Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, April 20, 2011

Demang bukanlah faham sangat dengan ilmu bentuk wajah dan lengkuk tubuh seseorang. Malah Demang masuk dalam kategori 'kurang daya mengecam'.Kebetulan Demang terjumpa foto-foto 
berikut di sebuah blog.

Sama ka?


Lihat foto seterusnya

Datuk T akan didakwa

Ketika menggelintir dari blog ke blog tadi, Demang temui pelbagai ragam isu di ketengahkan. Nampaknya isu video seks seseorang yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim masih menguasai pasaran.

Apatah lagi pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang menayangkan video tersebut pada umum akan didakwa.

Siapa lagi kalau bukan Dato Trio?

Bagi Demang, kalau lah dato-dato itu didakwa dan dihukum, maka ia langsung tidak menyelesaikan masalah utama.

Apa masalah utama? Ya, rakyat cuma nak tahu benarkah Anwar Ibrahim dan lelaki dalam video itu merupakan orang yang sama?

Tuesday, April 19, 2011

politik Malaysia bukan masalah peniaga-pengguna

Apabila Demang menulis dalam posting beberapa hari lalu bahawa kedapatan satu keadaan iaitu pertembungan politik antara golongan peniaga dengan pengguna (rakyat) di Sarawak, Demang sebenarnya tidak serius dengan pandangan tersebut bahkan tidak berniat untuk mempertahankannya.

Sesiapa pun tahu bahawa tidak pernah timbul sengketa antara peniaga dengan pengguna di negara ini.

Namun kenapa terlihat secara ketara betapa di kawasan bandar pihak pembangkang mendapat sokongan yang amat besar manakala rakyat bawahan di luar bandar cenderong menyokong BN?

Adakah ia gambaran bahawa orang luar bandar kurang cerdik?

‘Kategori peniaga’ yang Demang ketengahkan sebenarnya hanya satu usaha untuk tidak melibatkan isu lain yang lebih besar tetapi merupakan isu sebenar. (Najib menggunakan istilah ‘bandar dan luar bandar’ ketika mengulas keputusan pilihanraya Sarawak).

Ya, golongan peniaga dimonopoli KAUM cina. Ungkapan ‘kaum’ itu lah yang cuba Demang hindari. Jadi Demang kiaskan pada ungkapan ‘golongan peniaga’.

Namun semua orang tahu bahawa sokongan kaum cina terhadap DAP/pembangkang (termasuk di Sarawak) tidak ada kena mengena dengan ekonomi dan perniagaan. Tujuan sebenar mereka adalah bagi menjayakan agenda besar menguasai politik Malaysia.

Demang terlihat kelibat Lee Kuan Yew di situ.

beban cukai berganda di bawah PAS Kedah

"PUTRAJAYA 18 April – Tindakan kerajaan negeri Pas Kedah menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri amat dikesali kerana universiti itu kini terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri itu juga gagal menyediakan bekalan air mencukupi sehingga memaksa pihak pengurusan UUM membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan bagi kos lori mengangkut air ke universiti tersebut."

Berikut adalah kenyataan MB Kedah yang menafikan dakwaan tersebut:


"ALOR SETAR 18 April - Kerajaan Pas Kedah menafikan cukai tanah kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM) dinaikkan sehingga mencecah lebih RM1 juta setahun.

Sebaliknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, jumlah tersebut perlu dibayar oleh UUM mengikut perjanjian pada 2006 kerana tempoh rebat cukai tanah bagi tempoh 2006 hingga 2008 telah tamat.

"UUM diberi rebat cukai tanah selepas pengurusan universiti itu mengemukakan rayuan bagi mengurangkan cukai tanah dan mendapat persetujuan kerajaan negeri ketika itu, dengan memberi rebat bagi tempoh dua tahun.

Monday, April 18, 2011

anwar perlu saman penyebar video

KUALA LUMPUR 17 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar untuk menyaman trio 'Datuk T' jika mereka bertiga menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu. (Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm)

Baca seterusnya:

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Anwar yang mendakwa difitnah oleh trio 'Datuk T' berhubung isu video seks baru-baru ini perlu berbuat demikian bagi membersihkan imej beliau yang kini terjejas teruk di mata rakyat.

"Sudah hampir sebulan isu video seks berkenaan dipertikaikan Anwar, namun kenapa tiada tindakan saman daripadanya? Jika tidak benar tuduhan tersebut, saman sahajalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas beliau, tindakan saman tersebut dilihat wajar kerana tuduhan-tuduhan tersebut melibatkan maruah diri seorang pemimpin yang mahu menjadi Perdana Menteri serta kredibiliti keluarganya iaitu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Tambahnya, hanya dengan menyaman trio 'Datuk T' iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim dapat menunjukkan bahawa beliau benar-benar menolak tuduhan terbabit.

Dalam pada itu, Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, sekiranya Anwar enggan menyaman 'Datuk T', maka adalah wajar Nik Abdul Aziz dan Pas pula mengambil tindakan undang-undang itu.

"Tindakan menyaman 'Datuk T' ini adalah wajar ekoran Ketua Pembangkang dan keluarga (isteri dan anaknya, Nurul Izzah) berkeras menafikan bahawa pelaku di dalam video seks itu bukan Anwar Ibrahim.

"Selain mendapatkan kebenaran, tindakan saman ini juga adalah perlu bagi membuktikan Nik Aziz jujur kepada pengikut-pengikutnya dan ia bukan satu permainan politik," katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, sekiranya Nik Aziz enggan menyaman Anwar maka sesuailah jolokan sebagai 'pelacur politik' untuk beliau kerana sanggup membelakangkan agama semata-mata ingin mempertahankan agenda politik.

"Sebelum ini, negara digegarkan dengan ajaran sesat oleh Ayah Pin, kini 'Ayah Nik' pula iaitu individu yang sanggup berbohong demi mempertahankan kuasa dan politik semata-mata,'' tegas Farahhana.

Sarawak: saudagar lawan rakyat

Keputusan pilihanraya negeri Sarawak telah diperolehi bahkan kerajaan baru juga telah disytiharkan. Taib Mahmud sekali lagi diberi mandat untuk mengetuai Sarawak bagi jangka waktu yang masih menjadi misteri.

Macam selalu, biarpun angka-angka yang telah termaklum tak mungkin bertukar namun penerimaan, pandangan, dan tafsiran terhadap keputusan tetap berbeza.

BN sudah tentu meraikan kemenangan dengan mengatakan orang Sarawak tetap mengiktiraf pentadbiran mereka.

Pihak pembangkang pula akan mengemukakan fakta pertambahan kerusi yang dimenangi berbanding sebelum ini bagi mendakwa sokongan terhadap mereka semakin bertambah.

Dalam pada itu Demang terlihat suatu fakta menarik dalam keputusan semalam iaitu pengundi bandar cenderung memilih pembangkang manakala pengundi luar bandar mengharapkan gabungan kerajaan negeri dan pusat bagi membantu dan menjaga kebajikan mereka.

Mungkinkah sedang berlaku pertembungan antara golongan pengguna (rakyat) dengan golongan peniaga?

Jika demikian, apakah yang diinginkan rakyat dan apakah yang diimpikan para peniaga?

Sunday, April 17, 2011

Kisah si lembam di Sarawak

Demang pernah bertugas di sebuah kampung terpencil di Pahang. Tak jauh dari tebing sungai Pahang.

Kampung tradisional yang mengalami kesan penghijrahan generasi muda itu bagaimanapun masih mampu mengekalkan sekolah rendahnya biarpun jumlah keseluruhan murid cuma 49 orang.

Enam tahun Demang mengajar di situ.

Oleh kerana tidak ramai, maka ada sebuah kelas tu cuma mempunyai 4 orang murid. Untunglah murid-murid itu kerana peluang untuk menduduki tempat pertama, kedua, dan ketiga dalam peperiksaan amat cerah.

Namun oleh kerana terdapat seorang murid kelas itu yang lembam, maka setiap kali peperiksaan, murid malang itu-lah yang menempah secara tetap tempat ke-4.

Ada sekali tu, seorang murid tidak hadir dalam satu peperiksaan. Maka secara automatik si lembam itupun berjaya mendapat tempat ke-3. Keputusan itu disambut dengan begitu gembira oleh kedua ibu bapa dan saudara mara murid itu. Tidak cukup dengan kenduri maka sibuklah mereka menjaja dan mencanangkan kejayaan murid itu.

Maklumlah, anak mereka yang sebelum ini mendapat tempat ke-4 kini meningkat ke tempat ke-3.

Dengan keputusan itu mereka rasa yakin bahawa pada ujian seterusnya si lembam itu akan mendapat nombor dua atau satu pula.

Mereka lupa bahawa murid tadi tu cuma tidak hadir ke sekolah pada masa ujian itu dan bukannya berhenti terus atau berpindah sekolah.

Itulah yang berlaku pada PKR dalam pilihanraya Sarawak. Mereka mencanangkan peningkatan dalam keputusan padahal itu hanya kesan penolakan pengundi cina terhadap BN kerana agenda tersendiri, bukannya kerana mereka sukakan PKR pun.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)