Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, January 29, 2009

Surat kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

'Posting' Demang kali ini memang lain dari yang lain. Maksud Demang belum pernah Demang tulis begini dalam waadat. Memangpun... Surat ini sepatutnya Demang hantar ke http://www.aim.gov.my/~cms/HubungiKami/Pertanyaan.htm# namun setelah penat menulis, sebagaimana laman web 'formal' yang lain, ia tak boleh dihantar. Biasala tu...

Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah Demang mengutuskan surat ini melalui oarang tengah iaitu para pengunjung setia blog Waadat ini. Demang telah berusaha untuk tidak men'glemor'kan isu ini. Biarlah kita selesaikan tanpa memaparkan kelemahan orang lain. Namun Demang tiada pilihan yang sesuai. Maaflah, Demang agak sibuk untuk mencari pejabat AIM dan menyerahkan surat ini.

Salam,
Pertama sekali saya ucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha pihak AIM dalam membantu golongan termiskin meningkatkan taraf hidup mereka di negara yang kita cintai ini. Semoga usaha dan hasrat murni pihak tuan diberi ganjaran pahala oleh Tuhan.

Untuk tidak memanjangkan tulisan ini, saya ingin menarik perhatian pihak AIM dalam beberapa perkara, iaitu:

1) Kadar faedah yang dikenakan iaitu 10% adalah agak tinggi sedangkan pihak AIM sendiri mengakui kadar bayaran balik melebihi 90%. Hal ini bermakna hampir tiada risiko kerugian di pihak AIM. Alhamdulillah.

2) Kadar faedah yang tetap adalah bertentangan dengan hukum syara' dan sememangnya memberi kelebihan pada sebelah pihak sahaja yakni AIM. Para peserta menanggung risiko sendirian. Pihak AIM mengutip baki hutang mengikut jadual yang ditetapkan dan kegagalan berbuat demikian akan ditanggung oleh peserta lain dalam kumpulan mereka.

3) Modul bimbingan terhadap peserta tidak jelas dan mesyuarat mingguan lebih tertumpu pada aktiviti mengutip hutang secara berkelompok. Para peserta tidak dibimbing (coaching) dalam aktiviti ekonomi mereka.

Berdasarkan perkara di atas saya ingin mencadangkan:

1) Perkongsian lebih adil antara pemodal/pemberi pinjaman dengan pengusaha/peminjam.

2) Risiko perniagaan ditanggung bersama antara pemodal/pemberi pinjaman dengan pengusaha/peminjam.

3) Faedah tetap digantikan dengan perkongsian untung sebagaimana perkara 1 dan 2 di atas. ‘Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah’.

4) Melalui program perkongsian untung, pihak AIM akan bertindak selaku 'coach' atau 'mentor' kepada sekumpulan pengusaha kecil. Pihak AIM menyediakan modal dan kepakaran manakala rakyat termiskin yang menjadi peserta menggunakan tenaga dan kemahiran mereka bagi memperolehi keuntungan. Hasilnya, kedua-dua pihak akan sama-sama bantu-membantu bagi mencapai kejayaan dan menghindari kerugian.

Apa yang berlaku sekarang ialah pihak AIM berusaha mendapatkan peserta, meneliti permohonan dan meluluskan pinjaman. Kemudian pihak AIM menyediakan jadual pembayaran berserta faedah tetap 10%. Sekiranya individu tersebut gagal membuat bayaran maka ahli kumpulannya akan bekerjasama melunaskan hutang tersebut. Secara teori, cara begitu memang bagus bagi menggalakkan semua peserta bekerjasama. Namun dalam praktisnya peserta yang benar-benar tidak mampu membayar akan teraniaya. Dia akan dipulaukan dan para peserta lain akan marah kepadanya. Hal ini adalah lumrah kerana siapapun pasti akan marah apabila terpaksa membayar hutang orang.

Saya sedar, mungkin cadangan ini agak sukar dilaksanakan. Namun saya juga percaya apabila Allah mengharamkan riba’ pasti ada hikmahnya. Saya percaya pasti ada cara yang lebih menguntungkan kedua-dua pihak dalam program AIM ini. Sudah tentu pihak AIM yang didukungi tenaga profesional mempunyai idea yang lebih baik daripada idea mentah saya tadi.

Saya berharap pandangan saya ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Saya amat mengalu-alukan respon daripada pihak tuan dan bersedia untuk berbincang lebih terperinci.

Semoga usaha kita diberkati Tuhan.

Terima kasih.

Wednesday, January 28, 2009

Komplen memang mudah

"Senget la, abang." kata si adik.
"A..ah la. Khalid pun boleh nampak..." Nizar, sepupu mereka menyampuk.
"Tak apa. Abang akan betulkan." Ujar si abang sambil tersenyum.
"Roda ni ketat sangat la." adik mengomel lagi. Atuk yang duduk di pangkin sambil menggulung rokok nipah menoleh.
"Apa yang dibebel tu, adik, abang?" Atuk tersenyum menduga.
"Abang buat lori tak jadi-jadi dari tadi." Kata si adik.
"Apa pulak tak jadi...? cuma ada beberapa tempat yang perlu dibaiki." abang mempertahankan diri.
"Tak menjadilah tu. Tak sama dengan yang Vincent Chong punya." Nizar memperlekeh.
"Memanglah tak sama. Vincent beli di kedai." Si abang memasamkan muka.
"Tadi atuk tengok dah banyak tanah yang diangkut lori tu," atuk mencelah.
"Alaa... Sepatutnya lebih banyak yang boleh diangkut." si adik mencemik.
"Betul tu." kata si Nizar. "Lebih baik bagi adik yang buat." Dia menokok.
"Ok. Nah, adik buat pulak. Abang nak rehat." si Abang bangkit dengan muka kelat.
Si Nizar melonjak gembira sedangkan si adik terpinga-pinga. Mahu tidak mahu si adik melonjak naik ke atas kerusi yang ditinggalkan abangnya.
"Ala... bukan susah sangat." si adik menyedapkan hati. Namun tangannya teraba-raba badan lori kecil itu.
"Nizar, kita nak mula yang mana dulu?" tanya Khalid yang biasanya dipanggil adik.
"Eh, aku ingat engkau tahu. Kau tak tahu ke?" tanya Nizar semula.
"Aku tahu sikit-sikit je." Adik mengaku.
"Itulah kau. Komplen bukan main pandai. Setakat komplen, adik aku pun tahu." tempelak Nizar.
Si Khalid melongo.
"Eh, engkau jangan nak salahkan aku saja. Kau yang beriya suruh aku buat tadi." Adik mempertahankan diri.
"Aku cadangkan aje..." Nizar tersengih, cuba berlepas tangan.
Khalid termenung sebentar. Dahinya berkerut. Namun tiba-tiba dia tersengih.
"Apa kata kita tanya Vincent Chong." Khalid mencadangkan. Bibirnya mengukir senyum. Bangga betul rasanya kerana terfikirkan idea hebat itu.

Maka kedua-duanya pun menuju ke rumah Vincent Chong bagi meminta nasihat. Sebaik tiba di rumah Vincent Chong terasa janggal juga. Kebetulan begitu ramai saudara mara Vincent ketika itu.

Akhirnya mereka dijemput masuk ke rumah dan berkenalan dengan ahli keluarga dan saudara mara Vincent yang kebetulan berkumpul untuk menyambut tahun baru. Ada yang datang dari Singapura, Hongkong, Taiwan, dan Australia. Ternyata mereka sangat ramah dan berbudi bahasa. Maka banyaklah nasihat serta tunjuk ajar yang diberi kepada Khalid dan Asan. Meloponglah keduanya mendengar nasihat dan cadangan ahli keluarga itu sambil terangguk-angguk dan sesekali tergeleng-geleng.

Tiba-tiba terdengar satu letupan. Nizar dan Khalid terlompat dari kerusi. Ibu Vincent berlari dari dapur.

Bersambung... (cerita bersiri)

Di belakang tabir pembikinan cerita bersiri ini:

Nak tahu apa yang berlaku? Nak tahu apa cadangan kaum kerabat Vincent pada Khalid & Nizar? Anda boleh lihat, dengar, dan baca sendiri di mana-mana media setiap hari. Selebihnya: 'lu pikir la sendiri'.

Antara nasihat kaum kerabat Vincent ialah agar Khalid & Nizar membeli kereta mewah buatan luar negeri. Kebetulan agaknya, Si Mat Said kat pantai timur lebih awal lagi membeli kereta import tu guna duit rakyat. Selain itu Khalid juga telah bermurah hati membuat amal jariah dengan memberi sedeqah lembu menggunakan wang kerajaan negeri (baca wang rakyat).

Nizar? ‘Ustaz’ celup itu dengan tidak semena-mena tiba-tiba dilantik menjadi ketua menteri di sebuah negeri. Buat masa ini beliau begitu sibuk menunaikan janji-janji pihak yang telah berjasa melantiknya menjadi ketua, termasuklah memberi sedeqah tanah yang bukan kepunyaan opah dia kepada pihak tertentu. Walaupun ustaz Ir itu tahu kesan tindakannya, namun apa boleh buat... dah termakan budi dan takut kena terajang ke bawah. Maklumlah... naik atas budi baik orang!

Demang? dok tengok je la...

Wednesday, January 21, 2009

Boikot KFC: Demang mohon maaf

Boikot KFC?

Beberapa hari lalu Demang menulis satu artikal dalam blog waadat ini bagi mengajak pembaca memulaukan (boikot) tiga produk iaitu KFC, Coca Cola, dan Caltex. Terdapat seorang pengunjung telah mempersoalkan mengenai status hak milik KFC Malaysia yang katanya sebenarnya tidak lagi mempunyai kaitan dengan US. Menurut beliau, KFC di Malaysia telah dimiliki sepenuhnya oleh JCORP dan tiada sebarang royalti perlu dibayar kepada KFC di US.

Demang ucapkan terima kasih kepada yang menegur tersebut. Cuma Demang harap jika menegur orang lain di lain kali, gunakan lah bahasa yang lebih bersopan. Demang tak apa... Demang dah faham dengan fe'el sebilangan kecil puak pembangkang yang sering berfikiran negatif ni... Biasanya pembangkang yang agak positif ialah orang PAS. Pembangkang yang negatif biasanya daripadaa PKR/DAP.

Apabila pengunjung tadi menyebut JCORP maka serta merta Demang teringatkan saudara Azli Shukri (http://azlishukri.blogspot.com) kerana blogger tersebut pernah menemubual pengerusi JCORP. Maka Demangpun menghubungi Azli melalui SMS. Tidak lama kemudian SMS Demang dibalas. Rupa-rupanya saudara Azli telah bertindak menghubungi pihak JCORP untuk mendapatkan kepastian.

BENARLAH. JCORP telah membeli keseluruhan kepentingan dalam KFC Malaysia dan kini mereka tidak perlu lagi membayar sebarang royalti kepada syarikat induknya.

Bagaimana waadat boleh memasukkan KFC dalam senarai boikot?

Ceritanya begini:

Pada peringkat awal cadangan untuk memboikot produk US-Yahudi nama KFC memang Demang tidak masukkan dalam senarai. Malah dalam persidangan maya Bloggers Pembela Negara (BPN) pun nama KFC tidak disenaraikan.

Pada suatu malam Demang telah menyebarkan email kepada semua kenalan Demang yang alamat emailnya ada dalam simpanan Demang. Dalam email tersebut nama KFC tidak dimasukkan.

Keesokannya seorang sahabat Demang membalas email tersebut dengan satu pertanyaan: “Adakah saudara pasti yang KFC tidak termasuk dalam senarai produk yang perlu diboikot?”

Ya tak ya jugak, fikir Demang. Ada logiknya pertanyaan sahabat Demang tersebut. Beliau sebenarnya baru menamatkan sarjananya di US dan kini menjawat profesor madya di sebuah IPTA.

Tengahari berikutnya Demang solat Jumaat di sebuah masjid di Melaka. Sebaik melangkah ke dalam masjid tersebut Demang terpandang sekeping poster dilekatkan di sebelah pintu utama ke dewan solat.

Poster tersebut bertulis:
“JANGAN MAKAN KFC, JANGAN MINUM COCA COLA, JANGAN ISI MINYAK DI CALTEX.”

Dengan dua 'cadangan' tersebut maka Demangpun menulis artikel tersebut. Ternyata, kali ini Demang tersasar!

MAKA DENGAN INI DEMANG MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PIHAK TERUTAMANYA PIHAK PENGURUSAN KFC MALAYSIA, PIHAK JCORP, SEMUA KAKITANGAN KFC MALAYSIA DAN JCORP, SEMUA PENGUNJUNG WAADAT, SERTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA ATAS KESILAPAN INI.

MAAFKAN DEMANG…

Memang silap Demang. Walaupun Demang tuliskan tadi tentang email seorang sahabat, namun itu bukan salah beliau. Sahabat Demang itu sekadar bertanya. Sepatutnya Demang membuat sedikit penyelidikan sebagaimana yang selalu Demang lakukan sebelum ini.

Tiba-tiba Demang terfikir… beginilah jadinya apabila pengundi menerima bulat-bulat dakwaan dan tuduhan pembangkang dalam kempen pilihan raya. Akhirnya para pengundi ‘memulaukan’ calon kerajaan sedia ada.

Demang dengar hal ini berlaku juga di Terengganu baru-baru ini.

Sunday, January 18, 2009

Kewajaran Nizar meletak jawatan

Pertama sekali Demang mengucapkan tahniah pada Ahli Parlimen P036 yang baru yang mewakili PAS sebagai calon. Harap-harap beliau tidaklah nanti melompat ke UMNO atau PKR pula setelah rakyat mengundi beliau atas tiket PAS.

Demang juga ucapkan tahniah kepada para petugas PAS dan pengundi yang berani membuat perubahan setelah melihat UMNO-BN tidak begitu memuaskan hati. Demang tidak begitu tahu tentang masalah di Kuala Terengganu. Rakyat di sanalah yang lebih faham. Anwar Ibrahim dan konco-konconya pun bukannya faham. Adalah malang jika undi yang diberikan lantaran terpengaruh dengan dakyah orang luar itu.

Demang ingin mengingatkan bahawa setelah pengundi menunaikan tanggung jawab melantik wakil baru daripada parti lain, ada satu lagi tanggung jawab yang lebih berat. Iaitu memastikan pilihan mereka itu bukan sahaja memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat tempatan malah selaku ahli parlimen beliau hendaklah mampu menambah kebaikan kepada negara.

Bukannya apa. Demang khuatir hal yang berlaku di Perak akan berjangkit ke negeri lain. Selepas berjaya mensabotaj dan mengkhianati syarikat kereta nasional iaitu PROTON dengan membantu meningkatkan imej TOYOTA di mata rakyat, MB Perak yang merupakan pemimpin PAS itu telah melupuskan terus tanah orang Melayu yang dipinjamkan kepada orang lain suatu masa dulu.

Demang bukan mempertikaikan orang lain yang juga perlukan tempat tinggal. Namun wajarkah diberi hak milik tetap sedangkan para peneroka FELDA yang memberi sumbangan pada eksport komoditi utama negara cuma dibenarkan menumpang selaama 99 tahun sahaja di tanah FELDA? Pergilah sendiri ke Felda-Felda dan lihat sendiri dengan mata hati kesusahan mereka. Walaupun UMNO itu dikatakan TERUK tetapi sekurang-kurangnya banyak jasa yang dibuat.

Orang Perak, kalaupun sudah menyesal namun apa boleh buat lagi? Mereka marah kepada UMNO dan mereka bakar habis kelambu. Kini nyamuk bermaharajalela, apa nak dikata lagi?PAS walaupun dikatakan parti yang BAIK namun apabila diberi kuasa, apa yang dibuatnya?

Hari ini, sebuah lagi badan bertindak masyarakat yang dikenali sebagai Prowaris telah menggesa Nizar meletakkan jawatan selaku MB Perak. Alasan yang dikemukakan ialah beliau tidak berwibawa lantaran terpaksa akur pada kepentingan segolongan pihak hingga membelakangkan semangat perlembagaan negara dan pandangan Sultan Perak.

Benarkah Nizar tidak berwibawa?

Hal ini dijawab secara tidak langsung melalui kenyataan Pemuda PAS dalam akhbar hari ini. Ketua Pemuda PAS tersebut menyatakan bahawa keputusan memberikan tanah tersebut tidak dibuat oleh Nizar sendirian sebaliknya keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri (rujuk kenyataan Norazli Musa, Ketua Pemuda Pas Perak kepada Mingguan Malaysia Ahad 18 Januari 2009).

Sebagaimana diketahui umum, kerajaan Perak adalah hasil pakatan DAP, PKR, dan PAS. Sebenarnya Nizar tidak layak memegang jawatan MB Perak memandangkan PAS cuma memperolehi bilangan kerusi minimum berbanding DAP atau PKR. Malah jika dilihat pada kedudukan kerusi (baca KUASA) DAP lah yang lebih layak menjadi MB Perak. Secara mudahnya, Nizar menjadi MB atas lantikan pemimpin DAP kerana tiada pilihan lain. Sehebat-hebat Obama pun terpaksa akur dengan kehendak para pelobi Yahudi yang membantu beliau menang dalam pemilihan presiden.

Catatan sejarah menunjukkan Mesyuarat Raja-raja Melayu pada 24 Mei 1950 telah menentang Rancangan Briggs yang mengambil tanah orang melayu untuk dijadikan kampung baru. Sebagai tambahan, kampung baru adalah satu usaha British mengekang pengaruh komunis. Ia adalah idea mudah British tanpa mengira sensitiviti dan hak orang Melayu demi percaturan politik mereka.

Itulah sebabnya Raja Nazrin Shah begitu terkilan dengan tindakan Nizar itu. Baginda mendedahkan catatan sejarah yang selama ini disimpan demi menjaga sensitiviti perkauman. Beliau menceritakan sejarah pemberian tanah bagi membuka kampung baru di seluruh negara demi kepentingan ekonomi British, ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Kuala Lumpur pada 15 Januari 2009.

Kalau Demang kata buta sejarah, marah pulak. habis tu..?

“Niat baik belum tentu menghasilkan kebaikan. Yang penting, berbuat baik.”

Tuesday, January 13, 2009

SMS Palestin

Malam tadi Demang terima 2-3 SMS seperti berikut:

"Pemimpin Hizbullah, Libanon, Syd Hasan Nasrallah meminta seluruh umat Muslim untuk melafazkan Quran,surah Al-Fath ayat 26-27, surah Yunus ayat 85, 86 n 88.. mlm ini. Tlg sebarkan, agar Israel hancur.Fwd slruh umt islam..Dsana sdra seagama telah dkepong tunggu masa untuk dsembelih. Keadaan amat dhsyat..Tu sja jihad kita. -minta tlg sgt2 kepada sahabat2- sbrpa ramai mgkin."

Sejak sekolah dibuka dan ditambah dengan 'kelas malam' yang perlu dihadiri, Demang memang benar-benar keletihan. Maka selesai solat Isya' yang agak lewat Demangpun melabuhkan tubuh ke katil dan hanya terjaga setelah masuk waktu Subuh.

Apa maksud cerita Demang? Maknanya Demang sekadar membaca SMS tersebut, memanjangkan mesej itu kepada beberapa orang rakan sebagaimana yang diminta dan berharap agar mereka mewakili Demang untuk melakukan permintaan rakyat Palestin itu.

Sebelum terlelap sempat Demang terfikir berapa ramaikah lagi ummat Islam yang spt Demang? Yang sekadar mengingatkan orang lain dan berharap orang lain yang mengambil tindakan!

Demang amat berharap malam nanti Demang akan benar-benar melaksanakan permintaan tersebut.

Sementara itu Demang teringat kisah-kisah yang Demang dengar semasa pencerobohan tentera Russia di Afghanistan suatu masa dulu. Dalam satu kisah diceritakan sekumpulan pejuang telah terkepung di suatu lembah. Tentera penceroboh (Russia) berkubu di lereng bukit yang mengelilingi lembah itu dengan senjata lengkap yang serba canggih. Manakala para mujahidin ketika itu sudah kehabisan peluru. Maka komander para mujahidin mengumpulkan saki baki pejuang dan berzikir bersama-sama sepanjang malam.

Mejelang subuh, para mujahidin mendapati serangan ke atas mereka telah dihentikan dan apabila mereka keluar memeriksa mereka mendapati cuma terdapat sekumpulan kecil tentera penceroboh yang masih berada di situ. Malah tentera-tentera itu kelihatan amat keletihan dan kebingungan. Dengan mudah para mujahidin menawan mereka yang langsung tidak melawan.

Apabila disoal siasat para penceroboh tersebut menceritakan betapa mereka telah diserang dari segenap penjuru sepanjang malam oleh tentera Islam. Mereka cuba membalas namun akhirnya terpaksa menyerah kalah kerana kehabisan peluru dan sebilangan besar tentera mereka telah mati dan ada juga yang melarikan diri.

Berdasarkan kisah tersebut Demang cadangkan setiap masjid dan surau mengadakan majlis zikir beramai-ramai selepas solat Isya' setiap malam. Apabila sudah dianjurkan, tugas kitalah untuk hadir mengambil bahagian. Jangan lagi berharap pada orang lain untuk memulakannya.

Sebagai permulaan, berjumpalah dengan imam masjid dan berbincanglah. Mungkin pada peringkat awal kurang atau tiada sambutan. Namun insya-Allah lama kelamaan akan bertambahlah ahli jemaah.

Jangan kaitkan zikir beramai-ramai ini dengan tohmahan yang bukan-bukan spt bida'ah atau ajaran sesat. Cukuplah. Jangan ditambah lagi pertikaian hal yang kecil-kecil. Dengan berkumpul begitu kita dpt mempereratkan ukhwah islamiah. Dari situ permuafakatan akan terbina dan pelbagai strategi lain dpt disusun. Selain itu kita dapat membina rangkaian yang benar-benar sedia bertindak dan bukannya individu-individu yang sekadar meminta orang lain melakukan kebaikan sedangkan dia sendiri tidur nyenyak mendakap bini di rumah.

Kumpulan-kumpulan kecil yang telah mantap kita gabungkan di peringkat pusat agar keputusan yang bersifat nasional dapat dibuat. Nasional bukan bermaksud fahaman kebangsaan sempit sebagaimana Yahudi yang mendakwa bangsanya adalah yang terbaik. Sebaliknya nasionalisme kita bertujuan mengangkat kualiti bangsa setara dan setanding dengan bangsa lain agar persaingan yang muncul nanti lebih adil.

Kita perlu realistik.

Wallahu’alam.

Sunday, January 11, 2009

Persamaan Malaysia & Palestin

Sambil bersarapan di pagi minggu, Demang sempat menyelak akhbar. Sebagaimana yang diduga tajuk-tajuk berita dan rencana banyak berkisar pada isu jenayah yang dilakukan oleh Yahudi terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Antara rencana yang sempat Demang baca ialah pandangan Dr Rais Yatim yang menegaskan bahawa tindakan pihak Yahudi adalah berasaskan agama mereka. Bagi orang Islam perkara ini mungkin agak janggal memandangkan dalam Islam tidak ada peperangan atas nama agama. Cuma yang ada hanyalah mempertahankan negara apabila diserang. Sebaliknya dalam agama Yahudi, mereka ada peperangan yang dicetuskan bagi kepentingan agama mereka.

Memanglah, mana ada orang yang sanggup ‘mengaku berak di tengah jalan’. Begitu juga Yahudi. Mereka memberi alasan mempertahankan diri akibat serangan roket oleh Hamas ke atas Yahudi. Namun bagaimana dengan keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh Hamas tetapi dinafikan pihak barat yang kononnya pendokong demokrasi. Malah pihak Yahudilah yang mula-mula mencabul gencatan senjata yang telah dipersetujui.

Alasan Yahudi dalam pembunuhan kanak-kanak termasuk bayi dan ibu yang mengandung ialah kerana mereka ini bakal menjadi pejuang Hamas.

Termenung Demang memikirkan peristiwa ini. Hampir tidak masuk akal apabila manusia sanggup membunuh manusia sendiri. Namun itulah yang terjadi di merata dunia sejak zaman Adam & Hawa hingga sekarang. Malah berlaku juga di Malaysia. Lihat sahaja berita-berita pembunuhan di sana sini, dari pembunuhan ke atas kanak-kanak berusia 5-6 tahun kerana seks hinggalah kepada pembunuhan warga emas berusia 80 tahun kerana RM50.

Maka sedar dan insaflah bahawa peristiwa penyembelihan umat Islam pernah berlaku di Andalusia 500 tahun dahulu, telah juga berlaku di Bosnia tidak lama dahulu, dan kini sedang berlaku di Palestin. Adakah mustahil tidak boleh berlaku di Malaysia?

Sekarang kita lihat beberapa persamaan antara Palestin dan Malaysia.. Mungkin ada yang cuba menyanggah bahawa persamaan ini keterlaluan namun bagi Demang tidak ada dua peristiwa yang benar-benar sama tetapi kita perlu melihat yang tersirat di sebalik setiap peristiwa dan mengambil iktibar daripadanya.

1. Di Palestin, Hamas menang dalam pilihanraya tetapi tidak dibenarkan menubuhkan kerajaan.

- Di Malaysia, UMNO/BN menang PRU terbaru tetapi dilayan seperti orang yang kalah. Semua yang dibuat oleh UMNO-BN dianggap tidak betul. Oleh kerana pihak pembangkang begitu aktif dan agresif serta bijak mengemukakan isu, maka semakin terserlah kelemahan kerajaan yang memerintah seolah-olah pemerintah mestilah sempurna. Oleh kerana pembangkang tidak ada tanggunjawab untuk diselesaikan maka nampaklah seolah-olah mereka begitu sempurna kerana tidak pernah membuat kesalahan. Memang benarpun pihak pembangkanng tidak pernah buat silap dalam mentadbir negara kerana mereka memangpun TIDAK PERNAH MENTADBIR NEGARA. Belum tentu lagi mereka tidak melakkukan kesilapan jika diberi peluang. Lihat sendiri di Perak dan Selangor. Wajarkah pememberian hak milik kekal kepada orang bukan-Melayu sedangkan orang Melayu di Felda-Felda seluruh negara sekadar mendapat taraf Pajakan 99 tahun sahaja? Bagaimana dengan orang Melayu yang terpaksa tinggal di atas kubur, bawah jambatan, dan dalam gua? Belum dikira lagi yang menumpang tanah orang!!!

2. Di Palestin jumlah orang Yahudi tidak sampaipun 30% namun diberi hak sehingga 60% kawasan.

- Di Malaysia orang Melayu-Bumiputera berjumlah 60% tetapi dalam DEB Cuma diletakkan sasaran setakati 30% sahaja dalam pegangan ekuiti. Bagi yang mudah lupa Demang peringatkan bahawa DEB mensasarkan 30% untuk Melayu-Bumiputera, 40% bukan-Melayu, dan 30% pelabur asing. Setelah lebih 50 tahun merdeka, orang Melayu berjaya mencapai 18% berbanding Cuma 1% pada awal kemerdekaan. Sebenarnya ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan meskipun masih belum sempurna. Maklumlah, asalnya Cuma 1% dan bermula dengan keadaan serba daif minda dan fizikal. Orang Melayu ditindas dan dibelengu selama 446 tahun.

Dalam masa yang sama, selepas DEB kaum Cina melonjak lebih daripada 40% yang diperuntukkan. Orang Melayu tidak pernah mempertikaikan kelebihan itu dan menganggap itu adalah rezeki mereka yang diambil daripada kuota asing (30%).

Soalan Demang; kenapa masih ada pihak yang sibuk memperjuangkan kesamarataan dalam politik sedangkan mereka sudah mengaut begitu banyak bahagian dalam ekonomi dan sosial? Takkan lah tidak boleh ada langsung orang miskin dalam masyarakat Cina? Bukankaah itu tanggungjawab orang kaya dalam masyarakat Cina? Kenapa hal itupun nak salahkan kerajaan?

3. Di Palestin terdapat HAMAS dan HIZBULLAH yang bertelagah tak tidak boleh bersatu. Perpecahan mereka menjadi punca Yahudi berjaya membunuh mereka.

- Di Malaysia, kita ada PAS dan UMNO. Kedua-duanya juga tidak mahu bersatu. Demang tidak mahu sebut PKR sebab parti itu secara jelas tidak memperjuangkan kepentingan Islam.

4. Di Palestin, mereka mempunyai jiran-jiran yang bersekutu dengan US dan Israel iaitu Arab Saudi, Mesir, dan Jordan yang sebangsa dan seagama dengan orang Palestin. (Mesir mendapat sumbangan 4 bilion setahun daripada US!)

- Di Malaysia, kita ada jiran-jiran seperti Brunei dan Indonesia yang sebangsa dan seagama dengan kita, dan juga Singapura, Thailand, Myamar, Filiphina, dan Vietnam yang seagama dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Demang tidak mahu memanjangkan tulisan ini cuma ingin mencatatkan sedikit usaha kerajaan Malaysia melalui saluran diplomatik antaranya:

Malaysia melalui Putrajaya dan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi selaku PM telah mengirim surat kepada ketua-ketua negara dan pertubuhan dunia termasuk NAM, OIC, liga Arab, Asean dan sebagainya.

Kesan: sidang khas telah diadakan pada 8 Jan di New York. Meskipun belum nampak kejayaan namun perlu diingat bahawa Malaysia Cuma mempunyai 28 juta penduduk yang terpecah-pecah!

Sekurang-kurangnya kita telah, sedang dan akan terus berusaha.

Demang juga melihat hikmah yang Allah tunjukkan berikutan tindakan Israel menyembelih rakyat Palestin yang boleh kita fikirkan bersama, antaranya:

1. Mengesahkan bahawa Israel adalah negara pengganas dan pemusnah, musuh yang wajib dihadapi dengan berstrategi. Ertinya, tindakan terhadap Israel perlu dibuat berterusan.

2. Serangan udara, darat, dan pembunuhan bermakna Israel telah mengisytiharkan peperangan.

Kepada pihak media, tolong JANGAN gunakan istilah ‘PENYERANG BUNUH DIRI’ pada mana-mana orang Islam di Palestin. Mereka adalah Assyahid yang mengorbankan jiwa dan raga mereka untuk agama, bangsa, dan negara.

Wassalam. Salam perjuangan.


Boikot TIGA produk utama US-Israel ini:

STARBUCK (secara jelas memberi sumbangan pada gerakan Yahudi)
COCA-COLA (sebuah syarikat ‘kosher’ Yahudi. Dalam sistem ‘kosher’ syarikat tersebut mesti menyumbang pada gerakan Yahudi dan dua orang pengarah mesti dilantik kalangan Rabi/pendeta Yahudi).
COLGATE-Palmolive (Produk ini memang termasuk senarai produk yang mesti dipulaukan oleh orang Islam secara berterusan sejak tahun 2007).

Demang menyeru semua kaum tanpa mengira agama agar menyokong usaha ini bukan sahaja atas semangat setiakawan malah mereka perlu sedar bahawa Protokol Yahudi menetapkan bahawa semua bangsa dan penganut agama selain Yahudi adalah ‘Goyyim’ yang perlu dihancurkan. Malah makhluk ‘Ghoyyim’ tidak layak dilayan seperti manusia.

Sekarang giliran ummat Islam. Selepas ini?

Wednesday, January 7, 2009

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu: apa yang dipilih?

Sebenarnya; sebagaimana lazim kempen-kempen pilihanraya yang lalu, biar bagaimana jenuhpun dipaparkan fakta-fakta tentang perlunya penyatuan, namun segolongan pihak akan membutakan mata dan memekakkan telinga serta memalingkan muka daripada kebenaran. Maka untuk kesekian kalinya pihak tersebut akan mengemukakan pandangannya sahaja dan akan menerima hanya fakta yang dirasanya sesuai dengan citarasanya sendiri. Justeru, teruskanlah begitu kerana Demangpun malas nak bertekak dengan puak yang begitu.

Kepada yang masih percaya bahawa penyatuan itu faktor utama kekuatan dan kekuatan itu perlu bagi menjaga diri maka Demang ingin menarik perhatian terhadap beberapa perkara:

Pertama: Apa perlunya PAS menang dalam PRK kali ini? Adakah dengan kemenangan itu dapat menjadikan PAS mendominasi Pakatan Rakyat? Atau sekadar menjadikan UMNO semakin lemah dalam membuat keputusan dalam BN?

Kedua: Apa untungnya orang Melayu jika UMNO kalah? Adakah kekalahan tersebut dapat menghalang DS Najib daripada menjadi PM? Jika demikian niatnya, adakah benar Najib tidak layak menjadi PM? Dan jika demikian, siapa pula yamg lebih layak?

Ketiga: Adakah PAS benar-benar bersedia mengambil alih kepimpinan negara dengan menjadi parti yang mendominasi Pakatan Rakyat? Secara realitinya, adakah majoriti orang Melayu akan memilih PAS dalam PRU13? Padahal dalam analisis PRU12 majoriti orang Melayu masih memberi undi kepada UMNO. Malangnya kesepakatan orang bukan Melayu telah menyebabkan parti komponen BN iaitu Gerakan, MCA, dan MIC kalah teruk. Akhirnya percaturan pewaris PAP iaitu baka daripada Lee Kuan Yew yang dijelmakan melalui DAP berjaya mengkucar-kacirkan politik negara.

Keempat: Selesaikah masalah orang Melayu jika calon UMNO kalah dan kerusi UMNO berkurangan satu lagi? Adakah keputusan begitu boleh ditafsirkan sebagai kemenangan orang Melayu? Adakah apabila suara majoriti UMNO berkurangan suara orang Islam bertambah?

Kelima: Perlukah lagi kita bertengkar dan mengungkit hal-hal yang lepas tatkala bahtera sedang karam? Mungkin ada pihak yang berkata, biarkan bahtera itu karam kerana bahtera itu milik UMNO. Maka biarkanlah UMNO musnah. Semudah itukah percaturan politik? Semudah itukah bahtera PAS akan menampung semua penumpang daripada bahtera UMNO itu? Tidakkah nanti bahtera PAS pula yang akan karam kerana mengambil semua penumpang yang berbagai ragam? Sudah cukup bersediakah sebilangan ahli UMNO yang dikatakan ‘haru-biru’ itu berkongsi bahtera dengan ahli PAS? Bagaimana pula golongan ‘edrogan’ dalam PAS yang tidak disenangi oleh ahli PAS tulen?

Tak apalah, jika itu pilihan anda. Kita lihatlah sahaja nanti apabila UMNO dikecilkan lagi kuasanya dan akhirnya tumbang. Kita lihatlah nanti samada kita masih mampu bertepuk tangan.

Sudahlah Demang. Apa diratap apa dirayu. Tidak ‘kan berubah pendirian mereka yang menentang.

Ah! Demang tidak gundahkan tentang itu. Demang juga tidak harapkan usaha Demang berhasil mengubah pendirian mereka. Demang menulis hanya bagi mematuhi jadual ibadah Demang. Dalam pengamatan dan amalan ilmu Demang, jika begini situasinya maka beginilah bentuk tulisan Demang. Jika berubah situasi dan isunya, lain pula yang Demang nukilkan.

Bagi Demang: inilah ibadah Demang.

Demang menyeru pada perpaduan.

Sejarah Andalusia amat pedih untuk dikenang. Kini Palestin sedang melalui sejarah yang sama.

Wallahu’alam.

Monday, January 5, 2009

ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA

Bangkitlah sekalian manusia yang tertindas. Kita bersatu menentang kezaliman. Perancangan besar Yahudi ialah menghapuskan semua agama di dunia. Jangan ingat hanya Islam sahaja yang Yahudi benci. Dendam mereka terhadap semua kaum lain tidak pernah pudar dan mereka sedang melaksanakan misi dendam mereka.

Berikut adalah resolusi BPN merujuk perkara ini.

Resolusi bertajuk : ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA


1. Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel keatas umat islam di bumi palestin' Kami juga mengesa agar semua blogger diMalaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemaknusiaan tersebut.


2.Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Yahudi/ US . Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.


3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.


4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionist maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.


5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI


6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau.Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.


7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.


Disediakan oleh :Panglima Perang CyberYdp Blogger Pembela Negara ( BPN )
http://penembak-tepat.blogspot.com/

Sunday, January 4, 2009

Boikot Coca Cola

Boikot secara terancang – Tun Dr Mahathir

Berikut adalah kutipan daripada wawancara Mingguan Malaysia dengan Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur.

TDM: Negara-negara Islam tidak berani bertindak, (tetapi) yang boleh bertindak ialah rakyat (umat Islam).

TDM: Boikot produk US.
Mungkin sukar untuk semua produk, jadi kita tumpukan beberapa produk: Coca Cola. Kita ada 1.3 bilion umat Islam. Jika 20% yang menggunakannya selama ini?

Demang berharap jika anda mengetahui produk US lain, boleh kemukakan dan kita lakukannya secara terancang. Keadaan amat genting sekarang. Israel sedang menghentam penduduk Palastein selama 9 hari dan sudah lebih 400 orang terbunuh. Adakah terlalu sukar kita melakukannnya?

Tidak. Kita telah melakukan sesuatu yang lebih hebat dari itu. Kita mulakan sekarang. Kita lupakan sebentar semua perbezaan politik dan sebagainya. Yang dibunuh di Palastein adalah MANUSIA seperti kita. Yang membunuhnya adalah syaitan bertopengkan manusia. Bersatulah menentang SYAITAN.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)