Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, December 22, 2014

Kenduri muzik

Semalam Demang menemani isteri menghadiri majlis perkahwinan di rumah bekas rakan sekelas beliau.

Seronoknya dalam majlis begitu ialah dapat bertemu rakan-rakan lama. Banyaklah kesah nak disembangkan.

Namun sudah jadi adat orang Melayu berkenduri sejak dahulu kala, tuan rumah akan pasang lagu kuat-kuat. Agaknya kalau tak kuat, tak sempurna kenduri.

Demang faham bahawa tuan rumah ingin memeriahkan majlis di samping menghebahkan pada orang ramai tetapi Demang rasa bunyi muzik yang membingitkan telinga begitu bukanlah satu-satunya cara membuat hebahan.

Tidak salah bermuzik tetapi biarlah harmoni pada telinga hadirin dan tidak sampai mengganggu. Bukankah lebih baik dialunkan muzik lembut sebagai halwa telinga. Demang cadangkan muzik instrumental.

Untuk menambah kemeriahan, jemputlah pasukan kompang atau qasidah yang membuat persembahan dalam tempoh tertentu. Kompang tak seperti corong muzik yang dipasang terus menerus sepanjang majlis berlangsung.

Atau mungkinkah tuan rumah sengaja buat begitu supaya jemputan tidak bersembang dan lekas-lekas beredar?

Kalau demikian maka hilanglah satu hikmah berkenduri iaitu bagi merapatkan silaturrohim.

Bersambung

2 comments:

Anonymous said...

Amat setuju dengan komen anda. Tidak halangan kalau ingin kan suasana yang meriah dengan music sebagai latarbelakang. Tapi rasional lah. Kalau music tapi memekakkan telinga akan membuat tetamu menyampah dan belah secepat mungkin. Biar lah music sebagai latarbelakang "ringan" agar tetamu tidak diganggu. Masalah utama apabila DJ syok sendiri dan tidak cerdik meletak speaker. Jangan lah letak speaker betul2 kat kepala tetamu. Mampus naik pekak. Jadi tuan rumah perlu cerdik dan ambil perhatian. Saya pernah menegur petugas majlis mohon di rendahkan volume kerana terlalu menganggu.

Anonymous said...

Kadang2 bukan salah tuan rumah tetapi masalah DJ yang tak faham bahasa. Banyak kes tuan rumah sudah berpesan kepada DJ supaya tidak memasang muzik kuat2 tetapi apakan daya tuan rumah sudah sibuk melayan tetamu dan sang DJ pulak syok sendiri lebih2 lagi bila ramai yang nak berkaraoke.

Secara peribadi saya suka majlis diserikan dengan alunan muzik dan celoteh DJ tetapi biarlah harmoni, jangan sampai tetamu terjerit2 nak bercakap.

anakbochek.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)