Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, December 10, 2008

Pasar Payang: sampai bila mampu bertahan?

Masjid kristal yang hebat dan mempersonakan.




Rasulullah ajar kita: "Kebersihan separuh daripada iman". Sudahkah kita melakukannya?






Jangan salah faham. Demang bukan mempersoalkan fizikal bangunan tersebut walaupun terasa ngeri ketika 'memanjat' ke tingkat empat tempat meletak kereta di situ. Maklumlah, waktu Demang ke situ hujan turun hampir 48 jam tanpa henti. Air bergenang di mana-mana. Mulanya Demang sangkakan akibat tempias. Namun apabila kepala Demang mula ditimpa titis kasar air daripada atas, tahulah Demang bahawa terdapat kebocoran di beberapa tempat.

Demang juga bukan maksudkan pereputan bangunan akibat anai-anai yang membiak bersama sampah sarap yang berlambak di merata tempat sekitar bangunan itu.

Demang juga tidak risaukan kemampuan para peniaga di situ menguruskan perniagaan. Mereka memang mahir berurus niaga dengan pelanggan.

Yang Demang khuatir ialah berapa lama lagi para pengunjung sudi singgah dan membeli belah di bangunan usang itu?

Orang melayu hari ini sudah jauh berbeza. Cita rasa dan keinginan sudah berubah. Mereka bukan lagi membutuhkan keperluan asas malah mendambakan keselesaan dan prestij.

Lihat sahaja kenderaan yang dipandu, rumah yang dimiliki dan restauran yang disinggahi. Citarasa dan kemampuan orang Melayu sudah jauh berubah.

Samada mahu mengakui atau tidak, taraf hidup orang Melayu sudah jauh berubah.

Sudah sepatutnya bangunan Pasar Payang diganti baru sebelum ada orang lain pula yang mengambil alih peranannya sebagai destinasi membeli belah yang baru. Kalau sudah ada pilhan lain sudah tentu kita tidak mampu menahan pelanggan daripada beralih tumpuan.

Cuma apabila dibina bangunan baru itu nanti, janganlah pula sewanya terlalu tinggi sehingga para peniaga sukar bersaing dengan tempat lain. Di samping memberi keselesaan dan menarik pengunjung yang berkemampuan, pelanggan dari golongan rendah jangan diabaikan. Jangan sampai golongan yang kurang mampu sekadar menjadi pemerhati di premis baru. Lebih malang lagi jika para peniaga lama itu terpaksa mencari bangunan buruk lain untuk berniaga lantaran tidak mampu membayar sewa di bangunan baru.

Selain daripada kecacatan Pasar Payang tersebut, keseluruhannya negeri Terengganu masih antara destinasi terbaik untuk dikunjungi. Aset utama negeri unik tersebut ialah bentuk muka bumi, pakaian, makanan, dan keramahan penduduknya.

Memasuki Terengganu melalui Pahang memang memberi kesan ketara kepada para pengunjung. Sejak melepasi Cherating dan memasuki Kemaman lagi kita sudah terasa perbezaannya. Jika Pahang menyajikan pemandangan bergunung ganang dengan rimba malar hijau, Terengganu membentangkan tanah landai dengan hembusan bayu pantai serta pemandangan yang mempersonakan: terasa berada di negeri asing terutama melihat kawasan industri petroleum di kiri-kanan jalan.

Tambah menarik lagi di sepanjang jalan terdapat gerai-gerai menjual makanan tradisional seperti keropok, otak-otak, sata, dan air nira.

Empat jenis makanan itu Demang catatkan kerana walaupun boleh didapati di tempat lain namun mungkin tidak seenak di Terengganu.

Sarapan pagi, kami dijemput ke rumah seorang sahabat bagi menikmati nasi dagang, nasi lemak, dan keropok lekor yang sungguh enak. Terima kasih encik Zamri sekeluarga dan tahniah atas lantikan sebagai Penolong Pengarah di JPN Terengganu.

Tengahariyan pula, kami memenuhi jemputan seorang ustaz dan dihidangkan gulai ayam kampung.

Nampaknya Terengganu perlu dimasukkan dalam senarai destinasi pelancongan utama. Malah kunjungan di musim tengkujuh ini pun masih mampu menggembirakan kami.

Kepada calon pilihanraya kecil KT nanti, jengok-jengoklah Pasar Payang. Jangan biarkan para peniaga di situ bergelut sendirian. Memanglah undi mereka tidak banyak tetapi dengan adanya bangunan itu memberi gambaran berjaya atau tidaknya pemimpin di situ.

Demang percaya, penduduk KT faham betapa undi mereka amat penting bagi menguatkan kerajaan yang dikuasai Melayu. Pembangkang sudah cukup kuat dan tak perlu ditambah lagi. Bertindaklah secara rasional, bukan emosional. Barangkali calon PAS nanti seorang yang hebat namun keperluan perjuangan hari ini ‘tidak membenarkan’ kita melemahkan lagi ‘survival’ kita di bumi yang nyata asalnya milik kita.

Demang amat percaya, jika pembangkang diberi kemenangan lagi kali ini, semakin galaklah kaum lain mengikis hak orang Melayu.



Sedikit tentang ‘assobiyah’:

Demang amat hairan di kala Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi sendiri memberi amaran dan arahan agar hak orang Melayu jangan dipertikaikan, masih ada golongan yang mengatakan perjuangan membela orang Melayu sebagai ‘assobiyah’. Padahal, golongan itu sendiri tidak begitu jelas dengan maksud ‘assobiyah’ yang dijadikan modal politik itu.

Demang tidak mahu memberi kuliah tentang sejarah ‘assobiyah’ dan perbezaannya dengan perjuangan di Tanah Melayu. Cuma Demang ingin menyebut semula satu definisi daripada seorang ustaz merangkap sahabat dan bapa saudara Demang: “assobiyah ialah mengambil hak kaum lain untuk diberikan kepada kaum sendiri.” Jika dilihat realiti di Malaysia, penduduk Melayu-bumiputera mewakili hampir 65% daripada penduduk Malaysia. Sedangkan agihan dalam DEB cuma 30% sahaja. Jika konsep kesamarataan dipatuhi, sepatutnya Melayu-bumiputera layak mendapat peruntukan 65%.

Kenyataannya; Melayu-bumiputera sekadar berkongsi lebih kurang 18% sahaja. Fikir-fikirkanlah. Apakah 18% itupun mahu diberikan juga pada orang lain?

Orang cina sudah menguasai 98% ekonomi negara ini sejak merdeka. Dengan adanya DEB kita merangkak kepada 18%. Selama itu orang melayu tidak pernah berusaha merampasnya. Para pemimpin sekadar berusaha memperbesarkan kek ekonomi agar agihannya nanti akan lebih besar, tetapi bukan menyeluruh. Sebesar manapun kek ekonomi, orang bukan melayu tetap berada di depan.

Sekian lama orang Melayu memegang politik negara, tidak pernah merampas pemilikan orang bukan Melayu. Malah orang bukan Melayu bebas memiliki harta semahunya. Kaum India yang cuma beberapa peratus itupun mampu menghasilkan bilionaire hebat seperti Ananda Krishna dan tokoh pemimpin seperti Samy Vellu.

Kenapa diganggu hak orang Melayu untuk menjadi pentadbir dan penguasa sedangkan selama ini orang Melayu tidak mengganggu ekonomi kaum lain?

Ingat, bangsa cina pun biasa berperang sesama sendiri di negara China kerana berebut harta dan kuasa. Maka tidak mustahil nanti setelah kaum cina memegang kuasa dan ekonomi di Malaysia, mereka akan bergaduh sesama sendiri dan merosakkan negara ini.

Demang cuma mengingatkan kemungkinan yang ada... sebab sudah ada orang Melayu yang mengganggap jika orang cina menguasai Malaysia semua masalah akan selesai dan negara ini akan jauh lebih maju. “Lihat sahaja Singapura...” kata mereka. Mereka lupa tentang banyak perkara yang berlaku di pulau Temasik itu...

8 comments:

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Mari kita flagkan blog pedestrianinfidel.blogspot.com dan surind.blogspot.com kerana Allah

PENA MINANG said...

Ini lah perangai orang Islam di MALAYSIA. Kadang-kadang kalau kita tgk orang kapir (Jepun) negara mereka lebih bersih dari negara Islam

paneh said...

lama dah tak ke pasar payang. tapi org kata kalo nak beli tudung murah di sana sebenarnya takdelah murah sangat. tapi sebagai kawasan yang menjadi antara tarikan pelancongan, tempat tu kenalah diambil berat keadaan sekelilingnya.

bab assobiyah ni biasalah, walau apa pun yg kita jelaskan pada orang2 pas..mereka tetap susah nak terima.

Sedingin Salju said...

Ha, Pasar Payang, saya pernah pergi tahun lepas masa lawatan ke Terengganu.

Taminsari said...

Salam perjuangan,

Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.

Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.

Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.

Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

taminsari
belantan.blogspot.com

senyumsempoi said...
This comment has been removed by the author.
senyumsempoi said...

Assalamualaikum,

Terimakasih kerana sudi menjengah website MOHAF yang baru nak berjinak.

Mengenai PAS, Melayu terpengaruh kerana ada 'AGAMA ISLAM' dan lambang bulan. Di segi perjuangannya lebih penting individu dan survival parti daripada menegakkan Islam dan bangsa Melayu. Cenderong ke arah assobiyah.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

minta mb alihkan pasar tu ke seberang takir. buat jambatan maka lagi cantek. jambantan tu pun mahal tu sebab lintas lautan... tentu yang dapat projek tu billioner....

mb amacam... bijak tak kawan kau ni...akulah kawan kau semasa kau jadi ado setiu dulu. tak ingat...? tak apalah sebab kau dah jadi orang besar sekarang. biasalah tu...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)