Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, October 8, 2013

jabatan kerajaan penaja rasuah

Seorang rakan pernah bercerita pengalamannya membuka kedai dobi.

Selain orang perseorangan, terdapat jabatan kerajaan yang menjadi pelanggannya.

Kalau diikutkan memanglah menguntungkan apabila mempunyai pelanggan tetap daripada jabatan kerana mereka menggunakan perkhidmatan secara berjadual.

Masalah pertama bermula apabila rakan Demang tadi hendak membuat tuntutan. Walaupun harga bagi sehelai cadar yang dicuci ialah RM3 tetapi dia diminta menulis tuntutan RM8.

Masalah tidak selesai di situ sahaja. Apabila musim perayaan dan sekolah hendak dibuka pegawai berkenaan tanpa segan silu menelefon meminta wang. Macam kongsi gelap pula.

Itu belum dikira jika terserempak di bandar atau kedai makan, RM50-100 dah tentu keluar dari poket.

Itu masih dikira kecil.

Baru-baru ini Demang berkereta dengan seorang sepupu. Beliau mengusahakan sebuah syarikat perunding yang turut terlibat memberi latihan pada agensi kerajaan.

Beliau banyak berurusan dengan pegawai tinggi termasuk pengarah. Sudah tentulah selera dan nafsu para pengarah lebih tinggi berbanding pegawai biasa.

Pengarah-pengarah ini suka main golf. Anda tahu perbelanjaan untuk bermain golf?

Selain itu, mereka juga suka melancong. Masalahnya mereka melancong tanpa mengeluarkan duit sendiri.

Dua kes di atas adalah contoh korupsi yang berlaku di negara kita. Ia bukan lagi satu rahsia.

Berbeza dengan contoh tadi ada satu lagi penyelewengan yang berlaku.

Seorang ketua jabatan ingin membuat lanskap bagi mencantikkan bangunan jabatannya. Masalahnya, tiada peruntukan untuk membuat lanskap di jabatan tersebut.

Maka beliau membuat satu kertas kerja bagi melaksanakan satu program yang sebenarnya tidak ada dan apabila wang itu diperolehi maka ia digunakan untuk mencantikkan sekitar bangunan.

Ada pula kakitangan di sebuah jabatan yang pening kepala mencari biaya untuk jamuan akhir tahun. Maka mereka meminta bantuan pihak pembekal bagi menyara jamuan yang diadakan di sebuah hotel.

Begitulah rona-rona negara kita dan inilah yang dibentangkan audit negara baru-baru ini yang membuat ramai pihak bising-bising termasuk lah pegawai kerajaan yang melakukannya: kononnya mereka benci korupsi.

Chit... pooooodah.

1 comment:

Anonymous said...

''AZEEZ RAHIM'' dalam sejarah pertama kali pengerusi tabung haji tak pergi haji. dia hanya fokus pada pemilihan MT dan bahagian. Apa gila pengerusi tabung haji tak pi haji?????

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)