Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, April 14, 2011

KUALA LUMPUR 13 April – Pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak sekian lama, malam ini muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya Raja Petra menegaskan, beliau berbuat demikian kerana didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Najib menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Wah, senang betul jadi blogger pembangkang. Teringat nak tulis, tulis. Rasa nak hentam, hentam sahaja. Kalau perlu fitnah, reka sahaja cerita.

Lepas tu, cuci tangan dan blah ke luar negara. Kita yang tinggal di Malaysia ni, pandai-pandailah jaga negara.

Sumber: utusan online

Wednesday, April 13, 2011

Pengundian bermula

BH 13/04: Sejumlah 18,363 pengundi pos pilihan raya negeri Sarawak hari ini mengundi di beberapa lokasi ditetapkan SPR.

Nota selamat tinggal

KUALA LUMPUR 11 April – Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa nota ‘selamat tinggal’ yang dijumpai dalam beg sandang Teoh berkemungkinan merupakan hasil tulisan tangan setiausaha politik Exco Selangor itu.

Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yong berkata, pengesahan itu dibuat dengan membandingkan nota itu dengan tulisan tangan dan tandatangan Teoh yang diambil oleh penyiasat bebas Michael Leslie Squires dari pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah Wong berkata, dokumen itu kemudian diserahkan oleh Leslie kepada Wong pada Mac lalu di Jabatan Kimia Petaling Jaya dan mendapati tulisan tangan Teoh adalah sama dengan nota itu.

Teoh, 30, setiausaha politik Ean, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Wong yang sebelum ini pernah memberi keterangan dalam inkues Teoh di Mahkamah Shah Alam, mengesahkan sebahagian tulisan Bahasa Malaysia pada nota yang ditemui dalam beg sandang Teoh dan tulisan di buku notanya dimiliki orang yang sama.

Pada 20 September 2010 pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal telah mengemukakan nota yang telah diterjemahkan oleh jurubahasa Mandarin dalam prosiding inkues.

Dalam prosiding hari ini, beliau menjelaskan sesuatu keadaan akan menjadi sukar sekiranya tulisan tangan seseorang terdapat pada sesuatu dokumen yang mana dibuat salinan lain.

“Kesukaran itu berlaku terutamanya dari segi garisan, tekanan dan dakwat yang digunakan pada sesuatu dokumen,” katanya ketika disoal peguam Christoper Leong dari Majlis Peguam. Ketika ditanya Leong berapakah karakter tulisan Cina yang dijumpai oleh Wong ketika pemeriksaan dibuat ke atas dokumen yang bertulisan Cina, Wong berkata:"

Saya hanya menjumpai lima sampel karakter tulisan Cina yang sama dengan tulisan pada buku nota Teoh yang ditemui, iaitu ”yang”,”de”,”you”,”au” dan ”zi””. Wong yang merupakan saksi ke-32 itu memberitahu pada kebiasaannya memerlukan sekurang-kurangnya lima huruf dalam bahasa Cina untuk dijadikan contoh, tetapi ia juga bergantung kepada situasi dalam kes-kes lain.

Wong turut memaklumkan kesemua buku nota dan nota tulisan tangan Teoh yang telah diterjemahkan itu ke Bahasa Melayu adalah tulen.

Bagaimanapun, kenyataan Teoh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diterima dalam bentuk salinan kecuali buku nota, nota tulisan tangan dan kad kredit Teoh adalah tulen.

Sementara itu, ketika disoal Leong kenapa terdapat perbezaan tanda tangan pada kenyataan SPRM yang ditanda tangani oleh Teoh, Wong berkata: “Tidak semua individu dapat menghasilkan tanda tangan yang sama setiap masa kerana dipengaruhi dan bergantung kepada situasi seperti tekanan, getaran tulisan dan sebagainya,”. Suruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ”keputusan terbuka”.

Prosiding bersambung esok. – Bernama

info : http://utusan.com.my 

Tuesday, April 12, 2011

Video penduduk usir PAS di Miri



Video:
dari blog GAP

Nik Aziz dan Najib

"Pok Nik tengok tu... Ambo doh siapkan rumah sorang satu untuk rakyat Malaysia sebelum ambo mati.


"Pok Nik tahu apo pasal apo ambo angkat jari '1' mace gini? Ha! Betul tu Pok Nik... ini isyarat shahadah kito. ni.
 Kito buke hanya ado satu Malaysia, kito jugok hanya ado Satu Tuhan.

Foto:

isu agama di Sarawak

Nampaknya pembangkang akan berbuat apa sahaja demi undi. Malah jika tidak dapat undi, keadaan yang tidak tenteram cuba diwujudkan.



Demang nak lihat apakah tindakan yang akan diambil ke atas si penghasut tersebut!

Sumber:

Hadi pernah hina orang Sarawak


Demang tumpang malu dengan kenyataan Hj Hadi di atas.

Beginikah yang dikatakan ulama? Kerana kerbau seekor membawa lumpur habis semua terpalit?

Demang fikir sudah sampai masanya parti politik dihalang daripada menggunakan nama Islam.

Parti adalah parti. Parti ada perlembagaan sendiri dan peraturannya berubah-ubah mengikut keadaan.

Parti bukannya agama.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)