Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, May 7, 2017

Islam bukan agama rasmi negara kita


Apa beza agama rasmi dengan agama persekutuan?

Jom kita lihat kenapa ditulis dalam Perkara 3 perlembagaan Malaysia "Islam agama persekutuan" dan bukannya 'agama rasmi persekutuan.'

Kuncinya, apabila ada yang rasmi selalunya ada yang tidak rasmi. Dalam bab lain mungkin boleh tetapi dalam soal aqidah,  ia adalah tidak masuk akal.

Analoginya:
Apabila Richard memeluk Islam maka Islam itu adalah agama beliau dan bukan sekadar agama rasmi beliau. Beliau tidak boleh mempunyai agama utama (rasmi) dan dalam masa yang sama memiliki agama kedua.

Sebagai penganut Islam,  tugas utama richard ialah melaksanakan perintah Allah taala. Yang lain2 hanya sunat selagi bukan haram di sisi Allah.

Solat adalah tugas wajib. Kerja hanyalah ibadah sunat. Maka apabila bertembung perkara sunat dengan wajib maka yang sunat perlu ditangguhkan, bukan sebaliknya seperti yang lazim sebahagian dari kita lakukan.

Saya bagi contoh lebih jelas. Apabila Malaysia ini beragama Islam, maka keseluruhan yang ada di Malaysia mestilah berlandas Islam.

Namun ada sedikit tolak ansur yang para ulama kita ambil, yang saya rasa dibuat berdasarkan tafsiran surah alkafirun... "bagimu agamamu dan bagiku agamaku".

Kelonggaran ini diiringi syarat yang ketat. Perkara 3 menetapkan "...agama lain boleh diamalkan dengan AMAN dan DAMAI".

Ini bermakna apabila penganut agama lain ingin meneruskan kepercayaan nenek moyang mereka yang dibawa dari negara asal,  mereka mestilah melakukan tanpa menyinggung perasaan ummat Islam. Kalau sampai mengganggu ketenteraman awam,  lebih2 lagi la.

Menyebarkan ajaran selain Islam samada secara terang-terangan atau senyap-senyap terutama kepada anak cucu ummat Islam akan menyebabkan ummat Islam marah. Ini yang tersirat di sebalik 'aman dan damai'.

Bagaimana pula jika program agama Islam mengganggu ketenteraman awam?  Perkara 3 dengan jelas mengatakan agama negara kita adalah Islam. Apabila beragama Islam maka ada ibadah wajib dan ada yang sunat dilakukan. Selain itu ada harus,  makruh,  dan haram.

Justeru secara asasnya tidak timbul soal ibadah ummat Islam yang dilakukan di negara ini mengganggu ketenteraman awam.

Apapun,  dalam melaksanakan ibadah, Islam juga menggariskan apa yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan. Ada hukum wajib, sunat, harus, makruh, dan haram.

Isu yang timbul dan menjadi viral sekarang ialah apabila orang ramai tidak faham dengan perlembagaan. Bukan sahaja orang bukan Islam yang keliru dan tidak faham bahkan ummat Islam pun masih ramai yamg keliru.

Perkara 3 dalam perlembagaan mengesahkan secara muktamad bahawa Malaysia adalah negara Islam secara total,  bukan separuh-separuh.

Tanpa prejudis politik atau sentimen keagamaan, kerajaan yang memegang kuasa perlu memikul tanggung jawab memastikan semangat perlembagaan tidak hanya di atas kertas sahaja.

1. Melaksanakan Islam di negara Islam adalah wajib.

2. Kerajaan perlu memberikan kefahaman sejelas-jelasnya pada sekalian rakyat dan warganegara supaya semua pihak lebih bersedia. Itulah konsep penerimaan. Tanpa kefahaman, konsep tolak ansur hanya tinggal anganan.

3. Kerajaan yang diberi amanah mesti menyediakan prasarana dan kemudahan agar konsep 'aman dan damai'yang tercatat dalam perlembagaan mampu dipatuhi.

4. Untuk perkara di atas,  bukan sahaja menyediakan masjid yang sesuai malah kemudahan parking,  kelicinan lalu lintas dan pergerakan para jemaah dan orang lain perlu diselia.

5. Perlu disedari,  masa solat jumaat bukan hanya orang bukan Islam sahaja yang tidak ke masjid malah wanita Islam juga tidak bersolat jumaat dan ramai juga yang menggunakan jalan raya berhampiran masjid.

6. Jika ini belum mampu kita usahakan bagaimana kita mahu melaksanakan perkara yang lebih besar seperti pelaksanaan hudud sepenuhnya?

Saya rasa bukan hanya orang Islam yang patut faham perkara ini malah rakan2 bukan Islam kita juga elok memahami perkara ini.





1 comment:

Anonymous said...

Satu kes pasal masalah parking tidak seharusnya dijadikan setitik nila yg jatuh ke dalam sebekas belanga air. Pihak yg terlibat perlu toleransi.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)