Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, September 28, 2014

Perjuangan sia-sia a. Samad said

Terkelip-kelip mata Demang menatap surat daripada sebuah syarikat insuran.

Puas Demang cuba fahamkan namun ada ayat yang mengelirukan. Padahal itulah bahagian terpenting.

Tiba-tiba Demang terfikir jika Demang yang rasanya tidak pernah gagal kertas bahasa Inggeris sejak sekolah rendah hingga di universiti, sesekali terpaksa membuat rujukan dalam bahasa Inggeris pun bimbang dengan pemahaman bahasa Inggeris berkaitan undang-undang, bagaimana dengan rakyat kebanyakan lain?

Alangkah 'cerdik'nya mendakwa perjanjian dalam bahasa Melayu boleh mengelirukan maka perlu digunakan bahasa Inggeris! Tok guru yahudi mana yang ajar mereka?

Apa yang pejuang bangsa, pemimpin politik, tokoh bahasa, dan lain-lain buat? Mana PAK SAMAD SAID (he he..) yang bukan main lagi kononnya berjuang menentang pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris?

Apa hasil perjuangan itu? Hasilnya ialah orang Melayu ketinggalan semula!

Sekarang pembelajaran bahasa Inggeris dalam matematik dan sains sudah tiada. Dalam masa yang sama penggunaan bahasa Melayu kekal bahasa kampungan. Dokumen-dokumen penting tetap menggunakan bahasa Inggeris 100%.

Mana perjuangan? Orang yang mengaku pejuang bahasa tahu perjuangan taik kucing?

Ini bukan soal politik. Ini perkara hak rakyat. Hak pengguna yang sepatutnya faham perjanjian dan sebagainya yang dihempuk di atas kepala mereka.

Tak perlu tanya orang kampung dan rakyat marhaen. Pergilah ke sekolah-sekolah dan jumpalah guru-guru Melayu. Berapa ramai yang mahir berbahasa Inggeris dan mampu menahami surat perjanjian bank dalam bahasa Inggeris?

Jangan lupa, tanyakan berapa kerat yang tidak pernah berurusan dengan bank dan terpaksa menandatangani dokumen tebal dalam bahasa Inggeris?

Susah sangat kah nak menggunakan bahasa Melayu dalam perundangan. Bodoh sungguh profesional di Malaysia ini kerana TIDAK MAMPU mempertahankan perundangan menggunakan bahasa Melayu.

Kenapa orang bodoh seperti itu dibayar gaji dengan duit rakyat?

Apa guna bahasa kalau sukar digunakan? Lebih baik berbahasa babi atau anjing!

Sepatutnya bahasa adalah alat untuk berkomunikasi. Komunikasi dianggap gagal apabila penerima gagal menerima maklumat yang diterimanya. Apabila penerima maklumat gagal memahaminya maka komunikasi tersebut dianggap rosak dan penghantar maklumat juga dianggap GAGAL.

Adakah bahasa Melayu kekurangan istilah? Hanya sibodoh yang tidak mahir bahasa Melayu sahaja yang menganggap begitu.

Lantas kejahilannya itu ditutup dengan alasan bodoh. Lebih bodoh lagi apabila mereka menyangka orang lain juga bodoh!

Aneh sungguh apabila sasterawan negara membantah PEMBELAJARAN bahasa Inggeris dalam matematik dan sains namun dalam masa yang sama buta, tuli, dan bisu dalam hal PENGGUNAAN bahasa dalam dokumen penting yang perlu difahami oleh rakyat bangsa Melayu!

Perjuangan apa itu? Perjuangan untuk populariti atau ada perkara lain yang tidak puas hati?

Demang percaya sebagai sasterawan negara Pak Samad takkan membaca blog kerdil ini. Justeru Demang harap jika ada yang mampu, tolonglah sampaikan perkara ini kepada yang berkenaan.

Demang petik nama Samad Said sebab Demang rasa ini juga tugas sasterawan negara. Demang tak petik nama Zetti Aziz sebab orang bank selaku peneraju sistem kapitalis peduli apa dengan bahasa.

Bahkan kalau anjing dan babi boleh bawa duit banyak-banyak ke bank, maka bukan sahaja anjing dan babi itu akan dilayan seperti raja bahkan bankers akan mengistiharkan bahasa utama di bank ialah bahasa yang digunakan oleh kedua-dua makhluk Allah tersebut.

4 comments:

Anonymous said...

as salamz,
cantik artikel tuan,
mmg betul masalah perjanjian jualbeli dan lain lain semua berbahasa inggeris, dan sedangkan masyarakat penentang inginkan semua berbahasa melayu , sehingga kan dlm pembelajaran sains dan math di pertikaikan penggunaan BI.
pada saya, amat elok sekiranya semua yang ada di Malaysia, sama ada dikeluarkan , di buat atau di reka, perlu ada Bahasa Malaysia termasuk lah LABEL supaya senang difahami oleh pembaca totok Melayu macam saya. sekian.

Yann

Anonymous said...

Memamng benar artikal ini..yang paling kita tidak senang hati ialah penglibatan DBP...apakah peranannya dalam memartabatkan Bahasa Malaysia...sekadar melepas batuk ditangga saja..malah kedudukan mereka diDBP merupakan manusia yang cukup puas dengan apa yang mereka punyai kini...Makan gaji buta dan tidak ikhlas memperjuangkan kedaulatan Bahasa Malaysia..Patut nya Institusi DBP ini dulu yang seharuskan dihapuskan. Tidak relevan langsung buat masa sekarang.

Anonymous said...

Cantik bahasa tuan sesuai untuk sasterawan negara...terbaikkk....

Anonymous said...

Otak pegawai2 di DBP masih tak sampai kesitu. Tolong mereka dengan menyampaikan kepada yang hak. Gaji tinggi bukan bermaksud fikiran dan cara berfikir juga pada aras tinggi. Bahasa mudahnya otak mereka beku dalam suasana sejuk bilik berhawa dingin.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)