Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Monday, April 11, 2016

Sekolah manusia

Ini sekolah apa?
Ini sekolahmu 'nak.
Guru akan mengajarmu menulis dan membaca, menghafal dan mengira

Sekolah apa kalau begini?
Aku dimarah apabila masih tidak dapat mengeja ketika kawan2 lain sudah fasih membaca

Ini sekolah apa?
Ini sekolah yang kami bina untuk kau
Supaya dapat belajar cara beribadat yang betul
Supaya kau mampu menghafal ayat-ayat sebanyak mungkin
Supaya kau dapat menulis semula jawapan seperti yang guru ajar, di atas kertas apabila ditanya dalam peperiksaan

Sekolah apa kalau begini?
Apabila loceng berbunyi guru masuk ke kelas menyuap maklumat
Dan memaksakan latihan demi latihan,
kemudian keluar untuk ke kelas lain setelah loceng berbunyi lagi.
Padahal perutku sedang kosong
Pagi-pagi tadi ibuku sudah keluar bekerja tanpa menyediakan sarapan.
Aku mengantuk
Malam tadi bapaku pulang lewat dan mereka bertengkar sehingga aku tidak betah lena.

Ini sekolah apa?
Ini sekolah yang disediakan negara
Kau akan diajar, dibimbing, dilatihtubi sehingga kau mampu menjawab apa sahaja soalan peperiksaan yang diajukan
Nanti kau akan lulus cemerlang, menjawat jawatan bagus
Dan menjadi warga yang patuh.

Sekolah apa kalau begini?
Aku bukan mahu menjadi doktor, lawyer, atau pensyarah
Aku cuma mahu jadi petani
Tidak bolehkah kalian bimbing aku menjadi pengusaha tanah yang berjaya?
Aku bukan mahu menjadi ulama sperti dua tiga kerat rakanku yang cerdas otak mereka.
Aku cuma mahu jadi peladang yang mahir
Mengeluarkan hasil
Dan sedar siapa pemilik sebenar yang menumbuhkan pokok-pokokku.

Aku mahu bermain, bermain yang sungguh2 dengan fizikal dan perasaanku
Bukan bermain supaya sekolahku dapat nama
Bukan bermain supaya jurulatihku mendapat pujian
Bukan bermain untuk ditonton khalayak ramai

Aku mahu belajar mengaji
Aku mahu belajar kenapa aku perlu mengaji
Aku mahu belajar kenapa aku perlu mengaji walaupun aku bukan siapa-siapa dI dunia ini

Aku suka muzik
Aku mahu tiup seruling dan lagukan melodi indah
Aku mahu ketuk kulit rebana dan kompang dengan irama talu dan tingkah yang meriah
Bukan menatap not-not togel yang tiada kudengar bunyinya
Bukan mendengar herdik guru dengan rotan ditangan yang sedia membelasah punggungku tiap kali aku menggendang meja.
Aku tidak mahu diconteng muka dengan makeup tebal di hari persembahan menghafal senikata kaku yang tidak aku faham.

Aku mahu sekolah yang mampu menjawab persoalan di benakku walaupun aku tidak pernah menggerakkan lidahku untuk bertanya
Aku mahu tahu kenapa ibuku perlu keluar bekerja
Aku mahu tahu kenapa bapaku selalu pulang larut malam
Aku mahu tahu kenapa ibubapaku sering bergaduh
Aku mahu tahu apa harus aku buat apabila mereka berperang lagi.

Aku juga mahu tahu kenapa aku disuruh belajar ayat2 janggal yang tidak pernah kudengar ditutur begitu oleh orang di kampungku sebab aku bukan mahu jadi pengarang buku
Aku juga mahu tahu kenapa aku wajib lulus periksa?
Apa perlukah aku menghantar resume untuk jawatan petani di tanah sendiri?

Ini sekolah apa?
Beginikah sekolah anak manusia?



No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)