Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, March 31, 2017

Doktor herba


Rupa-rupanya belum habis lagi geram segelintir doktor perubatan modern terhadap rawatan alternatif seperti herba. Demang rasa mereka itu doktor-doktor muda.

Demang taknak lah dedah nama-nama doktor yang diam-diam mendapatkan rawatan alternatif sebab nanti doktor-doktor tersebut pulak dedahkan betapa Demang yang terlibat secara langsung dalam industri rawatan alternatifpun terang-terang ke klinik dan hospital biasa. 😁

Apalah nak dipelikkan dengan sebotol minyak yang boleh merawat pelbagai penyakit? Semua ilmu daripada Allah,  bahkan tidak bergerak satu zarahpun tanpa izin Allah taala.

Berlapang dadalah dan berfikiran positiflah sentiasa. Mana-mana ubatpun bukan ada kuasa apa-apa. Apabila berhadapan dengan orang yang ditimpa masalah, wajarlah kita membantu mengikut kemampuan yang Allah pinjamkan.

Contohnya,  jika berada di tempat kemalangan. Ada yang tolong angkat mangsa,  ada yang cuba balutkan luka, ada yang bantu panggilkan ambulan,  dan ada yang hanya berdiri dengan wajah penuh simpati.

Masing-masing memberi sumbangan dan jika mangsa masih mampu melihat,  tentu dia rasa terharu dan gembira betapa di saat ditimpa musibah ramai yang sedia membantu.

Itu sahaja.

Jika pengamal perubatan modern mendakwa ubat mereka lebih terjamin dengan pelbagai bukti eksperimen,  ketahuilah bahawa perubatan herba juga melalui tempoh pemerhatian dan pengalaman sebenar beratus tahun. Pengguna bukan bodoh dan mereka tidak hanya mengikut kata perawat semata-mata.

Pesakit mungkin tak sedar tetapi keluarga mereka tidak buta.

Kalau diungkit soal harga atau bayaran yang dikenakan,  itu Demang rasa bab lain. Demang sendiri tidak setuju caj rawatan yang boleh membebankan pengguna. Itu sebabnya elok dipelbagaikan kaedah rawatan supaya para pengusaha, baik perubatan modern atau herba tidak boleh sesuka hati menaikkan harga.

Kita terbitkan persaingan sihat yang menguntungkan semua pihak. Tak gitu? 

Monday, March 27, 2017

Hospital ditutup doktor ditamatkan


"Kalau macam ni tutuplah hospital, takde kerjalah kami."

Ayat di atas adalah komen dalam facebook rakan saya. Oleh kerana saya malas bergaduh dengan doktor maka saya tidak menyampuk.

Kalau ikutkan,  mahu juga saya membalas begini:

Jangan bimbang. Doktor 'kan orang cerdik dan cerdas.  Kalau ternyata perubatan herba lebih bagus,  doktor cuma perlu beralih konsep rawatan sahaja. Kalau sebelum ni doktor pakar perubatan kimia dan dadah,  selepas ini doktor tambah satu lagi kepakaran iaitu pakar herba.

Perubatan herba bukan penemuan baru bahkan ia lahir mungkin hampir serentak dengan kemunculan manusia pertama di muka bumi ini.

Ia telah teruji oleh masa.

Perubatan modern pula masih dikira baru. Masih belum kental menghadapi cabaran dunia. Malah banyak kes kita lihat perubatan modern buntu menghadapi beberapa penyakit bahaya dan akhirnya tewas.

Kenapa?  Kena muhasabah.

Dalam masyarakat Melayu perubatan herba lazimnya berganding dengan amalan perubatan Islam. Proses rawatan tidak semata-mata bersandar pada bahan ramuan bahkan dibalikkan segalanya pada kuasa Allah yang bukan sahaja pencipta sekalian alam malah mentakdir dan mentadbir setiap perkara yang berlaku secara terperinci.

"Tidak bergerak walau satu zahrah tanpa izin Allah."

Adakah dalam amalan perubatan modern konsep ini menjadi tunjang? Jika para mahaguru perubatan modern berakar umbi di negara bukan Islam,  bagaimana 'ruh' ini dapat diserapkan?

Justeru jangan hairan dan jangan berasa satu kelucuan apabila mendapati masyarakat Melayu yang kental keislamannya lebih akrab dengan perubatan herba dan rawatan Islam.

Ada pesakit yang telah bertahun-tahun kena strok akhirnya sembuh setelah menggunakan minyak herba. Apa pendapat doktor?

Nanti dulu. Jangan tergesa buat kesimpulan. Dalam satu kes lain seorang pesakit yang kena strok langsung tiada perubahan walau dilumur berbotol-botol minyak herba yang sama.

Apa maksudnya? Maka kita kena kembali pada firman Allah taala tadi: "Tidak bergerak walau satu zahrah tanpa izin Allah."

Kalau begitu, apa faedahnya minyak herba tadi?

Untuk soalan tersebut saya bukanlah orang yang ada ilmu untuk menghuraikannya. Doktor kena cari guru murshid dan belajar.

Apapun,  apa sahaja kaedah perubatan lain jangan ditolak terus. Berlapang dada dan raikan semua cabang ilmu. Bertanyalah dengan doktor-doktor veteran yang telah melalui pelbagai pengalaman.

Wallahu'alam.


Sunday, March 26, 2017

Gerombolan u turn



Dulu tak perasan
Anwar itu banyak cengkelatnya
Tapi tiba-tiba ramai yang perasan
Maka dibongkar segala tabiat peliknya

Dulu tak perasan
Mahathir amat teruk pentadbirannya
Tapi tiba-tiba ramai yang perasan
Maka diselongkar segala kediktatorannya

Dulu tak perasan
Hishamudin itu maskulin orangnya
Tapi tiba-tiba ramai yang perasan
Maka menanglah ia sekali lagi

Dulu tak perasan
KJ hebat pemikirannya
Tapi tiba-tiba ramai yang perasan
Maka ramai yang memujinya semula

Dulu tak perasan
Nazri Aziz rupa-rupanya banyak baiknya
Tapi tiba-tiba ramai yang perasan
Maka ramai yang memanggilnya chif dan bos

Dulu Demang tak perasan
Adakah semua yang berbalik arah itu memang begitu sokongannya dulu
Tapi tiba-tiba Demang perasan yang Demang sendirian berjalan ke depan.

Baguslah.  Yang dulunya tak perasan, kini sudah perasan.

Demang percaya tak lama lagi ramai yang tak perasan Najib itu pemimpin yang bagus akan tiba-tiba menjadi orang yang sangat perasan.

Demang juga lebih-lebih percaya ramai yang tak perasan Zahid itu memiliki visi Islam akan tiba-tiba menjadi perasan suatu ketika nanti.

Anda perasan tak?



Sunday, March 19, 2017

Rumah siap pahat berbunyi



Kenapa hanya risaukan pada bunyi pahat? Kenapa tak tanyakan berapa budget yang ada ketika merancang plan rumah tersebut?

Lebih penting lagi, kenapa tak mahu bersyukur bahawa rumah yang baru siap ini lebih baik daripada sebelumnya?

Mungkin bunyi pahat itu sekadar untuk mencantikkannya lagi dengan ukiran dan hiasan tambahan.

Bersyukurlah dan Allah akan tambah.
Minyak Morha
(Morhabshi) 


Eropah bakal jadi negara Islam


Allahakbar. Ini adalah ujian besar ummat Islam.

Demang katakan ia satu ujian kerana guru Demang berpesan,  baik atau buruk sesuatu kejaduan, semuanya ujian daripada Allah.

Apabila isu ini meletup,  seluruh masyarakat dunia sekali lagi akan memandang ummat Islam dan negara yang majoriti penduduknya muslim & mukmin. Justeru eloklah kita tunjukkan ciri sebenar ummat Islam. Jaga pekerti,  adab,  dan tingkah laku.

Dengan itu masyarakat dunia yang majoritinya cintakan kebaikan akan menerima Islam.

Insya-Allah.

Mari kita baca artikal penuh:

Chancellor Angela Merkel said that Germans have failed to grasp how Muslim immigration has transformed their country and will have to come to terms with more mosques than churches throughout the countryside, according to the Frankfurter Allgemeine Zeitung daily.

“Our country is going to carry on changing, and integration is also a task for the society taking up the task of dealing with immigrants,” Ms. Merkel told the daily newspaper. “For years we’ve been deceiving ourselves about this. Mosques, for example, are going to be a more prominent part of our cities than they were before.”
Germany, with a population of 4-5 million Muslims, has been divided in recent weeks by a debate over remarks by the Bundesbank’s Thilo Sarrazin, who argued Turkish and Arab immigrants were failing to integrate and were swamping Germany with a higher birth rate.
The Chancellor’s remarks represent the first official acknowledgement that Germany, like other European countries, is destined to become a stronghold of Islam. She has admitted that the country will soon become a stronghold.
In France, 30% of children age 20 years and below are Muslims. The ratio in Paris and Marseille has soared to 45%. In southern France, there are more mosques than churches.

The situation within the United Kingdom is not much different. In the last 30 years, the Muslim population there has climbed from 82,000 to 2.5 million. Presently, there are over 1000 mosques throughout Great Britain – – many of which were converted from churches.

In Belgium, 50% of the newborns are Muslims and reportedly its Islamic population hovers around 25%. A similar statistic holds true for The Netherlands.
It’s the same story in Russia where one in five inhabitants is a Muslim.

Muammar Gaddafi once stated that “There are signs that Allah will grant victory to Islam in Europe without sword, without gun, without conquest. We don’t need terrorists; we don’t need homicide bombers. The 50 plus million Muslims (in Europe) will turn it into the Muslim Continent within a few decades.”
The numbers support him.

Minyak Morha
(minyak morhabshi) 


Saturday, March 18, 2017

Ikan kembung naik harga


Dulu-dulu apabila disebut taukey maka terbayang lelaki berkulit putih kuning, mata sepet, muka bulat (kembang),  dan yang penting perutnya buncit (kembung).

Kalau orang kampung pula kurus kering, muka cengkung, dan hisap rokok daun. Kalau sorang-sorang dia suka duduk termenung atau tidur, dan jika beramai,  bergebanglah kerjanya

Itu tipa piawai (standard) 1970an tetapi jangan dipercayai sangat. Penghakiman yang tidak berfakta.

Buncit, termenung, dan kembung mungkin tiada kena mengena dengan ikan kembung tapi masih dikira bau-bau bacang. Kira kuatlah tu.

20 tahun lalu ikan kembung cuma RM2 sekilogram. 10 tahun selepas itu RM4 dan dalam setahun dua ini mencecah RM20.

Dari segi matematik,  peningkatan adalah sekata iaitu sekali ganda. Kalau dari 2 kepada 4 masih normal tetapi kalau dari RM10 menjadi RM20 sudah jadi luar biasa.

Ada orang salahkan kerajaan. Itu Demang setuju. Kata mereka,  kerajaan patut kawal harga dengan peraturan ketat. Itu Demang kurang setuju.

Kalau kita belajar asas ekonomi,  harga ditentukan oleh pasaran. Jika tinggi permintaan harga akan naik. Jika penawaran berlebihan, harga akan jatuh.  Apatah lagi jika ikan kembung itu dah pecah perut.

Cadangan Demang, perbanyakkan tangkapan ikan. Bagi insentif untuk rakyat jadi nelayan laut dalam. Yang takut ke laut atau bini tak bagi tinggalkan rumah lama-lama,  boleh ternak ikan dalam sangkar.

Itu plan jangka sederhana dan jangka panjang.

Dalam pada itu pemantauan dan penguatkuasaan perlu diperketat. Lauk pauk adalah perkara asas. Gen Y dan Gen Z mungkin boleh makan spagheti cicah sos. Orang tua macam Demang masih teringin makan nasi dengan ikan kembung goreng,  dan sambal belacan.

Kenaikan harga makanan memang buat rakyat pening kepala. Mereka tidak tahu nak salahkan siapa. Selain ajar rakyat bersyukur (itu wajib), peniaga yang memanipulasi keadaan perlu ada tindakan.

Jangan sampai rakyat berang dan terjemahkan semasa mengundi.

Demang rasa itulah tujuan si perut kembung. Dapat sekali berkuasa, mereka banyak muslihat bagi mengubah Malaysia menjadi Singapura.




Thursday, March 16, 2017

Layakkah membeli perhiasan rumah


Balkoni itu tambahan. Lukisan di dinding itu hiasan. Begitu juga lantai mozek, perabot cantik,  radio tv, dan langsir. Semuanya hanya tambahan dan perhiasan. Semua itu boleh kita miliki hanya setelah yang asas disempurnakan.

Pada agakan Demang yang cetek ilmu ini,  yang layak mempunyai benda-benda itu ialah golongan wali dan anbia' atau sepaling tidakpun orang yang menyempurnakan solat serta amalan fardhu lain.

Itu sebabnya kita selalu merasa hidup ini terlalu susah. Kita berhempas pulas untuk mendapatkan perkara tambahan padahal perkara asas belum disempurnakan. Tidak sedikit juga yang bimbang apabila sudah memenuhi kewajipan asas maka ia tidak lagi merasa perlu pada perkara lain.

Apabila kita gagal menyempurnakan kewajipan asas itu bermakna kita belum layak memiliki perkara tambahan,  apalagi perhiasan. Jika kita paksakan diri juga maka kita akan berhutang atau mendapatkannya secara tidak sah. Dapat memang boleh dapat tetapi adakah kita benar-benar berhak?

Hutang perlu dibayar dan perbuatan mengambil tanpa hak akan didenda. Itulah yang kita hadapi sekarang.  Kita dibebani dengan pelbagai masalah yang sebenarnya satu proses menampung hutang akibat berbelanja di luar kemampuan.

Jika tidak lunas segala hutang,  di akhirat kelak akan didenda dengan hukuman.

Minyak Morhabshi

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)