Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    6 hours ago

Tuesday, July 19, 2016

Manusia tanpa kepala berkeliaran di pejabat kerajaan

Nampaknya kemunculan lembaga tanpa kepala berkeliaran di pejabat kerajaan sudah tidak dihairankan lagi. Malah para ketua jabatan lebih senang keadaan begitu. Kaki dan tangan yang bekerja tanpa kepala memudahkan urusan.

Entah apalah yang sakit hati sangat pada pemakaian jubah Demang pun tak tahu. Maka dalam etika pemakaian kakitangan awam, pemakaian jubah pada waktu bekerja tidak dibenarkan.

Oleh kerana kakitangan kerajaan hanyalah memiliki kaki dan tangan sahaja tanpa tubuh, hati dan otak maka tiada siapalah dari kalangan kakitangan kerajaan yang berani menyoal balik apa sahaja arahan yang dikeluarkan.

Apabila Demang tanya, jawapan yang diberi ialah, itu adalah peraturan. Demang tanya balik? Siapa yang buat peraturan? Turun dari langit? Jawapan yang diberi, kita kakitangan rendah, ikut sahajalah.

Nampaknya oleh kerana lama sangat 'ke laut' (istilah untuk persembahan yang teruk) pihak berkenaan lupa bahawa kakitangan kerajaan bukan hanya ada kaki dan tangan untuk bekerja malah mereka juga boleh menulis di media sosial, bersembang sambil ngeteh, serta yang paling bahaya, kaki dan tangan itu ada hak mengundi bagi memilih kerajaan baru.

Adakah pegawai atasan pembuat peraturan itu memang kategori KE LAUT atau ini satu lagi modus operandi bagi mensabotaj kerajaan yang sedang memerintah?

Kenapa Demang kemukakan isu ini? Lihatlah sekeliling dan tengoklah trend pakaian sekarang. Kalau dulu kumpulan nasyidpun berselendang di bahu dan para ustazah masih ramai berskaf sahaja, hari ini kita dapati corak pemakaian muslimin dan muslimat di negara kita telah jauh berubah. Kenapa?

Kalau itupun tak boleh nak fikir, memang ke laut la.

Friday, July 15, 2016

Tun Mahathir tubuh parti baru lawan umno

Menggelupur penyokong tegar Najib apabila Tun M mengumumkan akan muncul parti baru dan menyertai pembangkang bagi mengambil alih kerajaan melalui PRU akan datang.

Antara cemuhan yang akan dilontar ialah 'orang tua nyanyuk' dan 'tak sedar diri'.

Apa bolehkah slogan itu menjadikan rakyat marah pada Tun dan kembali menyokong UMNO dan BN?

Demang kata, jangan haraplah.

Rakyat tahu yang Tun bukannya nyanyuk atau buang tebiat. Sebabnya, kebanyakan rakyat dan ramai rakyat kebanyakan merasakan kerajaan sedia ada gagal memulihkan keyakinan mereka dalam kebanyakan isu.

Bagi Demang, Tun bukan saja-saja nak dengki pada Najib. Penolakan Tun ada asasnya. Kumpulan Najib gagal memahami situasi atau mungkin juga dah faham tetapi tidak mampu mencari penyelesaian. Andaian kedua Demang itu lebih menakutkan!

Bersikap terbukalah. Jika Tun tidak menentang kerajaan pun, penentangan tetap berlaku. Positiflah.

Demang tak kesah jika penyokong Najib yang juga sahabat seperjuangan Demang marahkan Demang sekarang. Kita tahu perjuangan dan kita tahu apa yang diperjuangkan. Siapa yang lari dari landasan perjuangan sebenarnya?

Mengecam Tun bukan caranya. Demang dah katakan lama dulu. Namun Najib tak mampu nak lepaskan diri daripada penasihat-penasihat upahan yang jumud dan beragenda peribadi.

Jika benar Najib hebat, ayuh kita selesaikan masalah ini secara telus dan berani.

Pertama, muhasabah diri. Kedua, buang ke laut mana-mana individu yang orang tak suka. Ketiga, laksanakan Islam luar dan dalam.

Kalau nak laksanakan Islam, maka buat dengan ikhlas. Jangan jadi hipokrit sebab orang nampak dan orang tambah meluat.

Bab aurat, kalau dah itu yang rakyat mahu, suruh Rosmah pakai tudung. Kalau itupun susah sangat, memang susah la.

Wednesday, July 13, 2016

Gengster kuasai malaysia

Berita empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut ditembak dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam di Batu Maung, di sini awal pagi ini nampaknya tidak menarik sangat untuk diviralkan. Mungkin sebab kes begitu sudah jadi perkara biasa, tambah pula ia berkemungkinan akibat dadah.

Sebut pasal dadah, Demang tidak fikir bahan asasnya ditanam di Malaysia. Biasanya dibawa masuk dari Thailand yang menjual apa sahaja termasuk perkhidmatan seks.

Apabila berkaitan perniagaan import eksport, selalunya ia bukan sahaja dilakukan individu orang jahat biasa sebaliknya melibatkan kumpulan besar.

Kumpulan penjahat itulah yang dipanggil gangster.

Demang teringat kata mantan IGP TS Musa Hasan ketika minum di sebuah warung tidak lama dulu: negara kita ni dikuasai gengster. Wallahu'alam. Demang cuma ulang semula kata-kata beliau.

Demang pernah hadir taklimat Yapeim dan pengurus besarnya menceritakan bagaimana Yapeim pernah membuka pasaraya harga murah di utara. Namun pada suatu hari lori-lori yang membawa bekalan stok telah ditahan oleh gengster tak dibenar menurunkan barang.

Beliau memaklumkan, pihak polis Kedah dan Penang gagal selesaikan masalah tu dan akhirnya pihak bukit aman terpaksa campur tangan. Itupun sekadar untuk melepaskan lori-lori tersebut dari ditahan sahaja.

Seorang rakan Demang pernah bercerita bagaimana beliau diancam dengan pistol apabila membekalkan ikan bilis pada harga murah di beberapa kedai runcit.

Nampaknya rakyat Malaysia tak boleh buat apa-apa pada gengster. Polis pun kalah.

Demang teringat bagaimana pengundi cina di Penang mengubah undi dari Gerakan kepada DAP dalam PRU lalu. Ia berlaku seolah ada satu arahan yang dilakukan senyap-senyap dan ia dipatuhi.

Monday, July 11, 2016

Di sebalik maki hamun bas rempuh kereta

Memang mengerikan melihat video bas ekspres yang merempuh beberapa buah kereta di lebuhraya petang semalam.

"Kurang ajar," getus hati Demang serta merta.

Demang mainkan semula rakaman video dan lihat dengan lebih cermat. Nampaknya bas tersebut hilang kawalan. Baru Demang terfikir apa yang berlaku sebenarnya!

Ya, jelas bahawa bas tersebut hilang kawalan. Mungkin breknya rosak. Keadaan jalan yang sedang menurun memaksa bas meluncur ke bawah dengan amat deras. Rasa bersalah pulak Demang kerana cepat sangat menghukum pemandunya.

Apabila Demang buka media sosial, Demang lihat kemalangan itu dah jadi viral. Bahkan ramai yang mencela dan menyeranah sang pemandu malang.

Ramai yang lupa bahawa itu adalah suatu kemalangan.

Kita biarkan pihak berkuasa melakukan siasatan samada ia berpunca kecuaian teknikal manusia atau sikap pihak penyelenggara sehingga brek bas gagal berfungsi. Mari kita lihat bagaimana pemandu bertindak pantas dan cekap menguasai keadaan yang tidak menyebelahi beliau.

Pemandu bijak memandu basnya ke tengah jalan berlorong dua itu. Tindakannya menyebabkan geseran dengan kenderaan lain sekaligus memperlahankan bas dan akhirnya memberhentikannya.

Memang berlaku kerosakan namun ia jauh lebih baik berbanding membiarkan bas terus meluncur deras dan menyerah pada keadaan. Risikonya lebih besar. Bas mungkin akan menghentam kenderaan lain 'secara penuh' yang mengakibatkan kesan lebih buruk.

Jika pemandu cuba mengelak daripada menghimpit kenderaan lain, beliau dan puluhan nyawa penumpang di dalam bas akan berdepan dengan kemungkinan lain yang lebih bahaya seperti terjunam ke dalam gaung.

Maklumat daripada portal rasmi memaklumkan cuma dua orang cedera dan tiada sebarang kematian dalam kemalangam tersebut.

Alhamdulillah. Dalam keadaan orang terlibat tidak ada apa-apa, janganlah kita pula yang buat dosa memaki hamun dan membuatkan hati para pemandu bas lain terasa.

Barangkali ada kalangan pemandu bas yang tak pasal-pasal disindir itu adalah saudara mara dan rakan taulan kita juga.

Selamat hari raya.

Tuesday, July 5, 2016

Paus Benediktus XVI masuk Islam

Berita Paus Benediktus XVI memeluk Islam sepatutnya meletup satu dunia namun jejakan yang Demang lakukan melalui Google mendapati hanya beberapa blog yang mengisahkannya dan tampak berasal dari satu sumber kabur. Kebanyakannya pula bersalur dari Indonesia.

Kita boleh sahaja menuduh Google telah menapis dan menyembunyikan berita namun Demang lebih cenderung mengesyaki bahawa berita itu adalah palsu.

Benar atau bohong bukanlah persoalan yang ingin Demang kemukakan di sini. Kita lihat dari sudut lain iaitu apakah kesannya jika ia benar?

Mari kita lihat dari sudut bangsa Melayu.

Tanpa merujuk pada mana-mana statistik, kita dapati negara Islam agak ketinggalan dalam pelbagai bidang terutama ekonomi. Orang Melayu di Malaysia juga masih belum mampu bersaing. Bayangkan jika penganut kristian yang selama ini berada terkehadapan memeluk Islam. Demang percaya mereka akan lebih jauh meninggalkan kita.

Ini bukan soal assobiyah kerana assobiyah yang Islam haramkan merujuk pada tindakan mengambil hak kaum lain. Jika majoriti orang kristian sudah menjadi muslim maka kita akan melihat dua kelompok muslim iaitu muslim yang maju dan muslim yang ketinggalan.

Malanglah jika kita di kelompok kedua. 

Memanglah dari satu sudut kita bersyukur dengan kemasukan saudara baru namun bagaimana pula dengan survival bangsa?

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainlan kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Harap fahamkan betul-betul fikiran Demang. Kita bukan nak menyekat orang lain menjadi muslim sebaliknya sedang melihat bagaimana pula nasib bangsa sendiri? Akan bertukar menjadi maju atau menjadi semakin ketinggalan?

Barangkali ada yang menganggap tidak ada masalah jika orang kristian yang telah menjdi Islam lebih maju. Merekapun orang Islam juga. Sekali lgi Demang tegaskan, itu bukan persoalannya.

Jangan lupa dengan realiti di Malaysia. Kemasukan orang Islam dari Indonesia dan Kemboja yang dengan cepat menguasai perniagaan pakaian serta orang Islam dari selatan Thai yang menguasai perniagaan makanan menyesakkan orang Melayu dalam kedua-dua bidang tersebut. 

Bagaimanakah nasib orang Melayu apabila kaum Cina menjadi muslim? 

Adakah orang Melayu akan terus sekadar menjadi pemerhati? Ia akan berlaku jika sikap dan budaya kerja kita masih tidak berubah.

Begitu juga dengan cara kita berpolitik. Ramai kalangan kita yang masih menganggap bahawa untuk menang kita mesti mengalahkan pihak lain. Dalam pendidikan pun begitu juga. Kita masih takut  membenarkan pelajar meneroka ilmu dengn cara yang baru. Sistem peperiksan yang terlalu mengongkong masih enggan diubah meski sistem baru telah mula dilaksanakan.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)