Alhamdulillah. Akhirnya keputusan para pengundi DUN Sungai Limau telah kita tahu. Mereka menetapkan untuk kekal diwakili parti PAS.
Setakat ini keputusan PRU 13 masih tidak berubah. Dua PRK yang telah selesai (satu di Terengganu dan satu di Kedah) menyaksikan pengundi mengekalkan parti penyandang.
Seperti biasa, yang menang menyorakkan lafaz mudah: 'menang tetap menang' manakala yang kalah mula berfalsafah: 'kalah tapi bermaruah'.
Apa pula selepas ini?
Gelanggang politik tidak pernah berehat. Walaupun tiada PRK terhampir, Demang jangkakan perhatian para pemain politik akan tertumpu pada muktamar PAS pula.
Sebagaimana Perhimpunan Agung UMNO yang diikuti semua pihak termasuk pihak lawan, muktamar yang turut membawa agenda pemilihan pucuk pimpinan ini juga sudah tentu akan dicampuri peminat daripada penyokong parti yang bertentangan.
Jika dalam pemilihan UMNO manipulator PAS memfokus pada beberapa calon bagi memburukkan UMNO, bagaimana pula strategi UMNO mengeksploitasi muktamar PAS?
Demang jangkakan ada dua pilihan yang akan diambil UMNO iaitu secara langsung yakni memburuk-burukkan calon yang dilihat memang buruk atau pilihan kedua iaitu membantu calon yang diketahui lemah agar menang dalam pemilihan parti PAS supaya lebih mudah mereka keroyok selepas ini!
Bagi Demang, lebih baik kita membenarkan yang benar dan menghumban yang buruk ke laut.
Biarkan yang terbaik memimpin UMNO dan PAS agar kita dapat hasil yang terbaik.
Apabila datang yang haq maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.
Manakala jika kita melantik orang yang bukan ahli (profesional) maka tunggulah saat kejatuhan.
Wallahu'alam.
3 comments:
Assalamualaikum Bro,
Mohon linkkan Blog saya. Selamat Berjuang. Terima kasih.
nakhodakuale.blogspot.com
Pas mahu ulamak dan professional, sabu dan mahfuz selamat jalan......
Assalamualaikum Saudara,
Mohon linkkan blog saya. Izinkan saya untuk sama-sama berjuang. Terima Kasih.
http://salatusalatin.blogspot.com/
Post a Comment