Dah lama Demang tak berkisah. Dinihari ini Demang nak berkongsi satu cerita yang diberikan seorang sahabat.
Kisah ini berlaku di suatu zaman, di sebuah pusat pengajian Islam.
Pada suatu hari sheikh madrasah tersebut mengumumkan ketua pelajar yang baru untuk suatu tempoh.
Lantikan tersebut rupa-rupanya menimbulkan rasa kurang senang seorang penuntut yang lebih senior di situ. Rasa tidak puas hati tersebut diluahkan kepada sheikhnya.
Pak Sheikh memanggil kedua-dua penuntut itu mengadap beliau. Sheikh tersebut mengambil sebatang pena dan membuat dua tanda 'X' di dinding putih di hadapan mereka.
Pak Sheikh meminta kedua-dua penuntut itu memberitahu beliau apa yang mereka lihat.
Penuntut senior yang memakai kepiah hijau dengan bulatan putih di tengahnya itu memberitahu bahawa dia melihat dua tanda 'X'.
Penuntut kedua pula menyatakan bahawa dia melihat 'sebuah dinding putih yang besar dan terdapat dua tanda 'X' di tengahnya'.
Itulah gambaran orang PAS yang sering melihat masalah kecil pada kerajaan dan melupakan begitu banyak perkara baik yang telah dilaksanakan kerajaan sejak merdeka.
Seorang sahabat bercerita. Suatu hari beliau berada di sebuah hospital dan melihat seorang warga emas menjinjit sekampit ubat yang diberi pegawai farmasi di situ.
Beliau bertanya kepada pegawai tersebut dan dimaklumkan bahawa ubat tersebut adalah untuk bekalan selama 3 bulan pakcik tesebut.
Kos bagi ubat tersebut ialah RM3800.
Persoalannya, berapa orangkah yang sedar tentang itu?
Betullah, memang itu semua tanggung jawab kerajaan. Demang pun tak mahu jawab "itu menunjukkan kerajaan berjaya menunaikan tanggung jawab" seperti selalu.
Mungkin juga anda akan balas bahawa Malaysia banyak minyak. Demang cuma nak ingatkan, minyak dalam bumi itu bukan boleh keluar sendiri.
Itu baru satu. Nanti kita sambung lagi.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
No comments:
Post a Comment