Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, March 26, 2014

Tong kosong #mh370

Tong kosong atau tin kosong berkongsi satu ciri iaitu apabila diketuk berbunyi kuat. Sekurang-kurangnya lebih kuat daripada tong atau tin yang penuh berisi.

Anda boleh lakukan eksperimen mudah. Belilah air minuman dalam tin dan cuba ketuk. Kemudian minum airnya hingga habis dan cuba ketuk semula. Berbezakah?

Sekarang buka media sosial dan cuba kesan berapa bayakkah tong dan tin kosong di dalamnya? Cuba kenalpasti dengan melihat 'bunyi-bunyi' yang mereka keluarkan. Yang paling bising itu biasanya sama lah macam tong atau tin kosong.

Tong kosong boleh diisi dengan apa sahaja termasuk air, beras, ikan pekasam, mahupun sampah sarap. Begitu juga dengan 'Facebooker kosong'.

Facebooker kosong sarat dengan pelbagai perkara yang dicopy paste daripada pihak lain secara membabi buta. Mereka juga gemar mengeluarkan kata-kata kesat, mengutuk dan mencarut.

Bagi mereka, yang salah ialah orang lain sedangkan diri sendiri sentiasa betul.

Hal ini berbeza dengan Facebooker yang menyiasat terlebih dahulu berita yang diterima sebelum disebarkan.

Bagi Demang, facebooker yang rajin memuatnaik foto makanan itu jauh lebih baik sebab mereka tahu bahawa FB adalah media sosial ringan untuk bersantai dan bersosial dengan rakan taulan.

Facebooker tong kosong menyangka dengan membaca teks yang dimuatnaik oleh pengguna FB lain itu sudah menjadikan mereka orang yang berilmu pengetahuan. Padahal mereka hanya disogokkan dengan propaganda murahan semata-mata.

Sebagai contoh, dalam peristiwa MH370, ketika pakar seluruh dunia amat berhati-hati dalam membuat penyiasatan, mengumpul maklumat dan membuat keputusan paling sesuai, facebooker tong kosong dengan mudah membuat kesimpulan dan spekukasi sendiri tanpa sandaran yang kukuh.

Itu masih tidak mengapa berbanding si tukang 'copy & paste' dan 'tukang share' tanpa usul periksa.

Lebih malang lagi apabila andaian serkap jarang menjadi spekulasi dan akhirnya diterima sebagai fakta!

Nota:
sentiasa amalkan 3S: Siasat Sebelum Sebar!

Saturday, March 15, 2014

Raja Rakyat #370

Hari ini DEMOKRASI adalah suatu sistem ciptaan manusia yang sedang menuju ke kemuncak dengan begitu bergaya menewaskan satu persatu seterunya. Satu demi satu tali halangan ditetas dan disanggah dan demokrasi dianggap puncak kesempurnaan dalam sistem kepimpinan manusia.




Demokrasi yang diamalkan sekarang menyaksikan kerajaan tidak lagi menguasai rakyat bahkan rakyatlah yang akan menjadi raja. Andaian awal Demang ialah apabila misi ini selesai sepenuhnya maka runtuhlah negara.

Sudah tentu ramai yang akan tidak bersetuju dengan perenggan terakhir di atas. Jika diundi sudah tentu Demang akan kalah kerana yang menentang Demang ialah demokrasi itu sendiri dan demokrasi pasti akan menang dengan mudah kerana bala tenteranya ialah rakyat yang ramai.
Sejarah Melaka dan Andalusia akan terulang lagi tetapi dalam versi pembalasan. Jika dulu raja lemah dan zalim maka kali ini rakyat pula mengambil giliran.

(Siapa yang memegang kuasa maka dialah yang menanggung bahana)

Rakyat akan terus mendesak kerajaan meminta semahunya pada negara. Kerajaan pasti akan menurut perintah sehingga tidak lagi mampu memenuhi kehendak rakyat.

Lebih malang lagi pada kerajaan yang sedang memerintah ialah apabila rakyat sudah tidak sudi lagi pada mereka. Rakyat yakin yang kerajaan sekarang tidak akan mampu memenuhi permintaan. Maka mereka akan menggantikannya dengan kerajaan yang baru dengan sangkaan: yang baru mungkin boleh lakukannya.

Harapan-harapan rakyat terus mara dan membara. Dengan bermodalkan demokrasi, rakyat terus meredah ke hadapan. Setiap isu didominasi oleh rakyat dan kerajaan telah, sedang, dan akan terus tewas dalam semua isu dan akan terjelepuk keletihan sebelum menyerah kalah sepenuhnya.

Formula demi formula, strategi demi strategi dirancang dan digerakkan kerajaan namun tetap tidak membuahkan hasil. Dengan kuasa demokrasi yang meletakkan ketelusan sebagai perkara yang wajib dipatuhi, rakyat bukan sahaja cuba memenuhi kehendak material bahkan ingin memuaskan nafsu ingin tahu.
Sayangnya sifat ingin tahu yang baik itu tidak digunakan bagi mencari ilmu sebaliknya dengan mendengar khabar angin. Lebih teruk lagi apabila setiap perkhabaran terus ditelan dan dihadam tanpa soal.
Siapakah rakyat?

Rakyat adalah penghuni dalam sesebuah negara. Ada peringkat-peringkatnya. Kelompok paling bawah dalam struktur manusia ialah hamba sahaya namun tradisi jahiliah tersebut telah dibanteras oleh Islam secara perlahan-lahan.
Jika hamba sahaya masih ada, maka rakyat (termasuk Demang) berada hanya setingkat di atas level itu.
Apabila seseorang bayi lahir maka proses saringan pun bermula bagi pengkelasan manusia. Ujian-ujian akan dilakukan dan yang lulus akan naik ke level lebih tinggi manakala yang gagal akan dihantar ke lapisan bawah.
Seorang anak miskin yang belajar ilmu penerbangan dan menjadi juru terbang secara automatik melonjakkan dirinya ke level atasan. Dia lulus ujian.

Begitu juga anak orang kaya yang tidak mahu belajar akhirnya semua hartanya hilang lalu turunlah darjatnya ke tingkat bawah. Dia gagal ujian.

Apa itu demokrasi?
Demokrasi ialah rakyat menjadi raja, raja menjadi simbol dan kerajaan menjadi pekerja. Dalam demokrasi, orang yang paling popular diangkat menjadi pemimpin.
Maaf, sebenarnya dalam sistem demokrasi pemimpin hanyalah istilah hamba pada rakyat. Dengan kata lain, 'pemimpin' tidak ada dalam sistem demokrasi. Demokrasi hanya mengizinkan orang yang sanggup menuruti apa sahaja kehendak rakyat untuk menjadi 'ketua'.
Demokrasi mengajarkan bahawa semua manusia adalah setaraf dan memegang satu undi!

Apa itu zalim?
Zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Contohnya, membenarkan sekumpulan manusia memilih ketua mereka sendiri padahal mereka tiada ilmu dalam memilih pemimpin. Mereka hanya akan memilih orang yang mereka suka.

Apa itu adil?
Adil adalah lawan kepada zalim.
Maka fikirkan semula apakah yang sedang kita lakukan sekarang? Bukankah apabila demokrasi telah berjaya diletakkan di kemuncaknya maka itulah tarikh mula keruntuhan sebuah negara?

Tuesday, March 11, 2014

Agenda di sebalik kehilangan mh370

Demang tinggalkan sebentar perbincangan sejarah Melaka bagi memberi laluan pada isu kehilangan pesawat MAS MH370 yang kini masuk hari ke4.
Biarpun kita dinasihat agar tidak berspekulasi namun Demang fikir larangan tersebut terbatas pada perbincangan terbuka di media sosial manakala di ruang yang lebih tertutup spekulasi berasaskan analisis seharusnya digalakkan bagi memahami duduk perkara sebenar sesuatu peristiwa.
Link yang Demang tinggalkan di bawah ini merupakan satu artikal menarik yang elok dibaca. Maaf jika link tersebut tidak boleh diklik. Anda boleh copy dan paste di browser.
Artikal menarik di sebalik kehilangan mh370 https://m.facebook.com/notes/al-faedah/pesawat-mh370-red-flag-atau-false-flag/482901128498552

Wednesday, March 5, 2014

Benarkah pedagang cina khianati melaka?

Benarkah pedagang cina dan keling membantu Portugis menyerang Melaka dan akibat itu Melaka pun tewas pada 1511?

Jawapannya betul, jika kita cuma ada dua pilihan jawapan samada 'betul' atau 'salah'.

Atas alasan itulah ramai ahli politik yang mendakwa sebagai pejuang bangsa pada hari ini terus-terusan menyindir kaum bukan Melayu betapa nenek moyang mereka adalah pengkhianat yang tak terampun.

Anehnya, demikian besar dosa beberapa pedagang cina dan keling itu, orang Melayu ketika itu langsung tidak bertindak balas. Padahal kesan pengkhianatan tersebut menyebabkan sebuah kerajaan Melayu-Islam yang dibina selama 110 tahun tumbang!

Ia adalah misteri yang amat sulit untuk difahami. Lebih aneh lagi apabila setelah hampir 500 tahun barulah orang Melayu sedar hal tersebut dan mula mengungkit.
Mana perginya pejuang Melayu ketika itu? 

Jika Sultan Ahmad iaitu putera Sultan Mahmud sendiri dibiarkan menerima hukuman bunuh atas alasan gagal mempertahankan Melaka, kecilkah dosa pedagang yang meminjamkan kapal bagi memudahkan penyamaran Portugis memasuki kota dan seterusnya menyembelih para pengawal yang tidak menyangka?

Jikapun Sultan Mahmud yang dalam pelarian sudah tidak mempunyai kuasa menghukum namun atas pertualangan yang sangat besar itu takkan lah baginda atau hulubalang dan panglima Melaka tiada inisiatif langsung mengambil tindakan balas dendam di luar undang-undang?

Wah, sejak bila orang Melayu memiliki kesabaran setinggi itu? Takkan lah hanya Jebat sahaja yang sanggup menentang Sultan demi membalas dendam atas tindakan tidak adil sultan terhadap sahabatnya? Atau itu adalah terjemahan hasrat orang Melayu sendiri yang sebenarnya berterima kasih pada portugis kerana membebaskan mereka daripada kekejaman sultan yang bersultan di mata beraja di hati?

Maka barangkali kita simpulkan sahaja di sini bahawa sekalian rakyat jelata bersepakat menyingkirkan Sultan Mahmud dan untuk itu masing-masing mengambil peranan mengikut kesesuaian.

(Bersambung... kesan kejatuhan Kota Melaka)

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)