Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, September 1, 2013

Antara penjajahan, kemerdekaan, dan globalisasi



Merdeka... merdeka.... merdeka...

"Adakah kita telah benar-benar merdeka?" tanya seorang teman melalui Whatsapp.

Wah, itu soalan maut. Ia bukan boleh dijawab lewat mesej pesanan ringkas. Bahkan jika digabung para sarjana seluruh dunia pun belum tentu dapat menghasilkan sebuah definisi yang sempurna bagi menjawab soalan itu.

Bagi Demang persoalan samada telah merdeka atau masih dijajah hanya akan menarik kita 50-60 tahun ke belakang. Persoalan yang patut difikir ialah kaedah bagi merealisasi misi ummah sebagaimana janji Allah:

"sesungguhnya kamu adalah ummat terbaik yang didatangkan untuk sekalian ummat manusia."

Kita juga dilantik sebagai khalifah ke atas seluruh alam dan isinya. Ia adalah tanggung jawab secara individu dan juga secara masyarakat sebagaimana terkandung dalam hukum: fardhu ain dan fardhu kifayah.

Penjajahan dan kemerdekaan telah dianggap konsep lapuk dalam pemikiran anak muda kini yang terdedah pada pelbagai saranan untuk hanya memandang ke depan. Lelucon yang sering dikemukakan ialah cermin paling besar pada sesebuah kereta ialah cermin depan manakala cermin untuk melihat ke belakang hanya lah 'side mirror' yang kecil.

Globalisasi atau dunia tanpa sempadan bukanlah konsep baru bahkan ia adalah perulangan pada sejarah silam ketika persempadanan antara negara belum ditanda pada peta.

Sebelum ketibaan kapitalis barat (British dan Belanda) ke nusantara, seluruh kepulauan Melayu tidak mempunyai garis sempadan yang tetap. Ummat Melayu bergerak secara bebas tanpa visa atau pasport kemana-mana kawasan dan bernaung di bawah kerajaan tertentu yang disukai.

Kerajaan-kerajaan tersebut juga sentiasa beranjal samada mengembang atau mengecut mengikut kemampuan pemerintahnya.

Sempadan rasmi hanya muncul pada 1824 apabila British dan Belanda berbedak (berbagi) kawasan yang membawa implikasi nusantara terpecah dua.

Demang guna istilah kapitalis biarpun umum lebih cenderung menggunakan istilah penjajah kerana Demang ingin lari dari konsep politik.

Apabila istilah kapitalis digunakan ertinya Demang cuba membawa sudut pandangan ekonomi yang lebih dirasai hampir semua manusia berbanding konsep politik yang sering dianggap alat golongan kapitalis meragut harta awam.

Bagi Demang, apabila ekonomi menjerut dan kelaparan bermajalela maka fahaman politik bahkan agama sekalipun bisa digadai!

Justeru, adalah lebih baik kita melihat globalisasi dan penjajahan dari sudut ekonomi dan mula bertindak dari situ.

posted from Bloggeroid

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)