Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, December 18, 2019

Video Minyak Morha

Testimoni Minyak Morha®
------------------------------------------------------

Video berkenaan Minyak Morha (Morhabshi)

Morha terbaik
https://youtu.be/gmEtJoALm7o

Apa itu morhabshi?
https://youtu.be/pKFNddMuVFs

Artis² bercerita pasal Minyak Morha
Pelakon Harun Hashim
https://youtu.be/GNMUmr27XCU

Yazit Search
https://youtu.be/LuH_Q6ozNoU

Fareez (pemain gitar utama band rock Melissa)
https://youtu.be/-buPXOTMmnM

Pengakuan pengguna
Cikgu Seren GPK
https://youtu.be/Z8yM0bu0XvM

Video² yang ditemui dalam Youtube
Keistimewaan Minyak Morha
https://youtu.be/QnS5rzQJVJE

Kehebatan Minyak Morha
https://youtu.be/4zgiRFiFTzA

Morha menjadi fenomena
https://youtu.be/Mpk_iWLxXvU


Thursday, September 19, 2019

Pengasas Minyak Morhabshi


(dikenali juga sebagai minyak morha)

USTAZ Hj Abdul Hamid Ahmad @ Lebai Mat dilahirkan, dibesarkan, dan menetap di Kedah sehingga meninggal dunia pada tahun 2005 dalam usia lebih 80 tahun.

Setelah bersara daripada perkhidmatan awam sebagai guru agama beliau dipelawa oleh sahabatnya Tuan Guru Hj Nikmat menyertai Maahad Islamiyah Derang Kedah yang menyediakan pengajian Islam dan persediaan untuk pelajar yang akan ke universiti timur tengah.

Pengasas maahad tersebut menjemput ustaz Hamid bukan hanya sebagai tenaga pengajar tetapi juga bagi membuka dan mengurus pusat rawatan untuk seluruh warga maahad serta penduduk sekitar.

Sejak muda ustaz Abdul Hamid cenderung dalam bidang rawatan. Beliau amat berminat dengan perubatan menggunakan tumbuhan yang banyak terdapat di kepulauan melayu.

Selain ilmu agama, beliau turut mendalami kaedah perubatan Islam yang menggunakan ayat al-Quran serta doa dan amalan para ulama silam.

Beliau menguasai bahasa Melayu, Arab, dan Inggeris serta fasih bertutur bahasa siam.

Perpustakaan peribadi beliau samada di Jitra mahupun di Derang penuh dengan kitab² dan buku² perubatan dalam ketiga² bahasa tersebut. Ini termasuklah buku² perubatan modern tulisan tokoh perubatan barat.

Minat yang mendalam pada bidang rawatan dan perubatan menyebabkan beliau melanjutkan pelajaran dalam perubatan homeopathy pula.

Kesungguhan beliau dalam homeopathy terserlah apabila membantu sahabat beliau iaitu Dr Azizan membuka klinik homeopathy di Jitra. Dr Azizan adalah pengasas syarikat Era Edar, yang memasarkan produk berasaskan homeopathy.

Ustaz Abdul Hamid kemudiannya membuka klinik Darus Syifa di Derang Kedah dengan menggabungkan kaedah rawatan Islam, herba tradisional, dan homeopathy.

Beliau telah menulis tiga buah buku perubatan iaitu:
1. Kitab Attabib Walhikmah 1 dalam tulisan jawi yang mengandungi ayat² Al-Quran, doa, dan amalan ulama Islam bagi merawat pelbagai penyakit.

2. Buku Attabib Walhikmah 2 (rumi) pula mengandungi lebuh 100 formula dan petua perubatan berasaskan tumbuhan. Semasa hayat beliau terdapat beberapa syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan menggunakan kitab tersebut.

3. Buku Praktis Homeopathy pula ditulis oleh beliau khusus untuk pengamal perubatan homeopathy yang telah mendapat tauliah. Dalam buku ini beliau berkongsi pengalaman puluhan tahun merawat pesakit menggunakan kaedah homeopathy.

Pembacaan luas beliau dalam bahasa Inggeris dan Arab menemukan beliau dengan resin tumbuhan dari timur tengah yang dipanggil morha atau morhabshi. Dalam perubatan, resin ini dinamakan myrrh yang diambil daripada perkataan arab iaitu mur bermaksud pahit.

Myrrh direkod dalam daftar botani sebagai Commiphora myrrha. Dalam sejarah Mesir purba ia amat dihargai hingga senilai dengan emas. Seterusnya digunakan secara meluas dalam zaman Rome. Ketika tamadun Islam myrrh dikembangkan ke kepulauan melayu melalui pedagang dan pendakwah.

Melalui bacaan, pemerhatian, kajian, dan pengalaman beliau mendapati resin daripada pohon myrrh ini lebih berkesan jika dicampur dengan tumbuhan tempatan.

Beliau juga menemui kaedah penggunaan myrrh yang paling sesuai ialah dengan menjadikannya dalam bentuk minyak. Ini akan memudahkan para pengguna menyapunya pada kulit dan terus meresap.

Lebih menarik lagi produk yang beliau hasilkan ini tidak mengeluarkan bau sebagaimana minyak angin biasa. Selain itu ia juga tidak meninggalkan kesan warna pada pakaian. Bahkan pengguna juga tidak merasakan minyak itu melekit atau menjadi kurang selesa ketika menggunakannya.

Antara tumbuhan yang beliau gunakan selain resin Myrrh ialah Safron (herba 1001 khasiat yang terkenal di seluruh dunia), Mustakim (amat terkenal di India), Sireh, Raja Kayu, Senduduk, Hempedu Bumi, Minyak Zaitun, Minyak Bijan, dan beberapa herba serta minyak lain daripada tumbuhan tempatan.

Produk tersebut dinamakan Minyak Morhabshi. Ia menjadi alternatif kepada minyak berasaskan haiwan seperti kambing gurun, gamat, lintah dan lain².

Latar belakang pengasas dan keunikan tumbuhan yang digunakan membuatkan warisan bernilai tinggi ini terus mendapat sambutan orang ramai.

Maklumat tambahan:
Lihat juga artikal berkenaan khasiat myrrh dalam perubatan serta kajian sains terbaru mengenainya di seluruh dunia, terutama dalam bahasa Inggeris.

Sunday, September 1, 2019

Anwar dan jalan qiamat


Cerita 1
Anwar orang perjuangan. Berjuang dari zaman pelajar hingga tua. Dari platform muda hingga edisi larut usia.

Pencapaian tertinggi anwar ialah timbalan perdana menteri malaysia. Takdir Allah, itu sahaja yang anwar dibenarkan mencapainya.

Namun manusia anwar tidak kenal putus asa. Makhluk Allah yang satu ini tetap mahu apa yang dicita. Walau untuk seketika.


Dia takkan peduli negara mahu jadi apa. Dia tak kesah melayu berpecah belah 2, 3 4, 5. Dia tak peduli musuh Islam tunggu peluang mencelah.

Anwar dan mahathir sudah ditakdir jadi seteru sampai mati. Mahathir dah sekat anwar sekali tapi si liat itu masih bingkas berdiri. Maka mahathir kembali kali kedua untuk menamatkan riwayat anwar.

Tugas mahathir bukan mudah. Begitu takdir Ilahi padanya. Orang melayu dibiar keliru mencari siapa pemimpin yang perlu disokong. Padahal Allah dah tunjukkan, inilah orangnya.


Cerita 2
Sebelum PRU lalu saya ikut seorang sahabat berceramah. Isinya ialah formula untuk mengalahkan pihak majoriti. Audiens didedahkan taktik dan muslihat bagi menewaskan kelompok majoriti melalui demokrasi.

Hampir semua yang hadir nampaknya bersetuju tetapi setakat manalah kemampuan mereka untuk memberitau pengundi lain.

Mungkin juga mereka hanya bersetuju tapi tidak percaya ia boleh terjadi.

Cerita 3
Kalau dalam cerita 2 tadi ia hanya formula dan andaian maka kini ia sudah jadi kenyataan. Malangnya ramai masih belum faham manakala yang dah sedar sudah tak mampu buat apa2.


Cerita 4
Tidak ada apa yang boleh diselamatkan. Bukan pesimis atau kecewa tetapi itulah realiti. Orang melayu sudah dalam genggaman musuh mereka dan semua tindakan telah diperkira dan dikunci.

Cerita 5
Takdir Allah kini berlaku dengan nyata, tanpa boleh ditahan lagi. Perkara yang tidak logik pada pendapat kita terus berlaku satu persatu.

Cerita 6 adalah sebagaimana hadis2 rasulullah saw berkenaan tanda² terjadinya qiamat. Untuk menghadapi qiamat bukan dengan cara memulihkan DEB atau merombak semula GLC.

Qiamat menurut Rasulullah saw akan bermula dengan keluarnya dajjal. Maka DEB, GLC, hak istimewa melayu bukan lawan dajjal. Dajjal tak peduli itu semua.

Dajjal hanya takut pada muslim yang kental imannya. Tentera muslim yang digeruni dajjal ialah pemuda yang berbaris solat subuh di masjid.

Dajjal akan kalah pada tentera Allah yang selalu berpuasa di siangnya dan memperbanyakkan ibadah di malam hari.

Cerita 7 ialah qiamat.

Wallahu 'alam

Wednesday, August 7, 2019

Duit kita hilang (1)

Terikat sampai mati.  Dah habis, buat lagi 

Dua posting lalu saya guna tajuk judi. Sengaja saya kaitkan dengan judi walaupun ia berkenaan kembalinya mahathir ke kancah politik secara langsung.

Tajuk kali ini lebih agresif. Bukan semata² nak tarik audiens tapi memang hal ini amat kritikal. Seakan tiada jalan keluar lagi.

Empat jenis bisnes haram bawa untung sangat besar dan berpanjangan. Pengguna akan ketagih dan terikat dengannya sampai mati.

Ke mana duit kita hilang?  Jawabnya, empat bisnes itulah yang mencurinya. Duit bukan sahaja hilang dicuri anak² bahkan hilang dari circle orang melayu ke circle puak kufur.

Pertama, judi. Ada dua jenis cara berjudi di malaysia. Satu yang diberi lesen oleh kerajaan dan satu lagi dipanggil judi haram. Kedua²nya memang haram di sisi Islam.


Orang Islam dilarang sama sekali masuk premis judi berlesen. Maka mereka cari judi tak berlesen. Contohnya nombor ekor.

Di mana mereka beli nombor ekor? Bagi yang tau, tau la. Kedai telefon, kedai runcit, dan agen yang towkey besar lantik untuk masuk ke kampung².

Itu sebabnya kita tengok kedai HP bersepah dan diusahakan oleh anak² muda kaum yang sama. Mereka boleh jual hp dengan harga rendah sebab bisnes utama dan lebih untung ialah jual nombor ekor.

Sekarang sudah ada judi online dan token boleh dibeli di kedai² telefon. Macam beli topup handphone.

Main judi guna handphone sendiri. Kita ingat anak main games biasa rupa²nya main judi betul².

Kedua, dadah dan arak. Biasanya dadah dikaitkan dengan anak melayu namun tahukah anda siapa towkeynya? Ia didalangi kongsi gelap.

Saya pernah berbual dengan mantan IGP ts musa hasan. Kata beliau, masalah kongsi gelap adalah masalah besar negara dan beliau sedih kerana gagal menghapusnya.

Arak dijual secara bebas termasuk di 7eleven dan terbaru di beberapa pasaraya speedmart.

Sebenarnya di kedai runcit cina pun bersepah dijual secara terbuka. Bak kata motto speedmart, lebih dekat dan murah.

Lihat sekeliling dan jangan tak tau gejala dadah amat serius sekarang sebab mudah diperolehi. Hancur keluarga dibuatnya.

Ketiga, riba. Selain bank konvensional yang dikawal kerajaan, masih dan makin ramai yang terjebak dengan pinjaman ahlong sampai bercerai berai.

Selain tiga bisnes yang saya sebut di atas ada beberapa lagi bisnes yang merosakkan manusia seperti pelacuran, rompakan, dan gengsterism.


Ya, semua itu ujian Allah taala pada kita.

Selain sosial, kegiatan bisnes berkenaan juga merosakkan perniagaan sebenar. Melalui untung besar daripada bisnes haram, ia jadi modal untuk mengalahkan persaingan dalam bisnes halal.

Lihat bagaimana mereka mampu keluarkan modal besar untuk hartanah. Akhirnya yang membayar kos tersebut ialah para penagih dadah, arak, judi, pelacuran, riba, dsb iaitu kalangan orang melayu.

Mereka boleh beli tanah juta2. Boleh buat bangunan besar². Boleh tanam durian mousang king beratus ekar.

Biasa dengar istilah 'money loundry,  kan?  Apa mereka nak heran?

Wallahu'alam.

Bersambung...

Artikal lain:
Atuk 94 berjudi (2)
Atuk 94 berjudi (1)
Muslim circle
Wahabi atau kaum muda?
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang

Tuesday, August 6, 2019

Tun towkey judi (2)

Dr Zakir Naik, seorang lagi mujahid yang Allah pilih untuk diletak di negara kita bagi menguatkan dakwah islamiyah menjelang kedatangan dajjal

Tun bukan main² apabila buang anwar tahun 1998. Maka apabila dilihatnya sudah ada tunas baru setelah 20 tahun berlalu, harus dicantasnya segera.

Najib tidak boleh diharap. Banyak tindakan najib membuktikan beliau terlalu berlembut.  Semua pihak nak dikasihankan.

Bagi tun, sebagai ketua kena sedikit kejam. Kalau perlu dipancung,  pancung je. Jangan ragu². Saya pernah menulis tentang ini beberapa tahun dulu: kejam bukannya zalim. Lihat artikal waadat 2015 dan di sini. 

Beberapa bulan sebelum masuk campur tangan secara langsung tun merungut pasal beberapa isu. Antaranya MH370. Tun kata takkan lah sebuah kapal terbang boleh lenyap begitu sahaja.

Maksud tun ialah kerajaan (najib) tak perlu takut untuk dedahkan apa yang berlaku. Begitu juga ulang tayang isu altantuya.


Tun tahu najib tak terlibat tetapi tun provok najib supaya ambil tindakan tegas pada pelaku sebenar. Jangan sembunyikan penjenayah.

Akhirnya tun tak boleh tahan diri. Najib yang diharap²kan menyambung usahanya sebagai perdana menteri terlalu lembut dan mudah kasihan.

Saya dah tulis teori ini sebelum 'rampasan kuasa' melalui pru ke15 berlangsung.

Teori itu masih relevan cuma belum tersingkap sepenuhnya.

Wallahu'alam.

Bersambung...


Artikal lain:
Atuk 94 berjudi
Muslim circle
Wahabi atau kaum muda?
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang

Monday, August 5, 2019

Atuk 94 towkey judi (1)

Judi tikam. Towkey mesti menang.  Dah set dari awal.  Anak melayu jadi penjudi sejak kecil. 

Saya tak tau apa jenis judi yang orang kaya² main. Masa remaja dulu di kampung saya judi jadi tradisi dalam senyap.

Biasanya judi gunakan daun terup selain nombor ekor. Namun ada yang lebih profesional iaitu sabung ayam dan dadu belangkas yang kasino guna.

Bagaimana Tun boleh terlibat main judi? Sebenarnya bukan main judi tapi memperjudi.

Dalam permainan judi biasanya ada towkey. Sekarang Tun jadi towkey.

Sudah diprogramkan dalam setiap permainan judi berkumpulan, towkey banyak peluang untuk menang.

Mari kita lihat Tun memperjudi nasib dalam politik.


Tun kembali ke gelanggang politik negara setelah meneliti dan mengkaji watak setiap pemain yang sedang beraksi.

Anwar masih dalam penjara tetapi akan bebas.

Najib sedang tertekan dari segenap penjuru dan juga dari dalam.

Penyokong PAS makin ramai namun masih jahil politik. Kebanyakannya lurus bendul.

Dalam PAS ada dua kumpulan. Satu konservatif dan satu lagi bolehlah dikatakan modern. Kumpulan kedua ini bukan berlatarbelakang agama tetapi radikal dan selalu menonjol ke depan.

Tradisi orang PAS ialah berketayap. Maka tak dapatlah dibezakan yang mana tulin yang mana saduran.

PKR pula makin hilang arah tujuan. Namun sebagai pembangkang bukanlah susah sangat nak berperanan. Apa sahaja topik boleh dilontar menjadi polemik.


Lagi elok kalau lontar isu yang samar². Lebih hebat rakyat bertengkar. Masing² nak tunjuk handal.

DAP pula sedang mengintai peluang.

Apabila mat sabu tewas dalam pemilihan, dia bukan dapat 0 undi. Mat sabu akhirnya keluar dan menarik pengikut yang agak besar.

Mat sabu perlu ada jawatan supaya terus diberi kepercayaan oleh DAP. Baca, dana daripada DAP.

Maka mat sabu tubuh parti baru dan dia jadi presiden. Dengan jawatan itu dia dapat yakinkan DAP untuk terus salurkan dana.

Dana apa? Dana bagi memecahbelahkan ummat Islam.

Bersambung...


Artikal lain:
Muslim circle
Wahabi atau kaum muda?
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?

Tuesday, July 16, 2019

Sukarelawan muslim circle


Ramai kata tekanan hidup makin berat. Harga barang naik mendadak. Tak pernah turun.

Sebenarnya ini bukan masalah baru. Memang begitulah ekonomi dunia sejak zaman dahulu. Harga barang memang tak pernah turun.

Istilah inflasi dah ada sejak dahulu kala.

Namun sebagai hamba Allah, apa bakti kita pada manusia lain?

Nak dibiarkan dan diperhatikan sahaja tanpa buat apa²? Sebenarnya kita boleh ambil perkara ini dan jadikan peluang untuk melakukan amal soleh.

Jom jadi sukarelawan prihatin melalui Muslim Circle. 

Insya-Allah.

Wahabi atau kaum muda?
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?

Monday, July 15, 2019

Bukan sahaja anak remaja orang dewasa pun ada

Masalahnya bukan sahaja sekarang tetapi mungkin meninggalkan parut berkekalan

Sebenarnya banyak isu yang timbul sejak akhir² ini boleh dikupas.

Namun kadang² elok kita perhatikan sahaja dulu. Kita tengok setakat mana permainan mereka.

Sementara saya menyiapkan artikal seterusnya, kita bagi laluan pada penaja untuk berkongsi khasiat produk mereka.

Sebenarnya penaja itu saya sendirilah. Ini ramuan warisan keluarga yang saya warisi dari allahyarham datuk saya iaitu ustaz hj abdul hamid.

Beliau merupakan ulama, perawat kaedah Islam,  pengamal perubatan tradisional, serta doktor homeopaty bertauliah.

Beliau telah menghasilkan buku-buku berkaitan bidang tersebut iaitu buku rawatan Islam,  buku perubatan herba,  dan buku perubatan homeopaty.

Kali ini saya akan berkongsi rawatan jerawat menggunakan herba yang diformulakan oleh beliau lebih 50 tahun dahulu.

Sila klik untuk mengetahuinya

Thursday, July 11, 2019

Isu Chefwan ikon felda 2019


Hiruk pikuk juga selepas Chefwan diumumkan sebagai ikon felda 2019.

Kecoh bukan kerana chefwan memang seorang yang kepoh tetapi polemik yamg timbul ekoran ucapan beliau setelah perisytiharan.

Saya rasa chefwan bercakap berdasarkan pengalaman peribadi di kampungnya iaitu felda sg koyan. Dari segi kajian, tak boleh begitu.


Felda ada di seluruh negara sehingga ke sabah. Membuat generalisasi mesti ada kajian dan dapatan. Sebagai pemegang PhD chefwan tentu lebih tau.

Chefwan ada sumber statistik berkenaan itukah?

Popular, glamor, dan terkenal belum cukup syarat untuk jadi ikon.

Ikon ialah sesuatu yang mewakili perkara yang hendak orang capai. Macam ikon pada paparan handphone kita. Klik sahaja ikon tersebut, kita akan dipaparkan seluruh aplikasi berkenaan.


Maknanya kalau orang lihat chefwan, orang akan nampak anak felda. Kalau orang nak tau pasal felda, orang boleh tengok chefwan.

Chefwan melepasi syarat asas iaitu seorang anak peneroka felda yang berjaya. Saya pun anak peneroka felda, iaitu jengka.

Cuma saya tidak glamor. Sebagai blogger,  pengeluar produk, dan aktivis masyarakat berkaitan kenegaraan, ramai juga yang kenal saya. Cuma belum dikatakan terkenal.

Popular dikira berjaya agaknya.  Nak jadi ikon mestilah ramai orang kenal. Siapa yang tak kenal chefwan?

Namun bukan semua orang suka dengan chefwan. Terutama apabila chefwan beberapa kali menyampuk isu politik.  Bahkan bekas PM iaitu dsn najib pun dihentamnya.

Selebriti tak boleh begitu. Najib cuma kalah satu PRU iaitu yang terbaru. Penyokong beliau masih berlambak. Yang menyesal kerana singkir najib pun ramai.


Semarah² orang melayu mereka tahu najib itu anak tun razak. Orang felda sangat tahu jasa tun razak. Kalau orang lain jadi perdana menteri, belum tentu ada usaha nak buka felda.

Memanglah semuanya takdir Allah taala tapi Allah taala yang pilih tun razak untuk buka felda. Sebagai penerima, Allah taala suruh kita berterima kasih di samping bersyukur.

Apa kata felda cari golongan agama seperti ustaz jadi ikon? Elok juga kalau pengurusan felda kesan dan taja anak peneroka yang boleh menyertai program realiti tv seperti imam muda.

Jangan setakat pilih dan hantar peserta sahaja. Latih mereka terlebih dahulu.

Insya-Allah.

Wahabi atau kaum muda?
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?

Tuesday, July 9, 2019

Durian melayu durian cina


Durian oh durian
Musim durian datang lagi. Tahun ini lambakan durian muncul selepas raya. Tak macam tahun lepas, tengah² puasa.

Maka towkey² dusun dan ladang durian senyum sampai ke telinga.

Kebanyakannya cina.

Orang Melayu tukang beli dan tukang makan. Tapi bukanlah penyumbang terbesar sebab duit tak berapa ada. Dapat beli durian kampung sebiji dua pun jadi lah.

Orang Cina suka makan durian. Mereka makan durian mahal. Itu sebabnya ramai kalangan mereka buka ladang. Justeru wang berlegar antara mereka sahaja.

Kantung mereka tak bocor ke poket orang melayu.

Lagipun orang melayu cuma ada durian kampung. Maklumlah, pokok warisan daripada nenek moyang. Nak tanam pokok baru, lambat. Tanam hari ini bukan boleh dapat hasil bulan depan.

Kebanyakan orang melayu lebih suka melabur dalam skim cepat kaya. Pasif income.

Maksud pasif income ialah duduk saja tak payah kerja. Sambil itu boleh berangan, dapat untung daripada skim cepat kaya boleh beli durian musang king atau ioi.



Saya menulis pasal durian dengan hati yang tak gembira. Saya bukan suka² nak tulis keburukan bangsa sendiri.  Bahkan bangsa saya ini seagama dengan saya.

Insya-Allah kita akan bersama dalam syurga Allah.

Orang cina suka makan durian, orang melayu pun sama. Bezanya, orang cina ada plan untuk makan durian lagi di tahun² mendatang, sampai anak cucu.

Orang melayu? Meratap setiap kali musim durian sebab tak cukup duit nak beli durian musang king atau IOI yang harganya rm25-45 sekilo.

Di kampung saya dulu (felda jengka) ada seorang peneroka tebang pokok getah dan gantikan dengan durian.

Ramai yang lahirkan simpati pada dia di belakang sebab dirasakan bodoh. Nak cakap berdepan tak berani.

Berbalik pada pokok durian hatta tanaman lain, ramai yang beri alasan tiada tanah. Hairan juga macamana pendatang cina boleh ada tanah. Agaknya nenek moyang mereka bawa tanah daripada China.



Boikot oh boikot
Kata orang, merajuk pada yang sayang. Kalau merajuk pada orang yang tak hargai kita, tak ada maknanya.

Boikot macam merajuk jugak. Dalam kes merajuk, orang akan pujuk kalau kita istimewa padanya. Tapi kalau dia ada pilihan lain, tinggallah awak.

Apa modal yang ada pada orang melayu untuk boikot? Kita bukan pegang ekonomi. Kita bukan ada banyak duit hingga mampu rosakkan networking mereka.

Anak² kita pun masih makan gaji dwngan mereka,  bergantung rezeki pada orang cina.


Mungkin anda rasa marah apabila saya kata 'bergantung rezeki' dengan orang cina.

Baguslah jika tak bersetuju dengan ayat itu. Memang sepatutnya kita hanya bergantung pada Allah taala.

Makhluk tak ada kuasa. Bahkan rezeki orang cina pun ditentukan oleh Allah taala.

Namun setakat mana kita melaksanakan keyakinan tersebut?  Takkan lah hanya dengan kata².

Dalam amalan sehari² adakah ia dipraktikkan?

Adakah orang melayu benar² tidak bergantung pada cina? Bahkan sekarang kuasa politik pun mereka sudah campur tangan secara langsung.

Orang melayu hanya mampu melalak.

Boikot,  boikot,  boikot. Itu sahaja ke yang orang melayu mampu? Baguskah amalan boikot memboikot itu?



Allah taala suruh kita berusaha. Dalam suatu kesah Rasululullah saw menyuruh pengembala tambat kambingnya sebelum bertawakkal.

Ertinya kita disuruh buat apa yang patut terlebih dahulu. Kalau nak dihuraikan bab tawakkal ini panjang sangat.  Boleh rujuk dengan ulama.

Sebelum boikot,  adakah kita sudah cukup bersedia?  Setakat buat produk tapi tak ada rangkaian pemasaran yang lancar dan cekap pun tak kemana. Akhirnya orang ramai akan ke kedai yang mudah dikunjungi.

Semangat sahaja tak cukup.

Niat nak buat baik memang bagus. Semua orang ada niat nak buat baik. Namun setakat niat sahaja pun tak cukup. Kalau semua orang berniat sahaja, siapa yang nak beramal?

Satu lagi yang perlu kita kerjakan ialah dakwah. Berapa ramai orang cina yang dah kita dakwahkan? Padahal dah berpuluh tahun mereka berada di keliling kita.

Soal mereka masuk Islam atau tidak itu bukan kuasa kita. Yang penting apakah tindakan kita untuk berdakwah?

Wahabi atau kaum muda?
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?

Friday, June 28, 2019

Awak hantar saya tak nampak

Bersama sifu Nobisha antara blogger profesional awal di Malaysia

Ketika mata kita menatap sekeping gambar yang diterima daripada seseorang melalui handphone, memang itulah yang dihantar oleh beliau.

Nanti sekejap. Mari kita lihat di sebalik gambar itu. Ada proses yang berlaku.

Apabila si pengirim memasukkan gambar itu ke dalam handphone, peranti berkenaan segera menukarnya menjadi maklumat dalam bahasanya sendiri.

Maklumat dalam bahasa itulah yang dihantar melalui gelombang ke handphone kita.

Handphone menerima maklumat yang dihantar, memprosesnya, dan menterjemahkan kembali menjadi gambar asal.


Maka gambar berkenaanpun muncul pada peranti kita untuk ditatap oleh mata.

Itupun kalau mata kita tidak buta atau rabun teruk.

Sebaliknya jika handphone atau peranti anda tidak memahami maklumat yang diterima maka ia tidak mampu memprosesnya. Akibatnya anda tidak dapat melihat gambar tersebut.

Anda mungkin mendapat mesej 'error' atau langsung tak dapat apa² mesej. Bahkan anda mungkin tidak tahupun ada orang telah mengirim gambar kepada anda.


Dalam berkomunikasii luar talian pun, proses penerimaan sangat penting. Kegagalan komunikasi bukan hanya pada si pemberi maklumat tetapi pada kita yang menerima maklumat.

Jika kita gagal menerima dan memprosesnya dengan baik maka akan berlaku salah faham.

Dalam hal ini mungkin akan berlaku konflik yang kadang² menjadi serius. Padahal kesilapan hanya pada teknikal atau peranti sahaja.

Justeru dalam berhubungan ada beberapa faktor dalaman yang si penerima perlu ada.

Pertama, ilmu. Jika anda buta huruf maka mesej teks yang dihantar tidak boleh difahami. Bukan salah penghantar. Anda yang bodoh.


Kedua,  tidak cacat.  Jika buta atau rabun teruk, macamana cantik pun gambar yang dikirim tidak dapat dinikmati oleh anda.

Ketiga, iman. Jika anda sering menerima mesej yang anda tidak suka dari seorang individu maka jika datang lagi mesej daripadanya, anda tidak akan buka. Kalaupun mesej terbaru itu baik, ia tiada makna lagi sebab awal² lagi anda telah buang. Anda percaya bahawa yang baru datang itu juga mesej yang tak elok.

Kesimpulannya jika kita dapati sesuatu yang kita terima itu buruk atau tidak baik, ia mungkin bukan salah orang yang hantar itu tetapi tengoklah semula pada diri kita yang menerimanya.

Wallahualam.

Monday, June 17, 2019

Isu wahabi untuk bunuh karektor

(Wahabi, salafi, dan sunni)


Ketika saya mengambil ujian lisan SPM lebih 30 tahun lalu saya ditanya: "apa masalah remaja?"

Terkejut dengan soalan tak disangka itu saya jawab spontan: "pertentangan pendapat antara orang muda dengan orang tua."

Selepas itu saya menyesal dengan jawapan yang mengheret saya kepada persoalan yang tak mampu saya jawab.

Memang sampai sekarang saya masih memikirkannya.

Semasa di tingkatan 6 saya belajar tentang kaum muda dan kaum tua. Di rumah saya selalu mendengar ayah menyebut pasal amalan² yang berbeza dalam kalangan jemaah masjid di kampung.


Kata arwah ayah fahaman kaum muda makin menular dan selalu jadi perdebatan dengan jemaah yang tidak sependapat.

Sebagai anak kandung kepada ulama pondok dan dibesarkan pula oleh ulama pondok (ayah tirinya), ayah saya rasanya berada dalam kelompok kaum tua.

Saya lihat beliau juga berkawan baik dengan imam² kampung keluaran pondok.

Hari ini sebenarnya isu berkenaan masih begitu. Cuma istilah kaum muda dan kaum tua sudah kurang diguna.

Di media sosial termasuk blog dan youtube masih berlegar masalah tahlil di kubur,  doa qunut, bilangan rakaat tarawih dsbnya.

Bahkan isu yang dulu tidak saya dengar telah ditimbulkan antaranya solat tarawih berjemaah atau seorang diri. Begitu juga wirid selepas solat fardhu beramai², bilangan tasbih, hinggakan berkenaan zikir yang hanya menyebut nama Allah.

Istilah popular bagi isu ini ialah: bida'ah.

Dalam tulisan ini saya bukan nak sentuh soal benar atau salah aqidah kedua pihak. Saya bukan ahlinya atau ada autoriti untuk bincangkan.


Saya cuma salah seorang anggota masyarakat yang mau tak mau terdedah pada pertelingkahan tersebut. Mahu tidak mahu ia berkaitan langsung pada diri saya dan saya perlu meletakkan diri pada tempat yang sepatutnya.

Bagi saya perbezaan pendapat antara kaum muda dengan kaum tua tidak akan habis sebab sepanjang zaman tetap akan ada orang muda dan orang tua.

Orang muda akan jadi tua dan kanak² akan menjadi orang muda. Bila akan habisnya?

Di celah² pertelingkahan tersebut muncul pula istilah wahabi, salafi, dan sunnah wal jamaah. Ini juga bukan perkara baru. Cuma dengan kerancakan komunikasi zaman ini ia menjadi bumbu yang semakin marak.

Dari amalan ibadah khusus seperti solat, ia berjangkit kepada amalan umum. Seterusnya menyusup masuk ke politik dan dipolitikkan.


Contohnya gelaran wahabi dimanipulasi menjadi senjata untuk memusnahkan seseorang yang berbeza pendapat. Mengecop seseorang dengan title wahabi diharap akan mengurangkan sokongan pada individu tersebut.

Seharusnya perbezaan pendapat antara kaum muda dengan kaum tua diterima seperti kita meraikan perbezaan bermazhab. Tidak perlu mendakwa guru masing² lebih hebat hanya untuk menunjukkan kitalah yang betul.

Hubungan dengan Allah taala amat unik. Kita makhluk sedangkan Dia pencipta yang tidak pernah kita lihat. Kita mengetahui dan beriman pada Allah taala melalui rasululullah saw. Hanya iman.

Justeru tidak perlu berlagak kita sahaja yang betul. Belum tentu. Bahkan jika ilmu dan ibadat kita lebih baik dari orang lainpun kita belum tentu baik 'pada pandangan' Allah. Kata ulama, jika kita masuk syurgapun bukan kerana ilmu dan amal ibadat kita sebaliknya dengan rahmat Allah taala.

Bersederhanalah. Raikan perbezaan pendapat. Yang dulunya muda kini menjadi tua. Yang tua pula akan menemui sendiri Allah taala apabila telah sampai ajal.

Tuntutlah ilmu, kerana itu adalah kewajipan. Beribadatlah kerana itu juga kewajipan. Samada Allah terima atau tidak bukanlah urusan kita.

Kita bukan penilai. Kita hanyalah hamba.

Wallah'ualam.

Video haziq vs azmin
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?

Wednesday, June 12, 2019

Pengakuan haziq video dengan azmin


Maka tersebar lagi gambar dan video. Nampak macam isu lama berulang. Sebenarnya dah berulangkali. Macam tak serik².

Menariknya, kali inipun isu tersebar ketika sipelaku sedang berkuasa. Bukan sebagai pembangkang. Sama macam kes pertama dulu sekitar 1999. Cuma pelakunya orang lain.

Kebetulan agaknya, perdana menterinya sama.

Jika sejarah berulang, bagaimana pula dengan tindak balas kita? Ingat pesan orang² tua, jika tidak berada² masakan tempua bersarang rendah.


Bagi saya jika sejarah berulang maka kita kena ubah tindakan susulan. Kalau dulu kita proaktif yakni terus buat tuduhan, cubalah kali ini bertindak sebaliknya.

Ya. Tunggu dan lihat. Sabar.

Sabar tu satu tempoh bertenang bagi memberi laluan pada kebenaran memunculkan diri.

Di pihak umno, sipelaku dan sipengaku adalah dari pihak yang sama. Yakni mereka adalah musuh politik kalian.

Nasihat saya, sabarlah. Biarkan kebenaran muncul sendiri. Kita pernah kena teruk dengan bertindak mencurah minyak ke atas api. Justeru apa salahnya kali ini cuba bertindak lain.

Saya percaya apabila datang yang hak maka yang bathil akan gugur sendiri.

Bukan apa. Takut² ini hanya perangkap. Tapi jika ia benar, ibarat kayu sedang dibakar api. Ia akan musnah sendiri.

Wallah'ualam.

Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?
Guna kapal seberang

Monday, May 20, 2019

Jangan kecewa jangan sedih jangan risau


Jangan kecewa jika masih tak dapat setelah meminta di sana sini. Barangkali Allah taala nak sedarkan kita bahawa hanya Dia tempat kita meminta.

Jangan sedih setelah kita meminta pada-Nya tapi masih belum dapat. Sudah tentu Allah taala lebih tahu waktu yang tepat untuk kita patut dapat.

Jangan risau jika sampai ajal kita tetap tak dapat apa yang diminta. Mungkin Allah taala telah letakkan di syurga dan hanya menanti kita datang mengambilnya.

Lakukan amalan kebajikan Lillahi taala kerana itu yang Allah taala mahukan.


Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?
Guna kapal seberang

Thursday, May 16, 2019

Mesej-mesej menarik hari guru 2019

Saya kagum dengan penulis² mesej hari guru tak bernama setiap kali hari guru tiba.

Sayang pulak kalau hilang begitu saja. Maka saya simpan di blog Waadat ini supaya mudah dicari semula.


Mesej 1

Anekdot Hari Guru

Seorang guru telah menyediakan satu papan putih di tempat yang bebas dan terbuka. Disediakan j uga pen "marker" yang berwarna-warni di situ.

Datang seorang pelajar yang gagal satu subjek lalu dia menulis sesuatu pada papan putih tersebut.

_*Guru ini baik tetapi tidak pandai mengajar*_...

Tidak lama kemudian datang seorang pelajar pandai, lalu dia menulis:

_*Guru ini sangat baik dan sangat pandai mengajar*_,

Datang seorang pelajar yang gagal banyak subjek pula lalu menulis:
_*Guru sekolah ini  tidak berkualiti kerana tidak pandai mengajar. _*

Tatkala riuh di sekolah, datang seorang pelajar yang mendapat A dalam semua subjek lalu menulis:

*Sekolah ini amat bagus sekali. Guru-gurunya sangat baik hati, sangat memahami dan suka membantu pelajarnya.._*


Datang seorang bekas pelajar sekolah ini yang amat berjaya dalam hidupnya, lalu menulis:

*_Sekolah ini amat berjasa, membawa berkat kepadaku dan guru-gurunya sangat pandai mengajar dan mendidik ..*_

Selepas itu, datang seseorang yang tidak dikenali lalu menulis yang berikut pada papan putih itu;

_*Buang masa mendengar perkara yang dicakapkan oleh cikgu dan tiada apa-apa aku dan anak aku dapat di sekolah ini. *_

 Setelah itu, datanglah pengetua sekolah itu lalu memadamkan semua yang tertulis pada papan putih itu.

Terpadamlah semua tulisan pada papan putih itu. Papan putih itu  kembali putih dan bersih.


*Pengetua itu berpesan kepada gurunya... *

’’Janganlah risau akan kata-kata orang kerana setiap orang membaca dunia atau kehidupan seseorang (tidakk kira bidang pendidikan atau bukan) dengan tafsiran pemahaman dan pengalaman yang berbeza."

Teruskanlah melangkah selama engkau berada di jalan dan laluan yang benar meskipun terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan hal dirimu kepada sesiapa pun.

Yang menyukai dan menghargaimu, tidak perlu tahu akan semua kebaikan yang kamu lakukan dan yang membencimu, tidak akan percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.

Hidup bukan siapa yang terbaik,
tetapi hidup tentang siapa yang hendak berbuat baik dan yang sentiasa membaiki atau memperbaik diri

Hari ini dan semalam merupakan hari yang berbeza, pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua hamba-Nya.

Kita bukan sesiapa untuk menilai orang lain. Sebaik-baik penilai ialah Allah SWT yang MAHA MENGETAHUI.


Bahagia atau derita,  hidup mesti diteruskan. Kaya atau miskin, teruskan berusaha. Hanya kita yang mampu mengubah diri kita. Ciptalah kebahagiaan mengikut acuan sendiri. Corakkan hidup kita dengan warna warni kehidupan mengikut kemampuan sendiri. Kata-kata yang baik perlu dijadikan azimat. Kata-kata nista dan cemuhan mahupun kutukan dan fitnah, biarkanlah berlalu dibawa angin.

Kebahagiaan milik semua orang. Hidup senang dan tenang tidak semestinya dengan mempunyai wang yang banyak dan harta benda dunia yang melimpah ruah. Kita bahagia, kita tenang dan senang dengan apa-apa yang ada. Tingkatkan sifat syukur. Insya-Allah kebahagiaan akan datang,  penderitaan akan berlalu pergi.

Ingat, sesiapa pun anda, usah terlalu memikirkan kata-kata orang lain. Pujian dan kejian, kedua-duanya UJIAN.

SELAMAT HARI GURU 2019  💐

------------------------------------------------------------

Mesej 2

*Beza cikgu dengan cicak*

Murid : Cikgu tau tak apa perbezaan cikgu dengan cicak?
Cikgu: (nak kenakan saya la tu) 😌😌😌Cicak ada ekor, cikgu takda ekor. Cicak makan serangga, cikgu makan nasi. Cicak keluar waktu malam, cikgu keluar rumah awal pagi...
Murid: Semua jawapan cikgu salah😄😄😄😄
Cikgu : (dah agak dah) Abis, apa jawapannya?😔😔😔
Murid: Cicak lekat d dinding, tapi cikgu lekat d hati kamiii 😁😁😍😍😘😘😊😊
Cikgu: 😭😭😭😭😭
.
.
Selamat Hari Guru kpd SEMUA warga pendidik
Terima Kasih Cikgu.. Jasamu Dikenang...

------------------------------------------------------------


Mesej 3

(SAJAK KHAS BUAT GURU)
Versi: PAHANG

Cikgu...
Aok ter macang liling ter laa
Tiuk dek orang aok buat dekk je
Aok buat sadin je
Jaih air mate ke tanoh ... dokk.. aok buat rilek je
Aok serupe liling ter la
Mengkala tepadang
Cepat cepat cucuh dek deme
gone gaye pun .. cikgu ter la pangge dek orang...
lantok laa orang nok mbuat gone gaye pun... Aok buat steady je
Aok buat keje aok je
Aahh..Tuhan nye tau bende hok gebale dek aok ter...
Sebak dek aok ter la
kome reti mmbace ABC...
Mengkala tidok... tade aroh la
Nok gone kann yakk...
Pendek kate...
Hok dah jadi dokto...
Hok jadi misi... Polih... Asko... Penguruih...
Belake seme laa...
Takde cikgu... keraih la wokme situ...                       
Teruihh kan perjuangan aok ter cikgu !!!             

Ingat jase cikgu... berkat dunia akhirat wokme
*SELAMAT HARI  GURU*

------------------------------------------------------------

Link video Hari Guru

1. https://youtu.be/khUzShYnx84


Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?
Guna kapal seberang
Kubur macam bilik pengantin


linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)