Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, November 13, 2013

Ada untung boleh tolong

Cuba lihat graf di bawah baik-baik.

Yang mana satu mirip milik syarikat anda?

Jika graf syarikat anda menunjukkan prestasi yang mencacak dan mencanak setiap tahun tanpa sebarang masalah maka anda layak membuat pinjaman di mana-mana institusi kewangan ataupun agensi kerajaan.

Jangan terperanjat jika pihak tersebut pula yang bersikap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!

Paling sengkek pun mereka akan pelawa kad kredit. Manakala pihak agensi kerajaan pula akan bercerita di mana-mana betapa syarikat anda adalah contoh syarikat yang telah mereka bantu hingga berjaya.

Sebaliknya jika graf syarikat anda tunggang tonggek sekejap ke atas sekejap ke bawah maka tak perlulah anda buang masa ke tempat mereka. Anda akan diberikan satu senarai prasyarat yang sudah pasti anda GAGAL menepatinya!

Itulah yang Demang hairan dan bengang.

Demang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menggunakan wang sendiri dan pinjaman peribadi.

Maklumlah ketika itu Demang pegawai kerajaan gred 41 yang kemudiannya naik ke gred 44. Pihak bank langsung tidak perlu mengambil risiko kerana setiap bulan pihak ANGKASALEPAS akan membuat potongan gaji Demang.

Namun apabila Demang sepanuh masa menjalankan perniagaan keluarga dan memerlukan bantuan, macam-macam syarat dikenakan.

3 soalan yang perlu Demang jawab ialah: adakah syarikat Demang sudah melebihi dua tahun? Jika belum maka tak layak!

Soalan kedua ialah adakah akaun bank syarikat Demang mengalami masalah? Jika YA maka tak layak!

Ketiga, adakah Demang pernah dihubungi pihak bank kerana bayaran ansuran kereta terlewat bayar? Jika ADA maka pwrmohonan syarikat Demang akan ditolak.

Demang nak bagitahu:
JIKA SYARIKAT DEMANG SUDAH MELEBIHI DUA TAHUN DAN SENTIASA BERKEMBANG MAJU MAKA TAK PERLULAH DEMANG MEMOHON PINJAMAN!

dan,
JIKA DEMANG BANYAK DUIT MAKA TAK PERLULAH DEMANG BERNIAGA. LEBIH BAIK DEMANG MAKAN TIDUR JE DI RUMAH MENGHABISKAN HARTA MAK BAPA DEMANG YANG KAYA RAYA ITU!

Itupun kalau ada. Malangnya memang tak ada pun!

Sebenarnya Demang perlukan tambahan modal supaya syarikat Demang dapat membuat promosi di media perdana seperti akhbar, radio, dan tv. Hal ini kerana syarikat-syarikat pesaing Demang melakukannya dan jika Demang masih melakukan cara lama, produk syarikat Demang akan semakin terperosok ke belakang dan akhirnya berkubur tanpa nesan.

Malangnya hampir semua agensi kerajaan tiada peruntukan untuk itu. Sebagai contoh pihak MARA lebih menumpukan program melatih bakal usahawan membuat produk seperti kacang soya dan sos selain kursus gunting rambut.

(Kerajaan fikir itu sahajalah perniagaan yang orang Melayu mampu buat. Di kampung Demang dah ada lebih 20 orang yang mahir buat air kacang soya!)

Apabila usahawan itu sudah pandai membuat produk, anda tentu boleh mengagak apakah yang akan berlaku pada usahawan tersebut.

Ya. Usahawan itu akan menghadapi masalah terbesar iaitu pemasaran. Beliau akan bersaing dengan syarikat-syarikat besar seperti Maggi, Yeos dan sebagainya.

Akhirnya beliau terpaksa meminta bantuan institusi kewangan dan agensi kerajaan berkenaan.

Anda boleh agak apa soalan yang perlu beliau jawab nanti?

Baca semula pengalaman Demang kat atas tadi!

Malah jika anda seorang bumiputra dan berniat memulakan perniagaan, elok lah anda print dan hafal pengalaman Demang ini sebab anda juga akan berhadapan dengan soalan yang sama!

Jika anda berbangsa cina, anda tidak perlu risau kerana kaum anda telah lama terlibat dengan perniagaan serta mempunyai jaringan perniagaan yang amat kental dan kebal.

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)