Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, August 20, 2009

Restruktur UMNO & PAS

Nampaknya kemelut kedua-dua parti Islam tersebut masih belum reda cuma angin sedang bertukar arah. Jika sebelum ini UMNO menerima persepsi negatif berikutan pengkhianatan sekutu bukan Melayunya dalam PRU12, kini PAS pula sedang dipertikai oleh rakyat.

Kenyataan terbaru Nik Aziz bahawa penyokong UMNO tidak masuk syurga sekali lagi mengundang kecelaruan dan akhirnya menambah luas jurang perpecahan ummat Islam di negara ini.

Apapun, percaturan politik kedua-dua parti memang meresahkan dan membingungkan rakyat. Ekoran dari itu menerbitkan rasa meluat terhadap ahli politik.

Meskipun DS Najib bertungkus lumus melakukan pelbagai perubahan positif namun masih terdapat pemimpin di peringkat pertengahan yang gagal memahami aspirasi kepimpinan beliau.

Padahal buku 1 Malaysia sudah disebarluas. Pelbagai seminar, wacana, kursus dan sebagainya berisi kertas kerja para intelektual sudah dijalankan. Maka jika masih ada yang tidak mengerti, eloklah mengundur diri.

Masalah UMNO ialah di peringkat pertengahan, iaitu gagal mengikut rentak pemimpin atasan manakala masalah PAS ialah di peringkat atasan yang terjerat dengan muslihat PKR dan DAP.

Peringkat bawahan, mana-mana pun sama!

Justeru satu gerakan baru perlu dilancar bagi menyelamatkan kedua-dua parti tersebut. Tugas itu terletak di bahu kita semua.

Setakat ini Demang belum ada idea yang jelas untuk mengembalikan PAS pada perjuangan yang menguntungkan ummat Islam. Tak apalah. Setakat ini PAS cuma memiliki 23 kerusi parlimen, tercorot di belakang DAP dan PKR.

UMNO lebih sesuai untuk didukung dengan pencapaian konsisten sehingga kini. Dalam PRU12, UMNO memiliki lebih 80 kerusi parlimen. UMNO berada jauh di hadapan berbanding MCA dan MIC iaitu sekutu di dalam BN.

Untuk memperbetulkan perjuangan UMNO rasanya tidaklah begitu sukar. Malah dengan situasi yang ada hari ini, ia lebih mudah dicapai apatah lagi dengan adanya kesungguhan kita semua sebagai rakyat.

Baik UMNO mahupun PAS, kedua-duanya hanyalah sebuah organisasi. Penggeraknya tetap manusia. Siapa lagi kalau bukan kita?

Apapun hala tuju, tingkah laku, imej, dan sebagainya, manusia lah yang menentukan. Organisasi hanya sebuah alat. Bahkan perlembagaan partipun boleh diubah sekiranya kita mengkehendakinya.

Dalam perjuangan, networking amat penting. UMNO sudah terbukti sejak sebelum merdeka lagi mempunyai jaringan yang luas, stabil, dan dinamik. Maka adalah lebih efisyen jika kita menggunakan UMNO sebagai wadah perjuangan Islam.

Para pemimpin UMNO bukan tuhan, bukan rasul atau nabi, bukan wali dan bukan juga sultan. Semuanya boleh diubah dan ditukar ganti. Jika kita tidak berkenan, cari sahaja yang baru, yang lebih berkualiti.

Kualiti dalam kepimpinan bukan sekadar diukur pada gulungan sijil, ijazah, serta pengiktirafan akademik. Sebaliknya pemimpin yang berkualiti mempunyai networking yang luas, kental, dan dinamik.

Pemimpin yang berkualiti diterima bukan sahaja oleh satu golongan. Malah jika terdapat banyak kumpulan, beliau mampu diterima oleh lebih daripada 2/3 daripada kumpulan-kumpulan tersebut.

Jaringan atau networking tidak muncul sendiri sebaliknya dibina dengan tekun dan sabar dalam tempoh masa yang panjang. Anda tidak boleh menyertai sesuatu kumpulan dan berharap diterima menjadi ketua. Anda perlu membinanya sendiri.

Demang mengesyorkan kita perkasakan UMNO. Ubah lah apa yang kita rasa perlu diubah. Daftarlah sebagai ahli UMNO yang sah. Bina networking anda sendiri. Buktikan bahawa anda mempunyai kualiti sebagai pemimpin Islam sejati. Kenapa sekadar mengharapkan orang lain melakukan yang terbaik untuk kita?

Sekarang masanya kita mengubah UMNO dengan tangan kita sendiri.

JOM!




1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Apa khabar? Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1430.

Semoga kita sama-sama dapat beramal ibadat pada bulan yang mulia ini.
Semuga juga hati-hati orang Melayu dilembutkan ALlah swt bertaut semula demi masa hadapan bangsa, Agama dan Negara. InsyaAllah swt.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)