Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, January 30, 2010

siri perpecahan PAS: Khalid Samad tetap salahkan Hassan Ali


Nampaknya Khalid Samad tetap menganggap Hassan Ali yang lebih bersalah dan menjadi punca kemelut dalam PAS.

Lihat kenyataan beliau yang Demang kutip daripada sumber PAS sendiri.

"Oh ok, No problem, saya boleh appeal (merayu) selepas saya balik.

"Yang penting dua dua didapati bersalah dan saya harap Datuk PJ (Hassan Ali) tidak akan lagi menimbulkan masalah dengan PR (Pakatan Rakyat) Selangor," katanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.


Berlainan pula dengan Hassan Ali:
"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya," katanya.
Khalid Samad ini memang lain macam sedikit. Eloklah Hassan Ali yang bukan ahli politik ’original’ tu berhati-hati.

Nampaknya Khalid Samad memang pembangkang tulen alias tegar. Walaumacamana sekalipun dia tetap berusaha menyalahkan orang lain atau sekurang-kurangnya berpuas hati apabila lawannya juga didapati bersalah.


foto hiasan:
broken glass 16...86 jpg
alcoholicstruth.blogg.se

Friday, January 29, 2010

Aduka Taruna mengaku tidak bersalah


Pereka grafik, Khairul Nizam Abd Ghani mengaku tidak bersalah menghina institusi kesultanan Johor dalam blog Adukataruna Jumaat lalu. Demikian lapor BH sebentar tadi.

Apa maksud dia tidak bersalah? Adakah blogger itu menafikan dia menulis artikal tersebut? Atau dia menganggap perbuatan menghina almarhum itu bukan satu kesalahan?

Rupa-rupanya Aduka Taruna juga salah seorang penulis dalam blog Perisik Rakyat.

foto hiasan:
prison ministry art jpg
nbccongress.org

Letupan di pagi Jumaat



Kali ini bukan berlaku di masjid, kuil, atau gereja. Tidak juga berlaku di mana-mana rumah ibadat.

Demang percaya letupan kali ini memang cukup hebat. Gegarannya bakal mencetus tsunami besar. Meskipun sasarannya pada semua rakyat Malaysia namun tempiasnya turut dirasai para pelabur, pekerja asing, dan pendatang tanpa izin.

Bahkan gelombangnya akan menenggelamkan sisa-sisa isu dan polemik bikinan pembangkang.

Demang tersenyum sambil mengucap syukur.

Semoga Program Transformasi 1 Malaysia yang dilancarkan PM bukan sahaja memberikan hasil positif dan dinikmati sekalian rakyat malah akan menjadi tsunami yang akan membersihkan pengacau-pengacau di negara kita.

" Kerajaan tidak akan berhenti sehingga rakyat boleh melihat, menyentuh, dan mengalami penambahbaikan kehidupan mereka." Najib Razak, semasa pelancaran.

"Saya percaya GTP satu pendekatan baru yang cukup inovatif dengan memberi tumpuan kepada enam bidang utama dan ia pasti menarik perhatian rakyat untuk lebih tahu." Tun Mahathir, semasa pelancaran.

Tugas kita adalah bersatu dan bekerja bagi merealisasikan program tersebut.

Tugas pembangkang pula ialah membangkang, maka pedulikan sahaja mereka. "Dah memang kerja depa!"


Foto:
Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan buku Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 1Malaysia kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohammad selepas pelancaran Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 1Malaysia di KL Convention Centre, Kuala Lumpur, semalam. – sumber utusan/Shaifudin Mohd. Nor


foto kecil di atas hanya hiasan:
transformers 2 ...n4 jpg
syedkhalil.com

jangan dibantah pepatah orang tua


Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

"yang berat sama dipikul, yang ringan tak payahlah dijinjing. Bawa je sorang-sorang." kata ipar Demang.

"takpe. Yang ringanpun jinjinglah sama-sama." ibu mertua Demang bertahan.

"Pepatah orang tua-tua tak usah diubah." Demang mmenyampuk.

Demang bukan sengaja nak membela mertua tetapi memang pendapat itu benar. Maksud Demang, pepatah lama sebenarnya mempunyai maksud yang dalam. Maklumlah, pepatah-pepatah tersebut telah melalui jarak masa yang panjang. Pepatah-pepatah itu telah teruji dan dimatangkan dengan jutaan pengalaman.

Justeru kita yang baru berumur 20-80 tahun tidak cukup layak untuk mencabar keesahan sesuatu peribahasa.

Kita boleh mencipta peribahasa baru tetapi ia mungkin akan popular selepas kita mati sebab ia perlukan masa untuk diuji.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing tercatat dalam sejarah berjaya menyatukan puak-puak Arab daripada berbalah. Pasti ramai yang masih ingat peristiwa selepas banjir besar di kota Mekah sebelum Muhammad dilantik menjadi Rasulullah.

Perbalahan mula berlaku di kalangan ketua-ketua puak mengenai hak untuk meletakkan semula 'hajar aswad' ke tempatnya.

Akhirnya mereka sepakat untuk melantik Muhammad (SAW) bagi membuat keputusan.

Akhirnya Muhammad (SAW) mengambil sehelai kain dan meletakkan 'hajar aswad' di tengah-tengahnya. Ketua-ketua kabilah memegang bahagian tepi kain dan mengusung 'hajar aswad' bersama-sama.

Semua pihak berpuas hati dengan keputusan yang bijaksana tersebut.

Salam satu Malaysia.


foto hiasan (terima kasih)
memikul dosa sendiri KRJ Melaka flickr.com

Thursday, January 28, 2010

Beza durian dengan labu



Mujur setakat ini isteri Demang tidak mengidam yang bukan-bukan sepanjang kehamilannya. Paling-paling pun cuma durian.

Sekarang ni durian dah tak bermusim lagi. Tak macam semasa Demang kecil-kecil dulu. Setahun sekali sahaja dapat merasa durian. Itupun cuma sedikit. Maka bagi memuaskan tekak, durian dimakan bersama nasi atau pulut yang digaul gula Melaka, berkuahkan santan. Kecur air liur dibuatnya.

Bentuk fizikal luar durian berduri-duri, tetapi di dalamnya berpangsa-pangsa. Ulas-ulas durian yang lembut berwarna putih atau kuning 'tidur nyenyak' di dalamnya menanti sentuhan sang empunya. Sebab itu ada gelaran 'kucing tidur' untuk ulas durian tertentu.

Berbeza dengan labu. Biarpun di bahagian luar sebiji labu terlihat pangsa-pangsa namun apabila dibelah, pangsa-pangsa tersebut tidak berpenghuni. Meskipun warna isinya juga kekuningan namun jika isteri anda mengidam, jangan sekali-kali digantikan dengan labu. Nanti rajuknya panjang membawa ke malam.

Semalam, si Azmin Ali memukul gendang ke seluruh negara mengatakan dia mempunyai maklumat bahawa terdapat pemuda UMNO terlibat dalam kejadian membakar gereja. Maka para blogger picisan pun heboh mencanang secara besar-besaran.

Bagi Demang, apa nak dihairankan jika terdapat orang UMNO yang terlibat? Sebagaimana yang Demang tulis semalam, siapapun yang terlibat membakar gereja atau meletakkan kepala babi di masjid mereka tidak boleh didakwa sebagai mewakili kaum atau penganut agama tertentu.

Penjenayah tersebut sekadar mewakili diri sendiri yang gagal mengawal emosi. Tangkap dan jatuhkan hukuman setimpal, habis cerita. Tak perlu nak dipolitikkan.

Kenapa parti PAS tidak ditangkap polis apabila seorang blogger PAS menderhaka pada sultan? Itu menunjukkan kerajaan bersikap rasional dengan mengambil tindakan hanya terhadap individu yang terlibat sahaja.

Demang ceritakan tentang durian dan labu kerana melihat Azmin hanya seperti sebiji labu yang luarnya nampak berpangsa tetapi di dalamnya kosong.

Masih ingat dakwaan-dakwaan Azmin tentang pelbagai bukti yang terisi dalam beberapa peti rahsia? Akhirnya semuanya dusta! Mana perginya peti-peti yang dicanangkannya dulu sebagai rahsia besar?

Habuk pun tarak!

Lain kali, jika makan sayur labu, ingat-ingatlah pada Azmin Ali.

foto:
durianfruit jpg freerangegourmet.com
Labu jpg hanieliza.fotopages.com

Wednesday, January 27, 2010

4 kepala babi di masjid


"KPN sahkan 4 kepala babi bersama wang diletak di Masjid Imam At-Tirmizi Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron awal pagi tadi."

Itu berita yang Demang terima lewat SMS sebentar tadi.

Siapakah yang melakukannya? Barangkali itulah antara soalan yang berlegar dalam kepala ramai rakyat Malaysia sebaik mendapat berita ini. Lantas banyaklah spekulasi yang dibuat. Orang bukan Islam kah? orang Islam sendirikah? Atau musuh negara yang cuba mengambil kesempatan?

Bagi Demang, soalan yang elok ditanya ialah adakah perbuatan tersebut dilakukan oleh semua penganut sesuatu agama? Contohnya, jika orang Kristian yang melakukan, adakah semua orang Kristian atau majoriti penganut Kristian di negara kita?

Tentulah mustahil semua penganut agama tersebut melakukannya. Malah Demang yakin penjenayah tersebut tidak mewakili mana-mana kelompok atau agama mahupun kaum. Mereka mewakili diri mereka sendiri yang gagal mengawal emosi. Kegagalan mengawal emosi sendiri diambil kesempatan oleh pihak yang ingin melihat Malaysia kucar kacir dengan menghasut mereka bertindak liar.

Ingat, LIAR adalah istilah yang kita gunakan untuk HAIWAN, bukan manusia.

Tidak lama lagi Demang akan menimang cahaya mata lagi. Demang tidak mahu anak-anak Demang tinggal di sebuah negara seperti Palestin atau Iraq atau Afghanistan.

Demang percaya, semua rakyat Malaysia pun demikian juga. Maka mari kita jaga negara kita bersama-sama berdasarkan perlembagaan, bukannya berdasarkan perasaan.

Salam Satu Malaysia.

blogger Aduka ke Johor


Harakah Daily melaporkan tentang blogger yang menderhaka, Aduka Taruna telah dibawa polis ke Johor.

Demang tidak peduli ke mana ia dibawa hatta ke Afrika pun tak apa.

Nampaknya jika sesuatu kesalahan dilakukan oleh puak atau rakan sendiri maka seboleh mungkin tindakan tersebut akan dipertahankan. Buktinya, Harakah Daily yang merupakan akhbar rasmi PAS langsung tidak memaparkan cemuhan terhadap blogger tersebut malah mendoakan penulis picisan tersebut selamat.

Padahal, ini bukan kesalahan besar beliau yang pertama. Sebelum ini blogger tersebut pernah menghina keluarga Rasulullah SAW dan sahabat Baginda. Blogger berkenaan juga pernah mengutuk ulama' dan para imam mazhab utama dalam Islam. Malah blogger itu juga mencabar bahawa dia tidak takut dianggap kafir kerana pendidirannya yang menentang pendapat ulama'.

Harakah Daily menguatkan dakwaan Demang bahawa Aduka Taruna mendapat pembelaan rakan-rakan PASnya dengan kenyataan bahawa blognya kini diambil alih rakan yang lain.

Nampaknya Aduka tidak bersendirian. Beliau tidak bersendirian dalam pendiriannya.

Tuesday, January 26, 2010

Blog pembangkang semakin tersisih


Demang tertarik dengan tinjauan sahabat blogger TaipingMali melalui Alexa.com petang ini. Sebagaimana yang Demang duga, para pengunjung semakin bosan dengan permainan politik pembangkang. Justeru mereka mula meninggalkan blog-blog pembangkang yang kebanyakannya berisi berita yang diulang-ulang.

Malah beberapa blog yang dikatakan popular kalangan pembangkang sekadar pengamal teknik 'copy & paste' semata-mata.

Rakyat semakin bijak menilai. Rangking yang Demang turunkan di bawah juga sejajar dengan analisis Pemuda UMNO yang mendapati peningkatan ketara sokongan golongan muda terhadap kerajaan, khususnya UMNO.

Walaupun blog Waadat tidak tersenarai dalam ranking di bawah namun Demang bangga apabila beberapa blog sahabat BPN turut tersenarai dalam rangking teratas.

Syabas!

Malaysiakini 3,571
Utusan Malaysia 5,115
Berita Harian 6,466
Malaysia Today 11,562
Harakah Daily 14,876
Lim Kit Siang 102, 345
Perisik rakyat 166,440
Rocky's Bru 166,524
Agenda Daily 186,92
1Malaysia 244, 670
Parpu kari 247,457
Unspinner 325, 598
AIDC 442, 230
Kadirjasin 533, 210
Dap 643,442
Suara Keadilan 659,716
Dr Novandri 696, 689
Blog Nik Aziz 698, 864
Depa kata 724, 330
Gomo 763, 403
Taipingmali 1,008, 392
Amin AMK 1,035,637
Neutraldaily 1,219,971
Umno Online 1, 323, 204
Anwar Ibrahim 1,886,681
Unit Media Baru 1,988,264
KJ Rembau 3, 029, 352


foto sekadar hiasan:
album peribadi

Zaid Ibrahim sokong Anwar Ibrahim pecat Zulkifli Nodirn kerana report Khalid Samad


Beranikan Anwar singkirkan Zulkifli?

Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Kristian kerana ia boleh mengelirukan ummat Islam yang menjadi penduduk majoriti negara ini, namun masih ada yang engkar.

Memanglah majlis fatwa tersebut tiada kuasa menentukan siapa yang boleh masuk syurga atau dihumban ke neraka. Namun keputusan tersebut amat relevan memandangkan Islam adalah Agama Persekutuan menurut perlembagaan. Islam menjadi agama utama di Tanah Melayu sejak ratusan tahun yang lalu.

Justeru Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR-Kulim) telah membuat aduan kepada polis terhadap tindakan Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad kerana menyokong penggunaan kalimah Allah dalam majalah Kristian.

Tindakan tersebut serta merta mengundang kemarahan Anwar Ibrahim.

Zaid Ibrahim yang menyokong Anwar Ibrahim agar mengambil tindakan terhadap Zulkifli turut menyebut enakmen 1988 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian asalkan BUKAN bertujuan mengembangkan agama tersebut.

Benarkah Kristian tidak bertujuan mengembangkan agama mereka? lihat blog Sang Tawal.

Nampaknya kemelut ini bukan sahaja mendedahkan Anwar pada bahaya yang amat besar iaitu kemusnahan PKR lebih awal, malah turut mengheret PAS untuk ikut hancur bersamanya.

Adakah penyokong PAS mahu melihat sahaja?


Foto:
zaid jpg w=480 h=359
goliku.blogspot.com

Monday, January 25, 2010

Anwar, bubar, PKR

Jika anda ingin melihat Anwar Ibrahim membubarkan PKR dan berhenti daripada politik maka bawalah impian anda itu ke liang lahad.

Tanyalah pada mana-mana nakhoda, siapakah yang paling akhir meninggalkan bahtera yang sedang karam? Sudah tentu si nakhoda.

Justeru jika anda sedang belayar dan melihat krew atau para kelasi bergerak ke sana ke sini seperti kucing mahu beranak, maka waspadalah.

Apatah lagi jika ada beberapa pegawai yang menanggalkan uniform untuk menjadi penumpang biasa. Manakala beberapa pegawai lain berura-ura untuk meninggalkan bahtera samada terjun ke laut atau berhijrah ke bahtera lain.

Maka demikianlah halnya dengan Anwar. Biarpun bahteranya sedang tenggelam ke dasar lautan namun beliau perlu menjadi orang terakhir yang keluar dari situ atau terpaksa ikut karam bersama.

Berita Harian hari ini melaporkan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Dua PKR Pahang kerana kecewa dengan pentadbiran parti negeri.

Insya-Allah tidak lama lgi beliau akan meninggalkan terus PKR. Demang faham orang Pahang. Mereka bukan jenis orang yang membantah secara melulu, jauh sekali menderhaka pada raja.

Sementelah pula Najib memang akrab dengan sultan Pahang.

mahasiswa yang hebat


Tahniahlah kepada mahasiswa yang ditahan polis kerana berkumpul secara aman. Khabarnya mendapat layanan buruk daripada pihak polis.biasalah, dek. Mahasiswa tersebut ditahan polis, bukannya dijemput ke balai polis untuk diraikan.

Sepatutnya mahasiswa tersebut berterima kasih kepada polis. Apabila balik ke kampus (jika masih berpeluang) bolehlah busungkan dada ke sana ke sini menjaja cerita ketika ditahan. Maka naiklah lagi saham sebagai jagoan kampus!

Apa dikesahkan keluarga di kampung yang menaruh impian anakanda cemerlang dalam pelajaran. Apatah lagi jika ibu bapa orang berada atau tinggal di bandar. Keluar universiti nanti boleh minta ibu bapa rekomenkan kerja di mana-mana jabatan atau syarikat. Kalau ada modal, boleh berniaga sendiri sambil terus aktif menjadi pembangkang.

Orang bijak macam anda tidak perlukan sebarang ijazah untuk berjaya dalam hidup. Lagipun, jika gagal boleh ditudingkan kepada kerajaan sebagai penyebabnya.

Teruskanlah perjuangan kalian. Negara ini memang kejam dan kerajaan yang ada pun tidak berguna. Menubuhkan dan membina IPTA adalah tanggungjawab kerajaan selaku hamba pada rakyat. Samalah macam ibu kalian yang ditugaskan melahirkan kalian oleh Allah SWT. Tak perlulah bersusah payah membalas jasanya. Dah memang tanggungjawab seorang ibu.

Jika tidak puas hati, berdemonstrasi lah. Itulah ajaran pemiimpin idola anda ketika menjadi siswa dahulu. Namun setelah tembolok penuh tatkala menganggotai kerajaan, perjuangan disumbat ke celah kangkang. Apabila berdentum tertiarap di longkang, maka laungan perjuangan dihamburkan semula. Apa nak dirisau, bukan semua orang kenal kita luar dalam.

Maklumlah, juara pidato!

Mahasiswa; gabungan perkataan 'maha' dan 'siswa'. Memang istilah yang hebat. Gabungan dua perkataan penuh karisma dan ideal. Justeru pemilik statusnya menyimpan ideologi serba muluk. Idealisme menjadi impian dan anganan. Baguslah. Mahasiswa memandang lurus ke depan. Jalan yang bengkok hendak diluruskan.

Namun kehidupan tidak semudah yang diungkap Lenin dan Karl Marx. Kita tidak di dalam kolam atau tasik yang sempit. Dalam hal ini Demang melihat kapitalis lebih bertanggungjawab. Meskipun menjadikan dunia seperti lautan yang ganas, namun di situlah juga sumber rezeki nelayan.

Sudah tentulah Islam itu paling syumul dan sempurna. Malah kita memang sedang melaksanakan sistem Islam. Cuma ia tidak begitu didendangkan. Maklum, kita mempunyai jiran dan rakan yang belum faham.

Kepada mahasiswa yang telah terlibat, Demang tidak mampu memberi nasihat. Tepuk dada tanyalah iman.

Sesungguhnya dalam kefahaman kita seharian, masih banyak yang kita belum faham.

Maka, bersederhanalah.

Sunday, January 24, 2010

Sebarkan tawaran Demang: Orang Islam makan produk haram?


Demang terima sepucuk email sebentar tadi. Pengirimnya tidak Demang kenali. Demang hanyalah salah seorang daripada sekian banyak penerima yang alamat emailnya tersenarai dalam buku alamat pengirim tersebut. Itu yang Demang nampak.

Untuk bersikap adil, Demang siarkan semula di sini walaupun Demang serba salah untuk melakukannya.

Baca dulu. Di bawah nanti Demang beri sedikit pandangan.

Salam and Good Day,

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa
menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun
beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit
serbuan.
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla
benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2
sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..
Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa
yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu
hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya
terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan
dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai
perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ----
jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar
report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan
merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling
mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2
apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk
menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg
ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging
cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes. .daging cacing
telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau
kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu
tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg
diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg
bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut
garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia…
wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli
makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah
beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated
simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita
lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah
walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni
kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang
lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa
ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita
ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping
complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting
halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg
sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi
ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada
kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam…



Brgds,
aNa MoSLeM

Thank You

Irney Zaireena Binti Rose Zaini
Global Security Monitoring (GSM)
IT Customer Service – Service Management
ExxonMobil Business Support Center Malaysia Sdn Bhd, MEM 11:106A,
Menara ExxonMobil, KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 603-2059 6858 Fax: 603-2059 6573 / 2380 3625
Email : irneyzaireena.rosezaini@exxonmobil.com



Pandangan Demang.
Niat yang baik mestilah disertakan dengan tindakan yang betul. Barulah hasilnya mendatangkan manafaat. Meskipun pengirimnya meletakkan tajuk ’WALLAHU’ALAM’ namun itu bukan lah bermakna beliau sudah melunaskan tanggung jawab dan memberi lesen bagi menyebarkan khabar angin.

Email di atas bukan baru dan bukan juga satu-satunya risalah yang cuba menggugat hati pengguna muslim. Sebelum adanya internet, khabar-khabar sedemikian tersebar melalui surat berantai. Antaranya ialah surat berantai mengenai senarai produk-produk yang diragui kehalalannya. Demang masih ingat antara produk yang disenaraikan ialah semua keluaran Lever Brothers. Selain itu Maggie, Colgate, dan Nestle juga antara produk yang diragui.

Akhirnya Tabung Haji telah bertindak proaktif dengan menguasai pegangan saham dalam Lever Brothers bagi mengelakkan orang Islam terus was-was.

Selain itu terdapat juga surat berantai mengenai mimpi seorang sheikh yang dikatakan penjaga makam Rasulullah SAW berkenaan pesanan Baginda kepada sheikh tersebut dalam mimpinya. Mimpi sheikh tersebut membawa implikasi tanggapan bahawa Rasulullah tidak sempat menghabiskan tugasnya hingga terpaksa masuk ke dalam mimpi penjaga makam.

Akhirnya diketahui bahawa itu semua kerja musuh Islam yang ingin mengocak hati ummat Islam. Sheikh Abdullah yang dinyatakan dalam surat tersebut didapati tidak pernah ada dalam dunia ini!

Kandungan surat tersebut telah difatwakan haram oleh pihak berkuasa, namun Demang tahu, ia masih berlegar dalam masyarakat, termasuk melalui email.

Berbalik pada email di atas, terlalu banyak tanda tanya yang tidak dijawab. Demang ke dapur sebentar tadi dan melihat terdapat tanda ’HALAL’ yang dikeluarkan pihak berkuasa pada bungkusan salah satu produk yang didakwa tidak halal itu.

Apa agenda sebenar? Jika benar perkara itu berlaku, kenapa tidak dibuat aduan mengikut prosedur yang betul? Kenapa perlu ditimbulkan perasaan was-was dalam hati ummat Islam?

Siapa pengirim/penulis asal? Siapa kawan penulis itu? Siapa individu yang menjadi abang ipar kepada kawan sipenulis email itu? Jabatan apa yang ditandakan dengan ’------’ itu?

Kenapa ada ayat: ’...report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan
merugikan pihak ‘besar...’

Nampak macam ada udang di sebalik batu di sebalik penyebaran email ini.

Demang tunggu orang yang berkenaan hubungi Demang dan beri bukti bahawa dakwaan email tersebut ada kebenarannya.

Harap para pengunjung dan rakan-rakan blogger sebarkan tawaran Demang bahawa jika ada sesiapa yang mempunyai bukti terhadap dakwaan penulis email di atas, sila hubungi Demang dengan kadar segera. Demang akan hadiahkan lima botol Minyak Morhabshi, siap dengan bayaran pos secara percuma!

Sementara itu Demang tetap akan makan sardin cap ayam dan minum milo kegemaran.

Kita tidak perlu ragu-ragu dan mudah diragukan kerana kerja meragu-ragukan (was-was) manusia adalah kerja syaitan. Lihat surah An-Nas.


foto sekadar hiasan:
haram gd jpg
myspace.com

Blogger Sampah


Salah satu keistimewaan Malaysia ialah Pasar Malam.

Semasa Demang melanjutkan pelajaran di Pulau Pinang dulu Demang agak arif lokasi-lokasi pasar malam serta masanya. Manakan tidak, Demang sempat menjadi sebahagian daripada peniaga pasar malam: menjual krepek.

Pasar malam adalah salah satu tempat tumpuan orang ramai bagi membeli belah. Kalau dulu, hampir semua keperluan boleh didapati di situ. Kini gaya hidup dan cita rasa rakyat sudah jauh berubah maka tumpuan di pasar malam lebih kepada juadah dan makanan ringan. Manakala bagi membeli pakaian dan keperluan harian, pasaraya dan hypermarket semakin menjadi pilihan.

Walau bagaimanapun pasar malam tetap sesak dengan pengunjung. Terutama orang Melayu.

Minggu lepas hajat Demang dan isteri mengunjungi pasar malam berdekatan kediaman kami tidak kesampaian. Walaupun kami tiba di lokasi tersebut tepat pada masanya namun kawasan itu lengang tidak berorang.

Rupa-rupanya pihak kesihatan telah mengeluarkan arahan agar aktiviti di pasar malam tersebut ditangguhkan selama dua minggu kerana masalah denggi dan H1N1 di situ.

Apa nak dikata. Demang tidak salahkan para peniaga dan pengunjung seratus peratus. Namun untuk melepaskan tanggung jawab menjaga kebersihan kepada majlis bandaran sahaja tentulah tidak adil. Sepatutnya semua pihak mengambil tanggung jawab bersama. Apabila berlaku kes, semua orang kecewa, lebih-lebih lagi para peniaga.

Di dunia maya, blog seolah pasar malam yang menawarkan pelbagai perkara kepada orang ramai. Pelbagai informasi terdapat dalam sekian banyak blog yang mampu dibina oleh siapa sahaja secara percuma.

Oleh kerana banyaknya blog di alam maya maka pelbagai bentuk, isi kandungan, dan gaya persembahan dipamerkan. Persaingan yang sihat melahirkan blog yang kreatif. Namun ada juga blogger yang mengambil jalan mudah bagi menarik pengunjung. Mereka menjamu pengunjung dengan berita-berita sensasi yang belum diketahui kebenarannya.

Selain itu ada juga blogger yang menulis seolah dunia ini tiada penciptanya. Maksud Demang, pahala dan dosa tidak lagi menjadi perkiraan utama. Ada blogger yang menulis seolah negara ini tidak berperlembagaan dan tiada undang-undang. Pemimpin negara dicerca sesuka hati. Malah sultan yang mangkat digelar 'mampus'!

Sepatutnya internet ini digunakan untuk berinteraksi sesama manusia dengan cara bersopan, berhemah dan bertatasusila. Manusia bukan sahaja mempunyai otak dan akal malah mempunyai hati dan perasaan. Selain itu manusia juga mempunyai roh.

Jangan sampai blog menjadi seperti pasar malam yang ditutup aktivitinya kerana mengabaikan kebersihan.

Sebelum itu berlaku, baiklah dicari jalan agar 'blog-blog sampah' tersebut dibuang dan bloggernya dihumban ke penjara.

foto hiasan:
rubbish tip jpg
rogersmalls.blogspot.com

pasar malam drinks jpg
backpackingmalaysia.com

Friday, January 22, 2010

Kemangkatan Sultan Johor


Sultan Johor, Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail, mangkat di Hospital Pakar Puteri JB jam 7.15 malam tadi.

Demang tahu ramai yang tidak begitu faham kenapa kita masih mengekalkan sistem kesultanan di Malaysia. Salah satu tujuan blog Waadat dibina ialah bagi mengajak rakyat Malaysia memahaminya. Demang tidak tahu setakat mana usaha ini berkesan.

Cuma Demang harap jangan sampai apabila kita sudah tidak bersultan lagi nanti barulah kita sedar perlunya kita mempunyai sultan. Selama ini ramai yang menyangka sultan-sultan hanya membazir duit rakyat sahaja.

Alfatihah.

foto:
http://azreenkhalid.blogspot.com/

Ku Li sertai PKR: bakal PM ganti Anwar


Nampaknya semakin ramai yang menjangkakan Anwar tidak akan terlepas lagi dalam kes liwat terbarunya. Pihak pendakwa tentunya akan lebih berhati-hati agar kesilapan teknikal yang berlaku dalam kes 10 tahun lalu tidak berulang.

Buketin Rakyat dalam keluaran terkini menulis tentang persediaan PKR dengan membawa masuk Ku Li bagi menggantikan Anwar sebagai bakal PM jika PR berjaya merampas kerusi dalam PRU13.

Demang tidak terkejut jika bekas penaja merangkap presiden seumur hidup parti Semangat 46 yang telah terkubur itu menyertai pembangkang. Kedudukannya dalam UMNO pun ibarat melukut di tepi gantang, seperti rumput di tepi jalan.

Sebenarnya sejarah poitik Ku Li lebih diwarnai dengan episod kegagalan serta kekecewaan. Maka tidak hairanlah beliau memilih pembangkang sebagai medan terakhir menghabiskan sisa usia.

Cuma Demang simpati pada PAS yang tidak pernah mendapat kepercayaan menerajui pembangkang walaupun dikatakan PR akan membentuk kerajaan.

Demang percaya, jika Anwar tiada, Ku Li pun tiada, maka akan dipilih orang lain pula menjadi PM.

Yang penting, orang itu bukan pemimpin PAS!

Oh ya. Cuba lihat foto Ku Li yang Demang temui dalam blog orang kuat Husam.

Foto:
ku li jpg
kickdefella.wordpress.com

Thursday, January 21, 2010

siapa taknak memang penakut


Untuk kesekian kalinya Saiful berjaya menangguhkan lagi kes liwatnya.

Terbaru, Saiful berjaya meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan. Alasan Saiful ialah ingin mendapatkan bukti-bukti pehak tertuduh agar dapat dia menjawab hujah lawan di dalam mahkamah.

Seolah-olah perbicaraan sebelum perbicaraan. Ada juga yang kata, seolah memberikan senjata kepada lawan untuk diperiksa dan diluluskan!

Tak kesahlah. Apa alasanpun boleh dicari asalkan dapat menangguhkan perbicaraan. Kelemahan undang-undang boleh dimanipulasi oleh barisan peguam hebat.

Disuruh bersumpah, Saiful taknak. Katanya bercanggah dengan syariat. Walaupun baru-baru ini Nik Sapeia mendapat perkenan ulama untuk bersumpah, Saiful tetap berkeras untuk tidak bersumpah dengan nama Allah. Walaupun Najib telah bersumpah atas nasihat ulama, Saiful adalah insan terkecuali. Dia 'maksum'.

Sementara itu Saiful boleh timbulkan isu politik baru. Modus operandinya mudah sahaja. Mana ada kerajaan yang sempurna. Jadi, pilih sahaja satu dua kelemahan yang ada, manipulasi cukup-cukup. Biar perhatian rakyat terarah ke isu tersebut. Dengan itu kes liwat dilupakan atau dianggap helah kerajaan pula.

Buat sahaja lah sementara masih ada penyokong yang mahu percaya. Lama-lama rakyat akan termakan juga.

Demikian adanya...

Maaflah Saiful. Demang songsangkan kisah ini bagi melihat bagaimana jika Saiful yang menangguhkan perbicaraan, bukannya Anwar. Demang buat begitu kerana masih ada yang menyangka Saiful yang sengaja menangguhkan perbicaraan.

Tak mengapalah Saiful. Sangkaan atau tuduhan tersebut adalah suatu hujah bahawa orang yang menangguh-nangguhkan perbicaraan adalah orang yang takut. Manakala orang yang takut ialah orang yang bersalah.

Bukankah berani kerana benar?

Rakyat bukan bodoh.

Wednesday, January 20, 2010

karpal mohon maaf?


"Sungguh murni hatimu tuan; Dagang lalu nasi ditanakkan; kera di hutan disusukan; ayam di kepuk mati kelaparan; itik di air mati kehausan; anak di rumah mati tak makan..."

Demang baca dalam talian akan Ketua Pengarah SPRM mohon ampun pada sibangsat tentang perilaku peguam kanan beliau yang menghina pada rakyat kurang upaya, kononnya. Peguam kanan itu sendiri juga turut menyusun jari memohon ampun akan keterlanjuran beliau tempoh hari.

Demikian mulia bangsa Demang mengakui kesilapan diri. Setelah ditegur maka tahu meletakkan diri, biarpun yang dicela hanya sibangsat yang tidak tahu diri.

Maka teringat Demang akan Dato' Paduka Ibrahim berkesah Sabtu lalu tatkala singgah di Melaka bumi bertuah. Sejak 1985 Dato' Paduka itu menjadi ahli parlimen belum pernah terlihat olehnya ahli parlimen pembangkang bersikap biadap melainkan selepas PRU12 yang baru lalu.

Teringat juga Demang akan sibangsat yang pernah menghina sultan itu; rasanya belum terdengar pada telinga Demang memohon ampun pada sultan dan bangsa Demang.

Malah sibangsat yang pernah mencabar sebuah parti Islam agar melangkah mayatnya jika mahu menubuhkan negara Islam itu diterima pula begitu sahaja dan segala kebiadapan lampau dilupakan begitu sahaja.

Demikianlah pemaafnya bangsaku. Alhamdulillah.

Dalam pada itu Demang ingin mengingatkan sebuah pepatah Melayu: "jong pecah yu kenyang".

Demang tujukan pepatah tersebut kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kita berada di atas jong yang sama.

Foto bantahan terhadap Karpal yang menghina raja-raja:
MJ2N3795copy jpg
minaq-jinggo.fotopages.com

Tuesday, January 19, 2010

sains dan penyakit misteri

"Batu berjalan di Death Valley Callifornia US sehingga 318 meter setahun memeningkan kepala saintis hingga kini."

Demikian rencana berita yang kebetulan saya temui dalam sebuah akhbar mingguan. Dalam buletin berkala yang lain saya temui kisah misteri berbeza yang berlaku di negara kita:

Seorang lelaki bernama Subadri Subaron di Batu Pahat menceritakan kepada Mingguan Media semua ahli keluarga beliau terkena santau. Beliau adalah satu-satunya yang terselamat.

Kedua-dua berita di atas nampak berbeza namun mempunyai satu persamaan iaitu 'kes misteri' yang gagal diungkap menggunakan metodologi sains dan tidak mampu diselesaikan dalam makmal saintis.

Adakah itu realiti atau khayalan?

Mudah sahaja. Kesakitan, kerisauan, masalah, dan kematian adalah realiti. Selain kematian, masalah-masalah tersebut perlu di atasi.

Maka masalah santau juga satu realiti. Ia benar-benar terjadi. Adakah muntah darah dan berak berdarah itu suatu khayalan hanya kerana doktor yang merawat mengatakan tiada penyakit tertentu yang dapat dikesan?

Selain daripada contoh di atas, banyak lagi peristiwa misteri yang berlaku di seluruh dunia.

Hingga kini sains masih belum mampu menghubungkan fakta kajian mereka dengan perbuatan sihir seperti 'vodoo'. Maka dari semasa ke semasa manusia menderita atau maut tanpa dapat dirawat menggunakan mekanisme yang sesuai.

Tanpa menafikan peranan dan sumbangan sains dalam membantu menyelamatkan manusia, perubatan alternatif mempunyai kaedah tersendiri dalam menyelesaikan masalah-masalah misteri. Sekurang-kurangnya sebagaimana kata orang tua-tua, 'tiada rotan akar berguna'.

Bahkan rawatan alternatif termasuklah yang dilakukan secara tradisional kadangkala bukan sekadar produk pengganti malah merupakan satu-satunya pilihan yang ada bagi kes-kes tertentu.

Justeru biarpun pelbagai kekangan yang kami hadapi namun saya tetap meneruskan usaha mengetengahkan minyak Morhabshi kepada khalayak masyarakat terutama orang Islam. Malah jika orang bukan Islam ingin mencuba kami tidak keberatan untuk membantu.

Tadi saya katakan berak dan muntah darah. Sudah tentu ia bukan semata-mata kerana santau. Buasir juga menyebabkan keluar darah daripada dubur. Begitu juga masalah usus lainnya.

Sudah tentu saya tidak dapat menjamin masalah anda akan selesai. Namun berdasarkan pengalaman lalu, sudah ramai yang berjaya mengatasi masalah mereka berbantukan minyak warisan nenda kami.

Selain itu anggap sahaja minyak Morhabshi sebagaimana yang saya catatkan tadi; 'tiada rotan akar berguna'. Ertinya, sambil anda berubat dengan orang lain atau kaedah lain, gunakanlah minyak Morhabshi.

Cuma RM5 sebotol. Bagi memudahkan urusan pengeposan, belilah mengikut pakej yang kami tawarkan. Anda bukan sahaja dapat menggunakannya malah dapat menjual atau menghadiahkan kepada rakan taulan. Jika anda memilih pakej 20 botol, harga sebotol cuma RM3 sahaja.

senjata tuan ibrahim makan tuan

Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS secara tidak langsung memberikan hujah betapa PAS dan Anwar begitu terdesak sejak dua menjak ini.

Ketika mengulas tentang program 'Juara Rakyat' yang dilancarkan oleh UMNO bagi mengatasi sebaik mungkin masalah rakyat beliau berkata usaha tersebut menunjukkan UMNO amat terdesak.

Jika demikian hujahnya, maka PAS dan Anwar jauh lebih terdesak sehingga terpaksa mengenepikan perjuangan asal dengan bersekongkol dengan parti ultra kiasyu DAP demi menumpang kejayaan.

Setidak-tidaknya program Juara Rakyat memberi manafaat kepada rakyat sedangkan persekongkolan PAS-Anwar-DAP banyak memberi keuntungan pada Anwar dan DAP semata-mata.

Sementara itu pemangku pemuda PAS Perak pula terbabas memuji YAB Zamri di Perak dengan berhujah bahawa MB tersebut tidak banyak membuat perubahan baru sekadar meniru Nizar. Budak muda tersebut tidak sedar betapa kenyataan tersebut membawa implikasi:

1) Zamri mampu menangani perubahan dan sedia menerima sesuatu yang baik walaupun diilhamkan pembangkang.

2) Rakyat tidak perlu mengambil risiko menyokong pembangkang kerana UMNO juga mampu melakukan sebagaimana yang diminta oleh pembangkang.

Nampaknya senjata (Tuan Ibrahim) makan 'tuan'.

Monday, January 18, 2010

Anwar juga perlu bersumpah


Nik Sapeia Nik Yusuf yang dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana didapati bersalah menyemburkan bahan berbahaya pada negarawan Tun Mahathir telah bersumpah menafikan beliau melakukannya. Harakahdaily hari ini turut menyiarkan kenyataan beliau:

"Hari ini saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, demi Allah sesungguhnya..."

Seterusnya beliau berkata:
"Saya sedar akan sumpahan saya ini dan saya sudah mendapat pandangan dari orang alim dan pimpinan parti saya demi menjaga maruah diri dan parti saya."

Demang amati ada tiga perkara yang penting di sini:
1) sumpah dibuat dengan restu orang alim. Malah akhbar milik PAS menyiarkannya tanpa bantahan ulama dalam PAS.
2) kalimah yang digunakan sama seperti yang dilafazkan DS Najib dalam isu Altantuya (bukan almenantunya) dan sama dengan lafaz Saiful.
3) sumpah dibuat bagi memberrsihkan imej diri dan parti.

Maka;
1) bagaimana dengan Anwar?
2) tidakkah beliau ingin membersihkan imej diri dan partinya?
3) orang alim membenarkan Nik Sapeia bersumpah, kenapa Anwar tidak?

Kata Nabil, "lu pikir la sendiri".

Sunday, January 17, 2010

Kerajaan 3 beranak


Pagi minggu ini Demang menghabiskan masa mengemas meja kerja, bilik bacaan, dan stor. Tiba-tiba terjumpa akhbar lama Buletin Rakyat bertajuk 'Kerajaan 3 Beradik'. Ia merujuk pada UMNO di N. sembilan.

Selain ungkapan 3 beradik, isu 'bateri 3A' pernah menjadi bahan berita yang melibatkan parti sosialis PKR di peringkat pusat. Kebanyakan keputusan didominasi 3 orang iaitu Anwar, Azizah, dan Azmin. Ia bukan isu kecil kerana ramai pemimpin kanan yang meninggalkan parti itu atau meletak jawatan kerana tidak puas hati.

Padahal parti itulah yang ketika ditubuhkan dulu berteriak tentang kronisme & nepotisme.

1-2 minggu ini media utama memaparkan pula isu 'kerajaan 3 beranak' yang berlaku di Kelantan. Selepas rakyat tergamam dengan tindakan Nik Aziz melantik menantunya, meletus pula kes kerugian 50 juta syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, anakanda Tok Guru sendiri mengaku dilantik dalam dua jawatan syarikat atas kuota politik. Kini hendak meletakkan jawatan. Demang fikir itu hak Nik Abduh. Beliaupun kini sibuk dengan perniagaan sendiri sehingga blogpun jarang dikemaskini.

Demang faham asas lantikan tersebut malah bersetuju dengan pendapat Nik Aziz bahawa Rasulullah juga melantik menantu dan sepupunya. Namun kenapa dulu beliau mengecam UMNO yang melakukan demikian?

Sebagaimana yang Demang selalu tulis, mana-mana parti pun sama sahaja. Maksud Demang, para pemimpinnya.

Bezanya, ada orang politik yang berpakaian biasa dan ada yang berjubah dan berserban.

Berjubah dan berserban itu bagus, tapi bila dah pandai ikat serban jangan pandang senget pada orang lain. Cubalah ubah pendekatan dakwah sesama Islam. Menuduh kafir orang Islam itu haram hukumnya.

Kepada rakyat Malaysia, jangan dek ghairah dengan sesuatu yang belum tentu lantas kita buang semua yang ada.

Kata orang tua-tua, dengar guruh di langit air tempayan dicurah jangan. Takut-takut yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.

Maksud Demang, mari kita bina dan susun semula masyarakat kita dengan cara berhemah. Usahlah kita terlalu berpolitik dan ghairah untuk mengubah kerajaan sedia ada.

Demang sedar, kerajaan sekarang ada kelemahannya namun keistimewaannya pun banyak. Mari kita mulakan dengan keistimewaan yang ada dan baiki kelemahan yang dapat kita kesan.

Hati mau baik, be...

Foto sekadar hiasan:
title img jpg
isetanbeauty.ne.jp

http://morhabshi.blogspot.com

Saturday, January 16, 2010

Pelancaran PERKASA Melaka


Apabila seorang anak Melayu menulis di FB berkenaan penggunaan kalimah Allah, terus ditangkap. Sedangkan blog-blog seperti MalaysiaKini menulis perkara yang menyinggung perasaan orang Islam, sehingga kini penulisnya masih lepas-bebas.

Demikian antara ucapan Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa dalam majlis perasmian Perkasa cawangan Melaka yang Demang hadir sama petang tadi.

Ketika menyentuh tujuan penubuhan Perkasa, Ibrahim Ali menyebut ia adalah bagi menambah lagi suara orang Melayu agar dapat lebih diberi perhatian oleh kerajaan.

Demikianlah realitinya. Apabila kita bersetuju untuk berkongsi negara dengan kaum-kaum lain maka kita perlulah berkongsi suara dengan mereka.

Jika suara kita tidak senada, maka sumbanglah jadinya. Tidak ada siapa yang suka mendengar suara yang sumbang walaupun disumbangkan secara percuma!

Demang harap jika orang Melayu tidak boleh bersatu dalam UMNO dan tidak boleh bersatu dalam PAS; kita bersatulah di bawah PERKASA.

Ibrahim Ali sempat membuat kenyataan bahawa Perkasa bukan bertujuan untuk menyerang sesiapa atau mana-mana kaum sebaliknya sekadar bersedia jika diserang.

'Kita tidak menjual sebaliknya sedia membeli bila-bila masa'.

Syabas, Perkasa.

jong pecah yu kenyang

Maal Hijrah sudah lama berlalu. Namun pagi ini barulah sekolah Demang berpeluang mengadakan sambutan rasmi.

Mahu tidak mahu kita perlu akur dengan kekangan yang ada termasuk masa. Jangan mengharapkan dunia ini sempurna untuk kita. Namun Allah sentiasa memberi ruang untuk kita memperbaiki.

Demang amat tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz yang kami jemput khas. Beliau merangkumkan isi ceramah Hijrah tersebut dalam satu kata kunci daripada perkataan HIJRAH itu sendiri.

Huruf pertama iaitu 'H' diwakilkan kepada 'hati'. Ustaz tersebut memberi contoh bahawa jika hati kita bersih maka kita akan terhindar daripada rasa ragu dan buruk sangka.

Beliau juga menyebut bahawa sesama Islam mesti bersatu kerana perpecahan sesama Islam hanya akan mengundang musuh untuk mengambil kesempatan.

Demang tidak mahu mencemuh sesiapa apatah lagi orang yang ada ilmu agama. Cuma Demang nak ingatkan bahawa tok-tok guru ajaran sesat
Juga bukan calang-calang ilmunya.

Namun akhirnya mereka tersungkur di pintu syurga.

Thursday, January 14, 2010

UMNO-PAS: orang lain jangan jadi batu api

Tulisan penulis picisan, Selena Tay dalam Harakah On Line hari ini bertajuk PAS LULUS UMNO GAGAL. Tajuk itu memang menarik minat Demang untuk membacanya kerana Demang nak tahu juga bagaimanakah skema yang diguna pakai dan apakah kriterianya.

Pertama, alasan beliau ialah kerana rasuah. Tak pula diberi contoh menteri mana yang didapati bersalah oleh mahkamah. Mungkin beliau maksudkan Anwar Ibrahim. Yang pernah disabitkan dengan kes rasuah. Benar, rasuah tersebut dilakukan ketika Anwar sedang aktif dalam UMNO.

Namun bukankah Anwar sudah dihukum penjara enam tahun dan dipecat daripada semua jawatan termasuk dalam UMNO? Kasihanilah Anwar. Jangan diungkit lagi kesalahan lampau beliau.

Adakah Selena nak sindir Nik Aziz yang melantik menantunya sebagai CEO syarikat milik kerajaan? Atau kerana Nik Abduh bin Nik Aziz yang menurut Harakah Online 13/1/2010 dilantik dalam syarikat Bina Jaya SDN BHD atas dasar politik?

Demang sebut isu Nik Abduh bukan kerana lantikan tersebut salah tetapi nak peringatkan pembangkang bahawa lantikan atas dasar politik memang ada. Justeru jika UMNO melakukannya, janganlah dituduh kronisme, nepotisme, atau apa-apa isme yang senada dengannya.

Maka Demang percaya isu rasuah tidaklah membezakan antara UMNO dengan PAS. Yang berbeza ialah UMNO banyak memegang kuasa manakala PAS cuma sedikit. Walaupun sedikit, merasa jugak!

Kedua, isu UMNO merampas Perak. Demang percaya Selena tidak seperti kebanyakan pembangkang Melayu yang tidak tahu statistik pilihan raya DUN Perak ke-12. Demang dah banyak kali tulis dalam Waadat.

UMNO 27 kerusi, MCA 1 kerusi, MIC tiada kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi, dan PAS 6 kerusi. Dalam prinsip demokrasi, UMNO memang layak membentuk kerajaan.

Jika isu melompat parti dijadikan alasan, kenapa PAS dan DAP yang sebelum pilihanraya memberitahu pengundi bahawa mereka tidak akan bergabung, tiba-tiba bergabung selepas hari pengundian tidak dipertikaikan? Itu bukan sahaja 'lompat' malah KHIANAT!

Maka alasan rampasan kuasa di Perak bukan alasan menolak BN kerana PAS dan DAP lebih besar pengkhianatan mereka terhadap rakyat!

ketiga, penulis mengatakan PAS LULUS kerana mengutuk pembakaran gereja. Cuba lihat SMS Berita Harian yang Demang terima:

BH 08/01: PM mengutuk tindakan pihak tidak bertanggjawab dalam dua insiden kebakaran gereja dan satu laporan ugutan, arah polis tingkat kawalan.

Tidakkah DS Najib mendahuluipemimpin lain mengutuk kejadian tersebut?

Kesimpulannya, penulis bukan benar-benar menyokong PAS kerana PAS lebih membawa kebaikan pada negara sebaliknya kerana UMNO adalah parti dominan dalam BN.

Demang berani berkata bahawa niat sebenar ialah bagi memecahkan orang Melayu kepada tiga bahagian.

Demang bagi amaran, jangan gugat keharmonian negara dengan melaga-lagakan orang Melayu. Jangan jadi batu api;

Mentang-mentanglah PAS tu lurus bendul...

Wednesday, January 13, 2010

Anwar dah terdesak sangat


"Pada 5 Januari lalu, Anwar melalui laman blognya anwaribrahimblog.com menyiarkan kenyataan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhd. Nur Manuty yang mewakili pendirian parti itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Menurut kenyataan itu, PKR berpendirian keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak tertentu mengambil kesempatan menjadikannya agenda politik untuk menampakkan merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini."


Demikian petikan berita yang Demang ambil daripada Utusan Online hari ini.

OOO... gitu kesahnya.... kata hati Demang.

http://penembak-tepat.blogspot.com/

Kakitangan kerajaan tidak dibayar gaji

Ada yang perasan dan ada yang tidak bahawa kakitangan awam tidak dibayar gaji oleh kerajaan. Sebaliknya mereka hanya berkhidmat dan sebagai balasan, mereka dan keluarga mereka disara oleh kerajaan.

Saraan tersebut dalam bentuk wang tunai dan juga perkhidmatan, contohnya bayaran caj hospital.

Itulah yang dinamakan Sistem Saraan Malaysia atau SSM.

Istilah 'pendapatan' tidak digunakan kerana kata dasar 'dapat' boleh membawa maksud 'macam-macam cara untuk memperolehinya'.

Meminta, mengambil, mencuri, meminjam, meminta sedekah dan sebagainya adalah antara cara-cara untuk seseorang men'dapat' wang.

Analogi mudah tentang saraan ini ialah seperti dalam sebuah keluarga. Bapa bertangunggjawab menyara isteri dan anak-anaknya.

'Upah' dan 'gaji' juga tidak digunakan kerana berdasarkan analogi tadi, upah diberi kepada orang lain yang membantu kita secara tidak berkala (tidak berjadual). Contohnya mengupah 'Bangla' memotong rumput di laman rumah kita sekali sekala.

'Bibik' atau pembantu rumah dibayar gaji. Itu sebabnya dulu dipanggil 'orang gaji'.

Begitu juga imbuhan yang bermaksud 'tambahan' atau bonus. Dalam SSM salah satu imbuhan yang diberikan bagi menghargai kesediaan penjawat awam berkhidmat kepada negara ialah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).

Berbalik pada analogi di atas tadi, maka kakitangan kerajaan adalah ahli keluarga kerajaan. Justeru adakah wajar mereka menderhaka?

Kalau kurang bersetuju, maka berbincanglah. Jangan membangkang tak tentu pasal macam Muslimat PAS yang Demang tulis semalam.

Tuesday, January 12, 2010

lebih baik tiada pembangkang

Nampaknya bonda Demang akan ke Putrajaya esok berjumpa menteri. Makcik-tokcik di kampung itu juga akan turut serta. Bahkan semua suri rumah di Selangor akan berkampung di Putrajaya besok kerana menyahut seruan Muslimat PAS Selangor bagi membantah kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 (dua puluh sen).

Cuma persoalannya, siapa yang akan membiayai perjalanan tersebut? Berapa kosnya? Cukup ke RM50 untuk tambang dan perbelanjaan ke sana dan di sana? Kampung Demang di Sabak Bernam.

Kot ye pun jadi pembangkang di peringkat nasional, carilah isu yang munasabah sikit nak mempengaruhi rakyat. Kalau dah tak ada isu, lebih baiklah diam sahaja. Itupun satu sumbangan juga. Yakni dapat mengurangkan 'politiking' dan masalah pada negara. Negara tu, rakyatlah!

Berapa sen kenaikan gula? 20 sen! Takkan lah gula naik 20 sen kuih koci naik 20 sen juga? Kalau peniaga naikkan juga, pulaukan sahaja. Itu lah kuasa pengguna. Itu saranan Demang! Bukan mati kalau tak makan kuih!

Berapa kilogram kita gunakan gula dalam sebulan? Sepuluh kilogram? Kalau pun 10 KG, pertambahannya baru RM2. Harga rokok yang para suami belipun sudah RM10-20 sehari!

Demang berpendapat bahawa suara pembangkang perlu ada bagi mengimbangi keputusan kerajaan. Namun kalau isu kenaikan gula pun nak disensasikan demi populariti hinggakan rakyat keliru dan tertipu, baik tak payah ada pembangkang. Maksud Demang, pembangkang yang macam Muslimat PAS Selangor. Pembangkang yang bagus mampu membantu pembinaan negara, bukan mengharu-birukan negara.

Kenaikan gula tersebut ialah kerana kerajaan memotong subsidi. Sistem subsidi yang ada sekarang menyebabkan orang yang kaya raya pun menikmatinya. Demang percaya lebih baik lah dikurangkan subsidi tersebut dan diserahkan kepada rakyat termiskin dalam bentuk lain.

Demang percaya, jika kerajaan bertindak menambah subsidi gula sebanyak 20 sen, peniaga tidak akan menurunkan harga barang. Malah pembangkang akan berarak juga ke Putrajaya bagi membantah tindakan kerajaan itu.

Nampaknya itu sahaja yang pembangkang reti buat!

Monday, January 11, 2010

Kalimah Allah: Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan


Berikut adalah kenyataan yang Demang terima daripada seorang rakan Face Book bernama Lily Hashim:

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008... See More
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

1) Ulasan/Hujah

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.

Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.

Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.

Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam.

Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.


2) Keputusan

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Sunday, January 10, 2010

Meletup lagi


Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis dekat Taiping dilempar bom api pagi tadi tetapi tiada kerosakan pada bangunan: Ketua Polis Perak. (BH 10/01)

Tak lama lagi standard Malaysia dah setaraf dengan negara Islam lain seperti Iraq, Palestin, Iran, Indonesia dll. Meriahlah.

Kerajaan Malaysia pun tak perlulah susah payah mempromosikan negara kita. Jimat belanja.

Inikah yang kita mahukan? Beginikah negara yang nak kita wariskan kepada anak-anak kita?

Selama ini negara kita aman damai. Itu sebabnya kita leka dan seronok bermain bunga api. Kita sangka hanya negara orang sahaja yang boleh huru hara manakala negara kita tertampan dek doa wali serta ahli sufi. Justeru kita boleh berbuat apa sahaja.

Pun mujur kita masih ada wali, sufi, dan kiyai yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ummat. Seperkara lagi, negara terselamat kerana usaha dakwah jamaah tabligh yang berterusan.

Pagi tadi seorang pengunjung menegur Demang kerana mencemuh ulama'. Maaf, saudara. Demang bukan mencemuh ulama' bahkan dua orang datuk dan moyang Demang bertaraf ulama. Yang Demang tegur ialah ahli politik yang sanggup menolak salam perpaduan sesama Islam hanya dengan alasan "dulu kita dah kena tipu".

Serik tu memang perlu tetapi biarlah bertempat. Jangan sampai kita dikatakan bangang sebab terlalu lurus bendul!

Kenapa Demang sokong Najib? Sebab beliau konsisten dalam isu perpaduan Islam dan persefahaman antara kaum.

Kenapa Demang tak suka Anwar? sebab 'itu olang' banyak cetuskan polemik dalam negara. Malah, seblum mahkamah tinggi memutuskan penggunaan kalimah Allah minggu lalu, Anwar sudah lebih awal menyokongnya. Tak percaya? lihat sendiri video ini.

foto hiasan sahaja:
fire vuur duivel
jhoog64 flickr.com

bom gereja: Nik Aziz tuduh orang Islam?

"Tiap-tiap orang yang nak nakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian bia kita lakukan kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak." (Nik Aziz, HarakahDaily 10/1/10)

Portal yang sama turut menulis pujian seorang ketua paderi atas tindakan PAS mengutuk serangan bom baru-baru ini.

Oleh kerana DS Najib mengutuk serangan bom tersebut maka PAS pun ikut mengutuk bagi mengambil hati orang bukan Islam. Bezanya, kenyataan Najib tidak merujuk pada mana-mana pihak sedangkan kenyataan Nik Aziz merujuk pada orang Melayu atau Islam.

Perhatikan ayat 'berdosa kita di akhirat kelak'. Bukankah itu ditujukan pada orang Islam.

Dalam artikal yang sama Nik Aziz menuduh kejadian bom tersebut disebabkan UMNO tidak mengajar rakyat tentang dosa pahala. Sudah tentulah kenyataan itu juga ditujukan kepada orang Melayu.

Wahai Nik Aziz, kita belum tahu lagi siapa yang mendalangi kejadian tersebut. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sampai hati demo menuding jari seolah orang Islam yang melakukannya.

Patutlah majoriti rakyat Malaysia bahkan terdapat orang PAS sendiri yang tidak menyukai demo. Malah PAS mampu berkokok sikit sekarang pun setelah dibantu oleh bekas ahli UMNO yang dipecat!

Saturday, January 9, 2010

bakar gereja, bakar surau, bakar diri


Di celah isu gereja terbakar dan siang tadi sebuah surau juga dilontar bom api, Demang terima berita ini pula:

Ibu tujuh anak bakar diri depan rumah di Nibong Tebal jam 4 pagi tadi kerana kecewa dengan anak perempuan berusia 15 tahun yang degil. (BH 09/01).

Demang percaya ramai yang geleng kepala membaca berita di atas. Betapa mudahnya membuat keputusan dan mengambil tindakan hanya dek sebuah masalah.

Padankah tindakan tersebut dengan masalah yang dihadapi?

Jangan diheran sangat sebab seorang manusia boleh bertidak di luar kewarasan termasuk membunuh datuk, nenek, bapa, dan adik sendiri sebagaimana yang berlaku di Gemenceh 2-3 hari lepas.

Itu sebabnya kita tidak boleh terlalu bergantung pada seorang manusia biar betapa hebatpun dia.

Itulah sebabnya juga kenapa kita merombak sistem raja berkuasa mutlak yang diamalkan ratusan tahun kepada sistem raja berperlembagaan.

Demikian jugalah halnya PM kita semasa membuat keputusan dan mengambil tindakan. Bukan beliau seorang yang berfikir, mengumpul maklumat, dan bertindak. Di sebalik sebuah keputusan, terdapat ramai pakar-pakar yang turut terlibat secara profesional.

Maka dalam isu kalimah Allah inipun, patuhilah nasihat PM kita kerana beliau tidak memerintah seorang diri.

Foto hiasan:
me burning in my own
Nipun Tantia flickr.com

Friday, January 8, 2010

Gereja dibakar amaran KDN


PM mengutuk tindakan pihak tidak bertanggjawab dalam dua insiden kebakaran gereja dan satu laporan ugutan, arah polis tingkat kawalan. BH 08/01

Demikianlah kesannya apabila 'roh perlembagaan' tidak dihormati. Bukankah sudah terpahat di dalam perlembagaan Perkara 3 bahawa Islam adalah agama persekutuan? Malah perlembagaan yang sama memberi keizinan penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka dengan aman dan damai. Kenapa nak diusik juga agama Islam.

Perlu diingat, ketika perlembagaan itu ditulis orang Islam boleh bertegas untuk tidak membenarkan orang bukan Melayu mendapat kerakyatan.

Atas sikap tolak ansur maka orang Melayu beralah.

Soalannya, kenapa majalah keagamaan yang penganutnya cuma ada beberapa peratus sahaja di Malaysia beriya mahu menggunakan nama Tuhan yang sama dengan agama Islam. Lain lah kalau memang kitab suci mereka juga menulis begitu.

Dalam pada itu Demang bersetuju dengan kenyataan PM yang mengutuk tindakan bodoh membakar gereja. Itu bukan penyelesaiannya, bahkan itulah yang dinanti-nantikan oleh musuh negara.

Demang bimbang ada pihak lain yang sengaja mengumpan dan membuat provokasi bagi melaga-lagakan antara kaum. Tidak mustahil pihak lain yang sengaka membakar gereja agar orang Islam dilihat ganas!

Berita terkini yang Demang terima Kerajaan akan menggunakan apa saja cara yang perlu, termasuk ISA bagi mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Kalau Demang jadi Menteri Dalam Negeri, Demang ada satu nama yang perlu ditangkap dulu.

Foto sekadar hiasan drpd:
church 9 jpg
english.pravda.ru

Thursday, January 7, 2010

Subjek Akidah dalam Sekolah Kebangsaan


Tak sangka pengumuman Demang tentang perhimpunan di Kuantan esok mengundang komen seseorang. Terima kasih kepada 'anon' tersebut. (sebaiknya letak nama pengenalan diri)

Komen beliau:
Heran juga kenapa subjek akidah, fekah, tasauf, hafazan, tafsir, hadis, mantik dan sebagainya tidak diajar secara komprehensif kepada pelajar-pelajar Islam di SK dan SMK.


Soalan anda bagus dan boleh dijadikan asas untuk kita membina sebuah negara, bukan sahaja bagi merealisasikan sebuah negara Islam malah menjadikan rakyat sebagai ummat Islam yang menjadi model atau contoh kepada manusia lain sebagaimana firman Allah Taala:

"Sesungguhnya kamu adalah ummat terbaik yang dihadirkan kepada manusia yang menyuruh berbuat baik serta mencegah perkara mungkar." (maksud secara bebas)

Sebenarnya para penggubal dasar pendidikan negara tidaklah terlepas pandang perkara tersebut. Cuma keunikan negara kita yang berbilang kaum menyukarkan perlaksanaannya.

Asas pembinaan negara kita ialah rakyatnya berbilang kaum. Jika itu satu keistimewaan, itu jugalah kelemahannya. Jika melihat ia sebagai satu halangan maka kita juga boleh menjadikannya satu cabaran.

Sebenarnya kedua-dua perkara telah diambil kira. Dasar negara bukan sahaja diputuskan oleh ahli politik malah pelbagai pihak termasuk tokoh akademik dan cendikiawan turut terlibat sama.

Para pemimpin kita yang terdahulu melihat perpaduan adalah perkara pokok yang akan menjamin negara ini dapat terus didiami bersama-sama. Maka dari situlah kerajaan membuat keputusan agar semua rakyat memasuki sekolah yang sama iaitu sekolah kebangsaan. Lihat penyata Barnes, Razak, dan Rahman Talib.

Sekolah Kebangsaan bukan sekolah Melayu!

Biarpun begitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) disediakan dan diberi bantuan kewangan, bangunan, peralatan, serta tenaga pengajar. Guru-guru SMKA dibayar gaji oleh kerajaan walaupun terdapat kalangan mereka yang tidak menyedarinya dan menghentam kerajaan.

Demikian juga apabila perlembagaan kita memberi peruntukan agar bahasa dan agama lain boleh diamalkan secara aman & damai maka sekolah-sekolah vernakular dibenarkan untuk diteruskan.

Dalam hal ini orang Melayu lebih bersifat terbuka apabila majoriti menghantar anak mereka ke SK dan SMK manakala anak mereka yang cenderong dan mampu menguasai lebih banyak matapelajaran dihantar ke SMKA.

Kita juga ada SMKA berasrama penuh! Sekarang ini kerajaan juga menaja sekolah-sekolah tahfiz dengan bantuan penuh.

Demang katakan tadi 'mampu menguasai' kerana di SMKA para pelajar perlu menguasai antara 15 hingga 20 subjek yang berat-berat! Itulah sebabnya kebanyakan SMKA menyaring kemasukan pelajarnya melalui temuduga atau ujian khas. Bukan untuk menghalang sebaliknya kerana tidak ada gunanya mengambil pelajar yang ramai tetapi tidak mampu meneruskan sehingga tamat.

Meskipun demikian, oleh kerana Islam adalah Agama Persekutuan (Perkara 3, Perlembagaan) maka pelajaran Tauhid, Fiqah, dan lain-lain tetap diajarkan di semua sekolah kebangsaan peringkat rendah dan menengah. Malah di SjKC juga matapelajaran agama Islam mesti diajarkan jika terdapat pelajar Islam di sekolah tersebut.

Saranan tersebut memang bagus namun Demang merasakan beliau inginkan pelajaran tersebut diajar lebih mendalam. Jika setakat asas, sukatan pelajaran yang ada sekarang sudah mencukupi.

Mari kita fikirkan sedikit lagi, adakah semua orang wajib belajar secara mendalam soal Tauhid dan Fiqah? Perlukah ilmu Mantiq diajar pada semua ummat Islam?

Perlu juga disedari bahawa murid sekolah rendah berumur antara 7 hingga 12 tahun. Manakala pelajar di peringkat sekolah menengah berumur antara 13 hingga 17 tahun. Mereka boleh mendalami ilmu agama selepas usia 18 tahun.

Adakah belum cukup sukatan pelajaran agama Islam sedia ada untuk pelajar dalam usia sedemikian?

Pendidikan belum tamat walaupun sudah menamatkan pelajaran menengah. Selepas SPM, jalan terbentang luas. Bagi yang mahu dan mampu, teruskan dan jadilah pakar dalam bidang yang dikehendaki.

Jangan jadi pakar menyalahkan orang sahaja.

Foto:
SMKA Al-Khairiah Temerloh Pahang. (ehsan taqiuddin.blogs.friendster.com )
(Apa khabar teman-teman sekarang?)

pengumuman penting untuk orang Pahang

berikut adalah sms yang Demang terima daripada seorang sahabat.

Perhimpunan Membantah Penggunaan Kalimah Allah {PERINTAH} pada Jumaat ni 8.10.2010 oleh NGO-NGO Pahang selepas Solat Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Jalankan tanggungjawab sbg seorang muslim. Hadirkan diri dan sebarkan maklumat ini kepada seramai yg mungkin. Allahuakbar !!!

Tuesday, January 5, 2010

PR membentuk kerajaan


Mari kita buat analisis secara berani dan terbuka. Sekiranya PR berjaya mengenepikan BN dalam PRU13, bagaimanakah senario pentadbiran negara?

Sebelum itu Demang mohon maaf kepada pengunjung bukan Melayu. Bukan Demang sengaja hendak menyinggung perasaan kalian. Demang cuma risaukan kesan percaturan politik hari ini terhadap keharmonian negara kita.

Kita berbincang secara terbuka dengan melihat pada realiti yang ada.

Jika PR berkuasa siapakah yang akan menerajui kerusi eksekutif yakni sebagai PM? Apakah Anwar Ibrahim akan diterima ahli PAS yang sekian lama ternanti-nanti kepimpinan ulama? Tegakah 'ahli PAS seumur hidup' berPMkan bekas ahli UMNO yang pernah memainkan peranan besar dalam mencorak lagak dan penampilan orang UMNO?

Lagak dan penampilan? Ya. Kemasukan Anwar ke dalam UMNO dan dalam perjalanan beliau mendaki tangga ke kerusi nombor dua UMNO telah mempengaruhi kulit, wajah dan tubuh ahli UMNO. Bahkan rohnya juga. Malah gaya elit dan eksklusif yang diusung sebahagian besar orang UMNO sekarang adalah pengaruh yang diterapkan Anwar serta panglima-panglimanya suatu masa dahulu. Itulah karektor yang amat dijengkelkan orang PAS.

Ingat, Anwar bukan sekejap di dalam UMNO.

Katakanlah Anwar diterima juga oleh penyokong PAS secara terpaksa demi menyingkirkan UMNO. Siapakah yang akan dipilih menjadi TPM? Adakah Haji Hadi atau Nik Aziz? Apa pula jawatan untuk pemimpin DAP? Mahukah DAP sekadar menjadi menteri biasa? Ataukah kita perlu mempunyai dua atau tiga TPM mewakili kaum-kaum utama?

Perlu diingat dalam PRU12, DAP mempunyai paling banyak kerusi, kedua PKR manakala PAS yang terakhir. Penting juga diambilkira betapa kerusi yang dimiliki orang Melayu dalam PKR juga cuma seciput.

Jadi, di manakah orang Melayu dalam PR? Suara siapakah yang akan didengar oleh PM yang mereka lantik?

Bagaimana pula jika Anwar tidak sempat menjadi PM? Ada banyak kemungkinan tentang itu. Selain kes liwat yang akan dibicarakan tidak lama lagi, soal ajal maut juga perlu diambil kira.

Adakah DAP akan memilih PAS yang mempunyai kerusi minoriti?

Tulisan Demang sebelum ini membincangkan rakyat Malaysia terbahagi dua: orang Melayu berada dalam kelompok kerajaan manakala orang bukan Melayu di pihak pembangkang. Tidakkah ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran kerajaan bermaksud ketidakmampuan orang Melayu dalam pentadbiran?

Jika demikian, keputusan PRU12 disusuli beberapa isu mutakhir dalam negara dilihat sebagai bukti bahawa orang Melayu gagal menjadi pentadbir. Maka Demang melihat gerakan yang bermula sebelum PRU12 ialah usaha menjadikan Malaysia sebagaimana Singapura: orang Melayu perlu menyerahkan kuasa politik kepada kaum lain!

Jika itu terjadi, bagaimanakah nasib orang Melayu? Ramai juga orang Melayu berpendapat orang Melayu tidak akan rugi apa-apa. Mungkin itu pendapat minggu lepas, iaitu sebelum mahlamah Tinggi membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian.

Bagaimana pendirian anda sekarang? Masih mahu bermain api?

Keputusan hakim tersebut memberi pengajaran bahawa pentafsiran terhadap perlembagaan boleh berbagai-bagai bergantung pada siapa yang membacanya.

Maka Demang bersetuju dengan pendapat Tun Salleh Abas bahawa roh perlembagaan perlu dilihat sama selain mentafsir teks yang tersurat.

Monday, January 4, 2010

kalimah 'Allah': KDN fail rayuan


Berita yang baru Demang terima, KDN petang ini memfailkan rayuan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Bagi Demang isu ini merupakan rentetan keputusan PRU12.

PRU12 menyaksikan kaum Melayu masih menjadi majoriti dalam BN (melalui UMNO) manakala kaum Cina dan India berpaling ke pihak pembangkang yang ditunjangi DAP dan PKR (lihat keputusan PRU12). PAS sekadar memiliki 23 kerusi parlimen.

Justeru lanskap politik menyaksikan betapa orang Melayu mewakili kerajaan manakala orang bukan Melayu menguasai pembangkang.

Itu sebabnya apabila dikatakan kelemahan kerajaan, maka maksudnya ialah orang Melayu gagal menjadi pentadbir yang baik.

Malah ada orang Melayu yang secara sinis membandingkan Malaysia dengan Singapura. Itu belum dikira kerajaan negeri yang menjadikan Singapura sebagai mentor.

Walaupun orang Melayu hanya segelintir di dalam barisan pembangkang sedang majoriti masih di pihak BN namun hakikatnya kuasa Melayu sudah terpecah dua. Hal ini amat disedari oleh bukan Melayu dan akibatnya beberapa pihak mengambil kesempatan menangguk di air keruh. Golongan ini tidak ramai namun mereka licik mengambil peluang yang ada.

Demang katakan 'licik', bukannya 'cerdik'. Hal ini kerana tindakan mereka ibarat bermain dengan api. Mereka tidak sedar betapa sifat api itu 'kecil menjadi kawan manakala besar menjadi lawan.' Apakala api sudah semakin marak maka ia akan membakar apa sahaja termasuk diri sendiri.

Sementara itu Demang baca kenyataan Dr Shamharayu Abd Aziz daripada UIA yang disiarkan dalam blog Penghuni Gua. Beliau menjelaskan maksud Perlembagaan Perkara 3(1) Ayat itu menyebut dengan jelas bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan 'aman dan damai'.

Menurut beliau formula 'aman dan damai' harus dihayati semangatnya oleh mahkamah dalam membuat keputusan.

Demang tertarik dengan analogi yang diberikan iaitu ibarat mahkamah memberikan kebenaran kepada seorang suami untuk berpoligami sedangkan isterinya tidak merelakan sepenuhnya. Si suami berjaya melangsungkan perkahwinan tetapi adakah keharmonian keluarganya akan berkekalan?

Demang amat berharap rayuan yang dikemukakan KDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi akan diberi pertimbangan sewajarnya berdasarkan prinsip 'aman dan damai' yang disebut dalam perlembagaan.

foto:
justice jpg
novo.ca

Sunday, January 3, 2010

Jurujual Negara



Pak Habib menggelarnya 'kaki kacau Malaysia'.

Sebentar tadi Demang singgah ke laman sial Malaysia Today dan mendapati kira-kira 11800 pelayar sedang 'online'. Berapa ramaikah yang sedang terpengaruh dengannya samada secara sedar atau tidak sedar?



Siang tadi Demang lihat gambar pengacau itu di Mingguan Malaysia diapit dua gadis Inggeris ketika meraikan sambutan Tahun Baru 2010. Lokasinya mungkin di Poland.



Melihat pada raut wajahnya, makhluk botak itu sanggup menjual apa sahaja termasuk negara demi wang!

Kepada penyokong pembangkang, jangan biarkan anak bini anda rapat dengannya samada secara berdepan mahupun sekadar di internet. Bahaya!



Orang PAS, lihat wajah ini baik-baik. Adakah ini syaitan yang dimaksudkan Nik Aziz dapat membantu perjuangan Islam di Malaysia?

Foto:
haircut jpg mycen.com.my
rpk JPG viamag.net
1174137305 jpg merdeka.itviewpoint.com
rajpet jpg p2pnet.net
http://yeopparit.blogspot.com/ (dgn bantuan Panglima)

jangan tamak sangat


Pulang daripada Seremban sambil menyusuri pantai Teluk Kemang, Pengkalan Balak hingga ke Pantai Puteri menyaksikan pemandangan yang begitu indah.

Demang sempat membawa anak-anak singgah di pantai Pangkalan Balak, asalnya sekadar berehat sambil menikmati donat yang enak. Kami beli donat tersebut di kampung Sentosa Paroi. Menurut ibu saudara Demang, beliau memperolehi antara RM500 ke RM800 hasil jualan donat sehari! Memang donat beliau sudah terkenal di Seremban.

Jika anda memasuki Seremban melalui tol Senawang, menuju ke stadium Paroi anda akan melalui geraitersebut di sebelah kanan. Manakala jika daripada Ampangan, apabila sampai di simpang lampu isyarat, belok kanan menuju ke Taman Tasik Jaya. Anda akan menemui kampung Sentosa. Di situlah gerai donat tersebut.

Selain donat anda juga boleh membeli atau menempah pelbagai kek.

Pantai Pangkalan Balak sama seperti pantai-pantai lain. Pasirnya pun sama. Namun jika rajin duduk sambil menguis pasir, kita akan dapati makhluk-makhluk kecil bercengkerang pelbagai warna bersembunyi di dalam pasir.

Maka itulah yang kami kerjakan hampir satu jam. Hasilnya, kami dapat lebih 2 kg siput remis.

"Dah, jom kita balik. Tak boleh tamak. Dah banyak tu." Demang mengajak putera-putera Demang pulang. Jika lewat, tidak sempat Maghrib di rumah.

Menyebut soal tamak, Demang teringat betapa pihak-pihak tertentu yang begitu ghairah untuk menguasai semua perkara. Sudahlah ekonomi dikuasai tanpa sekatan, kuasa politik pun hendak direbut juga.

Terkini, nama Tuhan pun nak dikongsi!

Bertolak ansurlah sikit. Yang Melayu pula, sudah-sudahlah bergaduh. Sedar-sedar nanti musuh dah di pintu kelambu. Menyesal dah tak guna lagi. Jangan sampai dek ghairah berkawan dengan bukan Islam, saudara seagama langsung tak dipercaya.

Dulu, orang lain bergaul dengan bukan Islam, dituduh macam-macam. Sekarang, dijilat pula ludah sendiri.

Dalam negara yang dikongsi dengan pelbagai kaum, memang diwajibkan kita bekerjasama, tetapi berpadalah. DAP tu tak macam MCA. Demang tulis elok-elok, jangan dilihat yang tersurat sahaja. Pergi buat rujukan fakta dan sejarah, ketepikan emosi, insya-Allah 'kan faham lebih daripada yang Demang tulis.

Friday, January 1, 2010

kalimah Allah: istilah atau akidah?


Menjadi orang Melayu di negara ini kena tahu beralah. Menjadi orang Islam di bumi bertuah ini kena banyak bersabar. Maka menjadi orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia ini mesti pandai beralah dan bersabar.

Menjelang 31 Ogos 1957, orang Melayu akhirnya beralah dengan membenarkan pekerja-pekerja yang dibawa masuk oleh British menjadi warganegara. Mendapat taraf kerakyatan bererti mendapat semua keistimewaan yang sebelum itu hanya dimiliki orang Melayu.

Menjadi warganegara ertinya mempunyai hak untuk memilih dan dipilih menjadi pemimpin negara, bukan sekadar pemimpin kaum sendiri. Justeru orang Melayu beralah lagi dengan memberi peluang kepada pemimpin bukan Melayu menjadi wakil rakyat di kawasan petempatan majoriti Melayu.

Malah sehingga PRU12 (2008) masih banyak kawasan Melayu diberi kepada pemimpin bukan Melayu. Jika menggunakan demokrasi tulen, orang India tidak mungkin boleh menjadi wakil rakyat. Malah orang Cina juga sukar dilantik menjadi menteri kerana di kawasan bandar selalunya DAP akan menang sedangkan parti itu bukan komponen BN yang merupakan kerajaan pusat.

Semalam Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah di gereja. Maka orang Melayu kena beralah lagi. Orang Islam kena bersabar lagi.

Selepas ini kita perlu sambung kalimah Allah dengan tambahan 'Taala' atau 'Subhanahu Wa Taala'.

Cuma Demang bimbang anak cucu kita nanti bertanya: "Jika Allah itu tuhan bagi orang Islam dan orang Kristian, siapa yang Allah lebih sayang?"

Jadi, apa tindakan kita sekarang? Mahu beralah atau menentang? Jika berperang, menang jadi abu kalah jadi arang. Silap-silap negara terjajah dan akidah anak cucu akan jadi seperti di Sepanyol selepas kerajaan Andalusia tumbang.

Jika diikutkan sahaja, nanti akan ada polemik antara masjid dan gereja iaitu adakah Allah itu satu (Ahad) atau 3+1 (trinity)?

Kenapalah orang kristian di Malaysia tidak mahu meletakkan ketenteraman, keamanan, dan kedamaian negara sebagai satu keutamaan? Kenapa perkara yang bukan menjadi isu di negara lain cuba dijadikan isu di Malaysia?

Demang tidak fikir polemik ini boleh menguntungkan penganut Budha dan Hindu di Malaysia kerana jika berlaku huru hara, tidak ada siapa yang akan untung.

Demang menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengambil perlembagaan dari segi semangatnya, bukan setakat tulisannya.

Lihatlah di Palestin. Apabila Yahudi menyembelih orang Arab, mereka tidak peduli samada orang arab itu Islam atau Kristian!

Demang tetap berpendirian sebagaimana surah Al-Ikhlas dan Al-Kafirun dalam Al-Quran.

Orang bukan Islam perlu faham dan menghormati pegangan orang Islam bahawa Allah itu satu (esa) sedangkan konsep tuhan dalam kristian amat berbeza.

Bagaimana jika kita katakan "jika itu kereta, maka ini juga kereta" padahal yang kita tunjukkan itu nyata sebuah lori!

foto:
kamal uddin in ...ig jpg
freewebs.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)