Demang nak ingatkan diri Demang dan sahabat-sahabat blogger samada yang prokerajaan atau propembangkang...
Apabila berhadapan dengan sebarang isu, bertindaklah selaku pejuang, bukannya bertindak kerana kita seorang yang panas baran dan mudah melenting.
Maksud Demang, yang menentang itu bukan semuanya pejuang kerana ramai juga sekadar melampias kemarahan. Dengan kata lain: dia memang mudah melenting.... panas baran.
Begitu juga yang menyokong kerajaan kena faham betul-betul sesuatu perkara yang diputuskan kerajaan berdasarkan maslahat ummat, bukannya sekadar bersetuju hanya kerana anda tidak reti melawan a.k.a penakut.
Selamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir bathin.
Berikut adalah teks ucapan mantan Ketua Hakim Negara Tun abdul Hamid Mohamad dalam majlis berbuka puada baru-baru ini yang patut kita renung dan fikir.
MULA TEKS (COPY & PASTE)
MULA TEKS (COPY & PASTE)
Tanah Melayu telah dijajah oleh Barat drp orang Melayu. Yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut atau Rosli Dhobi, adalah berbangsa Melayu. Yang menentang Malayan Union adalah masyarakat Melayu. Yang berkorban nyawa menentang pengganas Komunis semasa darurat adalah orang Melayu. Yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. Org2 bukan Melayu hanya menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan.
Logiknya, Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah drp orang Melayu dan hendaklah dipulangkan semula kepada orang Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada orang bukan Melayu, kawasan-kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon-calon bukan Melayu untuk bertanding. Keadaan ini berterusan demi untuk memastikan kemenangan pemimpin-pemimpin utama bukan Melayu, sehinggalah PRU 12 apabila kemenangan UMNO sendiri dalam kawasan majoriti Melayu sudah tidak terjamin.
Semasa rundingan kemerdekaan, PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semasa Malaysia hendak ditubuhkan PAS menentangnya kerana ia akan mengurangkan peratusan orang Melayu dan takut kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan dengan itu kedudukan orang Melayu dan agama Islam akan tergugat. Malah, selama beberapa dekat PAS senantiasa mengkritik UMNO kerana “tak cukup Melayu dan tak cukup Islam”. Begitulah prihatinnya PAS terhadap nasib bangsa Melayu dan agama Islam ketika itu.
Semasa rundingan kemerdekaan juga, Parti Buruh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana, mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Dalam kata- kata lain mereka hendak menghapuskan sistem beraja di Malaya. Siapakah majoriti ahli-ahli Parti Buruh? Tidakkah tuan-tuan terhidu bau yang serupa sekarang ini? Mereka masih mempunyai ideologi yg sama walaupun bertukar nama parti!
Parti Komunis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan komunis ala-China. Beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Komunis Malaya kerana takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu supaya menyokong perjuangan mereka. Nasib baik, pada masa itu orang Melayu tidak mudah terpengaruh degan mereka.
Ketika itu, pemimpin2 Melayu yg didapati tidak menyokong perjuangan Komunis akan ditangkap, disembelih, dibakar atau dipancung. Soalannya : Tidakkah orang Melayu ternampak perancangan yang serupa sekarang oleh “komunis bandar” meminjam istilah Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara? Parti Komunis juga kini telah berubah wajah dan tidak lagi mengangkat senjata namun ideologi yg dibawa masih serupa.
Biar apa pun, akhirnya peruntukan-peruntukan Perlembagaan dipersetujui dan ia menjadi undang-undang utama kita. Pada detik 12.00 tengah malam Semenanjung Tanah Melayu pun merdeka. Orang-orang yang sebaya dengan saya masih terdengar pekikan “Merdeka” itu dengan perasaan penuh semangat dan kegembiraan.
Tetapi, pada detik yang sama, satu perkara berlaku, yang kita tidak sedar. Ini digambarkan dengan jelas oleh Professor Shad Saleem Farouqi dalam bukunya yang bertajuk “Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia” di muka surat 710. Katanya:
“As a result of the “social contract” between the various races, millions of migrants to British Malaya were bestowed with citizenship by the Merdeka Constitution. It is believed that the number of citizens in Malaya doubled at the stroke of midnight on August 31, 1957 due to the constitutional grant.”
“Akibat “kontrak sosial” di antara berbagai-bagai kaum, berjuta-juta pendatang ke Malaya yang diperintah oleh British itu diberi kerakyatan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai bahawa jumlah warga negara Malaya bertambah sekali ganda pada detik tengah malam 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian Perlembagaan itu.” (Terjemahan saya).
Pada 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak hampir serupa dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka – lihat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Semenjak Merdeka hinggalah sekarang, Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh sekumpulan parti berbagai-bagai bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan mereka, negara berada dalam keadaan aman, tenteram membolehkannya maju dalam semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum. Mana sebuah kaum yang boleh berkata bahawa mereka tidak menikmati kemakmuran Malaysia walau sedikit pun? Negara kita adalah di antara beberapa buah negara sahaja dalam dunia ini yang Perlembagaan asalnya masih berkuat kuasa. Malah Malaysia disifatkan sebagai model negara membangun dan negara Islam moden.
Jika kaum minoriti hendak ‘complain’ mengenai kebebasan mereka, tunjukkan kepada saya sebuah negara yang memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti. Apa jadi kepada orang Islam Rohingya di Myanmar?Patani? Moro? Di negeri-negeri jiran, nama mereka pun perlu diubah. Tunjukkan kepada saya sebuah negara yang bukan sahaja membenarkan sekolah-sekolah vernakular diadakan, malah membiayainya. Dari segi kebebasan beragama, pernahkah Kerajaan Malaysia menghalang mereka daripada mengamalkan agama mereka. Pernahkah terfikir oleh mereka bagaimana mudahnya mereka membina rumah-rumah ibadat mereka di Malaysia, termasuk di atas tanah Kerajaan tanpa sebarang tindakan, diberi bantuan kewangan dan tanah gantian apabila dikehendaki pindah? Bandingkan dengan halangan yang di hadapi oleh orang Islam untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau Amerika Syarikat.
Kecuali seketika di sekitar tahun 1969, keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang senentiasa berkembang. Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina senentiasa menyebelahi pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya. Dan mereka menuduh orang Melayu “tamak” kerana hendak mencapai 30% ekonomi negara! Bagaimana dengan mereka yang sudah mempunyai 80% tetapi mahu lebih???? Mungkin itu “dermawan” mengikut istilah mereka. Anehnya ada juga orang Melayu yang mempercayainya.
Tetapi, keadaan berubah di kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan sedikit kemakmuran yang baru dirasai, ketaksuban kepada parti dan pemimpin dan kehadiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang oportunis yang tidak kira apa yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan cita-cita mereka tercapai. Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya. Kumpulan pengundi majoriti menjadi minoriti. Kumpulan minoriti memperalatkan sebahagian pengundi Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar.
Melihat keadaan itu, kumpulan-kumpulan yang memang pandai mengira untung-rugi, terus mengatur perancangan mereka. Mereka membuat perancangan teratur untuk merampas kuasa melalui peti undi, dengan bersatu padu sesama sendiri sambil memperalatkan parti-parti Melayu dan orang Melayu yang naif itu. Mereka hampir berjaya.
Sambil itu kumpulan-kumpulan ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan, menyerang hak-hak orang Melayu, menghina lagu Kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina Institusi Raja-Raja, menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan menghina agama Islam. Ketiadaan tindakan tegas terhadap mereka dilihat oleh mereka sebagai tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi.
Pendekatan mereka adalah bersifat ugutan dan bisnes: jika mahu perpaduan berikan kami hak yang sama dan kebebasan sepenuhnya. Dalam kata-kata lain, mereka mahu faedah yang diberikan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dihapuskan. Ertinya, mereka mahu perizaban kadar dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa, keistimewaan pendidikan dan latihan, permit, lesen dan sebagainya dihapuskan!
TAMAT TEKS (COPY & PASTE)
1 comment:
Melayu dlm pakatan rakyat tak akan setuju dgn artikel ini kerana bebal tetapi taksub untuk menjahanamkan hak bangsa melayu dan agama Islam. Politik no 1. Melayu ke, Islam ke hanya dalam muka surat terakhir buku sifir mereka.
Post a Comment