Malam tadi Demang memenuhi satu jemputan berbuka dengan YB Tuan Hj Ahmad Maslan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Walaupun masing-masing tiba dari tempat yang agak jauh namun kami sempat mendengar tazkirah yang disampaikan sendiri oleh beliau seterusnya bertarawih di situ.
Akibatnya Demang tiba di rumah agak lewat. Oleh kerana cuti, maka selepas subuh Demang menyambung tidur.
Tidur Demang dikejutkan oleh deringan telefon daripada seorang rakan sekolah yang sudah hampir 30 tahun tidak bertemu. Sehari sebelumnya Demang mendapat nombor telefonnya dan ini kali kedua kami berhubungan.
Mendengar bahawa Demang baru bangun tidur maka mukaddimah beliau ialah menasihati Demang agar membanyakkan ibadat di bulan puasa. Terima kasih. Namun di akhir perbualan beliau menyelar kerajaan yang dikatakan tidak mengikut hukum Islam.
Kemudian beliau bercerita tentang keinginannya untuk berpoligami (sudah ada calon). Beliau juga bercerita bahawa beliau pernah ke negeri Demang menemui kekasih lamanya yang kini menjadi isteri orang (anak dah habis SPM). Beliau menyatakan betapa jodoh di tangan Tuhan dan tidak mustahil cinta mereka boleh bersambung kembali.
Petangnya, Demang menghantar satu SMS kepada beliau bagi meminta sedikit penjelasan. Berikut Demang ‘copy & paste’ SMS antara kami itu:
Demang: aku keliru, kenapa PAS pakat dgn DAP?
Rakan: Pas tak pernah ikut telunjuk dap.org yg kata islam x nak ikut islam so x slh dap ikut islam.
Demang: PAS ada berapa kerusi parlimen? Dap ada berapa?
Rakan: Ape pun kena faham islam betul2. (nampaknya beliau tak menjawab soalan Demang)
org umno bukan islam?
Rakan: Itu masalah lain.ada ke buat dosa boleh byr dgn duit.kitab mana yg ajar. (Demang kurang pasti apa yang beliau maksudkan)
Demang: pada hakikatnya org UMNO bukan Islam la?
Rakan: Hanya pada nama.
Demang: macamana klu aku org UMNO?
Rakan: Kalau ikutkan ilmu tauhid begitulah.
Demang: belum menjawab soalan..
Rakan: Baca kitab faham al quraan tanya diri sendiri,islam kah aku?
*(Panggilan dari beliau, sengaja Demang tak angkat sebab tak mahu bertengkar)
Rakan: Hai takut ke
Demang: ye, aku takut rosak akidah berbahas perkara ni. Menuduh org yg mengucap 2 kalimah syahadah sbg bukan Islam. Nko tak takut ke?
Rakan: Ingat islam bukan sekadar mengucap
Demang: rukun Islam ada berapa? (mana tau, kot-kot ada Rukun Islam yang keenam iaitu Masuk PAS)
.
Rakan: Sbb tulah saya kata kena faham al quraan.
Demang: email & YM aku: cheguman@yahoo.com. Guna sms ni bazir. Lain le klu hp sykt. (Demang dapat tau yang nombor dia guna tu nombor syarikat tempat dia bekerja).
Rakan: Org kafir kata dia betul kita kata kita yg betul.so siapa yg betul.
Demang: analogi yg tak sesuai tu. OK, bagaimana klu aku sokong PAS dan kemudian PAS bentuk kerajaan dgn PKR-DAP, then mereka teruskan sebagaimana yg UMNO sedang lakukan? Bagaimana status Islam aku? (Demang faham maksud kiasannya namun adalah tidak adil membuat kesimpulan berdasarkan analogi, kiasan, atau perumpamaan. Apatah lagi berkenaan akidah).
Rakan: Yg penting hukum islam.bukan perut dunia.
Demang: Hukum islam atau kecenderungan menghukum org yg tak sependapat? kenapa ada byk mazhab dl Islam? mana satu yg betul?
Demang: guna internet le. Aku cikgu tadika je. gaji tak byk nak byr bil hp. cheguman@yahoo,com
Rakan: Hantar bil kau kat aku.
Demang: terima kasih je le.. nko rasa debat ni boleh abis ke? ada tak cara lain utk berdakwah kat aku yg jahil ni?
Rakan: Tanya tuhan.
Rakan: Carilah ilmu ikhlas.
Rakan: Kita kena tahu rukun agama.yg nyata negara kita mengamalkan hukum taghut.
Demang: ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? (SMS ini adalah pancingan)
*SMS tak berjawab. Nampaknya beliau sedar yang Demang sedang memancing. He he
Demang: ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? ertinya, rakyat negara tu pun bukan Islam la? (Demang hantar sedikit lagi dengan sedikit tambahan)
*SMS tak berjawab.
Demang: (SMS kali ketiga) ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? ertinya, rakyat negara tu pun bukan Islam la?
Nampaknya SMS tersebut tidak dibalas sehingga sekarang. Nak kata credit habis, guna HP syarikat...
Demikianlah mentaliti seorang pengikut PAS bergelar ustaz.