Kecoh isu isteri Matyo berbalah dengan seorang pengawal keselamatan beberapa hari ini.
Sebenarnya Demang tak kenal pun siapa dia Matyo apatah lagi isterinya. Sejak pesta bola sepak Malaysia bertukar menjadi pesta bola judi dan pesta rasuah bola, Demang dah tak kuasa nak mengikuti perkembangannya. Rasa macam tengok orang main judi pulak!
Rasanya tak perlulah Demang siarkan semula video insiden tersebut sebab ianya dah tersebar luas melalui Facebok dan Whatsapp. Anda pun barangkali dah banyak kali menerima salinannya.
Cuma yang Demang lihat ramai yang menumpang tuah di sebalik peristiwa itu.
Pihak media sudah tentulah barisan pertama yang buat untung dengan cara mensensasikan lagi isu. Maka towkey-towkey media pun berebut-rebut menyusun kronologi dan menyambung cerita dengan kaitan-kaitan yang menarik.
Selain wartawan bergaji tetap, wartawan sambilan bergaji besar di media sosial ikut buat untung. Demang kenal seorang Facebooker/blogger yang berpendapatan lebih RM10k sebulan hasil menjual berita sensasi dan mempolemikkan isu semasa.
Majikan tempat pengawal keselamatan itu bertugas turut tumpang tui dengan mempromosikan syarikatnya. Tanpa perlu mengeluarkan sesen pun kos, nama dan wajah syarikat tersebut terpampang di pelbagai media.
Pihak guaman juga tidak mau ketinggalan. Peluang mengendalikan kes ini bakal menyerlahkan nama para peguam terlibat.
Turut menumpang glamour ialah orang yang rapat dengan pihak yang bersengketa. Selain daripada orang yang telah lama kenal, Demang lihat sudah ada individu lain yang mula mengendeng dengan cara bergambar dan sebagainya.
Selebihnya ialah orang ramai yang menumpang dosa mengumpat dan ada juga yang begitu kreatif menokok tambah cerita.
No comments:
Post a Comment