Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, October 7, 2013

Apabila hishamudin bertanding

Habis demam PRU, kini demam PAU pula.

PAU? Kueh pau memang sedap tapi jangan silap pau, SPRM berkeliaran dan sempena zaman maklumat ini hantu raya pun tak terlepas selain toyol-toyol yang berkeliaran yang sebelum ini sukar dicekup.

Kalaupun tak dapat ditangkap dan disabitkan, pekungnya akan tetap terdedah dan baunya akan membusuk ke seluruh pelusuk dunia. Akhirnya rakyat akan menghumban UMNO, BN, dan dengan kita-kita sekali ke lubang neraka.

Demang bukan ahli UmNO tapi mahu tak mahu, suka tak suka urusan UMNO perlu diambil tahu juga sebab mereka adalah parti yang memerintah kita sekarang.

Kerusi Presiden dan Timbalan sudah confirm dan tak perlu diisukan lagi. Kedua-dua penyandang sudah menarik nafas lega dalam satu bab. Cuma nak tahu siapa-siapa pula yang akan membarisi lapisan ketiga:

6 calon untuk 3 kerusi Naib Presiden!

Jika dibuat bancian, berapa peratuskah rakyat yang memilih Hishamudin sebagai pemimpin?

Jika dilihat pada keputusan PRU13 baru-baru ini ternyata beliau masih dikehendaki oleh penduduk setempat.

Bermakna, sepaling tidak pun H2O lebih baik daripada Ali Rostam yang dikalahkan budak PKR yang tak ada sebarang jawatan di Melaka.

Isa Samad walaupun tiada isu semasa (sebab dah tak jadi MB), namun ramai yang masih nampak parut lama semasa PAU suatu ketika dulu.

Nampaknya Ali dan Isa bukan pilihan utama sebab mereka berkongsi masalah yang hampir sama: pernah ada kes dalam PAU.

Syafie Afdhal dilihat sebagai wakil Borneo dan sepatutnya mendapat undi diplomasi daripada pengundi Semenanjung. Demang rasa perkara ini akan menjadi kriteria yang diterima secara tidak rasmi. Ertinya kita cuma ada baki dua calon yang perlu difikirkan. Biar orang Borneo tentukan siapa wakil mereka dan kita akur sahaja.

Zahid Hamidi dikatakan calon paling utama dan bakal meraih undi tertinggi. Selain pencapaian lalu dan semasa, beliau adalah pemimpin yang ada 'nilai Islam'. Salah satu komitmen beliau ialah membina dan membiayai beberapa buah pusat tahfiz dan terbaru membina dan membiayai secara peribadi Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Melaka.

Sekolah tersebut menempatkan pelajar terpilih daripada jurusan akademik untuk diasuh menjadi pelajar muslim yang hafaz Al-Quran seterusnya dihantar ke universiti terkenal di seluruh dunia (termasuk Harvard) dan apabila pulang akan menjadi pemimpin negara berwajah baru yang menguasai ilmu duniawi, faham politik planet bumi, dan menjiwai Al-Quran dan sunnah.

Walaupun sasaran untuk pelajar di situ menghafaz Al-Quran dalam masa tiga tahun namun dalam tempoh setahun lebih sikit hampir separuh daripada pelajar ambilan pertama sudah pun bergelar al-hafiz.

Aset inilah yang akan meronai kepimpinan baru negara nanti dan sesuai dengan konsep 'khairun ummatin' yang akan menguasai dunia.

Di samping Zahid Hamidi ialah Idris Jusuh (bekas MB Terangganu) yang mengasaskan program perdana Imtiaz Ulul Albab (bermula di Terengganu) dan kini sebagai Menteri Pelajaran.

*Idris tidak bertanding Naib Presiden.

Sudah tentulah kita tidak mahu usaha kedua-dua tokoh ini terbengkalai dengan keputusan PAU nanti kerana mereka sedang mengusahakan 'grand design' kita dengan laluan yang disediakan Najib. (Jangan kata Paklah tiada jasa).

Tinggal satu nama lagi untuk menyaingi Hishamudin Hussin iaitu Mukhriz Mahathir. Meskipun pernah kalah dalam pertandingan 3 penjuru untuk jawatan Ketua Pemuda namun 'nilai' beliau semakin tinggi sehingga dilantik mengetuai kerajaan Kedah.

Jika Hishamudin disebut H2O maka Mukhriz mungkin boleh kita panggil M2M. Bukalah sejarah dunia dan kita akan dapati faktor genetik kuat mempengaruhi pencapaian kepimpinan. Bukankah Rasulullah sendiri bersusur galur dalam satu rantai keturunan?

Berbalik pada Hishamudin (H2O), ada dua perkara yang menyemak kepala kita tentang beliau iaitu reputasi dan persepsi. Demang tidak mahu menyentuh tentang reputasi namun dalam politik persepsi adalah realiti.

Persepsi sekarang tidak menyebelahi H2O. Sebagaimana H2O (air), Hisham dilihat terlalu lembut dan (maaf) lembik. Kalau dicubakeraskan pun sekadar menjadi agar-agar atau ais.

Mungkin ia sekadar persepsi namun Demang ulangi, politik adalah berkait rapat dengan persepsi bahkan dalam politik persepsi adalah realiti.

Cuma ada satu cara untuk mengekalkan H2O dalam barisan kepimpinan UMNO iaitu dengan memperkasakan beliau dan akhirnya mengubah persepsi rakyat.

Demang rasa ia satu usaha yang membazir dan membuang masa jika hanya kerana beliau sepupu presiden.

Masa sedang berjalan dan kita mesti terus melangkah ke medan perang. Ada masanya kita perlu tinggalkan anggota yang tidak layak untuk turut serta.

Demang fikir Zahid, Syafie, dan Mukhriz molek berada di barisan utama.

1 comment:

Anonymous said...

Demo pilih hok kawe nk pilih dah cikguman.

Ketua Pemuda camna cikguman?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)