Selepas 9 Julai 2011 Nampaknya hasrat pembangkang untuk melihat ratusan ribu rakyat menyerang KL hampir menepati sasaran. Meskipun semalam cuma sekitar 10 ribu orang sahaja yang berdemonstrasi namun pagi ini tidak kurang 50 ribu orang memenuhi beberapa lokasi utama di ibu kota sejak pagi tadi. Tinjauan Demang mendapati orang ramai bertumpu di sepanjang jalan TAR dan Masjid India tanpa menghiraukan hujan renyai yang sedang turun. Menariknya, hampir tidak ada anggota keselamatan yang bertugas biarpun kedai-kedai di situ termasuk Sogo diserbu orang ramai tanpa henti. Demang sempat mendapatkan pandangan seorang lelaki yang Demang temui turut berada di situ. Beliau memberitahu keramaian yang begitu memang lazim apatah lagi tidak lama lagi ummat Islam akan menyambut perayaan besar. Lelaki yang menjadi pembantu kedai kain itu melahirkan rasa syukur kerana dapat mencari rezeki di negara ini. Sudah tentu kemakmuran begini tidak datang begitu sahaja tanpa pentadbiran yang bijaksana serta perancangan yang rapi. "Jika rakyat tiada wang, bagaimana mereka boleh berbelanja untuk perayaan?" tambah lelaki yang berasal dari Pakistan itu sambil merenung jauh. Barangkali si Pakistan itu teringat anak bininya yang jauh di tanahair. Apa boleh buat, beliau terpaksa merantau jauh untuk mencari rezeki memandangkan kerajaannya yang sering bertukar ganti. |
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
4 comments:
Tak rock lah bro...sabtu depan buat lagi baru betul rock...baru Nato datang bom Malaysia...bersih semua juak juak pecacai Dapig.
nak terkentot aku dgr mamat ni cakap pg ni 50 ribu org dtg nak buat demo......kah.....kah agak2 lah wei nak kencing....
Mie, baca bagi faham bukan setakat baca je.
Apa nak buat, rakyat asing tahu betapa nikmatnya Malaysia yang aman damai tapi pihak pembangkang Malaysia dan penyokong mereka pula nak huru harakan negara. Tak pernah mahu bersyukur. Tak hargai apa yang mereka ada. Lagi besar serban kepala lagi kosong..penyokong pula pak turut je..
Post a Comment