Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, December 28, 2008

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Sebaiknya Doa Akhir Tahun ini dibaca sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bagi sesuatu tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun dibaca apabila masuk waktu Maghrib. Taqwim Islam merujuk pada kitaran Bulan (al-Qamar) yang ditandakan dengan kemunculan anak bulan. Oleh itu sesuatu ‘Hari’ itu dikira mulai sekitar waktu Maghrib. Hal ini berbeza dengan kalendar yang merujuk pada pusingan Matahari (Assyams)

Doa Akhir Tahun

Bismillahirrahmanirrohim

Segala puji itu untuk Allah tadbir sekalian alam; semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas junjungan kami nabi Muhammad s.a.w, keluarganya, dan para sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Perkara-perkara yang telah kami lakukan dari yang telah Kau larangi dalam tahun ini yang masih belum kami taubat darinya walhal tiada Kau redhai dan Kau Tuhan kami memang tidak melupakannya; Tuhan yang tiada sifat lupa. Dan Tuhan kami yang bersifat lemah lembut tidak mengazabkan kami malah memberi peluang kepada kami bertaubat setelah tercebur dalam perlakuan maksiat; maka kami memohon ampun.

Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang-panjang tahun ini yang Kau meredhainya dan telah Kau menjanjikan ganjaran-ganjarannya; maka kami sekalian memohon ya Allah, Tuhan kami yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Semoga kau perkenankan perbuatan kami yang telah kami lakukan itu dan tidak Tuhan kami hampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.


Doa Awal Tahun Hijrah

Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian alam rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan atas keluarganya dan para sahabatnya.

Ya Allah wahai Tuhan kami; Dikaulah jua Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahanMu adalah limpahan yang amat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini dari tipu daya syaitan yang terlaknat dan balatenteranya.

Dan kami memohon kepada-Mu akan pertolongan, agar tidak mengalah pada runtunan hawa nafsu yang mendorong pada jalan kejahatan.

Kami memohon juga pada-Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu.

Ya Allah Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia, ya Allah Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat , barang dicucuri rahmat apalah kiranya ya Allah dan juga kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarganya dan para sahabatnya.

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

Amin.

4 comments:

Taminsari said...

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1430.
Semuga apa yang kita lakukan akan mendapat keredaan dari Allah swt.
Insya Allah.

Salam perjuangan
Taminsari
belantan.blogspot.com

zul rahman said...

assalamualaikum warahmatullahi wb,

Salam Maal Hijrah 1430H sahabatku Demang.

semoga Hijrah kali ini memberikan kita lebih lagi pemahaman tentang hijrah yang sebenar-benarnya hijrah, insyaAllah.

Demang Lebar Daun said...

Taminsari & zulrahman,
Selamat menyambut maal hijrah. Insya-Allah, perjuangan kita adalah untuk kesejahteraan semua manusia akan diberkati Allah. Hanya mereka yang buta hati sahaja menuduh perjuangan kita sekadar untuk kaum sendiri. Padahal merekalah yang mementingkan kaum sendiri dan menyanggaah perpaduan.

Panglima Perang Cyber said...

saya nak AMIN doa awal dan akhir tahun Demang !

Moga setiap tahun kita sentiasa lebih baik dari tahun sebelumnya..

Salam perjungan menjaga Alif Ba Ta.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)