Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, November 28, 2010

Zuraida mengamuk


Gambar hiasan: seorang makcik yang menjadi ketua Wanita Parti Tapewer di sebuah kampung di Amerika.


Gambar sebenar: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat

"PKR ini siapa punya? Kita yang punya mereka nak sibuk mengapa? Kita hendak letak kerusi (Ketua Umum) itu di atas ke, di bawah ke, suka hati kitalah," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Ahad.

Menyebut tentang 'ucapan penggulungan' terasa sayu pulak hati Pak Teh mengenangkan PKR yang sedang gulung tikar. Agaknya itulah ucapan penggulungan terakhir setealah membuang masa kira-kira 10 tahun mempertahankan Anwar.

Pak Teh rasa ramai yang kecik hati dengan kata-kata makcik tu. Setau Pak Teh, dalam negara demokrasi semua parti adalah hak awam. Lainlah negara komunis atau sosialis. Najib dan Rosmah kena kutuk, kena tohmah, dan dilontarkan pelbagai fitnah namun tidak pula melenting mengatakan hal peribadi mereka, 'mereka punya pasal'.

Najib dan Rosmah sedar dan faham tentang politik.

Pak Teh bukan nak campur tangan hal ehwal parti makcik tu tapi Pak Teh risau jugak kalau lah PKR tak boleh ditegur, bagaimana jika mereka berkuasa dalam kerajaan?

Saturday, November 27, 2010

Lim Guan Eng bertaraf khalifah Islam?


Lim Guan Eng Ketua Menteri
Obama Presiden

Lim Guan Eng di Pulau Pinang
Obama di Amerika

Mereka orang nombor satu
Nombor satu di negeri
Nombor satu di negara

Zakaria doakan Lim Guan Eng
Sarah Omar doakan Obama

Siapa pun Lim Guan Eng
Siapa pun Obama
Siapa pun Zakaria
Siapa pun Sarah

Pendengar doa mereka
Adalah
ALLAH YANG MAHA ESA

Ya Allah...
Doa kami bersama doa mereka

-pencinta Khalifah Lim

Termenung Pak Teh menatap sajak di atas. Sampai begitu sekali fanatiknya penyokong PAS pada politik.

Terlayang fikiran Pak Teh pada bangsa Korea yang sedang berperang sesama sendiri diacum US. Teringat Pak Teh pada rakyat Iraq yang sedang berbunuh sesama sendiri dan kini berpesta dengan letupan bom yang diikat ke badan sendiri.

Terkenang juga Pak Teh pada muslim Palestin yang berperang dengan yahudi sambil menembak sesama sendiri.

Sempat juga Pak Teh teringat pada rakyat Sepanyol yang nenek moyang mereka dulunya lebih awal memeluk Islam sebelum kita.

- nenek moyang orang Sepanyol 'lebih ulama' daripada 'ulama kita'...


sumber sajak:
Blog Media Permatang Pauh.

1300 keluar PKR



Foto di atas menunjukkan beberapa orang lelaki warga asing sedang cuba menahan sebatang pokok yang bercabang-cabang agar tidak tumbang. Memang payah, tapi depa cuba sedaya upaya.

Malangnya, kesemua mereka selepas itu dikejarkan ke hospital kerana disengat tebuan yang bersarang pada pokok itu...

Walaupun sekadar gambar hiasan dan cerita di atas hanya rekaan namun begitulah gambaran parti bidan terjun PKR la ni.

Pak Teh tengok, dah nak habis dah PKR. Kalau tak habis pun, dah makin nak habis.

Terbaru, 1300 ahli cabangnya di selangor bertindak keluar daripada parti itu serta merta.

Jika sebelum ini ramai yang meninggalkan PKR kerana meragui ‘perjuangan’ pemimpin utamanya yang sedang menghadapi tuduhan salah laku seks untuk kesekian kalinya, maka kali ini rombongan keluar beramai-ramai disebabkan kecewa dengan sistem PKR.

Ertinya, siapa pun yang jadi pemimpin PKR dah tidak penting lagi kerana asasnya tidak betul. Kelam kabut, berserabut, bersirat dan berselirat.

PKR bukan sahaja mempunyai banyak cabang malah lidah pemimpinnya juga bercabang-cabang.

Lihatlah foto terbaru di bawah betapa banyaknya kerusi yang kesepian tidak bertuan.

Sabaq ja la kerusi...

Friday, November 26, 2010

bagaimana masa depan cabang PKR?



sumber : agenda daily


Foto di atas diambil sekitar jam 11.45 pagi Jumaat di dalam Dewan Sivik Petaling Jaya. Tika itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin sedang menyampaikan ucapan dasar.

Sementara itu Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husein Ali ketika merasmikan mesyuarat AMK dengan sinis mencabar ahli PKR (yang hilang kepercayaan) agar keluar dari parti itu.

Walaupun kata-kata itu disambut dengan tepukan dan sorakan daripada pemimpin lain yang berada di situ namun sudah tentu aktivis sosialis tersebut tidak akan mengatakannya jika tidak berlaku isu pemberhentian ahli PKR yang begitu ketara sejak akhir-akhir ini.

Pak Teh rasa akan semakin banyak ‘cabang’ yang akan bubar dan mereput sebagaimana foto di bawah.

Wednesday, November 24, 2010

Utusan Maharaja Cina mengadap Raja Suran: satu simbolik


Berita kedatangan angkatan perang Raja Suran akhirnya tiba ke pengetahuan Maharaja China. Baginda segera memanggil sidang tergempar bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi serangan itu.

"Tuanku, bala tentera Raja Suran bukan calang-calang angkatan perang. Mereka sudah mengalahkan semua negeri yang dilalui sepanjang perjalanan ke sini." ujar seorang menteri.

"Apa nak digusarkan. Angkatan perang kita juga tidak kurang hebatnya. Mana wilayah yang tidak dialahkan kita?" sahut menteri perang.

"Ya. Memang kita kuat. Tentera Raja Suran juga hebat. Justeru jika bertembung, nescaya sebagaimana kata orang; menang jadi arang, kalah jadi abu." seorang menteri bersuara.

Suasana sepi seketika. Kata-kata menteri tua memang ada kebenarannya.

"Jika demikian, kita kirimkan utusan untuk meminta perdamaian dengan Raja Suran." seorang menteri membuat syor.

"Tidak boleh. Itu akan menjatuhkan maruah kita sebagai sebuah empayar besar. Seluruh dunia akan mengejek kita kerana bersikap pengecut." Menteri Perang membantah.

Suara bergumam mula kedengaran. Ibarat mengulum buah simala karma: diluah mati emak ditelan mati bapak. Berperang akan mengundang korban yang bukan sedikit manakala mengalah akan dianggap bacul dan pengecut.

"Kita kirim mesej simbolik." menteri tua berkata tiba-tiba. Sekalian menteri menoleh pada beliau menanti kata-kata selanjutnya.

"Kita pilih beberapa orang lelaki yang sudah lanjut usia sebagai utusan. Naikkan mereka ke sebuah jong tua yang usang. Muatkan jarum-jarum karat, konon sebagai barang dagangan." Menteri tua menarik nafas.

"Nanti mereka tiba di Temasik dan bertemu dengan bala tentera Raja Suran, pasti Raja Suran akan bertanya arah dan jarak perjalanan kerana baginda tidak pernah sampai ke benua sebelah sini."

"Maka, para utusan itu hendaklah memberitahu baginda bahawa mereka telah belayar dari China sejak remaja membawa besi-besi sebesar pemeluk untuk dijual di Temasik. Begitu lama belayar, apabila tiba di Temasik, mereka sudah menjadi tua dan besi-besi yang hendak dijual haus dimakan angin dan air laut sehingga tinggal sebesar jarum." Menteri tua menerangkan.

Para menteri mengangguk-angguk, tanda faham dan setuju.

"Saya rasa cadangan ini langsung tidak masuk akal. Mustahil Raja Suran yang cerdik itu akan terpedaya dengan muslihat ini." bantah menteri muda.

Para menteri sekali lagi mengangguk-angguk. Kali ini kerana bersetuju dengan menteri muda pula.

"Ya. Kerana Raja Suran seorang yang cerdiklah kita lakukan rancangan ini. Utusan yang kita hantar ini membawa mesej simbolik iaitu kita bukanlah lemah sebaliknya sengaja tidak mahu berperang." Menteri veteran menjelaskan.

Seterusnya menteri yang terkenal kerana kebijaksanaannya itu menerangkan mesej yang tersirat di sebalik cadangannya.

Maka bersetujulah sidang tersebut dengan cadangan menteri tua.

Dipendekkan cerita, tidak berapa lama kemudian kapal usang yang membawa utusan Maharaja China itupun tiba di Temasik.

Berita kedatangan kapal daripada Cina segera tersebar dan sampai ke telinga Raja Suran.

Sebagaimana dijangka, para pelayar itupun dibawa mengadap Raja Suran. Sebagaimana rancangan begitulah cerita yang mereka khabarkan.

Raja Suran termenung mendengar perkhabaran. Baginda memandang para penasihat untuk meminta pendapat. Satu mesyuarat khas segera diadakan.

"Hamba langsung tidak percaya cerita para pelayar tua itu." ujar seorang menteri.

"Hamba pun begitu juga." sahut seorang lagi. Namun kenapa Maharaja Cina berbuat cerita bohong?" tambahnya dengan soalan.

"Itulah yang bermain dalam fikiran hamba tatkala mendengar cerita mereka." Bendahara berkata.

Seterusnya beliau menyambung:
"Pada fikiran hamba, Maharaja Cina sengaja menghantar utusan sebagai sindiran kepada kita. Tujuannya ialah supaya kita tidak berperang dengan mereka. Pasukan kita dan tentera Cina sama kuat, sama hebat. Jika bertembung belum tahu siapa yang akan menang. Yang nyata, kalah jadi abu menang jadi arang."

"Justeru, utusan yang dihantar hanyalah simbolik. Para pelayar tua kononnya sudah mula belayar sejak remaja dan apabila tiba di sini mereka menjadi tua."

Itu BUKAN bermakna jarak perjalanan terlalu jauh sebaliknya bermaksud bahawa hidup ini terlalu singkat. Alangkah. Ruginya jika berbuat yang sia-sia.

Semua ahli persidangan mengangguk-angguk.

Esoknya, Raja Suran membuat pengumuman:

"Mulai saat ini, bubar lah kita semua. Hambapun sudah letih berperang. Sudah jauh kita berjalan dan sudah jenuh melihat negeri di atas daratan. " Raja Suran berhenti menghela nafas sambil memandang jauh ke hadapan.

"Hamba bercadang untuk melihat negeri yang lain pula. Hamba ingin turun ke dalam laut dan melawat negeri di bawah sana pula."

Maka bersoraklah bala tentera dan rakyat yang menyertai rombongan besar itu.

Bersambung...

Langkawi, Nov 2010.

Tuesday, November 23, 2010

cari pasal

Korea Utara lepas tembakan ke pulau Korea Selatan di sempadan barat yang dipertikaikan, seorang anggota marin Korea Selatan dilaporkan mati.

Pak Teh: anehnya manusia ni. Adakah peperangan boleh menyelesaikan permasalahan? atau suatu permulaan untuk masalah yang lebih besar.

Kata Demang, Jong pecah yu kenyang.

sumber: BH 23/11

Muhyidin batal ke Sarawak

Berita yang Pak Teh terima sebentar tadi, Muhyidin Yasin terpaksa membatalkan lawatan 2 hari ke Sarawak setelah dinasihat doktor akibat masalah bengkak tumit.

Baru-baru ini Najib dimasukkan ke hospital, malah dirawat di ICU.

Bukan mudah berada di atas. Selain mental, fizikal juga perlu sentiasa kuat. sejak peralihan kuasa dan pembentukan kabinet baru, kedua-dua mereka memang belum lagi dapat berehat. Pak Teh angkat topi pada mereka berdua.

Kini, penat lelah mereka sudah mula nampak kejayaannya. Ia bukan semata-mata kerana kelemahan pihak lawan sebaliknya kerana kerja kuat.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)