Demang lihat mahu tidak mahu najib akan berundur juga dalam masa terdekat akibat tekanan berterusan.
Alangkan banduan akhir lagikan diberi peluang membuat permintaan terakhir maka begitu juga Najib.
Najib mahukan jaminan kehidupan selepas bersara beliau tidak akan diganggu. Untuk itu PM yang paling sesuai bagi memastikan najib selamat ialah sepupu beliau sendiri, Hishamudin Tun Husin (h2o)
Sebagai mastermind, Mahathir juga mahukan bahagiannya iaitu Mukhriz (MM) akan menduduki TPM.
Air dengan air, sampah ke tepi juga. Gajah dengan gajah beradu, kancil mati di tengah.
Persediaan najib sudah lama. Hishamudin dipindah ke kementerian yang sunyi supaya tidak banyak melakukan kesilapan sebab ramai yang benci setiap kali h2o bercakap.
Dalam masa yang sama, zahid dipamerkan sebagai menteri flip flop yang gemar menukar kenyataan.
Itu sebabnya jika kita lihat gerakan dalam media sosial, para cybertrooper pronajib dalam masa yang sama mengejek dan mempersenda zahid. Malah cybertrooper yang menyokong tun turut memperlekeh zahid. Yang menyokong najib dan anti mahathir, lebih-lebih lagi lah.
Adakah ia satu kebetulan?
Apabila zahid mengeluarkan sesuatu kenyataan berkaitan negara, adakah ia dilakukan secara peribadi atau bersandar pada fakta dan izin ketuanya? Begitu juga apabila beliau menukar kenyataan yang telah dibuat, bolehkah dilakukan sesuka hati sendirian tanpa restu bos?
Ketika isu bangla, najib berada di luar negara dan balik segera untuk menyelesaikan 'masalah yang ditimbulkan oleh zahid'. Strategi yang hampir sama pernah dilakonkan oleh mahathir dalam isu memali (pemecatan musa hitam) dan sebelum anwar disingkir.
Lihat dalam isu pencerobohan sabah, isu syiah-mat sabu dan terbaru isu pekerja bangla 1.5 juta. Tidakkah aneh zahid seolah-olah berdiri seorang diri di tengah padang dan ditembak oleh kawan dan lawan? Siapa cybertrooper upahan najib yang mempertahankan zahid?
Begitulah permainan orang bangsawan. Mereka bermain catur dan bidak-bidaknya adalah kita rakyat bawahan. Kasta sudah ditetapkan dan mereka tidak berminat mengubahnya atau menjemput ahli baru.
Kerusi PM akan digilirkan dalam kalangan mereka dan rakyat kekal menjadi rakyat jelata.
Zahid Hamidi atau sesiapa sahaja yang datang dari luar kelompok bangsawan tunggu sahajalah di tepi tangga.
Kalau tanya Demang, Demang pilih zahid. Visi islam beliau sangat jelas dan sedang giat meski dilakukan dalam senyap.
Yang tau, tau le.