yang akan menentukan dasar mengenainya.

Soalan saya: Mengapa dalam hal ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menterinya Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya bekerjasama dengan Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Adakah satu “rampasan” (highjacking) berlaku di sini?

Mengikut prosedur biasa, penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan sebelum ia diputuskan oleh Kabinet. Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang- kurangnya di peringkat permulaan, diserahkan kepada JUU&D yang ditubuhkan oleh MKPN yang di tubuh pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Chee Wee, mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Adakah ini “rampasan” (highjaking) yang kedua?

Mengikut prosedur biasa juga, setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, penggubalan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, penggubalan dilakukan oleh Majlis Peguam. Adakah ini “rampasan” (highjaking) yang ketiga?

Disebabkan oleh kesuntukan masa, untuk tujuan wacana ini, memadailah jika saya memberi dua misalan mengenai isi kandungan RUU Harmoni.

Pertama, rang undang-undang itu menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu adalah:
“2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in particular Article 8.”

“Untuk memberi kesan kepada apa yang tertulis dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 8.” – (Terjemahan saya.) Apa kata Perkara 8? Perkara 8(1) memperuntukkan:

“8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang.”

Itulah yang mereka mahu mahkamah memberi keutamaan dalam mentafsir atau memakai (interpretation or application) undang-undang itu jika ada kes.

Sepanjang ingatan saya, saya belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari situ kita dapat lihat tujuan mereka yang tersirat.

Kedua, nampaknya matlamat utama penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan. Seksyen 8(1), Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:

“8(1) The Sedition Act 1948 [Act No. 15] is repealed.”

Siapakah yang membuat tuntutan supaya Akta Hasutan dimansuhkan? Tidakkah apa yang hendak dilakukan itu untuk memenuhi kehendak mereka?

Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya: tidak. Patutkah ia dipinda? Jawapan saya: Ya. Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Sekarang menghasut terhadap kedudukan agama Islam bukanlah satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Mungkin kerana itu, mereka sangat berani. Semua orang Islam, sama ada dalam UMNO, PAS, PKR, NGO dan individu hendaklah bersatu dalam hal ini.

Kedua, pada pandangan saya, adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan dimansuhkan. Maksud saya hanya mengenai kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun, walaupun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?

Pada pandangan saya, itulah pendirian yang semua orang Islam, parti politik Islam dan NGO Islam, patut ambil.

Kita bukan mahukan hak orang lain. Kita bukan menuntut supaya Perlembagaan dirombak kerana kita mahu lebih. Kita cuma mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Kita cuma mahu apa yang telah dipersetujui dikekalkan untuk mengekalkan perpaduan dan harmoni. Rasiskah kita?

Pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam, tidak kira dalam parti mana hendaklah bersatu dalam mempertahankan kepentingan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Caranya ialah dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan. PAS patutlah bekerjasama dengan UMNO dan BN di peringkat pusat. Di peringkat negeri ia boleh kekal seperti sekarang. Saya membuat seruan ini kerana saya percaya bahawa, dalam keadaan sekarang, mengikut hemat saya, itu sahaja cara yang boleh kita mempertahankan Perlembagaan dan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak patut ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka ialah Perlembagaan Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama mempertahankannya.

Sebenarnya semua pemimpin negara, tidak kira apa parti politiknya, apa bangsa dan agamanya, sama-sama mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk kepentingan bersama.

Kesimpulannya:

1. Janganlah mansuh Akta Hasutan 1948.

2. Segala urusan mengenai Akta Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya ia itu KDN.

3. JPNIN tidak sepatutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidang kuasa KDN dan Peguam Negara.

4. Prosedur biasa di mana Kementerian berkenaan menentukan dasar dan pengpenggubalan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.

5. Akta Hasutan hendaklah dipinda untuk memasukkan Perkara 3 dan 11 (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f).

6. Eloklah kerajaan memikirkan untuk meminda Akta Hasutan untuk mengeluarkan kesalahan menghasut terhadap kerajaan supaya kerajaan nampak lebih telus, terbuka dan demokratik.

7. Ketepikan draf RUU yang dibuat oleh Majlis Peguam itu.

8. Jika JPNIN berfikir bahawa perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Ikutlah peraturan biasa.

9. Semua orang Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan semua parti politik, NGO dan pertubuhan Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hendaklah bersatu dalam hal ini.

10. Kita bukan hendak meminggir mana-mana kaum. Kita hanya hendak mempertahankan Perlembagaan supaya perpaduan akan berkekalan. Malah, kaum-kaum lain juga sepatutnya bersama-sama mempertahankan Perlembagaan kerana hanya dengan cara itu perpaduan dan harmoni dapat  dikekalkan.
Sekian. terima kasih.
Tun Abdul Hamid Mohamad tunabdulhamid@gmail.com
http[truncated by WhatsApp]

Sunday, February 15, 2015

Kebanyakan fishball haram

Itu sebabnya Demang kata logo HALAL kurang relevan. Susah sangat kah buat logo Produk Muslim yang di dalamnya terkandung syarat halal?

Orang Jakim jawab sikit.

Tuesday, February 10, 2015

Bercerai kerana media sosial

"Siapa nama?"
<teks>
"Oh, Ahmad"
-senyum-
"Awak nak pergi mana?"
<teks>
"Oh, Chemor"
-senyum-
"Awak tak boleh cakap?"

Barangkali anda sempat dan masih ingat iklan TV tersebut sempena sambutan hari raya suatu ketika dulu. Demang tidak pasti samada pada penghujung abad ke-20 atau awal milineum.

Iklan yang dikeluarkan syarikat penyedia rangkaian selular tersebut adalah berkenaan penggunaan SMS dengan munculnya telefon 2G.

Dengan kata lain Sistem Pesanan Ringkas (SMS) baru diperkenalkan.

Sebelum itu telefon hanya berfungsi untuk komunikasi suara dengan skrin kecil, sekadar untuk menaip nombor telefon penerima.

Meskipun ketika itu penggunaan teks agak terhad namun para pengguna kreatif memaksimumkan penggunaannya. Maka ada juga yang rajin menghantar mesej 'lucu' seperti berikut:

Seorang lelaki ke kedai 24 jam untuk membeli kondom.

JW: Encik guna saiz apa?
L: saiz S.

JW tersebut berpaling pada rakan di belakangnya dan berkata: berikan saya saiz S.

Kemudian dia berpaling sekali lagi dan berkata: berikan saya saiz M.

Seketika kemudian dia menukar permintaan: berikan saya saiz L.

Tidak lama kemudian dia menghulur tangan pada rakannya dan berkata: berikan saya tisu.

Apakah fahaman anda pada SMS tersebut? Mungkin hanya beberapa orang sahaja yang akan berfikir bahawa jurujual tersebut ingin mengesat hingusnya atau air minuman yang tertumpah di atas meja.

Itu adalah bibit awal mesej lucah di telefon.

Hari ini zaman sudah beralih daripada 2G (2nd Generation) kepada 3G, 3G+, dan 4G.

Kita bukan sahaja mampu menerima dan menghantar pesanan dalam bentuk teks malah dalam pelbagai media termasuk gambar, video, dan suara.

Justeru jika telefon yang sekadar membenarkan teks bermedan terhad pun sudah ada unsur negatif, apatah lagi apabila telefon pintar boleh mengirim apa sahaja, termasuk gambar dan video.

Hari ini aplikasi SMS sudah dianggap lapuk dan kurang digunakan. Media sosial mengambil tempat dengan menawarkan medan perkongsian maklumat tanpa had.

Bahkan ia tidak lagi mengkehendaki pengguna menggunakan komputer meja atau komputer riba malah aplikasi berkenaan siap terpasang pada hampir semua telefon pintar dan boleh digunakan bila-bila masa (baca, sepanjang masa).

Lebih menarik lagi, ia ditawarkan secara percuma!

Media sosial bukan sahaja membolehkan kita mengirim info kepada seseorang bahkan dijadikan tempat untuk berkumpul dan bersembang beramai-ramai.

Media sosial seperti Whatsapp, Wechat, Line, Telegram, dan sebagainya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia. Ia telalu mudah dan murah sehingga hampir semua perkara lain dikesampingkan seolah tidak begitu penting lagi.

Bayangkan apabila seorang pengarah yang sedang mempengerusikan mesyuarat juga sesekali menjeling, membaca, dan ikut menyampuk perbualan rakan-rakannya dalam grup media sosial yang sedang berlangsung selari dengan mesyuarat tersebut.

Kali ini Demang bukan ingin mengulas tentang etika penggunaan media sosial sebaliknya ingin menyentuh tentang adab dan etika ketika berada dalam grup media sosial.

Memang media sosial adalah anugerah Allah pada manusia. Namun di situ juga perlu ada etika dan peraturan. Bukankah hukum Allah tidak terbatas pada ruang fizikal sahaja?

Malangnya ramai yang terlupa bahawa dosa dan pahala juga dicatat ketika bersembang di ruang maya.

Bukan sedikit kerosakan yang berlaku akibat aktiviti dalam media sosial yang melampaui batas. Maklumlah, ramai yang ghairah menggunakannya apatah lagi apabila tersua kawan yang lama terpisah.

Maka ada yang terlupa bahawa masa sudah terlalu lama berlalu. Keadaan sudah tidak seperti dahulu. Kalau dulu, kawan kita itu seorang diri tetapi kini sudah berkeluarga.

Mungkin dulu beliau seorang yang nakal namun keadaan sudah merubahnya menjadi orang yang warak.

Ada kawan kita yang dulunya suka bercakap lepas tetapi sekarang amat sensitif dengan perkataan negatif.

Bahkan ada yang sudah menjadi penyokong sesuatu fahaman politik atau mempunyai pandangan sendiri dalam sesuatu perkara, termasuk mazhab.

Alangkah ruginya apabila kurniaan Allah seperti media sosial ini gagal digunakan untuk kebaikan bahkan menjadi punca pada kerosakan dan perbalahan.

Demang juga ada membuka beberapa grup media sosial namun sesekali terfikir; bagaimana jika grup tersebut menjadi punca kerosakan? Tidakkah Demang juga ikut menanggung dosa?

Maka Demang cuba gariskan sedikit panduan dalam kita bersosial dalam media baru yang sudah lama ini:

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi menyertai grup ini.

Etika grup:

1. Jangan share perkara yang menyalahi hukum Islam.

2. Jaga sensitiviti ahli lain terutama berkaitan politik dan fahaman agama.

3. Boleh keluar dari grup dan masuk semula bila2 masa tetapi elok maklumkan pada admin.

3.1 Keluar daripada grup tidak bermakna memutuskan silaturrahim. Grup ini hanya satu kemudahan berinteraksi.

4. Jaga kerahsian dan keaiban ahli lain.

5. Jika kurang senang dengan mana2 posting sila maklumkan pada admin dan admin akan ambil tindakan sewajarnya termasuk menegur tanpa mendedahkan identiti pengadu.

6.Jangan tegur dalam grup kecuali dipersetujui bersama.

7. Setiap ahli bertanggung jawab sepenuhnya atas semua perkara yang dikongsikan di sini dan admin tidak ada authority untuk menyekat mana2 posting.

8. Walau bagaimanapun grup ini boleh menjadi forum perbincangan dengan syarat tajuk tersebut dikemukakan terlebih dahulu dan mendapat persetujuan semua ahli.

8.1 Bantahan perlu dibuat terus pada admin, bukan dalam grup.

9. Dalam melaksanakan semua etika di atas, admin terlebih dahulu mohon maaf dan ia bukan bermakna keputusan peribadi admin. Admin akan hubungi beberapa ahli lain secara personal bagi meminta nasihat terlebih dahulu.

Selamat bersilaturrohim.

Pendirian pemuda PBB Sarawak

Ada sahabat minta klik sini

http://sarawakia.blogspot.com/2015/02/pendirian-pemuda-pbb-negeri-sarawak.html

Saturday, February 7, 2015

Final maharajalawak mencemar

Patut ke Nabil lawakkan alif ba ta? Memang ia bukan ayat Quran tetapi huruf-huruf itu lah yg membentuk kalimah-kalimah yang membina ayat Al-Quran. Jalaludin hasan yang amat sensitif dengan bahan yang digunakan oleh peserta sebelum ini pun tidak tersentuh langsung.

Thursday, February 5, 2015

Info Myrrh yang perlu anda tahu

Kenapa dinamakan Minyak Morhabshi?

Saya juga mulanya tertanya-tanya apa sebenarnya 'morhabshi' dan kenapa allahyarham datuk saya namakan produknya Minyak Morhabshi?

Pada peringkat awal saya cuba cari 'morhabshi' dalam internet namun tidak banyak membantu.

Sekitar 2009 saya aktif menulis dalam Wikipedia dan pada suatu hari saya terfikir untuk menulis tajuk Morhabshi. Sayangnya saya hanya mampu menulis satu perenggan kerana kegersangan maklumat.

Tanpa disangka-sangka selang beberapa lama saya dapati artikal tersebut telah diperlengkap oleh seorang aktivis Wikipedia dan dari situlah saya tahu morhabshi dikenali sebagai MYRRH yang berasal daripada bahasa Arab: 'mur' yang bermaksud pahit.

Terima kasih kepada individu tersebut dan saya anggap beliaulah pembuka jalan bagi saya lebih mengenali morhabshi di internet.

Dari situ juga saya tahu pohon morhabshi berasal dari Somalia dan telah terkenal sejak tamadun Mesir dan Rom.

Sesuatu yang amat mengejutkan saya ialah pada zaman dahulu harga morhabshi sama dengan emas, dengan kata lain jika anda mahu membeli satu gram morhabshi maka anda perlu sediakan satu gram emas!

Kini pengeluaran morhabshi telah dikomersialkan dan harganya tidak lagi semahal dulu.

Melalui kata kunci 'myrrh' saya menjelajah ruang maya dari semasa ke semasa dan saya dapati artikal mengenainya sentiasa bertambah. Hal ini kerana semakin banyak dapatan baru hasil kajian di seluruh dunia.

Berikut adalah salah satu artikal yang saya temui. Maaf kerana terjemahan yang tidak begitu baik. Namun saya sertakan artikal asal dalam bahasa Inggeris.

Artikal ini membentangkan keistimewaan myrrh dan sekaligus menjawab persoalan saya kenapa allahyarham datuk saya memasukkan myrrh dalam Minyak Morhabshi dan kenapa ramai pengguna Minyak Morhabshi menganggap ia produk ajaib!

Berikut adalah 16 keistimewaan Myrrh (morhabshi) diceduk daripada sebuah laman web. Maaf jika terdapat kelemahan terjemahan.

1) Pembersihan
Morhabshi boleh meningkatkan fungsi sel darah putih dan memulihkan kadar enzim yang dikenali sebagai antioksidan glutathione. Mereka yang telah mengkaji herba telah membuat kesimpulan bahawa morhabshi menyediakan faedah antioksidan yang kuat dan dapat melindungi sistem imun manusia serta melindungi hati daripada kesan-kesan bahaya plumbum.

2) Anti jangkitan dan Antivirus
Resin morhabshi tidak membiarkan kuman berkembang atau menjangkiti badan kerana morhabshi bersifat anti-virus. Ia boleh digunakan bagi mengelak pelbagai penyakit yang disebabkan mikrob seperti demam, keracunan makanan, batuk & selsema, beguk, campak, serta jangkitan (wabak).

3) Agen Pengecutan
Morhabshi membantu mengecut otot, usus dan organ dalaman yang lain termasuk pada kulit, serta boleh membantu mengukuhkan gusi. Morhabshi juga menguatkan akar rambut, yang secara teorinya mampu memerangi kebotakan.

Satu lagi aspek penting daripada resin ini ialah bahawa ia benar-benar membantu masalah pendarahan akibat luka-luka, dan berupaya menghalang kehilangan banyak darah apabila cedera.

4) Ekspektoran
Morhabshi berkesan melawan  batuk dan selsema. Ia membantu untuk melegakan kesesakan dan membuang kahak.

5) Terapi ulser
Dalam satu kajian ke atas haiwan di makmal, suplemen dengan morhabshi dapat meningkat jumlah sel darah putih dan membantu menahan serangan ulser serta mengekalkan ketahanan semasa proses penyembuhan ulser.

6) Anti kulat
Morhabshi juga berfungsi menghalang dan membunuh kulat. Ia boleh digunakan secara dalaman dan luaran untuk memerangi jangkitan kulat.

7) Perangsang
Minyak daripada morhabshi baik dalam merangsang rembesan, aliran darah, penghadaman, daya ingatan, dan perkumuhan. Ia merangsang rembesan jus pencernaan, aktiviti mengepam jantung, dan hempedu, malah membolehkan anda sentiasa aktif dan memberi tumpuan pada sistem saraf dan otak.

8) Haruman daripada minyak morhabshi membantu menghilangkan bau kurang enak dan memberi lebih keselesaan apabila berada di khalayak ramai.

9) Anti kanser
Lebih daripada satu kajian mendapati morhabshi membantu tubuh manusia melawan kanser dan kesimpulan dibuat bahawa morhabshi menunjukkan potensi yang baik sebagai pilihan semula jadi dalam merawat kanser prostat.

10) Perpeluhan
Ia merangsang pengeluaran peluh dan mengekalkan tubuh bebas daripada garam tambahan, racun, dan pembendungan cecair berlebihan. Berpeluh membantu penyingkiran gas berbahaya seperti nitrogen serta membersihkan liang-liang kulit.

11) Antiseptik
Samada luka kecil atau luka besar, atau mendapat jangkitan bukan lagi satu isu jikai anda mempunyai morhabshi dalam simpanan. Oleh kerana ia merupakan satu bahan antiseptik, minyak ini boleh menjaga sebarang jangkitan yang berpotensi menjadi septik.

13) Sistem Peredaran
Pati minyak daripada morhabshi merangsang aliran darah dan memastikan badan anda mendapat jumlah oksigen yang sesuai ke tisu. Hal ini dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan untuk mencapai kesesuaian metabolisme.

13) Booster Imun
Minyak daripada morhabshi mengaktif dan menguatkan sistem imun tubuh dan mengekalkan perlindungan daripada jangkitan dan penyakit (kebal).

14) Anti radang
Minyak daripada morhabshi sesuai mengawal radang tisu dalam kes-kes jangkitan virus dan dalam sistem kardiovaskular termasuk keradangan disebabkan oleh pengambilan makanan panas terlalu banyak.

15) Antispasmodic
Ia juga memberikan kelegaan pada pengecutan yang tidak diingini atau kejang, dan dengan itu meredakan sakit, kejang, dan kesakitan otot.

16- Rawatan parasit Organik
Foscialiasis suatu penyakit disebabkan oleh parasit yang boleh didapati di kawasan air. Ia menyebabkan kerosakan hati dan halangan biliary.

Penggunaan myrrh atau morhabshi tidak boleh dilakukan secara wewenang kerana ia memerlukan dos dan cara yang betul terutama apabila dicampur dengan ekstrak herba.

Dapatkan nasihat doktor anda.

Artikal di atas bukan khusus untuk Minyak Morhabshi tetapi berkenaan myrrh (morhabshi) yang menjadi salah satu bahan dalam penghasilan Minyak Morhabshi.

Artikal berkenaan resin myrrh atau morhabshi ini disalin daripada web https://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/health-benefits-of-myrrh-essential-oil.html

Untuk info lanjut boleh hubungi 0194401944 syafiq.
Stokis diperlukan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)