Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, October 30, 2009

Pakatan Rebah


Dalam permainan domino apabila satu kepingan rebah maka ia akan menghempap dinding di sebelahnya dan mula merebak. Seterusnya kita akan melihat satu siri runtuhan yang berkesinambungan.

Itu sebabnya setelah peristiwa tsunami 2004 ahli kaji bumi meramalkan runtuhan-runtuhan akan terus berlaku secara berentetan. Itulah yang sedang kita lihat hari ini.

Bagaimana dengan politik?

Manusia adalah makhluk sosial yang bertautan antara satu sama lain. Individu tidak membuat keputusan secara sendirian sebaliknya akan sentiasa merujuk kepada orang di sekelilingnya sebelum mengambil sebarang pendirian.

Sebagai contoh (orang Islam), apabila rakan di sebelah kita bersin maka setelah beliau mengucapkan alhamdulillah, kita akan mengucapkan yarhamkallah. Kenapa? Ya, kerana kita telah dididik begitu. Kenapa kita mengaplikasi hasil didikan itu? Kerana kita inginkan pahala. Itu sahaja? Tidak, kita juga ingin medoakan rakan kita itu.

Lagi? Kita mungkin ingin memperlihatkan sikap prihatin pada rakan kita. Selain itu kita juga barangkali melakukannya bagi mengambil hati rakan dan selebihnya mungkin bagi menunjukkan kepada orang di sekeliling bahawa kita... (apa-apa sahajalah).

Apapun niat anda ketika mengucapkan yarhamkallah itu, anda melakukannya sebagai satu respon terhadap persekitaran anda.

Dalam ilmu psikologi keadaan ini dikaitkan dengan teori tingkahlaku (behavior) yang berasaskan gerakan dan tindakbalas. Ia diaplikasikan dalam bidang pendidikan secara meluas. Pakar-pakar ilmu pendidikan yang cenderung dengan teori ini percaya bahawa manusia bertindak berdasarkan persekitaran. Meskipun teori ini dianggap klasik namun ia masih relevan dengan kehidupan manusia.

Berbalik pada isu politik terkini, dinding yang melingkungi pakatan pembangkang sedang tumbang satu persatu. Demang percaya, rakyat sedang melihatnya dengan cermat dan akan memberi tindak balas. Begitu juga para pemerhati atas pagar, akan condong semula ke pihak kerajaan yang ada sekarang. Seterusnya penyokong sederhana pembangkang akan beralih kepada kerajaan. Dalam pada itu kakitangan kerajaan yang agak berpuas hati dengan hadiah daripada kerajaan baru-baru ini akan lebih menyokong kerajaan yang menaungi mereka.

Lama kelamaan penyokong tegar akan menyusutlah ketegaran mereka.

Seperkara lagi yang perlu Demang catatkan di sini, sebagaimana ucapan Yarhamkallah tadi yang diterima melalui didikan, maka kerajaan akan terus mendidik rakyat untuk menyayangi kerajaan yang ada.

Maka bersedialah pakatan pembangkang untuk menghadapi zaman keruntuhan.

Wallahu'alam.

foto:
domino jpg 3gplive.com

Thursday, October 29, 2009

Pakatan (sudah) Runtuh







Baru malam kelmarin Pak Teh menulis tentang Pakatan Runtuh ekorang keluarnya Dr Jefrey Kitingan dan beberapa pemimpin PKR di Sabah, hari ini meletup satu lagi berita lebih hebat. Pakteh tak payah nak cerita panjang. Baca sahajalah berita yang Pak Teh salin daripada blog sahabat kami: (lihat sumber asal)






ADUN PKR Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah umum keluar PKR dan jadi ADUN Bebas yang sokong BN.




Beliau menyatakan demikian dalam sidang media berlangsung sekarang di Kuala Lumpur. Badrul melahirkan rasa kecewa terhadap kepimpinan PKR yang semakin teruk dilanda pelbagai skandal termasuk skandal sex luar tabii.




Beliau hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim yang menurutnya punca pelbagai masalah yang melanda Pakatan Rusuhan (PR). Oleh itu cara terbaik untuk keluar dari kemelut ini adalah untuk keluar PKR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.




Beliau membidas Anwar Ibrahim yang sengaja melenggah-lenggahkan bicara kes liwatnya yang menjadikan parti PKR terpalit dalam polemik peribadinya.




Beliau berterima kasih kepada Sdr Ezam Md Nor yang banyak membantunya keluar dari kemelut politik yang tidak berkesudahan dalam PKR.




Menurutnya lagi beberapa orang wakil rakyat Pas, Dap dan Pkr akan mengikut jejak langkahnya dalam masa terdekat ini.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









(Kita tunggu beberapa pendedahan lagi. Shhh... sapa ada nombor hp Ezam M. Noor? Boleh la risik kat dia).






Foto: broken chair flickr.com

Wednesday, October 28, 2009

Pakatan Runtuh

Dah lama Pak Teh tak menulis di sini. Hari ni Pak Teh menulis semula setelah melihat PR sedang runtuh. Sebentar tadi Dr Jefrey Kitingan telah meletak jawatan dan mengisytiharkan keluar daripada PKR. Bukan seorang diri, tetapi bersama ahli rombongannya!

Sementara itu isu-isu yang membosankan masih cuba dimainkan pembangkang.
Adakah pembangkang tidak sedar betapa meluatnya rakyat terhadap mereka?

Rakyat makin menyampah dengan politik cacamarba di Perak. Bukankah Perak itu negeri bersultan? Ikut suka sultan lah nak lantik siapa menjadi MB. Mentang-mentang ada sedikit kelemahan dalam perlembagaan, takkanlah sampai sanggup memanipulasi dan mengeksploitasi untuk kepentingan politik? Tidakkah itu menunjukkan sikap kurang ajar? Yang nyata, Baginda Sultan telah memperkenankan perlantikan YAB Zamri sebagai MB Perak!

Janganlah berdolak dalik dengan memutarbelit tafsiran terhadap perlembagaan.
Yang penting, jangan kurang ajar sangat!

Rakyat juga sudah bosan menunggu perbicaraan kes liwat yang ditangguh berkali-kali. Disuruh bersumpah, tak nak. Disuruh ke mahkamah pun tak nak. Habis, apa yang kamu nak?

Rakyat tambah boring dengan kemelut yang tak habis-habis di Selangor baik dari segi pentadbiran mahupun isu rasuah. Masa berkempen dulu, semua yang kerajaan BN buat dituduh tak betul. Sekarang? Kata dulang paku serpih...

Dalam kebosanan tersebut, PAS pula cuba menjaja semula isu kerajaan perpaduan sehingga mendesak EGM bagi membersihkan semua pemimpin PAS yang pernah terlibat dengan cadangan itu. Apa muslihat PAS sebenarnya? Adakah Nik Aziz serius atau sekadar berhelah?

Itu semua menambah kebosanan rakyat terhadap pembangkang.

Dalam pada itu PKR di Sabah terus bergolak dan sudah hampir pasti akan tumbang. Manakan tidak, apabila Dr Jefrey meninggalkan parti itu, maka sudah tentu semua akar-akar akan tercabut. Politik di Sabah lebih kepada kekuatan tokoh. Hal ini berbeza dengan Semenanjung. Di Sabah, 'calon bebas' menang dalam pilihanraya adalah perkara biasa.

Pak Teh nampak, jika benarlah dakwaan bahawa Anwar memainkan peranan penting dalam percaturan politik parti-parti pembangkang, maka semua cebisan-cebisan isu di atas adalah strategi Anwar bagi menutup pelbagai masalah besar yang sedang berlaku dalam PKR.

foto: boring jpg wunderground.com

Tuesday, October 27, 2009

Hantu Tok Nik


Alkisah di sebuah kampung, tinggal seorang lelaki yang dipanggil orang Tok Nik. Akan Tok Nik ini tidaklah berada seorang diri di kampung itu. Jika demikian, masakan beliau boleh digelar Tok Nik. Tentulah gelaran tersebut diberi oleh orang lain. Jarang dibuat orang memberi gelaran pada diri sendiri.

Panggilan Tok Nik yang diberi bukan kerana beliau sudah bercucu tetapi kerana beliau sudah tua. Sebelum ini orang ramai memanggilnya Pok Nik. Ada juga yang memanggilnya TokGuru, terutama orang dagang yang baru mengenali beliau melalui beberapa kerat anak muridnya.

Akan Tok Nik ini bukanlah sebarangan orang adanya. Banyak jugalah ilmu yang dimilikinya selain ilmu hisab (matematik) dan ilmu sains (sukatan lama sijil penilaian sekolah rendah).

Salah satu ilmu yang amat dibanggakan beliau ialah ilmu jin dan hantu (singkatannya, ilmu Jihan). Justeru Tok Nik amat ditakuti oleh kawan dan lawan lantaran memiliki ilmu tersebut. Maka selain lembu, kambing, ayam, dan itik, Tok Nik juga dikatakan memelihara beberapa ekor hantu. Antaranya ialah jembalang tanah, jin bukit, hantu raya, toyol, dan pelesit.

Pernah juga anak murid beliau bertanya tidakkah perusahaan memelihara makhluk-makhluk itu bertentangan dengan Islam? Namun Tok Nik dengan tegas menyatakan bahawa tidak salah mendapat pertolongan hatta daripada syaitan sekalipun. Apalah sangat dengan jin-jin yang juga makhluk ciptaan Allah itu. Lagipun tujuan beliau ialah bagi menjaga ladang, ternakan, dan hartanya daripada musuh. Dengan kata lain beliau cuma hendak mengalahkan musuhnya. Beliaupun bukan mencari, sebaliknya makhluk-makhluk itu datang sendiri, yakni diwarisi daripada nenek moyangnya.

Arakian datang pada suatu ketika Tok Nik pun terasalah dirinya sudah semakin tua dan sering pula uzur. Maka terbetiklah di hatinya untuk meninggalkan amalan memelihara makhluk-makhluk tersebut. Maka dibukanya kitab-kitab lama bagi mencari petua membuang belaan. Rupa-rupanya bukan mudah untuk membuang 'sahabat-sahabat' sebegitu. Puas diselongkar segala macam kitab namun tidak juga ditemui petua yang berkenaan. Hendak ditanya pada orang lain, sudah tentu akan menjatuhkan maruah Tok Nik yang merupakan penasihat utama kelab Jihan se-Nusantara.

Akhirnya setelah puas membelek dan menelaah, maka dapatlah suatu petua yang difiikirnya bagus untuk dipraktikkan. Mengerepot-ngerepot pipinya menahan senyum akibat girangnya hati menemui jalan penyelesaian terhadap masalah besar itu.

Maka Tok Nik pun bergegas ke pekan tetapi bukanlah Pekan Pahang sebab Tok Nik tidak mahu terserempak dengan Tok Jib yang pasti akan menempelak kesilapan beliau memelihara ternakan berbahaya tersebut. Sudah jenuh Tok Jib menasihati Tok Nik agar meninggakan amalan berisiko tinggi begitu.

Sesampainya di pekan kecil itu Tok Nik segera menghala ke kedai seorang bekas ahli DAP yang diketahuinya menjual pelbagai jenis dedak dan makanan haiwan. Dipendekkan cerita maka dibelinya seguni gandum yang dijadikan makanan ayam.

Sebaik sahaja sampai di rumah maka dipanggilnya para belaannya bagi membantu beliau memberi makanan kepada ayam-itik beliau yang memang banyak. Maklumlah, pekerja ramai dan tidak perlu dibayar gaji.

Sambil memerhati sahabat-sahabatnya bekerja, maka bersuaralah Tok Nik:
"Nampaknya suka benar ayam-itik kita mentedarah gandum ini. Jika demikian molek benarlah jika kita hidangkan makanan ini setiap hari kepada mereka. Apa pendapat kalian semua?"

Maka sekalian sahabatnya bersetujulah sebulat suara atas cadangan tersebut sambil meneruskan kerja mereka dengan taat dan setia. Itulah keistimewaan makhluk-makhluk itu berbanding manusia. Mereka tak reti membantah.

"Cis..." tiba-tiba Tok Nik bersuara agak kuat menyebabkan semua belaannya termasuk ayam dan itik terngadah dan kemudian berpandangan sesama sendiri. "macamana nak bagi makan gandum sedangkan simpanan gandum kita cuma sedikit? Kalau nak beli setiap hari, bangkrup lah kita." Tok Nik menyambung.

"Apa yang susah Tok? kita tanam lah." Sahut Si Afrit dengan pantas, dan sepantas itu juga dia meraung sekuat hati seolah-olah dicubit sesuatu.

Sememangnya lah Si Afrit menjerit kesakitan kerana dicubit Hantu Raya sekuat hati. Manakan tidak, dengan terbitnya cadangan bodoh tersebut, sudah tentulah mereka semua yang akan mendapat tambahan kerja yang tidak bergaji.

"Bagus Afrit. Demo memang hebat dan cerdas. Pagi-pagi esok kita akan mulakan kerja menanam gandum." Tok Nik membuat keputusan berbentuk arahan sambil melangkah pulang ke rumah besarnya.

Pada malam itu ketika diyakini bahawa semua belaannya telah berambus bergelentayangan maka Tok Nik mengeluarkan beberapa cupak gandum dan dimasukkan ke dalam kuali. Tok Nik menggoreng bijirin tersebut sehingga garing dan dimasukkan ke dalam uncang.

Pagi-pagi esoknya, berjalanlah Tok Nik dibontoti makhluk-makhluk peliharaannya ke tengah hutan belantara. Tok Nik sudah memberi taklimat awal bahawa mereka akan membuka ladang baru untuk tanaman gandum di tengah-tengah hutan hujan topika (Tropical Rain forest) tersebut.

Kira-kira 8 jam berjalan maka Tok Nik mengisyaratkan untuk berhenti di suatu kawasan tinggi yang berbatu besar. Ala-ala air terjun dekat Cameron Highland.

Maka sepanjang-panjang malam tersebut bekerja keraslah sekalian makhluk itu membersihkan kawasan untuk diperbuat ladang gandum. Tidaklah mereka tahu bahawa belum pernah lagi orang menanam gandum di Malaysia ini. Apatah lagi menggunakan benih yang digoreng sehingga garing!

Menjelang subuh maka kerja-kerja memugar hutan pun selesai. Sebelum sempat bersarapan, Tok Nik sudah menggesa mereka membuat lubang-lubang kecil untuk disemai benih-benih gandum. Tugas tersebut selesai menjelang tengahari. Demikianlah produktif dan inovatifnya makhluk-makhluk tersebut yang bekerja tanpa perlu dipantau sepanjang masa.

Maka Tok Nik pun memanggil mereka untuk memberi taklimat sekali lagi.

"Wahai sahabat-sahabatku. Tahniah dan terima kasih atas komitmen yang demo berikan sehingga hasrat ambo membuka sebuah ladang gandum tercapai. Tugas kita seterusnya amatlah mudah. Kita hanya perlu menunggu tanaman ini tumbuh dan berbuah. Selepas itu bolehlah dituai untuk dibawa pulang." Tok Nik menghela nafas, sebelum menyambung:

"Justeru ambo ingin berkata dengan tegas di sini bahawa janganlah mana-mana antara kamu yang pulang ke rumah melainkan dengan membawa gandum yang banyak. Akan ambo, terpaksalah balik dahulu bagi menguruskan perkara-perkara lain di rumah."

"jangan lupa, siram jangan tak siram."

Dengan kata-kata tersebut maka segeralah Tok Nik mencari jalan pulang ke rumahnya. Tidak perlulah Demang ceritakan secara detail perihal Tok Nik yang rebah-rempah dan sesat-barat sebelum menemui kampungnya.
Namun amat berbaloi rasanya segala jerih apabila berjaya memperdayakan makhluk-makhluk peliharaan itu.

Hari berganti hari, minggu bertukar bulan dan, tiba-tiba sebelum bulan sempat bertemu tahun, pada suatu pagi yang bening Tok Nik dikejutkan dengan suara hiruk pikuk di luar rumah gadangnya. Apabila dijengah alangkah terperanjatnya Tok Nik melihat beratus-ratus guni gandum sudah tersusun di laman rumahnya. Tok Nik pengsan.

Walaupun hantu-hantu tersebut bersungguh-sungguh mendakwa bahawa itu adalah gandum hasil tanaman mereka namun guni gandum yang tertulis nama rakan DAPnya membuktikan bahawa makhluk-makhluk itu memang berbohong.

Namun Tok Nik tidak mampu berbuat apa-apa sebab beliau lah yang mula-mula berbohong.

foto:
Ghost jpg cuteamai.tblog.com

Monday, October 26, 2009

jenaka melayu, cina, india


Ntah dari mana sumber asalnya, ada suatu lelucon berbunyi begini:

Orang Cina; jika seorang diri dia akan berniaga. Jika berdua mereka akan berjudi, dan jika ramai mereka akan tubuh kongsi gelap.

Orang India; jika seorang diri dia akan mabuk. Jika berdua mereka akan berdebat, dan jika ramai mereka akan tubuh union.

Orang Melayu; jika seorang diri dia akan tidur. Jika berdua mereka akan berbual, dan jika ramai mereka akan anjurkan pesta.

Bagaimana penerimaan anda? Demang rasa kita tak perlulah beremosional dan bersusah payah menafikan dakwaan tadi. Untuk menerimanya 100% juga tidak perlu. Kita terima sahaja seadanya. Selebihnya, anggap sahaja sebagai gurauan atau lelucuan.

Namun Demang terfikir jika pernyataan tadi benar, ia adalah asas yang baik dalam membina 1 Malaysia, yakni rakyat sebagai aset negara berasaskan konsep modal insan.

Pertama, kita dapati orang Melayu dan India tidak boleh dibiarkan sendirian manakala orang Cina tidak boleh berkumpul ramai-ramai.

Kedua, samada Melayu, Cina, atau India mereka jangan dibiarkan menjadi rakan kongsi sesama kaum. Jika kedua-duanya Melayu, mereka akan berborak kosong. Jika sama-sama Cina, mereka akan leka berjudi, dan jika dua orang India bertemu, mereka akan asyik bertengkar sahaja.

Jalan keluar yang paling baik untuk memajukan ketiga-tiga kaum ini ialah gandingkan mereka sebagai rakan kongsi yang dinamik. Sebenarnya ini telah dilakukan melalui DEB. Malangnya rancangan murni kerajaan ketika itu telah dikhianati. Malah DEB dijadikan kambing hitam demi meraih sokongan politik.

Malah ramai juga yang telah berjaya melalui DEB bersikap lembu kenyang dan seperti kacang lupakan kulit.

Baiklah. Lupakan tentang DEB dan kita rangka alternatif baru. DEB pun sudah ditalqinkan. Lagipun kita bukan lagi di era 1970an pasca 13 Mei. Kita sudahpun menyeberangi sempadan millineum dan sedang belayar di lautan globalisasi. Pesaing kita bukan lagi sesama warga Malaysia, bahkan negara jiran tetangga juga tidak seharusnya kita jadikan sebagai musuh kita.

Salam 1 Malaysia.

Foto sekadar hiasan
namaku aya hendrat.sason... flickr.com

Sunday, October 25, 2009

Siapa syaitan itu?



"Bbrp hari sblm nik aziz keluarkan kenyataan supaya pas buat egm untuk bersihkan pro perpaduan.., anwar ibrahim mengadakan pertemuan dgn nik aziz. Tindakan nik aziz atas campur tgn anwar. Anwar yg myebabkn pepecahan dlm pas"

Demikian sms yang Demang terima kelmarin.

Nampaknya Nik Aziz benar-benar faham realiti politik di Malaysia. Tak kesahlah samada beliau sudah faham atau baru mula faham. Yang penting Nik Aziz sudah sedar bahawa PAS tidak boleh 'hidup' tanpa PKR dan DAP.

Kita boleh faham kedudukan Nik Aziz sekarang. Sejak meredeka PAS tidak pernah merasai nikmat disanjungi walau apapun tindakan yang diambil. Selama ini UMNO yang berkedudukan begitu. Selama ini jika diletakkan tunggul kayu sekalipun sebagai calon BN, maka tunggul itulah yang akan dipilih menjadi wakil rakyat. YB Tunggul Kayu.

Tiba-tiba PAS menerima nikmat sebegitu. Bukan PAS sahaja malah mana-mana parti pembangkang pun begitu. Bila? Sejak UMNO menyingkirkan timbalan presidennya Anwar Ibrahim. Sejak itulah PAS kembali bernyawa. Padahal pemerhati politik meramalkan PAS akan ditutup bila-bila masa sahaja sebelum peristiwa bersejarah itu. Sebabnya, (Tun) Dr Mahathir tika itu begitu mantap dan hebat!

Ertinya, Anwar adalah penyelamat PAS. Malah hingga kinipun PAS masih memerlukan Anwar. Buktinya, walaupun sekalian rakyat dikatakan membenci UMNO-BN dalam PRU12, namun PAS cuma mampu memenangi 23 kerusi parlimen. Sedangkan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sekalipun PAS memerlukan 111+1 kerusi parlimen.

PAS juga memerlukan DAP tidak kira apa sekalipun ideologi parti itu. Malah PAS memerlukan parti apa sahaja termasuk sosialis dan komunis bagi menumbangkan UMNO. Itulah lanjutan daripada kenyataan Nik Aziz untuk menerima hatta syaitan sekalipun yang mahu membantunya.

Maka Demang (dan mungkin juga anda) segera terfikir: siapakah yang dimaksudkan dengan 'syaitan' dalam kenyataan tersebut?

Takkan lah Nik Aziz nak bela hantu raya, ye tak?

foto-foto sekadar hiasan:
fire devil vuur duivel no Jan Hoogendoo... flickr.com

3 isu BESAR

Apakah perkara penting yang berlaku di hujung-hujung minggu lalu?

Sebenarnya selain pembentangan belanjawan negara, ada dua perkara lagi yang agak penting telah berlaku, menyelit di celah-celah perbincangan hangat pembentangan belanjawan negara.

Pertama, amaran dan gesaan Nik Aziz untuk membersihkan PAS daripada golongan yang pro kerajaan perpaduan. Hal ini akan Demang bincangkan kemudian kerana Demang perlu memastikan adakah Islam membenarkan kita bermusuhan dan membalas dendam. Yakni, bermusuhan dengan orang UMNO yang beragama Islam dan membalas dendam pada orang PAS (Islam) yang menginginkan perpaduan.

Kedua, usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan keistimewaan memiliki dokumen penting sebelum perbicaraan telah ditolak. Hal ini juga Demang akan bincangkan dalam artikal lain. buat masa ini eloklah anda berkunjung ke blog Saiful bagi melihat kenapa anak muda tersebut begitu yakin bahawa Anwar memang bersalah?

Ketiga-tiga perkara tersebut kelihatan berbeza namun mempunyai satu persamaan impak iaitu terhadap senario politik semasa. Ertinya, kesan pada kita semua.

Nampaknya tiupan angin sedang berubah. Setelah 10 tahun persepsi rakyat memberi simpati pada pembangkang dan menaruh prejudis tinggi terhadap kerajaan, kini babak baru telah bermula. Angin monsun sudah bertukar arah.

Tiupan pertama angin perubahan sebenarnya sudah bermula apabila DS Najib mengambil alih pentadbiran negara. Namun rakyat masih belum dapat mengikis terus rasa curiga. Tindakan Najib turun padang melihat sendiri kehidupan rakyat mula membuka mata rakyat.

Seterusnya DS Najib mengumumkan 1 Malaysia dan berikrar bagi melakukan perubahan besar. UMNO juga turut mengalami proses pemulihan secara agresif. Demang yang turut terlibat secara langsung dalam merintis perubahan ini mendapati bahawa DS Najib tidak sekadar bercakap kosong. Apabila Najib bersuara, maka jentera di belakangnya terus bertindak secara proaktif. Dalam banyak perkara, Najib memainkan peranan secara langsung. Hal ini Demang bukan sekadar mendengar cakap orang!

Paling jelas setakat ini pembangkang seolah gelap pandangan dan tidak tahu mencari kelemahan kerajaan. Cuma yang pasti BN dan UMNO mesti dimusnahkan.

Demang tiba-tiba teringat kisah seorang wali dengan iblis. Pada pusingan pertama wali tersebut berjaya mengalahkan iblis kerana tindakannya berasaskan kebenaran sebaliknya dalam pusingan kedua wali tersebut dikalahkan iblis kerana tindakannya bukan lagi kerana Allah tetapi kerana melayani nafsu amarah.

Wallahu'alam.

Thursday, October 22, 2009

Siri Pendedahan 3: Dana untuk PKR


Berikut merupakan sambungan pendedahan Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan berkenaan dengan sumber kewangan PKR. Rujuk pendedahan sebelum ini, klik di sini

Dalam pendedahan kedua ini, Lokman Noor Adam mengemukakan dua slid kewangan (slid akuan Citybank, New York & Seloka Gelora Sdn Bhd) sebagai bukti.

Dalam pendedahan itu, Lokman Noor Adam mendakwa kedua-dua slid itu dibekalkan oleh Azwandin Hamzah, pegawai IKD (Institut Kajian Dasar) merangkap bekas exco Keadilan pusat.

Kedua-dua slid ini melibatkan penama KHALID JAAFAR, Pengarah IKD yang juga merupakan ahli lembaga pengarah Syarikat Gelora Sdn Bhd. Azwandin juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat itu.

Khalid Jaafar merupakan peneraju utama badan pemikir Anwar (IKD), beliau juga mencipta satu syarikat bernama SYARIKAT GELORA SDN BHD sebagai perantaraan kemasukan dana-dana asing ke Malaysia melalui akaun syarikat tersebut. Akaun syarikat ini menggunakan perkhidmatan bank CITYBANK, NEW YORK (cawangan Kuala Lumpur).

Dalam video yang bakal anda tonton ini mempersoalkan dua perkara;

1. Mengapa Anwar membawa Azmin Ali (Naib Presiden PKR) dan Khalid Jaafar (Pengarah IKD) semasa berjumpa dengan Paul Wolfowitz(Yahudi), di Pentagon, Amerika Syarikat pada tahun 2005 ?

Apa justifikasi Anwar membawa kedua-dua mereka, kerana kedua-dua mereka ini pernah dikaitkan sebagai 'perantaraan' menerima dana asing bagi pihak Anwar ?

Paul Wolfowitz, ketika itu adalah Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, satu jawatan yang menjaga kepentingan CIA. CIA pula terkenal sebagai imej penaja kewangan untuk menyokong proksi-proksi Amerika di seluruh dunia. Apakah ini konspirasi Anwar-Wolfowitz yang membabitkan penajaan kewangan CIA ?

Tempat perjumpaan mereka juga mencurigakan, Pentagon, Amerika Syarikat, PUSAT CIA. Tidak semua 'muslim' dapat menjejakkan kaki ke pusat CIA, selepas peristiwa 9/11, kecuali individu-individu yang telah dikenalpasti sebagai rangkaian ejen CIA. Adakah Anwar juga termasuk dalam rangkaian ejen CIA ?

2. Kenapa Anwar berjumpa dengan Robert E Rubin(Yahudi), bekas Setiausaha kewangan Amerika Syarikat ?

Apakah kerana faktor E Rubin orang yang berpengaruh dalam polisi kewangan Amerika Syarikat ?

Apakah kerana faktor E Rubin adalah Chairman of Citigroup, seorang pengerusi yang menyelia semua rangkaian bank, Citybank New York ?

Apakah kerana faktor E Rubin merupakan salah seorang co chairman CFR (Council on foreign Relation), di mana Anwar salah seorang ahlinya ?

Sumber
http://anwaribrahim dotcom.blogspot.com

foto:
anwar saiful new jpg din.huluselangor.net

Wednesday, October 21, 2009

Siri Pendedahan II: petualangan PKR


Berikut merupakan pendedahan sdr Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan berkenaan dengan sumber kewangan parti Keadilan.

Pendedahan ini dibuat beberapa minggu sebelum pilihanraya umum 2004. Ketika itu Lokman bersama 'geng 12' termasuk Zahid Mat Arip, Hanafiah Man (sekarang di Agendadaily) , Roslan Kassim dan beberapa orang lain telah bertindak keluar parti. Ketika itu nama parti masih Keadilan, kerana proses pengabungan antara Parti Keadilan dan PRM yang dinamakan sebagai PKR dilakukan selepas PRU 2004.

Dalam pendedahan ini, Lokman mendedahkan bagaimana mesyuarat sulit antara wakil-wakil parti Keadilan iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali dengan pihak penaja, George Soros, seorang Yahudi terkaya di Amerika Syarikat pada tahun 2003.

Cerita pertemuan ini bocor kepada Lokman dan inner circle Pemuda Keadilan (Ezam, Zahid Mat Arip dan lain-lain) apabila wakil Tian Chua yang disebut kekasih Tian Chua bergaduh dengan Azmin Ali. Azmin tidak benarkan wakil Tian Chua terlibat sama kerana tidak mahu mempunyai saksi.

Siapa kekasih Tian Chua itu ? Dua orang yang disebut status kekasih Tian Chua ketika itu iaitu Elizabeth Wong dan Mabel Aun, yang dikatakan 'tunang' Tian Chua dari Hong Kong. Tetapi antara keduanya, Tian Chua lebih rapat dengan Elizabeth Wong, yang keduanya tinggal serumah di Petaling Jaya. Kedua-dua aktivis NGO SUARAM dan HAKAM yang menjadi NGO utama penyokong PKR.

NGO SUARAM dan HAKAM menerima kewangan dari NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan demokrasi Amerika Syarikat.

Dalam video ini juga Lokman menunjukkan slid-slid keluar masuk kewangan yang menunjukkan transisi kewangan dari luar kepada Khalid Jaafar, Pengarah IKD.

Bermakna dalam urusan melobi kewangan luar kepada parti Keadilan, tiga individu yang dipertanggungjawabk an oleh Anwar menyertai proses rundingan iaitu Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.

Selain 3 individu yang disenaraikan di atas, mereka bukanlah orang yang benar-benar dipercayai oleh Anwar.

Sumber:
http://anwaribrahim dotcom.blogspot. com
http://mindaaidc. wordpress. com

Tuesday, October 20, 2009

Siri Pendedahan I: Kenyataan Dr Chandra Muzaffar


Saya tidak akan memberi respon berdasarkan komen-komen berniat jahat dalam blog dan laman-laman web berkenaan dengan kritikan saya terhadap Anwar Ibrahim jika Aliran juga tidak berganding bahu menyerang saya. Serangan Aliran meninggalkan kesan mendalam kepada saya.

Terlebih dahulu, biarkan saya memulakan dengan membetulkan beberapa ungkapan-ungkapan salah di dalam Kenyataan Media Aliran.

Saya tidak pernah berkata bahawa BN "adalah satu pilihan terbaik". Sama ada di The STAR atau NST yang melaporkan ucapan saya semasa Forum Pilihan Raya Umum yang dianjurkan oleh The STAR pada 3 Mac 2008.

Apa yang saya katakan adalah, "pada ketika ini dalam sejarah negara kita, BN, walaupun terdapat kecacatannya, hanya gabungan antara etniknya yang berdaya dalam negara ini."

Saya kemudiannya menjelaskan mengapa percubaan oleh pihak pembangkang untuk mewujudkan sebuah gabungan alternatif di antara tahun 1999 dan 2001, di mana saya turut sama terlibat, bersama dengan pihak lain, gagal.

Adakah kenyataan "bahawa BN...adalah pilihan terbaik" adalah satu ungkapan yang direka-reka oleh pegawai-pegawai Aliran yang menandatangani kenyataan media itu.

Dengan kata lain, tidak terdapat kata-kata saya ke atas Anwar yang boleh ditafsirkan sebagai satu "cetusan emosional".

Separuh masa jawapan yang saya berikan adalah menjawab soalan daripada salah seorang peserta forum itu. Saya menjelaskan secara ringkas, alasan-alasan mengapa saya fikir, Anwar tidak layak menjadi ketua dalam sebuah negara yang kepelbagaian etnik.

Terdapat beberapa faktor – faktor lain yang tidak melayakkannya untuk menjadi pemimpin di negara ini, yang saya akan dedahkan pada masa yang sesuai.

Sesetengah ketidakgembiraan saya terhadap Anwar dan Parti KeAdilan Nasional (nama yang dikenali sebelum ini) ketika saya keluar parti pada Disember 2001, telah dikongsi dengan Presiden Aliran, P Ramakrishnan, dalam satu majlis makan malam di restoran Petaling Jaya pada awal tahun 2002.

Dalam perbincangan kami itu, saya agak berterus terang dengannya berkenaan dengan politik wang dalam parti, kekurangan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan dan manipulasi sentimen-sentimen yang bersifat perkauman.

Sebelum ini, saya telah diberi peringatan oleh teman-teman yang mengatakan saya bakal menggalas satu tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul selama bertahun-tahun.

Dalam beberapa interbiu saya dengan majalah-majalah tempatan, saya telah menyentuh kelemahan-kelemahan dalam parti itu dan kepimpinannya. Tetapi saya tidak pernah sesekali mendedahkan politik dalaman PKR dan Anwar sehingga 3 Mac 2008.

Pemimpin-pemimpin Aliran , seperti juga pihak lain telah memberi komen-komen pedas tentang kritikan saya kepada Anwar, bertanyakan mengapa saya memutuskan untuk bercakap kepada umum pada masa ini, dalam suasana kempen Pilihan Raya Umum ke-12.

Sebagaimana yang pernah saya jelaskan, saya tidak memilih masa atau peristiwa. Saya hanya semata-mata menjawab kepada satu soalan daripada audien.

Jawapan saya telah mengejutkan pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dengan parti atau tidak, berkenaan dengan satu komplot dan manipulasi politik Machiavellian (matlamat menghalalkan cara).

Kerangka besar penipuan dan pemerdayaan ini telah dimulakan dengan menipu satu kompenan masyarakat Malaysia yang mudah terpedaya supaya mempercayai bahawa dia adalah orang harapan yang ditunggu-tunggu seperti 'kesatria perisai' yang akan menyelamatkan rakyat jelata menuju ke syurga mulia iaitu keadilan dan persamaan.

Sebahagiannya, kerana 'kesatria' telah menanggalkan topengnya yang lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan mendapat kesedaran tentang risiko dalam kehidupan mereka apabila mereka sekali lagi diberikan tugas menentukan hak masa depan mereka.

‘Kesatria’ yang menanggalkan topeng mereka, ternyata membuatkan pemimpin-pemimpin Aliran tidak gembira. Mereka menuntut untuk mengetahui mengapa saya "begitu bimbang tentang masalah politik wang dalam PKR" tetapi tidak "berkata bahawa kebanyakan masalah politik wang selalu dikaitkan dengan BN”

Jika ada di kalangan pemimpin-pemimpin Aliran berada dalam Forum 3 Mac itu, dia akan mengakui bahawa dalam penyampaian itu, saya telah menekankan bahawa persoalan rasuah dalam peringkat tertinggi politik dan perniagaan sebagai satu daripada tiga cabaran utama yang dihadapi negara.

Saya telah mencadangkan bahawa terdapat jurang yang luas di antara ‘ yang banyak' dan ‘yang sedikit' dan pengukuhan demokrasi itu adalah dua cabaran lain yang perlu diberi perhatian segera oleh pemerintah.

Kritikan utama dalam penyampaian saya adalah hubungan etnik dan pilihan raya yang akan datang, saya juga menyatakan pandangan bahawa pemerintahan terakhir dalam beberapa dekad sebelum ini, sebahagian besar telah bertanggungjawab untuk membenarkan polarisasi etnik ke arah yang lebih buruk.

Pada bahagian akhir ceramah, saya mencadangkan bahawa BN harus di peringkat akar umbi mula mengubah diri sendiri kepada sebuah parti kepelbagaian etnik yang sebenarnya berbanding dengan sebuah parti antara etnik dengan tujuan untuk meningkatkan integrasi nasional.

Ia sudah tentu satu kebenaran, yang dibimbangi oleh rakyat Malaysia, seperti dalam pemerhatian saya dalam setengah dekad yang lalu. Ini kerana saya telah menumpukan perhatian terhadap kuasa dunia global.

Tetapi saya juga turut menyedari bagaimana kesan-kesan global ke atas masyarakat setempat. Ini kerana, saya serba sedikit mengetahui berkenaan ‘global-local interface’ iaitu yang amat membimbangkan saya berkenaan dengan peranan Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia.


Dr Chandra Muzaffar
Petaling Jaya
7 March 2008.

Sumber: AIDC

foto:PH2007070601509 jpg
newsweek.washingtonpost.com

Dato' untuk Afdlin Sauqi.


Setelah sekian lama kehilangan cuti, maka baru-baru ini Demang dapat berehat bersama keluarga di hujung minggu. Itupun setelah membatalkan kehadiran dalam satu program.

Bermula pagi Sabtu kami mengunjungi tiga majlis perkahwinan sebelum singgah membeli perabot kecil di sebuah kedai. Selepas Maghrib, kami menghabiskan dua jam di pusat bowling antarabangsa melayan anak-anak. Untuk makluman, Demang handal jugak bermain guli dan 'baling tin' masa kecik-kecik dulu. Jadi tak lah susah sangat bermain bowling.

Selepas Isya', keluar lagi. Kali ini untuk menonton filem terbaru Adlin Syauqi: Papadom. Walaupun tayangan tengah malam namun banyak keluarga yang turut menonton bersama kami. Ternyata kepenatan berjaga hingga dinihari memang berbaloi.

Tahniah Adlin Syauqi yang berjaya menukarkan RM28 kami menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, sekaligus merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga.

Demang tertarik dengan babak ketika Saadom (Papadom) dan rakan-rakannya ingin menubuhkan syarikat kerjasama yang terdiri dari Melayu, Cina, dan India. Secara berseloroh mereka berkata bahawa usaha mereka itu boleh melayakkan mereka mendapat anugerah Dato' Seri kerana ia suatu usaha perpaduan (1 Malaysia).

Demang fikir Adlin Sauqi memang layak menerima anugerah tersebut (selain Suhaimi Baba) berbanding beberapa artis/penyanyi lain yang sekadar menumpang tuah bakat semulajadi. Apatah lagi penyanyi yang pernah memperolehi kebahagian dengan memusnahkan rumah tangga orang lain.

Demang fikir panel pemilih anugerah perlu lebih peka.

Cuma satu Demang nak tegur: babak kemesraan anatara suami isteri lebih baik dilakukan tanpa sentuhan melainkan jika pelakonnya memang suami isteri di luar filem. Sebagai seorang pengarah yang kreatif saudara Adlin tentu dapat mencari kaedah lain bagi memperlihatkan kasih sayang suami isteri melalui tanpa melibatkan sentuhan.

Teruskan berkreatif, (Dato') Adlin Sauqi.

foto:
papadom and few other special
temptationmak... flickr.com

Monday, October 19, 2009

Orang baik di tempat yang salah


Demang akui, terdapat ramai orang baik di dalam PAS. Dalam PKR juga terdapat ramai orang baik, atau sekurang-kurangnya berniat baik. Cuma dalam UMNO barangkali tak ramai orang baik. Kita andaikan sahaja begitu.

Perlu diingat, PAS asalnya juga sebahagian daripada UMNO, iaitu biro agama UMNO. Jika andaian tadi benar maka kebanyakan orang baik-baik sudah meninggalkan UMNO. Maka siapa yang tinggal? Sekali lagi, jika andaian tadi dianggap benar maka orang yang tidak baiklah yang tinggal di dalam UMNO. Benarkah begitu?

Penubuhan PAS hampir sama seperti Semangat 46 iaitu setelah pemimpinnya gagal menguasai kepimpinan tertinggi parti lalu keluar menubuhkan parti baru. cuma proses pendaftaran PAS menimbulkan kemusykilan orang ramai kerana Inggeris meluluskan permonannya kurang daripada satu minggu. Cepat betul.

Sepanjang penubuhannya PAS tidak banyak melakukan perubahan dari segi struktur. Dalam sejarah PAS, presidennya sendiri pernah meninggalkan parti dan menyertai UMNO. Malah PAS hampir-hampir lumpuh semasa Tun Dr Mahathir di puncak kegemilangannya.

Tatkala rakyat Malaysia sedang mempersiapkan liang lahad untuk PAS, isu Anwar muncul. Bagai mendapat durian runtuh, isu tersebut memberi keuntungan kepada PAS. Anwar dan penyokongnya berlari ke pangkuan PAS merayu 'suaka politik'. Ternyata ia menguntungkan kedua-dua pihak. Rakyat, belum tahu untung atau rugi.

Setelah rayuan Anwar agar dimaafkan buat kesekian kalinya ditolak oleh UMNO maka Anwar nekad menubuhkan PKR. Hal ini sempat menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan pembangkang dan penyokong mereka: "kenapa Anwar tidak bernaung terus di bawah panji PAS?"

Jawapan mudah Anwar ketika itu ialah ia merupakan percaturan politik aras tinggi. Maka kelulah lidah para pengkritik setengah masak dan diamlah para pengagum Anwarisme. Sebenarnya Anwar tidak pernah yakin dengan landasan perjuangan PAS. Itu hanyalah alasan penolakan secara halus yang memang disedari oleh ramai orang.

Jika PAS dianggap tempat orang baik berhimpun, kenapa perjuangan orang baik seolah tidak diredhai Tuhan? Malah orang PAS sudah beberapa kali melakukan solat hajat bagi meminta petunjuk Tuhan bagi menentukan siapa yang benar, atau siapa yang lebih benar? Malah mereka pernah melakukan solat hajat, jika Tun Dr Mahathir bersalah maka tunjukkanlah bala semasa di dunia lagi. Kita tidak tahu niat dalam hati jamaah solat tersebut tetapi yang nyatanya selepas itu Anwar dijatuhkan penjara lebih enam tahun dan dikatakan mengalami penyakit misteri manakala Tun Mahathir sihat walafiat sehingga kini.

Setakat ini Tuhan masih memberi petunjuk bahawa UMNO lah yang terbaik. Namun para pemimpin PAS masih enggan mengakui isyarat dari Tuhan dengan pelbagai alasan. Salah satu alasan yang popular sekitar 1999 ialah petunjuk dari Tuhan tidak datang serta merta tetapi mengambil masa sehingga beberapa tahun. Sekarang sudah di penghujung tahun 2009! Rakyat bukan bodoh.

Bagi Demang, UMNO adalah tempat yang baik tetapi dihuni oleh orang yang kurang baik manakala PAS pula dihuni oleh ramai orang baik-baik padahal PAS bukanlah pentas terbaik bagi memperjuangkan ummah.

Ayuh orang PAS, tinggalkan parti uzur itu dan berhijrah ke dalam UMNO sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat berhijrah ke Madinah dan akhirnya berjaya membina negara Islam di situ.

Ayuh orang PAS, tinggalkan DAP yang sering diragui keihlasan mereka. Berdampinglah dengan MCA yang sudah terbukti lebih ikhlas bekerjasama dan bertolak ansur dengan orang Islam.

Ayuh orang PAS tinggalkan PKR yang tidak diketahui arah tuju mereka. Dalam banyak-banyak parti serpihan UMNO, PKRlah yang paling lekeh dan selekeh sekali.

Demang percaya, apabila orang baik menguasai parti yang baik, maka kebaikanlah yang akan dinikmati rakyat. Sebaliknya jika orang baik berada dalam sistem yang lemah, maka akan gagallah perjuangan.

Jika diamati ucapan DS Najib kelmarin, itulah yang beliau maksudkan. kata DS Najib, sistem yang mengawal jaya-gagalnya perjuangan kita.


foto: medium wrong pl... 2 jpg
pompomgirl.hautetfort.com

Saturday, October 17, 2009

pedal ayam untuk kawaq


Minggu lepas pejabat Sekolah Demang dimasuki pencuri. Kawaq, kata orang Kedah. Pencuri bekerja secara sembunyi-sembunyi, berbanding penyamun dan perompak yang melakukan tugas mereka secara terang-terangan. Persamaan mereka pula ialah ketiga-tiganya dalam kategori penyangak.

Sebagaimana biasa, banyaklah komentar berkenaan kejadian itu. Selain daripada menyalahkan jaga yang entah kemana malam itu, ada satu cadangan daripada seorang guru. Beliau mencadangkan supaya dipasang TIGA buah mangga pada setiap pintu. Seingat Demang, dulu-dulu 'mangga' juga dipanggil 'pedal ayam'. Oleh kerana guru tersebut merupakan salah seorang pentadbir maka cadangan tersebut boleh juga ditafsirkan sebagai satu arahan.

Demang terus bertanya: wajarkah dipasang sampai tiga buah mangga? Bukankah 'kawaq-kawaq' tersebut masuk melalui jejaring tingkap yang dipotong? Sepatutnya jendelalah yang diperkukuhkan.

Sebenarnya bagi seseorang yang berjawatan pencuri, hampir semua jenis kunci adalah mudah bagi mereka. Semasa Demang bersekolah dulu, 1/3 daripada kami mempunyai kemahiran membuka mangga menggunakan 'master key' yang dibuat sendiri.

Lihat pula berita berikut:
BH 17/10: Suami temui isteri mati ditekup dengan bantal ketika tidur di rumah mereka yang dipecah masuk di Taman Sungai Isap, Kuantan, pagi tadi.


Bagaimana pula untuk mengelakkan kejadian ngeri ini? Berapa buah 'pedal ayam' atau 'mangga' nak dipasang?

Apapun Demang optimis dengan langkah-langkah yang diambl oleh UMNO bagi mengekang politik wang dalam UMNO seterusnya memperkukuhkan parti tersebut dalam peranannya menerajui pemerintahan negara.

Demang juga berharap amaran Tun Mahathir bahawa masih ada ruang dan peluang untuk penyangak (tambahan oleh Demang) memanipulasi kelemahan peraturan yang dicadangkan tidak dianggap negatif.

Demang dapati cadangan tersebut sudah cukup baik. Sebenarnya macamana sekalipun kita tambah 'pedal ayam' atau 'mangga' ia tetap boleh diterobos oleh penyangak. Yang penting, UMNO ada usaha untuk mengatasinya.

Bagaimana PAS dan PKR? Demang rasa mereka tak perlukan peraturan begitu buat masa ini sebab belum ada kepentingan. Maklumlah, sebagai parti serpihan dan parti sementara, peraturan sedia ada sudah memadai untuk mereka.

Coda 1:
Demang ternampak kelibat Tun Abdullah berada di kalangan perwakilan semasa persidangan. Wajarkah seorang bekas PM dibiarkan begitu sahaja? Memanglah peraturannya begitu sebab beliau tidak lagi menjadi PM namun bukankah kita yang mencipta peraturan? Adakah peraturan kita tidak tahu menghormati orang yang pernah menjadi pemimpin nombor wahid kita?



foto: key jpg, uroboe.seewee.net

Thursday, October 15, 2009

DAP tali barut komunis

PADA 12/10/09 JAM 1000 NGEH KHOR HAM,M.KULASEGARAN BERSAMA 2 ORANG PEGUAM PR TELAH BERLEPAS MELALUI LTA P.PINANG,BAYAN LEPAS KE BANGKOK UNTUK MENEMUI CHIN PENG,BEKAS PEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA.

Demikian SMS yang Demang terima daripada seorang sahabat.

Nampaknya belum habis-habis lagi isu komunis di Malaysia ini. Demang tunggu komen daripada pemimpin, bloggers, dan penyokong PAS. Demang tahu, ramai kalangan mereka yang membaca blog Waadat. Diam tanda setuju.

Bagi Demang, tak ada sebab langsung untuk mengajak komunis tua itu datang dan mati di negara yang cuba dirampasnya dengan menggunakan senjata suatu masa dulu.

Apa sebenarnya niat mereka? Apa jasa Chin Peng yang berstatus rakyat Britain itu kepada rakyat Malaysia? Layakkah lelaki yang pernah memaksa kaum Cina menyokong komunis itu dibariskan bersama Tan Cheng Lock?

Tolonglah sensitif dan simpati sikit pada anggota tentera, polis dan keluarga mangsa kekejaman komunis. Tolong bezakan antara pejuang dengan pengkhianat.

Demang ulang sekali lagi cabaran tadi;
Demang tunggu komen daripada pemimpin, bloggers, dan penyokong PAS. penyokong PKR TAK PAYAHLAH sebab mereka hanya berjuang untuk Anwar Ibrahim. (tolong sampaikan jika mereka tidak menjengah Waadat hari ini).

PAS Fanatik UMNO Elit


yang satu elit, yang satu fanatik.
Itulah yang sering dikaitkan dengan dua parti Islam di Malaysia, iaitu UMNO dan PAS.

Bagaimana dengan parti bukan Melayu? Adakah mereka juga elit dan fanatik? Kenyataan Karpal bahawa 'langkah mayat' beliau sebelum menubuhkan negara Islam tidakkah menggambarkan sikap fanatik?

Bagaimana pula dengan MCA yang jauh lebih mewah berbanding UMNO? Bagaimana dengan pemimpin utama PKR (parti serpihan) yang dikatakan mempunyai aset 3 bilion? Bagaimana dengan MB Selangor (PKR) yang mampu menyediakan puluhan juta bagi menebus hukuman mahkamah?

Demang tidak mahu menyentuh parti lain kerana sekarang sedang berlangsung persidangan UMNO. Sementelah pula parti-parti lain itu cuma parti kecil yang digendang seolah-olah melebihi kekuatan BN. Namun dalam masa yang sama kita tidak boleh biarkan Luncai terjun dengan labunya.

Berbalik pada 'elit & fanatik' , jika semua parti berkongsi masalah yang sama, apa yang perlu dirisaukan?

Risau atau tidak, kenyataannya dua ciri tersebutlah yang membuatkan rakyat meluat. PAS dibenci kerana terlalu fanatik pada pemimpin sehingga menolak perpaduan yang disaran oleh Islam. Manakala UMNO dibenci kerana dilihat sombong dengan kemewahan. Elit.

Tentu sahaja tidak salah menjadi kaya. Syed Mokhtar seorang hartawan dan beliau tidak dibenci. Malah bagi yang mengetahui latar belakang beliau telah menjadikan beliau sebagai idola, termasuk Demang.

Jika demikian, untuk permulaan ini para pemimpin UMNO perlu mengambil Syed Mokhtar sebagai panduan. Untuk menjadi seperti beliau,kita tidak perlu menjadi sekaya beliau. Formulanya, ambil sebahagian sahaja daripada keuntungan dan sebahagian lagi pulangkan kepada rakyat dalam bentuk program kebajikan.

Lakukan dengan ikhlas dan yakinlah bahawa Allah tidak sahaja membalas di akhirat malah di dunia lagi akan mendapat ganjarannya.

Demang sekadar mengingatkan diri sendiri.

Wallahu'alam.

foto: guria the dool
kewalraipur flickr.com

Wednesday, October 14, 2009

Menyokong Perjuangan Bloggers Pembela Negara


Krisis 1998 menyaksikan penyingkiran Anwar Ibrahim daripada parti perdana sekaligus tersungkur di depan pintu wisma Putra. Namun Anwar bingkas bangun dan berhasil menarik simpati para pengagumnya.

Menyedari bahawa sokongan golongan tersebut tidak memadai maka Anwar menghimpun bekas pemimpin yang telah diketepikan sebelum ini untuk bersamanya. Ternyata modus operandi beliau amat berkesan apabila gabungan pemimpin serpihan ini bersatu dengan pemimpin pembangkang yang begitu dahagakan kemenangan. (baca, kekuasaan).

Segala usaha ini disemarakkan dengan kemunculan media internet yang dengan segera meningkatkan ghairah masyarakat yang terpesona dengan kecanggihan sumber maklumat elektronik itu. Masyarakat desa turut terseret apabila bahan-bahan internet tersebut dicetak dan disebarkan seluas-luasnya. Sumber internet dianggap sumber dari langit dan tidak perlu disangsikan kebenarannya.

Tanpa potongan riben atau hamparan permaidani merah media baru menerobos ke kamar-kamar penginapan serta pejabat kerajaan dan swasta. Para peminat siber begitu teruja menikmati kecanggihan alam baru dunia tanpa sempadan dan tanpa kekangan.

Gelombang pertama internet bergerak tanpa dana. Maklumlah, pesertanya mendapat imbuhan berupa kepuasan diri kerana terlibat dalam percaturan politik negara.

Kini kita berada dalam gelombang kedua. Internet bukan sahaja mampu dilayari menggunakan komputer peribadi malah sudah boleh dijelajahi menggunakan gadjet di atas telapak tangan, hampir di mana sahaja.

Para pengendali laman web sudah semakin ke depan. Kalau dulu aktiviti ini dibuat secara sukarela kini sudah ada perniagaan di belakangnya. Maklumlah, anak bini di rumah perlukan belanja. Malah kos pengurusan laman web juga perlukan peruntukan kewangan, sekurang-kyrangnya menampung kos sewa talian dan membeli atau membaiki perkakasan elektronik.

Demang diberitahu oleh seorang teman bahawa dengan meletakkan iklan dan pautan di sebuah laman web pembangkang dengan sewatapak iklan RM200 - RM400 sebulan, beliau berhasil menjual antara RM2-3k sebulan!

Nampaknya iinternet sudah berupaya menyediakan peluang pendapatan sampingan yang dikira lumayan kepada yang 'tahu' menggunakannya.

Apabila Demang memberitahu beberapa sahabat tentang perkara ini, mereka memberikan respon yang berbagai-bagai. Ada yang mendakwa keberkesanan iklan hanya berlaku di laman web/blog pembangkang. Hal ini kerana terdapat kesedaran positif untuk memberi sumbangan kepada pengendali web bagi memantapkan lagi perjuangan mereka.

Oleh kerana Demang juga ada meletakkan iklan dalam beberapa blog termasuk blog Waadat ini, dakwaan tersebut terasa juga kebenarannya. Malah setakat ini kebanyakan pembeli produk yang dikeluarkan sendiri oleh keluarga Demang itu bukan datang daripada pengunjung Waadat. Statistik yang ada pada Demang menunjukkan kurang daripada 5% sahaja yang membeli daripada pautan Waadat.

Bagi Demang, keadaan ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak kerana media internet memainkan peranan amat penting dalam politik negara. Sebagaimana blogger pembangkang, blogger yang mempertahankan kerajaan juga perlukan dana bagi meneruskan perjuangan. Selama ini para blogger termasuk Demang terpaksa menampung sendiri semua kos pengurusan termasuk sewa talian. Para blogger juga terpaksa melepaskan peluang melakukan kerja tambahan kerana masa banyak dihabiskan untuk menulis, membaca, dan menjawab tohmahan pembangkang.

Demang amat berharap para pengunjung bersikap positif dan realistik terhadap kenyataan ini. Dalam pada itu Demang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan para pengunjung Waadat yang menjadi pengguna minyak herba keluaran keluarga Demang. Jika dilihat kerusi PAS yang cuma ada 23 sahaja di seluruh negara, rasanya peluang untuk blogger prokerajaan berniaga tentunya lebih besar.

Tidakkah kita yang mengatakan bahawa ekonomilah yang menjana perjuangan ummah?


foto: Business: ocw.mit.edu

Tuesday, October 13, 2009

1 Malaysia: Kembali Bersatu


Dalam suasana kemeriahan meraikan kemenangan BN di Bagan Pinang semalam, terbit satu ulasan yang cukup sederhana dari mulut DS Najib: '...sebagai peniup semangat'. Demang rasa terharu.

Lebih terharu lagi Demang apabila melihat kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin Cina dan India yang dengan lembut menyatakan komitmen mereka terhadap masa depan Barisan Nasional.

Nampaknya kaum India sudah kembali ke landasan yang betul. Empat peti undi daripada empat buah ladang di kawasan Bagan Pinang membuktikan kenyataan Demang ini.

Kini kita perlu menanti MCA pula menyelesaikan masalah mereka. Bersabarlah dan berikan sokongan kepada kaum Cina menyusun semula pergerakan mereka.

Nampaknya usaha DS Najib menerajui 1 Malaysia sudah menampakkan hasil. Bagan Pinang menyedarkan kita betapa 1 Malaysia amat perlu direalisasikan untuk kebaikan sekalian rakyat Malaysia.

Tiba-tiba Demang teringat pada Anwar dan terasa belas di hati. Apakah yang sedang bermain di fikirannya sekarang?


foto: Malaysian
skmm.gov.my

Monday, October 12, 2009

berhala di tapak tangan


Lihat pada tangan anda. Apa yang anda lihat? Tapak tangan? Urat tangan? Atau ada objek asing yang bukan sebahagian daripada anggota tubuh anda?

Lihat pula pada tangan rakan di sebelah anda. Oh, dia sedang memegang sebuah alat komunikasi rupanya. Apa yang dilakukannya? Berbual secara lisan, SMS, menyemak email atau Facebook, atau sedang melayari internet?

Apabila HP anda berdering, kemungkinan 99% panggilan tersebut adalah untuk anda secara peribadi. Namun apabila anda menerima SMS, barangkali cuma 50% daripadanya ditulis khusus untuk anda manakala selebihnya adalah salinan yang turut diterima orang lain.

Jika anda menyemak Facebook pula, anda perlu sedar bahawa mungkin cuma 2% mesej tersebut ditujukan pada anda. Selebihnya, adalah maklumat untuk orang ramai. Kebetulan anda juga sebahagian daripada orang ramai.

Demikianlah sebahagian daripada realiti dunia informasi hari ini. Apabila kita disuakan dengan sesuatu maklumat, kita perlu sedar bahawa bukan semua maklumat itu berfaedah untuk diri kita. Malah sebahagian besar daripadanya boleh memudaratkan kita. Contohnya maklumat mengenai agama lain yang sepatutnya ditujukan kepada penanut agama mereka.

Bagi menghadapi keadaan ini kita sendirilah yang perlu menentukan apakah yang kita kehendaki dan hendaklah bersesuaian dengan diri kita. Bagi yang beragama Islam, sebelum menerima maklumat daripada agama lain kita perlu mendalami agama sendiri terlebih dahulu.

Begitu juga jika kita ingin mengambil tahu mengenai politik, kita perlu melihat kepada data dan fakta agar tidak dihanyutkan emosi dan pengaruh orang lain.

Demang sekadar mengingatkan diri sendiri tatkala terserempak dengan pelbagai paparan yang disogokkan ketika memasukkan kata kunci perkataan 'melayu' dalam sebuah kekotak carian sebentar tadi. Demang bukan hanya dipaparkan hasil carian maklumat yang Demang perlukan malah pelbagai maklumat yang tidak dijangkakan. Antaranya, video remaja Melayu sedang melakukan aktiviti tidak bermoral, skandal, tohmahan, malah foto botol arak!

Kemudian, Demang juga menemui foto kuil dan gereja dalam pencarian tersebut serta maklumat satu fahaman yang sering dipertikaikan. Nampaknya tokong sudah berada di dalam poket kita! (persepsi?).

Demang masih berfikir, bagaimanakah cara terbaik bagi mendidik anak-anak kita berdepan dengan maklumat yang tidak bertepi ini?


foto: CD159018 jpg
inmagine.com



Dapat cahayamata? klik sini

Sunday, October 11, 2009

UMNO menang besar


Tahniah BN, UMNO, TS Isa, dan seluruh jentera BN DUN 31 Bagan Pinang berikutan keputusan rasmi PRK hari ini.

Keputusannya, BN memperolehi 8015 undi menewaskan PAS yang cuma mendapat 2578 undi. Nampaknya TS Isa memintas calon PAS dengan kelebihan 5435 undi. Malah majoriti tersebut meningkat sekali ganda berbanding PRU12 iaitu 2773 undi.

Sememangnya keputusan tersebut walaupun sudah dijangka namun tetap dinanti dengan penuh debaran oleh Demang. Manakan tidak, keputusan tersebut bukan sahaja menggambarkan penerimaan semula rakyat terhadap UMNO malah mencerminkan sokongan kaum Cina dan India terhadap BN.

Sebenarnya, orang Melayu sudah kembali menerima UMNO terutama selepas DS Najib menjadi PM. Hal ini dapat dilihat pada peningkatan undi di kawasan Melayu terhadap UMNO. Lihat keputusan PRK Bukit Gantang, Permatang Pasir, dan Manek Urai. Malah DUN Manek Urai yang memang kawasan PAS sebelum ini menyaksikan PAS cuma mampu mendapat majoriti 65 undi!

UMNO kini cuma menanti MCA dan MIC (?) kembali stabil dan bersama bergerak dalam arus perdana politik negara.

Bagan Pinang memberi isyarat bahawa pengundi Cina dan India sudah kembali.

Masanya untuk menunaikan janji.

1 Malaysia.


foto: bendera2
kuzef flickr.com


Baru dapat baby? klik sini

Thursday, October 8, 2009

mentaliti pembangkang


Jika anda ingin membuat kajian dan buntu memikirkan tajuk yang sesuai maka Demang cadangkan buatlah kajian tentang mentaliti seorang pembangkang.

Pilihlah subjek dari kalangan bangsa apa sekalipun, anda akan dapati ciri-cirinya sama sahaja.

Pertama, mereka mempunyai perasaan tidak puas hati dalam hampir semua keadaan. Mereka amat mementingkan 'zero defect'. Maksud Demang ialah ketika menerima perkhidmatan daripada orang lain. Namun itu tidak bermakna mereka mampu mengamalkan 'zero defect' apabila mereka pula menjadi pembekal perkhidmatan.

Kedua, menganggap bahawa kegagalan mereka adalah kerana kejayaan orang lain. Begitu juga sebaliknya. Mereka amat cemburu terhadap orang yang berjaya dan akan menyelidik apakah kerja haram yang dilakukan oleh orang itu sehingga menjadi kaya.

Ketiga, sentiasa ada pihak lain yang boleh dipersalahkan kecuali diri sendiri. Jika mereka tersepak batu, maka batu itulah yang dituduh bersalah. Namun jika mereka mendapat tahu bahawa rakannya sesama pembangkang yang meletakkan batu itu di situ maka mereka akan menyalahkan kerajaan pula kerana gagal meletakkan tanda amaran.

Keempat, mereka begitu kreatif dalam mencari silap orang. Dalam masa yang sama mereka juga kreatif dalam menyediakan alasan bagi menutup kesilapan sendiri.

Kelima, sentiasa prihatin samada orang lain ada melakukan dosa. Mereka amat susah hati apabila orang lain berbuat dosa tetapi apabila mereka melakukan dosa, mereka menganggap hal itu adalah lumrah manusia dan Allah akan mengampunkan mereka.

keenam, apabila orang lain ditimpa bencana mereka menuduh sebagai balasan Tuhan sebaliknya jika mereka ditimpa malapetaka mereka anggap sebagai ujian Tuhan.

Keenam, amat sukar memberi kemaafan tetapi begitu mudah melupakan kesalahan sendiri.

Ketujuh, merasakan bahawa dunia tidak pernah bersikap adil kepada mereka.

Kelapan, mereka amat suka mempertikaikan sebarang peraturan dan ketentuan apabila peraturan tersebut tidak menguntungkan mereka sebaliknya akan menggunakan peraturan yang sama apabila ia menguntungkan mereka.

Foto hiasan: opposite of sex jpeg
rosebudbandasonora.com

Wednesday, October 7, 2009

Petua Paklong


Antara petua paling Demang suka yang pernah Demang terima ialah petua daripada Paklong Demang di Sungai Besar. Beliau tidak berpelajaran dan hanya bekerja sebagai buruh di sebuah tapak semaian.

Selain itu beliau melakukan pelbagai aktiviti pertanian di atas tanah sekangkang kera di sekeliling terataknya.

Beliau mempunyai empat orang anak dan kesemuanya berkelulusan universiti termasuk di luar negeri. Walaupun sekarang beliau sudah agak senang, namun beliau pernah melalui zaman sukar ketika membesarkan anak-anak.

Salah satu usaha taninya ialah tanaman kangkung. Inilah petua hebat yang amat Demang kagumi. Rahsia bagaimana memperolehi pendapatan tetap hanya melalui 'sebatas kangkung' sahaja. Inilah petua bagaimana menggunakan masa, modal, tenaga, dan ruang yang amat terbatas.

Begini caranya;
Pada hari pertama Paklong membuat sebuah batas dan ditaburnya benih kangkung. Esoknya, Paklong menyiapkan sebuah lagi dan ditanaminya dengan kangkung juga. Pada hari ketiga sebuah batas lagi siap dipenuhi benih kangkung. Begitulah setiap hari dilakukan sehingga hari ke 20.

Maka pada hari ke-20 Paklong sudah memiliki 20 batas kangkung.

Kenapa 20 batas?

Ini rahsianya;
Pada hari ke-21, batas kangkung yang pertama sudah boleh dipetik. Paklong menghubungi peraih dan memperolehi RM50 dari hasil jualan borong tersebut. Oh ya... Setelah memungut hasil maka Paklong menyemai benih yang baru di batas pertama tersebut. Itu sahaja. Paklong sudah tidak perlu membuat batas yang baru.

Esoknya, Paklong memetik hasil kangkong batas kedua dan tidak lupa menyemai semula di situ. RM50 lagi diterima.

Demang pasti anda boleh mengira sendiri apa yang berlaku pada hari-hari seterusnya. Ya, setiap hari tanpa ada hari yang terkecuali, Paklong akan menerima RM50 tanpa perlu membuat batas baru. Setiap hari mendapat RM50 maka sebulan beliau mendapat RM1500.

Kisah tersebut berlaku 15 tahun dahulu ketika gaji Demang sebagai guru cuma RM450 sebulan. Cuba anda bandingkan!

Demikianlah bagi orang yang berfikiran positif. Apabila susah, mereka akan berfikir dan bertindak secara kreatif dan tidak sibuk mencari orang lain untuk dipersalahkan.

Inilah salah satu perubahan atau anjakan paradigma yang cuba diketengahkan oleh DS Najib melalui gagasan 1 Malaysia.

Bagaimana kita boleh aplikasi petua Paklong untuk menjana pendapatan kita?

Foto: dededo fleamarket 54 kangkung
Pullao flickr.com

Tuesday, October 6, 2009

Husam Balak



Masih tegar dengan perubahan? Ayuh, kita teruskan. Kita lihat siapa lagi yang perlu ditukar!

Baru-baru ini Blogger Faisal menghantar SMS kepada Demang berkenaan isu Husam di Kelantan. Tak kenal Husam? Mana boleh tak kenal. Beliau adalah pemimpin puak adrogan PAS.

Bagi mengelakkan sebarang salah faham tafsiran maka Demang perturunkan kesah berikut yang disalin terus daripada blog Faisal.

Baca, jangan tak baca.

“Info ini saya dapat daripada seorang pemimpin PAS Kelantan yang jawatannya tidak perlu saya beritahu disini. Inilah yang saya katakan dua hari lepas bahawa saya akan menyiarkan satu cerita panas.

Untuk pengetahuan pembaca, saya bercakap melalui telefon selama hampir satu jam dengan pemimpin PAS berkenaan tiga hari lepas. Beliau yang menghubungi saya melalui seorang teman kepada teman saya. Semuanya bertitik tolak daripada serangan yang saya lakukan terhadap Kerajaan PAS Kelantan seminggu dua ini.

Rupa-rupanya di Kelantan wakil-wakil rakyatnya pun ada kem tertentu. Mana-mana wakil rakyat atau pimpinan PAS negeri yang berada dalam kem Husam/Nik Aziz mereka tergolong dalam golongan orang kaya.

Manakala yang tidak berada dalam kem berkenaan, hidup mereka akan susah dan hidup hanya mengharapkan elaun wakil rakyat sahaja. Jangan harap nak dapat balak atau projek-projek lain. Kalau boleh dapat pun hanya duit ceramah sahaja.

Cerita yang saya bawa kali ini ialah tentang pemberian kawasan balak seluas 10 ribu ekar kepada anak Almarhum Tun Ghaffar Baba, iaitu Tamrin Ghaffar.
Untuk pengetahuan umum, Tamrin Ghaffar berkawan rapat dengan Anwar Ibrahim sekarang. Anwar sengaja memilih untuk berkawan dengan Tamrin bagi mengabui mata masyarakat kononnya beliau tidak mempunyai masalah dengan Almarhum Tun Ghaffar Baba sebelum ini.
Manakala Tamrin pula ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal. Beliau sekarang hidup dipenuhi hutang keliling pinggang. Nak cari peluang dalam Umno sudah tak boleh ,kerana orang-orang Umno sudah lama ‘scrap’ kan Tamrin. Peluang inilah yang disambar oleh Anwar untuk tujuan yang dinyatakan diatas.
Manakala Tamrin pula nampak ada peluang disebelah sana,kerana ada empat negeri yang diperintah pembangkang sekarang. ‘Why not’ dia cuba nasib. Peduli apa walau orang itu pernah mengkhianati arwah bapanya pun. Yang penting duit. Apa pun percubaan beliau berjaya.
Anwar Ibrahim telah meminta Husam Musa@Husam Minyak, tengok apa-apa peluang yang ada untuk Tamrin di Kelantan. Husam pun sambar juga peluang ini sebaik mungkin , untuk membuktikan kepada rakyat bahawa PAS tidak hanya memberi balak kepada orang PAS sahaja, orang Umno pun turut diberi. Lagi pun kata pemimpin PAS berkenaan, Husam lebih senang berpakat dengan orang Umno,kerana bimbangnya rahsianya akan bocor jika beliau berpakat dengan orang-orang PAS.
Lalu Husam memberi 10,000 ekar kawasan balak kepada Tamrin .Balak ini cuba dijual kepada seorang tauke balak dengan harga RM 25 juta. Pembahagiannya pula seperti berikut,Husam RM 10 juta, Tamrin RM 10 juta dan PAS Pusat RM 5 juta.
Pas sedang merancang untuk membina satu bangunan PAS yang baru di Sungai Merab,Bangi Selangor,sementara mereka masih berkuasa di sana. Sebab itu mereka perlukan dana. Husam pula perlukan dana untuk membeli orang-orang PAS bermula daripada sekarang, bagi memudahkan kerja beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Presiden PAS dalam pemilihan akan datang.
Anwar telah menasihatkan Husam,supaya buat kerja daripada sekarang. Jangan tunggu terlalu hampir dengan pemilihan,nanti tewas lagi. Manakala Tamrin pula memerlukan wang untuk membayar hutang-hutang beliau dan terus kekal dapat menjalani kehidupan mewah.
Tidak seperti yang dijangka, kawasan balak tersebut tidak dapat dijual dengan harga RM 25 juta kerana harga kayu yang jatuh sekarang. Kawasan tersebut hanya boleh dijual dengan harga RM 15 juta sahaja.
Saya difahamkan dua orang pengkhianat tersebut (seorang pengkhianat PAS dan seorang pengkhianat Umno) setuju dengan harga RM 15 juta. Pembahagian harta ‘rompakan’ seperti berikut. Husam RM 6 juta,Tamrin 6 juta dan PAS Pusat RM 3 juta.
Memang elok sangatlah, hanya pengkhianat yang mengenali pengkhianat. Anwar pengkhianat bangsa, Tamrin pengkhianat Umno dan Husam pengkhianat PAS. Akhir sekali hasil bumi rakyat Kelantan yang menjadi mangsa bagi memenuhi tembolok mereka.
Kepada mana-mana pemimpin PAS yang ingin tahu lebih lanjut lagi berkenaan ‘deal’ ini,sila bertanya atau berhubung dengan Hj.Kasim dari PAS Kawasan Kubang Kerian. Beliau lebih tahu segalanya kerana beliau juga turut terlibat dalam ‘deal’ ini.”


..................

Bagi yang tidak mengikuti tulisan Demang sebelum ini, Demang sebenarnya sedang membicarakan tentang usaha beberapa pihak yang ingin menyogokkan idea perubahan kepada rakyat. Demang menyokong usaha mereka tetapi menentang pihak yang ‘cakap tak serupa bikin.’ lebih ramai yang berkokok tentang perubahan namun yang hendak ditukar hanyalah pakaian luar dan pakaian dalam sahaja. Dengan kata lain, menukar pemimpin dan parti tetapi hasrat hati dan agenda peribadi mereka langsung tidak menguntungkan rakyat. Paling tidakpun, 2x5 dengan yang lama. Rakyat juga yang jadi mangsa.

Manakan tidak, bercakap tentang perlunya menukar parti yang kononnya terlibat dengan rasuah tetapi yang dipilih kemudiannya ialah penjenayah. Malah bekas banduan (6 tahun dalam penjara) pun menang dalam pilihanraya. Setelah keluar penjara, menghadapi tuduhan salah laku seks pula dan hingga kini berusaha mengelakkan diri dari dibicarakan.

Begitukah rupa pemimpin yang nak kita jadikan PM kita?

Semoga isu Husam di Kelantan dan Khalid di Selangor menjadi iktibar kepada kita betapa memilih orang yang kecewa sebagai pemimpin hanya akan menyusahkan rakyat Malaysia.

Terima kasih Faisal.

Foto hiasan:
1. Husam 0128 jpg dppwpc.wordpress.com
2. longgokan kayu balak di kalabakan rosliahmad flickr.com

Monday, October 5, 2009

perubahan secara jujur

Apabila Demang menulis tentang perubahan baru-baru ini bukan bermakna Demang anti perubahan dan membenci penganjur perubahan. Sebaliknya Demang amat mengalu-alukan perubahan yang positif dan dilakukan dengan cara yang positif.

Perubahan hanya akan menjadi realiti apabila kita melakukan, bukan menyuruh orang lain melakukan. Hal ini berlaku pada semua perkara dan keadaan.

Sebagai contoh, jika kita inginkan kerajaan yang bebas rasuah baik rasuah kuasa mahupun rasuah wang; kita mesti bermula dengan tidak terlibat dalam memberi atau menerima rasuah.

Demang percaya barangkali ada pembaca yang akan bertanya, bagaimana dengan TS Isa Samad yang menjadi calon di Bagan Pinang? Bukankah beliau pernah didapati bersalah melakukan rasuah oleh lembaga disiplin parti UMNO?

Bagi Demang, untuk menjadi manusia yang sempurna, di dalam negara yang sempurna, dan di dunia yang serba sempurna maka janganlah dipilih TS Isa itu. Bukan itu sahaja, kita juga tidak harus memilih DS Anwar Ibrahim yang telah didapati bersalah melakukan salahguna kuasa. Kita juga perlu menolak MB Selangor (khalid) kerana beliau sedang berdepan dengan masalah 'wang'.

Jika sifir tersebut kita langgar, maka jadilah kita orang yang zalim. Padahal bukankah kita sering mendakwa sedang memperjuangkan keadilan? Justeru jika DS Anwar boleh kita beri laluan di Permatang Pauh bagaimana kita boleh menolak TS Isa di Bagan Pinang?

Berbalik pada isu perubahan yang Demang lagangkan tadi. Bagi Demang jika PKR ingin melakukan perubahan, mulakan dengan cara yang betul. Pucuk pimpinan PKR perlu bersih. DS Anwar perlu bersara daripada jawatan politiknya dan usah lagi berhasrat menjadi PM. Eloklah beliau selesaikan dulu masalah dengan bekas pembancuh kopinya dulu.

Kepimpinan PAS usah lagi berselindung di celah kelangkang DAP dan di bawah punggung PKR. berjuanglah atas prinsip sendiri dan berterus teranglah dengan rakyat matlamat sebenar PAS. Jangan lagi mendakwa ingin menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud di depan orang Islam kemudian menyatakan sebaliknya di depan orang bukan Islam.

Jangan sampai orang bukan Islam berkata: "ulama Islam PENIPU." Susahlah kita nak jelaskan pada mereka nanti perbezaan antara ulama PAS dengan ulama sebenar.

Wallahu'alam.

Saturday, October 3, 2009

perubahan atau penipuan?

Perubahan. Ungkapan keramat yang mendebarkan, bahkan menghairahkan audien. Maka bersembur-sembur ucapan keluar dari mulut sang pemimpin yang kononnya menerajui perubahan. Bagi melengkapkan ucapan maka disulam pula dengan kritikan-kritikan terhadap perkara yang telah diamalkan sekian lama.

Sebenarnya manusia hanya suka bercakap dan mendengar tentang idea perubahan sebaliknya mereka sekadar seronok berdendang mengenainya, tidak sekali-kali untuk mempraktikkan pada diri sendiri.

Anjakan paradigma. Satu lagi ungkapan hebat. Memang sedap bunyinya. Melantun-lantun dan meletup-letup diucap lidah tak bertulang. Namun apa yang nak dianjakkan? Seluar dalam, sarung tetek, atau tilam?

Secara normalnya manusia mudah bosan dengan kelaziman. Rutin. Maka manusia-manusia yang menyedari hal ini dengan mudah memanipulasi kelemahan terbesar manusia ini bagi memancing pengaruh. Oleh kerana manusia bosan dengan sesuatu yang lazim dan stereotype maka diwarnakanlah objek-objek lama dengan kosmetik baru.

Maka mata yang memandangnyapun tertarik dan tertawan. Apatah lagi kerana ia belum digunakan, maka bertambah terujalah untuk mencubanya.

Padahal apabila diberi peluang untuk diaksanakan maka tunggang langganlah jadinya.

Apa cerita ni Demang?

Maaf, Demang sebenarnya sedang mengikuti perkembangan beberapa buah negeri yang kini dikuasai pembangkang. Rupa-rupanya terlalu banyak hal pentadbiran yang belum difahami kerajaan-kerajaan baru tersebut, khususnya melibatkan pengurusan sumber manusia.

Salah satu yang kerap diperkatakan di Selangor ialah betapa bengongnya kerajaan negeri melayan kakitangan awam di sana. Begitu juga di negeri lain di bawah pembangkang. Apabila diajukan masalah ini kepada pemimpin baru yang disangka hebat itu, jawapan mudah mereka ialah "kita baru 1-2 tahun memerintah sedangkan BN sudah lama."

Ha, tahu tak apa. Tapi, takkan lah kita nak tunggu 50 tahun lagi sehingga mereka benar-benar pandai?

Kepada pengundi di Bagan Pinang, pilihlah orang yang sudah berpengalaman. Jangan lepaskan peluang yang ditawarkan PM DS Najib tu.

Friday, October 2, 2009

Hakim setuju perbuatan liwat memang berlaku


Walaupun keletihan kerana baru pulang dari Bagan Pinang atas urusan kerja dan urusan peribadi, sempat juga Demang menjengah beberapa blog sahabat Demang. Antaranya ialah blog Dr Novandri Hasan Basri.

Anda boleh baca di sini sahaja atau terus ke blog beliau. Klik di sini untuk melihat sumber asal.

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis hairan dengan komentar-komentar yang penulis terima yang masih mempertahankan bahawa kes liwat Anwar Ibrahim digugurkan kerana beliau tidak melakukan perbuatan tersebut.

Realitinya, Kes liwat tersebut digugurkan di atas sebab-sebab teknikal dan bukannya kerana beliau tidak melakukannya.

Pada 2 September 2004, 2 daripada 3 hakim di dalam Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi di Malaysia) membuat keputusan untuk mengenepikan tuduhan meliwat ke atas Anwar Ibrahim di atas sebab-sebab teknikal yang bercanggah di dalam kes tersebut.

Bagaimana pun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti homoseksual.

Di dalam penggulung kes tersebut, hakim tersebut berkata :-

"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen." - Malaysian Story

Clause di atas jarang berkumandang apabila kita membicarakan isu Anwar Ibrahim. Ramai yang tidak tahu mengenai clause tersebut terutamanya orang kampung dan rakyat yang tidak fasih bahasa Inggeris dan mereka yang malas untuk mencari bukti serta menerima sahaja segala maklumat tanpa berfikir.

Fanatik Anwar Ibrahim sebolehnya tidak mahu mempercayai clause tersebut walau pun mereka juga sebenarnya ragu-ragu tentang 'minat dua alam' Anwar Ibrahim ini.



Demang tak nak komen apa-apa. Anda timbang-timbangkanlah sendiri.

Thursday, October 1, 2009

Sampaikan salam


Semalam Demang berkesempatan berdialog dengan seorang anak muda dalam chatrol BPN. Demang puji sikap prihatin beliau terhadap politik negara walaupun cenderung pada pembangkang.

Memang ramai anak muda (sejak dahulu kala) bermula dengan pembangkang, kemudian mula berubah apabila semakin matang. Maklumlah, darah muda. Di akhir perbualan Demang berkirim salam kepada teman-temannya, sekadar berbasa-basi dan bagi menunjukkan kemesraan. Lagipun adat berkirim salam memang dianjurkan serta diamalkan dalam Islam.

Namun Demang agak hairan apabila anak muda tersebut enggan membawa pesanan tersebut dengan alasan amanah tersebut amat berat. Memang berat dan Demang bukan nak pertikaikan keengganan anak muda tersebut kerana itu haknya. Malah mungkin Demang juga silap kerana sasaran salam itu terlalu umum. Teruklah beliau untuk menyampaikan salam Demang kepada setiap rakannya.

Namun Demang beri beliau jalan keluar iaitu dengan mengucapkan ’insya-Allah’. Begitu yang diajarkan guru Demang dulu. Namun beliau tetap enggan menerima amanah tersebut.

Demang terfikir satu perkara; kita sering terkilan apabila orang lain enggan menjaga hati kita tetapi dalam masa yang sama kita langsung tidak fikirkan perasaan orang. Apa salahnya dan apa susahnya untuk berkata ”insya-Allah?” kemudian berusahalah untuk menunaikannya? Padahal Demang cuma ingin mendekati rakan-rakannya. Tentulah bukan semua. Beberapa orang pun dah kira ok. Bukankah ramai kalangan kita yang sedang ghairah mengumpul kenalan melalui Facebook? Kebetulan Demang juga salah seorang daripada mereka.

(www.morhabshi.com)
foto hiasan Shakehand jpg
lebuy.blogstarz.my

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)