Bersyukurlah dengan kecerdikan yang Allah Taala berikan pada kita.
Bagi Demang sipembuat grafik yang Demang siarkan ini orang yang cerdik. lihatlah bagaimana dia menyampaikan mesej proganda hanya menggunakan graf dan foto.
Mesej peningkatan harga gula disampaikan melalui graf yang menarik dan mudah difahami. Kemudian dicarinya foto towkey gula pertama berwajah manis manakala foto orang Islam yang dikatakan menerajui pasaran gula sekarang berwajah bengis.
Apa maksudnya? Tidak perlu meneka kerana sebaris ayat yang disertakan sudah menjelaskan: "HARGA GULA NAIK 6 KALI SETELAH BERTUKAR KEPADA MELAYU ISLAM YANG BERAGAMA UMNO".
Nampaknya sipembuat grafik ingin menyampaikan dua mesej iaitu:
Pertama; ada orang Melayu Islam yang beragama UMNO. Demang ulang: Melayu Islam beragama UMNO.
Kedua; orang Islam tidak layak diberi kuasa kerana menguruskan gulapun tak pandai (atau zalim).
Benarkah orang Islam tak mampu? Bagaimana dengan firman Allah Taala bahawa "kamu adalah ummat terbaik yang diutus bagi memimpin manusia?".
Jika Syed Mohtar seorang yang tamakkan harta dunia, kenapa beliau boleh membuka Yayasan untuk kebajikan dan membina masjid?
Demang rasa orang yang membuat grafik ini bukanlah orang yang seagama dengan Syed Mohtar sebab itu dia menyanjung orang yang banyak bagi derma buat kuil!
Di awal tadi Demang sentuh tentang 'orang cerdik' kerana Demang rasa kita perlu berhati-hati dengan orang cerdik. Ingatlah, bukan semua orang yang cerdik itu memiliki jiwa yang baik.
No comments:
Post a Comment